Kita layan mereka yang menang?......
Petang ni mari kita layan karenah orang menang.
Kembang hidung......kembang segalanya......terangkat tudung...ooopppsss bukan tudung tapi tocang...Umno marah cakap pasal tudung nanti dikatakan mempolitikkan pakaian dengan Agama...walhal itu suruhan Agama kan?
Konon katanya bila mati, kubur sendiri-sendiri......sapa kata sendiri-sendiri? Kalau sendiri-sendiri kenapa kerahkan orang gali kubur di Makam Pahlawan? Kenapa sediakan Makam Pahlawan? Bukankah itu guna duit rakyat?
Jadi wahai sahabat-sahabat Umno, jangan sombong diri......bukankah ingat mengingati antara satu lain itu mendatangkan manfaat.
Saya kata kembang segala2nya kerana Umno/BN menang semalam di Tenang.
Mari kita layan apa komen pakar-pakar memerintah negara :
Kejayaan di Tenang Isyarat Jelas Rakyat Selesa Dengan BN......
selesa? Hanya mereka yang kurang cerdik saja akan rasa selesa dengan segala kenaikan harga barang. Tapi mereka tetap pangkah BN.....kenapa ye?
Dr.Chua Gembira Undi Kaum Cina Kembali Semula Kepada BN di Tenang......
kembali semula.....? Apa tak kembali semula kepada BN......semenjak di Galas lagi MCA menyogokkan hiburan berunsur seni ke'gemaran'nya sebagai simbolik beliau anti Islam.....serta nak menunjukkan bahawa pakatan DAP dan PAS itu bertentangan dengan hak peribadi kaum Tiong Hua yang kononnya akan menyekat segala hiburan yang disukai oleh kaum Cina.Kemenangan BN di DUN Tenang Bukti Rakyat Terima Kepimpinan Najib - Muhyiddin......
biasalah ayat membodek tuh. Tapi sekali fikir komen tu semacam sengket je kalau datang dari Timbalan Presiden Umno. Atau mungkin dia perli boss dia kot......apa halnya PRK yang Umno/BN kalah? Tidakkah itu membuktikan rakyat tolak Najib.....cakap siang pandang-pandang...cakap malam dengar-dengar. He he he dari segi skor, Pakatan Rakyat masih mendahului 8-6.....jadi bila masa pulak rakyat terima kepimpinan Najib? kakakakaka.....Najib Harap Kejayaan Di DUN Tenang Jadi Dorongan Kuat Kepada BN......
memanglah jadi dorongan......kerana dengan bermain 'silap-mata' dengan pengundi.....tabur sedikit sebanyak fulus, tabur sedikit sebanyak bitumen, hulur sedikit sebanyak kain pelikat, beg sekolah, air mineral, 'ekspedisi naik bot masa banjir semalam, gunakan sedikit sebanyak 'modal ketuanan lamanya'.....orang Melayu jadi 'cair' walaupun tak berapa nak perCAYA.....tapi kerana sokongan kuat dari media pencacai......'telor asin' yang hitam pun jika diputar hari-hari.....berhari-hari akan menjadi putih.
sebenarnya ada kelainan antara prk 1 hingga prk 7 jika dibandingkan dengan prk selepas itu.
ReplyDeletedalam prk1-prk7,projek mee segera tidak berlaku kerana bn mengambil sikap mahu mengajar pengundi.bila ini berlaku,pakatan berolih rahmat diatas sikap bn ini.
tetapi bila lihat bahawa tanpa mee segera,bn akan khuyub dalam setiap prk,arahan rasuah pembanggunan diadakan semula.hasilnya lu tolong gua,gua tolong lu,walaupun di sibu gua tidak ditolong tetapi prk lain mendatangkan hasil pada bn.
jesteru itu,pakatan tak perlulah banyak buat postmortem kerana realitinya kemiskinan yang melampau akan menyebabkan mereka yang tidak berduit akan mengundi pada mereka yang mampu memberikan mereka nilai nilai duit.perumpamaan lebih baik diberi kail untuk memancing,daripada memberi ikan untuk dimakan,tidak terpakai pada golongan ini.
ingatkan spesis letak tunggul kayu pun menang telah tiada dibumi Malaysia,tetapi masih ada rupanya kawasan yang seumpama ini dan Johor adalh sebahagian daripadanya.