Showing posts with label Dr. Mahathir Mohamad. Show all posts
Showing posts with label Dr. Mahathir Mohamad. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Awas !! Mahadet nie jenis manusia baling batu sembunyi tangan..

Oleh Subky Latif

KATA Hitler, bohong kalau diulang-ulang, tidak lagi dipercayai sebagai bohong.

Adakah kata-kata Hitler itu dipercaya orang apabila dia berkata, PAS tersingkir dari BN ketika dia jadi Timbalan Perdana Menteri, bukan kerana ditendang UMNO tetapi gara-gara perpecahan dalam PAS sendiri.

Semua tahu segala kerja dan keputusan untuk menendang PAS itu dibuat oleh Dr. Mahathir sebagai Timbalan Presiden UMNO ketika Perdana Menteri Hussein Onn tiada dalam negeri.

Orang tua itu (Hussein) yang tidak tahu apa, menerima saja keputusan pimpinan UMNO, bersetuju menentang PAS dengan merancang membentangkan di Parlimen usul meMAGERANkan Kelantan dan meletakkan kerajaan Kelantan di bawah tadbir kerajaan Persekutuan.

Apa yang dikatakan perpecahan PAS itu adalah gara-gara campur tangan UMNO dalam urusan PAS. PAS memutuskan Menteri Besar dalam kerajaan BN Kelantan ia Wan Ismail Ibrahim. Memang ada pandangan kedua dari kalangan PAS terhadap calon itu, tetapi PAS telah telah ada keputusannya.

UMNO mengambil kesempatan dari keadaan itu mendapatkan perkenan istana memperkenan Dato Mohamad Nasir menjadi Menteri Besar. Tiada keupayaan PAS untuk bercanggah dengan istana.

Tetapi Dato Nasir lebih dilihat sebagai MB UMNO dari MB PAS. Dia pun terasa bahawa pemilihannya sebagai Menteri Besar bukan dibuat oleh PAS tetapi oleh UMNO. Maka ia melebarkan pergolakan dalam PAS dan meletakkan PAS rasa tertekan dalam kerajaan BN itu sejak dari mula. Tetapi PAS menerima dalam bersabar kerana perpaduan dan penyatuan Islam dan Melayu bukan suatu yang mudah dicapai.

Demi memelihara percubaan penyatuan umat Islam dan Melayu, PAS meneruskan muafakat itu walaupun perancang utamanya Tun Razak sudah meninggal.

PAS sebagai parti yang bermaruah cuba memastikan program dan dasar PAS berjalan di Kelantan, maka ia memutuskan Menteri Besar diganti dengan orang lain.

Maka dijadikan alasan yang baik bagi UMNO untuk menamatkan kerjasama yang sukar dicapai itu. Ia tidak melakukan sesuatu yang boleh mengekalkan penyatuan, tetapi merancang memecahkannya dengan memutuskan untuk membentang usul di Parlimen, mengambil alih pentadbiran Kelantan, mengekalkan Menteri Besar tanpa kuasa, pentadbiran negeri diletakkan di bawah pegawai kerajaan pusat.

Mana-mana komponen BN yang tidak menerima usul itu dengan sendirinya gugur dari kenggotaan BN.

Siapa saja berada di tempat PAS, sebagai pihak yang bermaruah, menolak usul itu dalam Majlis BN sebelum ia dibentangkan di Parlimen. Tiada pilihan bagi PAS setelah BN membuat keputusan demikian melainkan keluar dari komponen itu.

Nampaklah seolah-olah PAS yang keluar dari BN dari segi tekniknya tetapi teknik itu dirancang oleh UMNO bagi mengeluarkan PAS.

Di situlah letaknya kiraan PAS ditendang dari BN.

Masalah dalam rumah tangga PAS tidak wajar dari satu alasan bagi BN menendang kerabatnya. MCA berkali-kali berdepan dengan krisis pimpinan. Dr. Lim Keng Yik menentang Tun Tan Siew Sin, San Choon dicabar Michel Chen, Neo Yee Pan ditentang Tan Koon Swan, Ling Leong Sik dikritik secara terbuka oleh Lee Kim Sai dan kemudiannya oleh Chua Jui Meng, dan terakhir Dr. Chua Soi Lek menentang Ong Tee Kiat.

Tetapi tidak pula UMNO mengambil langkah mengeluarkan MCA dari BN. Sekalipun MCA seolah sudah jadi biawak hidup bagi UMNO tetap ia dikekalkan dalam BN.

Apa yang Mahathir kata tentang BN tidak tendang PAS tetapi masalah dalaman PAS yang menyebabkan ia terkeluar adalah seperti membaling batu sembunyi tangan.

Semakin dekat PRU13..Antara NAJIB & TUN siapa lagi banyak meracau..!!??

PRU-13 kritikal buat Najib, lebih kritikal bagi Mahathir

KUALA LUMPUR,  Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dianggap pilihan raya amat penting dan kritikal buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana ia bukan saja pungutan suara empat tahun “tanpa transformasi”.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, PRU-13 itu juga lebih penting dan kritikal lagi bagi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana 22 tahun dasar autoritarian dan korup beliau.

Katanya, masa depan Mahathir juga dipertaruhkan pada PRU-13  bagi menentukan sama ada beliau dapat terus menjadi dalang politik untuk UMNO/BN, yang kini secara sendirian membuat keputusan selepas berjaya memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas “tsunami politik” pada PRU 2008.

“Kuasa dan pengaruh Mahathir sebagai Perdana Menteri paling lama kini lebih besar berbanding Najib yang berkempen ke seluruh negara untuk menjaga jangka hayat politiknya,


“Sepanjang 56 tahun Malaysia mempunyai enam Perdana Menteri tetapi tidak ada pemimpin di dalam UMNO/BN kecuali Mahathir yang berani memberitahu mana-mana Perdana Menteri supaya meletakkan jawatan sekiranya gagal memperoleh mandat lebih besar dalam pilihan raya umum.

“Mahathir juga secara terbuka dalam Malaysia Strategic Outlook Conference ke-15 pada 31 Januari lalu mengatakan Najib sepatutnya memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya BN memperoleh kemenangan tipis pada PRU13 nanti,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 52 Hari ke PRU-13, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Najib sekarang di bawah pemerhatian Mahathir  “guru besar” yang akan menentukan masa depannya, sebagaimana  Mahathir menamatkan penggal pemerintahan Tun Abdullah, yang gagal mencapai matlamatnya

Beliau berkata, hampir setiap hari, Mahathir bukan sahaja mengatasi kempen Najib tetapi turut menetapkan dasar untuk Najib dan pemimpin serta Menteri UMNO/BN seperti yang dapat dilihat di dalam contoh berikut sejak sepuluh hari lalu:
  • Dr M: Peneroka jangan ‘gigit tangan’ kerajaan (Mkini) – 18.2.13
  • Dr M: Tidak perlu mengendahkan celaan Canberra atas pengusiran Xenophon (TMI)  - 18.2.13
  • Dr M: Kebebasan tidak terkawal media alternatif berbahaya (Bernama) -18.2.13
  • Dr M: Hanya beberapa pelampau Cina menyokong perubahan Kerajaan (China Press) – 15.2.13
  • Dr Mahathir: Hutang negara masih pada tahap baik (Bernama) – 15.2.13
  • Tingkat imej Proton, idea teras pelan pemulihan: Dr M (Bernama) – 15.2.13
  • Jangan terlalu taksub tukar kerajaan, kata Mahathir (Bernama) – 13.2.13
  • Dr M: Pinda perlembagaan untuk melucutkan kewarganegaraan Ambiga (Mkini) – 9.2.13
Menurutnya, Mahathir juga cuba menyelamatkan Najib daripada kemusnahan “Tiga Ya untuk Psy, Tiga Tidak untuk BN” ketika di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pulau Pinang selepas membelanjakan RM3.5 juta untuk mengimport bintang K-Pop Korea Psy dan “Gangnam Style”, mendakwa itu semua daripada “video yang diubahsuai” di YouTube.

“Mahathir mungkin menyangka rakyat Malaysia generasi 2013 mudah tertipu seperti rakyat Malaysia ketika 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri iaitu daripada 1981 hingga 2003 sayangnya beliau silap.

“Rakyat Malaysia perlu berterima kasih pada Najib kerana menjemput Psy dan Gangnam Style ke Pulau Pinang, kerana mampu membuatkan rakyat Malaysia fokus kepada satu soalan mengapa Korea Selatan membangun begitu hebat berbanding Malaysia,” katanya.

Pada 1980, setahun sebelum Mahathir menjadi Perdana Menteri, Malaysia mendahului dengan KDNK per kapita US$1,769 berbanding Korea Selatan US$1,689 .

Bagaimanapun mulai 1981, ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri, Malaysia jatuh begitu teruk di belakang Korea Selatan, sehingga KDNK per kapita Malaysia hanya satu pertiga berbanding Korea Selatan selepas meletakkan jawatan pada 2003

Berikut adalah data perbandingan KDNK per kapita untuk kedua-dua negara sepanjang 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri:
Kit Siang berkata, Mahathir perlu bertanggungjawab dan menjelaskan kepada rakyat kerana mengakibatkan Malaysia kalah teruk kepada Korea Selatan sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri. -Roketkini.com

Monday, February 18, 2013

Dunia politik mahathir bukan sesuai di era zaman facebook & twitter....

Dr M mengamuk kata insiden 'No' palsu

KUALA LUMPUR: Insiden ‘No’ di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN di Pulau Pinang baru-baru ini telah menyebabkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) mengamuk sehingga menyalahkan media alternatif.

“Di dalam media alternatif, hampir sesiapa sahaja yang boleh meletakkan apa-apa bahan yang mereka suka cakap di internet secara langsung, tanpa pengurus, editor atau sub-editor mengubah isi kandungannya.

"Kebebasannya hampir total. Inikah intipati demokrasi?” tanya Mahathir di tulisan terbaru dalam blognya.

Mahathir juga mendakwa video popular kini yang menggambarkan bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendapat jawapan ‘No’ daripada para hadirin di Pulau Pinang ketika ditanya ‘Are you ready for BN?” telah diubahsuai.



“Sekarang, ia telah didapati bahawa (video) tersebut telah direka dengan membawa satu kumpulan ke dalam orang ramai, dengan membekalkan mereka dengan video kamera dan mikrofon.

"Semasa PM bertanya ‘Are you ready for BN?’, kumpulan ini menjerit ‘No’ sebagai jawab balas. Ia membuat seolah-olah seperti semua hadirin menjerit ‘No’.

“Sebenarnya hanya sebilangan kumpulan saya yang menjerit ‘No’ ke dalam mikrofon mereka. Jawapan ‘Yes’ daripada orang ramai tidak dirakam dan tidak dimasukkan di dalam video di YouTube,” dakwa Mahathir.

Beliau berkata klip video popular di YouTube akhirnya dipercayai para pengamal sosial media sebagai versi yang benar walaupun sebenarnya ia adalah palsu.

Mahathir menyalahkan ini pada kebebasan di internet yang sebelum ini beliau sendiri yang memperkenalkan aktanya.

"Pembohongan boleh dibuat seolah-olah menjadi kebenaran ... Tetapi kebenaran juga boleh dibuat untuk kelihatan seperti pembohongan," katanya.

Mahathir kemudiannya menceritakan bahawa beliau dianiaya oleh para pengodam yang memaksa beliau menukar server untuk blog ‘Che Det’ kepunyaan beliau.

"Saya kehilangan kebebasan di media lebih daripada apa yang kerajaan boleh menghalang kebebasan saya. Secara jujur, saya lebih suka jika kerajaan yang menapis saya.

"Tapi tiada apa yang saya boleh lakukan untuk menghalang mereka yang ingin mengekang kebebasan saya melalui alternatif media,” tambah beliau.

Sunday, February 17, 2013

Diktator Tua semakin gentar dengan Media Alternatif..

Dr M mahu kerajaan tapis media alternatif
Oleh Boo Su-Lyn
February 17, 2013

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau lebih rela kerajaan menapis internet daripada media alternatif terus dimanipulasi.

Bekas perdana menteri itu berkata dalam blognya chedet.cc bahawa video penyanyi sensasi Korea Psy di Pulau Pinang, yang menunjukkan orang ramai berkata “No” (tidak) kepada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi mempertikaikan video tersebut dengan mengatakan video itu diubahsuai.

“Saya akan hilang kebebasan dalam media apabila kerajaan mungkin merampas kebebasan saya,” kata Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc hari ini.

“Terus terang saya rela kerajaan menapis saya, kerana jika saya tidak suka apa yang kerajaan buat, saya boleh buat apa sahaja untuk menolak parti yang membentuk kerajaan. Tetapi saya tidak boleh buat apa untuk menghentikan orang ramai yang cuba merampas kebebasan saya melalui media alternatif,” katanya lagi.

Dr Mahathir berkata mengenai video Psy yang semakin popular di Facebook, “diubahsuai” dengan “kumpulan tertentu” dengan kamera video dan mikrofon yang berkata “No” (tidak) kepada soalan Najib kepada orang ramai sama ada mereka bersedia untuk Barisan Nasional (BN).


Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun hingga 2003, pernah berjanji Malaysia tidak akan menapis Internet untuk menarik pelabur membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Beliau mengulangi pendiriannya dalam Persidangan Ketua Pelajar Malaysia Tahunan Ketiga pada 2011, walaupun mengatakan tindakan disiplin perlu diambil terhadap penyalahgunaan Internet.

Dr Mahathir bagaimanapun pada Jun tahun lalu berkata Putrajaya perlu memikirkan semula kebebasan mutlak dalam Internet.

Beliau berkata ada beberapa negara mengenakan pengawalan dan menghalang “laman web kotor” dan menghukum mereka yang merosakkan minda pengguna Internet.

Dr Mahathir juga berkata “kebenaran juga boleh dibuat kelihatan seperti penipuan”, merujuk kepada video seks melibatkan ketua pembangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang pelacur, tetapi tidak menyebut nama bekas timbalannya itu.

“Selepas ketua pembangkang itu dilihat bersama perempuan yang jelas sekali mengadakan hubungan seks, ia boleh dibuat kelihatan seperti penipuan seperti ditunjukkan dalam video tersebut, ia boleh diubahsuai,” kata Dr Mahathir.

Beliau juga berkata blognya digodam sebanyak lima kali.

“Orang ramai tidak boleh melayari laman blog saya dan saya disenyapkan,” kata perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Malaysia.

Dr Mahathir mendakwa orang ramai bebas menulis apa sahaja dalam media alternatif kerana tidak dikawal oleh editor.

“Kebebasan hampir mutlak. Adakah ini nilai demokrasi?” katanya lagi.

Dr Mahathir juga berkata laman web lucah juga berleluasa kerana kebebasan media alternatif.

Thursday, February 14, 2013

Pas sedia ‘bantu’ Mahathir betulkan fakta

RUZY ADILA IDRIS
14 Februari 2013
Mustafa Ali
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
 
SHAH ALAM – Pas mendakwa sebahagian fakta yang dinyatakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui entri semalam bertajuk, Siapa Tipu Siapa tidak benar.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali secara sukarela menawarkan diri untuk bersemuka dengan Dr Mahathir itu untuk membuat pembetulan fakta dan membantu  membuat kenyataan berdasarkan fakta sahih.

“Beliau (Dr Mahathir) kalau nak bercakap perlulah cakap yang benar.

"Saya sedia semuka dengan beliau untuk jelaskan fakta. Saya sendiri merupakan sebahagian daripada kerajaan ketika itu dan menyaksikan sendiri survival Pas dalam mengatasi kemelut yang berlaku.

“Banyak fakta yang disebutkan itu salah. Yang pertamanya, Pas bukan keluar dari Barisan Nasional (BN) sebaliknya dipecat dari BN. Malah pemecatan itu dilakukan bukannya sebelum pilihan raya sebaliknya selepas pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Dr Mahahir mengatakan Umno tidak melakukan penipuan berhubung dakwaan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa parti itu berada dalam BN.

Dr Mahathir dilaporkan telah menjelaskan kenapa Pas tidak boleh bersama Umno dalam usaha untuk menyatupadukan orang Melayu.

Katanya, “perpecahan dalam Pas bukan kerana Umno tetapi kerana Datuk Mohd Nasir (Menteri Besar Kelantan ketika itu) mencabar kepimpinan Datuk Asri Muda (Presiden Pas ketika itu)."

“Kekalahan Pas menyebabkan Pas keluar dari BN. Tidak ada penipuan oleh Umno,” katanya.

Mengulas dakwaan Dr Mahathir itu, Mustafa menegaskan, Pas tidak pernah keluar dari Umno sebaliknya dipecat dari BN.

“Sebenarnya ketika itu, bukannya Pas tak boleh keluar sendiri tetapi Pas nak lihat sendiri keikhlasan BN,” katanya.

Selain itu, dalam entri tersebut Dr Mahathir turut mendakwa pada waktu itu timbul sengketa antara Asri dengan Mohd Nasir.

Katanya, Mohd Nasir mendakwa telah kesan banyak penyelewengan yang dilakukan oleh Asri semasa menggalas tugas sebagai Menteri Besar Kelantan.

“Asri cuba menyingkir Mohd Nasir melalui undi tidak percaya. Walaupun kalah Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

“Ramai ahli Pas memihak kepada Mohd Nasir. Mereka mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang Asri,” katanya lagi.

Berhubung dakwaan itu, Mustafa menjelaskan, konflik dua pemimpin Pas itu hanyalah masalah dalaman parti dan menafikan Mohd Nasir pernah membuat cabaran seumpama itu.

Katanya, Mohd Nasir tidak pernah mencabar Asri termasuk ingin menjadi presiden seperti yang berlaku di antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah ketika pemilihan Presiden Umno.

Beliau turut mendakwa, ketika konflik Pas memuncak, Umno berperanan mengaturkan agenda untuk merosakkan suasana dan merancang demostrasi di Kelantan sehingga negeri itu diisytihar darurat, seterusnya Dun Kelantan dibekukan.

Katanya lagi, ketika usul tersebut dibawa ke Parlimen, kesemua pemimpin Pas yang berjawatan sdalam Kabinet sepakat meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan usul tersebut.

“Moral politiknya kalau nak lawan perlu letak jawatan. Oleh sebab BN ketika itu ada kelebihan majoriti, maka sebab itu undang-undang itu tetap diluluskan. Lepas itu dikeluarkan Pas dari BN pada akhir 1977. Pilihan raya dibuat pada 1978.

“Sebaik Pas dikeluarkan dari BN, bermula segala tohmahan dan fitnah dikenakan ke atas Pas. Teruk fitnah masa itu,” ujarnya.

Kesal dengan kenyataan Dr Mahathir itu, Mustafa turut mengatakan bahawa Dr Mahathir sewaktu memegang potfolio sebagai Menetri Pelajaran pernah mengeluarkan kenyataan bahawa antara sebab Pas perlu dikeluarkan dari BN ialah jika Pas terus berada dalam BN, orang Melayu tetap tidak bersatu.

Malah katanya, Dr Mahathir juga mengatakan bahawa jika Pas berada di luar BN sekalipun, tidak akan mendatangkan masalah ataupun ada kena-mengena dalam usaha untuk pembentukan perpaduan Melayu.

Dalam pada itu, Mustafa turut mengakui dakwaan Dr Mahathir bahawa Asri ketika diberi tanggungjawab sebagai Menteri Tanah dan Galian yang bertanggungjawab terhadap Felda ada melakukan dakwah tentang Islam sehingga menyebabkan orang Umno sertai Pas.

“Apa salah Pas nak perkenal Islam melalui dakwah di Felda? Pendekatan dibawa Asri telah menyebabkan orang Felda faham tentang Islam dan lebih terima Pas berbanding Umno. Bila kagum melihat kepimpinan Pas, memang ada yang masuk Pas, tak dinafikan.

“Dulu dalam Felda tidak ada guru-guru agama. Umno sendiri tidak ada usaha untuk sampaikan ilmu Islam dalam Felda dan semasa Asri bertugas, usaha-usaha ini diperluas. Malahan, seni muzik Islam dan Okestra Suraya Selimut Putih juga dibawa ke Malaysia oleh Asri,” jelasnya.

Menafikan kenyataan terbaru dibuat Dr Mahathir ini bermotifkan dendam peribadi, sebaliknya Mustafa mendakwa ia adalah agenda politik Umno yang tidak boleh terima pihak yang bersama Umno mempunyai kelebihan dan Umno akan cuba mengawalnya.

“Kalau ada orang Felda masuk Pas, Umno tak boleh terima kerana kehendak Umno supaya ahlinya kekal dalam parti itu. Pas merupakan ancaman kepada Umno terutamanya dari sudut penerimaan orang Melayu terhadap Pas.

"Kerja Umno memang fitnah Pas. Ini bukan perkara baru tapi sejak dari dulu. Kekuatan Pas adalah ancaman buat Umno dan Umno akan menggunakan apa sahaja cara termasuk fitnah dan sanggup menafikan hak orang Pas untuk melemahkan Pas,” katanya lagi.

Thursday, February 7, 2013

Mahathir Mengapa Jelous?

MEMAYUNG RASA                                                                                     

Dari saya sentuh hal ehwal 'orang itu' pagi-pagin ini seperti mana ramai kekawan yang minta saya mengulasnya baik saya sentuh perihal Mahathir Mohamad, tokoh kematu yang tidak pernah sedar diri. Lebih berbaloi kalau saya mengulas mengenai Mahathir setidak-tidaknya kalau dapat 'dosa' ia balik modal kerana kedudukan Matahir yang tinggi dan tidak pernah mahu tunduk ke bumi itu. Lagipun Mahathir kini berada dalam war room, Umno.

Menjadi amalan saya, saya tidak suka mencatat mengenai ahli politik kecil atau pun mereka yang berkedudukan tetapi tidak ada nilai buat saya. Orang yang pendek akal politik atau merasa dirinya gah walhal dia tidak gah setara mana pun membuangkan masa saya saja atau kalau ditulis ia akan menghauskan keyboard laptop saja.

Bila sebut orang itu saya teringat kata-kata Salentia suatu masa dulu mengenai orang itu. Katanya orang itu tidak layak jadi orang besar atau pun berada ditempat kedudukan sekarang kerana fizikalnya tidak menarik. Dia kelihatan seperti budak dan orang kerdil saja. Maaflah... kalau nak marah, marahkan kepada Salentia yang juga kepada saya dia (Salentia) kerdil moral politiknya.


Berbalik kepada persoalan asal, apa yang hendak diperkatakan ialah tentang Mahathir yang marah-marah kepada Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana Mursyidul Am PAS itu mengunjungi Karpal Singh semasa MB Kelantan itu mengadakan lawatan ke Pulau Pinang beberapa hari lepas. Mahathir jelous dengan Nik Aziz yang ke rumah Karpal Singh kemudian sama-sama memakan kek hari jadi Nik Aziz.

Kata Mahathir Nik Aziz sanggup pergi ke rumah Karpal Singh untuk sama-sama meraikan hari jadinya (Nik Aziz) tetapi tidak sanggup keluar dri Pakatan Rakyat. Mahathir menyifatkan Nik Aziz lebih sayangkan kepada Karpal Singh dan DAP.  Mahathir membuat lawak biawak (gurau biawak) mengatakan Nik Aziz tidak berani meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dia cabar Nik Aziz meninggalkan Pakatan Rakyat. Soalnya kenapa beliau bersungguh mahu Nik Aziz tinggalkan Pakatan Rakyat? Jawabnya mudah Mahathir tahu kekuatan Pakatan Rakyat kini akan mengugat kekuasaan UBN. UBN tidak akan menang sekiranya PAS, DAP dan PKR bersepadu dalam Pakatan Rakyat. Jadi usaha Mahathir kini dan beliau percaya pakatan itu hendaklah dileburkan.

PAS atau Nik Aziz tidak sepertinya yang akan memungkiri janji dan suka memperlecehkan orang. Apa salahnya kalau Nik Aziz mengunjungi Karpal Singh yang merupakan rakan politik dalam Pakatan Rakyat? Mahathir tidak perlu cemburu dan irihati. Nik Aziz ternyata lebih menghormati pendirian Karpal Singh berbanding dengan Mahathir. Meskipun Karpal Singh mengatakan kena langkah mayatnya daulu kalau mahu laksanakan hudud tetapi bagi Nik Aziz kata-kata dan pendirian Karpal Singh lebih bermaruah dari Mahathir.

Bagi Nik Aziz dia boleh terima Karpal Singh kerana mungkin merasa wajar kalau Karpal Singh bersikap anti hudud sebab dia bukan Islam yang tidak faham dengan maslahat hukum berkenaan. Sebaliknya Mahathir seorang mengaku Islam jauh lebih tidak faham hudud berbnding dengan Karpal Singh. Karpal membuat pendirian itu kerana mengira perlembagaan persekutuan menjadi penghalang kepada perlaksaan hudud, maka itu beliau berkata kalau sesiapa yang melanggar perlembagaan persekutuan kena langkah dulu mayatnya.

Seorang pengawal undang-undang dia teguh berpegangan kepada prinsip undang-undang. Memahami kata-kata Karpal Singh itu hudud akan dapat dilaksanakan sekrianya perlembagaan persekutuan dipindah.

Sebaliknya Mahathir sebagai seorang Islam tidak patut menentang hudud. Dengan kuasa yang ada kepadanya sebagai presiden parti dan perdana menteri ketika itu kalau ada sisi-sisi dalam perlemnagaan menghalang perlaksanana hudud Mahathir perlu memidahnya. Beliau patut menggunakan kuasa itu untuk Islam. Tetapi adakah dia kisah? Bukan sahaja bersedia untuk pindah malahan dikirimnya surat mengancam Nik Aziz sekiranya kerajaan Kelantan melaksanakan hudud tunggulah akibatnya.

Sikap dan perbezaan itulah menyebabkan Nik Aziz lebih boleh berlunak dengan Karpal Singh berbanding dengan Mahathir. Bagi Nik Aziz pula lebih baik bersahabat dengan orang bukan Islam tulen daripada bersahabat dengan orang Islam yang munafik seperti Mahathir Mohamad.

Jadi Mahathir jangan jelous dengan Nik Aziz dan usahlah buat lawak biawak mencabar Nik Aziz meninggalkan Pakatan Rakyat. Dalam kaca mata Nik Aziz sudah pasti Pakatan Rakyat lebih baik daripada Barisan Nasional kerana kepahitan yang dialui dalam BN sewaktu Mahathir menjadi pengerusinya sangatlah memeritkan. [wm.kl.10:11 am 07/02/13]
 

Wednesday, February 6, 2013

Kesian TUN.. semakin hari semakin meroyan di lihatnya.. hari nie suruh PAS keluar PR pulak..!!

Mahathir: Pas tak berani keluar PR
NORSHAHZURA MAT ZUKI
6 Februari 2013
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
 
KUALA LUMPUR - Pas tidak berani keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) kerana bergantung kepada DAP, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, parti yang memperjuangkan Islam itu akan kekal bersama PR kerana 'menyayangi Karpal'.

"Jika Pas keluar daripada PR, parti itu akan kalah. Dia (Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) meraikan hari jadi bersama Karpal (Pengerusi DAP, Karpal Singh) dan menyambut perayaan Thaipusam bersama.

"Mereka tidak berani keluar PR, Nik Aziz bercerai dengan Nasha (Nasharudin Mat Isa) tetapi dia tidak mahu bercerai dengan DAP," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku bertajuk Antarctica: Malaysia's Journey to the Ice di sini, hari ini.

Semalam, Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok meminta Pas keluar daripada PR.

Tuesday, February 5, 2013

Mahathir tetap Mahathir - Dalam UMNO dok nazak macam nie dia tetap mahu UMNO dengaq cakapnya..!!!

Dalam keadaan sekarang pun Dr M mahukan UMNO memenuhi kemahuan beliau

 

Mahathir merupakan penyebab utama UMNO itu menjadi carca marba. Bagi saya Pakatan Rakyat sekarang hanya perlu menumpukan masa untuk memikirkan menyelaras dan memperkemaskan persediaan untuk melalui peralihan kuasa yang bakal berlaku jika di izin Tuhan. Di dalam UMNO sudah ada orang yang membuatkan parti itu berkecamuk dan pembangkang tidak payah bersusah payah sangat untuk menurunkan parti itu dari berkuasa. Di dalam BN itu sendiri ada Dr Mahathir untuk menjatuhkan UMNO dan BN itu.

Buat setakat ini BN sudah menentukan nasibnya sendiri kerana BN hanya ada UMNO di Semenanjung ini. MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain sudah boleh dianggap tidak ada lagi. Yang ada hanyalah UMNO yang kini sedang di lemahkan oleh Dr Mahathir sendiri. Seperti biasa apabila sampai sahaja pilihanraya Mahathir akan memainkan peranan untuk melemahkan UMNO itu. Jika dalam pilihanraya dahulu beliau keluar dari UMNO, kali ini beliau dari awal-awal lagi telah meminta Najib meletakkan jawatan jika perolehan UMNO dalam pilihanraya kali ini lebih buruk dari pilihanraya yang lalu. Mahathir mahukan Muhyiddin mengambil alih seperti Najib mengambil alih kuasa kerana kekalahan UMNO yang teruk di banyak kerusi dalam PRU dahulu.


Itulah dia Dr Mahathir. Semasa beliau menjadi PM beliau pantang menerima teguran dari bekas PM negara sebelum beliau. Tetapi setelah beliau melepaskan jawatan beliau akan bertindak untuk masuk campur dalam urusan pengganti-pengganti beliau. Sesungguhnya Dr Mahathir masih merasakan yang beliau adalah seorang yang paling berkuasa sehinggakan semua dalam UMNO itu mestilah mengikut arahan dan mendengar pandangan beliau sahaja. Dr Mahathir ini berfikir seolah-olah beliau boleh mengubah segala-galanya. Beliau seolah-olah boleh menjadikan matahari naik dari barat dan turun di timur dan menaikkan hujan ke langit serta mengalirkan sungai ke hulu.

Sememangnya Najib perlu berhenti jika UMNO kalah dalam PRU ini. Tetapi tidak semestinya pimpinan diambil alih oleh Muhyiddin kerana saya yakin UMNO tidak akan mampu menubuhkan kerajaan kali ini. Saya mempunyai keyakinan itu. Saya bukan hendak mendahului Tuhan tetapi kecenderungan UMNO akan menjadi pembangkang itu semakin hari semakin jelas. Tetapi kita mesti akur kepada hakikat yang penentu terakhirnya adalah Allah SWT semata-mata.

Mahathir ternyata begitu ‘desperate’ untuk mendapatkan semua yang akan terjadi adalah di atas kehendak beliau. Beliau mahukan semua pihak yang naik dan turun itu berterima kasih kepada beliau di atas kesusahan rakyat dan negara. Bersepah negara dibuatnya dan beliau tidak berhenti di sini sahaja. Itulah sebabnya UMNO itu tidak mungkin boleh menyelamatkan negara jika pemimpin-pemimpinnya boleh di kotak-katikkan oleh orang bernama Mahathir ini.

Justeru rakyat harus meninggalkan UMNO dan tidak lagi terbabit dengan parti dalam mana pemimpin-pemimpinnya hanya bertindak mengikut kehendak dan nafsu nafsi pemimpin mereka sahaja. Rakyat tidak seharusnya menjadi mangsa permainan politik peribadi pemimpin-pemimpin mereka sahaja. Dari sekarang jika UMNO masih menjadi parti yang memimpin kerajaan begini lah keadaan negara kita sampai bila-bila. Apabila mendapat mandat mereka akan bergaduh sesama sendiri untuk merebut kenikmatan dari kuasa menjadi parti dan pemimpin kepada kerajaan itu.

Mahathir hanya mahu orang lain meletakkan jawatan jika mendapat kekurangan sokongan. Beliau mahu Abdullah Badawi berhenti kerana kehilangan mandat 2/3 di Parlimen dan sekarang beliau mahukan Najib untuk berbuat perkara yang sama jika keadaan dan keputusan pilihanraya tidak bertambah dari pihanraya yang lalu.

Mahathir sepatutnya berfikir apakah beliau sendiri melakukan apa yang beliau suruh orang lain lakukan? Beliau telah ditunjukkan oleh orang ramai melalui pemilihan 1987 dahulu dimana beliau hanya memenangi pertandingan jawatan Presiden dengan hanya 43 undi. Beliau tidak meletakkan jawatan dan mengatakan walaupun menang dengan satu undi beliau tetap menang.

Tetapi sebelum itu, semasa beliau mengambil alih jawatan Presiden UMNO pada tahun 1981 dari Hussein Onn, beliau telah membuat satu janji yang jelas di dengar oleh perwakilan UMNO tahun itu. Dalam ucapan penggulungan perhimpunan itu dengan meminta rakyat atau UMNO memberikan isyarat kepada beliau jika beliau sudah tidak dikehendaki lagi. “Jika ada tanda-tanda yang UMNO sudah tidak berkehendakan beliau, beliau akan meletakkan jawatan dengan terhormat. Saya masih teringat kata-kata dan janji beliau itu kerana saya berada di barisan hadapan dalam Dewan Perhimpunan itu (NIRWANA BALLROOM Hilton). Bacalah lapuran perhimpunan agong tahun itu jika masih di simpan oleh Ibu Pejabat UMNO sekarang ini.

Tetapi apabila beliau hanya mendapat kemenangan yang amat tipis dalam pertandingan Presiden itu beliau berkata satu undi pun saya menang. Beliau tidak mengambil contoh bagaimana Hussein Onn bertindak selepas beliau memenangi pertandingan jawatan Presiden UMNO dengan Sulaiman Palestin pada tahun 1978 dahulu. Sulaiman Palestin hanya mendapat 125 undi sahaja sedangkan lebih dari seribu perwakilan yang lain memberikan undi kepada Hussein Onn.

Tetapi Hussein Onn bertindak mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO itu dalam pemilihan parti 1981 kerana hendak mengelakan perpecahan dalam UMNO. Hussein Onn tahu cabaran yang di lakukan oleh Sulaiman Palestin itu adalah dari Timbalannya sendiri yang tidak sabar untuk menunggu giliran untuk naik ke jawatan tertinggi itu.

Semua orang tahu tindakan Sulaiman Palestin menentang Hussein Onn itu adalah di sebabkan oleh tangan ghaib Timbalan beliau sendiri. Dengan perletakan jawatan Hussein Onn itu maka tangan ghaib yang menyebabkan Hussein Onn merajuk itulah yang mengambil alih jawatan beliau (Hussein Onn).

Sekarang dalam masa beliau sudah bersara pun perangai dan sikap itu tidak dapat dibuangnya kerana sifat itu sudah meresap dalam segenap tubuh dan naluri beliau. Sekarang kuis-menguis di antara pemimpin-pemimpin UMNO amat mengembirakan Mahathir. Dengan keadaan ini Mahathir selalunya akan berjaya menyelitkan agenda beliau yang tidak mempunyai sempadan dalam politik negara ini. Itu pun keyakinan beliau sendiri. Tetapi Mahathir tidak akan bernasib baik sentiasa. Ada kalanya tindakan beliau itu akan memakan diri beliau sendiri dan juga UMNO itu keseluruhannya. Samada Mahathir mahu menerima kekalahan UMNO dalam PRU ini bukan lagi menjadi perkara penting bagi rakyat sekarang ini.

Rakyat mahu situasi seperti ini tidak berlaku lagi dan untuk mengelakkan perkara seperti itu berulang-ulang, rakyat wajar mengenepikan parti yang hampir jahannam itu kerana perbuatan pemimpin-pemimpin seperti Dr Mahathir ini.

Bagi Pakatan Rakyat mereka sudah bersedia untuk melakukan perbezaan. PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat sudah pun berpengalaman untuk mentadbir melalui pengalaman di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat itu.

Rupa-rupanya jika pentadbir dan penggubal undang-undang tidak rasuah banyak perkara dapat diatasi dengan baik seperti yang berlaku di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat walaupun begitu banyak sabotaj dilakukan oleh Putrajaya itu.

Jika Putrajaya beralih kuasa maka tidak akan berlaku sabotaj terhadap negeri-negeri yang inginkan kemajuan sebenar itu. Lakukanlah dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Tuesday, January 22, 2013

Dr Mahathir kepanasan kerana RCI

MEMANG benar, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah baru di peringkat permulaan. Tapi kalau dibelek-belek berita semasa, kelihatan kesannya cukup panas. Sudah mula nampak ada yang bagaikan cacing kepanasan. Mengeliat-ngeliat menyediakan hujah memutar belit bagi menyelamatkan diri.

Kalau dibelek semula khabar berita yang dilaporkan pada Disember 2011, kita tentu jumpa penafian Dr Mahathir berkenaan pembabitan beliau dalam Projek IC. Katanya, namanya telah digunakan dalam projek itu tapi menafikan terbabit. Mungkin sebab itu Projek IC ada nama julukan lain yang lebih bergaya, Projek M. M untuk Mahathir.

Tahun pun berlalu, RCI pun bermula. Daripada keterangan orang yang terbabit dengan Projek IC, beberapa nama yang naik dengan cemerlang. Antaranya Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. Juga nama Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin yang ketika itu adalah Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir.

Secara tiba-tiba Dr Mahathir kata memang beliau ada memberi kewarganegaraan tetapi mengikut undang-undang. Tidak cukup dengan itu, dituduhnya pula almarhum Tunku Abdul Rahman melakukan sesuatu lebih teruk daripadanya. Difitnahnya Tunku beri kerakyatan kepada sejuta orang yang tidak layak sebelum kemerderkaan!

Berbelit-belit putarnya. Seperti doktor yang dituduh jual ubat secara haram, mula-mula dikatakan tidak terbabit. Kemudian setelah hampir terjerat dikatakan pula ubat itu dijual mengikut undang-undang. Akhir sekali dituduh pembekal ubat yang sudah lama meninggal dunia. Seperti cuba menyembunyikan bangkai gajah dengan senaskah akhbar Utusan.

Kita tak pasti apa pula selepas ini. Kalau Bapa Kemerdekaan yang sudah tiada pun boleh diheret ke dalam polemik ini. Segalanya mungkin. Maaf tersilap guna peribahasa, bukan cacing kepanasan tetapi ular kepanasan. – Roketkini.com

Saturday, January 19, 2013

#LISTEN - Akhirnya Dr Mahathir mengakui belialulah master of the game dalam "PROJEK IC"

Mahathir terpaksa mengaku salah


Semakin hari semakin panas suhu politik di negara yang dikatakan pimpinan utama kita akan menjadi negara maju yang berpendapatan tinggi. Entah apa kemajuan yang kita akan capai tidak pula kita ketahui. Tetapi apa yang kita lihat, kita semakin hari semakin ke belakang dan tidak maju ke hadapan. Isu bertambah rumit dan besar, dan semua isu ini berkait dengan tingkah laku dan salah gunakuasa oleh pucuk pimpinan negara dan UMNO.

Deepak pula memberikan reaksi marah-marah apabila Najib memperlekehkan tuduhannya (Deepak) terhadap terhadap Perdana Menteri yang ‘controversial’ itu. Deepak berjanji akan mengeluarkan lagi banyak isu yang belum diketahui umum yang berkaitan dengan Najib suami isteri itu. Walau sebesar mana pun pawang dan dukun digunakan oleh Rosmah, isu terhadap mereka yang tinggal di Sri Perdana itu tetap datang bertalu-talu.

Nampaknya satu demi satu perkara yang disorokkan oleh pucuk pimpinan sejak tiga puluh tahun dahulu mula keluar dan ia memeranjatkan kepada setengah pihak. Tetapi tidak pula memeranjatkan kepada setengah pihak yang telah melihat dengan dekat perubahan nilai dalam UMNO dan kepimpinannya sejak dari masa itu.

Isu yang terakhir ialah berhubung dengan Suruhanjaya Pendatang Asing (RCI) Sabah yang telah di tubuhkan oleh kerajaan. Akhirnya Dr Mahathir mengakui yang beliau lah yang terlibat dan membenarkan pemberian kad pengenalan dan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah dahulu.

Dalam pada beliau mengakui kerja yang tidak baik itu, Mahathir cuba mencari tempat sandaran untuk meringankan perasaan bersalah beliau dengan membabitkan Tunku Abdul Rahman Putra yang pada kononnya telah memberikan sejuta orang Cina taraf kerakyatan semasa sebelum kita mencapai kemerdekaan dahulu.

Ternyata Mahathir ini semakin hari semakin kusut pemikirannya kerana tidak lagi dapat melihat isu ini dari perspektif yang betul. Sekarang baru kita sedar kenapa beliau (Mahathir) tidak menyokong penubuhan RCI ini kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap isu pendatang asing di Sabah dahulu.

Membabitkan nama Bapa Kemerdekaan negara oleh Dr Mahathir ini amat memalukan bagi kita yang mendengarnya. Jawapan beliau tidak melambangkan yang beliau seorang yang jujur. Memang benar lah pandangan setengah pihak, Mahathir ini tidak boleh berjalan dengan betul diatas jalan yang lurus.

Tunku Abdul Rahman telah memberikan kerakyatan kepada orang Cina dahulu kerana ia merupakan pra-syarat bagi negara mencari jalan untuk pencapaian kemerdekaan. Pemberian kerakyatan itu juga di berikan kepada kaum India yang datang dari India yang bekerja di ladang-ladang getah semasa kita dalam tadbiran penjajahan dahulu.

Bagaimana Dr Mahathir boleh tergamak membabitkan Tunku dalam hal ini dan menyamakan keadaan semasa itu dengan semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Menyamakan beliau dengan Tunku Abdul Rahman serupa lah menyamakan buah epal dengan buah sukun atau buah bacang. Pemberian kerakyatan kepada pendatang semasa itu adalah syarat yang telah di tetapkan oleh British bagi mencapai kemerdekaan untuk negara semasa itu. Setelah semua kaum bersatu maka Tunku dan rombongan untuk mencapai kemerdekaan itu terdiri dari rakyat Malaya yang berbilang kaum itu..

Pemberian kerakyatan itu adalah untuk membina sebuah negara baru yang merdeka. Di sebaliknya Dr Mahathir memberikan kerakyatan kepada pendatang asing di Sabah itu adalah untuk meruntuhkan negara. Kad pengenalan yang di berikan kepada pendatang asing di Sabah itu ialah untuk memenangkan parti kerajaan yang sudah lemah dan ia meruntuhkan sistem demokrasi negara ini.

Dr Mahathir tidak dapat membezakan diantara belacan dengan cencaluk. Apa pun, kenyataan Dr Mahathir itu membuktikan tuduhan banyak pihak yang Mahathir akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Ada di antara mereka yang berpengaruh dalam negara ini memberikan pendapat apa yang dilakukan oleh Dr Mahathir ini merupakan satu tindakan ‘treason’ yang amat serius. Mereka berpendapat Mahathir perlu di siasat tentang kesetiaannya terhadap negara ini.

Jelas sekarang Mahathir tidak boleh lari dari segala kesalahan beliau terhadap orang Sabah yang asal. Dengan pemberian kad-kad pengenalan kepada rakyat asing semata-mata kerana hendak menjaga kepentingan politik kepartian itu, sememangnya satu tindakan yang ‘treason’ yang sangat besar. Kita berharap RCI yang masih dalam peringkat penyiasatan itu, akan melaksanakan tugas dengan jujur dan baik untuk kepentingan Sabah khususnya dan negara amnya. Kita berharap Suruhanjaya itu akan membuat cadangan tindakan terhadap pelaku kesalahan ini tanpa memilih bulu.

Bagi saya , apa yang saya idamkan bersama dengan ramai yang lain ialah, sebuah negara demokrasi yang benar-benar jujur dan tidak menyelewengkan asas demokrasi itu secara sengaja semata-mata kerana kuasa. Rakyat mengharapkan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi dan cara untuk membina keyakinan rakyat kita.

Saya berharap Pakatan Rakyat akan mampu melakukan perubahan itu.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2013/01/rci-pendatang-haram-sabah-mahathir.html

Thursday, January 17, 2013

Isu IC - Jangan termakan spin Mahathir kepada Tunku... Beliaulah "PENGKHIANAT SEBENARNYA"


Cara Mahathir melepas jerat di leher. Katanya Tunku Abdul Rahman lebih teruk darinya dalam memberi IC kepada orang asinng. Begitulah cara Mahathir untuk menyapu najis di ponggeknya. Memanglah tujuan Tunku beri IC kerana ia adalah satu ketetapan atau syarat negara sebagai membalas budi kepada orang asing yang berada di Malaysia sebelum merdeka. 

Menerusi dasar apa dinamakan Jus soli Malay Union 1945 yang mahu semua orang asing yang berada dan hidup Tanah Melayu sebelum merdeka automatik mendapat IC. Ia adalah satu syarat atau anugerah kerajaan kepada orang asing. Pemberian itu bukan bertujuan politik seperti Mahathir lakukan di Sabah itu.

Mahathir jangan hendak samakan pemberian beliau dengan Tunku. Pemberian beliau yang dilakukan secara tektikal, secara menjual negara ternyata lebih buruk dari cara Tunku. Cara Tunku jelas dan tidak main sembunyi atau memproses pemberian itu di rumah Mahathir atau Aziz Shamsuddin.

Orang ramai jangan terperangkap dan termakan ludah Mahathir dalam hal ini. Mahathir dengan Tunku jauh bezanya dan jauh kemuliaan kepada negara. Sekarang sudah jelas lagi bersuluh bahawa pencemaran di dalam senarai SPR kotor dan jijik salah satunya ia dilakukan oleh Mahathir. Selamat, Tukar. Mso.

Wednesday, November 28, 2012

Kawan pun UMNO tikam..inikan pula rakyat biasa..!!

Umno sanggup tikam kawan, apatah lagi rakyat

KUALA LUMPUR: Kalau kawan sendiri pun para pemimpin Umno sanggup tikam, apa lagi rakyat biasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Sambil menyifatkan percubaan Tun Dr Mahathir Mohamad menghempas semua beban kesalahan ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai bukti sifat sebenar para pemimpin Umno yang suka menikam kawan untuk kepentingan sendiri, Mahfuz mengingatkan rakyat supaya bersedia dan sentiasa berjaga-jaga untuk menghadapi sifat jijik Umno itu.

"Kalau kawan sendiri pun ketua-ketua Umno sanggup tikam, rakyat tentulah mereka sanggup kerjakan hingga hancur berkecai," katanya.

Mahfuz menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku itu.

Dalam temubual dengan RTM menjelang Perhimpunan Agung Umno, Dr Mahathir menyalahkan pemimpin sebelum Najib sebagai orang yang merosakkan Umno.



Padahal semua bekas pemimpin Umno yang meninggalkan parti itu menyalah beliau (Dr Mahathir) sebagai punca segala masalah yang melanda Umno sekarang.

"Najib gunakan RTM untuk menemubual Dr Mahathir yang diketahui umum akan menyalahkan Pak Lah seorang sahaja atas semua perkara buruk yang berlaku ke atas Umno dan pemerintahan negara yang diterajui Umno.

"Semua orang boleh agak, kalau temubual Dr Mahathir dia akan belasah mangsa kegemarannya iaitu Pak Lah dan Najib gunakan apa yang diketahui umum itu untuk cuba mengelakkan dirinya dari dipersalahkan atas pelbagai kemelut yang melanda negara ini kini," kata Mahfuz.

Beliau berkata, Najib amat silap jika beliau menyangka rakyat tidak sakit hati dengan kegagalannya memerintah negara ini.

"Kalau Pak Lah hanya tahu mengumumkan koridor demi koridor, Najib pula hanya tahu sebut perkataan transformasi dan selepas itu tidak tahu apa-apa untuk memanfaatkan rakyat.

"Transformasi hanyalah gelembong kosong tanpa isi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Malah, kata Mahfuz, Najib menjadi lebih buruk di sisi rakyat apabila dilihat gunakan RTM untuk tikam kawan.

"Seperti yang didedahkan oleh seorang bekas wartawan kanan Utusan, semua orang tahu agenda media ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang diketuai Najib.

"Sebab itulah Najib dilihat memberi laluan supaya RTM boleh digunakan untuk tikam kawan sendiri demi menyelamatkan imejnya," kata Mahfuz.

Oleh kerana dalam temubual itu Dr Mahathir menyatakan keyakinannya Umno akan menang besar jika tidak berlaku cah keting, Mahfuz menyifatkan Dr Mahathirlah contoh agung perbuatan cah keting dalam Umno.

"Politik tikam kawan yang menjadi amalan Dr Mahathir seperti yang ditunjukkan dalam temubual itu menjadikan beliau sebagai contoh agung dan model utama perbuatan cah keting yang akan jadi ikutan dan amalan ahli-ahli Umno terutama menjelang pilihan raya umum ini," kata beliau.

Saturday, November 24, 2012

Inilah dia manusia yang layak di gelar "BAPA BATU API NEGARA"

Mahathir Layak Dinobatkan Batu Ronson Negara
Oleh Shahbudin Husin

Komen terbaru Mahathir mengenai siapa yang layak menjadi PM jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya akan datang mengesahkan lagi kedudukan Mahathir sebagai batu api dalam politik negara atau "batu ronson" dalam istilah orang kebanyakan. Beliau nampaknya bekerja siang malam memikirkan bagaimana untuk melaga-lagakan penyokong Pas, PKR dan DAP serta rakyat seluruhnya sebelum Najib membubarkan Parlimen.

Hari ini bekas PM itu berkata, Haji Hadi lebih layak menjadi PM berbanding Anwar jika PR menang pilihanraya akan datang kerana menurutnya Presiden Pas itu tiada bebanan sejarah berbanding Anwar.

Sehari sebelum itu, dalam isu yang sama beliau berkata, PR sepatutnya memilih Karpal Singh menjadi PM jika pakatan pembangkang itu memenangi piliharaya kerana katanya, Pengerusi DAP itu sudah lama berjuang dan sudah sewajarnya diberikan jawatan itu.

Hanya dalam dua hari, pandangannya tidak konsisten. Kalau esok ada yang bertanya lagi tentang isu yang sama, mungkin jawapannya berbeza lagi. Mungkin Mahfuz, Mat Sabu atau Lim Guan Eng pula yang disebutnya lebih layak menjadi PM.

Dengan menyebut dua nama berbeza yang layak untuk menjadi PM mewakili pembangkang, selain Anwar yang sudah dipersetujui secara konsensus oleh PR, ini secara jelas menggambarkan Mahathir juga seperti majoriti rakyat lain tidak lagi menaruh harapan PM akan datang datangnya daripada UMNO.


Dalam masa yang sama juga, meskipun Mahathir diketahui mahukan UMNO menang pilihanraya akan datang ini, tetapi beliau tidak pula pernah menyebut Najib perlu terus dikekalkan sebagai PM.

Walaupun difahami bahawa tujuan Mahathir menyebut Karpal dan Haji Hadi sebagai bakal PM berbanding Anwar bagi mewakili PR adalah bertujuan menyakitkan hati Anwar serta melaga-lagakan penyokong pembangkang serta menimbulkan kesangsian kepada pengundi atas pagar terhadap PR, hakikatnya isu ini difahami dengan jelas oleh sesiapa juga yang berakal waras.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Setiausaha Agung Pas, Mustapha Ali bahawa isu Haji Hadi sebagai bakal PM hanyalah saranan perwakilan Pas saja dan bukannya usul, maka ianya tidak perlu dijadikan bahan lagaan yang berlebih-lebihan.

Dalam perhimpunan UMNO juga, bermacam-macam saranan, gesaan dan pandangan pernah dilahirkan mengenai pemimpin yang patut diberikan jawatan, dinaikkan pangkat dan digugurkan tetapi akhirnya semua memahami ianya hanyalah saranan seronok perwakilan ketika berpeluang mendapat mikrofon saja.

Dalam PR, walaupun Anwar diketahui dan sudah dipersetujui sebagai bakal PM jika PR memenangi pilihanraya, namun sebenarnya apa yang rakyat mahukan juga ialah perubahan. Anwar atau sesiapa saja hanyalah alat, yang penting perubahan mesti berlaku.

Dengan menyebut nama selain daripada Anwar, Mahathir juga menyerlahkan kebimbangannya jika bekas timbalannya itu akhirnya berjaya juga menjadi PM suatu hari nanti.

Setelah memecat dan memenjarakan Anwar, Mahathir mungkin merasakan beliau dapat bersara dengan aman apabila mengumumkan perletakan jawatan pada 2003 lalu. Apa yang berlaku selepas itu di mana Anwar dibebaskan, beliau bermusuh dengan Pak Lah, BN hilang majoriti dua pertiga dan kebangkitan rakyat makin membara, jelas merupakan sesuatu yang diluar jangkaan Mahathir sendiri.

Hari ini dengan kedudukan BN makin goyah manakala rakyat pula semakin dahagakan perubahan, Mahathir terpaksa memilih untuk menjadi "batu ronson". Bukan saja komennya mengenai bakal PM daripada PR ini yang bertujuan melaga dan menghasut rakyat tetapi jika diimbas kembali kebanyakan komen serta pandangannya dalam banyak perkara sebelum ini pun adalah bertujuan menimbulkan kesangsian serta curiga antara satu sama lain.

Beliau sering melaga-lagakan Islam sesama Islam, Islam dengan bukan Islam, Melayu dengan bukan Melayu dan sebagainya lagi. Pelbagai logik dan helah akal digunakan untuk mewajarkan apa yang dikatakannya.

Perbuatannya melaga-lagakan Pas dengan DAP, Pas dengan PKR dan PKR dengan DAP, lagilah tak terhitung banyaknya.

Sebagai bekas PM yang masih ada ada pengaruh, beliau tahu pandangannya tetap akan diterima oleh kelompok-kelompok tertentu dan "batu ronsonnya" akan tetap memercikkan api. Cuma sebesar mana percikan api yang mampu dinyalakannya yang menjadi persoalan.

Ketika memempgang jawatan PM juga, Mahathir terkenal dengan amalan laga-melaga dan pecah perintah dalan politik hariannya. Di awal menjadi PM, beliau melaga-lagakan Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh. Kedua-duanya akhirnya berebut pengaruh dan jawatan, tetapi hasilnya Mahathir tetap kekal sebagai PM.

Selepas itu, beliau melaga-lagakan pula Tun Ghafar dengan Anwar dengan memberi komen seolah-olah Tun Ghafar tidak diperlukan lagi apabila kebangkitan Anwar pada 1993 tidak mampu ditahannya. Tun Ghafar merajuk dan berkecil hati ketika itu dan sumbangannya terhadap Mahathir dan UMNO selepas pertandingan 1987 bagai tidak dihargai.

Di zaman Pak Lah pula, Mahathir melaga-lagakan ahli UMNO supaya menolak kepimpinan Pak Lah yang tidak disukainya. Beliau berhujah bahawa kemenangan terlalu cemerlang pada 2004 adalah tidak baik bagi rakyat kerana tiada "check and balance". Disebabkan ahli UMNO terpedaya dan rakyat termakan hasutannya, selepas pilihanraya 2008 Pak Lah tersingkir akhirnya.

Menjadi "batu ronson" nampaknya sudah sebati dengan Mahathir sejak dulu lagi.

Kini dengan PR semakin hampir menawan Putrajaya, Mahathir terus tiada hentinya menjadi "batu ronson" dan melaga-lagakan rakyat supaya PR gagal berkuasa dan Anwar tidak menjadi PM.

Selalunya orang yang suka menjadi "batu ronson" ini mengharapkan sesuatu habuan daripada perbuatannya itu, mungkin dalam bentuk wang ringgit, makan minum percuma, anugerah jawatan, pangkat dan sebagainya. Dalam masyarakat seharian, watak "batu ronson" ini ada di mana-mana dan boleh ditemui di mana saja.

Jika "batu ronson" tahap pencacai, habuan yang menunggu hanyalah sekadar makan percuma, wang ringgit dan seumpamanya tetapi "batu ronson" tahap nasional ini tentulah habuannya lebih berganda.

Dengan UMNO dan BN terus kekal berkuasa, habuan yang mennunggu Mahathir ialah legasi beliau akan terus kekal dan kepentingan anak-anak serta keluarganya dalam politik dan perniagaan yang bernilai berbilion ringgit juga akan kekal sama.

Itulah yang dipertahakan Mahathir dan ini memungkinkan beliau akan menjadi "batu ronson" sampai ke akhir hayatnya.

Sunday, November 11, 2012

Siapa Lebih Melampau Nurul Izzah Atau Mahathir?

oleh Mohd Sayuti Omar,

Itulah Mahathir Mohamad kalau sudah usang dan kehebatan sudah semakin menipis, dia terpaksa bercakap atas apa juga isu untuk menarik perhatian media PB. Mahathir samalah dengan seekor serigala tua yang sudah tidak dapat memburu, akan memakan apa saja yang terjatuh di depannya. Kalau lipas mati terjatuh didepannya dingap, kalau bangkai biawak di tohok di depannya, pun dingap. Baginya asal boleh bercakap dan boleh makan.
 
Sebagai seorang yang sudah tua, tidak banyak kudrat dan populariti sudah menipis, maka dia akan berbuat apa saja yang terlintas di dalam kepadanya termasuk memberi ulasan atas perkara yang tidak dalam bidangnya, ataupun dia faham benar apa dibicarakan.  Sebab itulah pandangan Mahathir terhadap agama ada kalanya songsang.

Memalukan apabila dia sendiri berbuat salah, tiba-tiba tumpang semangkuk dua untuk mengecam orang lain.

Itulah Mahathir. Sepatutnya dia tidak ikut memberi komen ke atas Nurul Izzah dengan mengatakan Naib Presiden PKR itu sudah melampau apabila memberi pandangan umum berhubung kebebasan beragama. 

Apakah Mahathir sengaja membodohkan dirinya dalam mentafsir apa yang Nurul Izzah katakan kerana politik semata-mata? Tidak pernahkah Mahathir membaca firman Tuhan itu? Kalau Mahathir seorang bapak politik yang baik di negara ini dia tidak akan mengulas dalam farsa demikian, tetapi menasihat puteri reformasi itu. Beliau tidak akan menambahkan kekeliruan tetapi menghentikan kekeliruan. Itulah sifat mualim.
Dia boleh kata Nurul Izzah harus berhati-hati jangan sampai terkeluar ulasan dan pandangan yang mengelirukan wartawan yang jahil mengenai agama Islam, kerana bila orang jahil mengulas dan didengari pula si jahil lagi maka jahil akan berganda-ganda. Sepatutnya selaku orang tua yang sudah dipersarakan Mahathir mendapat maklumat terperinci sebelum mengutuk Nurul Izzah sebagai melampau. Nurul Izzah tidak wajar dijadikan musuhnya sebaliknya perlu dilayan sebagai anak atau cucu.

Mahathir sepatutnya menjadi ikon semua orang. Dia tidak sepatutnya menjadi penjaga garisan dalam politik negara ini lagi. Mental dan fizikalnya sudah tidak membenarkan. Mahathir jangan cuba-cuba melawan takdir. Dia boleh menonton politik ini menerusi tv di rumahnya dan boleh mengulas di depan tv tanpa didengari oleh orang lain. Di situ katalah apa pun ia tidak merosakan pandangan orang lain sebab orang tidak mendengarnya. Politik Malaysia ini lepaslah kepada budak-budak, berikan kesempatan untuk mereka belajar, memperkuatkan minda politik kerana negara ini akhirnya akan jatuh ke tangan mereka juga.

Enak Mahathir mengatakan Nurul Izzah melampau dengan pandangan itu. Orang yang tidak mudah lupa akan mentertawakan Mahathir ha ha ha... Boleh kita tanya apakah Mahathir tidak merasakan demikian dengan kata-katanya sebelum ini yang berbunyi; kita lebih baik berkawan dengan syaitan dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali? Apakah kata-kata itu tidak melampau dan boleh menjejaskan akidah? Rasanya kata-kata itu menjadikan Mahathir seperti dulang mengatakan paku yang serpih.

Oh, kalau Mahathir mudah... ditafsirkan bahawa Mahathir bermaksud lain, bukan seperti mana difahamkan itu. Dan mudah saja mengatakan pembangkang berniat jahat. Apakah mengenai Nurul Izzah itu tidak bermnaksud demikian? Kenapa harus spin kata-kata Nurul Izzah itu?

Sebenarnya kata-kata Mahathir dari farsa yang difahamkan itu juga melampau dan membimbangkan. Ia boleh mengelirukan dan boleh menyebabkan orang akan menganggap berkawan dengan syaitan tidak menjadi masalah. Orang akan beranggapan berdasarkan kata-kata Mahathir itu bahawa syaitan sebenarnya ada juga yang baik. Oh Mahathir....harus bertaubat atas kesilapan itu.

Jadi secara peribadi saya tidak menerima kutukan Mahathir kepada Nurul Izzah itu selagi beliau tidak mengutuk dirinya sendiri dengan apa yang beliau katakan itu. Kemelampauan Nurul Izzah dalam konteks  agama bukan sebanyak dan sedahsyat Mahathir. Izzah hanya melakukan sekali kesilapan (kalau ia memang silap dan niatnya begitu), tetapi Mahathir sudah banyak kali. Dah banyak dah...

Kata-kata dan pandangan Mahathir terhadap agama Islam banyak yang meragukan dan ada yang sehingga boleh menjatuhkan sesat dan rosak pegangan (akidah). Misalnya tanggapan beliau Nabi Muhammad s.a.w. simpan janggut disebabkan tidak ada gillatte adalah satu tanggapan yang menghina sunah Rasulullah. Tahulah sendiri apakah hukum dan bahananya orang menghina Rusulullah.Saya ingin sangat Mahathir mengulangi ayat-ayat itu di Iran, Syaria, Pakistan, Afghanistan dan Madinah.

Mahathir juga pernah mempersendakan hukum hudud, cuba menolak hukum hudud dengan mengatakan ia adalah hukum hudud Pas. Ironisnya beliau sendiri tidak pernah membentangkan, usahkan anekmen hukum hudud, deraf hukum hudud pun tidak. Tidak mahu menerima hudud mungkin boleh dimaafkan atas maslahat agama, tetapi menolak dan mempersendakan hudud satu yang berat dari sisi agama, berdosa dan celaka.

Hasil ajaran dan didikan Mahathir mengenai hudud maka lahirnya seorang murid mutabar yang menolak hudud bernama Chua Soi Lek. Itulah hasil dan kesannya dari perbuatan lisan Mahathir. Soi Lek tidak akan berani mempertikaikan hudud kalau Mahathir bukan gurunya. Chua Soi Lek akan mempertahankan dirinya dengan bersandarkan kepada Mahathir. Sebab itu pemimpin Umno tidak menghentam Soi Lek bila Cina itu menghina hudud sebab, pemimpin Umno tidak mahu memalukan Mahathir. Hentam Soi Lek bermakna memansuhkan pandangan Mahathir mengenai hudud. Woww...

Mahathir cukuplah dengan apa yang sudah anda lakukan selama 22 tahun lalu. Negara ini banyak rosak kerana anda dan orang Melayu hidup bercemperaian ini pun adalah kerana anda juga. Apakah anda akan berhenti selepas Umno hancur dan tidak akan menjadi penguasa lagi? Nampaknya Mahathir akan berkubur bersama Umno Baru yang diilhamkan. Mat, Mat mana lagi kalau bukan Mat Maslan, sihatkah, katanya saham Felda terus merudum. Betulkah?  [wm.kl.8:26 am 12/11/12]

Thursday, October 18, 2012

Mahathir berak tengah jalan tapi tak mengaku..!!!

Orang Berak Tengah Jalan Tidak Akan Mengaku...

Mahathir Mohamad sangat percaya beliau seorang yang perfect dan bijak. Kebijaksanaannya mengatasi daripada semua orang bijak di negara ini. Dia juga seorang yang bukan mudah mengaku dan insaf dengan apa-apa kesilapan yang dilakukan. Hampir tidak ada langsung pengakuan terbuka daripada Mahathir apa-apa kesilapan yang beliau lakukan dalam tempoh 22 tahun menjadi perdana menteri walaupun ada yang jelas kesalahannya.
Mahathir, licit.
Mengenai perpecahan Melayu yang berlaku serang ini, dunia sudah menerima bahawa puncanya disebabkan oleh politik diktator beliau. Kerana sikap dan ketamakan kuasanya menyebabkan berlaku perpecahan di dalam masyarakat Melayu. Tetapi beliau tidak pernah mengakuinya dan tetap mahu menunding jari kepada pihak lain.

Kalau beliau menuduh Anwar Ibrahim sebagai licit dan bijak mempengaruhi rakyat bagi melindungkan perbuatan rendah moralnya (seperti mana kata Mahathir), maka beliau juga begitu tidak lebih dan tidak kurang dengan Anwar. Mahathir juga ada tektik atau cara tersendiri untuk menghilangkan keraguan rakyat ke atas apa-apa perbuatan jahat dan buruknya.

Salah satu tektik digunakan Mahathir ialah dia akan mengaku secara sinis apa-apa tuduhan ke atasnya. Misalnya kalau ada orang mengatakan pemimpinnya lemah, beliau akan menjawab dengan mengakui; iya pimpinan saya lemah, awak yang kuat. Kalau orang menuduh dia korupsi, merompak harta rakyat, dia akan menjawab; ia saya memang korupsi.

Dengan menjawab secara sinis begitu menyebabkan beliau terlepas dari tuduhan itu. Jawaban sebegitu juga menjadikan orang akan lebih simpati kepadanya. Walhal jawaban merupakan pengakuan itu sesuatu yang benar dilakukannya. Inilah kelicitan Mahathir yang jarang diketahui atau disedari umum.

Mahathit tidak akan mengaku kesalahan dan kesilapan dilakukannya. Perangai ini samalah dengan seseorang yang berak di tengah jalan, dia tidak akan mengaku. Seboleh-boleh dia tetap akan mempertahankan dirinya dan akan cuba mencari helah lain bagi tidak menampakkan dirinya yang buat jahat. Hatta kalau tahi 'berporah' di duburnya dia masih mengelak dengan berbagai helan dan alasan. Dia tetap akan mencari kambing hitam untuk melepaskan diri.

Misalnya tuduhan berupa kajian kenapa orang Melayu kini berpecah menjadi kepada tiga firkah, Umno, PKR dan Pas, puncan besarnya ialah terletak ditangan Mahathir. Dia kena bertanggungjawab ke atas perpecahan ini. Apakah Mahathir sedar atau tidak, sehinggakan beliau boleh menolak situasi ini, begitu saja? Mahathir tidak mudah lupa sebab dia bukan Melayu?

Bila berhadapan dengan masalah ini Mahathir tidak akan mengakuinya dan akan menolak serta mencari sebab-sebab lain bagi tidak menampakkan dia bersalah. Menurutnya perpecahan di kalangan orang Melayu bukan baru tetapi ia berlaku sejak lama dulu. Orang bertanggungjawab memecahkan orang Melayu menurut otak Mahathir ialah Onn Jaafar kerana Onn Jaafar keluar dari Umno dan menubuh parti baru.

Begitu juga dengan apa dilakukan Tengku Razaleigh Hamzah, beliau menyifatkan perpecahan kedua disebabkan Tengku Razaleigh yang menubuhkan parti Semangat 46. Perpecahan itu terbawa pula kepada Anwar Ibrahim yang menubuhkan Parti Keadilan Nasional (Keadilan). Nama-nama disebut Mahathir dan peristiwa itu untuk menunjukkan perpecahan Melayu bukan baru dan bukan disebabkan olehnya.

Mahathir boleh bergendang dengan sejarah itu, meralatkan dirinya dengan mengungkitkan peristiwa pada tahun sebelum merdeka, apa dilakukan Onn Jaaafar, tetapi apakah beliau boleh menari seiri9ng dengan gendang itu kerana kepincangan dan kesumbangannya jelas. Apa-apa petaka yang berlaku selepas separuh tempoh pasca merdeka beliau kena bertanggungjawab?

Perpecahan tahun 1987 hingga tertubuh Semangat 46, adalah kerana Mahathir. Begitu juga dengan perpecahan tahgun 1998 sehingga tertubuhnya Keadilan kerana Mahathir.

Kecuali perpecahan orang Melayu sehingga tertubuhnya Pas, Mahathir tidak boleh dipertanggungjawabkan, tetapi dua perpecahan kemudian adalah atas tanggungjawab Mahathir. Kalau beliau ingin mengatakan Onn Jaaffar sebagai "bapa perpecahan" beliau harus menerima gelaran bapa dan ibu perpecahan, kerana dua kali orang Melayu semasa pentadirannya berpecah.

Jika dilihat kepada luruh perpecahan itu Mahathir seakan sengaja mahu melakukannya kerana kepentingan diri dan kekuasaanya. Beliau sanggup mengambil jalan ganjil dan anih untuk mengekalkan kekuasaanya. Dalam kes ini beliau benar-benar menjadi diktator politik terhadap orang Melayu.

Parti Semangat 46 tidak akan tertubuh kalau bukan disebabkan pengaruh Tengku Razaleigh sama hebat dengannya, dan beliau hampir-hampir kalah ditangan Tengku Razaleigh. Kekalahan itu menyebabkan beliau menjadi berang dan dendam. Cara bijak tetapi jahat dilakukan ialah dengan 'mengharamkan' Umno dan menubuh Umno Baru.

Sekali lagi Mahathir akan mengelik dengan berselindung disebalik mahkamah terhadap pengharaman Umno ini. Sebenarnya sebagai presiden dan PM beliau boleh menyelamatkan Umno dari tidak diharamkan. Tetapi kerana itulah idea yang lahir untuk memastikan beliau terus kekal, maka rumah (Umno) terpaksa dibakar dan menubuh rumah baru (Umno Baru). Apakah perbuatan ini tidak boleh dinamakan jahat?

Demikian juga dengan penubuhan PKR kini disebabkan kezaliman Mahathir terhadap Anwar. Ketakutan yang menghantu-jemalangkan Mahathir menyebabkan beliau mengambil jalan songsang membunuh anaknya sendiri. Tidakkah Anwar masuk Umno menerusi pintu rumah Mahathir? Tidak perlu dipersoalkan apakah anak itu (Anwar) bersifat dan berperanan sebagai Musa dengan Firaun, tetapi yang jelasnya Mahathir tidak menyelesaikan pertikaikan beliau dengan Anwar secara baik sehingga berlaku perpecahan Melayu.

Dari dua peristiwa itu sekiranya Mahathir bersikap tawaduk, mungkin Melayu (Umno) tidak akan berpecah. Tetapi kerana Mahathir rakus dan tamakkan kuasa maka berlakulah apa yang berlaku. Natijah besar daripada hasil tindakan diktator politik Mahathir itu menyebabkan Umno hari ini keadaanya seperti telor di hujung tanduk menyebabkan nafas BN di hujung pedang! Umno kehilangan majoriti dua pertiga di parlimen. Umno jadi terus menirus dengan perpecahan demi perpecahan yang dicipta Mahathir yang tujuannya bukan menguatkan Melayu tetapi memberaikan Melayu kerana beliau mahu memastikan kuasanya kekal.

Sudah lama saya mengatakan Mahathir bukan seorang pemimpin yang bersifat dan berperanan sebagai biduk yang akan menakutkan kimbang-kimbang di tasik, tetapi dia adalah galah panjang yang menyocok hati orang Melayu terutamanya Pas supaya terus berpecah dan bergasak dengan Umno. Mahathir tidak mampu menafikan kejelekkan ini kerana semua yang beliau lakukan dikaji, dianalisa kemudian dirumuskan... dari masa ke semasa dari generasi ke generasi. Kewangian Mahathir tetap juga akan 'dawas'. [wm.kl.22 am 19/10/2012]
 
Mohd Sayuti Omar, 
http://msomelayu.blogspot.com/2012/10/orang-berak-tengah-jalan-tidak-akan.html

Tuesday, September 25, 2012

TUN merepek lagi..!!!

repekan sahibussamangkuk!!!!!

berita : Malaysiakini
Membaca laporan berita seperti di sebelah, aku hanya boleh kelaskan ungkapan2 yg dikeluarkan lebih kepada bersifat repekan seseorang yg kemungkinannya merasakan dia tidak akan kembali bertemu Khaliq nya....
Sejak dari dulu lagi, manusia inilah paling lantang, paling kuat dan paling terkehadapan dalam membantah perlaksanaan hukum Hudud di bumi Malaysia ni dengan hanya berpandukan kepada satu-satunya hujjah nya iaitu 'keadilan'...........
Yang aku amat hairankan pulak, ke mana perginya puak2 yg mendabik dada pandai agama dalam umno sehingga meletakkan gelaran depa sebagai 'Ulama Muda'??? Kalau tak salah pada ingatan aku, puak2 ulama muda ni pernah menziarahi orang tua itu selepas daripada kenyataan yg dikeluarkannya dalam satu majlis di sebuah universiti yg dipetik sebagai berkata Hudud itu hanyalah ciptaan ahli fekah dan tidak ada dalam al Quran............
hangpa boleh lawat entri aku di sini utk clear view : Hukum Hudud hanyalah ciptaan ahli2 feqah
Entah mcm mana lagi lah nk bagi paham sesetengah manusia yg dari jenis ini.....dan entah hujjah atau bukti yg macam mana lagi yg depa nak.....aku pun tak paham!!!!!!
Dan masa puak2 ILMU yg pi ziarah TDM itu hari, apa yg depa tanya dan cerita kat dia pun kita tak tau!!!! entah pi bagi nasihat ataupun dinasihatkan!!!!
Dalam artikel berita di atas, paling menarik kata2 TDM iaitu seperti screen shot di bawah :
"Tambahnya lagi, golongan berkenaan juga tidak mengambil kira hakikat bahawa komuniti Islam wujud bersama dengan komuniti bukan Islam"

Dengan ayat seperti di atas, timbul persoalan di kepala hotak aku ni iaitu adakah Allah itu jahil pada pandangan TDM ni??? adakah Allah tidak tahu bahawa ummat Islam akan wujud di celah2 atau bersama komuniti bukan Islam hinggakan Allah menurunkan hukum2 yg tidak sesuai untuk dilaksanakan sama sekali??? dan adakah Allah jugak tidak bersifat dengan Maha Adil??? atau bagaimanakah Allah itu pada pandangan TDM ni?????????
katanya lagi :
"Saya dapati kita kurang mempercayai perkara yang yang terkandung dalam Quran tetapi lebih (percaya) apa yang diajarkan kepada kita dalam sunnah dan hadis - yang sebenarnya tidak wajib."

SubhanAllah, masyaAllah......adakah ini juga mengisyaratkan kepada kita bahwa TDM ni menolak Hadis sebagai satu sumber hukum dan sebagai contoh dan pelengkap atau praktis dari isi al Quran??? jika begitu, PENGHINAAN APAKAH INI yang dibuat oleh TDM kepada junjungan besar Nabi Muhammad??? disebalik kita memarahi musuh2 Islam menghina Rasulullah, adakah perkataan TDM ini tidak bersifat menghina Rasulullah yang menjadi utusan Allah, yang maksum, sebagai petunjuk, contoh dan tauladan kepada ummat manusia??? Adakah Rasulullah suruh kita melebihkan sunnah berbanding al Quran??? malah Allah telah berpesan dalam surah al A'raf, ayat 158 yg bermaksud
"Katakanlah (Wahai Muhammad) : wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tiada Ilah (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan yang mematikan; maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat petunjuk"
manakala dalam surah al Fatihah yg kita wajib baca setiap hari 17 kali, dalam ayat 5-7 yang bermaksud :
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, yaitu jalan orang-orang yang Engkau anugrahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"
jalan lurus yg mana wahai TDM??? kalau dah hang tak mau pakai hadis dan sunnah......hang tunjuk mai jalan yg hang rasa lurus???
firman Allah dalam surah an Nahl, ayat 44 yang bermaksud :
"Dan Kami turunkan kepadamu (Muhammad) al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka"
petikan dari Mifthul Jannah fii al-Ihtijaj bi as-Sunnah oleh al-Hafizh al-Imam as-Suyuthi, menyebutkan :
riwayat dari Makhul, ia berkata : "al Qur'an lebih memerlukan asSunnah daripada asSunnah memerlukan al Qur'an" - diriwayatkan oleh Said bin Mansur.
riwayat dari Yahya bin Abu Katsir, ia berkata : "asSunnah memutuskan (menetapkan) al-Qur'an dan tidaklah al Qur'an memutuskan (menetapkan) asSunnah" - diriwayatkan oleh ad-Darimi dan Said bin Manshur.
al-Baihaqi berkata : "Maksud dari ungkapan di atas, bahwa kedudukan asSunnah terhadap al Qur'an adalah sebagai yang menerangkan sesuatu yang datang dari Allah, sebagaimana firman Allah"

kalau nk dikarangkan, sampai 3 hari 3 malam pun tak abis cerita pertautan antara asSunnah dan al Qur'an ni....aku pun bukannya reti sangat nk dok explain bab2 ni sbb takdak ilmu pun.....takat mana yg aku reti saja.....tapi pun, tak berani aku sampai nak membuat perbandingan antara al Qur'an dan asSunnah, mana yg lebih perlu diikuti sedangkan sejak aku kenai Islam, tok2 guru dan para ustaz ustazah ajaq aku bahawa Sunnah pelengkap kepada al Qur'an.......... kalau tak ada Sunnah, nk makan pun tak reti macam mana!!!! 
jom kita perati AMARAN Allah dalam surah Qaaf, ayat 45 yang bermaksud :
"Kami (Allah) lebih mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya masing-masing beriman); oleh itu, berilah peringatan dengan al Quran ini kepada orang yang takutkan janji azabKu"
 

Alahai TUN M..hang yang kawan dengan SOROS lepas tu dok kenen orang lain..!!!

oleh Steven Gan

Dr M minta bantuan Soros dalam projek keamanan

EKSKLUSIF "Saya gembira bahawa pendapat anda tentang saya telah berubah," tulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sepucuk surat peribadi kepada spekulator matawang George Soros enam tahun lalu - 11 bulan sebelum beliau bertemu jutawan itu buat kali pertama.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir merujuk kepada temubual New Straits Times dengan Soros pada 7 Januari 2006 apabila dermawan itu yang melawat Jakarta untuk menghadiri mesyuarat antara agama, di mana beliau berkata dia bersetuju dengan langkah-langkah yang diambil oleh perdana menteri Malaysia untuk menangani krisis kewangan serantau pada 1997-98.

Empat hari kemudiannya, Dr Mahathir menulis surat tiga halaman kepada Soros, menggesa spekulator matawang itu menyertai beliau dalam projek Forum Keamanan Global, yang berusaha untuk menjenayahkan perang dan mengharamkannya sebagai pilihan untuk menyelesaikan konflik antarabangsa.


Dalam surat 11 Januari 2006 itu, Dr Mahathir berkata beliau menulis menjemput Soros untuk memberi sokongan kepada usaha tersebut bagi mencapai muktamad hak asasi manusia - hak kepada kehidupan.

Kedua-duanya yang berusia 80-an - Mahathir 87, Soros, 82 - terbabit dalam perang mulut sewaktu krisis kewangan Asia, dengan Dr Mahathir memanggil Soros "dungu" dan menyalahkannya mencetuskan kekalutan tersebut, manakala Soros pula membalas dengan menyifatkan perdana menteri Malaysia itu sebagai "ancaman kepada negaranya".

NONE
Surat pada tahun 2006 itu, di mana Malaysiakini mempunyai satu salinannya, menunjukkan bahawa Mahathir yang mula-mula menghulurkan tangan kepada Soros.

Nampaknya, Mahathir telah tertarik dengan pandangan Soros mengenai perang di Iraq, yang mana Soros telah membiayai kempen menentang usaha Presiden Amerika Syarikat ketika itu, George W Bush untuk dipilih semula pada 2004.

"Apa juga yang mungkin menjadi perbezaan antara kita, kita nampaknya mempunyai pandangan yang sama mengenai perang, iaitu tentang pembunuhan manusia dalam mengejar agenda nasional," kata Mahathir.

Monday, September 24, 2012

Nah ambik sebijik.. dok kalut tuduh orang terima dana Soros last anak dalam rumah sendiri yang mengaku dah terima dah..!!

Selain NGO pro demokrasi, Majlis AIDS Malaysia akui terima dana Soros


Soros juga dikatakan membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia yang
 pernah diketuai oleh Datuk Paduka Marina Mahathir. — Gambar Reuters 
KUALA LUMPUR, 25 Sept — Spekulator mata wang, George Soros bukan sahaja mendanai kumpulan pro-demokrasi di Malaysia, tetapi juga telah membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia (MAC) yang pernah diketuai oleh anak perempuan pengkritik utamanya di Malaysia, Datuk Paduka Marina Mahathir.
Warganegara Amerika Syarikat (AS) itu mendapat perhatian akhir-akhir ini selepas akhbar arus perdana dan stesen televisyen mesra kerajaan berkata Open Society Institute (OSI) telah mendanai badan bukan kerajaan (NGO) pro-demokrasi untuk menjejaskan kestabilan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Datuk Seri Najib Razak.

Media Malaysia tidak memberikan apa-apa bukti usaha untuk ketidakstabilan.

Ketua pengkritik Soros adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pernah memanggil hartawan Amerika itu “dungu” apabila spekulasi matawang Soros dikatakan telah membawa turun ringgit Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia pada 1997/98.

Wakil MAC dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider membuat pengakuan selain dana daripada OSI, mereka juga menerima dana daripada Global Fund (GFATM) yang terlibat dalam program kesedaran anti-AIDS, TB dan malaria.

“Ya, MAC juga menerima dana asing dan ia digunakan untuk program kesedaran seperti kempen kesedaran isu tentang AIDS dan HIV serta program-program lain,” kata wakil MAC yang enggan namanya dikenali kepada The Malaysian Insider.

Oraganisasi tersebut memberitahu tahun lepas mereka menerima dana sebanyak US$75 ribu (RM230 ribu) bagi menampung program dan kempen mereka dalam memberi kesedaran tentang AIDS dan HIV.

Minggu lalu, pertikaian dana asing kepada NGO di Malaysia menjadi isu yang hangat dimainkan oleh media arus perdana yang dikawal oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Mereka menuduh pembiayaan sedemikian bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan dan pemimpin Malaysia.

Antara NGO yang menjadi sasaran ialah seperti SUARAM, Seacem dan media alternatif, Malaysiakini yang didakwa oleh kerajaan dan agensi-agensinya sebagai cuba mencetuskan ketakstabilan politik negara.

SUARAM baru-baru ini dipantau secara dekat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mendakwa bahawa badan hak asasi manusia tersebut memiliki  “akaun yang mengelirukan”.

NGO hak asasi manusia itu telah secara aktif mengikuti skandal Scorpene di mahkamah Perancis, berazam untuk mendedahkan dakwaan rasuah kerajaan dalam pembelian kapal selam berbilion ringgit pada tahun 2009 dan mungkin membuka semula kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibuu, yang dikatakan ada kaitan dengan perjanjian itu.

Malahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan dua hari lalu mendakwa spekulator mata wang, Soros cuba merampas kuasa politik daripada kerajaan BN dengan melantik perdana menteri pilihannya di Malaysia.

“Bagaimana ia boleh menjadi satu perkara yang baik? Dia mahu mengawal politik kita,” kata Dr Mahathir kepada pemberita Ahad lalu.