'Mana rumah dijanjikan'
24 Januari 2013
Mohd Noh bersama isteri dan anaknya menunjukkan notis yang
diterima supaya mengosongkan kediaman akibat gagal membayar tunggakan.
KANGKAR PULAI – Bekas penghuni rumah rakyat SEDC Tampoi, dekat sini menuntut janji kerajaan negeri yang didakwa masih belum tertunai selepas penantian 12 tahun untuk memiliki kediaman sendiri di tapak sama.
Seorang pesara, Mohd Noh Osman, 69, mendakwa dalam perjanjian itu penduduk hanya perlu tinggal di rumah transit di Rumah Pangsa Kangkar Pulai, sementara menunggu rumah teres kos rendah disiapkan.
Katanya, berdasarkan perjanjian secara lisan itu, penduduk perlu tinggal dirumah pangsa dengan caj sewaan RM100 sebulan dalam tempoh tiga tahun iaitu bermula tahun 2001.
“Selepas semua penghuni setuju pindah tiada sebarang pampasan diberikan namun kami akur kerana pihak bertanggungjawab berjanji menggantikan kediaman baru secara percuma.
“Namun, kami dikejutkan dengan pembinaan projek kompleks sebuah agensi penguatkuasaan awam dan pusat membeli-belah, sedangkan mereka janji bina kediaman kami ditapak asal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Noh mendakwa berasa tertipu dan kecewa selepas tiga tahun menanti lalu enggan melunaskan caj sewaan kediamannya itu.Seorang pesara, Mohd Noh Osman, 69, mendakwa dalam perjanjian itu penduduk hanya perlu tinggal di rumah transit di Rumah Pangsa Kangkar Pulai, sementara menunggu rumah teres kos rendah disiapkan.
Katanya, berdasarkan perjanjian secara lisan itu, penduduk perlu tinggal dirumah pangsa dengan caj sewaan RM100 sebulan dalam tempoh tiga tahun iaitu bermula tahun 2001.
“Selepas semua penghuni setuju pindah tiada sebarang pampasan diberikan namun kami akur kerana pihak bertanggungjawab berjanji menggantikan kediaman baru secara percuma.
“Namun, kami dikejutkan dengan pembinaan projek kompleks sebuah agensi penguatkuasaan awam dan pusat membeli-belah, sedangkan mereka janji bina kediaman kami ditapak asal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
“Saya enggan menjelaskan bayaran kerana pihak bertanggungjawab seolah-olah mempermainkan penduduk dan dianggap sengaja menabur janji kosong asalkan kami semua bersetuju untuk berpindah daripada kediaman lama.
“Sehingga kini, caj sewaan kediaman kami yang tidak dijelaskan sejak sembilan tahun lalu telah tertunggak sebanyak RM11,000. Keputusan ini adalah disebabkan pihak bertanggungjawab berjanji dalam masa tiga tahun sahaja kami perlu menyewa di rumah transit,” katanya.
Katanya, pada 2 Januari lalu, satu notis dikeluarkan mengarahkan Mohd Noh mengosongkan kediamannya disebabkan gagal menjelaskan tungakan bayaran sewa.
Mengakui teraniaya, Mohd Noh tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak bertanggungjawab masih gagal membina kediaman mereka di tempat asal atau di kawasan lain yang dianggap sesuai.
Jalan terakhir, dia menuntut pihak bertanggungjawab memberikan status hak milik bagi rumah transit itu, atau semakan kehakiman terpaksa dilakukan bagi menuntut keadilan.
No comments:
Post a Comment