1. PKWR DUN Kupang bukan pengutip bayaran untuk urusan permohonan tanah oleh peneroka di Hutan Gunung Inas, Kupang. PKWR hanya bertindak sebagai pemudahcara terhadap pemohon dengan menempatkan Juru ukur Bertauliah di pejabat PKWR supaya mendapatkan harga yang berpatutan di samping para pemohon tidak perlu pergi ke pejabat juruukur yang letaknya jauh dari rumah para pemohon tanah.
2. Rujukan di PKWR Dun Kupang mendapati nama Tahak Lahamad tidak ada dalam senarai pemohon dan pihak juru ukur tidak menerima apa-apa bayaran daripada beliau (Tahak Lahamad) seperti yang didakwa dalam akhbar baru-baru ni. Justeru itu, tindakan undang-undang berikutan fitnah ini akan difailkan oleh pihak PKWR Kupang ke atas Tahak kerana memfitnah.
3. Bayaran yang diambil (bergantung kepada keluasan tanah yang dipohon dan diusahakan) bukan untuk mendapatkan geran tanah tetapi adalah upah jurukur tanah (Prosedur biasa permohonan tanah). Pihak PKWR tidak mengambil satu senpun dari bayaran mengukur itu melainkan semuanya adalah urusan antara juruukur dan tuan tanah.
4.PKWR Kupang sentiasa berurusan dengan PTG berhubung permohonan tanah tersebut dan dimaklumkan permohonan tersebut dalam proses akhir kelulusan sebelum diserahkan kepada pemohon.Inilah yang menjadi 'igauan ngeri' ADUN Pembangkang (YB Azmi Che Husin-Bayu) yang sebahagian tanah pemohon terletak dalam DUN beliau tetapi mendapat pembelaan dari PKWR Kupang (YB Johari Abdullah) setelah dinafikan hak mereka sejak 50 tahun yang lalu...tiap kali pilihanraya isu pemberian hak tanah dimainkan tetapi janji tak pernah ditepati...
5.Insya Allah penyerahan akan dilakukan sendiri oleh YAB Dato' Seri DiRaja Menteri Besar Kedah kepada semua pemohon setelah segala proses permohonan diselesaikan.
Untuk sebarang kemusykilan sila hubungi Cikgu Kadir di PKWR Dun Kupang.
No comments:
Post a Comment