Showing posts with label Subky Latif. Show all posts
Showing posts with label Subky Latif. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

Subky Latif ziarah Dr Haron Din untuk menyelami polimik berlegar sekarang ini..!!!

oleh Subky Latif

Isnin lalu, saya sempat berkunjung ke rumah Dr Haron Din, di Bandar Baru Bangi. Saya tidaklah berhasrat menimbulkan khabar angin yang tersebar luas dalam internet mendakwa beliau keluar PAS, banyak lagi perkara lain yang lebih penting.

"Kalau Ustaz Haron Din betul keluar PAS, pasti Utusan dan TV3 terlebih dulu menghebohkannya," saya membalas SMS seorang rakan yang bertanyakan berita palsu itu. Rupanya ramai lagi yang tertanya-tanya isu yang sama.

Kenalan rapat dari Alor Setar, sebaik mengetahui saya di rumah Timbalan Mursyidul Am PAS itu, minta bertanyakan kerana "aku nak dengar sendiri penjelasannya".

Sambil minum petang dan menikmati karipap panas, Dr  Haron menegaskan: "Saya pertegaskan sekali lagi, bahawa saya dalam menghadapi isu kalimah Allah atau isu yang berhubung dengan apa sahaja pendirian PAS dengan DAP, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan perjuangan bersama PAS.

"Tidak terlintas dalam benak saya, bahawa saya akan keluar PAS dalam menghadapi isu ini. Melawak tidak pernah, bercakap pun tidak pernah. Selepas bersama dalam perjuangan, tidak terfikir  hendak keluar PAS.”


"Malah Perhubungan PAS Perlis telah menawarkan saya bertanding dua kerusi, Dun dan Parlimen dalam PRU13, walaupun saya daripada awal minta tidak disenaraikan kerana tidak cukup sihat fizikal."

Dr Haron berkata, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jassin sendiri menawarkan kerusi yang disandangnya. Begitu juga dengan seorang lagi Adun PAS (Simpang Empat), Rus'sele Eizan.

"Saya juga ditawarkan Parlimen Arau. Pada 2008 saya kalah 300 undi sahaja.  Saya tolak tawaran itu. Mesyuarat tidak terima pandangan saya, mereka kata akan bantu dan tampung kelemahan saya. Akhirnya saya terima satu sahaja, iaitu Parlimen Arau," ujarnya.

Friday, February 22, 2013

Pertembungan Mahzab antara Pakatan & Barisan...

Berbeza mazhab Pakatan dan Barisan

Subky Latif, 22 Feb 2013


SUATU yang banyak dijaja oleh pemuka-pemuka UMNO betapa muafakat Pakatan Rakyat dikatakan tidak seindah perkongsian politik Barisan Nasional.

Barisan ada lambang dan ada organisasi didaftarkan di pejabat pendaftaran pertubuhan, tetapi Pakatan tiada lambang bersama dan ia wujud tetapi tiada failnya dalam pejabat pendaftaran.

Maka BN dapat berbangga betapa ia lebih sempurna. Maka padanya ialah yang terbaik yang wajar jadi pilihan rakyat.

Dakwaan itu tidak lebih dari pegangan mazhab yang berbeza. Penganut Syafie rata-rata menerima ia lebih praktikal dari mazhab yang lain dan yang lain mengira mazhabnyalah senang dari mazhab Syafie.

Apapun secara ijmak semua mengiktiraf ke empat-empat mazhab Suni yang terbesar itu adalah releven dan masing-masing fikah yang diterima pakai oleh pengikutnya. Kesemuanya bersandar kepada Al-Quran dan Sunnah. Mazhab yang ditegakkan oleh ulama masng-masing inilah yang jadi pemudah memandu umat terutama orang awam untuk beribadat.

Maka Pakatan Rakyat jadi satu mazhab juga bagi orang politik demokrasi di Malaysia untuk jadi pilihan kepada rakyat. Ia jadi pelengkap kepada mazhab BN yang sedia ada yang 50 lebih tua daripadanya.

Selama hari ini Malaysia ada satu mazhab saja. Ia jadi pilihan kepada parti-parti yang terkemudian yang tidak berupaya membentuk mazhab sendiri. Parti-parti yang bersendiri tidak berdaya bersaing dengan mazhab BN dan tidak pula dapat membentuk mazhab sendiri. Masa depannya tidak cerah atau tutup kedai.

Bagi menjamin kewujudannya parti-parti itu masuk mazhab tunggal yang ada dan mereka ditentukan oleh fikah mazhab itu.

Tetapi PAS, PKR dan DAP yang punya kekuatan sendiri tidak dapat menerima mazhab yang ada itu kerana demokrasi tidak menggalakkan wujud satu mazhab saja dalam satu wilayah. Sebagai mana Islam membenarkan wujudnya berbilang mazhab, maka demokrasi tidak mengira sihat politik itu ada satu mazhab saja.

Mazhab politik tunggal adalah menurus kepada pengkebumian demokrasi. Itulah yang terjadi pada pemerintahan Firaun, Hosni Mubarak, Ghadafi dan lain-lain.

Bagi mengelakkan Malaysia diperintah secara Firaun dan Mubarak, maka perlu ada mazhab lain. PAS, DAP dan PKR tidak menyertai mazhab BN kerana tidak akan menyuburkan kehidupan berdemokrasi dan ia melihat BN tidak menjadi padang yang sama rata buat kerabatnya.

Lalu Pakatan menjadi mazhab baru. Sebagai mazhab itu tidak semestinya serupa serba serbi dengan mazhab yang sedia ada. Yang penting ialah demokrasi membekalkan lebih dari mazhab. Ia boleh tidak mengadakan lambang yang satu, ia boleh tidak menjadi parti tunggal, ia tidak menjadi medan bagi parti besar mewajibkan parti kecil tundak kepada kehendaknya.

Pada Pakatan keanggotaannya sama rata dan masing-masing dapat bermain di padang yang sama rata. Walaupun ia tidak ada satu ketua yang besar kepada semua, tetapi ia tahu bagaimana mahu hidup dalam bahtera yang ada beberapa orang nakhoda.

BN memberi kuasa besar kepada pemimpin UMNO. Tiada orang boleh jadi nakhoda selain dari ketua UMNO. Buruk baik, bapak rasuah, penuh dengan skandal, tetapi dia jadi ketua yang ada kuasa veto kepada ketua kerabat yang lain.

Pakatan tidak mensyaratkan PAS atau PKR jadi ketua atau DAP jadi ketua. Semuanya ketua tetapi ketua yang tidak membuat keputusan seandiri, tetapi sama-sama membuat keputusan. Sekalipun ia tiada ketua, ia tahu bagaimana hendak menjadikan salah seorang jadi Perdana Menteri.

BN mensyaratkan ketua UMNO jadi Perdana Menteri. PR tidak begitu. Semua rakyat boleh jadi Perdana Menteri. Habis apa jaminan Perdana Menteri itu Melayu? DAP tahu waqi’ politik di Malaysia. Ia tahu siapa dari semua yang layak boleh jadi Perdana Menteri. Bukan semua yang layak itu boleh dan dapat menjadi Perdana Menteri.

Yang penting Pakatan yang tidak sama dengan BN dalam serba serbi tetapi kelainnya dapat memenuhi ciri mazhab yang dikehendaki oleh politik demokrasi di Malaysia dan boleh menjadi saingan yang lebih releven dari BN. Ia tahu apa yang ia patut buat dan apa yang tidak patut dibuat.

Wednesday, February 20, 2013

Awas !! Mahadet nie jenis manusia baling batu sembunyi tangan..

Oleh Subky Latif

KATA Hitler, bohong kalau diulang-ulang, tidak lagi dipercayai sebagai bohong.

Adakah kata-kata Hitler itu dipercaya orang apabila dia berkata, PAS tersingkir dari BN ketika dia jadi Timbalan Perdana Menteri, bukan kerana ditendang UMNO tetapi gara-gara perpecahan dalam PAS sendiri.

Semua tahu segala kerja dan keputusan untuk menendang PAS itu dibuat oleh Dr. Mahathir sebagai Timbalan Presiden UMNO ketika Perdana Menteri Hussein Onn tiada dalam negeri.

Orang tua itu (Hussein) yang tidak tahu apa, menerima saja keputusan pimpinan UMNO, bersetuju menentang PAS dengan merancang membentangkan di Parlimen usul meMAGERANkan Kelantan dan meletakkan kerajaan Kelantan di bawah tadbir kerajaan Persekutuan.

Apa yang dikatakan perpecahan PAS itu adalah gara-gara campur tangan UMNO dalam urusan PAS. PAS memutuskan Menteri Besar dalam kerajaan BN Kelantan ia Wan Ismail Ibrahim. Memang ada pandangan kedua dari kalangan PAS terhadap calon itu, tetapi PAS telah telah ada keputusannya.

UMNO mengambil kesempatan dari keadaan itu mendapatkan perkenan istana memperkenan Dato Mohamad Nasir menjadi Menteri Besar. Tiada keupayaan PAS untuk bercanggah dengan istana.

Tetapi Dato Nasir lebih dilihat sebagai MB UMNO dari MB PAS. Dia pun terasa bahawa pemilihannya sebagai Menteri Besar bukan dibuat oleh PAS tetapi oleh UMNO. Maka ia melebarkan pergolakan dalam PAS dan meletakkan PAS rasa tertekan dalam kerajaan BN itu sejak dari mula. Tetapi PAS menerima dalam bersabar kerana perpaduan dan penyatuan Islam dan Melayu bukan suatu yang mudah dicapai.

Demi memelihara percubaan penyatuan umat Islam dan Melayu, PAS meneruskan muafakat itu walaupun perancang utamanya Tun Razak sudah meninggal.

PAS sebagai parti yang bermaruah cuba memastikan program dan dasar PAS berjalan di Kelantan, maka ia memutuskan Menteri Besar diganti dengan orang lain.

Maka dijadikan alasan yang baik bagi UMNO untuk menamatkan kerjasama yang sukar dicapai itu. Ia tidak melakukan sesuatu yang boleh mengekalkan penyatuan, tetapi merancang memecahkannya dengan memutuskan untuk membentang usul di Parlimen, mengambil alih pentadbiran Kelantan, mengekalkan Menteri Besar tanpa kuasa, pentadbiran negeri diletakkan di bawah pegawai kerajaan pusat.

Mana-mana komponen BN yang tidak menerima usul itu dengan sendirinya gugur dari kenggotaan BN.

Siapa saja berada di tempat PAS, sebagai pihak yang bermaruah, menolak usul itu dalam Majlis BN sebelum ia dibentangkan di Parlimen. Tiada pilihan bagi PAS setelah BN membuat keputusan demikian melainkan keluar dari komponen itu.

Nampaklah seolah-olah PAS yang keluar dari BN dari segi tekniknya tetapi teknik itu dirancang oleh UMNO bagi mengeluarkan PAS.

Di situlah letaknya kiraan PAS ditendang dari BN.

Masalah dalam rumah tangga PAS tidak wajar dari satu alasan bagi BN menendang kerabatnya. MCA berkali-kali berdepan dengan krisis pimpinan. Dr. Lim Keng Yik menentang Tun Tan Siew Sin, San Choon dicabar Michel Chen, Neo Yee Pan ditentang Tan Koon Swan, Ling Leong Sik dikritik secara terbuka oleh Lee Kim Sai dan kemudiannya oleh Chua Jui Meng, dan terakhir Dr. Chua Soi Lek menentang Ong Tee Kiat.

Tetapi tidak pula UMNO mengambil langkah mengeluarkan MCA dari BN. Sekalipun MCA seolah sudah jadi biawak hidup bagi UMNO tetap ia dikekalkan dalam BN.

Apa yang Mahathir kata tentang BN tidak tendang PAS tetapi masalah dalaman PAS yang menyebabkan ia terkeluar adalah seperti membaling batu sembunyi tangan.

Friday, December 28, 2012

Walaupun rangking dah menurun dari 60 ke 54..yg pasti Malaysia masih negara rasuah...!!!

Malaysia masih negara rasuah

Subky Latif,

BAIK Perdana Menteri mahupun para pimpinan SPRM dipercayai berbangga apabila mereka mewar-warkan CPI rasuah negara turun ke tangga 54 dari 174 negara di dunia dibandingkan dengan tangga ke 60 tahun sebelumnya.

Perdana Menteri Najib dan timbalannya menunjukkan rasa seronok menyebutkan negara sudah turun ke tangga 54 dari 174 negara di dunia. Ia dikira sebagai satu kejayaan dalam usaha negara memerangi rasuah.

Sebagai manusia dan orang Islam wajarlah kita bersyukur atas apa-apa kebaikan sekali pun sedikit. Jika Allah takdirkan kita berada di tangga ke 174 pun kita kena redha atas ketentuanNya.

Tetapi adakah Perdana Menteri dan SPRM sudah boleh berbangga sekadar turun tangga dari tahun lalu dan kini berada di tangga 54 saja?

Dengan ditransformasikan BPR kepada SPRM dan dengan segala kempen anti rasuah, kita masih jadi negara ke 54 saja. Ada 120 negara lagi yang lebih teruk rasuahnya. Adakah sudah berjaya dan patut seronok sangat?

Dengan segala gembar gembur yang dibuat, kerajaan BN belum berjaya kalau pun ke tahap rasuah sifar, biar antara 10 negara bebas rasuah di dunia.

Mengapa kita masih di tangga ke 54?

Ia adalah tanda perang terhadap rasuah masih belum berkesan.

Yang Malaysia dikatakan bertambah elok kerana kita sekadar turun enam tangga dibandingkan dengan tahun lalu di seluruh dunia. Tetapi rakyat tidak diberi tahu keadaan dalam negeri itu lebih buruk atau jauh kurang dari tahun-tahun sebelumnya?

Boleh jadi kita turun ke tangga 54 kerana kemungkinan enam negara di bawah kita dulu bertambah teruk rasuahnya tahun ini. Kiranya mereka bertambah teruk dalam masa setahun atau beberapa tahun kebelakangan ini, maka CPI kita jadi elok sikit.

Tetapi mungkin juga kita bertambah teruk. Jika disebabkan orang lain bertambah teruk, maka dilihat kurang teruk, sesungguhnya boleh dikelirukan orang suasana seperti itu.

Pastikan kita bertambah disebabkan oleh kita betul-betul baik, jangan kita tertipu oleh faktor orang lain bertambah buruk, lalu kita terasa kita kurang buruk.

Jika ia diibaratkan sebagai pencapaian anak kita di sekolah. Dia dapat nombor 20 ke atas dalam darjahnya. Berbagai usaha kita lakukan dia dapat kedudukan yang ke 15. Adakah dia sudah bertambah baik? Atau beberapa orang kawan sederjahnya merosot? Jika ia disebabkan oleh kawan-kawan merosot, belum tentu anak kita itu bertambah baik.

Apa pun kita tetap tidak seronok anak kita di tangga ke 15.

Jika tahun depan CPI rasuah kita turun ke tangga 50 pula, elok dia diam saja dan buat lebih banyak kerja supaya betul-betul tidak ada. Jangan nyatakan kepada umum kita sudah bertambah, sedang rumah kita masih jadi sarang anai-anai. Anai-anai wala pun sikit tetap ia dikira rumah beranai-anai.

Dalam hal ini kita bukan mahu menyalahkan SPRM, tetapi yang mesti bertanggungjawab adalah parti yang memerintah. SPRM sebaik mana pun tidak boleh buat apa, kalau pemimpin-pemimpin kerajaan dan negara menjadi ikan yang busuk kepala.

Kepala ikan sudah busuk, tiada daya badan ikan bertahan segar.

Kerajaan yang ra suah tidak mampu membersihkan negaranya dari rasuah. Ada 1001 cara bagi pemimpin yang rasuah untuk mengatakan dia tidak rasuah. Antaranya menjalankan kempen perubahan membasmi rasuah.

Thursday, November 29, 2012

Yang PAS doa, Umno binasa saja................

Oleh Subky Latif


Heboh sekalian orang alim dan cerdik pandai yang menyokong kerajaan, Umno/Barisan Nasional terhadap doa yang disampaikah oleh Nik Radzi Nikmat, adik Menteri Besar Kelantan pada solat Hajat sempena Muktamar PAS ke 58 di Kota Baru minggu lalu.

Semuanya mengutuk apa yang disangka mendoakan keburukan sesama orang Melayu dan orang Islam.

Kira-kira 40 orang yang mengaminkan doa Nik Radzi itu kebanyakannya berkupyah putih dan ramai yang lulus enpat Sanawi pendidikan Islam. Yang mengutuk mereka lazimnya bersongkok hitam.

Apa yang didoakan bukanlah mohon keburukan kepada orang Islam, orang Melayu dan bukan Melayu. Dan bukan juga keburukan kepada negara, kakitangan kerajaan, raja-rajanya dan rakyat sekalian. Tidak juga mereka mendoakan keruntuhan kepada ekonomi dan kesejahteraan Malaysia.

Yang mereka doakan ialah supaya Umno dan BN dibinasakan. Jika BN dan Umno tidak dibinasakan, tiada kemungkinan PRU13 dapat berjalan bersih dan adil. Tiada jaminan pengundi hantu dapat dikeluarkan dari daftar pengundi.

Jika Umno terus segar, jika dengan pilihanraya yang tidak bersih itu, ia akan berkuasa lagi. Maka usaha memerangi rasuah tidak berjalan. Keadilan tidak dapat diwujudkan. Usaha menjadi sebuah kerajaan yang bersih tidak dapat disempurnakan.

Negeri-negeri yang menghasilkan minyak dan gas tidak diberi royalti tetapi sekadar wang ihsan saja. Kelantan yang mengeluarkan minyak hanya menjilat jari.

Kalau Umno dibinasakan, Pakatan Rakyat dapat menggantikannya, maka negeri yang mengeluarkan minyak akan diberi royalti 20 peratus, mahasiswa tidak dibebankan dengan hutang PTPTN kerana ia akan dimansuhkan, semua akan menikmati pelajaran percuma.

Jika Umno/BN tidak binasa dan Najib Razak terus menjadi Perdana Menteri, hutang negara tidak akan dapat disekat. Di bawah pentadbirannya hutang negara sudah melepasi RM500 bilion. Ia adalah menuju sebuah negara benkrap seperti Greece, Portugal dan lain-lain.

Di bawah Umno/BN kerajaan sedang mencari koyakkan negara dan rakyatnya. Bukan Melayu dan Islam saja akan binasa, tetapi orang bukan Islam juga akan papa kedana.

Dari pada negara dan rakyat binasa, maka jauh lebih baik kalau Umno/BN dibinasakan. Sebelum Malaysia dan rakyatnya binasa, maka PAS menyokong dan mengaminkan doa moga-moga dibinasakan Umno/BN.

Bila Umno/BN binasa, Melayu dan Islam tidak didoakan binasa, bahkan mereka dapat diselamatkan. Orang bukan Islam juga selamat. Pemimpin dan penyokong Umno tidak didoakan mati, kebuluran, halang pekerjaan dan sebagainya. Mereka hanya akan hilang pari saja.

Orang Melayu tetap jadi Melayu dan orang Islam tetap jadi Islam. Orang bukan Islam tetap macam mereka hari ini walaupun mereka akan hilang MCA,MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya.

Apabila Umno binasa dan semua asetnya berkecai, mereka boleh buat parti baru seperti yang mereka lakukan selepas Umno diharamkan tahun 1987 dulu kalau mereka tidak mahu masuk PAS dan PKR.

Orang Melayu dan orang Islam tidak hancur. Jika mereka menyertai PAS dan PAS menggantikan Umno, maka bagaimana mereka boleh binasa? Oranag Cina pula yang hilangan MCA, Gerakan dan lain-lain boleh menyertai DAP, PKR atau masuk dalam Dewan Penyokong PAS. Demikian juga India dan lain-lain.

Jangan berfikir Melayu dan Islam itu boleh hidup dengan Umno dan BN saja. Itu adalah satu fikiran kurafat.

PAS telah melakukan semua persiapan bagi melayakkannya menggantikan Umno. Semua kerja dan ikhtiar tidak memadai melainkan bermunajat dan berdoa kepada Ilahi mohon perkanankan PAS menggantikan Umno. Antara caranya ialah berdoa supaya Umno dibinasakan. Ia termasuklah dalam rangka PAS untuk menggantikan Umno.

Monday, November 12, 2012

Nurul Izzah teraniaya - dia telah dipelupuh hingga hampir mati oleh orang yang benci kepada Anwar


Subky Latif, 13 Nov 2012


NURUL Izzah telah teraniaya seperti bapanya Anwar Ibrahim.

Sama ada ucapannya tentang tiada paksaan dalam agama tersilap, keliru atau kurang jelas, maka dia telah dipelupuh hingga hampir mati oleh orang yang benci kepada anak beranak itu.

Saya mengambil sikap melayan Izzah sebagai mana-mana orang yang didakwa belum bersalah selagi mahkamah belum mendapatinya bersalah.

Sebagai manusia dia terdedah dengan segala macam kelemahan. Dia boleh melakukan kesilapan dan kekeliruan dan dia juga boleh jadi jahat.

Tetapi semua dikehendaki adil terhadap semua sebagaimana kita mahu semua adil terhadap kita.

Pertama dia bercakap tanpa teks. Walaupun ucapan itu dirakamkan tetapi ia tidak menghalang dia membuat kesilapan. Eloknya rakaman itu memungkinkan kita tahu kesilapan dan boleh dibetulkan.

Sesiapa saja yang berucap khusus yang bukan nabi mesti ada kata-kata tersasul dan kesilapan dan ada yang tidak jelas yang memerlukan penjelasan.

Misalnya seorang ustaz bercakap tentang Firaun dan Nabi Musa a.s. Dalam ucapannya itu dia terkata Nabi Musa itu kejam. Orang yang mendengarnya tahu cakapnya tidak betul. Biasanya orang tahu ustaz itu tersasul dan bukan itu yang dimaksudnya. Yang dia hendak kata kejam itu ialah Firaun, bukan Nabi Musa.

Jika ustaz itu sedar dia tersasul, dia akan betulkan. Jika dia tidak sedar, dia rasa dia betul. Kecualilah sepanjang ucapannya itu terus menerus dia kata nabi itu begitu. Yang itu bukan silap tetapi dia benar-benar jahat.

Apabila berlaku tersasul dan kekeliruan biasanya orang akan bertanya minta penjelasan. Jika yang bercakap tidak bermaksud seperti yang dicakapkannya, dia akan membetulkan kesilapannya dan menjelaskan apa yang kurang jelas.

Tok-tok guru pondok yang mengajar agama pun kadang-kadang tersasul. Maka itu dia minta murid-muridnya bertanya apa yang kurang jelas.

Saya yang terlatih sebagai wartawan, diminta bertanya kepada orang yang membuat kenyataan apabila ada perkara yang kurang jelas atau salah maksud itu. Tidaklah nanti kita membuat laporan yang tidak betul.

Tidaklah pemberita itu dikira salah lapor apabila dia melaporkan cakap yang salah cakap dari seseorang. Beritanya itu betul tetapi dia benar-benar pandir kerana dia tidak minta penjelasan dari orang yang bercakap.

Kekeliruan boleh berlaku bila-bila dan oleh sesiapa. Nabi SAW pernah membuat kenyataan yang mengelirukan seorang tua. Orang tua itu bertanya adalah dia boleh masuk syurga. Baginda menjawab, mana ada orang tua masuk syurga. Lalu menangislah orang tua itu. Nabi pun menjelaskan maksudnya betapa dalam syurga nanti semuanya muda-muda belaka. Orang tua seperti Nabi Nuh a.s. yang seribu tahun usianya, di syurga nanti jadi muda juga.

Jika pemberta dengar cakap Nabi seperti itu dan tidak minta penjelasan, dia buat berita seperti yang didengarnya, maka huru haralah sekalian orang tua.

Makhluk pertama melakukan maksiat ialah iblis apabila dia enggan sujud kepada Adam. Allah tanya dulu iblis menggapa dia begitu? Allah tidak terus laknat dia. Setelah dia jelaskan mengapa dia memusuhi Adam, maka barulah dia dilaknat.

Tetapi mungkin wartawan pandir itu hendak memberi rezeki kepada Izzah dengan membuat laporan begitu tanpa minta penjelasannya. Izzah lalu menyaman mereka. Jika nasib Izzah baik, dia menang saman dan dapat bayaran berjuta.

Wednesday, October 10, 2012

Bajet pakatan, ekonomi rakyat – negara berkat

oleh Subky Latif

 

Pakatan Rakyat adalah kerajaan menunggu. Apabila membentangkan versi bajetnya, tiadalah yang dapat dikuatkuasakannya selagi jadi kerajaan menunggu.

Lalu diperli BNlah, berangan-anganlah.

Tetapi ia adalah persediaan apabila Putrajaya dapat dibebaskan selepas PRU13 kurang daripada enam bulan dari sekarang. Apabila bertukar saja ia dari status kerajaan menunnggu kepada kerajaan betul, maka bajetnya itu akan diisinyalah.

Semua yang digaris dalam bajet itu adalah menjuruskan kepada keperluan ekonomi tuan punya Negara ini iaitu rakyat. Apabila ia diisi dengan keperluan rakyat, maka moga-moga negara pun berkat.
Ia menuju kepada sebuah negara yang berkat. Kerajaannya adalah kerajaan dunia, tetapi menyediakan segala yang diperlukan oleh orang yang hendak ke akhirat.

Doa dalam tema bajet itu ialah mencari sebuah negara yang berkat. Berkat itu adalah kata-kata menuju akhirat. Iaitu mencari kesenangan di dunia dan kesenangan di akhirat.

Itulah matlamat hidup Islam. Bagi orang Islam ia dapat semua – kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Ia juga dengan sendirinya menjadi dunia yang disenangi oleh orang bukan Islam, baik mereka rakyat dan yang bukan rakyat yang bertandang ke sini.

Itulah tema dan persedia untuk menjadi sebuah negara berkebajikan. Pengisian terperincinya, bacalah keterangan pembentangan Ketua Pembangkang atas bajet itu.


Ia memberi tempoh kurang daripada enam bulan dari sekarang kepada penguasa yang ada sekarang untuk berbuat apa-apa yang suka sebelum Putrajaya terlepas daripada tangan.

Inilah masa untuk melarikan apa-apa yang ada di Petronas dan apa-apa yang boleh dicapai sebelum kerajaan menunggu mengambil alih kerajaan.

Lepas itu, Petronas tidak boleh buat apa-apa yang ia suka lagi. Ia akan ikut apa yang aktanya mahu dan apa-apa yang ia suruh buat.

Negeri yang berminyak iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan sedang menunggu akan ada syarikat minyak dan gasnya sendiri yang dinaungi oleh pentadbiran baru Petronas.

Berkata mereka itu, apalah untungnya Petronas selepas ini? Negeri yang ada minyak akan ambil panggunya dulu. Royalti terjamin dan untang syarikat pula melapangkan lagi. Yang Petronas dapat, tidak lagi akan dibolot klik Qarun seperti yang bersarang dalam Pertamina di seberang Selat Melaka dulu.

Pada peringkat mula ini, sekalian lintah darat yang gerun hilang harta Qarun yang disedutnya selama ini menakutkan orang-orang awam tentang banyaknya tawaran percuma yang hendak diberi kerajaan menunggu.

Tiada lagi pinjaman PTPTN. Boleh mengaji percuma, boleh lalu lebuhraya tanpa tol, motokar sudah murah kerana tidak banyak cukai lagi.

Cukup duitkah kerajaan? Royalti minyak naik sampai 20 peratus. Dulu semua duit masuk pada Petronas, lepas ini sebahagiannya diniagakan oleh syarikat negeri berminyak itu. Cukupkah duit?

Memang banyak yang kerajaan terpaksa tanggung bagi menampung segala pampasan konsesi lebluhraya dan lain-lain. Tetapi ketirisan dan duit yang disapu oleh lintah darat dan segala tumbuk rusuk lebih banyak lagi. Dengan segala beban yang kerajaan tanggung itu jadi sikit dibandingkan dengan yang lintah darat hisap.

Adapun kerajaan menunggu itu tiadalah memfaraidkan duit kerajaan dan duit rakyat. Segala-galanya akan dicurahkan balik kepada rakyat. Apabila rakyat tak payah bayar tol, belajar percuma, motokar murah dan minyak murah. Banyak duit mereka lebih.

Yang takut dengan bajet Pakatan itu ialah lintah darah dan klik Qarun. Rezeki sempit. Tetapi rakyat awam Insya-Allah akan dilimpahi barakah.

Wednesday, August 22, 2012

UMNO akan mati akal kalau PAS tak layan Nasha

oleh Subky Latif



Nasihat saya kepada PAS di semua peringkat, termasuk di Bachok ialah diam saja terhadap kenyataan Nasharudin Mat Isa yang menyeru PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana DAP menentang hudud.

PAS banyak kerja di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya dan banyak isu penting yang perlu dijelaskan. Jangan buang masa untuk melayan seruan MP Bchoknya dan bekas Timbalan Presidennya itu.

Saya tidak fikir DAP susah hati atas kenyataan Nasharudin yang meminggirkan dirinya dari PAS sejak dia dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan parti itu setahun lalu. Karana DAP pun tahu kedudukannya dalam PAS dan keupayaan politiknya.

Jika PAS diam diri dan tidak mengambil tindakan disiplin terhadapnya pun tidak mendatangkan kudis kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Tetapi kalau PAS bertindak terhadapnya, PAS boleh dilihat menyamakan busut dengan gunung. Busut itu pula bukan busut jantan.

Semua orang tahu dia sudah tiada apa-apa sejak dikalahkan oleh Mohamad Sabu dalam pemilihan yang lalu. Mat Sabu berkali-kali kalah untuk menjadi Naib Presidean PAS dan dia pernah kalah kepada Nasharudin untuk jadi Timbalan Presiden. Tetapi dia tidak jatuh dan tidak hilang, sebaliknya dia naik.

Walaupun baru sekali dia kalah, dia letakkan diri dalam PAS lebih rendah daripada ahli jawatankuasa cawangan dan ramai ahli biasa pun lebih cerdik daripadanya. Tidak seorang yang pernah menjadi Timbalan Presiden jadi begitu jika ia berwibawa.

Apapun dia adalah ahli PAS dan bekas pemimpin penting PAS. Setiap ahli PAS ada hak untuk bersuara. Perlembagaan PAS menjamin hak itu. Sama ada suaranya itu betul atau merepak, ia bukan hujah. Hujahnya dia bersuara dan menyatakan pandangannya.

Jika PAS bertindak terhadapnya, ia seolah-olah PAS tidak membenarkan ahlinya bersuara. Dia menyuarakan apa yang perlembagaan parti benarkan. PAS bukan seperti parti komunis yang melarang ahlinya memberi pandangan bebas. Jika PAS bertindak, ia akan dilihat tidak demokratik dan parti yang tidak terbuka.

Biarkan dia bercakap, tidak kira dia diupah atau disuruh oleh budak-budak Najib. Soalnya dia bersuara tentang partinya. Dan saya fikir tiada siapa yang tertarik dengannya selain satu dua kerat pemimpin Jati, yang semuanya akan habis sebaik saja pathul Putrajaya berjaya dibebaskan nanti.

Jika PAS melenting dan bertindak terhadapnya, PAS tiada kerja lain terpaksa melayannya pula. Itulah menyeronokkan Umno yang sentiasa mencari peluang untuk menyakat PAS.

Jika PAS tidak melayannya, dia pun mati kutu dan dia akan hilang dari alam politik, apa lagilah kalau Umno dan Najib pun hilang sama selepas pembebasan Putrajaya nanti.

Soal DAP tidak menerima hudud itu bukan benda baru. Nasharudin sendiri ada penolong bidan yang menyambut kelahiran Pakatan Rakyat. Dia tahu dan sama membincangkan apa yang PAS mahu dan ia tidak mahu. Dia tahu apa yang DAP mahu dan tidak mahu. Setelah semua tahu apa yang semua mahu dan yang mereka tidak mahu barulah PAS dan DAP bersetuju membentuk Pakatan Rakyat.

Bukan semua pemimpin PAS jadi bidan untuk melahirkan Pakatan. Sebagai Timbalan Presiden dia sama memasukkan PAS dalam Pakatan. Jika ia satu keputusan yang silap, maka dia ikut sama melakukan kesilapan itu.

Tetapi PAS secara ijmak tidak mengira tindakan secara siasah syariyah yang disambil untuk bersama DAP dan PKR itu suatu yang silap.

Biarkan saja Luncai terjun dengan labu-labunya.

Wednesday, July 18, 2012

Adakah PRU setelah ANWAR & The Gang's masuk penjara..!!!

PRU setelah Anwar dipenjara
Oleh Subky Latif

Teka-teki pilihan raya umum ke-13 bukan selepas puasa atau dalam musim haji tetapi menunggu setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan lagi.

Bila dia hendak dipenjarakan lagi? Tunggulah perbicaraannya atas kes tunjuk perasaan Bersih 3.0 yang dijangka bersidang hujung tahun ini.

Antara ratus ribu yang hadir dalam Bersih 3.0: Duduk Bantah 2 April lalu, Anwar bersama Azmin Ali dan Cikgu Bad telah didakwa di mahkamah.


Apa bijaksananya mereka didakwa? Masing-masing boleh cari jawapan sendiri.

Tetapi kejadian itu membuka peluang Anwar boleh dipenjarakan lagi. Jika dia disabitkan boleh dipenjara beberapa tahun atau didenda yang tidak memungkinkan dia layak bertanding dalam pilihanraya dan layak menjadi Perdana Menteri.

Apakah dia akan masuk penjara lagi? Akan ditentukan oleh mahkamah. Tetapi dakwaan yang dihadapinya membuka jalan kepada kemungkinan dipenjara lagi.
Tidakkah ia satu yang diharap dan ditunggu-tunggu oleh musuh politiknya iaitu parti yang berkuasa sekarang atau kerajaan yang Anwar hendak tumbangkan itu.

Kes yang dihadapi Anwar ini berlaku pada masa negara berada diambang PRU 13. Ia boleh diadakan bila-bila masa atas kemahun Perdana Menteri. Malah Perdana Menteri boleh adakan dua tahun lalu atau setahun lalu atau sekarang.

Semua orang menunggu sejak dua tahun dulu. Tetapi ia tidak diadakan hingga hari ini. Mengapa? Allah dan Perdana Menteri saja yang tahu mengapa dan bila.

PRU 13 ini adalah terhebat sejak 54 tahun merdeka. Ia kali pertama Barisan Nasional menghadapi ancaman. Faktor utama dalam ancaman itu ialah Anwar dan kepintarannya. Jika dia tidak ada, maka tidak tinggi risiko Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.

Memenjarakan Anwar boleh menyelamatkan kerajaan. Anwar dilihat sebagai ancaman kepada kekuasaan Tun Dr Mahathir Mohamad. Apabila Anwar dipenjarakan kali pertama, kuasa Dr Mahathir terselamat.

Apabila Anwar bebas, sekali pun dia tidak boleh menyertai PRU 2008 disebabkan oleh idah hukumannya itu, tetapi Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa berdepan dengan tsonomi politik ― BN kalah di beberapa negeri dan hilang majoriti dua pertiga di Parlimen. Kuasa Abdullah runtuh oleh Anwar yang ada di luar penjara.

Sekarang Anwar berada dalam politik yang paling aktif. Maka Najiblah yang terpaksa berdepan risiko jauh lebih mengancam dari yang pernah dihadapi oleh Dr Mahathir dan Pak Lah.

Pilihan sudah menjadi isu besar sejak dua tahun lalu. Dipeercayai faktor Anwarlah yang melambatkan pilihanraya. Peluang dia dipenjarakan sudah terbuka dua tahun lalu apabila dilanda oleh kes liwat dua.

Kerja ke arah pilihanraya cukup rancak seiring dengan ancaman Anwar dipenjara buat kali kedua. Semuanya merasakan Anwar akan dihukum. Parlimen seolah-olah hendak dibubarkan sebaik saja mahkamah selesai bersidang.

PRU itu seperti hendak diadakan sebelum haji tahun lalu. Kemudian ia diduga selepas haji. Ramai tenaga penting yang boleh membantu kemenangan beroleh peluang haji segera. Mereka akan pulang bagi menghadapi pilihanraya dengan semangat haji masing-masing.

Parlimen tidak juga dibubarkan mengapa? Tidak siapa terfikir bahawa proses perbicaran Anwar mengambil masa. Selagi Anwar di luar pilihanraya menjadi gerun.

Kes liwat dua itu bukan sana mengambil masa, bah keputusannya megejutkan kerana Anwar dibebaskan. Dia tidak masuk penjara.

Tidak itu yang menunda pilihanraya itu?

Peluang dia masuk penjara seperti tertutup hinggalah berlaku tunjuk perasaan Bersih 3.0. Semua tahu apa yang terjadi pada hari Bersih 3.0 itu.

PRU itu sudah dirasakan hendak berlaku bulan Mei lalu. Bersih 3.0 28 April dipercaya punca Parlimen tidak dibubarkan. Tunjuk persaan Bersih 3.0 membuka rung bagi Anwar didakwa dan kesnya didengar hujung tahun.

Nasib Anwar kembali seperti menghadapi perbicaraan liwat dua dulu. Dia dipenjara atau tidak?

Memandangkan perebicaraan Anwar itu diadakan hujung tahun ini, maka PRU tidak akan diadakan sebelum selesai perbicaraan itu. Ia akan diadakan selepas keputusan mahkamah nanti. Jika dia dihukum, PRU itu dirasakan tidak bermasalah lagi. Tetapi kalau dia bebas juga, mungkin apa yang dibayangkan oleh Menteri Datuk Seri Nazri Aziz akan berlaku.

Iaitu mencari jalan bagaimana PRU boleh ditangguh setelah berbelalu tempoh matang penggal Parlimen yang ada.

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

Thursday, July 12, 2012

Hakim mesti bebas, dilihat bebas

Subky Latif

SAYUGIA masyarakat seluruhnya menyokong dan memberi kepercayaan kepada Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria di Kota Bharu tentang mahkamah kita adalah bebas dari campur tangan eksekutif, renggang dari orang-orang politik dan golongan peniaga.

Kira-kira seperti yang dikatakannya, itulah sikap dan telah diamalkannya sejak menjadi hakim tertinggi sejak September lalu.

Apa yang beliau kata itu adalah betul dan itulah sifat yang patut ada pada mahkamah kita. Mahkamah dan hakim bukan saja mesti bebas, tetapi ia mesti dilihat bebas dan berusaha menjadi bebas dan meningkatkan taraf kebebasan itu setiap masa, dari semasa ke semasa.

Apa yang mendorong Tun Ariffin membuat penegasan yang terpuji itu tidak perlu dipersoal. Apa yang dikehendaki ialah mahkamah kita adalah tidak sekadar bebas dan ia juga mesti adil.


Betapa keadilan itu sesungguhnya mulia dapat dilihat dari beberapa contoh dalam Islam. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, kiranya puterinya mencuri, nescaya baginda akan potong tangannya.

Saidina Umar al-Khatab menjatuhkan hukuman rejam terhadap anaknya atas kesalahan zina. Dan beliau juga membebaskan orang lapar yang miskin yang diadukan mencuri makanan si pengadu kaya yang berjiran dengannya, sebaliknya beliau memberi amaran kepada pengadu, jika berulang aduan yang serupa, bukan tangan pencuri lapar itu yang dipotong, tetapi tangan pengadu itu yang dipotong.

Seorang hakim telah menolak tuntutan Amirul Mukminin Ali bin Abu Talib tentang baju besinya yang dicuri oleh seorang Yahudi. Ia ditolak kerana Amirul Mukminin itu gagal membuktikan baju besi itu miliknya.

Melihat betapa bebasnya hakim brhadapan dengan aduan ketua negara dan betapa adilnya undang-undang Islam, maka Yahudi itu mengaku bahawa baju besi yang dituntut oleh Saidina Ali adalah dicurinya dari beliau dan dia menerima Islam justeru keadilannya.

Sekalipun Ketua Hakim Tun Ariffin menjamin kebebasan yang dibayangkannya belum terjejas dan berazam supaya terus tidak terjejas di bawahnya, maka beliau dipercayai berdepan dengan cabaran yang besar tentang keyakinan masyarakat telah alam kejaksaan negara sekurang-kurangnya tiga dasawarsa yang terakhir.

Selain daripada peristewa hitam sekumpulan hakim didahului Ketua Hakim Negara (KHN) ketika itu, Tun Salleh Abbas yang ditribunal dan dipecat, banyak kejadian yang menyebabkan orang ramai sangsi akan sistem kebebasan mahkamah kita.

Terlalu banyak cerita mempersoal dan melibatkan imej beberapa KHN selepas itu, dikuti pula oleh cara mahkamah mengendalikan antara Speaker beberapa DUN dengan SPR menyebabkan orang tertanya-tanya tentang sejauh mana indahnya sistem kehakiman kita.

Kejaksaan negara gagal menyelesaikan isu penyiasat bebas mengenai Altantuya yang hilang setelah memfailkan saman bersumpah dan sehari kemudian membatalkannya. Hingga ini dia tidak ditemui. Adakah misteri itu dia tidak dicari atau tidak selesainya kes itu elok pada kejaksaan dan negara?

Mungkin kesangsian orang ramai itu justeru persepsi silap masing-masing terhadap hakim dan mahkamahnya, tetapi tidaklah bijak bagi mana-mana pihak khususnya jabatan kejaksaan tidak sensitif terhadap persepsi umum itu.

Institusi kehakiman wajar meremehkan para penegurnya di kalangan rakyat adalah gara-gara kerakusan sang politkus dan golongan desperado.

Kiranya kesangsian kepada sistem kehakiman itu gara-gara persepsi salah orang-orang yang tidak tahu cara hakim dan mahkamah bekerja, ia tidak cukup bagi dijadikan hujah bahawa rakyat salah beranggap serong terhadap kehakiman.

Mahkamahlah yang perlu mengambil langkah dan tindakan bagi meyakinkan wibawa hakim dan mahkamah kita. Orang luar tidak jamin dan bela imej guru itu elok kiranya guru-guru tidak mengambil langkah bagaimana guru harus berterusan dihormati.

Suara Tun Ariffin di Kota Bharu itu adalah mencerminkan rintihannya tentang apa orang kata tentang badan kehakiman, dan beliau seperti menyampaikan mesej kepada pemegang institusi itu betapa para hakimlah yang dapat menentukan ia bebas, tidak diganggu gugat oleh pihak luar jika ia mahu dihormati.

Cabaran Tun Ariffin adalah besar dan berat. Selepas Tun Salleh Abbas belum ada hakim yang sebebasnya. Tun Ariffin perlu diberi sokongan bagi mengembalikan zaman kebebasan gemilang alam kehakiman. Tun boleh pulihkan imej itu tanpa kerajaan digantikan.

Thursday, June 21, 2012

Apa eloknya perjuangan asal Umno?

Subky Latif

 

SAYA terbaca seruan Khalid A. Samad, anggota Parlimen PAS Shah Alam menyeru supaya UMNO kembali kepada perjuangannya yang asal.

Saya tidak ikut secara terperinci seruan itu. Tetapi apakah perjuangan asal UMNO itu yang elok yang UMNO patut kembali kepadanya?

UMNO itu ditubuhkan atas kejayaan Dato Onn Jaafar menggagalkan Malayan Union dan berjaya mengembalikan kedaulatan raja-raja Melayu sesuai dengan perkembangan politik di Tanah Melayu.

Perjuangan utama UMNO yang asal itu ialah Hidup Melayu. Dan yang tersirat atas pembentukan UMNO itu ialah untuk mencabar perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu yang dipelopori oleh Partai Kebangsaan Melayu Malaya pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy, Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan lain-lain.

Perjuangan yang mereka pelopori itu mendapat sambutan orang awam yang bekerja sendiri atau yang tidak makan gaji dengan penjajahan British. Jumlah orang awam yang bekerja sendiri itu jauh lebih ramai dari rakyat yang makan gaji dengan kerajaan penjajah.

Antara pegawai tinggi Melayu yang makan gaji itu ialah Dato Onn, Dato Panglima Bukit Gantang, Nik Ahmad Kamil dan lain-lain. Mereka tidak menyengutukan diri dengan pejuangan kemerdekaan itu. Lalu mereka pun menubuhkan UMNO dengan slogan Hidup Melayu.

Ketika itu tidak salah menyuarakan Hidup Melayu kerana rakyat terbanyak masa itu adalah Melayu. Tiada berbangkit Hidup Melayu itu sebagai satu semangat perkauman.

Hidup Melayu tidak membawa erti kemerdekaan. Melayu boleh hidup di zaman Peringgi. Ia hidup zaman Belanda dan ia hidup juga zaman Inggeris. Hidup Melayu boleh hidup bersama penjajah dan merdeka pun boleh. Tidak merdeka tak apa, merdeka pun tak apa.

Maka penjajah tidak curiga dengan penubuhan UMNO. Bila British bertindak mengharamkan PKMM dan lain-lain parti yang menyokong tuntutan kemerdekaan, Mat Saleh membenarkan UMNO terus dan mengangkat pemimpin-pemimpin UMNO menjadi menteri-menteri dalam kerajaan persekutuan dan Menteri-Menteri Besar.

Yang elok dalam perjuangan Hidup Melayu itu satu saja iaitu menyelamatkan takhta raja-raja Melayu. Ia tidak dibantah oleh majoriti orang Melayu. Tetapi Bahasa Melayu, kebudayaan orang Melayu, agama orang Melayu iaitu Islam tidak mereka pedulikan.

Kalau disuruh UMNO balik kepada perjuangan asalnya iaitu Hidup Melayu saja adalah sesuai dengan kemajuan masyarakat majmuk sekarang? Perjuangan itu pada masa ini sudah jadi perkauman. UMNO kini sudah sinonim dengan perkauman. Jika ia kembali kepada perjuangan asalnya, Hidup Melayu, maka menyuruh ia bertambah perkauman.

Bila Dato Onn, Dato Gantang dll keluar meninggalkan UMNO, barulah UMNO memadamkan slogan Hidup Melayunya menggantikannya dengan UMNO. Bila Tunku dan Tun Razak beralih memperjuangkan kemerdekaan, barulah orang Melayu yang menuntut kemerdekaan dulu beralih menyokong UMNO. Tetapi ia menekankan kedaulatan raja dan kemerdekaan saja. Bahasa Melayu, kebudayaan Melayu dan agama orang Melayu tidak diberatkan.

Selepas 54 tahun merdeka, Melayu pun tak berapa hidup, merdeka pun tak berapa merdeka, demokrasi pun tak demokrasi. Semuanya hanyut. Yang ada dalam UMNO ialah orang cari makan dan mencari kekayaan sesama pemimpinnya dan kroni masing-masing.

Kata Tengku Razaleigh dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, UMNO sekarang sudah tidak lagi macam zaman Tunku dan Tun Razak. UMNO sekarang adalah parti politik yang rosak.

Bila Khalid suruh UMNO balik seperti dulu, nak balik ke mana? Ke zaman Dato Onn, Hidup Melayunya sekadar mendaulatkan raja-raja. Merdeka tidak ada, dan jauh sekali dengan cabang perjuangan kebangsaan Melayu yang lain. Kedaulatan Raja-Raja sudah terjamin. Tidak ada rakyat Melayu, Cina, India dan lain-lain mahu derhaka macam Hang Jebat. UMNO tidak kembali ke zaman dulu pun tak mengapa.

Kalau ikut kemahuan Hidup Melayu, zaman ini ia seperti menghidupkan lagi perkauman.

Kalau ke zaman Tunku dan Tun Razak, merdekanya cacamarba. Perjuangan bahasa dan kebudayaannya seperti tidak ada.

UMNO sekarang sudah tidak dapat diikut. Kalau ia kembali ke zaman dulu termasuk zaman Tunku, tidak juga banyak yang elok yang dapat diikut. Sekarang ia tidak dapat dibanggakan. Dulu pun tidak banyak yang hendak dibanggakan.

Sunday, April 29, 2012

Kenapa POLIS masih ada yang "CENGEI" dengan PAS..??


PAS masih gagal dekati polis
oleh Subky Latif

PAS dan sekutunya dalam Pakatan Rakyat berjaya menyokong kempen NGO menganjurkan Bersih 3.0 – Duduk Bantah.

Bersih 3.0 pada petang 28 April 2012 itu lebih berjaya dari rancangan asalnya iaitu berhimpun duduk di Dataran Merdeka saja dan jalan raya sekeliling dibiarkan lancar.

Tetapi secara tidak langsung ia mendapat bantuan awal dari DBKL dan polis memagar berduri Dataran Merdeka dan menutup semua jalan masuk ke situ kepada kesemua kenderaan empat roda. Ia memberi peluang kepada Bersih 3.0 mengelilingi Dataran Merdeka.

Apabila kenderaan tidak boleh masuk maka semua ruang jalanraya di luar pagar duri Dataran Merdeka itu kosong dan boleh dipenuhi untuk duduk. Berapa puluh ribu saja yang dapat ditampungi oleh Dataran Merkeda yang dipagar itu?


Ruang kosong di setiap jalan berbatu-batu menuju Dataran Merdeka telah menjadi ruang yang lebih lapang boleh diduduki oleh lebih ramai – ratus ribu manusia - dibandingkan dengan Dataran Merdeka. Hajat di hati hendak  memenuhi Dataran Merdeka, rupanya  dapat mengelilinginya pula. Ia lebih megah dari rancangan asal.

Sembutan semua kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain duduk bertemu lutut laki-laki, perempuan, tua dan muda luar biasa menjadi Bersih 3.0 itu amat berjaya. Ramai mana? Tidak keterlaluan sampai yang tidak dapat sampai itu boleh dikatakan menjangkau dekat setengah juta.

Seribu kali Perkasa dan suku sakat UMNO mengadakan tunjuk perasaan terhadap kerajaan negeri Pakatan di sana sini sejak 2008, tidak sampai sepuluh peratus orang yang menyertai Bersih 3.0.

Semuanya berjalan aman sehinggalah menjelang waktu sepatutnya bersurai sebelum Asar. Justeru semua jalan padat yang di sekeliling Dataran Merdeka tidak dapat bergerak selagi yang diekor setiap jalan tidak bersurai. Dari ekor untuk  sampai ke pangkal Dataran Merdeka mengambil masa tidak kurang sejam bagi mengosongkan jalanan. Yang lambat kerana semua berjalan kaki. Teksi dan kenderaan tidak boleh masuk kerana jalan  ditutup.

Kelambatan beredar itu mengundang kecelakaan. Wujud keadaan  entah mengapa polis melepaskan apa yang dapat dilepas. Baik ia berpunca dari polis atau ahli demonstran polis melepaskan peluru air. Ramai yang jadi mangsa segala jenis cecair pancutan polis. Mata-mata berkejar-kejar  memburu penunjuk perasaan.

Nampak gambar berbagai stesyen TV dunia tindakan polis bagai menghadapi rusuhan terhadap orang-orang yang tidak bersenjata. Ada gambar demonstran yang muka berdarah diheret polis.

Malam selepas itu saya menonton klip video amatur di satu jalan kosong, beberapa motosikal trafik meluru ke situ, berhenti turun dari motorsikal menyertai beberapa orang polis memukul, menumbuk, menyepak dan menendang seorang demonstran yang mereka pegang. Berbelas-belas polis membalun hamba Allah yang malang itu.


Dari bahasa gambar itu setiap yang melihatnya merasakan polis hilang pertimbangan terhadap mangsa. Mana polis boleh buat begitu. Tiada siapa yang  tidak geram atas penjagaan keamaman begitu. Benarlah pertanyaan malaikat terhadap Allah ketika mencipta Adam, betapa manusia itu  suka menumpah darah dan berbunuh-bunuhan.

200 lebih demonstran ditahan polis. Menteri Hishamuddin berkata, polis bertindak profesional. Berbelas polis menyepak terajang seorang yang lemah itu profesionalkah. Tahukah menteri apa itu profesional?

Siapa salah perlu dijawab oleh suruhanjaya penyiasat. Tetapi kerajaan amat fobia dengan suruhanjaya siasatan. Profesional BN ialah tiada  suruhanjaya penyiasat. Lalu jawapan tidak akan ada. Itulah kerajaan UMNO/BN.

Apa pun ia adalah bukti polis amat anti pada tunjuk rasa. Antara yang menyertai Bersih 3.0 dan Bersih 1.0 dan 2.0 sebelumnya dipenuhi PAS.


PAS sudah berjaya mendekati orang bukan Islam. Orang bukan Islam bertambah ramai tidak membantah perjuangan PAS. Walaupun bukan Islam masih bukan Islam tetapi rata-rata tidak anti Islam bagai Quraisy dan salibiyah dulu. Mereka mahu bersama PAS dalam semua kehidupan  dunia.

Itulah kejayaan PAS. Bila PAS menyokong Bersih 3.0 itu Cina dan India yang turun amat selesa bersama-sama dengan orang PAS antaranya ramai yang berpurdah. Semua nyonya tua tahu mereka orang PAS, tetapi berkat pendekatan PAS kepada orang bukan Islam mereka tidak  anti PAS lagi.

PAS berjaya mengendurkan sikap dan pandangan orang bukan Islam terhadap semua kerja politiknya  tetapi PAS gagal untuk mendekati polis. Tidaklah polis itu dikatakan anti PAS, tetapi polis belum dapat menerima kerja-kerja politik PAS seperti demonstrasi menuntut keadilan dan kebebasan.

Selagi Putrajaya tidak diambil begitulah persepsi polis yang sedang berkhidmat terhadap politik PAS.  PAS mengambil masa 50 tahun mendekati  dan memahamkan bukan Islam terhadap politiknya, tetapi PAS mungkin memerlukan masa 50 tahun lagi bagi menukar persepsi polis terhadapnya. Pendekatan PAS terhadap polis belum berjaya. [harakah]

Thursday, March 29, 2012

Apakah isu Apco & kondo lembu auta wahai Najib..?

Oleh Subky Latif

BERKATALAH Perdana Menteri Najib, pembangkang umumnya auta dan menyatakan fakta.Untuk berkata, isu-isu tertentu adalah auta, ia mungkin betul atau ia mungkin fakta. Tetapi kalau semuanya auta ia adalah satu auta yang nyata. 

Najib dan UMNO mulai sekarang kena buktikan apa saja yang pembangkang timbulkan ada auta.
 
Contohnya tuduhan kerajaan Najib menggunakan firma perunding Apco, sebuah syarikat milik Yahudi Amerika adalah auta. Adakah auta Apco tiada apa-apa urusan dan peranan di Israel? 
 
Adakah auta kerajaan IMalaysia membayar puluhan juta kepada Apco untuk mempromosikan Malaysia di luar negara? 

Rafizi dari bahagian strategi PKR mendedahkan bahawa suami Shahrizat Jalil menggunakan sebahagian duit pinjaman RM250 dari kerajaan membeli dua kondo mewah. Adakah dakwaannya auta? Kalau auta mengapa pula antara dakwaan yang dihadapkan kepada suami Shahrizat ialah pembelian kondo itu? 

Sebelum suami itu didakwa, boleh dianggap pendedahan Rafizi itu auta. Tetapi sesudah dia didakwa, adakah Jabatan Peguam Negara mendakwa sesuatu yang auta. 

Suami Shahrizat belum didapati bersalah. Tetapi bolehkah dakwaannya yang berpunca dari pendedahan pembangkang adalah satu auta? Bijakkah perdana menteri ia juga satu auta? 

Wajarlah Najib tampil menyatakan apa antara pendedahan kompeni lembu itu bukan fakta, melainkan semuanya auta. 

Adakah cincin bernilai 24 juta ringgit yang dihantar melalui kastam kepada isteri Perdana Menteri satu auta? Mungkin harganya itu auta. Tetapi faktanya berapa? Apa pun berita dari sumber Najib cincin itu sudah dibawa keluar negara. Ertinya cincin itu dihantar kepada Datin Seri Rosmah bukan auta.

Ada pun Rosmah dilaporkan membeli pakaian ratus ribu di Australia. Kalau juga auta ia bukan berpunca dari pembangkang. Ceritanya dipetik dari apa yang dilaporkan oleh media Australia. Media itulah yang memulakan auta itu. 

Isu pembunuhan nyonya Mongolia bernama Altantuya. Adakah ia isu auta? Adakah nyonya itu tidak dibunuh dan adakah mayatnya tidak pernah diletupkan di Selangor? 

Kes itu sudah dibicarakan dan sudah pun ada keputusan mahkamah. Ia adalah fakta dan bukan auta. Itu pun auta juga. 

Mungkin ada cerita tentang nyonya dan kaitannya dengan Perdana Menteri Najib ada unsur auta. Tetapi Najib wajar terangkan yang mana dalam cerita itu yang auta dan yang mana pakta? 

Kes nyonya itu dan Najib difailkan di Paris. Adakah kes itu satu auta atau betul kes itu ada di mahkamah Paris? 

Kemudian ada pula dakwaan bahawa syarikat Malaysia mengaut untung atas pembelian kapal selam dari Perancis dan pesawat pejuang Sukoi Rusia sebesar setengah bilion. Angka komisyen itu mungkin auta tetapi adakah mengambil untung itu auta? Jumlah yang tidak auta berapa? 

Anak perempuan Najib bertunang tahun lalu diadakan di Hotel Shanri La. Perbelanjaannya sekitar setengah juta. Boleh dihujah ia dilunaskan oleh Najib atau kerajaan. Tetapi faktanya tuntutan dibuat hotel terhadap Jabatan Perdana Menteri. Pembangkang hanya membangkitkan perkara itu. 

Jabatan Perdana Menteri menafikan ia dibiayai kerajaan. Apa bukti penafikan itu bukan auta? Dan yang sah bukan auta kosnya hampir setengah juta. JPM tidak pernah menafikannya. 

Najib bercakap di Parlimen untuk memansuhkan ISA. Tetapi ISA masih berkuat kuasa. Tiada apa-apa tindakan untuk memansuhkannya. Tidakkah ia auta? Selagi akta itu begitu, Najib dikira meauta Parlimen. Kata orang Terengganu ia lebong. 

Sehingga ini orang terasa auta terbesar ialah Najib. Diperkenalkannya slogan Rakyat Didahulukan. Dengan harga cincin Rosmah dan harga pakaian diberi di Australia slogan Rakyat Didahulukan adalah auta saja. 

Tuduhan pembangkang auta payah diterima tetapi Najib boleh dikira seorang autawan. 

Tuesday, March 20, 2012

Krisis Kerajaan Kedah ujian buat jamaah Islam

Oleh Subky Latif

KRISIS pimpinan kerajaan yang juga pimpinan PAS Kedah boleh dikira telah selesai setelah campur tangan PAS Pusat.Semua pro perubahan di seluruh negara merasa lapang apabila dua Exco Dato Phahrolrazi dan Dr. Ismail sedia kembali menjadi Exco dan tindakan ke arah itu sedang diproses.

Sekaliannya pro dan penentang kerajaan Kedah terkejut atas krisis yang berlaku di ambang PRU 13 yang tinggal beberapa minggu saja. Tiada diketahui oleh sesispa di luar pimpinan kerajaan itu sejak mereka mengangkat sumpah Mac 2008 dulu mereka ada krisis.

Mungkin Ustaz Azizan Razak sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah dan Menteri Besar pun tidak tahu mereka ada masalah hinggalah apabila menjelang sumpah tugas Exco itu hendak disambung semua kedua Exco itu enggan menyambung perkhidmatannya.

Menteri Besar menangguhkan acara angkat sumpah semula itu beberapa hari bagi memberi ruang kepada keduanya berfikir semula. Sehingga tempoh baru angkat sumpah diadakan keduanya tidak berganjak dan Menteri Besar atas nasihat penasihatnya tidak mengisi kekosongan Exco itu pada hal dia ada kuasa untuk mengisinya.

Kejadian itu adalah ujian buat sekalian pejuang Islam, boleh dikira getir, berdepan dengan krisis dalaman yang pertama dan menjelang pilihan raya pula.

Kerajaan pimpinan Ustaz Azizan itu memang berdepan dengan berbagai asakan dari seteru politik parti dan kerajaan bagi melumpuhkannya dengan harapan kerajaan pimpinan PAS itu dapat ditumbang dalam PRU nanti.

Perkembangan itu menjadi perhatian kepada semua baik sekutu dalam Pakatan Rakyat dan setiap komponen BN tentang bagaimana dan keupayaan pejuang Islam hendak menangani krisis itu.

MB Azizan belum pernah diuji sejak memerintah. Jamaah Islamnya di Kedah juga belum pernah diuji. Allah takdirkan krisis itu beberapa minggu sebelum PRU. Mengapa?

Untuk menguji keupayaan Islam menghadapi krisisnya sesuai dengan Islam itu adalah agama yang sempurna lengkap dengan cara dan kaedahnya apabila berdepan dengan masalah dan krisis.

Bagaiama Islam sebagai agama persaudaraan dan perpaduan itu dapat menghadapi masalahnya apabila masalah itu dihadapkan kepada mereka?

Ia jadi pengalaman pertama bagi PAS Kedah yang baru kali pertama dalam memimpin kerajaan. Ia juga ujian kepada PAS seluruhnya yang jarang ditemuinya. PAS pernah diuji oleh krisis semasa memerintah Terengganu hampir 50 tahun lalu. Ia gagal mempertahankan kerajaannya dan tiada lagi orang zaman itu yang boleh bercerita dengan pengalaman itu bagi dijadikan panduan.

Bagi DAP, MCA, PPP dan setengah dari penyokong PKR dan lain-lain hanya mendengar dari ceramah orang Islam tentang kehebatan Islam termasuk caranya menghadapi tanggungjawab dan masalahnya. Cara mana Islam itu menangani krisisnya, mereka tidak tahu.

Maka mereka hendak melihat bagaimana agama dan umat Islam yang dikatakan terbaik itu dapat mengatasi krisis di Kedah itu. Tentulah ada hikmatnya Allah jadikan itu seminggu dua dulu supaya orang bukan Islam dapat mempelajarainya dan mendapat yang terbaik dari keupayaan orang Islam setempat menyelesaikan masalahnya.

Ia juga untuk menjadi perhatian kepada orang Islam yang tidak beramal dengan ajaran agamanya untuk menangani isu politik.

PAS benar-benar diuji apakah mereka menghadapi krisis itu berpandukan ajaran dan pengetahuan Islam dengan semangat Islam atau menghadapinya dengan nafsu?

Azizan itu sendiri seorang yang garang dan mudah maninggikan suara, tetapi dia ada ilmu Islam yang agak baik dan tahu apa yang Islam ajar untuk menghadapi suasana gawat. Maka ilmunya dikehendaki untuk melalui krisis itu. Orang lain di bawahnya yang juga pejuang Islam, inilah masa untuk menggunakan semangat dan pengetahuan Islam ada pada mereka bagi menyelesaikan masalah.

Bukankah Nabi SAW meninggalkan Al-Quran dan Sunnah setelah wafat. Apabila umat menghadapi masalah kembalilah kepada ajaran itu.

Azizan mengambil semangat ajaran itu menghadapi krisis itu dengan mengekalkan kedua-dua mereka sebagai Exco dan Timbalan Pesuruhjayanya. Dan keduanya juga tahu ajaran itu dan sedia mengamalkannya. Bertemulah kerana Islam dan berpisahlah kerana Islam.

Krisis itu tidak elok, tetapi ada ruang dan peluang dakwah untuk diisi buat semua.

Monday, March 19, 2012

Kasut terbang di mahkamah

Oleh Haji Subky Abdul Latif

Seorang imam beranak ramai di Pandan dekat Kuala Lumpur dipenjara setahun kerana melhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioTRA21r8d-uak3tZUsS90roiSHFm6H42_G4bbCVSUxtZ2Om8zJ-_xkX9Jh8tkDu5hfcYS2JlzuDfI_Oy3jAVb8PGCU-ynezoLbP-S78QjWI6s2VWxyVbaWU0hsKxvR6tHWrS3xyfugKLJ/s1600/kasut.jpgampar ke dua belah kasutnya terhadap hakim.

Dia tidak puas hati dengan hukuman yang mahkamah jatuhkan terhadapnya, maka tindakan tidak setujunya atas keputusan mahkamah itu dia pun menanggalkan seliparnya lalu membalingnya kepada hakim.

Saya tidak bercadang untuk membincangkan kesnya dan kuputusan hakim yang tidak disetujuinya. Memang banyak keputusan hakim kita yang tidak disetujui oleh orang yang didakwa dan orang membuat petisyen di mahkamah. Tetapi tiada yang tergamak melempar kasut kepada hakim.

Saya juga tidak bercadang untuk mengatakan tindakan imam itu betul atau tidak, dan tidak juga hendak mengatakan hakim yang dibaling kasut kepada itu membuat keputusan tepat atau tidak.

Yang saya tertarik ialah ada kasut terbang di mahkamah.

Kita belum pernah mendengar ada hakim dibaling kasut di mana-mana mahkamah dunia. Sejak beribu-ribu tahun dulu, bahkan sesudah pesatnya teknologi alam cyber. Inilah kali pertama kita terdengar.

Di luar negara ada beberapa kejadian orang dibaling kasut tapi bukan hakim.

Mengapa kejadian ini berlaku di negara ini dan dalam masa negara bergelar 1 Malaysia? Mengapa kota New York yang amat banyak jenayah tiada penjenayah membaling kasut kepada hakim? Tiada orang yang paling garang dan ranggi selain dari peninju Mark Tyeson, tetapi dia pun tidak melempar kasut di mahkamah?

Mengapa berlaku kepada mahkamah dan hakim di Malaysia, tanah airku?

Para hakim dan sekalian pengamal undang-undang, baik pengamal undang-undang syariyah mahu pun pengamal undang-undang konvesional, wajar bertanya pada diri sendiri mengapa ia terjadi sekarang dan di negara kita pula?

Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala imam itu. Apa motifnya dan apa politiknya?

Adakah dia tidak siuman?

Kalau dia tidak siuman dan tidak cukup syarat, tentu dia tidak dilantik menjadi imam. Belum ada rekod tentang masalah mentalnya. Kalau dia tidak siuman tentu hukumannya bukan penjara sebaliknya dihantar ke klinik jiwa.

Apabila dihukum penjara, ia tanda dia tidak bermasalah mental. Mengapa dia melempar hakim? Ia tentulah satu sikap tunjuk perasaan di tengah masyarakat Malaysia mula menjadikan demonstrasi sebagai satu cara melepas perasaan.

Tetapi mengapa imam itu tidak menggunakan lain-lain objek untuk melempar hakim? Dia menggunakan kasuk bagi melepaskan geramnya atau tidak puas hatinya?

Pakar jiwa boleh menerangkan apa kedudukan kasut dalam masyarakat berakal dan perbandingan kasut di tengah segala jenis objek yang boleh digunakan untuk membaling orang lain?

Tidakkah yang berlaku itu satu sindirian tajam yang perlu dianalisis oleh semua pihak khususnya pengamal dan petugas kejaksaan? Mengapa yang pertama kena baling kasut ialah hakim?

Mengapa tidak polis yang memburu semua jenis penjenayah? Padahal polislah penghalang utama bagi penjenayah untuk melakukan durjana. Polis tidak dibaling kasut. Kastam juga tidak. Menteri belum dan wakil rakyat juga belum. Hakim pula menjadi sasaran kasut terbang yang pertama.

Jika membaling kasut itu sama dengan merejam, maka Islam mewajibkan sekalian bakal haji merejam syaitan dalam ibadat jumrah di Mina. Sebagai satu hukum Quran, Taurat dan Injil mengkhanunkan rejam dengan batu sampai mati kepada salah satu kesalahana zina. Satu hukum lagi ialah sebat.

Rejam itu dikenakan kepada yang dihukum. Tetapi dalam kes imam ini, orang yang dihukum pula merejam orang yang menghukum.

Ia satu kejadian terpencil yang boleh jadi ada sindiran atau ia tidak punya sebarang erti selain dari menghina mahkamah.

Malaysia adalah negara orang-orang berakal. Tentunya semua boleh menggunakan akal terhadap kejadian itu. Apa hikmat kejadian itu? Apa sindiran dan ertinya.

Mahkamah adalah sistem keadilan. Ia adalah satu institusi yang penting bagi menentukan keadilan berjalan, setiap pelanggan mendapat layanan keadilan. Ia penghalang utama kezaliman. Hakim adalah orang yang paling mulia menjaga dan melindungi keadilan. Tetapi bagi Islam satu saja dari tiga hakim yang masuk syurga.

Ketua Hakim Malaysia dan beberapa hakim pernah ditribunal dan dipecat. Ia belum cukup untuk menjadi renungan kepada sistem kejaksaan kita. Masih sistem kehakiman kita dipersoal. Ia berwibawakah atau satu sistem yang hampas?

Tindakan membaling kasut itu tidak sekadar mencemar mahkamah, maka sistem kehakiman juga sudah tercemar. Menghukum pesalah tidak mewibawakan kejaksaan, tetapi reformasi dan transformasi boleh memuliakannya semula.

Semasa kanak-kanak dulu ibu mengingatkan agar jangan memukul anak dengan penyapu sampah. Ia perbuatan sial. Yang memukul sial dan yang kena pukul juga sial. Apakah membaling kasut bukan satu sial buat semua?

Wednesday, February 29, 2012

Masalah Azizan, demokrasi subur dalam PAS

Subky Latif, 29 Feb 2012

SYUKUR Dato Seri Azizan Razak sebagai Menteri Besar menangguhkan angkat sumpah dua Exco Kedah yang belum bersedia menyambung khidmatnya setahun lagi. Beliau menangguhnya seminggu lagi sama ada kedua Exco itu sedia menyambung khidmat atau berundur.

Beliau tidak segera menggantikan dengan orang lain.

Tentunya Ustaz Azizan menggunakan demokrasi yang ada dalam partinya mendengar pandangan dan nasihat pihak lain antaranya PAS Pusat bagi menangani perkembangan demokrasi PAS di Kedah.

Apa pun perkembangan itu mengejutkan semua pihak apabila berlaku di saat PRU 13 sudah di ambang – mungkin esok atau lusa atau tahun depan. Tentulah semuanya bertanya apakah ia satu krisis atau sekadar memenuhi kehendak dan amalan demokrasi.

Dalam demokrasi semua orang menerima perlantikan, boleh menolak, boleh berundur, bersedia ditamatkan perkhidmatan, setuju disambung perkhidmatan, boleh menyatakan tidak setuju pada kerajaan dan boleh tidak bersetuju dengan Menteri Besar.

Sejak menjadi Menteri Besar tahun 2008 tidak pernah menangguh angkat sumpah mana-mana Exco dan tidak ada yang minta tangguh perlantikan perkhidmatannya. Exco yang ditangguhkan angkat sumpahnya itu baru beberapa bulan diangkat atau diangkat semula sudah jadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah oleh Ustaz Azizan.

Bukan Ustaz Hadi Awang atau Mursyidul Am minta mereka dijadikan Exco dan Timbalan Pesuruhjaya PAS. Azizan menggunakan demokrasi melantik mereka.

Orang tidak mahu mendengar jika perkembangan itu benda biasa dan bukan satu krisis dalam bentuk apa jua. UMNO tentunya syok walau pun ia terkejut kerana Azizan dapat mengawal parti sejak menggantikan Ustaz Fadzil Noor sebagai Pesuruhjaya hingga dapat membentuk kerajaan dan dapat mengawal kerajaan dengan baik.

Penyokong Pakatan Rakyat dari jauh tentu cemas dengan kejadian itu, kerana kalau ia krisis, ia boleh mengurangkan peluang untuk menyambung kemenangan.

Umum berpendapat dengan gaya pimpinan dan pentadbiran Azizan, PAS dan Pakatan payah dikalahkan oleh UMNO, tetapi boleh jatuh oleh masalah PAS sendiri. Jika kerajaannya tumbang bukan kerana UMNO kuat dan berada pada jalan yang betul, tetapi kerana kejutan amalan demokrasi yang terbuka bebas dalam PAS.

Demokrasi yang ada dalam UMNO menyebabkan ahli UMNO takut kepada UMNO dan takut kepada pemimpin UMNO. Sekali pun mereka cah keting pemimpin-pemimpin mereka, tetapi ia dibaut diam-diam di belakang. Mereka tidak berani mengata UMNO dan pemimpin di kedai kopi atau berterangan.

Mungkin kerana takut dicantas dan amat malang bagi ahli UMNO kalau tidak termasuk dalam senarai orang-orang pemimpin parti.

Orang PAS tidak takut pada PAS dan tidak takut pada pemimpin. Mereka takut pada Allah saja. Tetapi mereka hormat parti dan hormat pemimpin. Demokrasi yang mereka faham disesuaikan dengan ajaran syura mereka digalakkan menegur apa yang dirasakan tidak tepat, dan membisu terhadap ketempangan adalah satu sikap salah dan tidak jujur.

Dalam suasana keterbukaan dan amalan demokrasi yang bebas itu orang PAS merasa bebas untuk memberi pandangan kedua tentang pentadbiran dan kepimpinan pemimpinnya. Orang kecil bebas bercakap tentang kerajaan, parti dan pimpinan sesuai dengan kedudukannya di kedai kopi dan sesama mereka.

Yang besar seperti Timbalan Pesuruhjaya di samping ada pandangannya yang tersendiri tentang perkara-perkara tentu bebas memutuskan untuk tidak menyambung perkhidmatan dalam kerajaan seperti yang dibenarkan oleh demokrasi dan politik terbuka.

Dua anggota Exco itu bertindak mengikut apa yang dibenarkan semangat perlembagaan dan oleh demokrasi. Cuma pimpinan pusat merasa perlu campur tangan. Apa jua keputusan seperti berundur dari Exco boleh ditimbang semula dan apa juga perbezaan pandangan sesama sendiri dibenarkan oleh demokrasi untuk diselesaikan secara perbincangan.

Azizan bersetuju menangguhkan angkat sumpah semula dua Exco itu kerana dia mahu semua ahli Exco berkhidmat hingga penggal sekarang tamat iaitu apabila DUN dibubarkan bagi pilihan raya baru. Seluruh ahli PAS Kedah yang susah payah menegakkan kerajaannya sekarang dan yang pertama baginya tidak mahu kejadian itu menyebabkan ia tidak dapat menyambung kemenangan.

Sejak jadi Menteri Besar inilah ujian besar baginya. Dia diperhatikan bagaimana dia dapat menggunakan kebijaksanaannya menggagalkan UMNO mendapat manfaat atas isu itu.

Monday, February 13, 2012

Shahrizat senasib dengan Najib

http://kayteeze.files.wordpress.com/2009/08/najib.jpg?w=358&h=238
MENTERI Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil muncul setelah menghilang diri seketika dari kegawatan isu penggembalaan lembu oleh suami dan anak-anaknya rupanya menunaikan umrah.

Ia satu amal bagi mendekatkan diri kepada Allah, mengadu kepadaNya pada masa kepayahan, moga-moga dapat membersihkan diri atas sebarang salah silap dengan Allah. Mekah dan umrahlah tempat terbaik berdoa.

Bagaimana pun masalah dengan negara, rakyat saja yang dapat mengampunkan kiranya berdosa. Mengadu kepada Allah di Mekah melalui umrah atas kekecohan isu lembu itu, jika ada dosa mengenainya kena sebutkan kepada Allah dan minta Allah lembutkan hati sekalian rakyat untuk memaafkan.

Sekembalinya ke tengah masyarakat Shahrizat mengaku tidak bersalah atas kekecohan perniagaan suami dan anak-anaknya, bahkan dia semua pihak dikira menuding jari terhadapnya, iaitu pembangkang yang mendakwanya melanggar adab anggota kabinet dan orang-orang UMNO yang mintanya mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan kabinetnya.

Dia dalam kesusahan gara-gara kesan penternakan besar suami, sepatutnya disokong bulat oleh gerakan wanita yang dipimpinnya, tetapi ada yang tidak membantunya, mencabarnya melepaskan pimpinan Wanita UMNO.

Itulah senario reaksi Shahrizat atas masalah yang dihadapinya gara-gara penglibatan suaminya mendapat kemudahan tidak terhingga dari kerajaan.

Biar kita lupakan orang lain yang terlibat dalam pemberian lesen dan pinjaman dari kerajaan kepada suaminya dalam penggembalaan itu. Kita tumpukan kepada suaminya saja.

Suaminya baik betul mahu pun tidak cara memperoleh persetujuan dari kerajaan, dikira oleh semua telah mendapat sesuatu dari kedudukannya sebagai seorang menteri yang berpengaruh.

Shahrizat memimpin sayap Wanita UMNO yang anggotanya 1.3 juta orang dan menjadikannya menteri yang berpengaruh.

Suaminya mendapat kemudahan dari kedudukannya yang berpengaruh itu. Semua merasakan, seorang yang tiada pengalaman dalam gembalaan besar sukar memperoleh anugerah dari kerajaan. Maka orang terasa dia dapat kemudahan dari kedudukan isterinya. Mungkin orang boleh menyangka dia dapat kesempatan atas kedudukan isterinya.

Masalah yang Shahrizat hadapi mungkin sama dengan Perdana Menteri Najib hadapi. Suami Shahrizat mudah dapat sesuatu dari kedudukan Shahrizat manakala isteri Najib pula mudah dapat apa saja dari kedudukan dan pengaruh suaminya.

Suami Shahrizat dikira bertuah kerana beristerinya seorang menteri dan Ketua Wanita UMNO yang berpengaruh, manakala isteri Najib pula bertuah kepada dapat bersuaminya seorang Perdana Menteri yang amat berpengaruh.

Semua kata isteri Najib seolah-olah lebih berkuasa dari suaminya. Apa dia mahu semua dapat dan dia minta dari kerajaan sama ada Najib tahu atau tidak tahu, payah kerajaan tidak meluluskannya.

Kalau adab, tingkah laku dan perbuatan isteri itu menjadi masalah kepada Najib sebagai suami dan Perdana Meneri, maka masalah yang sama terpaksa dihadapi oleh Shahrizat atas suaminya.

Akan kelangsungan isteri Najib ke atas kerajaan dan suaminya telah diketahui oleh semua dan bising semua kerananya. Macam-macam orang kata tentangnya dan kerana itulah ramai mahu Najib tidak menjadi Perdana Menteri lagi.

Kalau orang yang tidak senang dengan suami Shahrizat mahu Shahrizat berhenti dari menteri dan pimpinan Wanita UMNO, orang yang tidak senang dengan isteri Najib mahu Najib meninggalkan kuasa. Sekurang-kurangnya dua bekas ADUN UMNO menyertai DAP kerana tidak percaya kepada Najib dan UMNO.

Maka kira-kira sama masalah yang Shahrizat hadapi dengan Najib. Tetapi Shahrizat tidak secerdik Najib. Apa yang isteri Najib buat itu tidak sekencang yang dibuat oleh suami Shahrizat. Tetapi Shahrizat menghadapi masalahnya seperti ibu ayam bertelur. Riuh sekampung.

Shahrizat hentam orang itu dan orang ini yang bising atas suaminya. Tetapi Najib diam seribu bahasa atas apa saja orang kata pada isterinya. Najib sama seperti tembok. Katuklah tembok semahunya tembok tetap membisu.

Oleh itu Najib tidak berbalah dengan sesiapa yang mengata isterinya begitu dan begini. Tetapi Shahrizat mengamuk bila suaminya disentuh.

Najib tidak ada reaksi atas nasib Shahrizat kerana dia juga menghadapi nasib yang sama.

Nukilan@Subky Latif

Wednesday, January 18, 2012

Kalau kaki kencing manis, tidak potong merugikan

Subky Abdul Latif, 16 Jan 2012

Pofesor. Madya Atorry Hussein kata, PAS telah rugi kerana memecat Datuk Hasan Ali.

Saya kata, memang tokoh akademik itu telah berkata betul seperti yang dirakamkan dalam surah al-Asri yang bermaksud, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian.

Ketika dia dipecat, dia adalah ADUN PAS Gombak Setia. Apabila dia dipecat dari parti, maka PAS sudah tidak ada wakil rakyat di situ.

Siapa pun yang hendak menjaga kepentingan rakyat dan kawasan itu sesuai dengan kepentingan politik PAS di situ? Benar Hasan masih wakil rakyat di situ. Jika dia menjalankan tugasnya, maka dia sudah tentu tidak menjalankannya mengikut kepentingan PAS.

Seorang wakil rakyat PAS telah ditetapkan oleh PAS di zaman Dr. Burhanuddin al-Hilmy dulu mesti mendermakan 20 peratus dari elaunnya kepada parti. Bagi Anggota Parlimen kepada PAS Pusat dan bagi ADUN kepada PAS negeri. Apabila mereka pencen, maka caruman itu tinggal lima peratus saja.

Begitu juga kalau dia Menteri Besar atau Exco. Maka setiap bulan PAS dapat wang masuk 20 peratus dari elaun mereka dan lima peratus setelah pencen hinggalah mereka mati. Jika mereka dipecat peruntukan itu tentu hilang. Tidakkah rugi namanya?

Maka sebagai parti politik, PAS tidak sunyi dari kerugian. Ia juga rugi bila wakil rakyatnya kalah. Kalau ia menang, potongan elaun itu 20 peratus, tetapi bila kalah, PAS dapat lima peratus saja. Rugi juga.

Setelah Ustaz Hassan Shukri tidak jadi senator, dia bagi elaun pencennya setiap enam bulan sekali. Sebelum dia meninggal dia beri elaun untuk enam bulan yang akan datang. Didahulukannya pemberiannya itu. Bila dia mati, PAS tidak lagi dapat duit. Tidakkah PAS juga rugi?

Demikian apabila sekalian bekas wakil rakyat dan bekas senatornya mati. Banyak kerugian yang ditanggung oleh PAS?

Manusia itu begitu. Universiti melabor banyak terhadap profesornya untuk kepentingan kampusnya. Cukup kalau profesor itu lari ke universiti lain atau berhenti. Tidak rugikah universiti. Seperti Atorry Hussein, katakan tiba-tiba mati belum bersara. Tidak rugikah universiti? Tentulah rugi.

Kerajaan mengeluarkan beratus ribu belanja untuk menanggung seorang pelajar perubatan. Setelah tamat tempoh kontreknya berkhidmat dengan kerajaan dia letak jawatan bagi membuka klinik sendiri. Kerajaan telah kerugian dan terpaksa menanggung pelajar perubatan yang baru bagi mengganti doktor yang pergi itu.

Logiknya semua profesor itu diperlukan khidmatnya oleh universiti. Tetapi setengah profesor yang baik itu cenderung pula pada politik. Mereka pun berpolitik bersama pembangkang. Mereka sudah melanggar akta universiti. Universiti terpaksa buang mereka. Tentulah universiti rugi. Walau pun rugi tetapi universiti terpaksa buang juga mereka. Mengapa?

Antara profesor itu amat sayang pada isterinya. Tetapi isterinya sakit tenat. Menderita lama di hospital. Harapan pulih tidak ada. Dari menderita begitu, maka profesor redha, mati adalah lebih baik baginya. Profesor sayang padanya, apabila mati profesor kehilangan orang yang dikasihi. Rugi isteri mati, tetapi di sebaliknya memungkin profesor beristeri lain pula.

Semua manusia sayang akan kakinya. Tetapi apabila dia terkena sakit kencing manis, kakinya terpaksa dipotong. Apabila dipotong rugilah kakinya. Dia juga rugi kerana sudah tidak berkaki. Dia sayang pada kakinya. Tetapi kalau tidak dipotong kaki itu, dia pula akan mati cepat.

Oleh itu biarlah dia tidak berkaki asal dapat meneruskan hidup dalam keadaan cacat tetapi dapat lagi beribadat. Sesayang mana pun dia pada kakinya, tetapi dia terpaksa menerima hakikat membuang kakinya yang sudah tidak berguna dan memudaratkan jiwanya lebih baik.

Membuang kaki yang begitu lebih baik dari berkaki yang tidak berguna lagi.

Bukan PAS tidak sayang pada Hasan Ali. Tetapi politik itu, kata Tok Guru Haji Abdul Hadi dalam ucapan dasarnya di muktamar lalu, ada fiqahnya. Mufti Perak mahir fiqah lain tetapi tidak mahir fiqah politik.

Yang PAS bertindak terhadap Hasan itu adalah mengikut kehendak fiqah politik. Kalau kaki kencing manis terpaksa dipotong, tidak memotongnya lebih merugikan.

Monday, November 21, 2011

RM100 hanya terselit di celah gigi

Oleh Subky Latif

PERDANA Menteri Najib melalui bajetnya memberi RM500 kepada setiap keluarga miskin dhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlycF672dtybBTJt-Orv1vHu9yllRCzLe5u1bOOxVtB1fkLEThuBN-ZFrieqoIcdvFLCk4hWTVJallgjPxarNBoPESY867Z8uS19cBPgJUJl2Ser3-gRxONU2MlteqJHErVzubeq_g2TI/s1600/wang+bantuan+persekolahan+rm100.jpgan timbalannya, Muhyiddin Yassin pula memberi RM100 kepada setiap murid sekolah.

Tidak kira apakah ia pemberian bulanan atau tahunan, tetapi pemberian itu adalah bagi meringankan keperluan keluarga miskin dan persekolahan anak-anak kita.

Ada pun pemberian kepada murid-murid itu, bolehkah ia tidak berbangkit lagilah anak tidak bersekolah kerana tidak ada perbelanjaan dan tidak ada lagi murid-murid ke sekolah tanpa duit poket untuk ke kantin semasa rehat.

Jika dikatakan untuk meringankan beban kehidupan, akan tepat sasaran itu kiranya ia pemberian bulanan, tetapi kalau untuk tahunan tidak ada apa yang dapat diringankan.

Sebagai pemberian tahunan, setiap murid dapat kurang dari 50 sen bagi setiap hari bersekolah. Bagi keluarga miskin pula dapatlah kira-kira RM 1.50 sen sehari.

Dibandingkan dengan kenaikan harga barang yang melambung beberapa kali setahun dan perbelanjaan hidup yang bertambah mahal, maka pemberian itu jadi makanan yang terselit di celah gigi saja.

Ada pun semua pemberian tetap baik untuk murid mahupun kepada keluarga miskin, tidaklah pernah dibuat selama ini.

Selama ini semasa negara kita belum membangun sehingga ke peringkat sedang membangun, keadaan kemiskinan adalah tinggi, tidak pernah kerajaan beri duit poket kepada murid sekolah dan orang-orang miskin secara terus.

Ada kerajaan menyediakan peruntukan melalui jabatan kebajian untuk orang miskin tegar, ibu-ibu tunggal yang daif, terutama yang kurang upaya.

Ada berupa bantunan bulanan atau untuk beberapa bulan sekali. Semua pemberian itu adalah secara terpilih dan mereka yang meminta saja. Yang tidak minta dan tidak sanggup berlulang ke pejabat kebajikan, nescaya tidak merasa apa-apalah.

Tetapi kerajaan Najib ini bermurah hati pula. Dia sedia beri kepada semua fakir miskin. Tidak secara pilihan lagi. Asal fakir dan miskin berhak dapat. Daftar sajalah kepada institusi tertentu.

Mungkin pemurah Najib itu didorong oleh sikap isterinya tidak lokek dan tidak sayang duit untuk berbelanja, maka antaranya dilimpahkan kepada fakir dam miskin yang memerlukan.

Tetapi yang sanggup diberi pada hari ini ialah kira-kira 50 sehari bagi hari bersekolah kepada setiap murid dan sekada RM1.50 sehari bagi satu keluarga fakir. Itu yang terdaya kerajaan bagi.

Dulu kerajaan tidak rasa wajib memberi kepada setiap fakir. Tetapi untuk tahun 2012 ini kerajaan bersetuju memberinya sekali pun sekadar yang disebut tadi.

Bersyukurlah sekali pun tidak sebanyak mana. Dari tak ada langsung, baiklah ada sekali pun sekadar10 sen sehari.

Kerana apa kerajaan sanggup bagi RM500 kepada fakir dan RM100 kepada murid?

Mungkin kerana kerajaan sekarang terasa lebih senang sedikit dari masa-masa lalu. Dulu kerajaan tidak sanggup dan tidak dapat menimbangkannya, mungkin kerana tidak cukup duit.

Atau mungkin juga kerajaan di masa lalu mengira rakyat masih sanggup menampung keperluan mereka walau sefakir mana sekali pun. Ertinya rakyat masih boleh berikhtiar dan tidak pernah rasa terdesak untuk berjumpa along.

Tetapi dengan tahap negara hampir mencapai taraf negara maju, rakyat sudah tidak terdaya lagi hidup sekali pun terpaksa bergantung kepada sabsidi yang mula dikurangkan dari semasa ke semasa.

Memang kenaikan harga barang yang tidak tertahan itu menyebabkan rakyat berada di atas paras kemiskinan menjadi orang miskin, orang miskin jadi miskin tegar. Kiranya di bawah miskin tegar itu ada pula fakir, maka inflasi dan stagflasi menjadinya fakir.

Selama ini ketika jauh dari tahap negara maju, kerajaan tidak memberi laut kepada yang memerlukan laut, tetapi memberi mereka pancing supaya tahu mencari lauk sendiri.

Tetapi bertambah menghampiri negara maju, kerajaan terpaksa beri pula RM100 setahun kepada setiap murid, dan RM500 pula kepada setiap si miskin. Ertinya kerajaan terpaksa beri lauk pula, tidak lagi memberi pancing.

Selepas 54 tahun merdeka kerajaan bukan saja tidak beri pancing kepada rakyat tetapi terpaksa mengadakan lauk. Adakah teruk sangat rakyat sekalian?

Atau ia satu pemberian untuk menghadapi PRU 13? Tidakkah ia tanda-tanda kerajaan BN dan pemimpinnya sudah miskin dengan idea dan tindakan?