CERDAS MINDA
(Sila Cari Persamaan Dan Perbezaan Dengan Malaysia Dari Kenyataan Di Bawah..)
Kepincangan Mubarak
* Tidak pernah menarik balik perintah darurat yang dikeluarkan selepas pembunuhan presiden sebelum ini, Anwar Al-Sadat pada 1981. Di bawah undang-undang darurat yang berlarutan hingga 30 tahun, kerajaan boleh menahan dan memenjarakan sesiapa sahaja tanpa had tempoh, tanpa sebab dan tanpa perbicaraan
* Menindas parti pembangkang dan menolak sebarang perubahan politik walaupun dengan campur tangan Amerika Syarikat yang menjadi sekutu kuat Mubarak selepas Mesir menjadi negara Arab pertama berdamai dengan Israel pada 1979
* Berterusan menindas parti Ikhwan Islam-sebuah pergerakan Islam dan pertubuhan parti pembangkang terbesar dalam dunia Arab dan menahan anggota parti itu tanpa sebab
* Diramal mahu melantik anaknya, Gamal Mubarak sebagai Presiden dengan berlakon kononnya kerajaan Mesir mengamalkan demokrasi
* Seorang pembangkang Mesir, Ayman Nour bertanding dalam pilihanraya pada 2005 yang sekali lagi menyaksikan Mubarak menang besar. Nour menuntut proses pengundian dijalankan semula. Pada 24 Disember tahun sama, Nour disabitkan bersalah atas penipuan dan dijatuhi hukuman lima tahun kerja keras
* Rejim Mubarak mengawal ketat media negara itu dan secara terbuka mengakui tidak salah untuk menipu kepada 80 juta rakyat negara itu. Mesir berada pada kedudukan 133 daripada 168 negara dalam kebebasan bersuara.
No comments:
Post a Comment