Sunday, February 24, 2013

Berbeza pandangan sikit-sikit tu biasalah dalam organisasi

Cuma ulasan 'jurucakap tak bertauliah'... tak boleh pakai tu


Hanya 'masalah kecil' di Kota Siputeh bukannya krisis PAS Kedah

ALOR SETAR – Perbezaan pendapat yang berlaku di kalangan segelintir ahli PAS di kawasan DUN Kota Siputeh tidak boleh dianggap sebagai krisis PAS Kedah.

Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Perhubungan PAS Kedah, Ustaz Musodak Ahmad (foto di atas) bagi mengulas laporan oleh pihak media kononnya 'krisis PAS Kedah' sudah meruncing.

“Tidak benar sama sekali, ia hanya melihatkan segelintir pihak di peringkat Unit Peti Undi (UPU) yang berbeza pandangan dalam isu tertentu yang lebih merupakan isu setempat,” ujarnya.

Menurut Musodak, dakwaan bahawa 11 DUN di Kedah menolak Dato’ Seri Di-Raja Ustaz Azizan hanya dibuat oleh seorang yang mendakwa pemegang jawatan di peringkat UPU.
“Beliau tiada hak untuk bercakap bagi pihak 11 DUN, sedangkan semua Majlis Tindakan DUN (MTD) di Kedah tidak pernah membuat apa-apa pendirian rasmi berhubung kedudukan Pesuruhjaya PAS Kedah,” katanya.

Setiausaha Perhubungan PAS Kedah itu memberitahu bahawa isu kecil yang melanda DUN Kota Siputeh itu akan dapat ditangani dengan baik kerana pihak Perhubungan telah memberi perhatian khusus mengenainya.

“Berbeza pandangan sikit-sikit tu biasalah dalam organisasi tetapi insyaAllah ahli PAS yang sering ditekankan aspek tarbiyah akan dapat mengatasinya dengan sebaik mungkin sebelum PRU13,” terangnya.

No comments:

Post a Comment