Wednesday, February 20, 2013

Antara intitusi pondok dan orang alim..!!!!

Sebentar di Pondok Ayer Puteh
Malam tadi, sebab malu alah dengan seorang kawan yg SMS minta sangat-sangat kami di NGO Wargakilang turun pi Pondok Tok Guru beliau, siap hantar kad jemputan dengan sticker keta tulis VIP lagi; antara segan kami turun juga ke pondok berkenaan, di Madrasah Nurul Taqwa, Pondok Ayer Puteh nun jauh di pedalaman Junjung Kulim Kedah.

Segannya bukan pasal apa, sebab jemputan itu bukan untuk menghadiri ceramah agama biasa-biasa, tapi malam itu dari siang lagi depa buat Majlis Ijitima” Ulamak & Silaturrahim sempena Sambutan Maulidurrasul SAW 1434H, yang menghimpunkan Tok Guru-Tok Guru dan Alim Ulamak Pondok yang tersohor dari merata tempat.
(Sebahagian drpd Ulamak dan Tok-Tok Guru Pondok yang hadir)

Segannya kami sebab kami rasa, orang awam macam kami yang baca Fatihah pun tak berapa reti ini – bukannya level kami nak dapat kad jemputan VIP nak hadir ke majlis mulia macam ini.
(Mula duk ingat nak pakai t-shirt oren NGO Wargakilang mcm yg selalu kami buat bila masuk kg tu, tapi rasa tak sesuai lah pulak, saya pun tak pasti jubah yg saya pakai semayang raya beberapa tahun lepas ni sesuai ke tidak utk majlis ini. Sdra Aznee, Setiausaha Wargakilang ceroi ja pakai baju Melayu kopiah HITAM – saya duk perati hadirian duk tengok dia aje mlm tadi, nak pi kenduri kahwin mana pulak mamat ni)

Di celah ratusan hadirin wajah-wajah manusia pondok yang nampak begitu zuhud dengan jubah, serban dan selempang pondok di bahu mereka ini, berselang seli dengan org2 awam mcm kami yang turun mai ini, saya terperasan ada satu wajah yang amat familiar dengan kami di Wargakilang – al fadil Ustaz Hj Kamil, Mudir Pondok Tuan Guru Hj Mat Nahu di pedalaman Kuala Beris, Sik Kedah; pondok yang beberapa kali kami singgah waktu Jln-Jln Masuk Kg Wargakilang beberapa ketika dulu; iaitu kira-kira 3 jam perjalanan dari pondok Ayer Puteh ini.
Zuhud sungguh Ustaz Kamil ini, walaupun bertaraf MUDIR, tapi selamba saja mai duduk kat celah-celah org awam antara kami.

(Bila saya perhati gambar saya dan Ustaz Kamil ini, rasa segan pun ada – boleh nampak jelas bezanya wajah orang alim yg menghabiskan sepenuh masanya di Pondok berbanding diri saya yang banyak dosa ini – segan sungguh!)

Malam tadi, ceramah penutup oleh Shohibul Samahah Dato’ Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Hj Ahmad – Tuan Mufti Kerajaan Negeri Kedah.
(Ceramah penutup oleh Tuan Mufti Kedah. Berbaju hijau ialah Ust Hj Mohd Hafizan Mudir Pondok ini, di sebelahnya berjubah putih ialah Baba Abdullah Lehni Bin Mas'ud yang didatangkan khas dari Mekah)

On the way back, saya sembang dengan Aznee, saya kata baguih la jugak kami mai majlis malam itu, w/pun asalnya sebab segan kat sahabat kami ini – yg w/pun org pondok, tetapi kerap benar dan begitu aktif ikut kami masuk kg bagi bantuan kat orang miskin. Bagus bukan pasal apa, sebab menjelang PRU ini, ceramah politik merata tempat – malam tadi, peluang mendengar satu ceramah yg bukan politik, pure 100% ceramah agama, rasa sangat lain dari yang lainnya.

Antara yg saya ingat, Tok Mufti cakap sempena Maulidur Rasul ini dia nak cerita dua tiga benda yg dia rasa ada manafaatnya untuk dikongsi bersama.

Mula-mula sekali Tok Mufti petik hadith riwayat Tarmizi, yang antara lain Nabi SAW berpesan, kita jika ada apa-apa masalah yg kita tak dapat nak selesaikan dalam hidup ini; masalah kerja ka, masalah dengan masyarakat ka, masalah dengan bini ka tok laki ka, kita disarankan buat solat hajat dua rakaat minta direct kat Tuhan; insyaallah Tuhan akan makbulkan. Tanya Tok Mufti: berapa ramai antara kita yang bila temui jalan buntu dlm hidup ini, masalah kerja ka masalah rumah tangga ka, kita lupa nak minta tolong kat Tuhan? – hat ini yg saya rasa jadi tazkirah utama untuk saya malam tadi, insyaallah selepas ini kena kerap buat solat hajat telepon direct kat Tuhan mohon pedoman!

Dalam ceramah/tazkirah ringkasnya ini, beliau ada juga menyentuh mengenai 4 PERBEZAAN UTAMA antara kita semua dengan Nabi SAW:

Pertama: Beza Jarak – 9 ke 10 jam perjalanan jauhnya antara Madrasah Ayer Puteh, Junjung ini dengan makam Nabi SAW.

Kedua: Beza Masa – ~ 1,400 tahun jauhnya antara kita dengan hari wafatnya Nabi (nak habag kata lama dah).

Ketiga: Beza Darjat – Nu, darjat Nabi SAW punya la tinggi – Tuhan tak akan cipta alam ini, Kg Ayer Puteh, Negeri Kedah, Negara Malaysia dan Dunia seluruhnya ini kalau bukan sebab nak utuskan Kekasih DIA, Nabi SAW turun mai. Kita yang tumpang berteduh di dunia yang dijadikan untuk Nabi ini, kena sedar dirilah sikit. Tinggi darjat Baginda di sisi Allah SWT. Di Padang Masyar nanti pulak, hanya syafaat Nabi SAW saja yg boleh digunapakai untuk memulakan perbicaraan ummat Manusia.

Keempat: Beza Ibadat – Nabi solat bukan macam kita, solat tahajud dah jadi wajib, solat sampai bengkak-bengkak kaki, selalu menangis mohon ampun dan rahmat dari Tuhan. Tok Mufti cerita kisah sorang sahabat ikut jadi makmum waktu Nabi solat sorang-sorang; habis satu surah Al-Quran tu sahabat itu ingatkan Nabi nak rukuk, tak rukuk lagi, Nabi sambung satu surah lain, tak rukuk jugak. Sambung lagi, masih tak rukuk, hinggalah habis 6 JUIH (Juz), barulah Nabi rukuk. Kita ini, Tok Imam baca surah panjang sikit ja, dah mula duk mengata kat Tok Imam Nak habag kata, jauhnya beza ibadat Nabi SAW berbanding dengan kita.

Kot mana pun kata Tok Mufti, ada satu saja yang boleh DEKAT kan kita dengan Nabi; iaitulah kalau kita Sayang Nabi, Cinta Nabi, Cinta Sunnahnya, Cinta Syariat yang dibawa oleh Baginda melalui Al-Quran, Cinta Alim Ulamak dan Membantu tempat-tempat pengajian yang mengajarkan agama Baginda macam di Pondok-Pondok ini, insyaallah Nabi akan selalu dekat di HATI kita - walau pun hakikatnya kita amat jauh daripada Baginda - dari segi jarak tempat, jarak masa, darjat dan juga kesungguhan beribadat.

Bila cakap bab membantu pondok ini, saya teringat satu Kisah Benar yang Tok Mufti cerita malam tadi, yang begitu melekat kukuh di padang ingatan saya, iaitu kisah yang berlaku di 3 buah kampung Orang Islam di Phuket, Thailand.

Kampung yang pertama, asalnya semuanya beragama Islam. Bila satu-satunya orang alim yang mengajar dan menjadi rujukan agama di kampung tersebut mati, maka sudah tidak ada lagi orang yang mengajar agama di situ – daripada asal semua Islam, hari ini cuma tinggal satu buah rumah saja yang ISLAM, hat lain semua jadi kafir.

Kampung yang ke-2, asalnya semuanya Islam, kini yang tinggal hanyalah masjid saja. Kisahnya, bila orang alim yang mengajar dan menjadi rujukan agama di kg itu meninggal dunia, org-org kg tersebut terpaksa pi ke satu kg lain yang agak jauh untuk menunaikan solat jumaat. Lama-lama, depa kurang pi atau pun selang seli pi.

Nak dijadikan cerita, kampung yg depa pi solat jumaat itu pula Tok Imamnya jenis beng-keng/gedebe, dia kata kalau sesiapa yang tak datang solat jumaat 3 kali berturut-turut, jemaah masjid akan pulau, tak pi urus kematian dan sebagainya (mcm beberapa tempat di Malaysia ini). Lama kelamaan, sebab jauhnya kg tersebut, depa kurang pi solat jumaat, kena pulau, tak ada org nak urus bab agama termasuklah urusan jenazah. Tok Mufti cakap: hari ini kalau ada kematian, org2 kampung akan hantar pi Wat Siam pi bakaq!!

Kampung yang ke 3, sebuah kampung di tepi pantai, asalnya semuanya Islam, bila orang alim yang mengajar agama di kg tersebut meninggal dunia, orang-orang kampung sudah hilang tempat nak merujuk bab-bab agama ini. Depa tak tau nak buat apa, akhirnya ada yang cadangkan buat PATUNG berwajah orang alim yang sudah meninggal itu; maka depa pun buat satu PATUNG besar di tepi pantai seperti patung Buddha, wajah orang alim berkenaan siap pakai jubah putih, berserban berjanggut dengan tangan sedang membilang biji tasbih lagi. Tiap kali ada masalah atau pun sebelum turun ke laut menangkap ikan, mereka akan sembah PATUNG orang alim ini dulu - minta berkat.

Kata Tok Mufti – inilah bahananya bila sudah tidak ada lagi orang yang mengajarkan orang ilmu agama. Tok Mufti cakap, sebab itu dia seronok sungguh bila tengok masih wujud lagi pondok-pondok di negeri Kedah ini yang mengajarkan agama dan melahirkan alim ulamak untuk mengajarkan agama kepada masyarakat - bagi mempastikan cahaya Islam terus bersinar dlm msyarakat - seperti pondok Ayer Puteh ini.

Untuk seketika, baru saya tersedar, mungkin inilah sebabnya kenapa sahabat kami itu beria-ria benar ajak kami turun ke Pondok Tok Guru beliau ini. Kami mungkin tidak mampu membantu dari segi agama, tapi insyaallah boleh membantu memwar-warkan kepada masyarakat tentang peri pentingnya memberi sokongan moral dan juga material kepada pusat pengajian seperti ini.

Mai lah kita sama-sama membantu pondok-pondok pengajian ini sedaya yang termampu. Mudah-mudahan berkat sokongan dan sumbangan kita, anak cucu cicit kita tidak perlu menghantar mayat untuk dibakar atau pun membuat patung orang alim untuk disembah apabila kita semua sudah tidak ada lagi nanti. Bantulah mereka untuk membantu anak cucu kita.

Terima kasih kpd sahabat yang jemput kami ini, ceramah/tazkirah ringkas oleh Tok Mufti ini banyak menyedarkan kami tentang kebesaran Nabi SAW dan institusi pondok sebagai warisan silam yang masih berkekalan sejak zaman junjungan.

Saya difahamkan Pondok Ayer Puteh yang berpusat di Madrasah Nurul Taqwa, Kg Ayer Puteh, Junjung Kulim Kedah ini cuma baru setahun dua usianya, masih baru lagi. Saya dimaklumkan mereka amat memerlukan sumbangan untuk membesarkan pondok berkenaan, terutamanya pembesaran dewan solat / madrasah dan juga pembinaan pondok2 kayu di sekeliling  madrasah tersebut. Mai lah kita bantu mereka sedaya yang mampu. Sebarang sumbangan bolehlah disalurkan terus ke akaun mereka seperti di bawah. Kami hanya membantu memwar-warkan:

Bank Islam Malaysia Berhad: 02-057-01-003156-7
Atas Nama: Madrasah Nurul Taqwa
Atau hubungi Mudirnya sendiri, Ustaz Hj Mohd Hafizan at 019- 4608156  

Sekian, moga bermanafaat buat semua.

moniermatdin@yahoo.com
17.2.13
http://www.moniermatdin.blogspot.com
http://www.facebook.com/wargakilang

No comments:

Post a Comment