Saturday, November 24, 2012

Ketua Pembangkang lupa apa dia dah buat dulu... Tok Det tanah Ting Pek Kin ingat tak lagi..??

Elehh takkan Tok det lupa tanah Ting Perk Kin yang dirampas di Langkawi, itulah antara hasil negeri...

(Gambar hiasan saja ni Dato' Det, tak ada kena mengena dengan cerita. Dato' banyak dok buruk sangka dengan blog kami sampai sebut bukan-bukan pasai blog dalam Dewan... payahlah kami nak buat kerja)
Pembangkang di Kedah sibuk mempertikaikan sasaran hasil negeri RM640 juta dalam Bajet 2013, yang menurut mereka mustahil untuk dicapai sebab terlalu tinggi.
Dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada Persidangan DUN, YB Dato' Seri Mahdzir Khalid (BN-Pedu) merasa hairan dengan sasaran Kerajaan Negeri mengutip premium tanah yang dianggarkan berjumlah RM150 juta pada tahun hadapan.

Jumlah berkenaan, katanya, terlalu tinggi memandangkan semenjak dari tahun 2007 lagi, purata tahunan premium tanah adalah sekitar RM40 juta setahun.
Bagaimanapun Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ir. Amiruddin Hamzah menjelaskan bahawa pertambahan mendadak anggaran premium sebanyak RM113 juta dari anggaran tetap yang sedia ada adalah hasil one-off yang melibatkan tiga lokasi.
Pertama,sebidang tanah di Langkawi yang telah dirampas sewaktu Mahdzir menjadi Menteri Besar. Bekas pemilik tanah tersebut ialah Tan Sri Ting Perk Kin, kroni kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. (Nota: Tun Mahathir adalah seteru politik Pak Lah. Mahdzir Khalid bekas Setiausaha Politik Pak Lah yang diangkat Pak Lah menjadi MB Kedah)
Tanah itu dirampas dahulu kerana tidak membayar cukai taksiran yang berjumlah RM14 juta. Hanya cukai premium yang dibayar. Rampasan dibuat mengikut prosedur undang-undang dan telah diwartakan sebagai milik kerajaan.
Dalam Sidang DUN Bajet 2012 tahun lalu, Mahdzir dalam perbahasannya semacam tidak setuju tanah itu diserah balik hanya kerana terdapat usaha oleh orang tertentu mendesak tanah itu dikembalikan.
Beliau tidak menyebut siapakah individu yang ‘menyondol’ kerajaan negeri minta tanah tersebut dikembalikan tetapi di belakang tabir, terdapat rahsia umum bahawa individu yang dimaksudkan ialah bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir.
Perundingan telah berlaku antara bekas pemilik yang bersungguh-sunguh mahu mendapatkan kembali tanah tersebut bagi mengelak kerugian lebih besar apabila tanah tersebut terlepas tangan dan kerajaan negeri dijangka mendapat RM30 juta selepas bekas pemilik membeli tanah itu semula.
Kedua,bayaran premium satu projek besar yang akan dilaksanakan di Alor Setar yang turut melibatkan pampasan pengambilan jalan negeri sebanyak RM38 juta.
Ketiga,ialah sebidang tanah di Daerah Bandar Baru milik kerajaan negeri, diambil balik oleh kerajaan negeri setelah ianya gagal dibangunkan oleh sebuah syarikat pemaju. Kini terdapat pihak yang berminat memajukan tanah tersebut dan anggaran hasil premium yang tinggi yang melengkapkan jumlah anggaran hasil tanah one-offitu sebanyak RM113 juta.
Ini bermakna hasil tetap mengikut rutin tahunan premium tanah hanya disasarkan RM37 juta. Ia adalah munasabah.
Mahdzir tidak bersalah dalam hal ini kerana beliau cuma bertanya soalan dan Amiruddin memberikan jawapan. Tetapi apabila Mahdzir membayangkan, sasaran RM150 juta pada tahun hadapan akan menyebabkan kenaikan kadar cukai dan premium tanah secara besar-besaran oleh kerajaan negeri maka ia dianggap sudah 'berburuk sangka' tu Dato' Seri...

No comments:

Post a Comment