Showing posts with label Tenang. Show all posts
Showing posts with label Tenang. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

Tenang : Pakatan Rakyat tetap 'TENANG' w/pon tewas di Tenang

Tenang: Umno 'tidak menang' PAS 'tidak kalah'
http://telaahpolitik.blogspot.com

Keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) Tenang semalam tidak begitu memperlihatkan perubahan yang ketara kepada trend pengundian di DUN Tenang berbanding Pilihanraya Umum (2008) yang lalu. BN atau UMNO hanya mampu menambah 332 undi sahaja. Manakala calon PAS kekurangan 883 undi yang hampir 65% jumlah kekurangan ini disebabkan mereka tidak dapat keluar mengundi disebabkan hujan lebat dan banjir. Sekiranya berdasarkan kepada angka peratusan secara rambang ini, majoriti yang diperolehi oleh UMNO hanya bertambah sedikit sekitar 2700 hingga 2900. Pertambahan seumpama ini dalam sesebuah PRK bagi BN yang mengerahkan seluruh jentera kerajaan, bolehlah dikatakan tidak begitu membanggakan.

Berdasarkan kepada analisis terhadap jumlah undi yang diperolehi oleh calon dari setiap peti undi, jelas membuktikan trend seperti ini. Faktor kekalahan utama calon PAS ialah golongan atas pagar terutama pengundi Cina tidak dapat keluar mengundi. Peti undi yang paling ketara menunjukkan fenomena ini ialah Bandar Labis Timor. Di peti undi ini calon PAS hanya memperolehi 144 undi daripada 740 undi yang diperolehi pada PRU 2008, iaitu kurang 600 undi. Kekurangan 600 undi ini disebabkan mereka yang menyokong PAS dahulu tidak keluar mengundi bukannya beralih kepada UMNO. Pertambahan undi UMNO di peti undi ini hanya 2 undi iaitu dari 669 semasa PRU 2008 kepada 671 dalam PRK semalam.

Sekiranya 600 undi itu diterjemahkan sebagai mengundi PAS sebagaimana persepsi pengundi Cina yang dilihat tidak jauh berubah, bermakna calon PAS berkemungkinan mendapat tambahan undi sekitar 3500 dan majoriti kemenangan BN berdasarkan peti undi ini sahaja boleh berkurangan sehingga 3000 sahaja. Demikian juga kawasan-kawasan peti undi yang PAS menanginya semasa PRU 2008 yang lalu, jumlah yang keluar mengundi jauh berkurangan sehingga menyebabkan PAS memperolehi kekurangan undi tersebut. Sebagai contoh di Bandar Labis Tengah PAS kekurangan 212 undi dan peti undi Labis PAS kekurangan 202. Kekurangan ini disebabkan mereka tidak dapat keluar mengundi.

Dakwaan MCA bahawa pengundi Cina kembali menyokong BN adalah tidak tepat. Kalau benar Cina tidak mengundi PAS atau PR, mengapa peti undi Bandar Labis Tengah (peratus pengundi Cina paling ramai di DUN Tenang iaitu 95.7%), 68.6% dari yang keluar mengundi mengundi calon PAS, lebih baik dari pada tahun 2008 sebanyak 66.7%. Berlaku peningkatan 2%. Seawal pukul 2.00 petang, pusat pengundian di Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah bagi Bandar Labis Timor sudah tidak boleh dimasuki kerana banjir, manakala menjelang pukul 3.00 petang pula SMK Kamarul Ariffin, pusat pengundian bagi Bandar Labis Tengah pula tidak boleh dimasuki. Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah hanya sekitar 900m dari tebing Sungai Labis. Kawasan berhampiranny sudah mula tenggelam sekitar tengahari. Bandar Labis Timor ini mempunyai 63.4% pengundi Cina, tetapi ramai mereka tidak dapat keluar kerana banjir.

Manakala kawasan-kawasan yang menjadi kubu kuat UMNO seperti Felda Tenang, Felda Chemplak dan Felda Chemplak Barat, situasi sebaliknya berlaku. Di peti undi Felda Tenang jumlah pengundi yang keluar mengundi bertambah 30 orang, di Felda Chemplak Barat juga bertambah seramai 30 orang, manakala di Felda Chemplak berkurangan sedikit hanya kepada 22 orang. Berdasarkan angka-angka tersebut, boleh dikatakan keadaan hujan lebat dan banjir yang berlaku di DUN Tenang ini tidak langsung menjejaskan kawasan kubu UMNO dari segi peratus pengundi keluar mengundi sekiranya dibandingkan dengan PRU 2008.

Secara keseluruhan, melihat kepada pencapaian UMNO di setiap peti-peti UMNO, tidak kelihatan UMNO membuat peratusan penambahan secara berlipat ganda melainkan undi pos. Di kubu-kubu kuat UMNO sendiri pertambahannya sangat sedikit, seperti di Felda Chemplak, undi UMNO bertambah 49 undi, di Felda Chemplak Barat bertambah hanya 64 undi dan di Felda Tenang bertambah 90 undi. Pertambahan undi UMNO di kawasan-kawasan kampung tradisi Melayu juga dalam lingkungan bawah 100 undi. Malah di peti undi Sawah Bahru UMNO kekurangan undi 6 undi berbanding PRU 2008, sedangkan di peti undi yang sama PAS menambah 3 undi.

Berdasarkan analisis terhadap peti-peti undi itu, dapat disimpulkan mementum PRU 2008 masih kekal. Peningkatan majoriti kemenangan UMNO banyak dibantu oleh para pengundi atas pagar dan penyokong PR pada PRU 2008 yang lalu tidak dapat keluar mengundi disebabkan hujan lebat dan banjir. Oleh sebab itu, sekiranya peratusan pengundi keluar mengundi kekal seperti PRU 2008 atau lebih sedikit, majority yang diperolehi oleh BN atau UMNO seperti pada PRU 2008 akan kekal atau mungkin semakin berkurangan. Diyakini PAS sangat menyedari perkara ini, justeru para pimpinan kanan PAS menuntut supaya PRK semalam ditangguh disebabkan factor cuaca.

Strategi UMNO yang paling berjaya dalam PRK semalam ialah membuat bantuan kepada mangsa hujan lebat dan banjir secara terpilih. Sebagai yang dijelaskan oleh Zulkifli Sulong, Editor Harakahdaily, bantuan secara besar-besaran telah diberikan untuk mengerahkan pengundi kawasan kubu kuat UMNO keluar mengundi seperti di Felda Tenang, Felda Chemplak dan Felda Chemplak Barat. Kawasan-kawasan yang lain seperti ‘didiskriminasi’ sehingga peratusannya menurun mendadaj. Dengan perkataan lain UMNO menggunakan strategi bantuan terpilih ini untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi di kubu kuatnya dan mengurangkan peratusan keluar mengundi di kubu kuat PR.

Saturday, February 5, 2011

Hikmah di sebalik kekalahan di Dun Tenang

Oleh Suhaimi Mokhtar

Tenang, di Labis, Johor berkocak dan bergolak dengan gelora politik selama lebih seminggu apabila pilihanraya kecil DUN itu berlangsung. Kini ia kembali tenang dan keputusan pilihanraya kecil itu telah memihak kepada Umno-BN yang dapat mengekalkan kubu kuat gabungan parti itu.

Percubaan PAS untuk mengganti Umno-BN diDun itu dengan meletakkan calon muslimat yang masih muda, Cikgu Normala Sudirman gagal membuahkan hasil, tetapi kegagalan pertama Cikgu Mala ini bukan bererti segala-galanya telah berakhir.

Dalam usia yang masih muda Cikgu Mala mempunyai masa depan politik yang cerah dan masih panjang. Pilihanraya kecil yang baru berlalu merupakan satu permulaan yang baik untuk perjuanganseterusnya dengan mengarap pengalaman yang ditempuhi untuk mengatur langkah, strategi yang lebih mantap dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Kemenangan Umno-BN dalam pilihanraya kecil tidak membawa erti bahawa Umno-BN boleh merasa lega dan selesa dalam pilihanraya umum nanti kerana dalam pilihanraya umum suasana, iklim dan persekitaran politik jauh berbeza berbanding dalam pilihanraya kecil.

Umno-BN sepatutnya mendapat undi lebih besar dari yang didapatinya dengan tektik kotor kempen pilihanraya yang diselenggara mereka. Umno-BN melakukan kempen dengan merasuah rakyat dan pengundi dengan projek-projek segera berjumlah ratusan juta ringgit yang ditumpukan kepada kawasan itu untuk meraih undi. Tiap-tiap kaum dikawasan Dun itu dirasuah dengan diberi projek segera bagi menafikan sokongan pengundi kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

PAS tidak berkemampuan untuk berbuat demikian, lebih-lebih lagi sebagai sebuah parti yang bersandarkan kepada perjuangan Islam, etika dan akhlak Islam melarang perbuatan merasuah pengundi dengan projek-projek segera untuk membeli undi.

PAS kalah dikubu kuat Umno-BN tetapi pada masa yang sama PAS telah membuatkan kehadirannya dirasakan di Dun Tenang khususnya dan di Negeri Johor umumnya. Sepanjang negara ini mengenali sistem demokrasi melalui pilihanraya, PAS tidak pernah diterima baik di negeri Johor, bahkan tiap kali pilihanraya ramai calon-calon PAS kehilangan wang pertaruhan dalam pilihanraya.

Bagaimanapun, segala-galanya bertukar dalam dua penggal pilihanraya lalu. Dalam pilihanraya 2004 PAS dapat menghantar wakilnya di Dun Johor apabila calonnya memenangi satu kerusi tanpa bertanding kerana kesilapan teknik calon Umno-BN dalam pilihanraya itu. Dalam pilihanraya 2008, PAS buat pertama kalinya memenangi dua kerusi di Dun Negeri Johor.

Harapan PAS untuk menambah satu kerusi lagi dalam pilihanraya kecil melalui Cikgu Mala kecundang tetapi ia membawa hikmah bahawa PAS perlu berkerja lebih kuat dan gigih bersama komponen Pakatan Rakyat untuk menebus kekalahannya di Dun Tenang dalam pilihanraya umum akan datang.

Umno-BN mungkin merasa selesa dan puas kerana bukan sahaja mengalahkan PAS dan Pakatan Rakyat tetapi meraih undi majoriti lebih besar. PAS pula, walaupun kalah dan tidak dapat mengurangkan majoriti Umno-BN, tetapi masih kekal dan utuh dengan undi yang diperolehinya dalam pilihanraya umum lalu. Ertinya PAS tidak kehilangan pengaruh di Dun Tenang dan di Johor umumnya.

Dalam pilihanraya umum nanti PAS mampu merampas kembali Dun Tenang. Hakikat ini sering berlaku, apabila berlaku pilihanraya kecil disesuatu kawasan, Umno-BN memenangi pilihanraya kecil tetapi dalam pilihanraya umum kemenangan boleh bertukar tangan.

Hakikat yang terpancar dari pilihanraya kecil mencerminkan bahawa PAS telah memberikan saingan terhadap Umno-BN di Johor, sama seperti saingan yang diberikan PAS terhadap Umno-BN dinegeri-negeri lain. Kisah calon PAS kehilangan wang pertaruhan di Johor kini menjadi sejarah. Era baru PAS diJohor ialah memberi saingan di negeri tempat Umno lahir.

Impak dari pilihanraya kecil itu ialah keberkesanan dakwah PAS di Johor dikesempatan pilihanraya kecil itu, apabila tazkirah Tok Guru Nik Aziz mendapat sambutan luarbiasa dinegeri kubu kuat Umno itu. Ceramah-ceramah politik PAS dalam pilihanraya kecil itu oleh pimpinan PAS dari presidennya hinggalah kebarisan pimpinan PAS yang lain telah meninggalkan kesan untuk digembelingkan seterusnya sehingga pilihanya ke-13 diadakan.

Momentum yang digerakkan perlu diteruskan kerana PAS berpotensi melakari sejarahnya yang tersendiri di Johor yang diungkapkan sebagai ‘negeri Umno’. Bukanlah sesuatu yang mustahil Johor menjadi ‘negeri PAS-Pakatan’ selepas pilihanraya ke-13 nanti. Kalau dulu calon-calon PAS sentiasa kehilangan wang pertaruhan dalam pilihanraya tetapi dalam dua pilihanraya umum yang lalu fenomena itu telah tidak lagi berlaku. Ertinya ia bukanlah sesutu yang mustahil PAS akan membuat kebangkitannya di Johor, paling kurang menambah kehadirannya di Dun Johor.

Sebenarnya banyak yang positif berlaku dalam pilihanraya kecil Dun Tenang apabila PAS meletakkan Cikgu Mala. Ia memberi persepsi bahawa PAS mendapat dokongan kalangan muda yang terpelajar, mempunyai minda terbuka dan sentiasa berlapang dada berbanding dengan calon Umno-BN yang dipilih bukan dari kalangan pimpinan Umno tempatan kawasan itu.

Walaupun Umno-BN memenangi pilihanraya itu, tetapi dendam kesumat menyelubungi kemenangan calon Umno itu kerana pimpinan Umno negeri yang diketuai Menteri Besar, Abdul Ghani Othman membelakangi bahagian dan cawangan Umno dalam pemilihan calon itu. Keadaan ini akan menyebabkan pergolakan dalam Umno setempat akan tercetus sehinggalah menjelang pilihanraya ke-13 nanti. Siapakah calon Umno-BN di Tenang dalam pilihanraya umum akan datang? Mungkin calon yang sama yang telah memenangi pilihanraya kecil, tetapi ia tentu tidak disenangi banyak pihak dikalangan pimpinan bahagian yang merasakan mereka juga layak.

Kemenangan Umno-BN diTenang memang dijangkakan seperti juga dalam pilihanraya kecil Dun Galas di Kelantan sebelumnya. Ia kerana kawasan-kawasan itu kubu Umno-BN dan dengan menguasai seluruh media dengan saluran TV-nya, maka kemenangan itu tidak bolehlah dibanggakan sangat.

Kemenangan Umno-BN di beberapa pilihanraya kecil tidak bererti PAS tidak mampu mengganti Umno. PAS mampu dan berupaya menggantikan Umno dan slogan keramat ‘PAS ganti Umno’ memerlukan penghayatan yang lebih segar dari seluruh pendokong PAS dari pimpinan tertingginya sehinggalah kepada pendokong dan aktivis parti diperingkat akar umbi.

Di kawasan-kawasan PAS dan Pakatan, kemenangan berpihak kepada PAS dan Pakatan dalam pilihanraya kecil dan keputusan pilihanraya kecil dikubu Umno-BN langsung tidak memperlihatkan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat kehilangan pengaruhnya. Pengaruh PAS dan Pakatan terus kukuh dan kental.

Kekalahan di Dun Tenang hendaklah diterima dengan berlapang dada kerana ia adalah suatu hikmah mengajak PAS dan Pakatan bermuhasabah diri dan melangkah dengan lebih berani dengan menyusun tektik, stratiji yang lebih bersepadu untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya ke-13 nanti.

Pilihanraya dinegara ini sentiasa berlangsung dalam padang yang tidak samarata. Antaranya wujudnya elemen undi pos;SPR yang tidak bebas sepenuhnya;pembawaan peti-peti undi dari tempat mengundi ke tempat pengiraan tidak dikawalselia dengan baik apalagi dalam pilihnraya kecil Dun Tenang berlaku banjir kilat;pertukaran tempat pengundian dan lain-lain ;semuanya tidak memperlihatkan ia pilihanraya yang adil dan saksama.

PAS dan Pakatan Rakyat perlu mendesak SPR membenarkan pemerhati antarabangsa membuat pemerhatian dalam pilihanraya ke-13 nanti bagi menentukan satu pilihanraya yang demokratik dan adil dengan meminimakan elemen-elemen yang boleh membawa kepada penyelewengan dalam pilihanraya.

Thursday, February 3, 2011

Menyedarkan Chua Soi Lek

Hishamuddin Rais

Kalau tidak ada pilihan raya kecil di Tenang, tidak mungkin aku akan bermalam di Yong Peng. Aku sampai ke pekan kecil ini sesudah lewat tengah malam. Sebenarnya aku telah memesan kamar tidur dua minggu lebih awal , sebaik sahaja aku dengar ada YB yang meninggal dunia.

NONEPagi itu, aku hanya mencari di mana bangunan hotel ini. Memang nasib baik kerana hanya ada dua buah hotel sahaja di pekan ini. Pekan kecil ini hanya ada dua deretan bangunan kedai yang selari dengan jalan raya. Jadi, aku tidak perlu hura-hara ke hulu ke hilir di tengah malam buta yang senyap dan sunyi.

Yong Peng, seperti Taiping, bermakna "wilayah aman damai" dalam bahasa Tionghua. Aku mengerti kenapa pekan ini dipanggil sedemikian. Ini kerana wilayah ini sering berlaku bentrokan di antara pejajah dan nasionalis. Di wilayah ini adalah kawasan politik Mat Indera - seorang nasionalis yang telah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British.

NONEAhmad bin Indera atau Mat Indera berasal dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak. Mat Indera bergerak di Lenga, Labis, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan di sekitar Muar. Mat Inderalah yang telah memimpin pasukan gerila Tentera Pembebasan Malaya yang menyerang rumah pasong British di Bukit Kepong.

Ketika aku ditahan dalam Penjara Air Molek Johor Bahru pada September 1974 dahulu, ada seorang wadar Melayu - yang aku rasa bersimpati - dengan berbangga menunjukkan kepada aku sel Mat Indera. Kemudian si wadar ini telah membawa aku ke satu kawasan di sebelah belakang dan menunjukkan kepada aku kawasan tiang di mana Mat Indera mati digantung British.

Esoknya jam enam pagi aku telah meninggalkan Yong Peng menuju ke Labis untuk bersama puluhan ribu yang lain sebagai penyataan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat. Lalu aku berhenti di pertengahan jalan - di Chaah - kerana dari maklumat yang diterima, di sini ada sebuah kedai yang kopinya dianggap baik. Sarapan aku di pagi ini gagal. Mungkin aku tersalah kedai.

Kawat berduri

Sesampainya ke pekan Labis aku hampir pengsan kerana pekan ini telah ditawan oleh kelompok-kelompok kecil - bukan seperti gerila Mat Indera - tetapi oleh perempuan yang seragam memakai kain tudung merah. Mereka berjalan berkumpulan menuju entah ke mana. Aku tidak ada pilihan dan terpaksa menyelam sama dalam kumpulan ini, berjalan ke hadapan tanpa satu tujuan yang jelas.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 police barrierSesampainya ke satu simpang aku ternampak seorang abang yang di bajunya ada gambar bulan. Dia melintasi jalan dan berpecah dari kumpulan perempuan ini. Aku juga keluar dan meninggalkan kumpulan ini untuk mengekori si abang. Akhirya kami berkenalan. Abang ini datang dari Melaka bersama sang isteri. Mereka telah memulakan perjalanan dari Bukit Katil seawal jam 4 pagi. Dia bertanya ini dan itu. Sesekali dia mengeluarkan ayat-ayat berbahasa Inggeris. Lalu aku membuat kesimpulan pastilah si abang ini seorang profesional yang menyokong PAS.

Hampir tiga kilometer kami berjalan menuju ke arah di mana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membenarkan warga dan penyokong Pakatan berkumpul. Aku rasakan kami seperti dalam suasana perang. Kawat-kawat berduri dipasang di sana-sini. Ini mengingatkan aku Kem Kamunting. Atau lebih tepat lagi seperti filem Hollywood tentang perang dunia kedua. Setiap lima kaki di sepanjang jalan yang aku lalui menuju ke kawasan Pakatan, ada sahaja anggota polis tercegat berdiri lengkap bersenjata.

NONEAku perhatikan mereka memiliki senapang bermuncng besar bersedia dengan peluru gas pemedih mata. Di pinggang terselit sepucuk pistol. Aku mencuri-curi pandang dan cuba mengira jumlah peluru hidup ini. Mungkin 12 butir atau mungkin 24 butir. Lalu aku terseyum, tikus mondok mana yang ingin ditembak.

Untuk aku, apa yang jelas soldadu ini memberi tekanan kepada berpuluh ribu penyokong Pakatan yang setiap kali ada pilihan raya kecil, mereka akan datang berkumpul. Penyokong Pakatan ini datang tanpa diajak dan tanpa diberi duit saku. Sikap sukarela sedemikian cukup menakutkan sesiapa sahaja yang berniat jahat.

Akhirnya kami sampai ke simpang di tepi bangunan bilik gerakan PAS. Di sini kami berpisah. Aku menuju ke kedai kopi di mana aku ternampak muka anak-anak muda dari Selangor. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Aku memesan kopi kali kedua untuk pagi ini. Jam belum lagi melintasi sembilan pagi dan orang yang datang ke kawasan ini tidak putus-putus dan bertali arus.

Ponco hijau

Di kedai kopi ini aku bertemu pula dengan sekumpulan anggota PKR dari Perak. Mereka ini pekerja parti dan telah datang lebih awal lagi. Aku nampak juga satu meja yang dipenuhi oleh anggota DAP. Sedang kami bersembang dan minum kopi, tiba-tiba ada suara yang kuat melaungkan "Allahu Akbar". Aku keluar dari kedai dan berdiri di gigi jalan untuk melihat ribuan penyokong Pakatan sedang berarak mengiringi calon.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 normala sudirmanBendera PAS, PKR dan DAP kelihatan berkibar berselang seli. Laungan "Allahu Akbar" dan "reformasi" bertukar ganti. Aku hanya berdiri di gigi jalan untuk melihat pesta demokrasi. Tiba-tiba nama aku dipanggil. Dalam lautan manusia itu rupa-rupanya ada Ronnie Liu. Dia menarik tangan aku. Lalu aku pun masuk ke jalan raya. Rupa-rupanya aku termasuk ke dalam barisan para 'gedebe'.

Sebaris di belakang aku ialah Cikgu Mala yang memakai ponco hijau ala Clint Eastwood. Di sebelahnya Teresa Kok, Zuraida Kamaruddin dan ketua Muslimat PAS Nuridah Salleh. Tidak jauh dari barisan ini ialah sang suami yang juga memakai sepasang baju Melayu hijau.

Aku mencuri-curi pandang ke belakang untuk melihat sejelas mungkin Cikgu Mala. Nah, memang cun! Jauh lebih bergaya dari semua perempuan-perempuan yang aku temui awal tadi. Tapi yang aku lihat hanya bentuk. Aku masih belum tahu isinya lagi. Untuk seni politik, isi dan bentuk wajib sama kukuh.

NONETak sampai satu kilometer kami berjalan, semua terhenti kerana ada kawat duri yang direntang di tengah-tengah jalan. Kami hanya dibenarkan berarak hingga ke had ini sahaja. Hanya calon dan mereka yang bersangkutan dibenarkan melintasi kawat berduri untuk urusan mengisi borang di pejabat kerajaan. Aku mengundur diri dan berpusing kembali.

Kini jalan raya tidak lagi penuh dengan orang berpusu-pusu. Maka dengan jelas aku dapat melihat, di tebing jalan penuh dengan barang dagangan yang bersangkutan dengan perjuangan. Perjuangan kini telah menjadi satu industri yang besar. Baju kemeja-T Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim kelihatan bergantungan. Dan yang paling baru dan hot aku ternampak satu kumpulan anak muda sedang menjaja baju kemeja-T dengan muka Cikgu Mala.

Debat kisah peribadi pun tiada halangan
Aku semakin ingin tahu siapa calon yang telah dipilih ini. Lalu aku ingin mencari di mana Cikgu Mala akan berceramah malam. Aku diberitahu bahawa pada malam ini ada ceramah kelompok di Kampung Sawah Baru. Aku diyakinkan bahawa Cikgu Mala pasti akan ke sana.

tenang by election 220111 anwar speech 02Kampung Sawah Baru di Labis? Wow, Ini samalah seperti mencari durian dalam kota New York! Jauh sekali kampung ini dari pekan Labis. Aku melintasi kawasan gelap, kawasan hutan, kawasan kampung tetapi masih tidak bertemu juga kampung ini. Dua tiga kali terdorong ke jalan yang salah. Sekali kami terdorong ke daerah di mana pihak musuh sedang menayangkan filem untuk memastikan orang kampung akan lalai dan tidak akan pergi mendengar ceramah.

Akhirnya aku sampai juga. Kampung ini agak gelap. Kawasan ceramah juga tidaklah terang-benderang sangat. Hanya lampu biasa yang dihalakan ke halaman rumah . Ini kampung Melayu tradisional - kampung jalan mati kalau mengikut peta Google. Ini bukan Bukit Bintang. Jadi aku terpaksa berjalan berhati-hati dalam gelap. Dari jauh aku terdengar suara Anwar. Anwar sedang mengulangi jemputan untuk berdebat dengan Najib. Di sana-sini dalam ceramahnnya, Anwar membuat lucu. Dalam gelap aku terdengar suara hilai ketawa menyambut lawak si Anwar.

tenang by election day 1 230111 chua soi lek campaigning 3Anwar juga berkata, kalau hendak berdebat tentang kisah peribadi pun dia tak ada halangan. Selesai ceramah si Anwar mengundur diri. Tak lama kemudian sampai orang yang aku tunggu-tunggu.

Normala Sudirman - yang berbaju hijau ponco ala Clint Eastwood - mula berucap. Ucapan ini bukan tentang syurga atau neraka, tetapi tentang realpolitik. Cikgu Mala memberitahu para pengundi kenapa mereka di Tenang wajib melakukan perubahan. Ucapannya jelas, terang dan penuh dengan keyakinan. Lalu aku terfikir, inilah pemuka-pemuka baru dalam PAS yang bukan heboh-heboh tentang api neraka, tetapi heboh tentang api eletrik yang harganya naik.

Cikgu Mala tidak berucap panjang kerana dia perlu bergerak lagi. Di kampung Sawah Baru ini adalah tempat kelima yang dikunjunginya. Dari dalam gelap aku bergerak menghampiri kawasan ceramah untuk melihat sejelas mungkin sosok yang semakin berani mencabar kubu United Malays National Organisation.

Dari dalam gelap aku melihat bayangan Cikgu Mala berundur dengan penuh keyakinan. Maka aku teringat akan kesah Mat Indera. Baginilah juga caranya Mat Indra berkempen untuk Angkatan Pemuda Insaf. Mat Indera berpindah dalam gelap dari satu kampung ke satu kampung untuk menyedarkan orang ramai tentang pentingnya berjuang untuk menghalau penjajah British untuk merdeka. Malam ini Cikgu Mala berkempen mahu menyedarkan Dr Chua Soi Lek agar memberi contoh yang baik kepada generasi muda.

Wednesday, February 2, 2011

Muhaasabah diri atas kekalahan di PRK Tenang.

oleh db@KedahLanie.info

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjxNub4oBZN4OtUhB5SypSHemVLOHGuTQSvgeeJDXHkVkM4kzGVjDISKXfUusWi_z9IrwiRt_iiKkiDGUPwL8MRKJEQqr1JTcRvf-Y01AWvnRXzbma0MwCVfkWOGB9KhzHDc8wFimIxTZYS/s1600/berdoa.jpg

PAS sebenarnya perlu melihat kepada kelemahan dalam perancangan parti.

Sememangnya BN sentiasa menggunakan tektik kotor dengan rasuah politik dan penggemlengan jentera kerajaan secara berleluasa untuk memenangi PRK tersebut. Namun PAS sebagai partai Islam perlu melihat kecacatan diri sendiri dalam usaha meraih sokongan rakyat.

Dewasa ini PAS agak kurang mantap dalam usaha dakwah islamiahnya menyebakkan rakyat lebih melihat PAS sebagai partai politik yang sama seperti partai lain, Padahal bagi saya PAS dahulunya lebih kepada parti dakwah yang sentiasa mengajak masyarakat kepada amal maaruf dan nahi mungkar.

Pendekatan dakwah ini rasanya lebih sinonim dengan PAS daripada terikut dengan rentak politik UMNO dan parti -parti lain yang lebih kepada politik duniawi.

Wallahuaalam


Monday, January 31, 2011

Tenang dalam banjir: Kemenangan UMNO didahulukan?

Meskipun Barisan Nasional akhirnya berjaya untuk mempertahankan kerusi DUN Tenang-nya, namun kemenangan ini pada hakikatnya memberi tamparan sengit kepada slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", tebu yang ditanam di bibir Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Najib Razak.

Apa tidaknya, apabila Tenang dilanda banjir yang setinggi paras pinggang (sedalam dua atau tiga kaki), sehingga menghalang sesetengah pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka, ia sebenarnya mencerminkan ketidakcekapan dan kepincangan kerajaan tempatan dalam perancangan pembangunan bandar.

Selum lagi pertikaian yang semakin kuat didengar, sama ada pengundian perlu dihentikan atau ditangguhkan untuk memberi laluan sepenuhnya kepada kerja penyelamatan dan bantuan kepada mangsa banjir.

Ironinya, ketidakcekapan kerajaan inilah sebaliknya menyumbang kepada kemenangan BN. Pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah misalnya, dikelilingi air bah - menghalang kira-kira 90 orang pengundinya untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing, meskipun hanya satu kilometer jaraknya dari pusat pengundian.

Salah seorang pengundi merungut kepada wartawan MerdekaReview, mereka sudah berada di situ pada jam 4 petang, menunggu agar truk tentera menghantar mereka ke pusat pengundian. Hasrat mereka tidak kesampaian. Mereka akhirnya gagal bergerak walaupun satu kilometer dalam masa satu jam - dan jarak 1 km inilah yang menggagalkan suara mereka untuk diambil kira dalam PRK ini.

Bagaimanapun, UMNO-BN menang dengan majoriti 3,707 undi, lebih kurang daripada matlamat 5,000 undi yang digariskan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebelum ini. Apa yang lebih menarik, sokongan pengundi Cina masih memihak kepada Pakatan Rakyat, meskipun diwakili PAS kali ini - pola yang cukup meresahkan BN, terutamanya MCA dan Presidennya Chua Soi Lek.

Chua Soi Lek: Musuh luar dan dalam

Maklumlah, 14 PRK sejak PRU ke-12 sebenarnya cukup penat buat pemimpin dan penyokong kedua-dua Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Pada hakikatnya, tidak banyak ruang khayalan untuk PR menawan kubu BN di Tenang, memandangkan 4,118 undi daripada jumlah keseluruhan datang dari kawasan FELDA.

Apa yang menarik, PRK Tenang adalah PRK pertama di Johor, kubu BN di Semenanjung Malaysia. Lebih-lebih lagi, DUN Tenang berada di bawah kawasan parlimen Labis, kawasan asal Presiden MCA Chua Soi Lek. MCA telah dilanda krisis pergelutan kuasa untuk hampir setahun, dan hanya reda (pada permukaannya) selepas pemilihan semula pada 28 Mac 2010. Satu soal selidik yang dikendalikan Merdeka Center pada Mac 2010 mendapati "hanya 22% Cina anggap MCA relevan".

PRK Tenang menjadi kayu ukur untuk menilai prestasi Chua Soi Lek. Namun, untuk Chua Soi Lek, kemenangan BN di Tenang tidak membawa apa-apa makna yang positif untuk dirinya - seandainya undi Cina tidak melonjak. Malah, kesudahan yang mungkin paling sempurna dari perkiraan politik Chua Soi Lek adalah BN kalah, tetapi undi Cina meningkat. Ini kerana kesudahan sedemikian akan menonjolkan betapa pentingnya kedudukan MCA dalam UMNO, sementara membuktikan bahawa Presidennya berjaya mengembalikan sokongan Cina.

Ini menjelaskan mengapa Chua Soi Lek mengatur strategi untuk menyerang dengan isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalaman dengan lelaki atau tidak. Strategi ini langsung tidak mengambil sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, yang sudah tentunya bakal memberi impak kepada UMNO.

Begitu juga sebaliknya, Timbalan Presiden UMNO Muhyiddin Yassin tidak mengambil kira perasaan MCA, terus menyelar Chua Soi Lek secara terbuka, malah mengeluarkan kenyataan bahawa "Malaysia adalah Negara Islam yang menjadi teladan", pada ketika MCA menakut-nakutkan komuniti Cina dengan isu Negara Islam.

Sebagai politikus veteran, Chua Soi Lek (gambar kiri, tengah) semestinya menyedari bahawa selain musuh dari Pakatan Rakyat, antara parti komponen BN, beliau juga berdepan dengan musuh dalam MCA sendiri. Seandainya beliau gagal mempertahankan undi Cina di kawasan dirinya (sungguhpun kini disandang anaknya, Chua Tee Yong), maka keupayaan beliau akan dipertikaikan oleh pemimpin yang menggosok tangan dalam MCA. Dan ia mungkin pencetus konflik dalaman seterusnya dalam MCA.

Keputusan hari ini jelas menunjukkan bahawa strategi Chua Soi Lek untuk menakutkan pengundi Cina dengan isu "Negara Islam" hilang mujarabnya. Sama ada MCA bakal tunduk kepada realiti ini, ataupun kekal menggunakan senjata terakhir ini, akan diketahui dalam PRK Merlimau yang bakal diadakan pada hujung Februari depan.

Kedudukan PAS di kawasan campuran

Untuk PAS pula, PRK Tenang sebenarnya lebih merupakan pertarungan untuk menguji kedudukannya di kawasan campuran. Rakan partinya dalam Pakatan Rakyat, DAP dilihat bersungguh-sungguh untuk menangkis serangan dari MCA terhadap PAS. Jikalau "Negara Islam" menjadi isu yang menghantui hubungan antara PAS dengan DAP pada masa dahulu, kini kedua-dua parti ini kelihatan lebih matang untuk berdepan dengan isu yang kontroversi ini.

Keputusan PRK Tenang menyaksikan PAS meraih sokongan yang melonjak di komuniti Cina, dan mungkin lebih tinggi seandainya pengundi tidak disekat banjir. Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Wong Chin Huat menyimpulkan keputusan ini dengan "UMNO menewaskan PAS, dan PAS pula menewaskan MCA".

Wong Chin Huat mengingatkan bahawa, PAS masih mampu melonjakkan sokongan pengundi Cina terhadap dirinya dalam keadaan kadar pengundian menurun, malah di kawasan kubu Presiden MCA sendiri!

Ini bermakna, MCA akan tewas dengan lebih teruk jikalau calon DAP atau PKR menyarung jersi dalam PRK ini. Malah, jikalau keadaan yang sama berlaku di kawasan yang bukannya kubu MCA, kekalahannya akan lebih ketara, menurut Wong Chin Huat.

Bagaimanapun, keputusan sedemikian mengesahkan sekali lagi realiti bahawa PR menghadapi kesukaran di kawasan desa, khususnya kawasan FELDA dan ladang estet.

Sungguhpun kalah dalam PRK Tenang, namun PAS mungkin boleh yakin dengan undi yang diraihnya melalui Pakatan Rakyat - sokongan yang melangkaui batas kaum dan agama. Malah, ia semestinya menyuntik semangat kepada pemimpin yang mengambil pendekatan sederhana dalam PAS. Cuma, PAS perlu memikirkan sesuatu untuk menembusi kubu UMNO di kawasan pedalaman, yang mana pendekatan ini tidak semestinya perlu mengorbankan undi bukan Melayu-Muslim.

Baca: BN raih majoriti 3707, gagal menjangkau matlamat 5000 undi

*Analisa ini disunting daripada beberapa laporan dan tulisan yang disiarkan di MerdekaReview, edisi bahasa Cina.

Kesah Benar: Bagaimana Penyelamat Banjir Sengaja Tidak Mengambil Pengundi PAS/PR

NOTA EDITOR: Kesah ini diberitakan oleh seorang ahli FB bernama Syabab PJ Selatan. Kalau hendak melihat kesah ini yang original, sila klik di sini.

Beliau bertugas di kg Paya Merah. Beliau dan rakan-rakan bertungkus lumus cuba membawa pengundi ke pusat mengundi. Apabila bot-bot bomba dan polis datang ke tempat mengambil pengundi beliau, bot tersebut berpatah balik. Terpaksalah syabab PJ Selatan meminta pertolongan sebuah lori askar membawa pengundi ke tempat mengundi di dalam banjir.

Akhirnya, hanya satu lori sahaja yang dapat dibawa ke pusat mengundi. Pengundi lain semuanya tidak dapt mengundi.

Dengan hanya satu trak itu sahaja, PAS berjaya menang di UPU SM Kamaruddin dengan 300 undi lebih. Bayangkan kalau pengundi-pengundi lain dapat datang. Sudah tentu bilangan undi kepada PAS jauh lebih tinggi.

Syabab Pas Pj Selatan: Saya berada di kg paya merah - jam 3ptg , hisyamudin keris datang dan tanya.."mana bot kita?" ketika itu saya didalam trak askar membantu mereka memindahkan pengundi yang tiba2 saluran bertukar ke sm kamarudin yg sebelum ini di sekolah cina( ditukar ke dewan semasa prk kali ni)

Syabab Pas Pj Selatan: kasihan melihat hanya seorang askar bertugas membantu pengundi dan seorang lagi askar drive lori , saya mengerahkan unit amal untuk sama-sama membaantu , hisyamudin akhirnya terpaksa naik trak untuk ke sm kamarudin, didalam trak penuh dengan pengundi cina

SSyabab Pas Pj Selatan: datang bot polis , mereka berpatah balik , datang bot bomba mereka berpatah balik...sapa pelik...kenapa?

Syabab Pas Pj Selatan: jika saya jahat , ketika hisyamudin hulurkan tangan nak naik trak saya boleh tarik dan lepaskan biar beliau jatuh dalam banjir...tapi sy bukan begitu..sy tarik tangan beliau atas dasar kemanusiaan

Syabab Pas Pj Selatan: tetapi apalah gunanya seorang menteri kdn berpura-pura naik trak bersama pengundi padahal beliau boleh arahkan bila2 masa bot2 untuk membantu memindahkan pengundi

Syabab Pas Pj Selatan
:untuk rekod...PAS menang majoriti 300 undi di sm kamarudin , disebabkan hanya sebuah trak askar , satu trip boleh memuatkan hanya 40 orang, dan ramai pengundi masih menunggu untuk mengundi walaupun jam sudah 4.45 petang, trak terakhir tiba jam 5.05 petang ketika SPR sudahpun umunkan tidak melanjutkan tempoh pengundian pada jam 4 ptg

Syabab Pas Pj Selatan: bagi mereka dalam fb..jika anda tidak ada pada masa kejadian , jangan cuba nak komen seperti anda berada disana..apa yang anda fikir x sama dengan apa yang kami rasa!

Syabab Pas Pj Selatan
: di pusat mengundi dewan sebaguna kg paya , kelihatan 2 orang wanita umno berada dikiri pintu masuk utama dan 2 orang petugas bn lelaki berada di pintu kanan...musykil bagaimana ini berlaku? - lihat bukti dalam akhbar sinar harian N2 31 januari 2010 , ini bukan akhbar harakah...tapi sinar harian!

Syabab Pas Pj Selatan
: bagaimana payung logo parti tidak boleh dimawa masuk ke pusat mengundi...tetapi ahli2 parti bn boleh masuk sampai ke pintu pusat mengundi..bukti jelas dalam akhbar sinar harian - mungkin editor x sedar atau mungkin Allah nak tunjuk betapa rakusnya be-end mencabul undang2 pilihanraya!

Tenang : Sekadar 35 peratus orang Cina sokong BN

Tenang: Persoalan sukar DAP kepada MCA

Walaupun pedih dengan kekalaham calon PAS Normala Sudirman dalam pilihan raya kecil tenang, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, terdapat persoalan yang sukar harus dijawab oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

NONE"Adakah Chua mempunyai keberanian politik untuk memberitahu Umno bahawa pertambahan sokongan masyarakat Cina (kepada Pakatan Rakyat) bukan kerana hudud atau negara Islam tetapi dasar Pakatan untuk perubahan, keadilan, demokrasi dan kemajuan?

"Atau beliau akan terus menyalahtafsrikan dan meyimpangkan kehendak politik dan harapan pengundi Tenang dengan terus menipu dengan dakwaan palsu bahawa peningkatan 65 peratus pengundi Cina kepada calon Pakatan sebagai menyokong hudud dan negara Islam? soal Lim.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota parlimen Ipoh Timur itu menambah, ketika MCA bermegah dengan kemenangan di tiga daripada empat kawasan majoriti Cina, Dr Chua gagal menyedari bahawa hanya 35 peratus memilih BN walaupun tempat itu dianggap taman permainannya sendiri.

Chua merupakan bekas ahli parlimen Labis - tempat letaknya Tenang - sebelum memberikan kerusi itu kepada anaknya Chua Tee Yong.

Tenang - Guan Eng Perli Mamat Porno

Guan Eng: Calon tak menang, tak tewas

lim guan eng commenting on rci and pppaKetua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempunyai analisis 'ganjil' berhubung keputusan pilihan raya kecil Tenang semalam.

"Pemenang dan si kalah bukanlah calon tetapi orang lain," kata setiausaha agung DAP itu.

Di pihak BN, pemenang sebenar adalah Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman yang berjaya menunjukkan kebolehan dan kemampuannya, kata Lim dalam sidang media di Komtar hari ini.

"Manakala pihak yang kalah bukan calon PAS tetapi... kamu tahulah," tambahnya.

Apabila ditanya tentang pihak yang dimaksudkannya itu, beliau masih enggan menyatakannya.

"Dalam hati, kamu tahulah siapa dia," katanya Lim lagi, dipercayai merujuk kepada kemampuan MCA di kawasan Cina di Labis.

Undi BN Cuma Naik 332 undi sahaja..

NOTA EDITOR: Lihatlah keputusan di atas. Undi BN cuma naik 300 undi. Tapi majoriti PAS jatuh lebih 1200 undi. Mengikut laporan Harakahdaily , ramai pengundi PAS tidak dapat mengundi kerana pusat pengundian dilanda banjir.

Maka, tak hairanlah keputusan seperti ini tidaklah sangat menggembirakan UMNO dan BN. Kalau tiada hujan, majoriti BN sepatutnya tidak jauh dari 2008.

Kesimpulannya, tahap sokongan rakyat kepada BN sebenarnya tidak berubah sangat dari 2008.

Tulang Besi

Layan Ulasan Puak-puak Yang Menang di Tenang..!!

Kita layan mereka yang menang?......

Terlebihlah pulak senyumnya......
dah rupa macam orang menahan sesuatu.....apa ye?


Petang ni mari kita layan karenah orang menang.

Kembang hidung......kembang segalanya......terangkat tudung...ooopppsss bukan tudung tapi tocang...Umno marah cakap pasal tudung nanti dikatakan mempolitikkan pakaian dengan Agama...walhal itu suruhan Agama kan?

Konon katanya bila mati, kubur sendiri-sendiri......sapa kata sendiri-sendiri? Kalau sendiri-sendiri kenapa kerahkan orang gali kubur di Makam Pahlawan? Kenapa sediakan Makam Pahlawan? Bukankah itu guna duit rakyat?

Jadi wahai sahabat-sahabat Umno, jangan sombong diri......bukankah ingat mengingati antara satu lain itu mendatangkan manfaat.

Saya kata kembang segala2nya kerana Umno/BN menang semalam di Tenang.

Mari kita layan apa komen pakar-pakar memerintah negara :

Kejayaan di Tenang Isyarat Jelas Rakyat Selesa Dengan BN......
selesa? Hanya mereka yang kurang cerdik saja akan rasa selesa dengan segala kenaikan harga barang. Tapi mereka tetap pangkah BN.....kenapa ye?

Dr.Chua Gembira Undi Kaum Cina Kembali Semula Kepada BN di Tenang......
kembali semula.....? Apa tak kembali semula kepada BN......semenjak di Galas lagi MCA menyogokkan hiburan berunsur seni ke'gemaran'nya sebagai simbolik beliau anti Islam.....serta nak menunjukkan bahawa pakatan DAP dan PAS itu bertentangan dengan hak peribadi kaum Tiong Hua yang kononnya akan menyekat segala hiburan yang disukai oleh kaum Cina.
Kemenangan BN di DUN Tenang Bukti Rakyat Terima Kepimpinan Najib - Muhyiddin......
biasalah ayat membodek tuh. Tapi sekali fikir komen tu semacam sengket je kalau datang dari Timbalan Presiden Umno. Atau mungkin dia perli boss dia kot......apa halnya PRK yang Umno/BN kalah? Tidakkah itu membuktikan rakyat tolak Najib.....cakap siang pandang-pandang...cakap malam dengar-dengar. He he he dari segi skor, Pakatan Rakyat masih mendahului 8-6.....jadi bila masa pulak rakyat terima kepimpinan Najib? kakakakaka.....
Najib Harap Kejayaan Di DUN Tenang Jadi Dorongan Kuat Kepada BN......
memanglah jadi dorongan......kerana dengan bermain 'silap-mata' dengan pengundi.....tabur sedikit sebanyak fulus, tabur sedikit sebanyak bitumen, hulur sedikit sebanyak kain pelikat, beg sekolah, air mineral, 'ekspedisi naik bot masa banjir semalam, gunakan sedikit sebanyak 'modal ketuanan lamanya'.....orang Melayu jadi 'cair' walaupun tak berapa nak perCAYA.....tapi kerana sokongan kuat dari media pencacai......'telor asin' yang hitam pun jika diputar hari-hari.....berhari-hari akan menjadi putih.

Tenang : Keputusan keseluruhan



Keputusan detail DUN Tenang untuk sama2 kita buat analisa

Sunday, January 30, 2011

PAS kalah kerana "Pengikutnya Sendiri"??

PAS kalah kerana salah PAS Kawasan Labis? Oleh: Tulahan

PRK Tenang baru berlabuh dengan catatan kemenangan BN bertambah majoriti. Kemenangan ini sebenarnya bukanlah boleh dibanggakan kerana hampir 50% pengundi Tionghua tidak dapat keluar mengundi akibat bantuan pengangkutan ke tempat mengundi lebih bertumpu ke kawasan majoriti pengundi BN.

Walaupun begitu, majoriti BN tetap gagal melepasi 4000 undi jauh sekali 5000 undi. Positifnya, pengundi Tionghua tetap menolak BN walaupun Presiden MCA menghina Islam secara terbuka. Maksudnya, masyarakat Tionghua lebih memahami budaya Islam sejak DAP berkawan dengan PAS.

Menang tetap BN menang, PAS perlu membuat bedah siasat faktor-faktor kekalahan terutama kegagalan menambah undi di kawasan Melayu.

Walaupun ada tuding menuding tetapi penulis harap semua itu akan membawa impak positif kepada perjuangan PAS menghadapi PRU-13. Penulis tidak akan menghalakan tudingan kepada Pengarah Pilihanraya, jentera pilihan raya dan calonnya Cikgu Mala.

Penulis lebih menghalakan tudingan ini kepada PAS Kawasan Labis, bukan untuk memperkecilkan tetapi lebih kepada penambah-baikan sebagai persediaan menghadapi PRU-13. Malah, tulisan ini juga sesuai untuk semua PAS Kawasan yang ada di Malaysia yang teruja untuk bertanding dalam PRU-13.

Apabila PAS masuk bertanding untuk PRK Tenang, asas pemilihan PAS adalah kerusi itu adalah kerusi yang ditandingi PAS semasa PRU-12. Sebagaimana juga di Bagan Pinang, Galas, Kuala Terengganu, Manek Urai, Permatang Pasir dan Bukit Gantang.

Tahukah kita mengapa PAS boleh menang di Permatang Pasir dan Bukit Gantang? Kerana undi orang Melayu kepada PAS di situ melebihi 40%. Apabila ditambah undi bukan-Melayu , PAS menang.

Bagi kawasan majoriti Melayu di Kuala Terengganu dan Manek Urai undi yang PAS terima lebih 50% jadi PAS menang. PAS kalah di Galas kerana undi orang Melayu kepada PAS kurang 50%.

Berapakah undi orang Melayu yang diterima oleh PAS di Bagan Pinang dan Tenang ? kurang 35 % malah di Tenang kurang 25 % . Penulis terima hakikat bahawa kawasan ini kubu kuat Umno sejak merdeka tetapi apakah persediaan dan usaha yang telah dilakukan PAS Kawasan berkenaan untuk menembusi kubu kuat Umno ini.

Cawangan

Berapa cawangan PAS di Bagan Pinang? Tiga (3). Berapa cawangan PAS di Tenang? Enam (6). Maaf jika angka itu salah. Sejak PRU-12, berapa cawangan yang ditambah oleh PAS Kawasan. Jika akar umbi tidak kuat bagaimana PAS boleh masuk ke kawasan kubu kuat Umno.

Bila berlaku pilihan raya, sukarnya petugas untuk berkempen kerana tiada bantuan orang tempatan. Mungkin ada tetapi takut sebab tidak ada cawangan dan tak biasa bersama dalam aktiviti PAS.

YDP PAS di mana-mana kawasan perlu jadikan usaha penambahan cawangan ini sebagai agenda dalam mesyuarat kawasan. Jangan tunggu bubar parlimen baru kelam-kabut cari orang tempatan di kampung atau Felda yang dikenali untuk bantu. Sepatutnya, sekaranglah masa kumpulkan orang tempatan yang sokong PAS dan usahakan penubuhan cawangan.

Pengundi baru

Berapa pengundi baru di kalangan anak ahli dan penyokong PAS yang didaftar sebagai pengundi di Bagan Pinang dan Tenang? mengecewakan, buktinya rujuk jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh PAS NS dan Johor.

idak adakah pengundi baru di kalangan anak ahli dan penyokong? Ada tetapi PAS Kawasan tak ambil berat untuk daftarkan. Bila sampai pilihan raya, tengoklah betapa ramainya anak ahli dan penyokong yang dah lebih umur 21 tahun tak boleh mengundi.

Sudah ada arahan supaya agenda penambahan pengundi baru dibincang dalam mesyuarat kawasan. Malah PAS dah pinda perlembagaan membolehkan seorang Pengarah Pilihan raya duduk dalam Jawatankuasa Harian Kawasan. Namun, sudah berjalankah usaha penambahan pengundi baru?

Kebajikan dan kemasyarakatan

PAS dah lama menjadikan usaha memasyarakatkan PAS untuk mendekati masyarakat. Semasa PRU-12, PAS telah menggunakan slogan ke arah negara berkebajikan bagi membuktikan bahawa PAS benar-benar parti yang memperjuangkan kebajikan rakyat.

Persoalannya, adakah PAS Kawasan sudah merealisasikannya secara bersungguh-sungguh atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Hendak tahu bersungguh atau tidak, tengok jumlah derma kebajikan yang telah diberikan kepada penduduk.

Tengok berapa kali aktiviti berbentuk kebajikan yang telah di buat kepada penduduk. Tengok berapa dana kebajikan dalam akaun. Nilailah sendiri usaha PAS Kawasan dalam bidang kebajikan.

Apabila tiba pilihan raya, baru turun nak bagi sumbangan sudah terlambat sebenarnya kerana tak termampu menandingi bantuan musuh. Malah akan ramai pengundi yang akan berkata, "bila pilihan raya baru nak bagi bantuan"

PAS Kawasan perlu menjadikan usaha kebajikan sebagai usaha dakwah dan bukan hanya bertujuan untuk pilihan raya. Oleh kerana, kebajikan hanya semasa pilihan rayalah kurang usaha menambah dana kebajikan membantu rakyat.

Rakyat perlu didampingi, dibantu dan didekati tidak kira semasa pilihan raya atau tidak. Jika PAS Kawasan sudah menjalankan usaha kebajikan sebagai rutin bukan hanya pilihan raya. PAS Kawasan tidak akan merasa hampa walaupun kalah pilihan raya kerana usaha membantu rakyat tetap diteruskan.

Jika PAS Kawasan menang pun, wakil rakyat tidaklah pening kepala membantu rakyat kerana PAS Kawasan boleh membantu. Malah, PAS Kawasan juga tidak pening kepala apabila rakyat tidak puas hati dengan wakil rakyat PAS yang tidak membantu rakyat kerana PAS Kawasan tetap ada membantu rakyat.

Penulis cuma berikan tiga perkara penting ini untuk diambil perhatian oleh mana-mana PAS Kawasan di Malaysia. Jika PAS Kawasan dah laksanakan, syukur dan tahniah. Bagi yang belum laksana buatlah kerana semua kerja ini bertujuan untuk menegakkan perjuangan Islam.

PAS mungkin bertanding di Merlimau, sebelum bertanding PAS Kawasan di sana kena tengok tiga perkara penting ini. Jika cawangan banyak, pengundi baru ramai, usaha kebajikan aktif. Percayalah PAS ada harapan besar menang, namun jika belum laksanakan jangan sekali - kali mengalah tak mahu bertanding. Bertanding tetap bertanding kerana itu kerusi PAS.

Kesempatan ini, penulis ucap tahniah kepada seluruh pimpinan dan petugas PAS yang menabur bakti di Tenang. PAS Kawasan Labis mempunyai pimpinan yang berkualiti seperti Cikgu Mala dan beberapa pimpinan lain. Cikgu Mala boleh mulakan dari sekarang usaha mendekati rakyat melalui Pusat Aduan Rakyat di Tenang. PAS Kawasan perlu bersama Cikgu Mala mengaktifkan Pusat Aduan berkenaan.

Janganlah anggap penulis ni hanya boleh berteori, hanya boleh menulis tidak di medan sebenar. Penulis sudah berada di medan sebab itulah penulis menulis berdasarkan pengalaman. Penulis dah banyak menulis berkenaan perkara di atas N3 yang lepas. Boleh baca semula paparan di bawah:

Ahli PAS jangan emosi tanpa ilmu, tegur Tuan Ibrahim

Untuk mendapat kembali sokongan di Felda, anggota PAS ditegur supaya membuang anggapan bahawa anggota keluarga mereka secara automatik akan kekal bersama parti Islam itu.

Sebaliknya, naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keahlian baru di kalangan anak-anak anggota PAS hendaklah digiatkan.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Sikap dan anggapan anak ahli akan kekal bersama PAS mesti dihapuskan, kerana sokongan tanpa menjadi ahli menyebabkan mereka tidak merasai wajibnya memperjuangkan Islam,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim (kiri) yang juga pesuruhjaya PAS Pahang mengesyorkan supaya pengajian agama di masjid dan markaz sekitar kawasan Felda perlu digerakkan.

“Kita tidak mahu ahli PAS yang emosi tanpa kawalan ilmu, kerana itu program asas bagi parti seperti usrah, tamrin, muqayyam, dan rehlah mesti dihidupkan kembali,” ujarnya lagi.

Semalam, dalam pilihan raya kecil Tenang, calon PAS Normala Sudirman tewas kepada calon BN Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakala Azahar memperolehi 6,699 undi.

Sokongan kuat terhadap Zahar datang daripada tiga gugusan Felda di kawasan itu, yang lazimnya secara tradisi menyokong BN.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim hari ini menyeru seluruh jentera PAS menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu BN.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bila mana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ia termasuk kawasan Felda,” katanya yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di Tenang.

Analisa Tenang : Macamana BN boleh menang..!!

Bantu Melayu, biarkan Cina dan India?
Zulkifli Sulong

LABIS, 31 Jan: Penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

Pada jam 11 pagi ketika para pelancong politik, petugas dan pengundi bersesak di jalan menuju ke kampung dan Felda Tenang kerana banjir, siren petugas kecemasan kerajaan bingit meminta laluan diberikan kepada mereka untuk membawa bot ke sana.

Antaranya bot polis, tentera, Pertahanan Awan dan juga Bomba dan Penyelamat bergegas di bawa ke sana.

Namun usaha ini tidak berlaku di kawasan pengundi Cina. Ini menyebabkan, kenaikan mendadak peratus mengundi di kawasan Felda dan kawasan tradisional Melayu berbanding kawasan Cina.

Hasilnya, BN berjaya menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 peratus iaitu kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.

Ia berlaku apabila jumlah pengundi Melayu dinaikkan kepada 81 peratus iaitu kenaikan 2 peratus berbanding sebelum ini sedangkan jumlah pengundi Cina jatuh 18 peratus manakala India jatuh 23 peratus.

Kawasan undi Kampung Redong sahaja berjaya dinaikkan 11 peratus kepada 80 peratus berbanding sebelum ini hanya 69 peratus.

Felda Chemplak naik 6 peratus kepada 88 peratus manakala di Felda Tenang naik 6 peratus kepada 86 peratus.

Peratusan ini adalah berdasarkan analisa peratusan keluar mengundi yang dibuat oleh Tony Pua, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Undi Cina dan India

Kerana sikap pilih kasih dan bias fokus alat kerajaan untuk kepentingan BN ini, peratusan pengundian di kawasan Cina jatuh teruk. Ia ditambah pula dengan suasana sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba. Mereka bimbang untuk meredah banjir dan hujan kerana takut demam atau cedera menjelang sambutan itu.

Hasilnya, peratusan keluar mengundi Cina jatuh 18 peratus iaitu kepada 54 peratus sahaja. Namun begitu, peratus undi untuk PAS kekal iaitu 64 peratus.

Peratusan keluar mengundi untuk Labis hanya 50 peratus, Labis Tengah 72 peratus, Labis Timur 67 peratus manakala Tenang Station hanya 51 peratus.

Kawasan yang paling teruk terjejas akibat diskriminasi ini adalah pengundi India apabila hanya 39 peratus sahaja pengundi mereka turun iaitu turun sebanyak 23 peratus.

Pada jam 3 petang semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menangguhkan pilihan raya ini kerana ramai yang tidak boleh kelauar akibat banjir ini.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Namun begitu, selepas pengumuman dibuat, seorang lagi naib presidennya yang juga pengarah pilihan raya ini, Salahuddin Ayub berkata mereka akan menerima keputusannya buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terjejas teruk oleh banjir yang melanda beberapa pusat pengundian di Tenang hari ini.

Kataya, banjir telah menjejaskan peluang parti itu kerana ia melanda banyak kawasan di bandar itu seperti Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah, Bandar Labis Timor.

Kejayaan PAS

Namun begitu, dengan kekalahan ini PAS masih berbangga dengan beberapa perkara termasuk menyelesaikan persepsi yang cuba dibina oleh Umno selama ini kononnya PAS berkawan dengan DAP yang anti Islam.

Pilihanraya ini membuktikan, MCA sebenarnya yang anti Islam bahkan tidak cuba langsung mendekati dan memahami Islam.

"What is so great about knowing Muslim values?" (Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?)" kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Sebelum itu, beliau menghina calon PAS, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya dan juga memakai sarung tangan untuk membolehkan beliau bersalama dengan mereka.

Ekoran itu pelbagai pihak telah mempertikaikan Soi Lek sehingga Mufti Perak sendiri meminta beliau memohon maaf kepada orang Islam kerana penghinaannya itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyeru seluruh jentera parti PAS untuk menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu Barisan Nasional.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bilamana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ianya termasuk kawasan Felda,” kata Tuan Ibrahim yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di pilihanraya kecil Tenang.

Calon PAS, Normala Sudirman tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakalah Azahar memperolehi 6,699 undi dengan peratusan keluar mengundi hanya 66.7 peratus.

Jentera Pakatan Rakyat berjaya mengekang majoriti BN naik kepada melebihi 5000 undi sebagaimana yang disasarkan BN.

Kekalahan PR Di Tenang. Loceng Amaran Berbunyi

PKeputusan rasmi mengesahkan Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor pada pilihan raya kecil hari ini, yang terganggu disebabkan hujan lebat dan banjir.

Calon BN Mohd Azahar Ibrahim memperoleh 6,699 undi manakala calon PAS Normala Sudirman mendapat 2,992 undi.

Majoriti diperoleh BN 3,707 undi.

Sebelum ini BN meletakkan sasaran untuk mencapai majoriti 5,000 yang pernah diperoleh pada 2004.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Muhasabah Awal

1) Hujan yang begitu lebat turun mungkin menjadi faktor penguni-pengundi tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Ini diakui sendiri oleh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

2) PR tidak menduga lantas tidak bersedia dengan kaedah-kaedah untuk mengangkut pengundi apabila berlaku keadaan banjir sedemikian. Sekadar mengharapkan bot pertahanan awam dan polis, ia seperti menempa kekalahan awal.

3) Peratusan mengundi kaum Cina di bandar adalah rendah. Di satu ketika melalui twitter seorang anggota parlimen Serdang Teo menulis "Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20 peratus; Felda sudah 50 peratus. Tolong bantu panggil orang yang kamu kenal di Labis." Selain hujan, ada faktor lain kaum Cina tidak keluar mengundi, dimana ditemui sekeping cek yang dikoyakkan bernilai RM3,000 dipercayai perbuatan membeli undi (atau jangan kelaur mengundi) dari kaum Cina giat berlaku.

4) Masyarakat FELDA sepertimana yang GB pernah ulas sebelum ini, menerima ugutan, sehinggakan PAS dilaporkan tidak dibenarkan berkempen di beberapa lokasi di ladang FELDA. UMNO BN menggunakan taktik yang sama di Galas. Semalam GB menyatakan:

Ingat Galas! UMNO bawa taktik Galas ke Labis. Di Galas, orang asli yang diumpan dan diugut, tetapi di Labis, warga FELDA yang menerima umpanan dan ugutan tersebut.

Buktinya:

GALAS



TENANG



4) PKR Bermasalah. Tidak dinafikan ramai pemimpin PKR yang turun membantu bertungkus lumus, namun PKR masih bermasalah. Faktor Anwar, faktor kesan pemilihan 2010 menjejaskan reputasi PKR sehinggakan masyarakat kaum bukan-Melayu (Cina & India) dikatakan enggan keluar mengundi. 2 pemimpin PKR keluar parti di masa kempen PRK Tenang, Pengasas PKR, Ng Lum Yong dan MP Gobala.

5) PAS sendiri bermasalah. Pertama, kurang mesra dengan pengundi Melayu. Hanya menemui mereka semasa pilihanraya. Kedua, ada jurang komunikasi diantara pengundi dengan parti. Dakwah belum berjejak ke akar umbi.

6) Kempen menyerang calon BN. Ia tidak berapa tersusun dan tidak tepat. Masyarakat melihat seperti PAS tidak mengkotakan janji iaitu tidak akan melakukan serangan peribadi. Ia tidak dijelaskan di peringkat awal sidang media sehinggakan satu ketika GB terpaksa membetulkan persepsi bahawa yang kita serang bukan peribadi tetapi kompetensi calon yang diketengahkan.

Akibat dari strategi yang kurang tepat, pihak lawan bertindak balas dengan dua serangan peribadi di saat akhir, satu berkenaan sijil cuti sakit suami calon siap dengan ugutadari TPM, kedua serangan sijil kelulusan SPM calon PAS yang tak berkesempatan untuk dijawab.

7) Media PR masih tidak tersusun, tidak prolifik dan tidak pro-aktif. Maklumat tidak mantap. Banyak yang keterlaluan optimisnya. Seperti kenyataan Timbalan Presiden PAS: "PAS yakin menang atau kurang majoriti BN" - apa asasnya? Bahan kempen juga tidak mencukupi untuk mengimbangi media massa arus perdana yang menyerang secara agresif. Serangan dan ucapan para pemimpin UMNO BN banyak yang tidak ditangkis.

Ada lagi beberapa sebab lain yang tidak wajar untuk GB tuliskan di sini. Akan dikemukakan jika diminta oleh parti iaitu dari perspektif seorang blogger kecil seperti GB.

Apa-apa pun kita mengucapkan terima kasih dan syabas kepada petugas yang bertungkus-lumus tanpa mengira siapa mereka, PAS, PKR, DAP, blogger, kumpulan atau individu, yang berusaha di sepanjang tempoh kempen PRK Tenang. Semuga Allah membalas segala jasa mereka yang terlibat.

GB yakin jika kita berani mengakui kelemahan dan kemudian mencari jalan mengatasinya, kita akan berjaya di dalam PRK Merlimau nanti.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali 'Imran: 139)

"Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya mereka itu pun mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu, Kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang yang ingkar) dan supaya sebahagian kamu dijadikan-Nya sebagai syuhada. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang ingkar." (Ali 'Imran: 140-141)

Kena buat kerja lebih lagi.. jangan selesa apa yang ada jika nak pergi PuteraJaya

oleh Topeng Perak Unmasked
Salam

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg6mRig_Qyh2BFljp9BSd4mF9USvEbNrbuVp7vH7jRA_r-qqP3dwIniL13ztd3xYUXZo-gznuf_6_7_RlyK9GySa0ggqA9BiuWueJwepdmBKgDRfWp-4XFqVNKCnmahN79u_1KydDwq0eI/s400/pr-putrajaya.jpg

Di DUN Tenang, undi MeLAYU kpd calon PAS, Cikgu Mala kurang dr 800 undi, undi Cina pd PAS lbh krg 2000 undi, undi India pd PAS amat menyedihkan... Nmpk sgt sukar bg Pakatan Rakyat menakluki kubu terkuat UMNgOk/Beer eNd dlm PRU-13 nanti.

Pakatan Rakyat kena buat sesuatu utk atasi mslh ni klu benar2 bercita2 menguasai Putrajaya.

Kena ada 1 perancangan yg benar2 kuat utk mengatasi propaganda KERAjaan Pusat.

Tenang - Syabas & tahniah Cikgu Mala...



Poster ini untuk menyatakan bahawa kami cukup bangga dengan Cikgu Normala Surdiman, Calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di Dun Tenang. Tidak lupa kepada para pertugas Pakatan Rakyat dan khususnya kepada pengundi PR, tahniah dan syabas!

Kami terharu dan teruja dengan kesungguhan anda di medan juang memberikan sinaran Islam di bumi UMNO yang bertuah itu.

ANDA MEMANG HEBAT!!
ANDA ADALAH PEMENANG SEBENARNYA!!!

p/s-Poster ini dicadangkan untuk diletak disemua blog Pakatan Rakyat bagi menunjukkan kita tidak sedikit sedih dan lemah semangat atas apa yang berlaku kerana kita adalah perjuang kebenaran yang PASTI akan meruntuhkan keboborakkan UMNO yang durja!!!

TAKBIR
ALLAH HU'AKHBAR!!!

facebook - Mtd's Profile

Tenang : bertenang.. Kita Jangan Lemah Semangat

Pada waktu posting ini ditulis, Tulang Besi mendapat maklumat PAS akan kalah di Tenang dengan majoriti sekitar 3500+. Tulang Besi ingin meminta para pendokong dan penyokong keadilan dan kebenaran supaya jangan patah hati.

Mesti diingat, kerusi Tenang ini adalah KUBU KUAT BN. Dengan segala wang dan sogokan yang dicurah sepanjang kempen, saya tak terkejut majoriti BN naik. Tak perlu isu lain, cukup dengan isu MENJAMIN SURVIVAL UMNO sudah boleh mengaut undi yang ramai dari orang Melayu

Yakni, faktor sentimental kepada UMNO itu adalah isu yang besar di Johor.

Malah, sedari awal lagi saya sudah agak majoriti BN akan naik lebih dari PRU2008. Tidak mungkin jentera kita mampu berhadapan dengan wang dan sogokan yang bertali arus dari BN dan UMNO.

Ditambah dengan kempen fitnah dan serangan pribadi yang tiada henti, tidak hairanlah pengundi2 Melayu ada yang kembali pada BN

Namun, harus diingat, pada 2008 terdapat pengundi Melayu yang mengundi protes pada Pak Lah. Pengundi2 ini telah kembali pada UMNO dan BN.

Keputusan ini tidak boleh diulang di negeri-negeri lain kerana orang2 Melayu di tempat lain bukan totok UMNO seperti di Johor.

Namun, ia juga mendedahkan kelemahan Pakatan Rakyat yang utama: "Program-program Melayu Pakatan Rakyat masih belum sampai maklumatnya kepada majoriti orang2 Melayu".

Persoalan seperti kedudukan Dasar Ekonomi Baru, MARA, ITM, kuota kemasukan universiti, biasiswa dsbnya MESTI DISELESAIKAN dari sekarang.

Dalama masa yang ada, kalau isu2 yang sensitif kepada Melayu dapat diselesaikan saya yakin UMNO akan kalah di merata-rata tempat.

Kepada saudara-saudara ku, jangan patah hati. Inshaalah, kita akan menang balik selepas ini.

Tulang Besi

Gambar untuk tatapan.. Satu pesanan - jangan lupa bila dah menang rakyat tenggelam air nie..!!







ada lagi kat Facebook nie
Klik 1
Klik 2
Klik 3

Tenang : 71.8% mengundi



Proses pengundian ditutup, 71.8% mengundi

Sebanyak 71.8 peratus daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata jumlah peratusan itu lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

"Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama Labis dilanda banjir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Proses pengundian bagi kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor kawasan Tenang, ditutup pukul 5 petang ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya berkata kesemua 12 pusat pengundian yang dibuka pukul 8 pagi tadi telah ditutup dan peti-peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Keputusan dijangka akan diumumkan pada pukul 8 malam ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandang Datuk Sulaiman Taha, 59, meninggal dunia pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.