Friday, November 30, 2012

Isu salun: Kata sepakat dicapai, kata Exco

SITI FATIHAH AWANG
30 November 2012
Isu salun: Kata sepakat dicapai, kata Exco
Takiyuddin bersama NGO Cina Kelantan yang hadir perbincangan kata sepakat 
di Kompleks Kota Darulnaim semalam.
 
KOTA BHARU – Perbincangan antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan dua badan bukan kerajaan (NGO) Cina di negeri itu semalam mencapai kata sepakat mengenai isu kedai gunting rambut yang tercetus sejak seminggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perbincangan muhibah kedua belah pihak itu adalah untuk mendengar pandangan kedua belah pihak dan mencari jalan penyelesaian.

“Perbincangan ini berlangsung dengan baik dan kami turut menerima beberapa cadangan dari pihak NGO untuk menyelesaikan isu ini dengan cara yang berkesan dan disetujui semua pihak,”
katanya kepada pemberita di Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Isu ini dibangkit setelah seorang pemilik kedai gunting rambut di KB Mall, di sini mendakwa disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan sejak 2010, kerana mendapati adanya pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut untuk pelanggan lelaki bukan Islam, mengakibatkannya didenda antara RM200 hingga RM350.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan, Oie Poh Choon dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Goh Tee Chew.

“Hari ini kami berbesar hati menerima cadangan ini untuk dibawa ke mesyuarat exco minggu hadapan dan hari ini bukan perjumpaan terakhir kerana kami akan duduk berbincang kembali jika masih berlaku sebarang kekeliruan,” katanya.

Beliau berkata, cadangan yang diberikan pihak NGO merupakan cadangan yang sangat baik dan yakin dapat membantu menyelesaikan isu yang dialami.

“Kami tidak boleh beritahu sekarang tentang cadangan yang dibincangkan dan selepas mesyuarat exco nanti kami akan beritahu semua jalan penyelesaiannya,” katanya.

Takiyuddin berkata, pihaknya akan menunggu keputusan Exco yang akan dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan memberi jaminan cadangan ini akan dipertimbangkan dan akan diumumkan selepas itu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil NGO yang datang hari ini (semalam) kerana mereka bukan sahaja mewakili peniaga-peniaga bukan Islam Kelantan malah mewakili dan memikirkan juga tentang kepentingan orang Islam dan pandangan orang ramai,” katanya.
 

Oooo Lepas hang Sapu Harta Rakyat Maki Kami berkandaq.. mai hari nie nak mintak maaf....pierahhhhh....

Fitnah tak makan, maki hamun orang menyampah... akhirnya UMNO guna taktik minta maaf


UMNO ibarat jantan taik pit ingat janda dan anak-anak time nak lepas gian ketagih dadah
Oleh: Tok Non
Setelah puas menabur fitnah terhadap Pakatan Rakyat ke seluruh pelusuk dunia melalui media nyata dan media maya setiap hari tetapi akhirnya rakyat terbanyak tetap menolak UMNO Be End. Sudah empat kali tarikh PRU132 dicadangkan tetapi apabila Najib mendapati kajian menunjukkan bahawa Be End akan kalah maka PRU pun ditunda.
Begitu juga dengan taktik menyemai kebencian melalui memaki hamun yang digunakan oleh beribu pahlawan maya mereka dalam FB, twitter dan blog tetapi akhirnya rakyat bukan setakat tidak terpengaruh dengan hasutan kebencian itu tetapi sebaliknya rakyat makin menyampah dengan perangai buruk UMNO tidak berakhlak itu.
Kini UMNO menggunakan taktik baru iaitu meminta maaf dari rakyat. Najib dalam ucapan dasarnya di Pestival Fitnah UMNO meminta maaf atas kesalahan-kesalahannya sewaktu menjadi PM selama 4 tahun. Baru 4 tahu dah berkandaq kesalahan. Walaupun Najib tak senaraikan kesalahannya terhadap rakyat tetapi semua rakyat tahu ia adalah berkaitan dengan komisyen pembelian kapal selam Scorpene, menaikkan harga minyak, penjahanaman FELDA, 'bersedekah' RM77 juta kepada Yahudi APCO, kehidupan mewah luar biasa sang isteri, Altantuya, fitnah terancang terhadap Anwar, fitnah saban hari terhadap Pakatan dan macam-macam lagilah... tak larat nak tulis.
Begitu juga perwakilan UMNO Kedah Othman Aziz juga minta maaf pada rakyat Kedah dan rayu beri peluang kedua. Senangnya UMNO buat kerja, melingkupkan negeri Kedah dengan beban hutang RM2.3 billion diwariskan kpd Pakatan pada Mac 2008, tinggalkan pulak beban biawak hidup dengan berbelas penyelewengan projek yang nilainya hampir RM400 juta... tiba-tiba mai merayu rakyat minta lesen nak berkuasa. Nak berkuasa untuk apa kalau bulan untuk menyamun semula wang rakyat Kedah?

Segala rayuan itu mengingatkan kita kepada citer suami penagih dadah yang tiap-tiap hari kerja belasah isteri dan dera anak. Kenyang anak bininya dok makan penyepak penendang. Isteri minta fasakh dan akhirnya tercerai. Malangnya bila lelaki durjana ni tak dak duit nak beli dadah untuk melepaskan ketagihannya dia pun patah balik ke rumah jandanya merayu dengan penuh perasaan agar diberi peluang kedua. Boleh percaya ke orang macam ni????

Cissss Pengarah JAKIM nie UMNO.. Patut la pecat CIKGU pie dengaq ceramah ANWAR..!!

Addin77
 
 
Cuba perhatikan di sebelah kiri Khairy Jamaluddin, dalam bulatan tu.. kalau ko orang nak tau itulah Ketua Pengarah JAKIM sekarang, Dato' Hj. Othman bin Mustapha.

Beliau hadir semasa ucapan amanat Presiden Umno sempena perhimpunan agong Umno semalam (27 Nov 2012).

Yang menjadi persoalannya, beliau hadir atas kapasiti apa? Sebagai penjawat awam ke? Ataupun perwakilan?

Double standard apa yang di amalkan oleh Umno ni, kalau penjawat awam sokong parti pemerintah di benarkan walaupun hadir pada waktu bekerja.
 
 
Manakala, penjawat awam yang sokong Pakatan Rakyat di beri tekanan yang pelbagai termasuklah di buang kerja. Adakah ini amalan murni yang diterapkan daripada slogan "Rakyat Di Dahulukan"...
 
SHAH ALAM, 26 NOV - Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (Insan) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sehingga mengakibatkan pemecatan seorang guru sementara di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan, Qatrun Nada Mohd Latfi (gambar).
 
Koordinator Insan, Mohd Faris Abdullah menyatakan sebagai sebuah agensi awam, Jawi sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan.

Katanya, campur tangan ini hanya mencemarkan imej Jawi sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

“Jawi juga gagal memberi sebab yang munasabah atas pemecatan Qatrun Nada (gambar kecil). Hal ini menguatkan dakwaan bahawa Jawi dipengaruhi oleh kepentingan politik Umno sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

“Perkara ini jelas bertentangan dengan Visi Jawi sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Tv Selangor.

Pada 15 September 2012, Qatrun Nada menghadiri satu ceramah anjuran Pakatan Rakyat yang disampaikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau disiasat dan menerima surat pemecatan pada 24 Oktober 2012 daripada pihak Jawi.

Notis yang diterima beliau bagaimanapun tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan.

Qatrun Nada kemudiannya menghantar surat rayuan untuk bertanyakan sebab secara terperinci, Jawi hanya menjawab dengan mengatakan beliau sememangnya boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa berdasarkan kontrak perlantikan.

Sebelum itu, beliau juga menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat Umno Labuan pada 9 Oktober lalu.

Dalam panggilan tersebut individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Pada 22 Oktober, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat Jawi Labuan untuk diselidik mengenai kegiatan luar beliau. Akhirnya, Qatrun Nada menerima notis sebulan penamatan jawatan yang akan berkuatkuasa pada 1 Disember ini pada 24 Oktober lalu.

Mohd Faris juga mengecam tindakan Umno-BN yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

“Umno sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

“Insan menggesa pimpinan tertinggi Umno mengambil tindakan tatatertib terhadap individu yang terlibat kerana melakukan tindakan yang memburukkan imej Umno.

“Tindakan Tatatertib itu juga penting bagi menunjukkan Umno juga menentang sebarang salah guna kuasa dalam pengurusan parti mahupun pengurusan kerajaan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Insan akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali pada 29 November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan Jawi daripada sebarang campur tangan politik sempit. ~selangorku
 
Tanpa disedari makin Umno menekan rakyat makin rakyat menolak mereka...

Addin :
Terima kasih buat sahabat yang beri info..

Saham FELDA - harga Jual dah sama dengan harga beli... Ahmad Maslan sudah naik meroyan..!!

"Haramjadah" Najib Terus Menimpa Saham Felda. Ditutup Menyamai Harga IPO!


Hari ini dalam sejarah - harga saham Felda Global Ventures Holdings Berhad pertama kalinya ditutup pada paras harga penyenaraiannya (RM4.55).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan tiba-tiba melenting dengan berkata, selain kejatuhan harga komoditi sawit, laporan negatif terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merupakan antara punca harga saham syarikat gergasi perladangan itu jatuh.

"Ini (laporan negatif) antara puncalah. Hari itu tuduh Genting ada RM400 juta saham dalam Felda. Saham ini bergantung pada emosi juga, malaysiakini dipetik.

"...di antara saya sebut (laporan negatif punca saham jatuh). Selain daripada pasaran sawit dunia. Mereka ini jahat betul. Saya tak pernah tengok dalam dunia manusia sejahat mereka ini.

"Saudara pernah jumpa? Malaysiakini pernah (jumpa)?," katanya dalam sidang media selepas persidangan Perhimpunan Agung Umno ke-66 di PWTC hari ini.



Ahmad yang juga ketua penerangan Umno berkata demikian ketika mengulas soalan pemberita berhubung kemerosotan harga sahamyang dibangkitkan oleh kumpulan yang menentang penyenaraian FGV.

TETAPI AHMAD MASLAN TIDAK PULA MENGULAS BAGAIMANA CELUPARNYA PM, NAJIB TUN RAZAK YANG TELAH MENGHARAMJADAHKAN PARA PENEROKA, DAN KINI APA YANG BERLAKU IALAH HARAMJADAH ITU BERBALIK MENIMPANYA SEMULA! - GB

Malaysiakini pada 12 November lalu melaporkan saham FGVH buat pertama kalinya diniagakan di bawah paras harga penyenaraian RM4.55 ke paras RM4.53.

Pada hari ini, harga saham berkenaan hari ini susut empat sen, atau 0.87 peratus kepada RM4.55 sehingga pukul 11.33 pagi setelah penganalisis menjangka keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan untuk FGV.

Laporan Bernama hari ini memetik kenyataan seorang penganalisis yang berkata unjuran keputusan suku ketiga yang kurang memberangsangkan itu disebabkan oleh harga minyak sawit mentah (MSM) yang lemah dan pengeluaran tandan buah segar (FFB) yang rendah semasa tiga bulan dalam kajian.

Menurut penganalisis itu lagi, FGVH juga mungkin berhadapan dengan masalah pokok sawit tua - sebanyak 53 peratus daripada 320,000 hektar ladang sawitnya.

http://greenboc.blogspot.com/2012/11/haramjadah-najib-terus-menimpa-saham.html

Betulkah UMNO pilihan TUHAN..??

Umno Pilihan Tuhan: Jangan Heret Tuhan Dalam Pertembungan Kita

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) berasa pelik, dan ,menganggap ianya keterlaluan apabila sebuah parti tua yang mendabik dada bahawa hagemoni mereka tidak akan pernah lupus dari bumi Malaysia ini, sekonyong-konyong mendakwa parti mereka adalah pilihan Tuhan, untuk menjalankan tanggungjawab memerintah negara ini dan atas dakwaan pendek akal itu, memaksa pembodohan terus bersarang dalam pemikiran anak muda negara tercinta ini.

Amat malang buat semua, apabila Exco Pemuda Parti Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih bangga dipanggil Umno, mendakwa dalam ucapannya bahawa Allah memilih Umno untuk diberi amanah dan kuasa bagi melakukan kerja perubahan di negara ini. Maka jelas terbentang kerja-kerja pembodohan minda yang ingin dilakukan oleh Reezal Merican ini yang secara mudah menganggap anak muda akan bermuhasabah menerima kenyataan penuh dangkal itu dan tetap bersama penyelewengan mereka.

Banyak tanggapan untuk memperlekehkan ucapan Reezal Merican boleh ditulis, tetapi AIC melihat dari beberapa sudut mengapa ucapan-ucapan politik selemah itu harus wujud dalam waktu seharusnya jiwa-jiwa besar memainkan peranan dalam membangunkan semangat kenegaraan yan kian lumpuh. Pertamanya adalah betapa Pemuda Umno, sebagai sayap parti pemerintah sudah merasakan 'faktor ketakutan' melanda mereka. Mereka tidak lagi bertemu dengan golongan anak-anak muda yang sanggup bersama mereka dalam arus hebat menahan asakan pembangkang menuju Pilihanraya Umum ke 13.


Mereka tidak lagi melihat anak muda, tanpa diberi bayaran dan ganjaran material akan duduk tegap bersama mereka melakar kembali beberapa detik kegemilangan yang pernah mereka kecapi satu waktu dulu. Maka Reezal Merican, dalam penilaian pendeknya merasakan, mengheret kalimat Tuhan kedalam ucapan itu bakal sahaja menambah seni ucapan malah mungkin menambah saham beliau sebagai pemimpin masa depan dalam parti tua itu.

Faktor kedua adalah terdesak. Ucapan Reezal Merican adalah mewakili keresahan dan rasa terdesak pembesar-pembesar Umno yang jelas buntu dengan kemaraan penentangan rakyat terhadap mereka. Jika diperhalusi, setiap tohmahan dan skandal yang cuba mereka palitkan pada pembangkang akhirnya ditepis dengan mudah dan mereka terus dihantui dengan skandal penyelewengan besar-besaran yang semakin menyekat salur pernafasan mereka. Sesak, dan mereka mencuba untuk mengheret kalimat Tuhan bagi memberikan sedikit ruang bernafas kepada diri mereka sendiri.

Faktor terakhir adalah kebodohan. Reezal Merican mewarisi kegagalan pembesar-pembesar Umno yang lain yang sering tidak mempunyai isi dalam ucapan mereka. Mereka lebih mementingkan gah serta gaya, mungkin sedikit pandai memainkan emosi tetapi kegagalan langsung mereka adalah menyampaikan mesej dan akhirnya apa yang diperjuangkan mereka separuh abad lalu tenggelam sedikit demi sedikit , sehingga akhirnya Umno pasti terdesak sehingga bakal memaksa rakyat khususnya untuk terus bernaung dibawah kebodohan dan kezaliman mereka.

AIC yakin anak muda menolak saranan seumpama itu, dan tidak akan membiarkan Reezal Merican mempelopori kerja-kerja pembodohan minda ini dengan sewenang-wenangnya. Pertembungan ini adalah pertembungan nilai, pertembungan strategi dan pertembungan idea. Memang benar Tuhan wujud dalam setiap keadaan, tetapi mendakwa Umno adalah pilihan Tuhan, adalah satu fasa paling gelap penelitian tahap kecerdikkan ucapan politik. Mari sebentar menoleh ucapan Winston Churchill dalam membangkitkan semangat rakyatnya ketika mengalunkan ucapan, Darah, Kederat, Air Mata dan Keringat yang begitu popular. Tidak ada satu kalimat Tuhan pun diseret dalam ucapan tersebut, kerana Churchill percaya tugasnya adalah untuk menyemarakkan semangat juang dan menjual nilai, bukan mencampuri urusan keyakinan diri rakyatnya kepada Tuhan yang sama sekali tidak wujud dalam politik.

Malah gaya hidup dan amalan yang dipraktikkan Umno tidak selari jika ucapan Reezal Merican dijadikan pedoman oleh pengikut Umno bawahan. Skandal penyelewengan harta negara, pengkayaan kroni, salahguna kuasa, keborosan dan pengkhianatan negara yang dilakukan oleh Umno tidak pernah akan menyokong tanggapan Reezal Merican bahawa Tuhan meredhai pemilihan Umno sebagai tunjang seterusnya negara tercinta ini.

Reezal Merican lupa, beberapa generasi kafir Quraisy 'dipilih' Tuhan untuk menjadi penjaga Kaabah. Reezal Merican lupa, ratusan tahun dinasti Firaun memerintah Mesir 'dipilih' Tuhan untuk memerintah, sehingga akhirnya mengaku diri sebagai Tuhan. Maka Umno juga mungkin 'dipilih' Tuhan, tetapi sebagai satu peringatan kepada semua, tanpa keinsafan dan sedar diri, amanah yang dipikul boleh menjadi azab yang membebani diri di kemudian hari.

Rakyat semakin menolak Umno, dan rakyat menolak projek pembodohan minda yang Reezal Merican cuba lakukan dan melawan kezaliman dan ketidakadilan Umno, adalah satu hak yang dituntut dalam perjalanan kita sebagai generasi penggerak zaman.


SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Presiden
AIC Malaysia

Memisahkan kuasa dari UMNO seperti memisahkan kulit dengan daging

oleh Aspan Alias

Perhimpunan Agung UMNO kali ini merupakan perhimpunan yang paling penting bagi UMNO kerana perhimpunan itu adalah perhimpunan terakhir sebelum pilihanraya ini. Perhimpunan kali ini menampakkan yang UMNO begitu tertekan dengan ucapan yang bergegar-gegar yang melambangkan perasaan kurang kepastian untuk mempertahankan kuasa yang ada kepada mereka itu..

Berbagai isu yang dilemparkan kepada pembangkang dengan kuat tetapi isu-isu itu jugalah isu yang pembangkang lemparkan kepada BN khususnya UMNO selama ini. UMNO nampaknya tidak tenang menghadapi cabaran demokrasi. UMNO membidas pembangkang seolah-olah penawaran pimpinan gantian di Putrajaya itu seperti melakukan jenayah, sedangkan negara ini memberikan peluang kepada mana-mana parti untuk menjadi kerajaan.Itu sebab diadakan pilihanraya setiap lima tahun sekali.

Seperti biasa UMNO menekankan yang UMNO adalah parti yang berpengalaman. Kerajaan tidak perlu ditukar kerana UMNO telah membangunkan negara ini dari sebuah negara miskin kepada sebuah negara yang berpendapatan sederhana dan bakal menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 nanti. Bagi UMNO apabila negara itu maju maka rakyat tidak payah menukar kerajaan lagi kerana kononnya rakyat akan menghadapi risiko yang tinggi jika kerajaan gantian itu tidak mampu melakukan apa yang BN telah lakukan.


Tetapi dalam pada itu Najib menjadikan Amerika Syarikat sebagai contoh tetapi hanya mengambil kemenangan Obama yang kekal menjadi Presiden buat penggal kedua itu sahaja. Najib patut mengambil iktibar dan rakyat mesti memahami yang politik ini adalah berdasarkan kepada keadaan sekarang dan masa depan rakyat dan negara. Rakyat AS telah menukar kerajaan puluhan kali walaupun negara itu adalah negara maju. Jika inilah alasan Najib untuk rakyat negara ini tidak boleh menukar kerajaan dan elok di batalkan sahaja pendaftaran parti-parti yang lain dari BN di negara ini.

Dalam pada itu kita telah nampak sikap ahli-ahli Parlimen BN pada hari ini kerana tidak hadir dalam persidangan hari ini kerana menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO. Mereka (ahli-ahli Parlimen BN) tidak bertanggungjawab kerana perhimpunan agung UMNO itu sepatutnya di hadiri oleh mereka yang menjadi perwakilan sahaja sedangkan ramai dari MP-MP BN itu bukan pun ahli-ahli UMNO atau perwakilan ke perhimpunan itu.

Berbalik kepada Perhimpunan Agung UMNO yang kita jelas terlihat ialah perasaan gusar dan takut jika rakyat mengalihkan sokongan mereka kepada pembangkang. Apa yang Najib gagal memahami ialah orang Melayu sekarang mahukan perpaduan Melayu dan kali ini berpadu di luar UMNO. Tetapi apa yang Najib mahukan orang Melayu ini tunduk dan menjadi bangsa yang ‘subservient’ kepada parti. Sepatutnya parti-parti politik lah yang patut ‘subservient’ kepada rakyat dan ahli-ahlinya.

Najib masih memaparkan politik memenjara pemikiran orang Melayu seolah-olah orang Melayu tidak boleh memandang parti lain dan apa yang orang Melayu patut lakukan ialah untuk sentiasa mengangguk dan mengikut sahaja apa yang UMNO mahukan walaupun rasuah yang terlampau yang pimpinan UMNO itu sudah tidak terkawal lagi. Negara kita adalah sebuah negara yang terlalu deras menuju kehancuran kerana rasuah yang sudah tidak terkawal kerana hampir kesemua pimpinan, terutamanya dalam kerajaan itu terlibat dalam kegiatan hina itu.

Pengakhir kata Najib dalam ucapan beliau tadi, beliau telah memohon maaf di atas segala kesalahan yang UMNO dan pimpinannya telah lakukan. Tidak pula beliau mengulas apa kesalahan-kesalahan yang UMNO dan beliau lakukan. Beliau meminta rakyat memaafkan UMNO dan kepimpinan parti atas segala kesalahan.

Najib tidak pula meminta maaf di atas semua salah laku rasuah yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan. Jika rasuah adalah salah satu dari kesalahannya dan meminta rakyat memaafkannya ia sepatutnya pimpinan UMNO melakukan tindakan yang berani dan berjanji memulangkan kembali wang rakyat yang telah dibawa lari dari perbendahaaraan negara secara sistematik selama ini. Sementara memulangkan kembali harta rakyat yang di larikan itu UMNO sepatutnya berehat dan melakukan ‘soul searching’ yang intensif terhadap diri mereka.

Kalaulah ini dilakukan ia boleh menyejukkan hati rakyat yang sayangkan negara. Misalnya jika keluarga Dr Mahathir boleh memulangkan kembali wang rakyat yang hampir RM2 billion yang digunakan oleh anaknya untuk menyelesaikan masalah perniagaannya dahulu ada juga lah nampak keinginan untuk bertaubat dan meminta maaf kepada rakyat. Semasa Lemahn Bros di AS menggunakan wang kerajaan semasa kejatuhan ekonomi dunia dahulu, sekarang syarikat gergasi itu sedang beransur-ansur memulangkan kembali semua wang rakyat yang di gunakan untuk ‘bailout’ syarikat itu dahulu. Sudah sampai masanya Mirzan Mahathir mengembalikan kembali wang rakyat yang digunakan itu seperti apa yang dilakukan oleh Lemahn Bros itu.

Apa lagi kesalahan yang dimaksudkan oleh Najib yang dilakukan oleh kepimpinan UMNO itu. Adakah isu komisyen Scorpene yang melibatkan ratusan juta itu salah satu dari kesalahan yang Najib memohon maaf? Bolehlah rakyat maafkan, tetapi pulangkanlah balik wang sejumlah itu kepada rakyat.

Bolehkah Najib menggunakan pengaruh beliau untuk membayar royalti minyak kepada Kelantan untuk melayakkan beliau mendapat kemaafan? Ada lebih dari RM 7 billion wang royalti yang sepatutnya dibayar kepada rakyat Kelantan. Itu merupakan kesalahan yang sangat besar terhadap rakyat negeri Kelantan yang mana 98% rakyat terdiri dari orang Melayu.

Inilah di antara ratusan isu yang sengaja dilakukan oleh pimpinan kita dan jika mereka mahukan kemaafan adalah elok UMNO duduk di kerusi pembangkang dan memperbaiki diri dan kembali mendapatkan mandat dalam pilihanraya yang akan datang jika rakyat bersetuju.

Kalaulah BN mendapat kemaafan dengan segala kejahatan rasuah yang mereka lakukan, maka BN akan terus melakukannya setelah mendapat kuasa nanti. UMNO akan kembali meminta maaf dalam pilihan raya yang selepas PRU ini dan rakyat memberikan kemaafan lagi. Jika ini keadaannya maka BN akan lebih bebas melakukan kerja hina yang sudah menjadi kerja biasa dan ‘normal’ bagi parti yang sudah lusuh ini.

Belum kita lihat sikap UMNO yang percaya kuasa hanya untuk mereka sedangkan itu adalah kuasa rakyat yang akan memberikan ketentuan siapa yang patut mentadbir kali ini. Tetapi pimpinan UMNO ini tidak mahu menerima yang partinya sudah lemah. Usaha UMNO untuk bertahan sudah terlalu kotor perlakuannya. Untuk memisahkan kuasa dari mereka (UMNO) tidak ubah seperti memisahkan daging dengan kulit.

Apabila mereka (UMNO) terfikir sahaja tentang kehilangan kuasa mereka menjadi separuh gila, sedangkan peralihan dan giliran kuasa itu adalah perkara lazim dalam demokrasi. Sesungguhnya UMNO lah yang gila kuasa sehinggakan mereka dan pimpinannya berkata mereka akan bertahan walau dengan cara apa sekali pun. Padahal kita bukan hendak memisahkan nyawa dari tubuh mereka. Kita hanya hendak melaksanakan demokrasi mengikut sistemnya yang ada dengan cara terbuka.

Kepada Najib beliau tidak payah bercakap seperti halilintar memecah bumi kerana berucap secara itu sudah ketinggalan zaman. Zaman sekarang rakyat mahu melihat ‘content’ bukannya gaya berucap. Ia akan hanya menampakkan kelemahannya lebih jelas dari yang sudah jelas kita lihat selama ini.

Kata perpatah, ‘patah tumbuh hilang berganti’ Rakyat bukan saja-saja hendak mematahkan, tetapi rakyat mahu mematah atau mencatas pokok itu untuk ia bercambah dan rimbun daunnya serta lebat buahnya.

Kalau hendak sangat berucap bergegar-gegar itu, eloklah berbahas secara terbuka dengan Ketua Pembangkang. Ini tidak…bercakap bergegar-gegar seorang diri. Kalau bercakap bergegar-gegar tetapi tidak memberi mana-mana pihak menjawabnya orang itu adalah pemimpin yang lemah dan tidak berketerampilan sebagai pemimpin sebenar.

'A genuine leader does not wail and scream'.

Betulkah Bukit di EMPANGAN PEDU telah Jahanam.. Ini jawapannya..!! #TAWAN KEDAH

Menjelaskan isu Projek Agro Teknologi di Charok Genting Bunga, Padang Terap
 Oleh: Crew Warta Darul Aman
 

Hutan tadahan hujan di Tasik Pedu semakin terancam! Demikian tema liputan besar-besaran oleh media talibarut BN yang difokuskan semata-mata untuk memburukkan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan di Kedah. Tiada apa lagi isu besar yang boleh dimainkan untuk membohongi rakyat jelata mengenai Kedah, maka isu 'kemusnahan' hutan di kawasan yang jauh nun di pedalaman Kedah dijadikan modal maklumlah di situ bukan kawasan ramai penduduk. Jadi lambatlah sedikit pembohongan BN itu diketahui orang.
Dua pembohongan utama yang dimainkan oleh media serta juga para pemimpin BN. Pertama, kononnya kawasan hutan yang dicerahkan untuk projek agroteknologi itu adalah berstatus Hutan Simpan Kekal. Sebenarnya kawasan terbabit adalah hutan simpan biasa yang diwartakan sebagai Hutan Simpan Pedu pada 11 September 1952. Ia boleh diubah status mengikut prosedur tertentu. Hutan Simpan Kekal ialah hutan Tasik Pedu yang terletak cuma di seberang laluan TEKIH (sebagai sempadan) dengan kawasan agroteknologi.
(Aktiviti pembalakan dan Projek agroteknologi dibuat di sebelah kanan laluan TEKIH iaitu Charok Genting Bunga. Di sebelah kiri laluan TEKIH ialah Charok Batang Padi yang hutannya langsung tidak terusik, ia berkembar dengan Tasik Pedu. Anak panah kuning menunjukkan benteng Tasik Pedu yang tinggi. Air dari Tasik Pedu boleh melimpah ke anak sungai di Charok Genting Bunga tetapi air dari Charok Genting Bunga mustahil boleh mengalir ke Tasik Pedu.)
Kedua, kononnya ia kawasan tadahan hujan yang membekal sumber air ke Tasik Pedu. Juga tidak benar. Tidak ada setitik air pun dari kawasan projek agroteknologi tersebut boleh mengalir ke Tasik Pedu kerana aras air Tasik Pedu lebih tinggi dari sungai yang mengalirkan air di kawasan projek agroteknologi tersebut. Anak Sungai tersebut mengalir ke Sungai Pedu yang menuju ke arah Kuala Nerang. Jika berlaku limpahan  Tasik Pedu, airnya mengalir ke sungai  tersebut juga.
Jadi apabila Setiausaha UMNO Kedah Datuk Othman Aziz dalam ucapannya di Perhimpunan UMNO mendakwa kesan pembalakan tersebut mengancam sumber air termasuk perairan MADA maka ia adalah tidak benar.
(Benteng Tasik Pedu yang tinggi)

Benteng atau tebing binaan Tasik Pedu terlalu tinggi, juga kawasan projek agroteknologi dipisahkan dengan laluan TEKIH iaitu jalan naiktaraf Sik ke Durian Burung. Jadi, walaupun jarak antara tapak projek yang hutannya telah dicerahkan dengan Tasik Pedu tidak sampai 400 meter namun ia langsung tidak mengancam Tasik Pedu.
(Pemandangan dari bahagian dalam kawasan Tasek Pedu, di belakang benteng sana (anak panah) iaitu kawasan berbukit dicadangkan untuk projek Agroteknologi)
Isu seterusnya ialah penggondolan hutan, kononnya kerana mahu mengambil balak tetapi berselindung di sebalik projek agroteknologi iaitu membuka ladang buah-buahan di empat kompartment yang dicadangkan di Charuk Genting Bunga. Tidak dinafikan berlaku aktiviti pembalakan yang melibatkan tiga kompartment (dari empat kompartment semuanya) iaitu iaitu 48A, 48B dan 50B yang melibatkan kira-kira 600 ekar tetapi semua kegiatan pembalakan melalui jawatankuasa teknikal pembalakan serta diluluskan oleh Jabatan Perhutanan. Jabatan Perhutanan terikat dengan pelbagai Akta Parlimen, sebagai kriteria untuk memberi kelulusan. Ini bukan cerita pembalakan haram seperti yang berlaku di beberapa buah negeri yang ditadbir BN.
Projek agroteknologi atau disahkan oleh majlis Mesyuarat Exco sebagai Projek Agro-eco-tourism diserahkan kepada Syarikat Kumpulan Ladang iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).  Tanah seluas 884 ekar itu diserahkan kepada PKNK sebagai pemegang Permit Peggunaan Sementara (status tanah) dengan sewaan selama 30 tahun.
(Pembersihan hutan dilakukan untuk projek Agroteknologi)
 
(Tapak semaian dan kolam takungan air projek Agroteknologi sedang dibuat)
 
Oleh kerana kawasan tersebut dibangunkan untuk projek pertanian maka kawasan terpaksa dibersihkan, ia berbeza dengan aktiviti mengambil balak semata-mata. Betullah laporan media BN bahawa pokok-pokok kecil juga dimusnahkan.  Ia kerja piawai bagi membangunkan semua projek pertanian. Samalah seperti yang dilakukan oleh mana-mana kerajaan negeri pun yang membangunkan kawasan berbukit untuk projek tanaman sawit. Sewaktu lebuhraya Utara-Selatan baru dibuka dahulu, di kiri kanannya semua bukit bergondol, hutan dicerahkan  tetapi sekarang sudah dipenuhi dengan kelapa sawit atau lain-lain pokok pertanian. Tidak ada pula masa itu media-media utama sewa helikopter mengambil foto dari udara lalu melaporkan 'BN rakus gondolkan bukit'.
 (Inibukan di Padang Terap tetapi di Lenggong, Perak ..bukit digondolkan untuk projek pertanian, foto diambil minggu lepas oleh YB Nasir Kubang Rotan... tak jadi isu pulak bila BN buat)
Antara yang akan ditanam di atas tanah tersebut ialah mangga (109.76 ekar), mata kucing, jambu dan ciku (163.77 ekar) serta buah-buahan nadir seperti anggur, kurma, durian belanda, salak dan sebagainya. Kerja meneres, menyemai dan membina kolam takungan air sudah bermula tetapi terganggu oleh Jabatan Alam Sekitar yang melatah mengikut paluan gendang media BN. Projek Agro-eco-tourism dirancang dan diluluskan oleh majlis Mesyuarat Exco pada 25 Ogos 2011 lagi. Kerajaan mengira bahawa projek ladang pertanian lebih menguntungkan dari hasil balak yang boleh ditunai berpuluh tahun sekali. Ia juga selari dengan manifesto PAS menjadikan Malaysia sebagai 'Belanda Timur'. Ia bukan jawapan spontan Menteri Besar untuk berdalih seperti yang ditanggap oleh pihak pembangkang negeri ini.
Jika Projek Agro-eco-tourism dianggap sebagai  helah mengambil balak, maka rakyat juga boleh menuduh BN membina laluan TEKIH sebagai helah mengambil balak. Laluan atau 'lebuhraya' TEKIH melalui kawasan hutan berbalak yang begitu luas. Kerajaan lalu dilaporkan menyerahkan projek mengambil balak tersebut kepada Kedah Corporatin Berhad. Namun selepas Pakatan mengambilalih kerajaan pada Mac 2008 sehingga kini tiada satu pun dokumen pembalakan di laluan TEKIH yang ditemui. Takkanlah kerajaan negeri tidak mendapat satu sen pun dari duit balak yang ditebang di kawasan tersebut?
Ada khabar angin yang menyebut bahawa pejabat tapak projek pembalakan laluan TEKIH dibakar sebaik Pakatan menang Mac 2008. Sebuah kenderaan juga dilaporkan dibakar. Adakah ia percubaan memusnahkan dokumen aktiviti pembalakan untuk mengelak dari duit balak tersebut diaudit? Pemuda PAS Kedah akan membuat laporan polis terhadap isu ini, cuma belum sampai masanya lagi sebab kira-kira 9 laporan polis lagi sedang menunggu sebelum sampai kepada isu tersebut.

Masa luaq DEWAN hangpa berkukuk sangat bab KUIN.. mai orang Jawab dalam dewan awat tak tanya dah..?? [Video]

KUIN tetap berjaya walaupun banyak cabaran

ALOR SETAR – Sejak pembaharuan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada tahun 2008 hingga kini KUIN dihimpit pelbagai ujian, namun, atas kecekalan semua pihak terbabit pada tahun hadapan KUIN akan memasuki era baru apabila kampus tetapnya di Kuala Ketil akan dibuka.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menjelaskan bahawa beliau menghadapi pelbagai masalah berkenaan KUIN sejak hari pertama beliau mentadbir Kedah.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan bagi menjelaskan persoalan yang dikemukakan oleh YB Dato’ Seri Mahawangsa Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid (BN-Pedu) berkenaan masalah yang berlaku di KUIN, semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri ke 12 di Wisma Darul Aman.

“Saya mendapati KUIN sangat berpotensi untuk dikembangkan. Lalu saya berbincang dengan banyak pihak untuk buat pembaharuan terhadap KUIN.

“Namun, saya ditegur agar tidak melakukan pembahuruan di KUIN. Mereka hanya mahu yang ada hanyalah kuliah agama sahaja tidak mahu campur dengan program akedemik,” katanya.

Tambahnya, KUIN kini berada di peringkat permulaan. Sama seperti orang berniaga, mesti bermula dengan sedikit terlebih dahulu, lama-lama baru bertambah.

Baru-baru ini pihaknya didatangi daripada kerajaan Nigeria dan mereka mahu menghantar 50 pelajar mereka untuk belajar KUIN.

“Namun, kita tangguh dulu pelajar ini. Kita tak mahu jadi seperti pepatah ‘kera di hutan disusui, anak di rumah mati kelaparan’. Tahun hadapan barulah kita akan terima pelajar ini.

“Kini KUIN telah dapat penilain ‘tier’ empat daripada Kementrian Pengajian Tinggi,” terangnya.

Tambahnya, KUIN merupakan universiti swasta yang mendapat sedikit bantuan daripada kerajaan negeri. Kebanyakan sumber KUIN berasaskan yuran pelajar dan yuran pelajar pula berasaskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Jika pelajar lambat mendapat pinjaman daripada PTPTN, maka pentadbiran KUIN akan terganggu.

Pada tahun hadapan kerana kita akan berpindah ke KUIN Kuala Ketil. Di sana kelengkap pelajar akan mencukupi dan ianya akan berbaloi dengan yuran pelajar.

Sementara itu, ADUN Guar Chempedak, YB Dato’ Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail bertanyakan berkenaan dengan program pengajian KUIN yang tidak diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).

YAB Ustaz Azizan menjelaskan bahawa sebelum ini KUIN mempunyai program Diploma Al-Quran, namun, akhirnya pihak KUIN bersetuju untuk mengeluarkan kursus ini untuk diberikan kepada Yayasan Islam Negeri Kedah.

Selepas itu, KUIN memperkenalkan Program Tahfiz Wal Qiraat. Semua proram memerlukan MQA, untuk mendapatkan MQA, pihak pengurusan KUIN diberikan masa selama 3 tahun.

“Kita ada masa kira-kira setahun lagi tempoh untuk mendapat MQA. Kursus ini diambil oleh 8 orang pelajar dan ada di antara mereka telah ‘transfer’ kredit, maka pengajian mereka hanya 2 tahun sahaja dan tak cukup 3 tahun,” terangnya.

#PAU2012 - Perhimpunan Angguk UMNO

Perhimpunan Umno sekadar belasah Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: “Seperti dijangka Umno akan jadikan persidangan Umno kali ini sebagai peluang untuk membelasah Pakatan Rakyat. Maklumlah parti yang sedang hendak menuju ajal, menggelupur seperti lembu yang hendak mati,” kata AJK PAS Puat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Umno terpaksa berlakon sebagai pejuang Melayu dan agama walau pun hakikatnya pengkhianatan berlaku angkara 55 tahun Umno memerintah.

Umno sekarang, ujarnya sudah hilang ideologi dan idealisma perjuangan dan ereka sudah kehilangan sokongan Melayu yang celik maklumat dan celik agama.

“Cuma Umno disokong oleh ahli yang ada kepentingan projek sahaja,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, oemimpin Umno tahu bahawa Melayu akan mengundi dengan emosi, maka ini yang menjadi strategi Umno.



“Ucapan pemimpinnya penuh dengan emosi bahawa Melayu akan hilang jika Umno tumbang. Pada hal yang mengkhianat sesama Melayu ialah Umno,” ujarnya lagi.

Beliau menambah, mereka diberi kuasa, dengan kuasa mereka menindas Melayu yang terlalu banyak jika hendak disenaraikan dosa Umno kepada Melayu.

“Tetapi Umno membaling batu sembunyi tangan atau pun seperti pencuri menjerit pencuri,” katanya.

Katanya lagi, Umno fikir dengan bersandarkan Melayu maka ia boleh menipu rakyat.

“Andaiannya Umno boleh membuat  apa sahaja kerana dia Melayu. Seolah-olah Melayu maksum, walaupun perasuah, penindas sesama Melayu, asalkan daripada kelompok Umno,” ujarnya.

Beliau berkata, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin membaca doa ketika merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri agar jauhkan Umno daripada menjahanamkan sesama sendiri walau pun hakikatnya Umno hanya pandai berdoa, tetapi pemimpin merekalah menjahanamkan sesama bangsa dan agama.

Katanya lagi, penafian hak kepada Kelantan, mematikan institusi masjid dengan melantik mereka yang bukan ahli masjid, menukar guru yang tidak sokong Umno contoh suami Cikgu Normala Sudirman, menyekat projek kepada orang tidak sealiran dengan Umno.

“Apakah ini bukan menjahanam sesama sendiri?” tanya Idris.

Jika tak BOHONG jangan dipanggil mereka "menteri"

Menteri bohong, JAS tak sokong kondo 29



 Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berbohong apabila mendakwa projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves mendapat sokongan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Sebaliknya JAS, melalui satu kenyataan bertarikh 24 Januari 2007, jelas tidak menyokong projek yang dimajukan oleh Dolomite Industries Company Sdn Bhd itu.

Bagaimanapun pemaju projek tersebut tetap berdegil meneruskan pembangunan tanpa mengambil kira pendirian JAS, lapor Selangorku.

Demikian kata Pengerusi Jawatankuada Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri, Elizabeth Wong dalam sidang medianya di lobi bangunan Annex Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini.

“JAS tidak pernah keluarkan surat sokongan seperti yang didakwa Menteri Perumahan dalam laporan Malaysiakini bertajuk “Chor: Dolomite kemuka penyelesaian kejuruteraan” 19 November 2012 lalu,” kata Elizabeth.

Elizabeth turut menunjukkan laporan JAS yang ditandatangani Pengarah JAS Negeri Selangor, Rosli Zul yang jelas tidak menyokong pembangunan tersebut memandangkan ianya boleh menimbulkan masalah tanah runtuh
.

Elizabeth juga memberitahu sehingga kini, sembilan blok bangunan komersil projek itu telah disiapkan tetapi belum diduduki kerana masih belum mendapat Sijil Siap dan Pematuhan (CCC).

Terdahulu, Majlis Perbandaran Selanyang ketika era pentadbiran Umno-BN telah memberi kebenaran merancang kepada projek yang terletak di kira-kira 180 meter dari Kuil Mahamariamman, Batu Caves.

Bagaimanapun projek itu menerima tentangan masyarakat Hindu yang bimbang ia akan menjejaskan struktur tanah Batu Caves yang merupakan tempat ibadat mereka.

Nak JIHAD tak payah pie PALESTIN dah.. Lanie cuma perlu lawan ANWAR sahaja..!


Aduhai sahabatku UMNO.... Jika mcm nie ikut ULAMAK UMNO tak payah nak berjihad di Palestin sebab tak ada jihad-jihad di sana.... Tapi jika ikut MAMAT UMNO nie pulak nak jihad jom lawan ANWAR...

Begitu mudah hangpa mainkan makna Jihad... Siapa yg main ugama nie... Siapa yg dok hina ugama nie... UMNO OH UMNO.....

AMENO SALAH NAIK BAS, TURUNKAN HASSAN JATI TENGAH JALAN?

KALAU BAS MACAM INI MUNGKIN AMENO BOLEH SALAH NAIK
Terima kasih Presiden PAS kerana sudah smash ameno, right on the spot!
Tak sangka Tuan Guru Haji Hadi pun pandai buat lawak. Hahaha! Cuma Yong muskil tentang 2 kejadian, iaitu: 
  1. Adakah Hassan Jati salah seorang penumpang bas ameno yang kemudian diturunkan di tengah perjalanan? 
  2. Adakah Nasha salah seorang penumpang bas ameno yang sengaja ditinggalkan di stesyen supaya ikut naik bas PAS? 
Cer kita samer2 cerakin persoalan ini.
Deduksi Yong:
Hassan Jati naik limosin mengejar bas PAS yang dibawa ikut hadlaju Malaysia. Dia dapat naik ketika  bas berhenti untuk membantu seorang yang mata lebam dipukul ketua polis. Lepas dapat kedudukan dia membuat onar lalu diturunkan dari bas. Tinggal sahabat karibnya Nasha.
Dia naik balik limosin untuk pergi entah kemana hala sambil menyalahkan si mata lebam dan dreba bas. 
Jadi, baguih sangat le demer doa minta petunjuk jalan yang lurus.

Tapi jalan lurus pergi ke mana? 
Ke kandang lembu?
Ke landasan keretapi buatan tukang paip?
Ke airport naik kapal terbang MAS-Air Asia?
Ke R & R rehat sambil minum air klorin syabbas?
Ke kelab minum air kuning dengan VVIP?
Kalau boleh Yong taknak letak gambor demer yang tak senonoh dalam blog Yong. Jadi Yong letak gambor ini jer. Anak sapa nu?? Emak dia tak mengaku kene mengena dengan bapak dia yang jadi pengerusi syarikat NFC ni. Kesian! Sumber di sini
Dah lebih setengah abad. Bas ameno tak jumpa lagi jalan yang lurus yang sebenar!
PENGARAH EKSEKUTIF NFC, IZZANI SALLEH (SUMBER DI SINI)
Ingat dosa pukul orang masa demonstrasi aman BERSIH boleh hapus dengan doa dan ancaman berulangnya peristiwa macam 13 Mei?
Sah ameno tidak boleh diselamatkan lagi. PAS udah tolak pinangan. Usah peduli lagi. Bukanke ketua demer dahpun mengaku demer tu syaitan yag dikenali? 
Yong tak rela nikah dengan syaitan.
 
http://yongsukakuning.blogspot.com/2012/11/ameno-salah-naik-bas-turunkan-hassan.html

Thursday, November 29, 2012

P’raya lebih telus jika ada pemerhati antarabangsa

KUALA LUMPUR: Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang hanya mengundang pemerhati negara Asean untuk memantau Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang, terus dipersoal.

Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli berkata, SPR tidak perlu bimbang jika mereka membuka peluang kepada pemerhati antarabangsa untuk memantau PRU negara ini.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, berkata, dengan memanggil pemerhati antarabangsa sebenarnya akan memperkayakan sistem pilihan raya negara ini yang telus di mata dunia.

"Apa yang SPR takut? Kita sepatutnya buka kepada antarabangsa dan buka kebenaran kepada sesiapa sahaja.

"Kalau kita, kononya guna media yang bebas, sistem yang adil, lantai yang sama rata, kenapa perlu takut?" katanya dalam sidang media.

Beliau tidak menolak usaha SPR memanggil pemerhati Asean bagaimanapun usaha ini boleh diperluaskan ke negara antarabangsa.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menegaskan adalah tidak wajar menjemput kerajaan asing datang campur tangan dalam urusan menentukan proses pemilihan kerajaan di negara ini.

Beliau berkata demikian setelah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta SPR mengundang kerajaan Australia sebagai pemantau bebas bagi memastikan pilihan raya nanti bebas dan adil.

"Motif Ketua Pembangkang ialah untuk menanamkan satu perasaan simpati, yang mereka (parti pembangkang) adalah 'underdog' di kalangan para penyokong, rakyat am khususnya pengundi atas pagar dan pihak luar. Ini adalah rangka dan agenda perancangan yang rapi.

"Motif kedua Anwar ialah untuk mendapat tarikan dan simpati dunia dan pihak antarabangsa supaya tekanan demi tekanan akan datang untuk Malaysia," dakwanya.

Yang PAS doa, Umno binasa saja................

Oleh Subky Latif


Heboh sekalian orang alim dan cerdik pandai yang menyokong kerajaan, Umno/Barisan Nasional terhadap doa yang disampaikah oleh Nik Radzi Nikmat, adik Menteri Besar Kelantan pada solat Hajat sempena Muktamar PAS ke 58 di Kota Baru minggu lalu.

Semuanya mengutuk apa yang disangka mendoakan keburukan sesama orang Melayu dan orang Islam.

Kira-kira 40 orang yang mengaminkan doa Nik Radzi itu kebanyakannya berkupyah putih dan ramai yang lulus enpat Sanawi pendidikan Islam. Yang mengutuk mereka lazimnya bersongkok hitam.

Apa yang didoakan bukanlah mohon keburukan kepada orang Islam, orang Melayu dan bukan Melayu. Dan bukan juga keburukan kepada negara, kakitangan kerajaan, raja-rajanya dan rakyat sekalian. Tidak juga mereka mendoakan keruntuhan kepada ekonomi dan kesejahteraan Malaysia.

Yang mereka doakan ialah supaya Umno dan BN dibinasakan. Jika BN dan Umno tidak dibinasakan, tiada kemungkinan PRU13 dapat berjalan bersih dan adil. Tiada jaminan pengundi hantu dapat dikeluarkan dari daftar pengundi.

Jika Umno terus segar, jika dengan pilihanraya yang tidak bersih itu, ia akan berkuasa lagi. Maka usaha memerangi rasuah tidak berjalan. Keadilan tidak dapat diwujudkan. Usaha menjadi sebuah kerajaan yang bersih tidak dapat disempurnakan.

Negeri-negeri yang menghasilkan minyak dan gas tidak diberi royalti tetapi sekadar wang ihsan saja. Kelantan yang mengeluarkan minyak hanya menjilat jari.

Kalau Umno dibinasakan, Pakatan Rakyat dapat menggantikannya, maka negeri yang mengeluarkan minyak akan diberi royalti 20 peratus, mahasiswa tidak dibebankan dengan hutang PTPTN kerana ia akan dimansuhkan, semua akan menikmati pelajaran percuma.

Jika Umno/BN tidak binasa dan Najib Razak terus menjadi Perdana Menteri, hutang negara tidak akan dapat disekat. Di bawah pentadbirannya hutang negara sudah melepasi RM500 bilion. Ia adalah menuju sebuah negara benkrap seperti Greece, Portugal dan lain-lain.

Di bawah Umno/BN kerajaan sedang mencari koyakkan negara dan rakyatnya. Bukan Melayu dan Islam saja akan binasa, tetapi orang bukan Islam juga akan papa kedana.

Dari pada negara dan rakyat binasa, maka jauh lebih baik kalau Umno/BN dibinasakan. Sebelum Malaysia dan rakyatnya binasa, maka PAS menyokong dan mengaminkan doa moga-moga dibinasakan Umno/BN.

Bila Umno/BN binasa, Melayu dan Islam tidak didoakan binasa, bahkan mereka dapat diselamatkan. Orang bukan Islam juga selamat. Pemimpin dan penyokong Umno tidak didoakan mati, kebuluran, halang pekerjaan dan sebagainya. Mereka hanya akan hilang pari saja.

Orang Melayu tetap jadi Melayu dan orang Islam tetap jadi Islam. Orang bukan Islam tetap macam mereka hari ini walaupun mereka akan hilang MCA,MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya.

Apabila Umno binasa dan semua asetnya berkecai, mereka boleh buat parti baru seperti yang mereka lakukan selepas Umno diharamkan tahun 1987 dulu kalau mereka tidak mahu masuk PAS dan PKR.

Orang Melayu dan orang Islam tidak hancur. Jika mereka menyertai PAS dan PAS menggantikan Umno, maka bagaimana mereka boleh binasa? Oranag Cina pula yang hilangan MCA, Gerakan dan lain-lain boleh menyertai DAP, PKR atau masuk dalam Dewan Penyokong PAS. Demikian juga India dan lain-lain.

Jangan berfikir Melayu dan Islam itu boleh hidup dengan Umno dan BN saja. Itu adalah satu fikiran kurafat.

PAS telah melakukan semua persiapan bagi melayakkannya menggantikan Umno. Semua kerja dan ikhtiar tidak memadai melainkan bermunajat dan berdoa kepada Ilahi mohon perkanankan PAS menggantikan Umno. Antara caranya ialah berdoa supaya Umno dibinasakan. Ia termasuklah dalam rangka PAS untuk menggantikan Umno.

Monyet jatuh masih dipanggil monyet, tapi menteri jatuh…

KUALA LUMPUR: Sidang Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas (2012) yang bermula 24 Sept lalu telah melabuhkan tirainya dengan ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar).

Beliau dengan nada lembut, menceritakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang beliau menjadi Speaker Dewan Rakyat.

"Semasa upacara angkat sumpah, saya ada tegur seorang ahli parlimen yang tidak angkat tangan. Waktu itu saya tidak tahu bahawa beliau tidak boleh angkat tangan.

"Saya mohon maaf kepada Bukit Gelugor, lewat itu baru saya tahu beliau tidak boleh angkat tangan," katanya sambil memandang ke kerusi Bukit Gelugor.

Beliau juga berkongsi cerita yang pernah diceritakan oleh salah seorang ahli parlimen bahawa hidup seorang ahli politik lebih teruk dari monyet.

"MP itu beritahu saya, kalau monyet jatuh dari setinggi mana pun, di bumi mana pun ia masih dipanggil monyet.

"Tetapi bila seorang menteri jatuh dari kegemilangannya, tidak lagi dipanggil menteri dan YB lagi.

"Jadi fikir-fikirkanlah. Saya pun tidak tahu saya akan jadi pengerusi mesyuarat ini lagi selepas ini," ujarnya.

Di akhir ucapannya itu, Pandikar Amin sempat berseloroh apabila menyifatkan ahli parlimen yang berucap 'berapi-api' untuk meminta dicalonkan semula dalam PRU nanti.

"Sewaktu berbahas ada yang berapi-api ini mungkin minta untuk dicalonkan balik," katanya diikuti ketawa para ahli parlimen.

Namun, beliau berharap ahli parlimen yang sedia ada ini menjadikan pengalaman persidangan parlimen ke-12 sebagai panduan dan tidak lupa untuk memberi tunjuk ajar kepada ahli parlimen baru yang dilantik selepas ini.

Turut memberi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Pandikar Amin Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli bagi mewakili Pakatan Rakyat, Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Idris Haron dan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.  

Umno, ambillah iktibar kejatuhan kerajaan Saba’

Oleh Akademi Tarbiyah DPPM,

Kerajaan Saba' (Mamlakah Saba'), sebuah kerajaan manusia klasik yang teragung dan yang terbesar. Menurut satu riwayat kerajaan ini pernah menaungi semua kerajaan yang berada di semenanjung tanah Arab pada zaman lampau. Kerajaan ini mungkin saja berada di Ethiopia saat ini atau Yaman saat ini, atau bahkan kedua-duannya.

Kerajaan Saba’ mempunyai pemerintahan yang bertahan selama ratusan tahun bermula pada tahun 950 SM sehingga 115 SM. Oleh sebab keagungan yang telah dilalui oleh mereka ini, maka kisah ini di rakamkan oleh Allah di dalam surah Saba' dan surah an Naml.

Firman Allah di dalam surah Saba':

"Sesungguhnya bagi penduduk Saba' di negeri mereka ada suatu ayat (tanda kekuasaan Allah) iaitu dua bidang kebun, di sebelah kanan dan di sebelah kiri, (dikatakan kepada mereka), Makanlah rezeki Tuhanmu dan bersyukurlah kepadanya, Inilah negeri yang baik dan tuhan yang pengampun." (Surah Saba': ayat 15)

Ayat ini adalah sebahagian daripada ayat di dalam surah Saba' yang menceritakan tentang kisah tamadun di zaman lampau yang menjadi kuasa besar di bahagian selatan semenanjung tanah Arab. Suatu kuasa yang telah melalui zaman pembinaan, zaman kegemilangan dan zaman kajatuhan. Ayat di atas menceritakan zaman kegemilangan kaum Saba', (kitab injil menyebut Sh'va - Sheba) yang bukan sahaja merupakan model sebuah negara yang kaya, bahkan merupakan sebuah negara yang mendapat pengampunan daripada tuhan - Baldatun Toyyibatun wa Rabbul Ghafur -.

Kemajuan Kerajaan Saba' dan Kegemilangannya

Jikalau kita melihat di dalam kitab-kitab sejarah, seperti Al-Bidayah Wa Al-Nihayah, maka kita dapati ketinggian Tamaddun Saba' ini mempunyai beberapa keistimewaan jika dibandingkan dengan tamadun Arab lain seperti kerajaan Himyar, Main, Qataban dan lain-lain. Keistimewaan ini adalah antara punca kerajaan Saba' mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi. Walaupun telah di gariskan banyak punca kecemerlangan, di sini saya kemukakan noktah yang paling penting yang menjadi punca kemajuan mereka, iaitu kemajuan mereka adalah kemajuan yang di dorong oleh aspek ketakwaan kepada Allah dan akidah yang tulen.

Maka dengan sebab inilah Saba' disifatkan sebagai negara yang makmur, dan negara yang mendapat pengampunan daripada Allah.

Jika kita mengkaji kitab sejarah, seperti Al-Kamil fi al-Tarikh, Al-Bidayah wa Al-Nihayah, dan juga kitab-kitab tafsir berkenaan dengan kisah ini, maka kita akan dapati bahawa zaman kegemilangan ini berpunca daripada perutusan Nabi Allah Sulaiman AS, yang telah menjadikan Ratu Balqis, Ratu yang memerintah Saba' sebagai seorang yang beriman kepada Allah Taala. Maka bermulalah zaman keagungan Saba'.

Maka kita percaya dan beriman tentang janji Allah Taala, iaitu; "Jika sekiranya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami (Allah) akan tumpahkan keberkatan daripada langit dan keberkatan dari bumi, dan sebaliknya jika kebenaran itu didustakan, maka Allah akan menyeksa mereka di sebabkan perbuatannya itu." (Surah al A'raaf : ayat 96)

Tamadun Saba' pada Zaman Iman Menjadi Contoh Ikutan

Apakah kita tidak percaya pada janji Allah yang menjanjikan limpahan berkat daripada langit dan bumi, jika negara kita negara yang beriman? Apakah kita tidak yakin dengan janji ini sebagaimana orang bukan Islam tidak mengimaninya? atau kita lebih yakin kepada Barat yang merupakan tamadun yang tidak islam pada hari ini sebagai ikutan kita untuk mencapai tahap kemajuan?

Perbezaan antara tamadun Saba' dan tamadun Barat pada hari ini amat berbeza. Tamadun Barat pada hari ini hanyalah maju dari sudut ekonomi, teknologi dan ketenteraan sahaja. Tetapi Kerajaan Saba' bukan setakat itu, bahkan mendapat kemajuan dari sudut sosial di samping mempunyai empayar ekonomi, ketenteraan dan teknologi pembinaan yang tinggi sehingga mereka dapat membina empangan Maa'rib yang masyhur dan masih kekal sehingga ke hari ini.

Kemakmuran dan keberkatan ini kita dapat lihat, melalui kesenangan yang di rasai oleh penduduk mereka; sehinggakan perempuan yang melalui di bawah pohonan buah tidak perlu memetik dengan cara memanjat atau mangait buah-buahan yang berada di atas kepala mereka, tetapi cukup dengan menjunjung bakul di bawah pohonan tersebut, kerana buah-buahan akan masuk dengan sendirinya ke dalam bakul mereka sebagaimana yang telah di ceritakan oleh Qatadah.

Begitu juga perjalanan mereka yang berulang alik daripada Saba' dan Syam yang memakan jarak ribuan kilometer, sang musafir tidak memerlukan kepada bekalan dan tidak takut kepada ancaman perompak, penyamun dan seumpamanya sebagaimana yang telah diceritakan oleh Zamakhsyari.

Apakah ini kita dapati ada pada tamadun sekarang, bahkan negara yang apabila semakin maju, maka semakin banyak jenayah yang berlaku dan semakin ramai penjenayah yang rakus di dalam negara tersebut. Maka jika kita memandang dengan pandangan iman dan ilmu, maka kita dapat simpulkan bahawa tamadun Barat hari ini bukan lah merupakan tamadun yang sebenar kerana tidak merangkumi semua aspek kemajuan. Maka tidak perlu menjadi kebanggaan kepada kita dan negara kita sebagai ikutan.

Zaman Keruntuhan dan Kehancuran

Yang menjadi perhatian kita di dalam kisah ini ialah zaman keruntuhan kerajaan Saba'. Jika kita melihat ayat-ayat yang menceritakan tentang tamadun Saba', hanya terdapat dua ayat sahaja yang menceritakan tentang keagungan mereka, dan selebihnya ialah sebab-sebab kehancuran dan kejatuhan mereka. Antara sebab-sebab yang jelas yang di ceritakan oleh Allah Taala ialah kerana mereka tidak mensyukuri nikmat yang telah di kurniakan oleh-Nya sebagaimana firman-Nya :

"Kemudian mereka berpaling, lalu kami kirimkan kepada mereka banjir yang merobohkan bendungan dan kami tukar kedua kebun mereka dengan dua kebun lain yang mempunyai buah yang pahit dan pohon atsl (pohon kayu yang tidak berbuah) dan sedikit pohon sidr." (Surah Saba: ayat 16)

Atsl adalah pohon yang berakar kuat sehingga sukar dicabut. Adapun pohon Sidr adalah pohon yang tidak mengenyangkan untuk dimakan.

Apakah makna "...Kemudian mereka berpaling?" Adakah mereka tidak mengucap alhamdulillah? Atau tidak bertahmid? Bukan, bukan. Bahkan ulama' tafsir menyatakan mereka berpaling daripada mengikuti ajaran Rasul, yakni ajaran tauhid. Maka inilah di antara perkara yang punca dan penyebab kecelakaan sesuatu umat.

Kejatuhan kerajaan Firaun yang besar di tangan Nabi Musa, kerajaan Babylon di zaman Nabi Ibrahim, dan kerajaan Parsi dan Rom pada zaman Nabi Muhammad dan umatnya, tidak lain dan tidak bukan melainkan kerana mereka tidak mengikuti ajaran Para Nabi yang diutuskan kepada mereka. Maka apakah negara kita telah melaksanakan ajaran yang di bawa oleh Nabi sehingga negara kita dianggap sebagai negara yang syukur dan tidak berpaling sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam ayat ini?

Maka bersegeralah kita bermuhasabah. Sebagai orang beriman dan orang yang Muslim dan membaca al-Quran. Antara sebab kecelakaan sesuatu kaum Saba' ialah berlakunya monopoli, yang disifatkan sebagai sikap yang berpunca daripada pemerintah yang menyebabkan sesebuah negara hancur. Sikap inilah juga yang menjadi punca kepada keruntuhan kaum Saba'. Firman Allah Taala :

"(Maka kamakmuran dan kemudahan itu menjadikan mereka sombong dan kufur) lalu berkata; Wahai Tuhan kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami (di antara sebuah bandar dengan yang lain). Dan mereka berlaku zalim kepada diri mereka sendiri; lalu Kami jadikan (kisah perbuatan derhaka) mereka: buah mulut orang ramai, serta Kami pecah belahkan mereka berkecai-kecai. Sesungguhnya kisah mereka yang tersebut mengandungi tanda-tanda (yang besar pengajarannya bagi tiap-tiap seorang Mukmin) yang sentiasa bersikap sabar, lagi sentiasa bersyukur." (Surah Saba': ayat 19)

Mereka berdoa selepas Allah memberikan kesenangan dengan memudahkan perjalanan daripada Yaman ke Syam sehingga orang-orang miskin dapat bermusafir dengan mudah. Tetapi ini perkara yang tidak disenangi oleh pembesar negeri sehinggakan mereka berharap supaya perjalanan dari yang mudah supaya dipayahkan, supaya golongan miskin tidak dapat ikut serta dan mengecapi kesenangan tersebut.

Atau dengan kata lain kesenangan dan kemewahan di dalam negara mahu dimonopoli oleh pihak-pihak tertentu sahaja, sama ada berupa syarikat-syarikat besar di dalam negara atau projek-projek yang menguntungkan sesetengah pihak sahaja tanpa mengambil kira golongan miskin : seperti tol, kenaikan minyak dan seumpamanya, serta yang terbaharu AES.

Maka ini adalah di antara sebab mengapa mereka dibinasakan. Dan Allah menyifatkan ini sebagai perbuatan yang menzalimi diri mereka sendiri. Negara kebajikan semakin lenyap. Negara perniagaan semakin terserlah. Sikap monopoli semakin berleluasa. Prinsip negara kebajikan yang dibina oleh Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul semakin hilang. Model kerajaan kebajikan pada zaman Iskandar Zulkarnain terhakis.

"(Mereka berkata); Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka."

"Dia (Zulkarnain) menjawab; (kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu), oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh." (Surah al Kahfi: ayat 94-95)

"Negara kebajikan" yang diterangkan di dalam ayat ini menunjukkan Zulkarnain tidak menerima cukai yang hendak diberikan oleh rakyat, tetapi bantuan yang dipinta diberikan tanpa balasan. Raja yang beriman ini tidak memikirkan cara-cara memaksimumkan kemasukan hasil dalam negara, tetapi memikirkan bagaimana membantu rakyat dengan percuma supaya diakhirnya nanti mereka bersyukur kepada Allah Taala.

Jika pemimpin negara sentiasa memikirkan cara memaksimumkan kemasukan negara dan meminimumkan pengeluaran negara walaupun membebankan rakyat, maka negara ini dianggap sebagai "negara perniagaan" yang menjanjikan kegelapan dan kehancuran sebagaimana yang disebut oleh seorang tokoh sosiologi terkenal, iaitu Ibnu Khaldun di dalam Mukaddimahnya (hlmn.83), "Sesungguhnya, perniagaan dari pihak kerajaan (kepada rakyat) merupakan kemusnahan."

Kekayaan kerajaan yang hakikatnya menguntungkan sesetengah pihak dibina di atas keperitan rakyat. Bebanan tol, kenaikan minyak, AES dan barangan ditanggung oleh rakyat pertengahan dan miskin, dan dalam masa yang sama elaun pembesar-pembesar dinaikkan. Rumah-rumah rakyat diroboh demi kepentingan politik, kuasa dan niaga menjadi keutamaan, manakala dendam membutakan mata hati mereka sehingga tidak dapat menafikan hak rakyat yang sepatutnya dikongsikan secara adil dan saksama.

Sikap monopoli seperti inilah, akhirnya menyebabkan kaum saba' ditimpa banjir batu yang besar sebagai bala daripada Allah, seperti yang dinyatakan dalam ayat 16, Surah Saba’ di atas tadi..

Empangan raksasa yang menjadi mercu ketamadunan kerajaan Saba' rosak dan tidak dapat lagi menahan takungan air banjir dan hujan, terutama air bah yang disebut "Sailul Arim". Justeru itu mereka terus lemah dan akhirnya kerajaan Saba' ini telah digantikan dengan kerajaan Himyar atau Tubba' yang di sebut oleh Allah Taala :

"(Mengapa mereka masih berdegil dalam kekufurannya?) Adakah mereka yang lebih kekuatan dan kehandalannya atau kaum - Tubba' - dan orang-orang yang terdahulu daripada mereka? Orang-orang itu semuanya Kami telah binasakan, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berdosa." (Surah Dukhaan : ayat 37)

Hakikat Kekayaan dan Konsep Syukur Yang Dituntut

Dua perkara yang menarik perhatian kita di dalam masalah ini iaitu sikap tidak mengikut ajaran keagamaan dan sikap monopoli di dalam sesebuah negara perlu menjadi pengajaran kepada kita semua sebagai seorang yang beriman kepada Allah. Kita sebagai seorang Islam yakin dengan janji yang telah Allah janjikan kepada kita tentang pengurniaan berkat di sebalik ketakwaan penduduk sesebuah negara, sebagaimana firman-Nya dalam Surah al A'raaf ayat 96 (seperti di atas).

Maka kita dapat melihat kekayaan hanyalah dimiliki oleh negara yang beriman dan negara umat Islam sahaja. Emas hitam yang dikenali sebagai petrol hanya dimiliki di negara umat Islam dan tidak wujud di negara yang bukan Islam melainkan kadar yang sedikit sahaja. Maka, ini adalah nikmat yang perlu kita syukuri, dengan cara kita melaksanakan ajaran Allah, dan menjauhkan larangannya. Bersyukur dengan tidak memonopolinya dan tidak mengagihkan keuntungan tersebut kepada golongan yang tertentu sahaja.

Tidak mempolitikkan nikmat ini, sehingga golongan yang berhak menerimanya dipinggirkan, dan golongan yang telah "kenyang perut" mendapat habuan, sedangkan nikmat ini di kurniakan oleh Allah kepada golongan yang bertakwa, bukan golongan pemonopoli yang menjadikan wasilah politik sebagai medan ke arah ini. Kalau tidak kerana golongan pengislah wujud di dalam negara, nescaya negara itu telah dilanda bala bencana daripada Allah.

Firman Allah Taala :

"Dan Tuhanmu tidak sekali-kali hendak membinasakan mana-mana negeri dengan sebab kezaliman penduduknya, selagi mereka sentiasa memperbaiki keadaan sesama sendiri." (Surah Hud: ayat 117)

Semoga matlamat dunia mendapat berkat dan matlamat akhirat tidak dilupakan.

http://tarbawi.my