Di dalam entry lalu di blog ini [Tarian bogel] seorang blogger pro UMNO yang terkenal dengan penulisan fitnahnya si papa gomo ada memberikan komen di MiLo SuaM mempersoalkan mengapa Kerajaan Negeri Kelantan masih lagi tidak menjalankan hukum hudud.
Mungkin masih ramai pembaca yang tidak mengetahui mengapakah Kelantan masih tidak menjalankan hukum hudud sedangkan draf hukum hudud Kelantan sudah disiapkan. Ramai di kalangan blogger-blogger pro UMNO termasuk papa gomo yang terkenal bebal ini menyebarkan propaganda kononnya PAS sendiri yang tidak mahu menjalankan hukum hudud.
Hal ini sebenarnya sudah dibincangkan dan dijelaskan berpuluh kali suatu ketika dahulu. Namun generasi baru mungkin memerlukan pencerahan memandangkan blogger upahan UMNO seringkali memutar belitkan hal ini dengan membuat propaganda kononnya Kelantan tidak mahu menjalankan hukum hudud.
Fakta yang sebenarnya ialah, Tun Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri telah datang ke Negeri Kelantan dan memberi amaran kepada kerajaan Negeri Kelantan memberi ugutan, sekiranya PAS menjalankan Hukum Hudud di Kelantan, Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan dan boleh mengistiharkan darurat serta menggantung perlembagaan Kelantan seperti yang pernah berlaku pada tahun 1977.
Hal ini dijelaskan sendiri oleh Tuan Guru haji Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam ucapan terbarunya berkenaan isu hudud di hadapan kira-kira 160 bloggers di Grand Season Hotel Kuala Lumpur [Malaysiakini]
Ajaran Islam meliputi semua aspek di dalam kehidupan, bukan semata-mata Hudud sahaja yang harus diperjuangkan. Hukum Hudud hanyalah bahagian kecil yang meliputi aspek perundangan di dalam islam.
Banyak lagi perkara lain di dalam Islam yang harus diperjuangkan baik dari segi ekonomi, akhlak, kebajikan, kejujuran dan sebagainya. Jika semata-mata kerana perjuangan menegakkan hukum hudud negeri Kelantan dirampas, ternyata satu tindakan yang tidak bijak!
Apapun Kerajaan Negeri Kelantan telah mengambil langkah-langkah bijaksana dan berhikmah untuk memartabatkan Islam sebagai cara hidup secara berperingkat. Banyak perkara yang harus ditangani terutama serangan dari UMNO dan sekutunya yang sering kali menentang Islam.
Jelas sekali Tun Mahathir yang menentang keras perlaksanaan undang-undang hudud dengan mengugut kerajaan pusat akan mengambil tindakan, namun hal ini sengaja diputar belitkan dengan mengatakan kononnya PAS yang tidak mahu kepada hukum hudud.
No comments:
Post a Comment