Showing posts with label Isu Nasharudin Mat Isa. Show all posts
Showing posts with label Isu Nasharudin Mat Isa. Show all posts

Wednesday, February 6, 2013

Nasharudin Mat Isa ialah mangsa kawan kencing kawan

Ramai yang kutuk Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam Facebook dan di mana-mana bila dia bercakap merugikan PAS dalam media-media Umno.
aku mula mengkritik Mamat tu secara terbuka di dalam akhbar sejak selepas pilihan raya Pengkalan Pasir pada 2005. Secara tidak terbuka memang dah lama.
Bila Nasharudin kecundang dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS, itu kali pertama aku tulis dengan nada simpati kepada dia. aku tulis tentang kisah kawan makan kawan.
Orang-orang yang Nasharudin anggap sahabat dan menaja dia ke jawatan Timbalan Presiden PAS sebelum itu berkonspirasi menjatuhkan dia dan menjadikan dia seperti anjing kurap. Antara penyebab Mamat tu jadi seperti sekarang ialah perbuatan puak kawan makan kawan tu.
Kata orang, kalau kencing manis tak pa lagi. Tapi kalau kencing kawan, tak guna seduit pun.
Bayangkan, kalau sahabat depa pun selamba je depa kencing dia, tak dapat dibayangkan betapa teruknya rakyat akan kena kencing dengan puak tu.
 

Nasha sedang menyusun langkah untuk PAS memecat beliau..!!

oleh Mat Azli jr

Malam ini Nasha akan masuk tv rancangan soal jwb..hari nie masuk berita harian....ini semua agenda nak mintak kena pecat...jadi ahli pas semua jangan terkejut...dia di mita oleh najib rosmah utk jadi pnyelamat..ini di sebabkan Deepek akan dedah isu Najib satu demi satu...jadi sekarang Nasha lah akan berkerja keras untuk selamat kan Najib...

Itu hasil tarbiah Nasha dlm pas...menyelamatkan pemimpin yang zalim..Dengar kata malam esok Nasha akan mula menyerang pimpinan pas pulak... dan dalam masa yang sama dia akan mepuji almarhum Dato Fadhil Nor, sebab nk halalkan kerja jahat dia, selepas tu berkemungkinan dia akan buat demo dengan tema supaya PAS tak besama DAP lagi, disamping itu Nasha akan keluarkan fatwa haram undi PR, menyesal bersama PAS  dan dia akan kutuk PAS sebanyak mungkin ..


Ini semua supaya PAS cepat-cepat pecat dia.. kerana mana-mana YB PAS dan AJK PAS mereka telah berbai'ah...untuk meninggalkan segala yang ada atas batang tubuh PAS seperti jawatan YB& ADUN... jadi untuk mengelak termakan sumpah maka beliau akan mencuba untuk bagi PAS pecat beliau...

Semua ini media NAJIB seperti TV & surat khabar akan beri ruang yang secukupnya untuk kempen lawan PR nie.....tidak percaya anda tengoklah sekarang ini...JIKA benar dia ahli PAS yang setia beliau tidak akan menggunakan media musih untuk menyampaikan pandangan dan kritikan... dahulu beliau ada kuasa untuk berada dalam Majlis Syura..kenapa beliau tidak berbincang dan berdebat disitu.... hendak tunggu kena pecat baru nak tunjuk taring...

Maka rakyat Malaysia jangan terkejut akan perkara ini.. inilah dinamakan ujian dan proses saringan ..agenda kita tetap ke Putrajaya...Usah di layan apa Nasha buat, dia memang masuk umno, tapi dia buat cara halus...ingat..ahli umno suka Nasha bersama mereka.... sudah semestinya mereka akan pancung Nasha...tengok dan lihat wahai rakyat malaysia semua...rentak tari permainan manusia-manusia yang tewas dengan dugaan dan cabaran dunia...

Tinggi ILMU NASA sehingga Majlis Syura & Pandangan Tok-Tok Guru Pondok yang bersama PAS.. telah dinafikannya...!!


Ahli majlis syura bukan sorang.... tok guru pondok bukan sorang..... kira dalam ramai2 ustaz dan tok guru dalam Pas nie, dia sorang ja kata PAS langgar prinsip Islam.. Maknanya dia anggap dia sorang je yg betul.. Org lain semua tak leh pakai.. Masuk ISMA cepat2 lah jika macam tu Nasa.. Sesuai sgt...



Masalah sekarang cuba lihat apa Nasa cakap Semasa ada jawatan dulu... bkn main semangat bercerita tahaluf siyasi yang di bawa oleh PAS...tapi bila jawatan semua melayang...ko dah jadi tak ketahuan hala dah..Nasa oh Nasa... 



Inilah bahananya kamu naik cepat dan jatuh pun cepat.. bahana apabila saportter keliling kelalang dah angkat kaki... duit tiket dah tak ada orang sponser.. duit claim percalanan dah tak ada orang nak bayaq... duit poket dah tak tebal.....nasib hanglah Nasa oi... sendiri cari pasal sendiri tanggung....

Masa sekarang masa untuk perubahan... JIKA NAK SANGAT BERSAMA UMNO ayuhhh UMUMKANLAH SEGERA.. langgarlah bai'ah yang telah anda angkat itu kita tengok nak jadi apa dengan anda......


Nukilan Bang Mat Jr...
@Titi Serong Yan
Kawasan Parliman lama hang...

Monday, February 4, 2013

Awas..!!!! nak tau sapa geng NASA & HASAN ALI dalam PAS... ini tekniknya...!!!

oleh AnakKedah007.blogspot


Wala' hanya untuk ahli-ahli PAS jika Nasharuddin Mat Isa dan Hassan Ali jadi pemimpin PAS. Jika mereka tak jadi pemimpin PAS... secara logik akal makhluk munafik dua ekor ini ahli-ahli PAS tak perlu wala' jika orang lain jadi pemimpin.

Nak kenal pengikut-pengikut dua ekor munafik di dalam PAS senang je.... dalam ucapan, dalam arahan, dan dalam saranannya ada perkataan Wala......

Kalau pemimpin-pemimpin lain seperti TGNA, TGHA, Mat Sabu dan sebagainya tak pernah kedengaran mereka menyuruh ahli Wala... melainkan ahli sendiri ikhlas melaksanakan arahan-arahan yang diberikan.....

Wala yang diperintahkan dari mulut-mulut munafik-munafik ini hanya untuk pemimpin yang tiada kredibiliti di dalam PAS, yang mengharapkan orang sokong pejuangan peribadi mereka membuta tuli... bukan atas kapasiti dasar PAS dalam memperjuangkan Islam.....

Jika terus dibiarkan golongan ini maka akan lahirlah puak yg menyokong membuta tuli....apa pimpinan buat pengikut tak boleh bantah dan tegur...budaya wala sebegini kita kena hapuskan....baik di bubuh racun baik di bakar janji mati tak ada waris dalam perjuangan....

Tuesday, January 29, 2013

Nasa Oh Nasa... 'Ahli PAS menangis pun tidak, ketawa pun tidak'"



Pengguguran Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS nampaknya tidak memberi kesan yang besar baik kepada ahli PAS mahu pun para pengundi yang bukan ahli parti.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malysia (UKM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berpendapat ahli parlimen Bachok itu tidak mempunyai pengaruh yang kuat mahu pun jumlah pengikut yang ramai untuk memberikan impak kepada 'cuaca' politik tanah air.

"Saya lihat (pengguguran ini) biasa sahaja, tidak cukup signifikan untuk tukarkan pola pengundian - sebabnya Nasharuddin dah lama terpinggir daripada kepimpinan PAS Pusat.

"PAS pun tidak (akan bertambah) kukuh daripada pemecatan ini. Orang hendak menangis pun tidak, hendak ketawa pun tidak," katanya kepada Malaysiakini.

Pengguguran Nasharuddin diumumkan Setiausa Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh pada 27 Januari lalu.

Ia dikatakan berpunca daripada kegagalan beliau mematuhi beberapa peraturan majlis syura - antaranya ialah kegagalannya menghadiri mesyuarat jawatankuasa itu.

Sebelum ini, Nasharuddin sendiri tidak hadir ke muktamar tahunan PAS yang lalu walaupun beliau pernah menyandang jawatan timbalan presiden PAS.

Mengulas lanjut, Agus menegaskan di luar lingkungan PAS, orang ramai melihat pengguguran Nasharuddin sebagai satu isu sampingan.

Justeru Agus meramalkan nasib politik Nasharuddin tidak akan mampu menimbulkan 'gelombang' rakyat - satu fenomena yang menurutnya hanya mampu dicetuskan personaliti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Pengundi kini lebih memberi perhatian kepada isu-isu seperti keadilan sosial dan pentadbiran.

"Jikalau isu-isu sempit, ia tidak akan memberikan kesan melainkan ia melibatkan isu-isu sejagat," katanya.

Sebelum ini, Nasharuddin dilihat semakin intim dengan kepimpinan Umno terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Penggugurannya juga berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia selepas menemani Najib melawat Palestin.

Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Zainal Kling sependapat dengan Agus dan merasakan faktor Nasha tidak akan banyak mempengaruhi senario politik negara menjelang pilihan raya.

"Kita sendiri melihat Nasha tidak ada pengikut yang kuat, tidak banyak reaksi dari anggota PAS berkenaan pemecatan ini.

"Saya tak fikir dia (Nasha) akan beri sumbangan besar kepada kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang ini," katanya.

Bagaimana pun, beliau meramalkan Nasharuddin akan kekal di dalam PAS dan pengguguran ini membuka peluang yang lebih besar untuk beliau bersikap lebih kritis terhadap PAS.

Jelasnya, personaliti seperti Nasharuddin masih mempunyai perasaan yang kuat terhadap perjuangan asal PAS yang menekankan agenda negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud walaupun kedua-dua perkara itu tidak lagi dibincangkan kepimpinan PAS di peringkat nasional.

"Walaupun di peringkat nasional sudah kurang membincangkan hal itu, ahli-ahlinya masih lagi membincangkan perkara itu.

"Justeru, golongan-golongan yang telah 'tersingkir' ini merasakan mereka masih lagi ahli PAS," katanya.

Menurut Agus pula, pengajaran yang lebih besar daripada pengguguran Nasharuddin adalah - ia mencerminkan tahap tolak ansur parti-parti politik terhadap mereka yang mempunyai pandangan berbeza dengan pihak majoriti dalam parti.

Beliau menyifatkannya sebagai satu cabaran yang masih perlu ditangani semua parti di Malaysia.

"Yang penting pemecatan Nasharuddin menimbulkan persoalan kepada sejauh mana perbezaan pendapat diraikan dalam parti-parti politik.

"Ini seterusnya memberikan gambaran kepada tahap demokrasi yang masih rendah di dalam negara kita," kata Agus.

Ahli PAS Wajib Belajar Dari Kesilapan Nasa dan Jangan Hanya Kutuk

Adapun Nasaruddin Mat Isa telah meninggalkan perjuangan Islam dan rela menjadi gonggongan golongan sekular terutamanya Najib Tun Razak serta Rosmah.

Asalnya Ustaz Nasa itu dihormati dan dipertahan oleh semua rakyat yang sayangkan Islam.

Sekarang ini, Nasa sudah tiada apa-apa lagi. Beliau hanyalah seorang yang bergantung harap dan kasihan dari UMNO atau dari Najib Tun Razak.

Kalau dahulu, Ustaz Nasa boleh bergantung harap kepada kerajaan di langit. Sekarang, Ustaz Nasa terpaksa bergantung harap dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional.

Yang lebih menyedihkan adalah pada masa ini Nasa sudah tidak berguna seperti dahulu lagi.

Dahulu Nasa berjawatan penting. Mengetahui segala rahsia2 parti serta selok belok dalaman parti.

Sekarang ini, Nasa cuma ahli PAS biasa, tiada beza Nasa dengan Tulang Besi.


Maka, apa perlu lagi UMNO dan kuncu2 nya terus membela dan menanggung Nasaruddin Mat Isa.

Akhirnya nanti Nasa hanya akan menjaddi pengemis di pintu masuk UMNO atau di PWTC sahaja.

Kalau ditakdir Allah SWT UMNO kalah dalam PRU nanti, Nasa kemungkinan terpaksa menjadi pensyarah sambilan di kolej2 swasta yang bersepah di seluruh negara.

PAda masa ini, gerakan Ikhwan Muslimin sedunia pun pasti sudah mengecop Nasa sebagai pengkhianat.

Pada masa ini, tiada lagi simpati yang Ustaz NAsa dapat raih dari ahli2 PAS yang rata-rata nya ikhlas dalam memperjuangkan Islam.

NASA KALAH DENGAN GODAAN SYAITAN

Allah SWT berfirman di dalam Al Quran:


Firman Allah:

الشَّيْطَانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلًا وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang Allah menjadikan untukmu ampunan daripada-Nya dan karunia. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengatahui”

(Surah Al-Baqarah : 268)

Maklumat yang saya dapat hubungan Nasa dgn UMNO ini sudah bermula sebelum PRU 2008 lagi. Di waktu itu keesemua parti2 pembangkang menghadapi penurunan aktivis dan ahli dengan begitu murung dan buruk sekali.

Di waktu itu, PKR seperti hidup segan mati tidak mahu. Boleh dikatakan banyak bahagian PKR tutup kedai kerana yang tinggal hanya 5 atau 6 aktivis sahaja.

Dalam PAS pun begitu juga. Ramai yang lari dan tidak mahu aktif lagi di dalam PAS.

BEzanya adalah pada masa itu, golongan2 yang digelar sebagai ERDOGAN terus istiqamah membina PAS semula.

Maka, di kala itu diperkenalkan konsep "NEGARA BERKEBAJIKAN", "PAS FOR ALL", "PAS UNTUK SEMUA" dan sebagainya.

PAS pula menjalin hubungan dgn Hindraff, NGO2 yang membina BERSIH, kumpulan2 yang tidak puas hati dgn Pak Lah dan banyak lagi.

Di kala itu, Nasa sudah tiada jawatan dalam Parlimen kerana beliau telah kalah di Besut pada tahun 2004.

Maka, tidak hairanlah pada masa itu Syaitan telah menggoda Nasa dengan godaan seperti yang dalam ayat di atas.

Dan pada masa yang sama datang pula janji2 dunia dari parti sebelah sana.

Dan janji habuan itu datang dengan lebih agresif apabila PAS dan PKR menang dengan gemilang pada tahun 2008.

Akhirnya, jadilah apa yang terjadi pada Nasa sekarang ini.

PERLU YAKIN ALLAH AKAN BERI KITA REZEKI

Kita sebagai orang Islam perlu yakin dan percaya Allah SWT akan memberi kita rezeki dan menyelamatkan kita dari kefakiran.

Apabila kita tertipu dengan janji2 syaitan, maka jadilah kita seperti Nasaruddin Mat Isa.

Wahai Nasa, apa akan jadi pada kamu apabila UMNO merasakan kamu sudah tidak bernilai tinggi seperti dahulu lagi?

Adakah UMNO akan terus memberikan kamu ganjaran seperti yang telah kamu nikmati sebelum ini?

Lebih2 lagi kamu sekarang ini sudah tiada jawatan mahupun pengaruh di dalam PAS?

Dan kenyataan2 kamu sebelum ini pun tidak memberikan apa2 kesan kepada PAS walaupun sedikit.

Penghabisan nanti, UMNO akan menyoal diri mereka, apa guna lagi kami membela Nasa?

Di kala itu, bagaimanakah nasib kamu, wahai Nasa?

TULANG BESI

ps tadi saya lihat sendiri raut wajah Tok Guru Nik Aziz dalam TV apabila memberi komen berkaitan Nasaruddin Mat Isa. Jelas Tok Guru sudah membina kebencian terhadap Nasa hasil dari pengkhianatan beliau. Pengalaman Tulang Besi sendiri memperlihatkan bahawa Tok Guru Nik Aziz amat sayang dengan Nasa satu masa dahulu. Tok Guru amat bangga Nasa bertanding di Kelantan kerana dapat menaikkan imej PAS di sana. Ertinya, pengkhianatan Nasa ini terlampau besar sehingga telah membuat Tok Guru membenci beliau.

Semoga Nasa berbahagia menjadi gonggongan Najib dan Rosmah

Anwarista/Parasit vs Ulama Gonggongan Najib

Itulah hakikat Ustaz Nasaruddin Mat Isa. Satu waktu dahulu, beliau adalah pemimpin kepada sebuah gerakan Islam yang disegani di seluruh dunia.

Kata-kata beliau mempunyai makna. Unjuran dan cadangan beliau mempunyai kredibiliti.

Beliau dihormati pihak kawan mahupun lawan.

Dalam bidang dakwah, suara beliau cukup disegani. Kemana sahaja beliau pergi, beliau akan ditatang, diangkat serta diangkat oleh para penyokong parti yang rata-rata ikhlas memperjuangkan Islam itu.

Di peringkat antarabangsa, beliau menjadi rujukan kepada ramai pemimpin2 Islam seluruh dunia. Beliau dianggap sebagai pimpinan contoh dan pejuang Islam yang tulin.

Namun, semua itu rupanya tidak boleh menjadi ukuran. Rupanya godaan keduniaan itu lebih kuat berbanding dengan ganjaran yang dijanjikan Allah SWT di Padang Mahsyar kelak.

Beliau telah sanggup menjadi alat kepada parti sekular lawan terutamanya sejurus selepas PRU2008. Parti UMNO berada dalam keadaan kucar kacir serta tunggang langgang.

MAsanya cukup baik bagi PAS untuk memberi pukulan maut kepada UMNO.

Namun, UMNO telah mampu menggunakan agen2 mereka di dalam PAS terus berjaya mengadakan pertemuan2 sulit bagi membincangkan penubuhan kerajaan campuran PAS-UMNO.

Seterusnya idea KERAJAAN PERPADUANG dipopularkan di kalangan pimpinan PAS Pusat demi menjayakan perancangan UMNO bagi memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Beliau menjadi agen kepada usaha tersebut. Beliau memacu serta menebar agenda tersebut ke seluruh pelusuk Malaya. Dan, kalau tidak disebabkan penolakan mentah2 idea tersebut oleh Tok Guru Nik Aziz, nescaya PAS sekarang ini sudah pun berada dalam kerajaan campuran bersama UMNO yang dipanggil KERAJAAN PERPADUAN MELAYU.

Begitu komited and bersemangat NAsa serta rakan2 nya memacu idea perpaduang bersama dgn UMNO ini. Sedikit pun beliau tidak kesah tindakan beliau itu telah memecah belahkan PAS sekaligus memberi ruang kepada UMNO untuk membina semula kekuatan mereka.

Nama Anwar Ibrahim telah difitnah dan dicerca oleh kumpulan beliau sekalipun pada hakikatnya Anwar Ibrahim tidak pernah mengaapa-apakan Ustaz NAsaruddin Mat Isa mahupun rakan2 seperpaduang beliau. Mereka2 yang menentang idea perpaduang dengan UMNO digelar sebagai "ANWARISTA" ataupun "PENJILAT ANWAR"

Tanpa disedari Nasa dan kuncu2nya itu sendiri sebenarnya adalah gonggongan Najib dan Rosmah. Mengata orang dia yang lebih.

HUJJAH USANG DIULANG KEMBALI

Nasaruddin Mat Isa sedang mengulangi semula semua hujjah usang beliau berkaitan hubungan PAS dan DAP. Pada hakikatnya, semua hujjah beliau telah pun dijawab dan dibahas di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Tiap kali Nasaruddin gagal untuk mempertahankan gagasan beliau supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat dan bersama dengan UMNO.

Adapun serangan beliau kepada DAP juga menampakkan kebodohan beliau kerana DAP yang sama itu jugalah yang beliau sokong dan tatang sewaktu PAS berada dalam Barisan Alternatif. Kenapa komplen sekarang wahai Nasa dan tidak dulu?

DARI ULAMA TERSOHOR KEPADA ULAMA GONGGONGAN NAJIB

Semoga Nasaruddin Mat Isa berbahagia menjadi gonggongan Najib dan Rosmah. Hilang sudah segala kekuatan dan kegerunan musuh terhadap beliau.

Dahulu, Allah SWT bersama dengan beliau.

Sekarang ini, pelindung beliau bukan lagi Allah SWT tetapi Najib dan Rosmah.

Bahagialah kamu wahai Nasaruddin Mat Isa

TULANG BESI


Posted By Tulang Besi to Malaysia Waves

Monday, January 28, 2013

UMNO Meroyan sebab Informer mereka dah kena pecat..!!!

Inilah punca UMNO yang MEROYAN apabila Nasha digugurkan..

UMNO memang meroyan apabila Nasha tidak lagi dapat memberi publisiti kepada UMNO. Selama ini Nasha telah beberapa kali memberi publisiti kepada UMNO sama ada dengan niat atau tidak, bermula dengan tindakan menemani Najib ke Arab Saudi tahun lalu yang dilaporkan media sebagai menjadi jurubahasa kepada Najib.

Selepas itu Nasha sekali memberi publisiti kepada UMNO BN sama ada secara sedar atau tidak apabila bercanggah pendapat dengan Karpal Singh dalam isu hudud. Peliknya Nasha tidak berbunyi pun apabila MCA melalui Chua Soi Lek menghina hudud secara terang dan nyata.

Nasha terus menjadi saluran publisiti UMNO secara sengaja atau tidak apabila menimbulkan isu kononnya terdapat usaha mengkristiankan Malaysia yang kononnya dibincangkan di Sarawak. DAP Sarawak menafikan tuduhan tersebut dan Nasha terus senyap tanpa mengeluarkan bukti terhadap tuduhannya itu.

Terkini, Nasha sekali lagi memberi publisiti kepada UMNO dengan mengiringi Najib ke Gaza. Satu lawatan yang dilihat sebagai usaha memecah belahkan Palestine sehingga mendapat kritikan teruk daripada president Palestine Mahmoud Abbas.










Dari sudut politik, Nasha dapatlah digambarkan sebagai seorang 'feeder' yang membekalkan isu untuk menjadi modal politik oleh UMNO dan sekutunya untuk menghentam PR terutama PAS kerana PAS adalah satu-satunya musuh UMNO sejak dulu dan selamanya. Ingat! hanya ahli PAS pernah dibunuh oleh UMNO. UMNO tidak pernah membunuh ahli parti politik lain selain PAS. Jangan lupa peristiwa Memali, Lubuk Merbau dan Batu Buruk.

Teori mudah, 'only ninja can kill ninja' apabila diterjemah dalam senario politik Malaysia sekarang pula 'hanya ahli PAS boleh memusnahkan PAS'. Justeru itu orang dalam amat diperlukan untuk memusnahkan PAS. Namun itu semua telah berlalu. Sekarang tidak lagi.... Alhamdulillah..
wakaka

Dengan Wang, Yang Bergelar Ustaz Pun Boleh Gugur....

Akhirnya Nasaruddin Mat Isa digugurkan dari Majlis Syura Ulama PAS. Sudah empat tahun Tulang Besi mendedahkan bagaimana Nasa serta kuncu2 nya berusaha membawa PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan berpadu dengan UMNO.

Ketahuilah wahai pembaca sekelian. Fitnah wang ringgit serta keduniaan ini bukannya satu fitnah yang kecil.

Dan tidak kira siapa kamu, samada kamu penjual surat kabar, peniaga barang pasar, pembuat bakul, pekedai runcit, petani, nelayan dsbnya kamu pasti lemah apabila wang ringgit dilayangkan di hadapan kamu.

Bukan setakat orang biasa sahaja, tapi mereka yang bergelar alim ulama yang mempunyai ijazah dari Jordan serta fasih berbahasa Arab juga boleh lemah gemalai apabila wang dilayangkan di hadapan mata mereka.

Janganlah kita ingat apabila seseorang itu lulus dari Timur Tengah maka orang itu kebal dari segala fitnah dan godaaan syaitan.

Kadang-kadang orang cacat yang kerja meminta sedekah dan menjual pensil serta tisu adalah lebih mulia dari seorang yang mempunyai PhD dari Al Azhar.

Tulang Besi mendapat maklumat sewaktu Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil Ijuk, ahli PAS yang menjadi wakil calon beliau telah didatangi beberapa orang dari parti lawan.

Orang-orang itu menawarkan wang yang banyak serta sebuah helikopter yang akan membawa beliau kemana sahaja. Janji beliau tarik diri dari menjadi wakil calon. Apabila beliau tarik diri, maka secara otomatik pencalonan Tan Sri Khalid Ibrahim terbatal dan calon BN menang tanpa bertanding.

Namun, pakcik yang cacat itu menolak sama sekali dan memberitahu beliau lebih rela hidup cacat dan miskin dari menerima wang rasuah tetapi kelak dibakar api neraka.

Iman itu adalah mutiara. Yang dapat menghadapi ujian dan cabaran seperti ini adalah mereka yang benar-benar beriman kepada ALlah dan Hari Akhirat.

Tidak kira orang itu penjual kacang putih ataupun pemegang PhD dari Al Azhar. Yang penting adalah imam bukan kelulusan.

Kalau hati penuh dengan iman, maka kamulah yg layak diberi amanah kepimpinan.

Atas sebab itu Tulang Besi rasa amat kesal sewaktu Pemilihan Pemuda PAS tahun lepas. Label ulama dijual dengan sebegitu murah sekali demi memenangkan calon2 dari kem pro PERPADUANG. Sedangkan yang digelar ulama itu bukan layak pun digelar ulama. Tapi mereka tidak kira. Terus menerus menggunakan label ulama untuk menipu perwakilan pemuda bagi mengundi calon mereka.

DIlaporkan oleh orang2 yang rapat dengan arwah Presiden PAS dahulu, bahawa arwahnya pernah berkata di dalam PAS ini, golongan ulama lah yang lebih banyak belot kepada perjuangan Islam.

Biasanya golongan bukan ulama atau professional lah yang paling setia dan istiqamah dalam PAS.

Lihatlah contoh seperti Haji Subky Latif (wartwawan professional), Tn Syed Ibrahim ( peguam), Salahuddin Ayub, Haji Mat Sabu, Haji Mahfudz Omar, Haji Husam Musa, Arwah Dr Abbas Alias, Dr. Hatta Ramli, Dr Lolo Ghazali, Dr Mariah Mahmud bapanya, Hj Muhsinun Tahir, Zulkifli Sulong dan banyak lagi.

Kalau ada professional dalam PAS yang belot pun adalah Haji Suhaimi Said yg sekarang ni dah masuk PKR, Malek Husin yg belot pada PAS tapi skrg ni jadi aktivis PKR, Hasan Ali yg kena tendang dari PAS, Zin Mahmud yg jadi penulis di Utusan.

Malahan L Mankadir Syamsi pun sudah aktif semula dalam PAS walaupun pada satu masa dia berehat sebentar dan menumpu perhatian kepada pembuatan drama. Tulang Besi pernah berdemo dengan L Mankadir Syamsi di Masjid Bangsar satu masa dahulu.

Akhir kata, jadikanlah pemergian Ustaz Nasa ini satu iktibar. Bahawa godaan dunia ini satu godaan yang cukup besar. Sesiapa sahaja boleh kalah dengan godaan dunia tak kira dia tok guru, ustaz lulusan Jordan, pemain bola sepak, artis dsbnya.

Jangan kita pandang remeh dengan godaan dunia walau satu saat. Atas sebab itu lah Allah SWT dalam Al Quran memberi penerangan yang jelas tentang bagaimana dunia ini akan dihancurkan oleh Allah SWT pada Hari Kiamat kelak.

Ia sebagai peringatan kepada kita bahwa dunia yang kita tatang dan agungkan ini akan Allah SWT jadikan leper seperti lempeng dan akan hilang selama-lama nya.

Pada Ustaz Nasa, ingat lah. Bukan 10-15 orang yang kamu khianati. Malahan, ratusan ribu penyokong dan pendokong perjuangan Islam akan mengutuk dan memaki kamu serta mendoakan kebinasaan kamu.

Jgn lupa tu, wahai Nasa.

Dunia ini hanya sementara. Akhirat jua yang kekal selama-lama.

TULANG BESI
http://www.malaysiawaves.net/2013/01/dengan-wang-yang-bergelar-ustaz-pun.html

Saturday, January 26, 2013

Alhamdulillah...Akhirnya Nasa digugurkan dari Majlis Syura Ulamak PAS


 
Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.

Thursday, January 24, 2013

Kenapa PAS dayus biarkan NASA & HAFIZ NORDIN memporak perandakan jemaah..!!

Perwakilan pilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden bukan suruh jadi patung...

Takkan Lajnah Politik nak tunggu Ust Nasha beraksi lebih hebat lagi ala 'si anjing Umno' kot baru nak ambil tindakan. Dayus sangat ka PAS ni?

mStar melaporkan:
PETALING JAYA: Tindakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Nasharudin Mat Isa yang mengikuti lawatan kemanusiaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Palestin adalah di luar pengetahuan PAS.

Menurut beberapa pimpinan tertinggi PAS, tindakan kedua Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok itu mengikuti rombongan Najib ke luar negara turut tidak dimaklumkan kepada parti itu.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, beliau langsung tidak mengetahui tentang pemergian bekas timbalan presiden PAS itu sebagai salah seorang delegasi Malaysia. - mStar
Bab taktau dan takdak maklumat tu satu isu, tapi takkan lepas dah tau pun masih jugak nak buat macam taktau apa-apa jugak kut.

Aku tertarik dengan satu status oleh Abu Nawas dalam facebook yang update:
Alahhhh Tak payah la dok bagi alasan tak tahu...yang tahu dok sabotaj Pas hari hari masuk TV3 macam Hapic Norden pun tak pernah ambik tindakan..... Tak payah jadi Timbalan Presiden la kalau orang yang terang terang khianat parti pun tak berani nak ambik tindakan.... orang suruh jadi timbalan presiden bukan suruh jadi patung..... - Facebook.
Kalau tengok kepada Perlembagaan PAS bab Tatatertib PAS, Fasal 82 menyebut:
(1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah:
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.
Takkan kut aksi Ust Nasha tu langsung tak menyalahi dan merugikan kepentingan parti. Kalau ahli PAS biasa buat aksi macam tu aku pun tak heran tapi bila Ahli Majlis Syura buat kelaku macam tu takkan tak merugikan kepentingan parti.

Takkan Lajnah Politik tak tengok rombongan Najib pi jumpa Ismail Haniyeh tu dan sebelum ni pi jumpa Ulama' Saudi sebagai sebahagian dari kempen Najib untuk memperbaiki persepsi menjelang PRU13 kot.

Takkan Lajnah Politik nak tunggu Ust Nasha beraksi lebih hebat lagi ala 'si anjing Umno' kot baru nak ambil tindakan.

Dayus sangat ka PAS ni?