umNObn CEMAS BERGELORA DI PRK N5 TENANG 30 JANUARI 2011.
BN BUKAN SEKADAR BARANG NAIK, MENJURUS ANCAMAN BENCANA NEGARA.
24 Safar 1432, Sabtu
29 Januari 2011
RENCANA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB
umNO yang diputerakan dalam istana Johor Bharu, Johor kira-kira 64
tahun yang lampau, direkodkan sebagai negeri tegar karat dan tumang
umNO negara 1Malaysia. Dalam mengiringi menyambut tahun-tahun baru
hijrah 1432 dan masihi 2011. umNO Johor telah melakar sejarah dengan
membuka gelanggang PRK peringkat Dun termasuk Merlimau Melaka.
Disebabkan kematian Adun. Datuk Sulaiman Taha telah meninggal dunia
kerana mengidap penyakit jangkitan kuman dalam darah dan penyakit
kencing manis di Hosipital Pakar Ampang Putri, Kuala Lumpur pada 17
Disember 2010 yang lalu (Al Fatihah untuk Allahyarham dan ucapan
takziah kepada keluarganya). Sejajar dengan kekosongan tersebut, pihak
SPR telah mengumumkan yang tarikh penamaan calon untuk PRK N5 Tenang
dah berlalu pada 22 Januari 2011 hari Sabtu dan hari mengundinya pada
30 Januari 2011 hari Ahad. Pertandingan 2 penjuru, diantara calun
PR-PAS bertembung calon dari umNObn.
Hakikatnya melampau lebih setahun, 1umNO 1Malaysia pimpinan DS NTR RM
pengecut untuk menghadapi PRK Kota Seputih, Kedah. Walau YB Speaker
Dun Kedah telah mengistiharkan Dun Kota Seputih kosong dan tidak lagi
diwakili oleh Adun dari umNObn. Kerana mantan Adunnya melanggar
undang-undang bersabit culas hadhir kemesyurat Dun dengan sengaja,
tanpa diizinkan oleh Speaker. Disini SPR sekali lagi menjadi belacu,
sinonim sikap bias keringat usaha menyelamatkan Dun tersebut. Pertama
kali sejarah 1Malaysia tercatat apabila Pengerusi SPR dan SPR
bertindak membuka pintu kamar mahkamah tinggi mendahului umNO membuat
bantahan, bukan istiharkan Dun Kota Seputih kosong. Ajaib binti heran
SPR ni, menggunakan mahkamah 1Malaysia menghalang keputusan muktamat
speaker. Hatta mahkamah juga menjadi pelana, kekangan tunggangan
kepada 1umNO 1Malaysia. Disana mereka menemui hakim yang buta dan
pekak, untuk membuat keputusan tersendiri yang bebas adil. Kerana tuan
yang menyuapnya terpaksa dijagai, dibelai seada-adanya.
Belum langsai PRU N5 Tenang, suasana dan suhu politik negara menjadi
membara tidaklah sampai seperti Tunisia, Mesir dan Yaman. umNO
terpaksa juga menghadapi PRK Dun Merlimau Melaka. Kerana Adun-Exconya
meninggal dunia pula. Manakala di Selangor Speaker Dun Selangor YB
Teng Chang Kim telah membuat peristiharan Dun Pelabuhan Klang kosong
tidak diwakili setelah mantan Adun katak jadi spesis umNO Badrul
Hisham Abdullah. Sama seperti perlakuan culas mantan Adun Kota
Seputih Kedah juga umNO. Kini rakyat Selangor, negara dan dunia sedang
memerhati dan sedang membuat penilaian. Adakah sekali lagi Pengerusi
SPR akan naik tangga mahkamah. Juga bertindak muafakat bergandingan
untuk berterusan manipulasi undang-undang semata-mata untuk
menyelamatkan 1umNO walau pun edahnya kira-kira 2 bulan lagi. Walaupun
Presiden 1umNO 1Malaysia NTR RM mendakwa kini umNO dalam genggamannya
dah kembali puleh mendapat sokongat rakyat. Kerana seronok terhibur
dengan slogan 1Malaysia dengan pelbagai rencah herba disumbat
ketelinga setiap masa azimat RM dikaca TV.
Canang palu rebana dan temberang RTM, Media Prima, akhbar perdana.
Katanya umNO telah pulih sembuh, bebas sifar dari semua penyakit
kronik. Dakwaan rakyat dah kembali kepangkuan kangkang umNObn.
Tetapi mesyurat wajib 1umNO diharamkan 18 bulan oleh NTR RM. Kerana
apa? Kerana rakyat berterima kasih bistari bijaklaksana NTR RM
manipulasi menguasai BN melunasi Barang Naik jadi BN Bencana Negara,
NTR RM hebat menjadikan BN Barang Naik untuk keselesaan rakyat
menghadapi sisa-sisa hidup yang kian merempat. BN Barang Naik setiap
minggu dan setiap bulan rakyat jadi tak ketahuan. Kesannya samun,
bunuh, rasuah dan entah.... Petrol naik banyak kali, rakyat suka hati
happy keranamu umNO bantu rakyat beli harga BN Barang Naik, tk BN.
Bawang merah RM10 sekilo, bawang putih RM 10 sekilo, bawang besar RM4
sekilo, terima kasih BN Barang Naik keranamu. Barang Naik harga BN
pulihara dzamir nurani taukeh dan taikun. TK umNO BN Barang Naik untuk
menjana membela rakyat didahulu diutamakan dengan Barang Naik untukmu
BN. BN bestari memerintah menangani rakyat jelata mengundang papa
melarat kerana BN Barang Naik mu umNO 1Malaysia.
Dalam keadaan itu pun NTR RM bacul cap pengecut untuk menghadapi PRK
di Dun Kota Seputih Kedah. Justeru nyatalah dakwaan war-war jajaan di
semua media perdana, kertas dan elektronik adalah pembohong dan
pelawak 1umNO 1Malaysia dah pulih dah kebah dari demam. Masakan kita
pulih, kita kuat gagah perkasa, tetapi menjadi pondan mati pucuk
menghadapi pengundi rakyat? BN Barang Naik berkali-kali naik,
angkaramu umNO BN menjadi ancaman BENCANA NEGARA kalau rakyat biarkan.
Makanya rakyat dan pengundi di PRK Dun N5 Tenang berada dalam KaPar
Labis, APnya YB Chua Tee Yong dipesakai dari ayahndanya mantan
menteri prono (anak-anak muda cakap) juga Presiden MCA sekarang
iaitu DS Dr Chua Soi Lek. Pihak SPR telah membuat pengesahan Dun 5
Tenang mempunyai 14,753 pengundi yang berdaftar dan layak membuang
undi mereka pada 30 Januari 2011 hari Ahad ini. Pecahan pengundi
mengikut keturunan, ialah pengundi Melayu 7,014 (47.54%), Cina 5,766
(39.08%), India 1,780 (12.07%) bakinya adalah pengundi dari Bumiputra
Sabah/Sarawak dan Orang Asli. Janalah tranformasi politik dengan
menolak parti BN Barang Naik menjadi ancaman BENCANA NEGARA.
Anak-anak muda pelayar internet facebook dan sebagainya berkata,
“1umNO memiliki simpanan/deposit tetap kira-kira 3,000 undi di 3
kawasan Felda iaitu Felda Chemplak, Felda Chempelak Barat dan Felda
Tenang. Apalagi sekarang Felda dikepalai oleh Pengerusi Felda baru cap
jijik najis rasuah yang disahkan oleh umNO 1Malaysia sendiri, ketika
mana pertarungan merebut jawatan dahulu. Bahana rasuah menghasilkan
terpelancut jawatan menteri, Menteri Wilayah Persekutuan. Kini
kurangnya Melayu menyertai menyokong 1umNO makanya pemimpin rasuah
kitaran semula disuntik dilimau dan dilanggar untuk dijadikan kuda
tunggangan untuk memacu Felda semahu dan seadanya. Lumrahlah kalau
Pengerusi Felda dirinya penuh dengan kurap panau dan puru, macamana
nak tegur akan penyakit terdapat pada orang lain jauh sekali nak
memberi virus pelali penghalang. Kurap panau sendiri tak terubat, nak
tegur bantu orang? Tetapi umNO yang tolak Islam pemimpin jenis cap
inilah menjadi pilihan dan keutamaan. Kerana kitab umNO kata ianya
boleh lagi membolehkan. Ia tak salah sebab rasuah dalaman umNO. Ka
benar begitu pegangan 1umNO?
Sekiranya 1umNO mendakwa calon pilihan MB Johor DS GO mantan ADO
Rengit Mohd Azahar Ibrahim mendakwa akan memperolehi peluang menang
dengan majoriti lebih besar dari yang dicapai di PRU12 dahulu.
Berbanding berdepan dengan calon PR dari PAS iaitu Cikgu Normala binti
Sudirman atau disekolah dan orang-orang kampung mengenali dengan
panggilan mesra mudah dan dekat dihati dengan panggilan Cikgu Mala.
Cikgu Mala baru meletak jawatan dan besara dalam perkhidmatan
perguruan, perkhidmatan pendidikan. Seiring dengan war-war Cikgu Mala
adalah calon mewakili PR dari PAS bertanding di PRK N5 Tenang, ketika
itulah juga Pengarah Pelajaran Johor telah melakukan pertukaran mee
segera ke Johor Bharu. Sebaik dihentak dan diperkatakan secara meluas
akan kezaliman dan kekejaman diatas pertukaran tersebut, akhirnya PPJ
akor dalam terdesak dan menanggung malu tak berkesudahan menarik balik
menjilat licin ludahnya dengan membatalkan pertukaran tersebut. Itulah
kerja penjawat awam pecacai 1umNO dulu, kini dan selama-lamanya.
Dakwaan 1umNO yang calun BN 1Malaysia pilihan DS GO yang dikhabarkan
tidak disetujui oleh TS MY, mudah mendapat peluang menang adalah auta.
Pelawak dan itu itu semua adalah hebahan dan rendang berita. Saya
menyangkal yang calon umNObn mudah mendapat kemenangan dengan majoriti
besar di Tenang adalah bergelora, berolak dan beralun. Banyak kalangan
dikalangan umNO lokal di Tenang mempertikai pilihan MAI sebagai calon
menang mudah untuk PRK N5 Tenang. Fakta dan realiti batang tuboh
pribadi calun umNObn PRK N5 Tenang kini berdepan dengan sarat dengan
masalah pribadi ketika berkhidmat ADO dulu. Diperkatakan seluasnya
dimedium internet dikalangan blogger dikalangan umNO sendiri yang
menentang calun tersebut. Hatta kini media perdana khususnya RTM dan
Mediaprima menerusi semua saloran TVnya berusaha mengambus,
melindungi, kirap kipas hatta lebih laju dari pemimpin umNO dalam
episod-episod slot berita dan slot khas, usaha-usaha memuji memuja dan
memaparkan setiap gerak harian calon umNO MAI.
Hatta yang tak dilaporkan adalah berak kencing dan bilik tidur calun.
Selain dari itu disaji dengan penuh kosmatik berjenama besar sebesar
badan calon. Orang Cina panggil macam tu badan adalah topoui. Pengundi
PRK N5 Tenang, walau anda mendapat halangan dan ancaman agar jangan
menyokong dan memberi undi kepada calon PR-PAS Cikgu Mala, tetapi
jalankanlah tranformasi undi menyeluruh anda dengan bulat tekad bulan
purnama, 30 Januari 2011 Ahad ni, undi dan X PANGKAHLAH Cikgu Mala,
seorang mantan Guru Cemerlang yang sekian waktu mengajar dan mendidik
anak-anak anda untuk menjadi anak yang berguna. Cikgu Mala mendapat
anugerah GURU CEMERLANG bukan kerana rasuah, bukan kerana menipu.
ANUGERAH CEMERLANG di perolehi dihargai kerana KOMIT DAN KOMITED
MENGAJAR DENGAN CEMERLANG mengajar anak-anak anda wahai pengundi.
Selamat mengundi kepada sekelian pengundi-pengundi PRK DUN N5 TENANG.
Selamat sejahtera semua.
RENCANA OLEH : IBN ABDULLAH AL AWAB
24 Safar 1432, Sabtu
29 Januari 2011
NOTA: DENGAN PERGERAKAN YANG TERBATAS, CUKUP-CUKUP TERHAD KEUPAYAAN
KINI. SAYA KINI SEDANG MENITI HARI MEMBILANG MASA UNTUK MENDAPATKAN
RAWATAN JANTUNG “CORONARY ANGIOGRAM”, DI JABATAN KARDIOLOGI. KEADAAN
BERTERUSAN MEMAKSA UNTUK SAYA BEREHAT. Ampun maaf -
IBN ABDULLAH ALAWAB
No comments:
Post a Comment