Tuesday, February 19, 2013

Ramai Bekas Jeneral Tinggal Kem, Kenapa?

BERITA TENGAHMALAM                                                                                                      

Selepas sekurang-kurang dua orang pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat keputusan menerjunkan diri ke dalam politik ia diikuti oleh empat pegawai tinggi Angkatan Tentera Di Raja Malaysia (ATM).
Abdul Ghafir Hamid
Empat orang pegarai tinggi ATM yang telah membuat pengakuan dan bersiap sedia melakukan penjelajahan menerangkan kepincangan kerajaan ialah, Lt. Jeneral (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid, Brig. Jeneral (B) Abdul Hadi Al Khatab, Laksamana Pertama (B) Imran Hamid (Laut) dan Brig. Jeneral (B) Najmi Ahmad (Kagat).

Kempat-empat pegawai tinggi ATM ini sudah membuat sidang akhbar menyatakan pendirian mereka dihadapan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim kelmarin dulu. Abdul Ghafir misalnya sudah mendedahkan bagaimana kemungkinan berlaku banyak salah laku dalam ATM terutamanya mengenai perihal pembelian peralatan ketenteraan.

Tindakan pegawai tinggi polis dan ATM ini nampaknya menjadi satu fenomena baru dan menguatkan lagi gelombang kebangkitan untuk menumbangkan kerajaan UBN. Nampak tindakan itu tidak terhenti di situ saja. Mengkagumkan penyertaan mereka bukan kerana ingin bertanding dalam pilihan raya tetapi atas tanggungjawab sosial mereka kepada negara ini.

Bagaimana ada di antara mereka akan diletak bertanding dalam pilihan raya sebagai persediaan untuk membolehkan suara mereka akan turut bergema di parlimen.

Salah seorang pegawai tinggi polis yang sudah menzahirkan diri ialah bekas Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Fauzi Shaari yang menyertai PAS. Beliau disebut-sebut akan diletakkan sebagai calon PAS di kerusi Parlimen Larut, Perak.

Dan maklumat terbaru diterima lewat malam ini, menyatakan dua orang lagi pegawai tinggi ATM termasuk seorang Panglima Angkatan Tentera akan mengambil keputusana sama. Mereka akan menyatakan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan UBN pimpinan Najib Razak hari ini.

Kedua-dua pegawai tinggi itu akan membuat pengumuman tidak lama lagi, paling cepat ialah menjelang pembubaran parlimen yang dijangka minggu depan. Difahamkan antara sebab mengapa mereka membuat keputusan itu kerana tidak tergamak membiarkan penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat yang dikaut atas nama keselamatan negara sebaliknya ia adalah untuk mengenyangkan kroni seperti mana mereka ketahui sendiri.

Tindakan bekas pegawai tinggi ATM ini menyerang balik kerajaan dilihat satu pukulan moral kepada Menteri Pertahanan yang kini disandang oleh Ahmad Zahid Hamidi. Tindakan mereka memberi gambaran bahawa menteri pertahanan hari ini gagal untuk mengawal gindak tanduk bekas pegawai tinggi tentera yang lazimnya akan tetap setiap bersama kerajaan selepas bersara.

Dikatakan semua penyelewengan dan salahguna kuasa itu bukan berlaku sewaktu Zahid menjadi menteri, tetapi di era Najib Razak memegang jawatan itu. Najib memegang kementerian itu sebanyak dua kali.

Zahid hanya dikatakan sebagai pemikul biawak hidup yang ditinggalkan Najib sahaja. [wm.kl.1:08 am 19/02/13]
 
 Mohd Sayuti Omar,

No comments:

Post a Comment