Tuesday, February 19, 2013

Menteri Besar lawat ladang anggur di Sungai Senam



SIK – Hasrat Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak untuk jadikan Kedah sebagai jelapang makanan bukannya mimpi kosong semata-mata.

Kesungguhan beliau berterusan dari semasa ke semasa, di mana setiap kali program Mesra Rakyat adalah tidak lengkap jika YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan tidak melawat tapak pertanian yang diusahakan oleh rakyat bagi bertukar-tukar pandangan serta idea untuk bangunkannya.

Baru-baru ini Mesra Rakyat Peringkat Daerah Sik, beliau melawat ladang anggur di Kampung Sungai Senam, di sini.

Walaupun beliau telah melawat ladang anggur di Tasik Beris pada tahun 2010, tetapi beliau tetap melawat tanaman tersebut juga untuk mengetahui perkembangan terkini.

Tanaman anggur tersebut diusahakan oleh Excel Agrotech Sdn Bhd sejak tahun 2007 di pinggir Tasik Beris dengan modal kira-kira RM500,000.

Maka, tidak hairanlah suatu hari nanti Sik bakal menjadi lokasi utama pengeluaran anggur. Sehingga kini, Excel Agrotech Sdn Bhd mengusahakan tanaman anggur seluas 40 ekar bagi ladang di Tasik Beris dan Sungai Senam dengan baka Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Lose Plite.

No comments:

Post a Comment