27 Januari 2013
SUNGAI PETANI - Unit Udara Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Utara yang berpangkalan di Bertam, Pulau Pinang melakukan penerbangan ihsan menghantar seorang pesakit dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Penerbangan itu membawa Mohd Ridwan Saad, 16, untuk mendapatkan rawatan di bahagian Vaskular HKL selepas kakinya cedera terkena mesin hidraulik.
Pegawai Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Shahrol Zaman Osman berkata pesakit diterbangkan kira-kira pukul 2.45 petang menggunakan helikopter Agusta AW139 yang dikendalikan juruterbang Kapten Ali Mydin dengan dibantu tiga anggota.
"Ini adalah penerbangan ihsan kali pertama untuk tahun ini. Penerbangan mengambil masa hampir sejam untuk tiba di HKL," katanya kepada pemberita ketika ditemui di HSAH. - Bernama

No comments:
Post a Comment