Saturday, January 26, 2013

Pendakwah gesa Kristian gugur kalimah 'Allah'


Seorang pendakwah Kristian merayu agar masyarakat agama itu di negara ini menggugurkan penggunakan kalimah "Allah" daripada digunakan di dalam Bible.

BS Poh yang pernah ditahan ISA atas kegiatan keagamaannya berkata, orang Kristian harus berbuat demikian untuk menunjukkan kemuliaan hati nurani mereka.

"Orang lain tidak boleh memaksa kita mengugurkan kalimah Allah. Kita sendiri yang perlu memilih untuk tidak menggunakannya," katanya.
Katanya orang Kristian boleh berbuat demikian berdasarkan keyakinan ke atas kesusilaan dalam tindakan berkenaan.

"Kebebasan hati nurani ialah kebenaran yang berharga. Hanya Tuhan sahaja yang paling mengetahui mengenai hati nurani manusia," katanya.

Tambahnya, orang Kristian sudahpun berjuang dan memenangi hak untuk menggunakan kalimah Allah namun masih wujud usaha untuk menghalang penganut berkenaan daripada menggunakannya.

"Masalah ini sudah berlarutan selama 30 tahun. Persoalannya, adakah kita perlu berkeras untuk menggunakan hak guna (kalimah Allah?," soalnya lagi dengan memetik beberapa bait ayat daripada Bible.

Tambahnya, penganut Kristian juga kini tertekan dengan isu yang berlarutan itu.

"Jadi bolehkah jika berusaha lebih keras untuk menunjukkan kecintaan orang Kristian dengan tidak menggunakan (kalimah) Allah?," katanya.

Katanya, orang Kristian juga perlu menilai isu berkenaan dari segi alasan dalam kitab, alasan teologi dan juga linguistik.

No comments:

Post a Comment