Antara Dua Darjat-Satu Malaysia, Dua Masa Depan.
oleh Sakmongkol AK47
Saya berada dinegeri Kedah buat pusingan ke2. Menyertai ceramah penerangan kepada penduduk negeri Kedah. Malam kelmarin bersama dengan Tn Haji Mat Sabu di Pendang. Kehadhiran amat baik memandangkan Mat Sabu tokoh yang popular. Pendengar datang membawa tikar dan payung mencari mana2 tempat untuk duduk.
Tema yang kita bawa , sama seperti dilain2 tempat. Saya memberitahu akan kebimbangan orang Melayu adalah kebimbangan yang palsu. Adalah suatu pendustaan yang besar yang UMNO lakukan untuk (a) menakutkan orang Melayu (b) membodohkan orangMelayu.
Orang Melayu jumlah mereka seramai 18 juta dari penduduk yang 28 juta. Secara fisikal, Melayu adalah majority. Tapi UMNO hampir berjaya membentuk fikiran Melayu yang ramai, takut kepada jumlah yang kecil. 65% orang Islam diajar takut kepada 9% orang Kristian. Mubaligh dan paderi Kristian berdakwah dikalangan masyarakat orang Asli, yang susah hati orang melayu. Mengapa?
Kalau ada orang melayu yang murtad, siapa patut disalahkan? Saban minggu kita ada forum perdana, kita ada jabatan2 yang berkerja untuk agama Islam, kita ada jabatan kebajikan masyarakat yang membantu mereka yang susah- tapi masih ada Melayu yang murtad. Semua jabatan dan ejensi kerajaan dikuasai oleh penyokong UMNO yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka masih ada orang Melayu yang murtad? Maka jawab nya, mereka ada ditempat dan jawatan2 masing2- tidak mebantu untuk mengukuhkan agama Islam.
Mengapa UMNO mahu menyalahkan orang lain dala kes2 Melayu murtad? Yang mesti disalahkan ialah UMNO.
Hari ini, saya mahu bercerita mengenai masa depan. Ini adalah kerana masa depan kita akan dibentuk oleh pemerintah yang akan datang. Masa depan yang baik bergantung kepada sebuah pemerintahan yang baik. Pemerintahan yang baik dibina oleh orang2 yang baik.
Semasa saya berceramah di Pendang, saya menyedari suatu perkara. Rupa2 nya, masa depan untuk orang Melayu tidak sama untuk semua. Ada dua jenis masa depan. Suatu masa depan yang gemilang untuk bin Mahathir, bin Hussein Onn, bin Tun Razak, bin pemimpin UMNO yang atasan. Suatu lagi ialah masa depan yang muram untuk sebahagian besar orang Melayu. Yakni Melayu yang 90% merupakan penerima BR1M.
Pemberian BR1M yang bertambah bukan tanda kemegahan Dato najib oi. Ia mengesahkan bahawa sebahagian besar orang Melayu terus dipinggirkan dan dimiskinkan oleh dasar UMNO. Setelah 55 tahun UMNO perintah Malaysia, 8.7 juta orang Melayu hidup dengan pendapatan RM1500 kebawah sebulan. RM1500 jauh rendah dari kelayakan mendapatkan BR1M sebanyak RM3000 sebulan.
Masa depan yang gemilang hanya untuk Melayu seperti Syed Mokhtar Bukhari penyumbang wang tunai terbanyak kepada UMNO. Masa depan yang gemilang adalah untuk Mokhzani Mahathir yang tersenarai diantara yang terkaya di Malaysia. atau Syed Mokhtar Bukhari. Kepada orang2 seperti ini, matahari sentiasa bersinar.
Masa depan sebahagian besar orangMelayu pula macam mana? Marilah kita memikirkan perkara ini dengan serius.
Masa depan sebahagian besar orang Melayu macam ini. S Jibeng, penyanyi pop yeh2 tahun 60an, menyarai baki hidup nya dengan menyanyi dikaki 5 dan stesyen bas. Mati dalam keadaan yang menyedihkan. Yahya Sulong yang baru meninggal, mati dikediaman nya di flat bandaraya. Diakhir hayat untuk membayar sewa pun tidak mampu. Anak seniman Agung P ramlee menyarai hidup nya dengan menghantar tong gas masak.
Saloma penyanyi kebanggaan kita ketika sakit dihospital tidak mampu membayar kos perubatan.
Itu masa depan yang menanti sebahagian besar orang Melayu kalau kita pilih UMNO. UMNO menawarkan 2 masa depan- satu untuk mereka yang terpilih yang berbinkan nama yang betul. Itu masa depan yang gemilang dan terbilang.
Satu lagi ialah masa depan yang muram dan gelap yang digambarkan melalui kehidupan para seniman yang kita sebutkan.
Kita ramai. Puak UMNO sedikit. Kenapa kita yang ramai mahu menyokong UMNO dan membiayai UMNO mengujudkan 2 jenis masa depan untuk kita semua? Mari kita sama2 jumlah yang ramai ini, menjatuhkan UMNO yang sedikit secara demokratik.
Sekian dari Alor Star Kedah.
http://sakmongkol.blogspot.com/2013/02/antara-dua-darjat.html
No comments:
Post a Comment