Wednesday, November 28, 2012

Adakah kehidupan rakyat Malaysia sudah semakin terdesak sehingga sanggup buat kerja JENAYAH.??

Culik sebab anak kelaparan, tiada wang


KERATAN Kosmo! 24 November 2012.


SEREMBAN - Kehabisan wang, terdesak, anak kelaparan serta hilang kawalan merupakan alasan yang dibuat seorang bekas pekerja kedai makan di Mahkamah Majistret di sini semalam ketika mengaku salah atas tuduhan menculik tiga kanak-kanak dan melarikan sebuah kereta dekat Senawang 22 November lalu.

Rose Azrool Mohd. Arshad, 34, dijatuhi hukuman penjara lima tahun lapan bulan atas kedua-dua kesalahan tersebut bermula dari tarikh tangkapan oleh Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

"Saya mengaku salah. Saya bertindak demikian kerana terdesak, kehabisan duit, anak di rumah kelaparan dan hilang kawalan. Saya mohon mahkamah meringankan hukuman," rayunya.

Bagaimanapun Mohamad Izwan menegaskan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tertuduh melakukan jenayah.

"Cara awak salah. Melakukan jenayah bukan menghalalkan cara," tegasnya.


Mengikut pertuduhan, Rose Azrool didakwa menculik tiga beradik iaitu Muhammad Hazimi Khairul Anwar, 12, Muhammad Hanif, 3, dan Muhammad Haziq, 1, dari jagaan Norhayati Shahimi, 42 pada pukul 2.20 petang di hadapan pasar mini di Taman Desa Dahlia dekat Senawang di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh mencuri kereta jenis Proton Wira nombor pendaftaran KAH 4537 milik Khairul Anwar Zakaria di tempat, hari dan masa yang sama mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda.

Sabtu lalu, Kosmo! melaporkan seorang wanita menghadapi debaran hampir tiga jam apabila anak lelakinya yang berusia tiga tahun hilang bersama kereta Proton Wira miliknya yang ditinggalkan dalam keadaan enjin dihidupkan berhampiran sebuah pasar mini di Taman Desa Dahlia.

Suspek kemudian ditahan dalam sekatan jalan di Labu di sini tidak lama kemudian.

1 comment:

  1. ....amat menyedihkan...kalau saya jadi hakim memandangkan nasib begini ..saya hakim menghukum sesiapa yg hadir dijatuhkan hukuman membayar kpd yg di tuduh sebanyak rm10....kerana kamu semua tidak membantu orang sperti ini. Apakah rakyat biasa dihukum sebegtu rupa....manakala bapak menteri yg kita maklum curi duit rakyat berjuta sudah dijatuh hukum 1 TAHUN beb. masih lagi tersenyum, boleh berjalan2 bersama keluarga, semntara menuggu kes rayuan beb, silap silap...... BUANG KES...
    MARILAH KITA SAMA SAMA RENUNG RENUNGKAN.EK

    ReplyDelete