Saturday, February 23, 2013
Abdul Hadi dakwa kerajaan Pakatan bebas rasuah
Saturday, February 16, 2013
BN hidu ‘ajal’ mereka: Kroni dapat projek lebih RM20 bilion
Monday, January 7, 2013
Hari tu bukan main heboh kata EXCO KEDAH RASUAH..tetapi yang SPRM tahan ialah kontraktor..!!
Friday, December 28, 2012
Ini baru jadi KETUA UMNO CAWANGAN & AHLI MAJLIS.. dah kantoi RASUAH...macamana pulak yang atas-atas lagi nuu..???
28 Disember 2012
Ketua Umno Pandan, Abd Ghani Ismail
Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu setelah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap Abd Ghani.
Beliau juga mengarahkan hukuman penjara sembilan tahun dan dua bulan terhadap Abd Ghani sekiranya dia gagal membayar denda RM977,560.
Abd Ghani, 46, yang ketika kejadian adalah seorang ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merangkap Ahli Jawatankuasa Tender MPAJ, didapati bersalah atas tuduhan memperoleh satu suapan daripada seorang kontraktor Abdul Rahman Yaacob sebanyak RM24,189.
Abdul Rahman telah pun meninggal dunia.
Ia sebagai balasan menolong Abdul Rahman mendapatkan Tender Zon SP 23 iaitu kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Maju dan Taman Kencana serta Tender Zon PB 16 iaitu kerja pembersihan kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.
Kesalahan itu dilakukan olehnya di Restoran Islah Tomyam, Jalan 5/76B, Desa Pandan disini, pada 9 malam 4 Ogos 2006.
Lelaki itu juga bersalah atas lapan lagi tuduhan menerima rasuah antara RM10,189 hingga RM24,189 yang kesemuanya melibatkan RM169,323 daripada Abdul Rahman.
Suapan itu diberikan oleh Abdul Rahman kepadanya di hadapan Blok E 15, Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini antara 20 Oktober 2006 hingga 31 Mac 2007.
Bagi pertuduhan ke-10, Abd Ghani turut bersalah memperoleh suapan bagi dirinya iaitu pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada syarikat Dwisakti Mewah Sdn Bhd yang mana dia mempunyai kepentingan dalam syarikat Lembah Rimbun.
Suapan tersebut diberikan sebagai upah menolong syarikat Dwisakti Mewah mendapatkan Tender Zon SP 21 iaitu kerja pelupusan sisa pepejal di kawasan Bandar Pandan Indah daripada MPAJ.
Perbutan itu dilakukan olehnya di syarikat Lembah Rimbun, di No. 27, Jalan Pandan 7, Pandan Jaya pada 1 Mei 2006.
Kesemua kesalahan yang dilakukan olehnya mengikut Seksyen 11 (a) dan Seksyen 10 (a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Roziza Sidek manakala Abd Ghani diwakili Peguam Md Yunos Shariff.
Walaupun rangking dah menurun dari 60 ke 54..yg pasti Malaysia masih negara rasuah...!!!
Sunday, November 25, 2012
Tema sesuai PAU nanti - "Ingat Umno, Ingat Rasuah! "
Thursday, November 1, 2012
MB Kedah tidak akan bela pegawai rasuah
Tuesday, September 25, 2012
Monday, September 17, 2012
Bukti mentedarah komisen 40% pulak di dedahkan kepada SPRM
Ketuanya, Badrul Hisham Shaharin berkata, pembayaran sogokan itu dipercayai melibatkan sebuah jabatan Kerajaan Persekutuan dan pemimpin parti politik berpangkat tinggi.
"Sogokan yang dikatakan berbentuk 40 peratus komisen itu disalurkan kepada syarikat yang tidak diketahui statusnya di Klang pada tahun ini.
“Sumber peratusan komisen itu dipercayai datang dari bantuan kebajikan Kerajaan Persekutuan kepada sebuah NGO bernilai RM500,000,” kata beliau.
“Pada hari ini, kita menyerahkan maklumat kepada SPRM termasuk surat rasmi dan minit mesyuarat yang berlaku pada bulan Mac lalu serta maklumat dan perincian pihak-pihak yang terlibat,” katanya kepada media.
Beliau turut menyerahkan 10 salinan cek berjumlah RM200,000 yang dipercayai sebahagian daripada bukti.
“Bantuan itu dipercayai akan disalurkan kepada sebuah persatuan dengan ahli-ahlinya adalah bekas kakitangan polis. Ia diperoleh hasil bantuan seorang pemimpin parti politik berpangkat tinggi.
“Bagaimanapun, semasa mesyuarat persatuan itu Mac lalu, mereka diminta oleh pemimpin politik itu untuk membayar 40 peratus 'komisen' kepada syarikat yang didaftarkan di Klang," katanya.
Badrul Hisham berkata, apa yang menjadi tanda tanya adalah semua perjanjian itu dilakukan secara bertulis.
“Apa yang pelik ialah segala-galanya dilakukan secara bertulis. Adakah ini menunjukkan bahawa ia menjadi satu tradisi bagi jabatan kerajaan perlu membayar komisen kepada pihak tertentu apabila memberi bantuan?
"Selain itu, adakah dana kebajikan dari JPM boleh digunakan untuk membayar komisen kepada sebuah syarikat yang tidak diketahui statusnya," katanya.
Pemimpin muda PKR ini menegaskan, pihaknya tidak menuduh sesiapa sebaliknya menyesyaki ada sesuatu yang tidak kena berhubung dokumen yang ‘diserahkan’ kepadanya.
Beliau dan beberapa rakannya menghabiskan masa selama tiga jam bermula 3.15 hingga 6 petang di pejabat SPRM, Jalan Northam kelmarin bagi menyerahkan kesemua dokumen berkenaan.
Kesemua 25 dokumen itu diserahkan kepada Penguasa Kanan SPRM, Soock Wei Ei Tem.
Menurutnya, beliau menerima semua dokumen itu yang diletakkan di dalam peti surat rumahnya di Nibong Tebal pada 12 September lalu oleh individu tidak dikenali.
Tuesday, June 26, 2012
Rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang - TG Nik Aziz
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain.
Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka.
“Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka.
“Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri,” katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam.
Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri.
“Perkara ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai,” katanya.
Mengulas dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT), beliau memberi jaminan tidak akan menghalang anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu disiasat.
“Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam,” katanya.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 24 Jun lalu memberi tempoh tiga minggu kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan terbabit.
Awang Adek berkata, hasil siasatan terhadap pengeluar mata wang dinar dan dirham itu harus didedah kepada rakyat, dan jika ada pihak yang mempertikaikannya, kementerian akan mengarah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan. KGT adalah anak syarikat PMBK yang mengeluarkan, menempa, mengedar, menjual syiling dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan.
Monday, April 2, 2012
Anwar membawa harapan bagi M'sia yang tak tahan dgn rasuah BN
Sunday, February 12, 2012
Rasuah: Barah semakin parah
12 Februari 2012
DULU-DULU apabila sebut rasuah orang selalu ingat Indonesia, sebab di negara umat Islam paling ramai itu rasuah dikatakan dilakukan terang-terangnya. Konon, bermula dari lapangan terbang, pemandu teksi ke hotel, tempat makan, pusat beli-belah, hatta hendak berurut pun kena beri rasuah.
Konon apa yang mustahil dan tidak mungkin berlaku di tempat lain, boleh menjadi kenyataan sekiranya ada upah @ rasuah. Pendek kata semuanya ‘bisa diatur’ dan ‘tanggung beres, Pak!’ di Jakarta, asal sahaja sanggup memberi rasuah.
Orang tidak takut memberi dan menerima rasuah – walaupun secara terang-terang di hadapan mata umum – sebab amalan tidak baik itu sudah menjadi kebiasaan. Apabila sudah terlalu biasa, ia menjadi budaya.
Bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini usaha memerangi rasuah dilakukan secara besar-besaran di negara jiran itu. Media, terutama TV, memberi liputan meluas setiap hari terhadap kes-kes rasuah. Gambar perasuah dipampangkan dalam akhbar dan TV.
Tidak diketahui sejauh mana kesan dan kejayaan memerangi rasuah di negara Garuda itu. Tetapi pemerintah nampaknya bersungguh-sungguh melawan ‘korupsi’ sehingga ikan jerung, paus, bapak dugung, buaya tembaga, semua masuk jaring.
KINI di tempat kita pun rasuah semakin berleluasa. Mungkin belum menjadi budaya, tetapi sudah dianggap perkara biasa. Hendak lepas dari saman trafik boleh beri rasuah. Hendak cepat proses satu-satu permohonan, beri rasuah. Hendak dapat kontrak pasir, beri rasuah juga.
Hendak kaya cepat boleh melalui rasuah bola sepak. Rasuah bola sepak yang dulu terjadi di luar negara kini menular di tempat kita. Beberapa orang pegawai dan pemain bola sepak kita telah disiasat berhubung rasuah bola.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bekerja keras pagi petang siang malam, dan setakat ini bukan sahaja lintah atau ikan sepat yang berjaya dijaring tetapi juga ikan-ikan besar termasuk haruan makan anak, todak, ibu pari dan ‘jaws’.
Bukan setakat anak tikus atau katak puru yang masuk perangkap SPRM tetapi juga serigala, harimau kumbang, singa, badak sumbu, malah gajah menta pun tidak dilepaskan. Pendek kata siapa sahaja yang makan rasuah memang tidak senang duduk.
Begitu banyak yang kena tangkap pun rasuah masih menyemarak hinggakan orang yang hendak naik haji pun terlibat dalam rasuah ‘haji ekspres’ seperti yang didedahkan akhbar baru-baru ini. Pegawai Tabung Haji dikatakan terlibat dalam amalan tidak baik ini. Pendek kata hendak beribadat menunaikan rukun Islam kelima pun kena rasuah!
RABU lalu SPRM memanggil Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk diambil keterangan berhubung isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).
Beliau yang juga Ketua Wanita Umno mengucapkan terima kasih kepada agensi bebas itu, sebab telah tiba giliran untuk memberi keterangan bagi membersihkan namanya yang sejak beberapa bulan ini dikatakan menjadi mangsa tuduhan liar.
Tegas beliau, seperti yang dipetik media: “Alhamdulillah, hari ini giliran saya untuk disiasat, dan saya datang dengan rela hati. Saya beri kerjasama penuh, tidak ada apa yang hendak saya sembunyikan.”
Parti Gerakan, komponen BN, meminta Sharizat melepaskan jawatan Kabinet. Beberapa orang pemimpin Umno sendiri pun mahu menteri itu berundur. Tetapi, Sharizat berkata suara-suara seperti itu ada agenda politik.
Tumpuan umum sekarang ialah hasil siasatan SPRM. Lagi baik diselesaikan secepat mungkin, supaya keadaan sebenar diketahui. Macam Shahrizat kata, dia ikhlas dan mahu namanya dibersihkan segera. Jadi orang yang meminta dia berhenti kenalah bersabar hingga selesai siasatan SPRM.
AKHIR kalam, dua hari lagi – 14 Februari – adalah ‘Valentine Day’ @ Hari Kekasih. Timbul kontroversi sebab ada yang menyebut ini sebagai amalan orang Kristian, orang Melayu (Islam) tidak boleh ikut.
Memang makin ramai remaja kita yang terikut-ikut dan sambut Hari Kekasih dengan makan-makan, bertukar hadiah, dan bagi bunga ros. Malah, ada yang cium-cium macam orang putih.
Sukalah saya menarik perhatian bahawa bukan Valentine sahaja, banyak benda orang Melayu terikut-ikut dengan orang putih. Antaranya ialah nyalakan lilin atas kek apabila sambut hari lahir, atau hari ulang tahun perkahwinan. Ini dilakukan termasuk oleh pemimpin kita. Apa komen bijak pandai kita?
Sunday, January 1, 2012
Kerajaan Negeri Selangor bersedia membayar kos perjalanan RPK untuk dedah amalan rasuah yang dikatakannya
Meskipun saya menghormati hak RPK melakukan analisa politiknya namun saya berasa mushkil dan sesungguhnya hanya beliau seorang sahaja yang mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut.
Pada masa yang sama saya percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh RPK seperti disiarkan The Sunday Times dan Berita Minggu- dua akhbar yang dulunya pernah mengkritik dan mengutuk RPK secara keras kerana menentang Kerajaan Barisan Nasional.
Walau apapun sebab yang membawa kepada tindakan akhbar-akhbar tersebut bertukar selera serta ghairah memberi keistimewaan kepada RPK, yang pasti RPK harus bertanggungjawab ke atas apa yang beliau telah katakan.
Tuduhan beliau bahawa wujud amalan rasuah di Selangor; duit kopi yang melibatkan para usahawan berbangsa Cina, adalah tuduhan serius. Kami menuntut RPK untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada Kerajaan Negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan.
Kerajaan Negeri bersedia membayar kos perjalanan RPK ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan kerana untuk makluman RPK Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Negara ini khususnya di Selangor. Jumlah tersebut termasuk di dalam Geran Selangorku yang diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar ketika pembentangan Belanjawan 2012 yang lalu.
Sesungguhnya inilah sekecil-kecil jasa yang beliau boleh lakukan untuk membantu kerajaan yang benar-benar mahu membenteras rasuah; apatah lagi beliau sendiri dari darah bangsawan negeri Selangor. RPK tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban.
Kami sesungguhnya simpati dan amat memahami kekecewaan beliau yang terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi yang beliau hadapi, tetapi dengan melemparkan dakwaan liar sebegini tidak akan membantu membawanya pulang ke negara ini. Sebaliknya ianya hanya akan mencemarkan lagi imejnya yang sudah sediakala tercalar.
Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telahpun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini. Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum.
FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Monday, December 26, 2011
Perintah 8 tahun dah mentedarah duit rakyat.. itu pun belambak sokong BN lagi...
Tarikh : December 27, 2011
KOTA BHARU – Keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo kerana menggunakan kedudukannya untuk membeli rumah mewah dan tanah ternyata memalukan rakyat.
Friday, December 23, 2011
Songlap duit Rakyat KHIR TOYO kena SETAHUN PENJARA...
Bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo berkata beliau akan membuat pengumuman berhubung masa depan politiknya pada 9 Januari depan.
Mohd Khir yang dihurung wartawan selepas dijatuhi hukuman oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan rasuah, bagaimanapun tidak memberikan sebab beliau memilih tarikh berkenaan.
Khir berkata beliau akan merayu keputusan mahkamah hari ini yang menjatuhi hukuman penjara setahun ke atasnya seleas mendapatinya bersalah atas tuduhan rasuah.
Peguamnya, M Athimulan memberi gambaran bahawa notis rayuan itu akan difailkan petang ini.
Tarikh 9 Januari dijadualkan untuk Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Khir didapati bersalah oleh Hakim Datuk Mohtaruddin Baki hari ini atas tuduhan rasuah melibatkan pembelian dua lot tanah dan sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam pada Mei 2007.
Saturday, December 17, 2011
'Gagalnya perang melawan rasuah'
Jumlah aliran keluar wang haram yang besar di negara ini secara jelas menunjukkan kegagalan perang melawan rasuah di negara ini, kata anggota parlimen DAP Charles Santiago.
Dakwanya, kebanyakan pelarian modal berlaku melalui "pemindahan harga", antaranya melibatkan pengisytiharan nilai barangan yang salah kepada kastam dalam urusan import-eksport.
"Mereka hasilkan barang bernilai RM19, mereka isytihar RM3, dan mereka bayar cukai yang rendah," katanya sambil mendakwa "pegawai kastam tidak buat kerja".
Ditanya tindakan yang patut diambil Bank Negara, Charles berkata pihak itu tiada kehendak politik sama sekali untuk mengetengahkan isu itu.
"Selagi SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tidak berminat menyelesaikannya, Malaysia akan terus gagal dalam perang melawan rasuah," katanya.
Sunday, December 4, 2011
Indeks rasuah, BN ibarat burung unta benam kepala
Beliau merujuk kenyataan menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semalam yang berkata bahawa kedudukan CPI Malaysia yang menurun adalah “subjektif” dan “boleh dipersoal”. Ahmad Husni juga berkata bahawa kaji selidik yang berdasarkan persepsi tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah penilaian.
“Kenapa GCI tidak dikatakan sebagai satu kaedah penilaian yang subjektif? Kenapa kaedah penilaiannya tidak dipersoal?
Menurut beliau, sikap tidak sedar diri ini amat jelas apabila “kerajaan BN memuji diri” kerana kedudukan Malaysia telah meningkat lima tangga dari 26 kepada 21 dalam Indeks Daya Saing Global (GCI) World Economic Forum pada tahun ini.
Menurutnya, kerajaan masih cuba menafikan amalan rasuah yang berleluasa di negara ini meskipun menghadapi skandal seperti isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.
“Ini adalah satu contoh penafian oleh kerajaan persekutuan BN yang tidak ingin mengaku bahawa keadaan rasuah semakin teruk walaupun perdana menteri telah menjalankan pelbagai program seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.
“Kerajaan BN tidak seharusnya bersikap seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah tetapi mengaku bahawa negara kita sedang mengalami masalah rasuah yang serius,” katanya.
Dalam laporan TI, CPI Malaysia bagi tahun 2011 menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3 mata dan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding dengan tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
Lebih teruk, laporan yang mengkaji selidik seramai 1,000 responden itu juga mengenal pasti bahawa pihak polis dan parti-parti politik merupakan institusi-institusi yang dilihat sebagai paling korup di negara ini.
Thursday, December 1, 2011
Kompom puak-puak kat PWTC berbangga dengan Indeks rasuah yang baru di keluarkan nie..!!
Bercakap pada majlis mengumumkan keputusan itu di Subang Jaya pagi ini, Timbalan Presiden TI-M Mohamad Ali Hasan berkata, Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009.
Katanya, walaupun kejatuhan itu hanya membabitkan 0.1 mata tahun ini, namun ia masih membimbangkan kerana kerajaan telah berusaha memulakan beberapa usaha-usaha anti-rasuah.
"Mengapa ia harus jatuh? Kerajaan telah menganjurkan beberapa program (anti-rasuah). Persepsinya adalah bahawa program itu tidak berkesan," katanya.
Pada tahun 2003, Malaysia berada pada kedudukan 37 dalam kaji selidik yang membabitkan 146 negara. Bagi 2010, kaji selidik itu melibatkan 178 negara.
