Saturday, November 24, 2012

Lebih baik sentuh BABI daripada sentuh bukan mahram..!!


Gambar sekadar hiasan.

Satu ketika dulu aku suka sangat dengan sorang ustazah . Cara dia bercakap, berhujah dalam kaca tv menarik minat aku . Aku  tertarik dengan karisma dia  dan aura dia yang lancar berkata-kata. Aku yang sentiasa dahaga ilmu rasa teruja dan bersyukur kerana sudah ramai kaum Hawa sejenisku yang  sering keluar di kaca-kaca tv dalam slot keagamaan. Alhamdulillah .

Itu dulu tidak sekarang!

Bila dia mula berkata-kata bahawa “dibolehkan” sorang pompuan itu melacurkan dirinya dalam keadaan darurat untuk menafkah anak-anak @ keluarga, hilang langsung respek aku kat dia.

Di Malaysia ni, darurat sangat ke? Langsung tak ada pekerjaan halal ke untuk dilakukan demi menampung keperluan keluarga? Kita dalam suasana perang macam di Palestin ke? Atau sentiasa diburu macam kat Rohingya? Atau macam di Somalia? Walhal kita masih ada banyak lagi kerja halal contohnya jadi pembantu rumah ,pembantu kedai,pembantu di stesen minyak dsbnya. Nak dengan tak nak je.


Mendidik dan membela 5 orang anak setelah suami  meninggal bukanlah satu tugas yang mudah.  Ada kalanya aku rasa sangat desperate,sangat stress. Semuanya atas pundak aku sedangkan income aku termasuk dalam kategori miskin. Namun sebagai hamba-Nya,aku sangat yakin,selagi nyawa aku ,nyawa anak-anak aku belum sampai ke urat leher, rezeki kami dah tertulis di Lauh Mahfuz! Bila Allah mencipta hamba-Nya,pasti Dia sudah menetapkan rezekinya.

Boleh ke kita  melacurkan diri untuk sesuap nasi? Gila betul dia! Andai saja aku ini kurang iman, agaknya mau aku ikut “fatwa” sesat  ustazah sorang  ni.(Jangan la ada sapa-sapa kat luar sana yang terpengaruh dan percaya dengan kata-katanya tu.)  Esok-esok kat dalam kubur bila munkar nakir tanya kenapa buat kerja haram tu? Boleh ke aku jawab, “Aku ikut fatwa ustazah glamer tu wahai Munkar!”  Huh….!

Setelah dia dilantik menjadi “somebody” dalam kerajaan, aku perhatikan gila meroyannya  makin menjadi. Semakin lawa,semakin kiut ngalahkan artis! Dia dah pandai bertabaruj sedangkan dulu dia sangat menjaga auratnya!  Aku pun tak faham apa ke yang ada dalam benak dan fikiran dia? Dari seorang yang pandai berhujah berceramah bab-bab agama, menjadi kian “lagho.” Ini agaknya yang dikatakan orang “menjaga periuk nasi”. ( Dalam hati kecik aku ni,aku tetap berharap dan berdoa agar  dia balik semula macam dulu, sudah-sudah la tu…)

Bersalaman dengan bukan mahram tu kan nyata  hukumnya haram? Banyak gambarnya tersebar di media terutama di internet. Selamba betul dia bersalam dengan laki-laki bukan mahram siap kucup tangan lagi. Bukan ke dia seorang yang berpendidikan agama, takkanlah dia  tak tau?

“Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.”
(Riwayat Ibnu Majah) 

“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.” 
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi) 

Inikah pimpinan yang kita harapkan untuk menegur generasi muda ,balik pada Islam yang syumul yang sempurna? Sedangkan kita tau, anak-anak muda kita ramai yang dah tersasar. Tergelincir ke lembah dosa dan noda. Mereka semua perlukan bimbingan dan panduan dari orang-orang yang ada ilmu,ada agama.

Kerajaan yang ada hari ini secara terang-terangan mengaku tidak akan melaksanakan hukum Islam dalam pemerintahan. Mereka ada kuasa untuk berbuat demikian tetapi mereka sengaja tidak mahu. Percayalah, hukum dunia yang diguna pakai dalam mahkamah kita ni tak akan mampu membendung apatah lagi menghentikan segala jenis jenayah yang  ada!  Solusinya berbaliklah semula kepada Islam. Al Quran itu petunjuk sepanjang jalan. Ia relevan sejak dari zaman Rasulullah saw hinggalah ke hari kiamat.

Bila kita di jalanraya, kenapa boleh saja kita patuh? Merah kita kena berhenti. Kuning bersedia. Hijau barulah boleh jalan. Sebab kita tau, semua tu untuk kebaikan kita, bukan hanya kita tapi untuk semua pengguna jalanraya tak kira la muslim ke non muslim ke, semuanya sama-sama patuh pada arahan.

Begitulah dengan dunia ni. Allah mencipta segala yang ada di langit dan di bumi  lengkap denga kitab yang diberi melalui para Nabi. Kita tahu ada  4 kitab yang telah diperturunkan. Setelah turunnya  Al Quran, 3 yang lainnya iaitu Taurat,Zabur dan Injil tak boleh lagi kita guna sebagai rujukan.

Al Quran telah lengkap! Di dalamnya semua ada. Di dalamnya telah Allah nyatakan cara-cara berkehidupan di dunia ni sementara menunggu dunia yang satu lagi, dunia setelah kiamat! Tuhan buat dunia ni. Tuhan juga sediakan cara untuk mentadbirnya. Itulah Al Quran. Kita sebagai umat Islam tinggal ikut je. Bukan payah pun nak faham tapi memang susah bagi orang yang tak nak faham.
 
Sabda Nabi yang bermaksud ” Barang siapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu yang dia ketahui,lalu dia menyembunyikannya nescaya mulutnya akan dikekang dengan tali kekang api neraka.”

(Hadis riwayat Abu Dawud dan Tirmizi.)

Kita mengharapkan orang bijak pandai dalam agama ini menjadi penyuluh kepada umat yang jahil ilmu, bukannya semakin mengelirukan sehingga akhirnya mereka dipandang rendah  kerana diri mereka sendirilah yang telah menyebabkan masyarakat  tidak hormat lagi kepada mereka.  Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment