oleh Ahmad Zawawi
Hari ini Presiden UMNO memohon maaf lagi. Kita tidak tahu kali yang keberapa. Setidak-tidaknya pada Perhimpunan yang lepas juga beliau ada memohon maaf. Bagi ahli-ahli UMNO setelah menghayati permohonan maaf yang begitu mendayu-dayu ini kita percaya mereka telah bersedia memberikan kemaafan.
Lagipun sudah empat tahun lebih kesalahan tersebut berlalu. Ahli-ahli UMNO pun nampaknya yakin yang pada PRU 13 ini “Kek Besar” itu akan dapat dimenafaati oleh lebih ramai ahli. Tidaklah seperti masa-masa yang lalu dimana ia hanya berkisar dikalangan yang rapat dengan pimpinan sahaja.
Yang paling lucu dalam Amanat Presiden pada Perhimpunan 2012 ini dimana beliau meminta ahli-ahli UMNO kembali kepada rakyat - disaat-saat pilihanraya menjelang tiba baru orang-orang UMNO mendapat seru. Apa saja yang Presiden sebut ahli-ahli akan patuh dan percaya.
Itu mungkin apa yang ahli-ahli UMNO percaya tetapi bukan keseluruhan para pengundi yang akan menentukan siapa yang sepatutnya menjadi Kerajaan. Menunggu sehingga tempohnya terhentak kedinding baru hendak diadakan Pilihanraya itu sendiri telah membuktikan Parti yang sedang memerintah amat takut berdepan dengan rakyat.
Saya percaya para pengundi (Rakyat Malaysia) yang telah membulatkan tekat dan azam bersama-sama Pakatan Rakyat membentuk Parlimen Ke 13 tidak akan berganjar setapakpun kebelakang walaupun mendengar guruh yang berdentum-dentum itu.
Kesimpulannya, masyarakat UMNO/BN mungkin sudah cukup mewah daripada hasil mahsul negara akan tetapi rakyat terbanyak masih tertinggal dibelakang. Jika benar selama 50 tahun lebih UMNO/BN telah membela nasib rakyat mengapa masih ramai rakyat dikalangan yang miskin. Setelah lima dekad memerintah negara masih ada rakyat yang menunggu bantuan rumah PPRT?
Diakhiri coretan ini dengan sepotong kata-kata hikmat: Jangan mudah percaya Hujan Sehari boleh menghapuskan kemarau yang sedang dihadapi sejak berpuloh tahun.
http://ahmadzawawi.wordpress.com
No comments:
Post a Comment