Wednesday, February 6, 2013
Nasharudin Mat Isa ialah mangsa kawan kencing kawan
Sunday, November 11, 2012
Murtad : UMNO nie bila bercakap tak tengok bumi dah.. Siapa perjuangkan Murtad sebenarnya..??
Umno lawan Nurul Izzah Anwar kononnya kerana marah murtad. Siapa kata Umno tak lawan yang lawan murtad? Lihat carian dalam Internet:
Pada 25 Mac 1998, Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi telah ditolak atas alasan tidak perlu disegerakan.
Pada 1 November 1999, usul untuk menangani gejala murtad dari Ahli Parlimen Marang telah ditolak ke bawah di dalam senarai sehingga beliau tidak mendapat laluan untuk membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub selaku Ahli Parlimen Kubang Kerian pernah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. Percubaan Salahuddin ditolak mentah-mentah.
Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 termasuk peruntukan menangani murtad. Umno bukan sahaja tak mahu sokong malah memfitnahkan habis-habisan rang undang-undang itu.
Tuesday, July 24, 2012
Saham FGV: Kerajaan Kedah kini seperti wain lama, botol lama, label ja baru

Saya malas nak jawab sms dia. Saya kol dia. Saya habaq kat dia, saya memang nak idea - kalau dia nak bagi.
Saya juga beritahu dia saya memang nak tulis. Nak tulis fasal penjelasan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengenai tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
Mula-mula saya tengok penjelasan tu dalam berita Sinar Harian 22/7/12 "MB Kedah anggap isu saham selesai". Lepas tu, pada tarikh yang sama, Harakah juga siar berita bertajuk "Isu saham FGVH selesai bila PKNK jual - Azizan".
Sebelum saya tulis, saya nak bagi tau yang saya tak pernah lupa jasa Azizan memberi saya peluang menjadi pemberita sambilan di Harakah ketika beliau menjadi Pengarah Urusan Harakah dulu. Semoga Allah membalas budi baiknya itu dengan kebaikan yang melimpah-limpah.
Balik kepada jawapan Azizan. Saya petik di bawah laporan Sinar Harian yang diulangsiar oleh Harakah itu:
Mengulas dakwaan Mahdzir bahawa setiap cek melebihi RM1 juta perlu mendapatkan tandatangan Pengerusi, dan mustahil perkara itu di luar pengetahuan Azizan ekoran cek yang dikeluarkan berjumlah RM2,275,000, Azizan berkata, beliau menandatangani sejumlah cek untuk urus niaga PKNK supaya pihak bank meluluskan pengeluaran wang.Kepada pak yet-pak yet Azizan, mungkin depa rasa terer sungguh Azizan patahkan hujah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Siap sebut fasal lembu Raya.
“Saya tandatangan banyak cek untuk PKNK, untuk pelbagai kegunaan termasuk saham. Ada yang butirannya tidak perlu dimaklumkan. Pihak bank bertindak mengeluarkan wang melalui cek untuk dibayar kepada saham terbabit, seterusnya dikendalikan unit terbabit,” katanya.
Menurutnya, sekiranya beliau terlepas pandang, ianya bukan sesuatu yang disengajakan kerana sebelum ini, permohonan Permodalan Kedah Berhad (PKB) untuk membeli saham FGVH ditolak.
“Cek untuk beli saham bukan macam kita keluarkan cek beli lembu Raya. Bukan semudah itu. Mungkin ketika Mahdzir jadi Menteri Besar dan Pengerusi PKNK, dia tidak terlibat dalam urusan jual beli saham dan tidak tahu prosedur PKNK,” katanya.
Mungkin depa rasa Det Khalid kena paku habis dengan jawapan Azizan. Saya tak tau apa terjadi kepada Det Khalid - sama ada dia terkucil terkudik-kudik dengan jawapan Azizan itu atau tidak, mana aku tau.
Sebaik sahaja saya membaca jawapan Azizan itu, saya terus tulis seperti berikut dalam laman Facebook saya (boleh subscribe di bahagian bawah tulisan atau posting ini jika anda sudi):
Wah, hebatnya cara mentadbir! Teringat Orang Putih kata, it is too high a price for a leader to make mistake. Kalaulah pemimpin Umno BN bagi alasan tahap jamban macam ni, dah tentu kita pakat2 kendurikan depa.Ramai orang buat salah. Tak pulak depa telanjangkan kesalahan depa. Tetapi Azizan baik, dia telanjangkan kesalahan dia.
Semua orang tahu, duit PKNK adalah duit rakyat. Dan, semua orang tahu juga, duit rakyat mesti ditadbir dan dijaga dengan amanah. Amanah bukan sahaja tak rembat duit tu, tetapi mesti juga bersifat prudent (berhemah) mentadbir dan menjaga duit tu.
Mana boleh terlepas pandang dalam bab duit rakyat. Itu tak prudent. Dan lebih tak prudent lagi bila senang-senang jawab "Cek untuk beli saham bukan macam kita keluarkan cek beli lembu Raya".
Dalam undang-undang, ada sebut fasal law of negligence. Ada juga sebut fasal breach of duty. Saya rasa hampa semua faham. Tak payahlah saya nak tambah perasa lagi..
http://penarikbeca.blogspot.com/2012/07/saham-fgv-kerajaan-kedah-kini-seperti.html
Sunday, July 15, 2012
Azizan - Idea dan corak pemerintahan beliau seringkali bercanggah dengan dasar PR..
Tentu ramai ahli PAS Kedah yang turut memeriahkan Perhimpunan Oren Selamatkan Felda semalam. Tahniah dan mudah-mudahan amalan yang baik mendapat pahala dari Allah s.w.t.Dan, tentu ramai juga dari mereka yang tak terjumpa berita bertajuk "PKNK sahkan miliki 500,000 saham Felda Global". Kalau tidak, mungkin ada dari mereka yang berhimpun beramai-ramai dalam demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah.
Mengapa saya kata demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah? Laa, Menteri Besar Kedah juga adalah Pengerusi PKNK (lihat sini).
Saya difahamkan kerajaan Kelantan membuat keputusan supaya negeri itu dan agensi-agensi di bawah negeri itu tidak membeli saham FGV. Dan, kita juga tidak menerima khabar bahawa Selangor dan Pulau Pinang atau agensi-agensi kedua-kedua kerajaan negeri tersebut melakukan apa yang dilakukan oleh PKNK.
Apa-apa pun, jangan risau, sama seperti ketika Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengaku menggunakan undang-undang taghut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dulu - malah dengan berlagaknya mengaku dia anak AUKU - Presiden PAS dijangka akan mengeluarkan kenyataan seperti kenyataan pro AUKU beliau dahulu.
Sama seperti kenyataan pro undang-undang taghut hari tu, mungkin Presiden PAS akan kata:
"Namun Ustaz Azizan tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.Berita berkaitan:
"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri".
PKNK sahkan miliki 500,000 saham Felda Global
Monday, November 28, 2011
"Asal bukan Umno" akan cetuskan kebangkitan tanpa pemimpin
Oleh Penarik Beca
Dalam posting bertajuk "Mesir: Rakyat mati bergelimpangan, tapi Ikhwan dok kalut fasal traffic jam!", yang saya nak bangkitkan bukan apa strategi Ikhwan Muslimin. Mana saya tau apa strategi yang terbaik untuk depa. Ikut suka depa la.
Sama la jugak bila saya tulis posting "Nak termuntah aku tengok blog Kelantan puja sultan depa!", orang kata saya anti orang Kelantan. Gila! Allah Maha Menyaksikan, tak dak kerja aih aku nak anti orang Kelantan. Bodoh sangat kalau aku gila lagu tu. Yang aku benci sangat, meluat sangat ialah feudalisme dan penyembah-penyembah feudalisme.
"...the reason the uprisings in Egypt and Tunisia were able to overthrow their presidents is the fact that neither had a leader".Saya yakin, di Malaysia juga boleh berlaku kebangkitan tanpa pemimpin. Slogan "asal bukan Umno" saya yakin akan akan mencetuskan kebangkitan tanpa pemimpin di negara ini. Tunggulah!
Ni semua dari Barat ni, jangan percaya:
Cairo’s bloody saga: Protester crushed by army vehicle
Egypt's Muslim Brotherhood says to join army talks
Unholy Alliance: Egypt's Military & The Muslim Brotherhood
Breaking: Egyptian military cuts deal with Muslim Brotherhood to speed transition
Egypt: Muslim Brotherhood's alliance with generals has put revolution in peril
Cairo turns on Muslim Brotherhood over 'army deal'
Monday, October 3, 2011
Sehari dua ni Umno mencipta kemenangan demi kemenangan.
Oleh Penarik Beca
Sehari dua ni Umno mencipta kemenangan demi kemenangan. Dari isu hudud sampailah isu jenayah yang statistik kata tinggi di Johor. Umno tentu rasa dia macam ketua mafia yang ditakuti di negara ini. Manakan tidak, tindak tanduk pembangkang nampak sangat diagendakan oleh Umno.
Kalau saya jadi Umno, saya akan berlagak sakan sambil bersiul atas jalan.
Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.
Sunday, June 12, 2011
Bersih: Sekali lagi nak cakap, bunuh kuasa Umno dulu, lain kira kemudian!
Oleh Penarik Beca
Dalam artikelnya, "The munafiq named Zul Noordin", Raja Petra Kamarudin menda
kwa, Datuk Ambiga Sreevanasan "is opposed to election fraud. Zul, on the other hand, wants to uphold election fraud. In this sense Ambiga is more Islamic than Zul. Zul, according to Islamic teachings, is a hypocrite or munafiq".
Kalau diambil jalur pemikiran Raja Petra, ia dengan sendirinya bermakna mana-mana umat Islam yang menentang usaha untuk memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil di dalam negara ini adalah munafiq.
Saya bukan nak bincang itu semua. Saya nak bincang tuduhan bahawa Ambiga anti-Islam. Dan, siapa yang pergi demo Bersih diperkuda puak anti-Islam.
Pertama sekali, Bersih hakikatnya ialah mengenai lawan Umno. Sebab, Umnolah yang dilihat menjadikan pilihan raya negara ini tak adil dan tak bersih.
Kedua, puak bangang kena tahu bahawa bukan puak anti-Islam sahaja yang mahu dan memerlukan pilihan raya yang adil dan bersih. Puak yang cintakan Islam juga mahu dan memerlukan pilihan raya yang adil dan bersih. Cinta Islam tak bermakna biarkan sahaja Umno mengotori pilihan raya dan menjadikan pilihan raya sebagai alat untuk parti itu melakukan lebih banyak kezaliman dan kejahatan.
Katakan benar Ambiga dan orang-orangnya anti-Islam. Awat, Umno tak anti-Islam ka? Tengok balik sejarah. Dah jenuh dah Umno menjadikan Islam (saya ulang, Islam itu sendiri dan bukan yang lain) sebagai momokan untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam. Ingat balik cercaan dan penghinaan terhadap hukum Islam yang dibuat oleh para pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Semuanya direkodkan dalam sejarah. Paling akhir, dalam pilihan raya kecil Tenang. Kelaku macam tu kalau bukan anti-Islam, nak sebut apa?
Sekali lagi, katakan benar Ambiga dan puaknya anti-Islam. Maknanya, dua-dua anti-Islam. Ambiga anti-Islam, Umno lebih lagilah!
Sekarang kita pakai neraca mudharat yang lebih ringan. Ambiga dan puaknya anti-Islam. Tapi mereka nak pilihan raya yang adil dan bersih. Umno juga kita nampak sangat anti-Islam. Malah lebih teruk sifat anti-Islam Umno berbanding Ambiga dan puaknya. Dah la anti-Islam, pilihan raya yang adil dan bersih pun tak nak. Nampak sangat Umno sentiasa membuktikan dirinya adalah mudharat yang terbesar di negara ini.
Ikut kaedah usul-fiqh, kita selesaikan dulu lawan Umno yang merupakan mudharat yang terbesar sampai ke akhirnya. Kalau benar Ambiga dan puaknya anti Islam, yang mana saya taklah berani nak menafikannya, itu kita kira kemudian. Lawan satu-satu. Bunuh kuasa Umno dulu. Puak Ambiga ka, apa benda ka, kita kira kemudian - bila kuasa Umno dah mampoih esok!
Akhirnya, saya harap perlantikan beberapa jawatan penting dalam PAS hari ini akan meredakan sikit histeria Umno dan lembu kerbaunya yang nampak menggelejat sakan selepas pemilihan pimpinan PAS baru-baru ini. Saya tak perlu hurai apa-apa, banyak orang faham.

Wednesday, May 11, 2011
Umno: 10 dia cakap, 12 tak boleh percaya

Saya bagi contoh. Cerita seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Umno. Masyhur cerita dia. Adun ni kena bayar road tax sahaja dalam RM20,000 setahun. Cuba bayangkan berapa banyak kereta mewah atau tak mewah yang dia ada. Cuba bayangkan pula kalau Umno kalah. Siapa nak bayar ansuran kereta-kereta tu? Bayangkan berapa banyak ansuran bulanannya kalau road tax sahaja RM20,000 setahun.
Bukan takat loan kereta, kalau dia ambil loan rumah, siapa nak bayar kalau Umno kalah? Tu belum kira loan lain lagi. Mudah-mudahan dia tak ada perempuan simpanan. Kalau ada, lagi besar tanggungannya. Tak ada pilihan. Umno mesti menang. Kalau tak, boleh mampoih Mamat tu.
Tu baru Adun. Bayangkan kepentingan Datin Seri Rosmah Mansor. Kos menanggung Rosmah tentu sangat besar. Mana nak korek duit kalau Umno kalah? Mungkin ada simpanan. Mungkin dah bergunung dah kaut. Tapi gunung pun boleh runtuh kalau korek tak habis.
Tapi Umno cerdik. Dia pun macam sinetron Indonesia juga. Orang tetap nak tengok walau pun menipu dan membodohkan depa.
Umno pandai guna isu yang masuk ke hati Melayu. Kuasa Melayu terancam, DAP akan perintah Malaysia. Apa lagi, Melayu yang bodoh senang-senang ditipu Umno. Pembangkang pula hanya tahu menjerit. Nak lawan, tak panjang akal. Tak habis-habis jerit. Lihat muka depan Harakah di atas. Hello, Umno guna perkauman bukan news la!!
Bak kata orang, kalau cerita anjing gigit orang, tu bukan news. Yang news ialah cerita orang gigit anjing.
Ada pula yang perasan bagus nak lawan Umno dengan isu yang tak masuk ke hati rakyat. Hello, hang cakap fasal demokrasi, benda tu tak masuk dalam hati rakyat. Civil liberties? Masturbate la engkau puas-puas.
Pembangkang cakap fasal rasuah pun saya rasa tak banyak masuk ke hati rakyat. Anak-anak aku faham dan sakit hati kat rasuah lepas tengok cerita Hindustan.
Tapi apa nak buat, Umno pandai menipu dan pandai bodohkan orang. Macam sinetron, Umno tetap laku walaupun ramai orang kata, 10 perkara orang Umno cakap, 12 perkara tak boleh percaya. Contoh banyak. Jangan tak dak contoh lansung, baca laporan Berita Harian hari ini bertajuk "Perihal Orang Muda: Bank perlu longgar syarat pinjaman". Skim Rumah Pertamaku konon. Menipu tak habis-habis. Kalau aku kata taghut, depa marah.

Adakah orang akan terus panggil pandi kutty kepada Najib?
Dalam berita bertajuk "Pandi Kutty - Anwar dakwa difitnah lagi" Malaysiakini melaporkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tak kata pandi kutty kat Datuk Seri Najib Tun Razak. Berikut adalah petikan ucapan Anwar yang dimaksudkan di Dewan Hamzah Klang itu apabila perkataan pandi kutty disebut:"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutty."Soal Anwar kata atau tak kata, itu tak penting. Akhbar, TV dan parti pandi kutty akan tetap kata Anwar kata pandi kutty kat Najib. Trend terkini akhbar, TV dan parti pandi kutty ialah mereka cipta pembohongan dan kemudian mereka beriman kepada pembohongan itu. Memang dasar pandi kutty.
Namun, yang lebih menarik untuk dilihat ialah adakah selepas ini orang akan panggil pandi kutty kepada Najib. Adakah Najib akan terus jendera tidurnya bila tak habis-habis dipanggil pandi kutty?
http://penarikbeca.blogspot.com
Thursday, May 5, 2011
Jangan sampai orang kata nilai mufti lebih murah dari seluar dalam

Mafhum cakap dia ialah, kalau tak nak bersatu dengan Umno, itu pengkhianat Islam. Tu yang saya kata jenis cakap foot in the mouth tu. Nak aku carut-carut. Segan la pulak nak mencarut sebab mencarut tak dibenarkan oleh Islam. Allah s.w.t. serta Rasul-Nya s.'a.w.w. tak pernah mencarut.
Semalam Mamat tu merapu lagi. Lihat berita Malaysian Insider semalam "Mufti Perlis: Mengapa melenting, saya cakap ikut nas al-Quran". Kena debik jugak nampaknya Mamat cakap kot kaki ni. Ajaq supaya jangan sedap-sedap cakap menyesatkan orang.
Saya tak peduli sama ada PAS nak bersatu dengan Umno atau tidak. Itu urusan para pemimpin dan ahli-ahli PAS. Depa boleh putuskan dalam muktamar depa. Saya bukan ahli PAS. Saya hanya sokong dasar Islam, seruan Allahu Akbar dan cita-cita mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.
Saya hanya nak bercakap sebagai orang Islam biasa atau ordinary Muslim.
Saya bukan ahli PAS. Tetapi sebagai orang Islam biasa, nas al-Quran mana yang menyatakan saya pengkhianat agama kalau saya tak nak dan benci sangat-sangat nak bersatu dengan parti perasuah yang busuk hingga ke usus? Woi Mamat, hang jangan sedap-sedap nak dakwa hang bercakap ikut al-Quran.
Hang jangan nak sesatkan orang dengan gelaran mufti yang dipakaikan kepada hang. Tu yang aku sakit hati tu. Sesatkan orang dengan dakwaan kononnya dia cakap ikut nas al-Quran.
Bukan saya yang kata Umno sudah jadi parti perasuah. Tun Dr Mahathir yang tulis gitu dalam blog dia. Berjuta-juta orang dah baca. Dr Mahathir juga yang tulis dalam blog dia bahawa Umno dah busuk hingga ke usus (rotten to the core). Saya yakin yang buruk dan busuk tu ialah kelaku. Sebab tu la saya selalu ingatkan anak-anak saya supaya jangan buat kelaku busuk macam Umno.
Hello mufti, hang nak lempaq tang mana amaran Allah dalam surah Hud ayat 113?
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan.Cakap pakai otak la, mufti. Jangan sesatkan orang dan dakwa pula hangan cakap ikut nas. Jangan sampai orang tuduh hang mufti sekupang tiga. Umno boleh beli sekupang tiga. Lebih murah dari harga seluar dalam di pasar malam (Komen-komen saya malas nak moderate lagi. Nanti la bila-bila senang).
Tuesday, February 22, 2011
Apa salah minyak RON95 naik harga? Janji Umno perintah...!!
Oleh Penarik Beca
"Siapa kata RON95 nak naik...siapa cakap? Khabar angin?...jadi itu khabar anginlah. Biarlah sekadar khabar angin. Tak, setakat ini tidak (naik)," itu kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob.
Kalau gitu, kenapa menteri tu takut sangat nak mengaku RON95 akan naik harga? Atau, barangkali menteri tu tak tau bahawa ramai rakyat yang sudah terasa bahang kenaikan harga barang terutama barang makanan. Khabarnya, gula dan susu akan naik harga Mac ini. Mungkin juga tepung. Khabarnya.
Kalau naik, apa salahnya gula, susu dan tepung naik harga? Para menteri dah ada hujah bagus. "Gula, susu, tepung tak elok makan banyak-banyak. Mudarat kepada kesihatan. Kalau harga naik, kita akan kurang makan gula, susu, tepung. Kesihatan kita akan bertambah baik". Insya Allah, majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak akan sokong penuh cakap menteri-menteri.
Apa salahnya harga minyak, barang makan dan barang-barang lain naik harga? Majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak akan undi tetap BN. Kerajaan Umno BN tidak akan jatuh. Yang mungkin jatuh ialah pemerintahan Datin Seri Rosmah Mansor yang dibantu Datuk Seri Najib Tun Razak kalau Umno BN tak dapat dua pertiga dalam pilihan raya akan datang.
Ah, apa salahnya semua barang naik harga? Majoriti orang Melayu, majoriti orang India, majoriti orang Sabah dan majoriti orang Sarawak semuanya banyak duit.
Hello, Umno BN, naikkanlah harga barang. Insya Allah, hampa akan tetap menang...
Sunday, January 23, 2011
Tenang: Muhyiddin cincang kejayaan bloggers Umno
Tidaklah berani sama sekali saya mendakwa kempen PAS di Tenang macam bagus sangat. Tetapi Umno lagi teruk.Mula-mula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pergi ke Tenang untuk bersungguh-sungguh mempamerkan dia tak ada otak. Tak payah ulas lagilah kisah membadutkan diri sendiri tu. Apalah yang nak diharapkan sangat dari Najib dalam zaman kepuanan Melayu ni.
Lepas tu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menghina perintah Allah yang terkandung dalam Surah al-Maidah, ayat 38. Kalau pemimpin Umno hina hukum Allah, itu bukan news. Itu perkara biasa. Dah tak larat nak dengar dah.
Tetapi yang paling bodoh sekali nampaknya ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Berita Malaysiakini semalam bertajuk "Negara Islam: Ada baik Cina diingatkan, kata TPM" melaporkan:
Timbalan Perdana Menteri Tan Srti Muhyiddin Yassin berkata tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.Teringat sungguh kata-kata seorang kawan yang tegar habis dengan Umno kepada saya: "Muhyiddin bodoh..." Pada masa itu ternganga saya sebab saya pernah diberitahu oleh seorang sasterawan yang juga wartawan yang pernah menginterview Najib, Muhyiddin dan Tun Abdullah Ahmad Badawi bahawa Muhyiddin lebih cerdik dari dua orang tu. Saya pun percaya.
NONESambil menyifatkan isu berkenaan bukan satu perkara baru, Muhyiddin berkata PAS masih menympan hasrat mereka untuk membentuk negara Islam jika berjaya menguasai Putrajaya.
"Sejak daripada dahulu pun PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada.
Sebab itulah saya ternganga apabila Mamat Umno tu kata gitu kat saya. Akhirnya, kempen pilihan raya di Tenang menyebabkan saya berkata dalam hati, agaknya memang sungguh Muhyiddin tu bodoh.
Alahai... Kalau ya pun nak undi Cina, janganlah cincang-cincang senjata Umno. Selepas pilihan raya 2008, bersungguh-sungguh orang-orang Umno, termasuk bloggers Umno, cybertroopers dan puak-puak totok Umno, sama ada yang berhujah atau yang bercakap merapu men'Joseph Goebbels'kan orang-orang Melayu bahawa PAS dah lempaq jauh-jauh negara Islam kerana takutkan DAP.
Rasa-rasanya, tinggal sikit lagi dah nak berjaya usaha depa. Sikit sangat lagi.
Tiba-tiba, selamba ja Muhyiddin cincang-cincang penat jerih depa yang dah dekat sangat dah nak berjaya tu. Sedap-sedap mulut dia kata "PAS tidak pernah mengatakan mereka nak pinda perlembagaan mereka... Itu (membentuk negara Islam) masih ada".
Kalau PAS yang mendakwa bahawa ia tidak pernah nak pinda perlembagaannya dan itu (membentuk negara Islam) masih ada, cakap-cakap seperti itu tak ada currency. Tapi kalau Timbalan Presiden Umno yang kata gitu, ia memang satu publisiti percuma kepada PAS bahawa "Itu (membentuk negara Islam) masih ada".
Selepas ini senang-senang PAS boleh kata Timbalan Presiden Umno pun iktiraf bahawa PAS tak pernah nak pinda perlembagaannya dan membentuk negara Islam masih ada.
Kesian jentera propaganda Umno termasuk bloggers dan cybertroopersnya. Penat jerih mereka dan kebijakan propaganda mereka yang dah dekat sangat dah nak menjadi dah dikencing gitu-gitu ja oleh Muhyiddin. Saya tak sampai hatilah nak kata memang dia bangang. Tak elok kata gitu.


