Subky Latif, 20 Feb 2013
BEBERAPA orang awam dan pegawai kanan kerajaan pusat memuji kebijaksanaan dan kepintaran diplomasi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak mengendali musuh politiknya di Kedah, UMNO dan Barisan Nasional.
Kerajaan pusat menjelang pilihanraya ini melancar kempen kebersihan Beutiful Malaysia.
Apakah kempen termasuk dalam program pilihanraya? Entahlah! Tetapi kerana ia diadakan dekat dengan PRU13, maka tentulah ia bermotif politik. Macam pemberian BRIM 1.0 dan 2.0. Acara menyampaikan duit RM500 itu dipenuhi dengan kempen BN dan memburukkan Pakatan Rakyat.
Apabila pelancaran peringakat negeri Kedah diadakan dengan menteri perumahan sendiri merasmikannya, maka Menteri Besar menyatakan dia hendak hadir. Bila Menteri Besar hadir, kerana dia adalah ketua kerajaan, tidak manislah dia datang saja dan tidak membuat ucapan.
Maka terpaksalah penganjur memberi layanan yang sewajarnya. Menteri terpaksa bersetuju memberi peluangnya berucap.
Semua dapat mengagak bahawa Ustaz Azizan tahu tujuan pelancaran itu adalah untuk kempen. Sudah tentulah dalam kempen itu ia akan memuji BN dan memburukkan kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat. Akhirnya menteri akan menyeru supaya orang ramak jangan lagi mengundi PAS/PR tetapi kembalikanlah Kedah kepada Barisan.
Kata orang-orang awam dan beberapa pegawai kerajaan, Ustaz Azizan betul-betul bijak memintas program kempen BN itu.
Mereka tertawa melihat kejadian itu. Kehadirannya telah menyekat menteri dan penyokong kerajaan pusat untuk memburukkan kerajaan PAS. Bagaimana mereka hendak memburukkan kerajaan pimpinan Azizan sedang dia adalah tetamu dalam majlis itu.
Maka semuanya, menteri dan penyokongnya berucap lurus menyatakan betapa wajarnya semua pihak menjaga kebersihan dan mengindahkan alam sekitar dan sebagainya.
Hilang satu peluang kempen bagi kerajaan pusat dan BN.
Dan kata mereka, Ustaz Azizan pula dalam ucapannya memuji kempen Beutiful Malaysia itu. Kerajaan Kedah bukan sekadar menyokong, malah menyebut bahawa yang hendak dibuat oleh kerajaan pusat itu sama dengan projek Kedah Indah yang kerajaan Kedah sudah lancarkan sebelum itu.
Buat Menteri Besar itu, sedia memberikan sokngan dan kerjasama dalam perkara yang baik untuk rakyat dan negeri apa lagi kalau kedua pihak melaksanakan perkara yang sama.
Dia dapat kesempatan pula menerangkan kebaikan dan kejayaan Kedah Indah yang diadakannya sebelum itu.
Yang menarik perhatian orang awam dan pegawai-pegawai itu bukan tentang kerjasama atas perkara yang disetujui oleh semua tetapi ialah kepintaran Ustaz Azizan berpolitik dengan penentangnya dari UMNO dan BN.
Dia tahu majlis itu adalah usaha UMNO dan BN untuk menentangnya tetapi dia dapat memintas rancangan musuhnya itu hingga hilang peluang untuk menyalahkan kerajaannya.
Kata mereka, kalau pemimpin Pakatan yang lain boleh buat macam yang Ustaz Azizan buat dalam majlis itu mati angin pemimpin UMNO dan BN untuk menghadapi mereka.
tgu komen mat bashah dan mahathir khalid...semua pemimpin ameno kedah dh jadi kupang tembaga...hahahahah
ReplyDelete