Oleh Mohd Sayuti Omar
Perkembangan yang melingkungi pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia (UPM), keturunan Cina Ridhuan Tee Abdullah menjadikan satu-satunya orang Cina bersemangat lebih Melayu dari Melayu itu mungkin terlepas untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Ridhuan adalah antara beberapa orang berkeperibadian ustaz (Islamis) yang akan diturunkan oleh Umno dalam pilihan raya akan datang bagi mencerminkan parti nasionalis itu adalah sebuah parti memperjuangkan Islam.
Saya mendengar cadangan ini sejak tahun lepas lagi di mana mediator rancangan televisyen bercorak agama ini diturunkan sebagai calon dalam kategori sebagai winnable candidate. Ridhuan atau nama sebenarnya Tee Chuan Seng beranak lima juga sudah maklum akan kedudukan dirinya itu.
Nama-nama lan yang turut dikenal pasti oleh Umno akan diturunkan sebagai calon winnable candidate dari 'ranggas' ulamak bersama beliau ialah, Fatul Bahari Mat Jahya, (yang baru-baru kahwin dengan gadis Filipina), Dr Mohd Asri Zainal Abidin (bekas mufti Perlis), Harusani Zakaria mufti Perak dan lain-lain.
Umno dikatakan sangat berkehendak tokoh-tokoh atau orang ini sebagai calon mereka, di samping ingin menggambarkan parti itu 'kuat' Islam ia juga parti beranggaskan Melayu.
Satu ketika saya mendengar nama Riduhuan sudah hampir disenaraikan sebagai calon, cuma kedudukan kerusi saja yang masih menjadi teka teki. Ada sumber menyebut beliau akan diletak bertanding di Pulau Pinang kawasan popular ialah Permatang Pauh untuk berdepan dengan Anwar Ibrahim.
Bagaimana pun dengan perkembangan terbaru ini yang timbul ekoran tulisannya berjudul; Kesabaran Islam Ada Hadnya - yang disirkan dalam akhbar Sinar Harian dikatakan menghina kaum India menyebabkan peluangnya untuk menjadi calon difikir semula oleh Umno.
Tulisan Ridhuan itu dianggap sebagai menghina komuniti India di negara ini menyebabkan beberapa pemimpin MIC termasuk anak bekas presiden MIC, S Samy Vellu, S. Vell Paari dan juga setiausaha pemuda MIC kebangsaan S Sivarrajh membantah penulisan berkenaan.
Antara beberapa petika tulisan Ridhuan yang menimbulkan kemarahan itu ialah beliau menyoalkan; apakah mereka (India) akan menjaga dan menghormati sensitivi agama Islam dan dijawab dengan mengatakan kontroversi filem Vishwaroopam jelas menunjukkan mereka langsung tidak sensitif terhadap agama rasmi negara ini.
Lantara itu Ridhuan mencadangkan supaya dalam pilihan raya ke-13, jika mahukan sangat orang India bertanding di kawasan majoriti Melayu, carilah India Muslim seperti KIMMA dan MIM, tetapi bukan mereka nyang tidak Islam (MIC).
Selain itu Ridhuan juga menulis mereka (India) mendesak diberikan tambahan kerusi. Desakan ini ditemplak oleh Ridhuan kalau (India) benar-benar ikhlas pergillah menawarkan diri bertanding di kawasan majoriti ulta 'kiasu' (Cina).
Kata Ridhuan; apa yang saya lihat, kita sudah memberi segala-galanya bagi menagih simpati dan undi. Negara ini tidak ada lagi identiti. Agenda Islam dan Melayu entah ke mana. Perkataan "kita" diguna pakai Ridhuan menunjuk seolah-olah beliau juga Melayu dan lupa darah cair Cina dalam tubuhnya.

Apa yang mungkin paling dimarahi India ialah apabila Ridhuan mempertikaikan keistimewaan yang diperolehi India selepas pilihan raya 12.
Katanya, "tetapi selepas PRU 12, keadaan jauh berubah. Mereka mendapat peruntukan sana sini, pusat dan negeri. Rumah ibadat kecil menjadi besar, tombol rendah menjadi tinggi dan berwarna-warni,"Kenyataan ini sangat menyengat orang India - Hindu.
Tidak cukup itu bakal calon Umno itu juga mengimbau mengenai suasana perayaan Thaipusam yang tidak menyenangkan. Katanya; "Seminggu sebelum [Thaipusam], seluruh kawasan sekitar Batu Caves sesak. Kenderaan diparkir sesuka hati. Lautan manusia satu warna berhimpun, seolah-olah tidak ada warna lain lagi di negara ini."
Reaksi komuniti India paling lantang ialah dari S Vell Paari yang memberi kata dua sekiranya tindakan tidak diambil ke atas Ridhuan beliau akan menggunakan kuasa dan saluran yang ada - parti MIC untuk mengarahkan pengundi India agar tidak mengundi calon BN.
Dalam perkembangan lain surat akhbar Sinar Harian, yang menyiarkan tulisan Ridhuan itu telah memohon maaf atas penyiaran rencana berkenaan. Ketua pengarangnya Abdul Jalil Ali membuat permohonan maaf itu dihadapan sekumpulan komuniti India yang menunjuk perasaan di ibu pejabat akhbar berkenaan hari ini.
Keberanian dan sikap sarkastik Ridhuan itu telah menjejaskan peluang untuk terjun dalam arena politik seperti mana diharapkan. Sudah pasti Umno terpaksa memikir semula untuk mengambil Ridhuan sebagai calon dari ranggas ulamak

No comments:
Post a Comment