Oleh ARIF ATAN
Parlimen di bawah kuasa Dato’ Seri Najib Tun Razak itu yang juga Perdana Menteri, seolah-olah jadi “sarang” samseng apabila tindakan biadab mereka membelakangkan undang-undang negara dilihat tidak berani disentuh polis.
Petang Jumaat lalu, mereka mengepung dan menghalau kira-kira 30 penggiat Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) yang sedang mengedarkan risalah dan surat harapan mahasiswa antaranya mengenai tuntutan pendidikan percuma.
Salah seorang aktivis GM13, Fahmi Zainol, 22, ketika dihubungi Harakah berkata, pergelutan berdekatan Pejabat PAS Pekan di Madrasah Darul Husna itu turut menyaksikan perbuatan melampau samseng Umno-BN menampar dan menggigit telinga dua mahasiswa serta menarik tudung mahasiswi sambil mengherdik di telinganya.
Samseng tersebut yang antaranya mengaku “orang Najib” turut merampas dompet milik aktivis terbabit selain cuba mengambil kamera dan telefon bimbit mereka.
No comments:
Post a Comment