Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Tuesday, February 5, 2013

Untuk Malaysia yang lebih baik

Oleh Mazir Ibrahim

Penyataan oleh masyarakat awam seperti “biarlah orang politik fikirkan”, “biarlah menteri buat keputusan”, “aku tak tahu, sebab aku tak campur hal politik-politik ni” telah menjadi pemisah antara kulit dengan isi, antara pemberi amanah dan pelaksana amanah.
Frasa oleh pengamal politik seperti “undi saja kami, nanti kami tahulah nak buat bagaimana”, “biar kami buat keputusan, anda cuma perlu sokong sahaja, “you help me, I help you” atau “kami lebih tahu apa yang baik untuk anda, kami dah buat kajian” juga menjadi sebab berlakunya kepincanganan antara jalan cerita dengan pengarahan, antara kerajaan dengan rakyat.

Kedua-dua senario ini merupakan manifestasi dari kegagalan pendemokrasian amalan politik kita dalam membangunkan siasah bangsa Malaysia. Ini jugalah yang menjadikan politik itu suatu hal yang sangat eksklusif dan menjauh dari realiti demokrasi yang kita harapkan.
Punca masalah

Puncanya barangkali ada dua;

1. Amalan politik perkauman (aasabiyah) tajaan UMNO.

2. Amalan politik kebendaan dalam budaya masyarakat.
Yang dikatakan politik perkauman UMNO sebagai punca utama terjadinya politik sempit dan eksklusif ini adalah menjurus kepada dasar pembahagian ekonomi dan dasar integrasi kaum menerusi sistem pendidikan.

Sebagai satu ringkasan, isu kemiskinan yang wujud semenjak dari awal Tanah Melayu merdeka hingga tertubuhnya Malaysia, yang majoritinya di kalangan kaum Melayu dan Bumipuetra itu sememangnya benar.

Tetapi, atas realiti itulah maka UMNO menjadikannya sebagai alasan atau sebab untuk berjuang atas nama bangsa. Atas nama bangsa itu jugalah UMNO mengambil kesempatan dengan mencipta dasar ekonomi yang mana kini dasar tersebut telah membaja budaya rasuah. Proses yang memakan masa lebih dari dua puluh tahuan ini pada akhirnya telah mencacatkan kemajuan bangsa itu sendiri.

Maka tidak hairanlah mengapa isu rasuah dipandang sebelah mata saja oleh UMNO dan suku-sakatnya. Rasuah tidak dilihat sebagai suatu dosa agama yang besar, malah lebih jelek lagi apabila ada yang menganggap rasuah sebagai ‘keperluan’ untuk mempercepatkan kemajuan negara – kononnya untuk mengisi makna kemerdekaan.

Dari dasar ekonomi ini juga telah mencetuskan budaya politik kebendaan, lebih-lebih lagi di zaman penguasaan regim Mahathir.

Istilah ‘kemajuan’ sekali lagi (pemesongan istilah) telah dijadikan alasan untuk pemerintah UMNO menjalankan projek-projek ‘kebendaan’ demi kebanggaan, demi kemasyhuran dan demi kegemilangan negara – katanya. Tetapi pada hakikatnya, ia hanyalah projek berorientasikan kebendaan dan keuntungan segera, bukan projek bermatlamatkan kesedaran untuk rakyat.

Suram budaya

Dua elemen ini menjadi pakej kesuraman budaya masyarakat khususnya kaum Melayu yang menjadi suara majoriti dalam kuasa politik di Malaysia.

Dalam senario ini, tanpa disedari, ibu bapa menjadikan alasan menghantar anak ke sekolah kerana mahu mengharapkan laba kebendaan oleh anak-anaknya. Mereka yang bersekolah pula mahu lulus..lulus..lulus. Potensi atau bakat digilap untuk menjadi konsumer, bukan untuk membangun bersama idealisme bangsa Malaysia.

Mereka yang bekerja pula lebih ghairah dan berlumba-lumba untuk memiliki harta seperti motokar demi memastikan status hidupnya dipandang dan dihormati. Sebaliknya mereka-mereka ini tidak sanggup berbuat apa-apa apabila sistem pengangkutan awam pincang dan tidak berkualiti.

Penghasilan ini memperlihatkan bahawa matlamat kemerdekaan menjadi matlamat kebendaan. Setiap rakyat baik yang bersekolah atau bekerja terus menambah hutang, bukan bertambah matang. Dalam ‘design’ ini, jurang antara mereka tercicir dengan yang ‘berjaya’ semakin melebar. Inilah kemodenan yang telah UMNO ciptakan.

Justeru, selepas lebih dari lima puluh tahun UMNO diberi peluang untuk memandu kita mengisi kemerdekaan, maka cukuplah sampai di sini amanah itu diberikan.

Kini telah tiba masanya untuk kita meminjamkan kuasa politik kepada Pakatan Rakyat kerana hanya dengan jalan ini sahaja makna sebenar kemerdekaan dapat diterjemah dengan lebih adil, jelas dan bersih.

Cabaran Pakatan

Cabaran yang ingin diambil oleh PR adalah untuk menjadikan Malaysia ini sebuah ‘Malaysia’ untuk semua rakyatnya. Fenomena ketirisan harta rakyat, stigma terhadap kaum lemah dan minoriti serta pengagihan kuasa dan ekonomi yang lebih adil dapat dilaksana demi memastikan ‘kebendaan’ yang dibina itu dapat disisi seimbang dengan siasah bangsa ini.

Pengetahuan tentang politik hari ini bukan saja milik eksklusif ahli politik mahupun peminat politik, sebaliknya ia telah berevolusi menjadi satu tanggungjawab oleh penggerak masyarakat madani (pemikir awam) untuk memecah tembok pemisah antara pengamal politik dan orang awam (rakyat biasa).

Agar orang awam dapat akses yang lebih luas untuk terlibat dalam membuat keputusan bagi dirinya – Pakatan Rakyat berjuang untuk menjadikan ‘Malaysia yang lebih baik.’ – Roketkini.com

Saturday, December 22, 2012

Anwar: Usah remehkan minda politik orang kampung!

oleh Ahmad Lutfi Othman

Agak lama saya tidak menghadiri program politik di sebelah malam, terutama selepas serangan angin ahmar kedua, seminggu sebelum Ramadan lalu. Bagaimanapun, Syarahan Baling, malam Jumaat lalu, 10 Disember, di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya berjaya menarik saya ke sana. Saya terasa ada elemen nostalgik yang mengheret.

Demonstrasi Baling, 3 Disember 1974, mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri, terutama dalam konteks perjuangan golongan bawahan tertindas, masyarakat petani di luar bandar, yang miskin dan hilang hak untuk sama-sama menikmati kehidupan berkualiti (sebenarnya sekadar untuk cukup makan-pakai-tempattinggal).

Baling juga simbol komitmen tinggi gerakan pelajar -- menjelang pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1975 -- menjuarai isu-isu rakyat, menyelami penderitaan dan ratap tangis kelompok terpinggir apabila inflasi melambung, harga getah menjunam dan elit penguasa bersikap tidak peduli.

Ia gabungan padu yang terjalin di antara mahasiswa, tenaga akademik dan juga penduduk kampung, bukan hanya di Baling tetapi juga kawasan sekitar, seperti Sik dan Kulim.

Malah tiga bulan sebelum itu, di Tasik Utara, Johor, mahasiswa turun membela golongan miskin yang diperintah keluar dari rumah yang mereka dirikan di Kampung Barisan Nasional atas janji pemimpin Umno sebelum PRU 1974. Kediaman dirobohkan dan tapak ganti tidak diberikan. Bersama penduduk yang teraniaya mahasiswa berkampung di hadapan pejabat Menteri Besar.

Dalam kedua-dua episod itu, lebih seribu mahasiswa ditahan polis. Di Baling, pada 1 Disember 1974, hampir 30,000 berdemonstrasi, manakala lebih 5,000 pelajar menunjuk perasaan di Kuala Lumpur (Saifuddin Abdullah; Kalau Saya Mahasiswa). Masjid Negara yang menjadi tempat perlindungan demonstran dicabuli anggota FRU. Kampus UM digempur polis melalui Operasi Mayang; autonomi universiti berkecai.


Mohd Saifullah Mohd Zulkifli, aktivis AMK merakamkan kembali catatan dalam majalah Ar-Risalah, terbitan ABIM 1975 mengenai peristiwa itu: "Perhimpunan pelajar-pelajar tersebut telah disuraikan oleh FRU dengan tembakan gas pemedih mata. Pelajar-pelajar melarikan diri ke Masjid Negara tetapi FRU terus mengejar mereka. FRU mengepung 8,000 pelajar yang sedang berlindung di masjid serta melepaskan tembakann gas pemedih mata kearahnya. Ketika berada di dalam masjid pelajar-pelajar tersebut telah melaung-laungkan kalimat "ALLAHU AKBAR" dan beberapa kali mereka setelah mengalunkan azan. Sementara menunggu ketibaan waktu Zuhur mereka berzikir beramai-ramai selama kira-kira 20 minit. Setelah masuk waktu mereka telah menunaikan fardu Zuhur secara berjamaah .

"Pihak FRU terus berusaha untuk memberkas pelajar-pelajar dan dalam operasi tersebut beberapa orang pelajar telah cedera. Akhirnya pihak FRU menangkap seramai 1,128 orang pelajar, termasuk 80 pelajar wanita dan membawa mereka ke balai-balai polis Sentul, Brickfield dan Jalan Bandar. Pada sebelah malamnya mereka ditempatkan di Polis Depot Jalan Gurney. Pelajar-pelajar yang ditahan hanya diberi makan selepas 11.00 malam.

"Polis memasuki kampus Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada pada 2.00 pagi hari Ahad 8hb Disember 1974. Polis menggeledah bilik-bilik asrama, pejabat-pejabat dan lain-lain bangunan Universiti untuk mencari dan menangkap mahasiswa di bawah ISA.”

Tanpa sedar, rupanya dalam diri saya masih meruap semangat sebagai bekas pemimpin pelajar pertengahan 1980-an, yang dikira era malap selepas 10 tahun kampus diserkup Auku dan pelbagai peraturan karut-marut HEP (Hal Ehwal Pelajar) -- meletakkan mahasiswa tidak lebih daripada pelajar sekolah.

Majlis anjuran Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, 10 Disember, diserikan tokoh-tokoh yang terlibat secara langsung dalam kebangkitan rakyat yang mencipta sejarah itu. Syarahan utama disampaikan Anwar Ibrahim, sebelumnya Dr Syed Husin Ali dan forum melibatkan Prof Gurdial Singh, Kamarazaman Yaakob dan Syed Hamid Ali.

Susulan tunjuk perasaan yang menggegarkan tanahair itu, kelima-limanya menjadi mangsa kezaliman ISA, dan yang paling lama merengkok di Kamunting ialah Dr Syed Husin, hampir enam tahun, diikuti Anwar dua tahun. Sebenarnya tarikh 10 Disember merupakan Hari Hak Asasi Manusia yang disambut setiap tahun di seluruh dunia.

Dalam bicaranya, Syed Hamid, bekas Setiausaha Agung PSRM, kini aktivis KeADILan di Batu Pahat, membawa misalan menarik.

"Dalam perjuangan ini, saya tidak lebih daripada sebatang lidi sahaja. Tetapi janganlah kita lupa banyak lagi lidi-lidi yang lain, yang bertebaran di sana sini.

Mari kita kumpulkan lidi-lidi itu dan mengikatnya menjadi penyapu yang dapat membersihkan segela penyelewengan dan kezaliman," ujarnya bersemangat, disambut tepukan bergemuruh lebih 1,000 hadirin.

"Demonstrasi Baling membuktikan, di mana ada kezaliman dan penindasan, pasti di situ ada penentangan dan perlawanan. Ia bukan hanya hukum sosial atau hukum sejarah saja, tetapi juga hukum fizik. Semakin kuat sesuatu itu dibaling, maka akan lebih kuatlah pantulannya," kata adik kepada Dr Syed Husin itu.

Dr Syed Husin pula menjelaskan, selepas hampir 40 tahun demonstrasi Baling, keadaan negara kita, terutama dari segi keadilan sosial, tidak banyak berubah. "Sebab kerajaan pun tidak pernah berubah," tegasnya.

"Baling menunjukkan perlu persefahaman, kesatuan, penggabungan tenaga dan jalinan erat semua pihak bagi menjayakan gerakan perubahan. Tidak harus dibiarkan segelintir kecil orang, tapi besar kuasanya, melakukan kezaliman.

"Saya tidak percaya satu orang boleh membuat perubahan. Anwar, yang teruk dizalimi dan difitnah sejak 14 tahun lalu, hanya lambang kepada perubahan itu, dan kita mesti bersatu melakukannya," kata Dr Syed Husin semasa memperkenalkan Anwar sebagai pemidato utama Syarahan Baling.

Malam itu Anwar bercakap agak serius, menekankan aspek-aspek penting perubahan dan konsep pembangunan yang ditawarkan. Beliau banyak mengutip kata-kata sarjana terkemuka, di antaranya Malek Ben Nabi dan Alexis de Tocqueville.

Saya lebih tertarik apabila Anwar menekankan sesuatu yang bermakna buat mereka yang mahu sama-sama mencetuskan perubahan dalam PRU13: "Demonstrasi Baling mengingatkan kita agar jangan mudah mengandaikan kelompok miskin di daerah terpencil, yang kurang mendapat maklumat, rendah pendidikan formalnya, masih dihimpit kemiskinan dan kekurangan asas, tidak mampu bangkit untuk menentang pemimpin zalim dan sistem bobrok."

Anwar menyanggah tanggapan yang mendakwa penduduk kampung ketika itu berani bangun melawan disebabkan hasutan mahasiswa atau orang luar yang lebih terpelajar. Katanya, setiap manusia mempunyai potensi dan nurani untuk melakukan perubahan, apatah lagi selepas ditindas dan ditekan.

Beliau mungkin mahu menepis andaian bahawa masyarakat di pelosok desa, yang tidak mendapat akses maklumat seperti orang bandar, tidak tergolong dalam kelas menengah, sukar menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Tsunami politik lebih empat tahun lalu dikira banyak disumbangkan oleh kelompok berpendidikan tinggi di kota dan pinggir bandar, yang dianggap lebih celik politik berbanding masyarakat di pedalaman, selain protes terbuka masyarakat bukan Melayu.

Agak ramai juga penganalisis politik, termasuk pemimpin oposisi sendiri, yang tidak meletakkan harapan tinggi kepada pengundi luar bandar, terutama yang mendiami kampung Melayu tradisi dan penempatan Felda, untuk memudahkan misi Pakatan ke Putrajaya.

"Saya tidak bersetuju dengan andaian itu. Lihat saja di Kelantan, yang diperintah PAS sejak lebih 22 tahun lalu," tambah Anwar sambil menolak nasihat kepadanya agar usah buang masa membentangkan data dan statistik tentang ekonomi negara, termasuk fakta tentang defisit, apabila berceramah jauh di kampung-kampung. "Saya diminta membawa isu-isu mudah seperti kenaikan harga barangan asas dan seumpamanya," ujarnya.

"Tak semestinya golongan terpelajar di bandar lebih berilmu dan memahami isu. Misalnya semasa di Chuping, Perlis, sebuah rancangan Feldam saya bertanya kepada seorang penduduk kampung, apakah negara kita pernah dijajah, beliau mengakuinya. Sedangkan ada profesor sendiri tidak tahu perkara ini," Anwar berseloroh, disambut gelak ketawa penonton.

Bagi saya, teguran Ketua Pembangkang itu harus diberi perhatian serius oleh penggiat parti, terutama PAS dan KeADILan, yang bertembung langsung dengan cabaran masyarakat desa dan peneroka Felda, di luar kubu tradisi pembangkang. Proses pendemokrasian harus merentasi segenap ruang.

Ada kalanya kita meremehkan keupayaan berfikir dan menganalisis oleh segmen pengundi terpenting itu, yang masih dianggap penyokong kuat BN. Meskipun mengakui mereka sasaran terpenting yang perlu didekati, namun tidak banyak usaha terancang dibuat bagi meningkatkan kesediaan untuk melakukan perubahan. Sebaran maklumat masih tersekat. Persepsi songsang sukar diperbetul.

Saya sendiri bertemu rakan-rakan yang masih setia menyokong BN bukan disebabkan habuan atau imbuhan yang mereka terima. Kelihatan mereka ikhlas dan mempercayai hanya Umno mampu mempertahankan "ketuanan" dan kepentingan Melayu. Mereka seolah-olah yakin kedudukan orang Melayu akan tergugat apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa, dengan DAP menjadi teraju utamanya.

Malah di Terengganu, yang mana lebih 96 peratus penduduknya orang Islam, Umno tetap memainkan isu PAS dikuasai, atau menjadi kuda tunggangan, oleh DAP, walhal tiada satu kerusi pun ditandinginya.

Boleh saja anda rumuskan bahawa mereka ini naif berpolitik tetapi ia bukan hanya membabitkan masyarakat di kampung atau golongan berpendidikan rendah. "Kerisauan masa depan politik Melayu" itu turut dikongsi oleh kelompok kelas menengah, memegang jawatan tinggi-strategik dan terdedah kepada limpahan informasi.

Di sebelah tengahari, sebelum Syarahan Baling pada malamnya, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, semasa majlis diskusi ringkas bersama Jabatan Pengarang Harakah, menekankan bahawa dalam PRU13, jentera kempen Umno-BN akan mengeksploitasi semaksimum mungkin isu-isu sensitif berkaitan agama dan perkauman.

"Untuk BN pertahan kuasa, kali ini mereka mainkan isu sentimen, bukan fakta lagi. Untuk pertahankan undi kerana hilang harapan kepada Cina, kini Umno terpaksa menggunakan isu sentimen perkauman untuk mendapatkan undi Melayu dan bumiputera Islam," ujarnya.

Mat Sabu seterus menceritakan pengalamannya bersembang dengan seorang pensyarah universiti semasa menunggu pesawat di lapangan terbang, di Johor. "Dia beria-ia minta PAS bertanding bersendirian, jangan berpakat dengan parti lain, terutama DAP. Katanya, jika PAS konsisten solo memperjuangkan nasib bangsa dan agama, akhirnya ia akan diterima rakyat juga," katanya.

Beliau cuba menjelaskan kepada pensyarah itu situasi yang PAS alami setelah sekian lama bertanding bersendirian, termasuk hilang pertaruhan di Johor. "Selepas bersembang lama barulah saya sedar, pensyarah tadi sebenarnya dipengaruhi oleh kursus indoktrinasi BTN (Biro Tata Negara) yang baru dihadirinya," tambah Mohamad Sabu.

Selanjutnya orang no 2 PAS itu mengingatkan: "Saya tidak memandang rendah keupayaan Umno-BN untuk memanipulasi sentimen itu. Biarpun isu-isu yang dimainkan itu bukan berjejak di bumi nyata, tetapi Umno yang berpengalaman lama memerintah negara tahu ia cukup berkesan kepada sebahagian besar pengundi Melayu."

Apabila saya posting peringatan Mohamad Sabu itu dalam Facebook, seorang rakan, wartawan politik membalas melalui SMS: "...tapi saya masih pelik kenapa dalam isu raih undi Melayu, Pakatan macam buat kesilapan yang tidak sepatutnya, macam beri bola tanggung kepada Umno-BN."

Tanpa menjelaskan lebih terperinci maksudnya, kawan baik saya itu berpesan: "Andai dalam PRU13, Pakatan atau PAS terutamanya masih gagal menguasai kerajaan persekutuan, yang pertama harus dipersalahkan ialah diri sendiri."

Anwar dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Alor Setar, 7 Disember lalu, juga mengingatkan hal yang sama. Penilaian awal harus dibuat terhadap prestasi gerakerja pilihan raya dan juga mengamati kemungkinan terdapat kesilapan yang dilakukan oleh jentera Pakatan sendiri.

Menjelang pecutan terakhir berkempen PRU13, saya kira penegasan Anwar, pengakuan Mohamad Sabu dan pesanan sahabat saya itu elok dijadikan renungan bersama. Walaupun nampak seolah-olah ada sedikit pertentangan di antara ketiga-tiganya, namun masa masih berbaki untuk membuat "post mortem" terlebih dahulu, agar isu-isu "yang terlepas pandang" dapat diberi perhatian.

Keghairahan melakukan perubahan di tengah-tengah sambutan hebat massa terhadap Pakatan, misalnya seperti ditunjukkan dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat tidak harus melupakan kita tentang aspek-aspek terselindung yang masih perlu diteliti.

Anwar mengingatkan dalam Syarahan Baling, 10 Disember lalu, agar tidak hanya menumpukan kepada golongan kelas menengah untuk membawa perubahan, sebaliknya masyarakat kampung terpinggir yang tidak begitu terdedah dengan maklumat juga berupaya mencipta sejarah, seperti dibuktikan dalam demonstrasi Baling, 3 Disember 1974. Turut kelihatan, Dr Syed Husin Ali.

Wednesday, December 19, 2012

PENGUNDI ATAS PAGAR - Adakah mereka penentu nasib politik Malaysia..??

Jangan dibakar jambatan sebelum menyeberang

 
Pilihanraya kali ini adalah pilihanraya yang paling sengit bagi BN dan paling hampir kepada kuasa bagi Pakatan Rakyat. Keadaan graf kemajuan kedua belah pihak sentiasa berubah setiap waktu dan masa. Dalam satu waktu BN mendahului sedikit dan pada waktu yang lain pula Pakatan Rakyat yang mendahulu dari sokongan rakyat.

Bagi saya secara jujur, dan realistik pada hari ini keadaan memerlukan kedua-dua belah pihak berusaha keras untuk mendapatkan undi-undi di atas pagar yang agak besar dan itulah pandangan saya mengikut keadaan sekarang ini. Adalah penting bagi kedua-dua belah pihak memaparkan perjuangan yang betul dan benar. Jangan sekali-kali ada pihak yang melakukan perkara yang boleh menjejaskan sokongan dalam waktu yang kritikal ini.

Rakyat terutamanya pengundi-pengundi di atas pagar sedang menumpukan perhatian terhadap janji-janji masing-masing. Jika kedapatan janji-janji yang tidak mungkin terlaksana, kerana permainan politik peribadi, pihak itu akan hilang sokongan dari gulungan ini. Janji-janji kedua-dua belah pihak adalah dalam perhatian rapi pengundi.

Bagi BN isu-isu besar yang mereka hadapi sudah pasti menjejaskan prestasi mereka. Itulah sebabnya transformasi yang di janjikan BN itu ialah untuk mempastikan yang isu rasuah yang sudah menjadi ‘stigma’ kepada BN itu wajar di hapuskan serta merta. Tetapi untuk menghilangkan ‘stigma’ itu, bagi BN dan UMNO wajib memperlihatkan kepimpinan baru dalam parti itu yang tidak melibatkan mana-mana pemimpin atau individu yang ada di dalam MKT UMNO dan Jemaah Menteri sekarang ini.

Pimpinan BN yang ada tidak mempunyai kredibiliti untuk menunaikan janji-janji bagi memperbaiki keadaan ini kerana tidak mungkin kumpulan yang melakukan rasuah itu akan berkemampuan memperbaiki keadaan rasuah yang mereka lakukan. Dalam sekelip mata ini UMNO wajar menukar imej baik dengan menukar barisan pimpinan yang baru sebelum pilihanraya yang akan datang ini.

Bagi Pakatan Rakyat yang sedang merasakan sedikit nikmat kuasa yang rakyat akan diperhatikan ialah samada janji-janji yang menjadi umpan untuk rakyat memberikan sokongan itu betul-betul terlaksana. Bagi PAS tidak nampak apa-apa yang bermasalah kerana PAS merupakan parti yang paling berdisiplin dan oleh kerana ia berlandaskan sedikit sebanyak kepada Islam dan agama itu kita terlihat ia sudah menunjukkan dan membuktikan parti itu telah berjaya mewujudkan kepimpinan yang telah pun terbukti kesahihan dalam penepatan janji-janji selama ini.

Bagi DAP, parti ini telah berjanji untuk melaksanakan pentadbiran yang baik dan terbukti wujud di Pulau Pinang. Janji-janji parti ini untuk menonjolkan calon-calon Melayu sedang menjadi perhatian ramai khusus dari pengundi Melayu di seluruh negara. Jika janji ini tidak di tepati ia akan pasti menjejaskan keyakinan sebahagian rakyat terutamanya dari gulungan yang di atas pagar. Jika janji untuk memaparkan calon-calon Melayu ini tidak terlaksana maka itu akan menjadi tanda awal yang DAP akan tetap dengan persepsi rakyat sebagi sebuah parti yang rasis untuk kaum Cina semata-mata.

‘Convention’ DAP di Pulau Pinang minggu lepas juga telah membibitkan perasaan sedikit kurang senang setengah pihak, bukan sahaja dikalangan kaum Melayu tetapi juga dikalangan kaum India. Tetapi itulah demokrasi. Jika yang tidak mendapat keyakinan perwakilan maka tidak adalah yang menang di dalam pertandingan seperti itu.

Tetapi seperti yang di sebut oleh perwakilan Sekinchan yang mana sudah ada tanda-tanda DAP telah mula di resapi oleh elemen politik wang walaupun belum jelas di lihat. Ramai yang telah memberikan komen dalam senyap-senyap yang mengatakan nampaknya DAP juga sudah mula terasa nikmat kuasa dan di harap apa yang di sebut oleh perwakilan itu tidak benar.

PKR pula, seperti DAP dan PAS telah berjaya menunjukkan prestasi kepimpinan yang jauh lebih bersih dari BN di Selangor dan kini yang perlu bagi kerajaan PKR Selangor untuk terus mentadbir dengan baik seperti yang telah terekod selama empat tahun lebih memerintah kerajaan Negeri Selangor itu.

Pendeknya jika dilakukan pilihanraya hari ini atau esok, mana-mana pihak yang melakukan kesilapan walaupun sedikit, pihak itu akan menghadapi kekalahan. Oleh itu kedua-dua pihak nampaknya terpaksa berhadapan dengan situasi yang mesti berhati-hati kerana masing-masing sudah tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan lagi.

Jika mana-mana pihak melakukan kesilapan sekarang ini masa sudah terlalu suntuk untuk memperbetulkannya. Dalam keadaan sekarang kesilapan tambahan dari pihak BN akan mengakibatkan kehilangan kuasa. Sebaliknya jika Pakatan Rakyat melakukan kesilapan dengan menunjukkan sikap terlalu dahagakan kuasa juga akan mengakibatkan niat untuk ke Putrajaya itu terbengkalai sehingga pilihanraya yang akan datang.

Ingat, mana-mana pihak yang melakukan kesilapan akan menerima padahnya. Kita mesti ingat acapkali terjadi makanan yang sudah hampir masuk ke dalam mulut pun akan terlepas jika rakyat terlihat sikap tamak haloba dan politik peribadi yang keterlaluan.

Kepada yang sedang terlalu takut kehilangan kuasa yang ada sekarang jangan bercakap besar dengan memperlekehkan pihak lain. Kepada pihak yang ingin mengambil alih kuasa pula jangan tunjukkan sangat keghairahan yang keterlaluan untuk mendapatkan kuasa itu kerana ia akan memakan diri masing-masing. Hidung biar terletak di tempatnya, jangan di letak di dahi. Cara kita menunggu kejayaan untuk mendapatkan kuasa itu akan mudah di baca dan menjadi pertimbangan pihak yang di atas pagar untuk menentukan sikap mereka di dalam peti undi nanti.

Sebenarnya rakyat benar-benar mahu merasakan perubahan nyata dan mereka akan kecewa jika mereka masih mengalami keadaan dan situasi yang sama setelah mereka mengalih dan menganjak kuasa itu di dalam pilihanraya nanti. Sekali rakyat yang mengharap rasa tertipu, ia akan mengambil masa yang panjang untuk memulihkan keyakinan mereka.

Jangan buangkan air dalam tempayan semata-mata kerana terdengar bunyi guruh dilangit. Satu lagi perbidalan yang sangat popular dalam politik negara ialah, ‘jangan membakar jambatan sebelum menyeberang’

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/12/jangan-bakar-jambatan-sebelum.html

Tuesday, December 18, 2012

MAKA melalak melolong lah pemimpin Umno apabila tiada wakil kaum Melayu di dalam CEC Parti DAP....

ITU BARU "REAL" PUNYA KERJA KOMUNIS
Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA melalak melolong lah pemimpin Umporno terutamanya Timbalannya, Si Lembam apabila tiada wakil kaum Melayu di dalam CEC Parti DAP. Hujah beliau, ini menunjukkan DAP parti perkauman. Betapa cerdiknya Si Lembam membuat tafsiran sedemikian yang menyebabkan ramai yang bertanya ada berapa orang kaum India atau Cina berada di dalam MT Umporno, kecuali jika ada pun 'separuh india' atau Kutty.

Masalahnya tidak kira berapa orang Cina atau Melayu berada di saf kepimpinan sesebuah parti asalkan mereka bersih dari rasuah. Bagaimana dengan saf utama yang berada di dalam Umporno berbanding dengan DAP? Jauh langit dari bumi. Saf kepimpinan DAP lebih terbukti bersih dari saf Melayu di dalam Umporno.

Ketua Pemuda Umporno pernah terlibat di dalam politik wang sewaktu pemilihan di dalam parti mereka tetapi sekadar diberi amaran, melainkan si Isa Doraemon sahaja yang digantung. Ali Ketam dari Melaka pun terbabit dengan rasuah politik wang tetapi masih menjadi bos di Melaka. Ketua Wanita? Hah...Kak Ijat lagi dahsyat, sehinggakan satu dunia tahu kisah keluarga Kak Ijat bela lembu dalam kondo. Inilah di antara beberapa contoh saf yang ada di dalam Umporno. Itu belum diambil cerita Khir anak Toyol yang pernah berhajat mahu menjadi Ketua Pemuda Umporno.

Cuba ceritakan apa pula kisah pemimpin di dalam DAP yang melakukan perbuatan seperti yang tokoh-tokoh Umporno telah lakukan. Jawapannya, tiada. Ertinya, walaupun Cina tetapi mereka bersih dari Melayu yang berada di saf kepimpinan Umporno sekarang.

Oleh itu, hujah Si Lembam hanya tinggal sebagai hujah bodoh. Hujah yang menunjukkan betapa takutnya beliau dan parti sekutu Apco itu kepada DAP. Mereka tahu, kekuatan DAP banyak membantu kekuatan PR. Hakikatnya, jika ada pun wakil Melayu di dalam DAP, Si Lembam tetap akan memburukkan DAP juga tetapi hujahnya berbeza. Beliau mungkin akan berhujah pula bahawa masih ada orang-orang Melayu yang sanggup menjadi pemimpin di dalam parti "Komunis DAP". Hujah DAP itu komunis sudah sinonim dengan ahli-ahli Umporno. Tidak mengapa, asalkan 'Komunis' ini tidak membunuh umat-umat Islam di Memali. "Komunis" ini tidak rampas tanah rezab Melayu. "Komunis" ini juga tidak hina Raja-Raja Melayu.

Rakyat sekarang melihat Umporno sudah kekeringan idea untuk menyerang PR. Apa lagi yang boleh dilakukan oleh Umporno untuk menunjukkan parti mereka masih kuat dan gagah, sedangkan Presiden mereka terkenal dengan gelaran "Roti Canai Kosong tanpa telor"? Akhirnya, mereka terpaksa kembali kepada cara komunis yang sebenar iaitu lakukan keganasan dan baling batu dan cat kepada musuh mereka. Itu baru real punya kerja Komunis!!

http://wfauzdin.blogspot.com/2012/12/itu-baru-real-punya-kerja-komunis.html

Wednesday, November 14, 2012

Masalah BN ialah ‘umpan dan propaganda’ tidak janjikan pulangan....

Oleh ZULKIFLI YAHAYA


Saat kejatuhan yang menjelang tiba. Itulah detik yang sedang dilalui oleh parti tua yang memimpin sebuah kerajaan yang tidak pernah bertukar teraju sejak merdeka.

Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin dianggap Presiden Umno yang mendapat sokongan padu dari kalangan ahli parti, lebih padu dari sokongan yang diterima oleh Tun Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Badawi. Bezanya pada masa itu walaupun kepimpinan Umno lemah ia mendapat sokongan yang kuat dari rakyat tetapi kini; Najib kuat di dalam parti namun ahli-ahli bawahan bercelaru dan sokongan dari rakyat terhadap Umno jatuh merudum.

Jika siapapun yang berada di tempat Najib sebagai pemimpin nombor satu parti yang mendominasi kerajaan akan merasa gelisah lantaran bayangan maut sedang menghantui Umno dan BN. Kegelisahan Najib dapat disaksikan melalui pemberian ‘umpan’ secara berhabis-habisan terhadap rakyat, perkara yang tidak pernah dilakukan oleh lima Perdana Menteri sebelum ini. Tiada golongan yang tiada ditemui dan diumpani. Dari golongan muda, professional, ulamak, pendidik, wanita, peneroka, nelayan, petani, pemandu teksi, artis dan sebagainya telah ditemui dengan huluran umpan untuk membeli sokongan.

Jangan terkejut kalau selepas ini para peminta sedekah, pengutip sampah, penganggur, penagih dadah dan penjual maruah jalanan juga akan ditemui Najib untuk menagih sokongan. Orang yang sedang lemas akan berpaut kepada apa saja untuk menyelamatkan nyawa.


Semua yang dilakukan Najib itu bukan perkara baru bagi BN kerana ia juga berlaku sebelum ini. Perkara yang barunya ialah sasaran diperluaskan dan umpannya lebih banyak. Suatu hal baru yang memeningkan Najib pula ialah mutakhir ini ‘umpan dan propaganda’ tidak lagi menjanjikan pulangan.

Bagi setiap umpan yang dihulurkan rakyat akan menerimanya dengan baik sekali tetapi sokongan untuk BN belum tentu baik. Rakyat benar-benar tahu itu umpan pilihanraya. Kalau ada yang cuba berpura-pura buat tak tahu bahawa itu umpan atau cubaan ‘rasuah’ tapi dalam hati kecil tetap menafikannya. Selama 50 tahun rakyat tidak pernah menerima tunai RM500, RM250, RM200 dan RM100 tiba-tiba selepas BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan tumbang di empat negeri, maka segala jenis bantuan datang mencurah-curah.

Masalah kedua di sebalik kesedaran rakyat bahawa pemberian itu adalah ‘umpan’ untuk mengail sokongan, rakyat juga sedar bahawa duit pemberian kerajaan itu adalah bersumberkan poket rakyat juga. Ketiganya, rakyat berjaya difahamkan bahawa apa-apa pemberian yang datang dari kerajaan adalah tanggungjawab kerajaan bukan kerana sifat murah hati mereka. Maka kesedaran yang tinggi rakyat berhubung tiga isu tersebut, menyebabkan umpan yang dihulur tidak menjanjikan pulangan bagi BN.

Propaganda yang dicanang BN saban waktu juga sudah sampai ke tahap tepu bagi rakyat. Hari ini ramai yang sudah mengubah siaran TV sewaktu Buletin Utama TV3 keudara setiap malam, sebab mereka sudah muak dengan propaganda BN. Ia dibuktikan dengan rating penonton Buletin Utama TV3 yang jatuh merudum mutakhir ini. Apa saja isu yang mereka bangkitkan sama ada benar atau salah, rekaan atau berfakta, maka rakyat akan menjuih, “Itu semua propaganda BN untuk hadapi pilihanraya.” Ia mengingatkan kita kepada pengalaman yang dilalui PAS lebih 20 tahun lalu sewaktu PAS dilabelkan sebagai pemecahbelah perpaduan ummah melalui isu takfir. Setiap kali jentera penerangan memasang mikrofon dan pembesar suara maka orang kampung akan berkata, “Itulah PAS asyik memecahbelah masyarakat…” Mereka tidak memandang lagi kepada apa isu yang diperkatakan oleh penceramah. Kini tempelakan yang pernah diterima PAS, beralih kepada kepada BN. Itu kitaran alam, supaya semua dapat merasai.

Setiausaha Agong Umno Tengku Adnan Mansor dalam usaha memujuk diri sendiri berkata, sebenarnya UMNO itu tidak ada masalah, hanya parti itu menghadapi masalah persepsi sahaja dari rakyat jelata. Maksudnya mungkin rakyat menganggap Umno buruk kerana terpengaruh dengan dakwaan pembangkang walhal Umno sangat baik. Lucunya bila Umno yang membuat dakwaan seperti itu kerana sepatutnya pihak Pakatan yang merungut. BN dengan berleluasa telah menggunakan sepenuhnya jentera propaganda mereka dari jentera kerajaan yang disalahgunakan hinggalah melalui pecacai upahan di medan tetapi Umno pula yang menerima persepsi buruk.

Hakikatnya semua isu yang sedang dideritai BN ialah isu nyata seperti isu lembu NFC RM250 juta, skandal PKFZ RM12 billion, ‘sedekah politik’ RM40 juta untuk Umno Sabah, skandal anak tan Sri Nazri Aziz, skandal pembotakan hutan di Negeri Sembilan, skandal stesen LRT Ampang, kerugian dagangan matawang RM30 billion, penyelewengan oleh BN Kedah sehingga kerajaan PR kini terpaksa menanggung ‘biawak hidup’ sebanyak lebih RM350 juta – semua itu antara isu real yang tidak dapat dijawab oleh BN.

Adapun kenyataan Naib Presiden KeADILan, Nurul Izzah Anwar isu tiada paksaan dalam agama, kenyataan Datuk Seri Anwar terhadap negara haram Israel, usaha menegakkan negara berkebajikan PAS – itu barulah persoalan persepsi kerana ia adalah tafsiran berbeza dari satu kenyataan umum.

Di saat rakyat umumnya sudah muak dengan propaganda BN ini maka inilah masanya serangan dan penjelasan terhadap rakyat oleh Pakatan perlu dilakukan berkali ganda, biar sampai ke akar umbi.

Umno dan BN sangat menyedari bahaya ini, iaitu bahaya terhadap masa depan politik mereka apabila ‘umpan dan propaganda’ sudah tidak dapat mengubah pendirian rakyat sebaliknya penjelasan dari Pakatan lebih mahu didengari.

Saturday, September 8, 2012

Antara Politik Biadap, Tayang Punggung dan Hukuman Antara Dua Darjat..!!




KOMENTAR – Aksi yang sama, namun hukuman berbeza. Bezanya mereka menyokong pemimpin kerajaan sementara pihak sana menunjukkan protes kepada pimpinan kerajaan.

Tiada siapa dapat menafikan aksi ‘tayangan punggung’ sebagai satu tindakan biadap dan menyalahi adat ketimuran nusantara yang didukung oleh masyarakat kita.

Persoalan yang ingin dibangkitkan di sini, soal hukuman yang nyata berat sebelah dan dirasakan tidak wajar dihadapi oleh kedua-dua pihak.

Memang benar aksi biadap tersebut nyata tidak mencerminkan budaya rakyat merdeka dalam negara tercinta ini tidak kira pada ketika itu disaksikan beratus penyokong disekeliling mahupun kumpulan sendiri.


Apakah dirasakan ‘sopan’ membuat aksi sedemikian dihadapan rumah orang sehingga mengganggu ketenteraman jiran tetangga yang tidak bersalah?

Mengapa pelajar mentah berhadapan hukuman dibuang kolej dan dihentikan pinjaman PTPTN selain berhadapan risiko masa depan yang gelap sedangkan kumpulan bekas tentera masih dibiarkan berlegar dengan girang dengan senyuman?

Tindakan pantas pihak berkuasa suatu perkara yang perlu dipuji. Namun mengapa tindakan pantas terpilih yang dibuat?

Kita jangan lupa sebelum ini tindakan lebih biadap dibuat oleh kumpulan ‘syaitan yang dikenali’ yang penuh selamba merembeskan urin ke poster Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan menghantar kek berbentuk ‘tahi’ ke pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Fikir sejenak dua situasi berbeza mengenai kebiadapan. Satu, gambar diherdik dengan tayangan punggung sementara sekeping gambar lain dihujani rembesan urin. Mana lebih memeritkan?

Biadap sudah semestinya tanggapan sesuai untuk keduanya cuma berfikir di luar kotak seketika mana yang LEBIH biadap.

Jangan kita lupa kebiadapan bangsa sendiri yang membuat huru-hara di Rumah Allah tempoh hari.

Dengan mendabik dada menyatakan mereka menentang dasar politik huru-hara, mempolitikkan surau/masjid tapi siapa sebenarnya yang membudayakan perkara ini sejak bertahun lamanya?

Adakah gambar pemimpin dunia yang lemah lagi tidak berkuasa disisi Maha Pencipta lebih mulia daripada kesucian masjid?

Mengapa media arus perdana lebih ‘berminat’ mengulang siar isu tayangan punggung daripada kebiadapan terhadap kesucian Islam?

Ketahuilah selagi masyarakat masih berfikiran politik dengan agama tidak boleh dipisahkan, inilah hasilnya.

Disuruh dalami ilmu agama sudahlah tidak menunjukkan minat sekarang merosakkan majlis ilmu dengan aksi dangkal kononnya ‘Akulah jaguh mempertahankan kesucian Islam’. Kelakar bukan?!!

Benar bait lirik lagu Malique Ibrahim melalui karya Aku Maafkan Kamu, ‘Mereka tidak fasih malah fasiq guna kata, kita kongsi warna mata tapi tidak kasta bahasa’.

Saya secara peribadi tidak menyokong tindakan kedua-dua entiti namun harus diingat hukuman yang dikenakan akan dipersoal bila tiba ‘masa balas budi’ dari Allah SWT.

Hukumlah dengan setimpal dan adil bagi mendidik masyarakat. Bukannya menunjukkan belang ‘aku sedang berkuasa maka aku berhak menentukannya agar mereka berasa gerun’.

Gunakanlah hak berfikir sebelum meminta hak untuk bersuara kerana hati dan akal itu perlu selari sebelum mengatur langkah.

Friday, July 13, 2012

Mahathir punja Najib lingkup...!!!

Mahathirisme Pembunuh Masa Depan Najib
Oleh Shahbudin Husin

Setelah lebih 10 tahun bersara sebagai Perdana Menteri paling berkuasa, Mahathir kini seakan memperlihatkan kerancakannya semula dalam politik Malaysia. Boleh dikatakan setiap hari beliau bercakap dan memberi pandangan mengenai pelbagai isu yang sedang berlaku dalam negara.

Serentak dengan keaktifan Mahathir ini, isu Mahathirisme yang sekian lama tenggelam kini muncul kembali dan mula diperbincangkan. Mahathir kini melalui pelbagai kemunculannya seperti mahu menyuburkan semula Mahathirisme di sebalik kepimpinan Najib yang dilihat lemah serta lesu.

Mahathirisme sering dianggap sebagai fahaman yang dipupuk oleh pentadbiran Mahathir selama 22 tahun yang mementingkan nepotisme dan kronisme melalui dasar penswastaan dan mewujudkan projek mega, pemusatan kuasa yang terlampau, cengkaman yang keras terhadap puak yang menentang sehingga wujud budaya takut di kalangan rakyat dan lain-lain elemen yang dianggap tidak demokratik.
Sepanjang 22 tahun berkuasa, Mahathirisme berkembang dengan subur dan kejayaan beliau mempertahankan kuasa dalam tempoh yang lama sebahagiannya adalah disumbangkan oleh kejayaannya meyakinkan rakyat untuk menerima fahaman itu di samping memberikan rakyat ganjaran materialistik yang lumayan.

Mahathir kini cuba menguasai Najib secara halus dan sekaligus mengembangkan semula Mahathirisme itu. Dalam keadaan Najib terlalu lemah dan amat memerlukan kemenangan dalam pilihanraya, kehadiran Mahathir seperti mahu menyelamatkan Najib walaupun sebenarnya faktor Najib adalah perkara kedua berbanding Mahathirisme yang diagungkannya itu.

Melalui Mahathirisme, beliau berjaya menempatkan anak-anaknya dalam dunia perniagaan yang berjaya. Salah seorang anaknya, Mokhzani menguasai sebahagian besar kontrak minyak dan gas Petronas di mana Mahathir adalah penasihatnya. Beliau kini berada dalam kelompok 30 rakyat Malaysia terkaya.

Anaknya yang lain, Mirzan pula menguasai saham besar dalam San Miguel, pengeluar arak terbesar di Filipina dan kemudian membeli Esso (kini dikenali sebagai Petron). Petron pula kini memperolehi kontrak membekal minyak kepada MAS, walaupun sebelum ini kontrak itu diperolehi oleh Petronas.

Anak Mahathir yang seorang lagi, Mukhriz pula menceburi dunia politik dengan memegang jawatan Timbalan Menteri MITI di bawah pentadbiran Najib. Beliau diuar-uarkan sama ada akan dijadikan Menteri Besar Kedah atau menteri penuh selepas pilihanraya ini kiranya rahmat Tuhan masih membenarkan BN terus berkuasa.

Rakan-rakan perniagaan yang meningkat maju di zaman Mahathir juga terus berkembang pesat di zaman pentadbiran Najib ini. Dan inilah antara tuaian lumayan yang dikecapi oleh Mahathir atas kejayaannya menyuburkan Mahathirisme.

Sebab itu apabila seorang lagi anaknya iaitu Marina terlibat dengan Perhimpunan Bersih yang mahu menuntut pilihanraya yang adil dan bersih, Mahathir tidak dapat menyembunyikan rasa tidak senangnya terhadap penglibatan anak perempuannya itu yang dilihat boleh meruntuhkan kepentingan anak-anaknya yang lain.

Ketika sedang berkuasa, dalam usaha mempertahankan pemberian kontrak kerajaan kepada salah seorang anaknya, Mahathir dengan berani mengatakan, "kalau bukan dengan pemberian kontrak oleh kerajaan, anak saya nak makan apa?"

Itulah Mahathir dan Mahathirisme. Tetapi dunia kini sedang berubah. Mahathirisme tidak selamanya boleh diterima oleh rakyat. Generasi muda yang sentiasa sarat dengan maklumat, menolak mentah-mentah Mahatirisme ini kerana mereka sedar ianya faktor yang merosakkan negara dalam jangka panjang dan menyebabkan mereka yang berada di luar lingkungan kronisme dan nepotisme tidak akan mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Oleh kerana lebih 60 peratus daripada pengundi yang akan menentukan kerajaan dalam pilihanraya akan datang adalah terdiri daripada pengundi muda, keakraban Najib dengan Mahathirisme tentunya boleh mengundang bahaya.

Matlamat tersirat Mahathir bersungguh-sungguh memastikan kemenangan Najib, UMNO dan BN dalam piliharaya akan datang tentunya tidak terkeluar daripada landasan untuk memastikan kepentingan anak-anak dan kroninya yang lahir hasil daripada Mahathirisme terus dapat bernafas dengan segar selepas itu.

Hanya dengan Najib atau BN terus berkuasa saja yang mampu menjamin Mahathirisme terus subur. Jika Pakatan Rakyat dan Anwar pula yang menguasai Putrajaya, Mahathirisme bukan saja menjadi malap malahan mungkin menjadi penghuni tetap tempat pelupusan sampah.

Tetapi hubungan yang terlampau akrab dan terlalu bergantung kepada Mahathir, tidak mustahil juga boleh membawa kemusnahan kepada masa depan Najib sendiri. Selain pengundi muda, golongan profesional dan terpelajar yang rata-rata menolak Mahathirisme, generasi pertengahan yang berpegang kepada agama juga tidak dapat menerima Mahathirisme kerana dalam keghairahan mengejar kekayaan ianya rupanya telah menjadi tanpa batasan sehingga menjerumuskan anaknya sendiri dalam perniagaan arak yang jelas dicegah oleh agama.

Jika ini ditambah dengan majoriti pengundi bukan Melayu yang sudah sedia menolak BN, saham Mahathirime dalam menyumbang kepada kemusnahan masa depan Najib amatlah besar sebenarnya

Kenapa Umno kata agama lain politik lain?


Politik ini sebahagian agama. Memperjuangkan Islam ini bukan kerja main-main. Bila kita Islam, maka menyebarkan Islam menjadi kewajipan, bukan sahaja solat wajib, bukan sahaja puasa wajib, bahkan sebarkan Islam, dakwahkan Islam menjadi wajib. 

Jadi hendak sebarkan macam kalau Melayu sendiri tak faham. Ulasan Umno ialah agama lain, politik lain. Baik, kita hendak tanya Umno; bila politik tidak agama, pentadbiran negara tidak ikut agama, siapa dia yang jadi Ketua Kerajaan semasa Nabi kita di Madinah? Kalau agama lain, politik lain, maka yang jaga politik masa Nabi di Madinah itu siapa? 


Kalau Nabi juga yang jaga sebagai ketua kementerian kewangan, portfolio sosial, ertinya Nabi Muhammad juga dengan agama, terlibat dengan Allah SWT. Kerana kerja-kerja Nabi Muhammad semua agama. Solat itu agama, berperang itu agama, kirim surat kepada raja-raja itu agama. Baginda letak cop mohor atas surat-surat itu, ini kerja apa? Ini kerja politik, jadi bagaimana Umno boleh kata agama lain, politik lain? 

Raja-raja mana hendak terima kalau Nabi Muhammad hanya (seorang) imam sahaja. Raja-raja sekitar, Raja Parsi, Raja Mesir, Raja Rom Byzantin, Raja Hebyah, mereka tahu Nabi Muhammad bukan Tok Imam sahaja, dia Ketua Negara. 

Bila Nabi Muhammad itu Ketua Negara, maka kenapa Umno kata agama lain politik lain?

Tok Guru Nik Abdul Aziz

Thursday, May 10, 2012

Bagaimana memilih kelab bola sepak, parti politik kegemaran anda?

– Oleh Fairuz Azhan / 10 May 2012
Saingan bola sepak Liga Perdana Inggeris sudah hampir sampai ke penghujungnya. Perlawanan liga hanya berbaki satu perlawanan sahaja yang mana pasukan Manchester City menjadi pilihan untuk dinobatkan juara liga pada hujung minggu ini.

Apabila saya mahu menonton pasukan pilihan saya Tottenham Hotspur menentang Aston Villa tempoh hari, seorang rakan anti-bola sepak bertanya sinis kepada saya, “Mengapa pilih Tot-ten-ham, nak sebut pun susah?”

Lalu saya menberikan alasan-alasan saya, iaitu dulu saya pernah tinggal di kota London untuk satu tempoh yang lama dan pada ketika itu, pasukan ini merupakan pasukan yang paling menghiburkan untuk ditonton. Tambahan pula sewaktu saya kecil mereka telah membeli pemain idola saya iaitu Jurgen Klinsmann, iaitu penyerang paling lincah dan berskil pada zamannya.

Saya masih ingat kali pertama beliau di Stadium Hillsborough menentang Sheffield Wednesday bila mana beliau menjaringkan gol kemenangan 2-3 dalam perlawanan yang cukup hebat dan mendebarkan. Pada perlawanan berikutnya di stadium sendiri beliau menjaringkan gol yang amat hebat iaitu ‘bicycle kick’ menentang Everton.


Kehebatan beliau memang tidak dapat dipertikaikan. Beliau menjadi superstar dan penyerang utama Jerman untuk 3 edisi Piala Dunia.

Setelah mendengar penjelasan saya, rakan saya pula berkata, “Saya memang tak faham bagaimana orang memilih pasukan. Yang sokong Liverpool tu, berasal dari Liverpool ke?” Saya hanya senyum kambing tanda hormat pendapat orang yang lebih tua daripada saya.

Bagaimana bola sepak ditelevisyenkan

Walau pun ini bagaikan soalan yang sinis dan tidak serius, apakah kriteria untuk kita rakyat yang tiada afiliasi dengan sejarah pendaerahan di sana untuk memilih pasukan EPL? Bukan setakat kita menyokong, tapi kadang kala ke tahap ekstrem sehingga boleh menimbulkan pergaduhan dan perbalahan sesama rakan.

Tambahan pula, apabila tibanya pertandingan bola sepak antarabangsa seperti Kejohanan Eropah dan juga Piala Dunia, rata-rata ramai yang mempunyai pasukan pilihan masing-masing. Curahan kasih, semangat, dan sokongan untuk pasukan-pasukan kebangsaan tidak kurang fanatiknya juga di Malaysia.

Kita tak dapat menafikan kehebatan orang Inggeris dalam mempromosikan bola sepak mereka. Letupan bola sepak Inggeris bermula dengan percaturan pihak televisyen Sky yang ingin membeli hak-hak penyiaran bola sepak Inggeris sewaktu Liga Perdana Inggeris bermula pada tahun 1992. Ia dikatakan satu pertaruhan kerana sebelum ini bola sepak adalah percuma di TV biasa tetapi terhad. Kemunculan televisyen satelit dari Sky memberikan pengguna bola sepak yang tidak terhad tetapi pengguna harus membayarnya.

Pertaruhan tersebut memang terbukti berbaloi kerana rakyat Britain memang gilakan bola sepak. Apabila wang televisyen diberikan kepada kelab-kelab bola sepak di England, maka dengan itu bermulanya revolusi pemain import dalam Liga Inggeris. Eric Cantona, Dennis Bergkamp, antara pencetus revolusi. Bahkan revolusi tersebut begitu hebat sehinggakan kelab kecil seperti Middlesborough boleh mempunyai dua pemain handalan dunia iaitu Juninho dan Fabrizio Ravanelli.

Globalisasi sukan

Bagaikan ayam dan telur, semakin banyak Sky berikan pada liga, semakin menarik ia, dan semakin ramai yang ingin melanggan. Tetapi strategi pemasaran mereka tidak terhad pada England, mereka mahu menawan dunia.

Kita lihat sahaja promosi mereka bila musim berakhir, siri-siri jelajah Asia ataupun Amerika akan dibuat untuk menerokai pasaran-pasaran baru dan mencipta para kumpulan peminat yang baru. Bengkel, sesi pemain dan lagenda bertemu peminat, ‘fantasy league’ dan sebagainya merupakan alatan-alatan penting untuk memancing para peminat.

Ini dilihat amat berbeza dengan liga-liga utama lain di Eropah seperti Liga Sepanyol dan Serie A di Itali yang tidak seagresif Liga Perdana Inggeris dalam melakukan pemasaran bola sepak mereka.

Eksploitasi emosi

Apa yang jelas, strategi agresif ini sangat berkesan sehinggakan orang ramai ditekan dan dipaksa untuk memilih satu pasukan agar kelihatan ‘trendy‘ dan ‘in the zone’. Syarikat-syarikat pun mengambil pendekatan agresif yang sama untuk mengeksploitasi bola sepak.

Sebagai contoh, apabila saya menonton bola sepak di Hartamas sempena final Piala FA Inggeris, sebuah syarikat arak, dalam promosi mereka mengadakan sebuah acara pemasaran dengan slogan, “True fans drink *****”.

Sama juga dengan iklan Kejohanan Eropah TV3 yang mengambil slogan “Real fans, real football” ia ibarat satu ‘peer pressure‘ atau pun ‘ugutan emosi’, siapa yang nak tunjuk dia seorang peminat sejati, mereka harus minum arak jenama tertentu atau pun menonton sebuah siaran tertentu.

Jangan dipaksa, ia adalah minat peribadi

Di Malaysia, bukan saja bola sepak menjadi kegilaan, politik pun penuh dengan kegilaannya. Malah ugutan emosi yang berjaya dalam pemasaran bola sepak global telah menjadi mainan politik seharian.

Pemaksaan halus seperti ‘siapa Melayu, dia kena sokong UMNO. Siapa tak sokong, dialah orang tak kenang budi’ atau ‘siapa sertai DAP, merekalah si pengkhianat bangsa’ serta ‘siapa yang paling banyak keluarkan fitnah tentang DAP, dialah paling juara dalam UMNO’ telah menjadi trend politik masa kini di kalangan orang Melayu khususnya.

Tetapi seperti minat dalam bolasepak dan pemilihan pasukan yang mana kita nak sokong, ia tak perlu dipaksa. Ia harus menjadi proses semulajadi berdasarkan pengalaman yang kita rasai dan alami secara peribadi.

Jika DAP sebuah parti yang terbuka pada semua bangsa Malaysia, berjiwa adil, demokrat dan peluang saksama, serta terbukti membela kebajikan rakyat, saya rasa ia berhak untuk dipertimbangkan untuk disokong. Mungkin ada juga persamaannya dengan sokongan setia saya kepada Spurs. – Roketkini.com


Saturday, March 31, 2012

Orang pandai masuk PAS, orang bodoh masuk UMNO -Tun Dr Mahathir

Mahathir kutuk UMNO enggan terima orang pandai sertai UMNO...

MELAKA - Kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan Umno perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan profesional cerdik pandai menyertai parti itu dan seterusnya diketengahkan sebagai calon pada pilihan raya umum.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat parti itu kini mempunyai masalah ketandusan pemimpin gara-gara kepimpinan di peringkat bahagian serta cawangan yang menyekat kemasukan mereka ke dalam Umno.

"Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk Umno, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS.

"Ini akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Simposium Budaya Global anjuran Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bekas Presiden Umno itu berkata Umno harus mengamalkan meritrokasi dalam pemilihan pemimpin untuk bertanding dalam pilihan raya umum termasuk calon luar parti bagi menentukan kemenangan dan bukannya calon di peringkat tertinggi bahagian sahaja.

"Kita nak orang berbakat dan berkebolehan (bertanding), barulah kita boleh dirikan kerajaan yang berwibawa," katanya sambil mengakui sekatan golongan profesional menyertai Umno berlaku semasa beliau sebagai pemimpin parti.

Dr Mahathir berkata kepimpinan Umno harus sedar bahawa kemenangan dalam sesuatu pilihan raya itu ditentukan oleh pengundi yang bukan ahli Umno.

"Kalau semua ahli Umno mengundi Barisan Nasional (BN) pun tak cukup untuk mencapai kemenangan, dia kena dapat sokongan orang luar daripada Umno, baru calon itu boleh menang," katanya.

Beliau berkata Umno hari ini tidak memberi peluang kepada orang luar terdiri daripada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

"Sepatutnya kita terima calon yang baik ini sama ada mereka anggota parti atau tidak," katanya.

Dr Mahathir berkata Umno pada masa depan mesti merestui golongan profesional dan cerdik pandai menyertai parti itu dan tidak seperti pada masa kini di mana mereka disekat daripada menyertainya.- Bernama

Saturday, February 4, 2012

Iktiraf ISRAEL - Antara ANWAR & NAJIB mana lagi haram berjadah..???

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrBu256jEYrwJGSjYeBU7nRsbsN37QAnsz4USQTU1KCDj2EOfgUR2U_LV-niWd3qj-38U9qEc0VaYTkiEFPmpoqhWgXiSftj7NEeVa5Ya4Kwp8Uixyko9ZoBWv50INPuDIQqrxVIDoNcqz/s1600/Menteri-rogol-amah-3.jpg

Anwar baru kata bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Sekiranya syarat tersebut dihormati, maka, kata Ketua Umum PKR itu wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati... DIA BARU bercakap. DAN kami penyokong PR..jika tak setuju boleh BANTAH dan HALANG apa yg diucapkan oleh ANWAR..

nie UMNO BN yg dah terbukti BERKAWAN spt contoh Dokumen EU menunjukkan Malaysia di kedudukan ke 15 menjalin hubungan dagang dengan Israel di samping Najib melantik syarikat Apco Worldwide untuk menaikkan imej kerajaan dengan membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat zionis itu... INI APA KEJADAHNYA.. MANA SUARA BANTAHAN DALAM UMNO BN tak dengaq pun..???

Friday, December 30, 2011

Politik Malaysia 2011: 10 pemain dan isu utama

Oleh SiasahDaily.

Tahun 2011 mencatat sejarah sebagai tahun yang penuh drama, disebabkan sebahagian besarnya oleh Pilihan Raya Umum ke-13 yang dirasakan semakin hampir. Medan politik negara tidak pernah sunyi dengan peristiwa panas dan kontroversi. Berikut 10 pemain dan isu utama politik Malaysia sepanjang 2011 berdasarkan penilaian SiasahDaily.

1. Bersih 2.0
Gerakan yang paling mendapat perhatian di dalam dan luar negara selepas perhimpunan pada 9 Julai berjaya diadakan walaupun berdepan tekanan pemerintah. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dapat dilihat tertekan ekoran kejayaan Bersih kedua, walaupun jauh sedikit berbanding penyertaan Bersih pertama pada 2007.

2. NFC dan Shahrizat
Datuk Seri Shahrizat Jalil ditekan oleh pemimpin-pemimpin Umno sendiri ekoran terdedahnya kaitan suami beliau dengan National Feedlot Corporation. NFC mencetuskan kebimbangan Umno disebabkan tekanan kuat dicetuskan oleh skandal itu. Shahrizat berpotensi tersingkir daripada kedudukannya akibat terpalit skandal itu, ketika Najib mula bercakap dan menekankan keperluan Umno meletakkan winnable candidates dalam pilihan raya akan datang.

3. Penyebaran Kristian
Kontroversi tercetus ekoran siasatan pihak berkuasa agama Selangor ke atas sebuah gereja Metodis di Petaling Jaya, dan menemui bukti-bukti jelas penyebaran agama Kristian ke atas orang Muslim. Kejadian di negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat memberi implikasi negatif kepada gabungan itu terutama PAS. Tindakan Datuk Dr Hasan Ali, exco kerajaan daripada PAS mempertahankan tindakan siasatan itu mencetuskan reaksi negatif terhadapnya.

4. Bob Lokman
Bob Lokman menyertai PAS di Kedah semasa perhimpunan pemuda parti itu, dan terus aktif berkempen untuk PAS. Terbaharu, beliau muncul dalam video pendek Oley! bersama beberapa pemimpin Pemuda PAS termasuk Ketua Pemuda Nasrudin Hassan. Turut mencetus kontroversi dengan pihak berkuasa agama Selangor kerana ceramah tanpa tauliah. Mengatasi Lisa Surihani yang menerima anugerah Pergerakan Puteri Umno dari segi liputan dan perhatian ramai.

5. Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menjadi ahli politik paling berjaya memulihkan imej sepanjang 2011. Najib berusaha kelihatan cool dengan aktif dengan media sosial Facebook dan Twitter, bergambar dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, mengumumkan pemansuhan ISA dan membentangkan belanjawan yang memberi keyakinan kepada pemerintah untuk memenangi semula hati rakyat.

6. Pena, Interlok dan bahasa Melayu
Isu novel Interlok yang ditolak oleh penentangnya kerana dianggap rasis menjadi senjata menyerang pemerintah dikuasai parti Melayu, Umno. Terbaharu, novel tersebut diganti dengan novel lain, pada masa sama Persatuan Penulis Nasional (Pena) menyambut ulang tahun ke-50 dan diberi habuan RM1 juta oleh kerajaan. PPSMI yang diperjuangkan Pena juga masih dikekalkan.

7. Himpun
Gerakan masyarakat Muslim Himpun bergerak lebih aktif ekoran aktiviti penyebaran Kristian yang dilihat berleluasa, terutama ekoran peristiwa gereja Metodis di Selangor. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, PAS menjauhkan diri daripada gerakan itu, walaupun menerima sokongan moral beberapa pemimpin pemuda parti itu. Himpun dilihat berkemampuan untuk menjejaskan sokongan orang Melayu Muslim kepada PR yang kelihatan tidak membela kepentingan Islam.

8. Anwar
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berjuang untuk mengetuai Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya - yang gagal dilaksanakan pada 2008 - sepanjang 2011, tahun yang menyaksikan keyakinan terhadapnya semakin terhakis sehingga ada kalangan pemimpin PR menemui Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertindak sebagai pelan B. Anwar walau bagaimanapun tidak membenarkan perhatian beralih daripada dirinya, dan terus mendapat perhatian sepanjang 2011, tahun video seks dikaitkan dengannya disebarkan.

9. Seksualiti Merdeka
Seksualiti Merdeka, gerakan perjuangan hak gay mengejutkan negara apabila secara terbuka mempromosikan aktiviti tahunan pada November lalu. Penglibatan Datuk Ambiga Sreneevasan menarik perhatian musuh politik pembangkang yang segera mengaitkan PAS dengan gaya hidup yang dilarang agama Islam itu. Perkembangan melibatkan gerakan ini menandakan peningkatan pengaruh dan kuasa politik golongan gay di negara ini, dibantu oleh iklim politik yang semakin liberal.

10. Papa Gomo
Blog paling dikunjungi ini ialah blog pro-Umno yang mendepani usaha serangan ke atas pembangkang ekoran kekalahan teruk BN dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. Antara blog terawal menyiarkan video seks didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dengan berani menegaskan bahawa pelakunya ialah Anwar. Papa Gomo menjadi pemblog paling dibenci oleh Pakatan Rakyat.

http://siasahdaily.blogspot.com

Saturday, December 3, 2011

Perhimpunan Agung UMNO kali ini yang terakhir?




Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Pemimpin Libya Muammar Ghadafi menjelang hari-hari terakhirnya di persada kuasa bersumpah akan mempertahankan kerajaannya hingga ke titisan darah terakhir. Tetapi kematiannya agak tragis kerana dikeronyok dan dibunuh sewaktu cuba bersembunyi ketika melarikan diri.

Dua bulan menjelang kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir semua media milik negara masih memaparkan perihal pemimpin tua itu kononnya masih mendapat sokongan padu dari rakyat jelata. Ke mana Presiden Mesir itu pergi dia diraikan macam hari ini rakyat Malaysia meraikan Datuk Seri Najib Tun Razak. Apabila Hosni dijatuhkan, ramai rakyat Mesir sendiri berkata, “Semalam bagaikan satu mimpi, beliau masih disanjung seolah-olah kuasanya tiada berpenghujung.”

Banyak lagi para pemimpin Arab edisi lama telah dijatuhkan dengan kuasa rakyat. Mereka berkuasa dengan kemegahan dan jatuh dengan penuh kehinaan. Macam juga pemimpin legenda Arab, Saddam Hussien. Kali pertama Amerika menyerang Iraq beliau berkata, “Ibu segala peperangan telah bermula.” Kata-kata keramatnya yang tidak dapat dilupakan tentulah tekadnya menjadikan bumi Iraq sebagai “kubur besar tentera Amerika.”

Hari ini giliran pemimpin Syria, Bashir Al-Assad pula melakukan jeritan retorik sambil bergelut dalam nafas nazak kekuasaannya. Cakapnya tetap besar, angkuh dan seolah-olah boleh terus pertahankan persada kuasa untuk seribu tahun lagi.

Naik dan jatuh bukan perkara pelik dalam politik. Ia macam hidup dan mati, setiap yang hidup pasti akan merasa mati. Sejak Allah menjadikan Nabi Adam a.s. tiada satu kuasa dunia yang tidak pernah berakhir. Tapi yang menarik untuk diteliti ialah teriakan terakhir menjelang kehancuran kuasa mereka.

Hari ini apabila kita mengikuti ucapan para pemimpin Umno dalam perhimpunan agung mereka, ia mengingatkan kita akan tingkahlaku para pemimpin negara Arab yang hilang kuasa membuat ‘teriakan terakhir’. Mereka kononnya masih mampu untuk menang besar di Pusat di samping menawan kembali Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor serta menang mutlak di Perak.

Sekalipun teriakan retorik dan bombastik dibuat untuk cuba meyakinkan ahli-ahli mereka agar terus berjuang namun ia tidak dapat menyembunyikan rasa gusar akan kehilangan kuasa di Pusat. Najib mengerahkan tiga juga ahli Umno agar berjuang habis-habisan dalam PRU13 kerana ia menentukan hidup mati Umno. Naib Presiden Umno, Dato’ Zahid Hamidi meminta ahli Umno tidak menganggap mudah PRU ke 13. Ia satu cabaran yang sangat getir. Ketua Pemuda, Khairy Jamaludin mengancam ahli Umno bahawa parti itu tiada pilihan selain dari menjadi kerajaan dan tidak mampu untuk menjadi pembangkang. Ayatnya itu sangat menakutkan para pemimpin Umno.

Selepas 54 tahun berkuasa dan selepas 12 pilihanraya umum dilalui, Umno bagai berada di hadapan bilik gantungan, menunggu hakim mahkamah rayuan menarik balik hukuman gantung atau meneruskannya.

Terdapat empat faktor utama yang semua orang tahu mengapa Umno yang mendekatkan Umno dengan kehilangan kuasanya di pusat. Faktor yang paling utama ialah, Umno berkuasa terlalu lama. Bukan setakat tiga, empat penggal tetapi 12 penggal. Bukan setakat 10, 20 tahun tetapi 54 tahun! ‘Terlalu lama’ adalah faktor yang tidak perlu diperincikan, cukup untuk memberitahu bahawa terlalu lama akan membangkitkan rasa muak, bosan dan benci rakyat.

Faktor kedua ialah hilangnya sokongan bukan Melayu secara besar-besaran yang selama ini golongan tersebut menjadi talian hayat Umno. Umno pernah kehilangan sokongan majoriti orang Melayu dalam PRU tahun 1999. PAS memperolehi 27 kerusi di semua kerusi majoriti Melayu. KeADILan yang baru dilahirkan ketika itu juga menang di semua kerusi majoriti Melayu. Tapi BN masih mampu mempertahankan majoriti dua pertiga kerana sokongan pengundi bukan Melayu. Hari ini sokongan orang Melayu terhadap Umno tidaklah sepadu mana, manakala undi bukan Melayu sudah beralih dari BN secara besar-besaran.

Faktor ketiga, perpecahan dalaman Umno yang teruk. Apabila semua pemimpin Umno dari semua peringkat menyebut dan mengingatkan perkara yang sama berulangkali, maka ia bermakna penyakit perpecahan sudah menjadi barah dalam Umno, tak mampu diubati lagi.

Faktor keempat ialah penolakan secara besar-besaran pengundi muda terhadap Umno mutakhir ini. Ia dibantu oleh sikap anti establishment terhadap ‘barang lama’ yang menjadi naluri mana-mana golongan muda di dunia ini. Di samping peranan media baru yang membantu golongan tersebut mendapat maklumat kedua. Hari ini golongan muda adalah penghuni utama media maya. Mereka mendapat pelbagai maklumat yang tidak tersiar dalam Utusan Malaysia dan TV3. 40 peratus pemilih yang akan membuat keputusan dalam PRU13 nanti ialah golongan muda. Ia sangat menakutkan BN.

Secara peribadi, saya sangat yakin insya Allah buat pertama kali dalam sejarah negara, Umno/BN akan tumbang di Pusat. Apabila Umno kalah di Pusat maka rangkaian parti mereka di seluruh negara akan musnah satu demi satu macam berkuburnya parti komunis di Soviet Union selepas Mikail Gorbachev dijatuhkan. Mengapa? Kerana Umno tidak mempunyai kekuatan di akar umbi. Mereka kuat dan gagah selama ini kerana berkuasa sebagai sebuah kerajaan di Pusat. Mereka memperalatkan semua jentera kerajaan untuk gerakerja parti. Umno tiada markaz cawangan di kampung-kampung, hanya bertenggek di balairaya atau pejabat Kemas milik kerajaan. Umno bahagian dan cawangan tidak perlu mencari sumber dana sendiri kerana duit datang dari atas. Ia berbeza dengan PAS.

Satu lagi, apabila Umno kalah di Pusat maka wakil rakyat mereka yang menang akan berpusu-pusu melompat menyertai parti yang memerintah kerana benar ucapan Khairy Jamaludin, Umno tidak mampu menjadi pembangkang. Jadi ada logiknya Umno akan berkubur selepas PRU13 dan perhimpunan agung kali ini adalah yang terakhir sebelum dunia qiamat.

Wednesday, November 30, 2011

Dalam PKR dah ada perangai 'pelaq' bila nama tak masuk list calon maka muka pun taknampak dah...!!!

Salam to all

http://3.bp.blogspot.com/-FmcvUyws5OQ/TdR2z6mAbzI/AAAAAAAAOdQ/xoHdWOw4KcU/s1600/logo-pkr-2.jpg

PARTI KEADILAN RAKYAT maju setapak lagi ke hadapan kerana berjaya mengadakan KONGRES NASIONAL.Ia di langsungkan di negeri kelahiran UMNO iaitu negeri JOHOR DARUL TAKHZIM.PARTI KEADILAN RAKYAT sebelum ini pernah mengadakan KONGRES NASIONAL di beberapa negeri di semenanjung MALAYSIA sebelum ini.Ia pernah di adakan di negeri SELANGOR,TERENGGANU,KEDAH,NEGERI SEMBILAN dan PERAK,jadi negeri yang belum menjadi tuan rumah seperti PERLIS,PAHANG, MELAKA SABAH dan SARAWAK.NEGERI JOHOR adalah lokasi terbaru PARTI KEADILAN RAKYAT menjaya KONGRES NASIONAL selama 3 hari, bermula pada 25 HB NOVEMBER 2011 dan berakhir pada 27 HB NOVEMBER 2011.

Seribu penghargaan kepada PARTI KEADILAN RAKYAT JOHOR kerana berjaya menyempurnakan KONGRES NASIONAL walaupun terdapat beberapa rintangan.Itu semua adalah asam garam dalam perjuangan.

Biarpun perjalanan untuk ke JOHOR MENGAMBIL MASA SEKITAR 10 JAM,namun ia bukanlah alasan untuk tidak hadirkan diri.Memetik apa yang di perkatakan oleh SU AGUNG PARTI KEADILAN RAKYAT YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL mengenai YB2 PARTI KEADILAN RAKYAT yang gagal sama sekali hadir adalah mendukacitakan semua pihak,ia sepatutunya para YB2 yang berkenaan harus menjadi contoh yang terbaik untuk menjadi panduan ANGGOTA PARTI KEADILAN RAKYAT.

Isu ketidakhadiran pimpinan NEGERI mahupun CABANG ke KONGRES NASIONAL haruslah di ambil serius oleh pimpinan atasan.Biarpun alasan demi alasan yang bakal di berikan tetapi ia adalah suatu perkara yang sukar untuk di terima.Sindrom berebut untuk menjadi calon sudah tentu mempunyai pengaruh besar di dalam ketidakhadiran sesorang pimpinan ke KONGRES baru-baru ini.

Sikap yang sebegini seharusnya di hindari oleh semua pimpinan di dalam perjuangan,adakah 'goal' di dalan perjuangan hanya untuk menjadi calon?jika tidak dapat menjadi calon program parti di kesampingkan begitu saja?adakah ini ciri-ciri seorang pemimpin yang berjiwa besar?persoalan ini kita mampu menjawab dengan mudah.Belum menjadi calon pun buat masalah bagaimana sudah menjadi calon dan dan menang dan menjadi YANG BERHORMAT.Di KEDAH khususnya ada ketua2 cabang yang gagal hadir ke KONGRES tempoh hari,apa saja alasan itu dan ini adalah tidak boleh diterima. Terdapat KETUA CABANG kawasan PARLIMEN yang di tandingi PARTI KEADILAN RAKYAT pun GAGAL HADIR.Jika sudah keletihan untuk membuat kerja parti boleh di serahkan kepada orang yang mampu dan berjiwa besar.Bukannya canang merata tempat sudah menghabiskan puluhan ribu di dalam perjuangan,inilah budaya dan ciri2 kepimpinan yang harus dan wajib di tolak oleh semua anggota PARTI KEADILAN RAKYAT.Para pimpinan PARTI KEADILAN RAKYAT di peringkat negeri harus memperbaiki masalah ini,ia sebenarnya memalukan.

Sudahlah PARTI KEADILAN RAKYAT yang sebelum di palit dengan lumpur,sehingga kini baunya masih ada..ini di tambah pula dengan beberapa kerat pimpinan yang ORPOTUNIS,PARTI KEADILAN RAKYAT bukan medan kepada orang-orang sebegini.Sementara masih ada masa untuk memperbaiki,maka gunakanlah sebaik mungkin agar masalah-masalah seperti ini tidak akan terjadi lagi di masa akan datang

PARTI KEADILAN RAKYAT TERTUBUH DI JALAN RAYA BUKANNYA DI DALAM ISTANA.....

MERAK BUIH

Saturday, September 24, 2011

Melayu terpedaya oleh strategi Cina!


Kerajaan Rakyat l Orang Melayu biasanya cepat marah apabila terdengar desas-desus bahawa orang Cina akan menerajui pucuk pimpinan di Putrajaya.
Itupun jika berita ini adalah benar. Ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa adalah mustahil untuk orang Cina menjadi Perdana Menteri Malaysia dan ini bermakna slogan 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak adalah retorik kosong sahaja.
Justeru itu, strategi Umno untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan meraih undi ialah untuk menghebohkan berita palsu bahawa DAP adalah lebih kuat daripada PAS dan orang Melayu akan rugi jika mereka undi PAS sebab PAS telah ditenggelamkan oleh DAP.
Sebenarnya ini ialah strategi klasik tentera Cina dari zaman peperangan ’3 Kingdoms’ dulu. Strategi ini menggunakan taktik melagakan musuh untuk membinasakan musuh. Oleh itu, Umno cuba melagakan DAP dan PAS supaya DAP ataupun PAS ataupun kedua-duanya akan musnah sama sekali.
Umno tahu bahawa orang Melayu akan marah terhadap PAS dan DAP apabila berita palsu disebarkan bahawa ‘PAS tunduk kepada DAP’. Ini adalah permainan sentimen perkauman. Namun demikian, situasi ini juga menunjukkan bahawa sistem demokrasi di Malaysia masih mundur dan tidak matang langsung sebab orang Melayu tidak akan memberi peluang kepada orang Cina untuk menjadi Perdana Menteri walhal rakyat Amerika telahpun memilih Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat.
Strategi Umno memang akan berjaya sebab minda orang Melayu mudah dimanipulasi dan dikawal. Jika terdengar sahaja ada berita palsu bahawa Timbalan Perdana Menteri mungkin ialah orang Cina dari DAP, orang Melayu dengan cepat telah naik berang dan menjadi seperti kera kena belacan.
Inilah kekuatan Umno. Kekuatan Umno banyak bergantung kepada kelemahan minda orang Melayu yang senang diputar-belitkan.
Dan ini pula minda orang Melayu telah terpedaya dengan kegunaan strategi klasik tentera Cina. Ini bererti strategi Cina telah berjaya menumpaskan minda Melayu!

Sampai bila akan orang Melayu terpedaya?

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2011/09/melayu-terpedaya-oleh-strategi-cina.html

Sunday, July 31, 2011

Hasrat UMNO nak TAWAN KEDAH semula..tapi pimpinan depa pon masih bersengketa..apa dia nie..???

UMNO nekad tawan Kedah

GUAR CHEMPEDAK - UMNO Kedah bertekad untuk memenangi kesemua 15 kerusi Parlimen di Kedah demi membantu Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan pemerintahan Kerajaan Pusat di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, UMNO dan BN Kedah turut berjanji memenangi sekurang-kurangnya 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah daripada jumlah keseluruhan 36 kerusi bagi membolehkan mereka mengubah nasib rakyat Kedah.

Bagaimanapun, beliau mengakui sasaran parti itu hanya dapat dicapai sekiranya semua pimpinan parti komponen bersatu-padu dan menjadikan keperluan rakyat sebagai salah satu agenda perjuangan utama parti.

“Saya terima banyak maklum balas rakyat yang meminta BN mengambil alih semula pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).

“Justeru, pemimpin BN perlu mengetepikan persengketaan dalam parti dan mula menitikberatkan kepentingan rakyat sekiranya kita mahu memenuhi hasrat rakyat yang mahukan BN ambil alih semula Kedah,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, pemimpin BN juga perlu mengikis sikap ‘hanya turun padang bila PRU menjelang tiba’ dan wajib mendekati rakyat sepanjang masa bagi membolehkan mereka merasai ‘sentuhan peribadi’ yang ditunjukkan pemimpin parti itu.

“Sekiranya sikap sebegini diambil remeh, bagaimana rakyat hendak meletakkan kepercayaan kepada kita untuk menjaga kepentingan mereka?

“Selain itu, pemimpin yang tidak terpilih menjadi wakil rakyat nanti perlu sentiasa menyokong pemimpin yang dipilih. Utamakan kepentingan parti dan saya yakin rakyat akan semakin yakin dengan keupayaan kita,” katanya.

Ahmad Bashah turut meminta rakyat Kedah menilai kembali dan membuat keputusan yang tepat pada pilihan raya akan datang.

“Perubahan yang dibuat perlu bermakna dan saya minta rakyat Kedah buat pilihan yang terbaik demi pembangunan negeri ini,” katanya.

Sunday, June 19, 2011

PAS: Apakah negara sudah ada dua undang-undang?

Pada 19 Jun 2011 akhbar perdana melaporkan beberapa perarakan membantah perhimpunan bersih yang dianjurkan oleh "baby UMNO" PERKASA di Kota Bharu dan Alor Setar. Laporan itu menyebut di Kota Bharu dihadiri oleh 2500 orang ketika membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu yang diketuai oleh Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) Azmi Ali dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Tindakan yang sama dibuat oleh Presiden Kimma Syed Ibrahim Kader di Kuala Lumpur.

Di Alor Setar kira-kira 500 ahli Perkasa Daerah Kota Setar berkumpul di kawasan dataran berhadapan Masjid Zahir, bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan BERSIH. Himpunan dibuat sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada pukul 10.30 pagi.

Sebenarnya tidak ada masalah perhimpunan atau perarakan yang dibuat oleh mana-mana pihak, kerana ini adalah hak yang dibenarkan oleh perlembagaan. Biarlah pihak yang membantah perhimpunan BERSIH membuat bantahan. Persoalannya kenapa himpunan BERSIH 9 Julai 2011, belum buat sudah diugut untuk ditangkap? Manakala perhimpunan menentang BERSIH tidak diapa-apakan. Apakah di negara ini sudah ada dua undang-undang? Jika himpunan dibuat oleh pihak sokong UMNO ia kebal daripada sebarang tindakan. Jika pihak Pakatan Rakyat, belum himpunan dibuat sudah hendak ditangkap, seperti kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar kepada penganjur BERSIH. Inilah Malaysia negaraku, inilah polis di negaraku.

*Kenyataan media oleh Idris Ahmad (gambar kanan) selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Wednesday, June 15, 2011

Guna TV orang Tak Tengok..Guna paper Orang Tak Baca.. Lanie dah nak turun ceramah pulak...Jgn Org Tak dak sudah!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEglnv4k2eRkaBEjh1_VxS_gKvDwA46jtOca2jz2JENvuaT99VEmWlYmrF6ITYmlGiAUeQex-dRkXZJHBwyahYJFEz7SPJR5iVyuaYXgYiamPdfNx5h3lh6uvr9SYz7ULQ3stPQ8PIc5Fkii/s400/permatang-pasir_khairy01talk.jpg

Pemuda BN terokai ceramah, akui media arus perdana gagal
Oleh Shannon Teoh
June 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Melihat pada sikap golongan muda yang tidak terpikat dengan media arus perdana, Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk meraih sokongan.

Dan, mengakui “media alternatif tidak boleh dikawal”, pemimpin-pemimpin Pemuda Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka cuba beralih kepada usaha menganjurkan ceramah umum untuk melawan cengkaman Pakatan Rakyat.

“Pengundi baru tidak mempeduli media arus perdana. Mereka tidak menonton Warta Perdana atau Buletin Utama,” kata Lokman Noor Adam, ketua Unit Pidato Pemuda BN merujuk kepada program berita perdana TV3 dan RTM1.

Beliau berkata unit itu yang ditubuhkan Khairy Jamaluddin selepas menjadi ketua Pemuda Umno pada 2009 merupakan salah satu usaha untuk mengenal pasti kegagalan BN.

“Kami tidak mempunyai sesiapa yang boleh meyakinkan publik dan mengatasi penceramah pembangkang. Dalam mengadakan program-program ini dan membawa lebih ramai orang, kami gagal,” kata Exco Pemuda Umno itu.

Beliau berkata bahawa pengundi berusia bawah 40 tahun akan meningkat kepada 80 peratus daripada keseluruhan pemilih yang baru berdaftar.

Antara pilihan raya umum 2008 dan yang ke-13, ia akan meningkat dari 41 peratus kepada 49 peratus.

Media alternatif telah mengurangkan kelebihan BN yang lebih banyak mengawal media cetak dan media penyiaran.

Perangkaan terbaru firma Audit Bureau of Circulations (ABC) sehingga 30 Jun 2010 menunjukkan edaran Utusan Malaysia milik Umno merosot 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu jatuh dari 181,346 naskhah kepada hanya 170,558.

Laporan ABC juga menunjukkan jualan The Star merosot dari 295,479 naskhah kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times dari 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus) dan Berita Harian dari 183,187 kepada 160,597 (-12.3 peratus).

Sementara itu, rangkaian media sosial di kalangan rakyat Malaysia telah berkembang pesat, terdapat 9.5 juta akaun Facebook sehingga Januari lalu.

Justeru, Unit Pidato telah menganjurkan kursus-kursus pemimpin akar umbi dan 415 program pidato sejak Mei 2009, mendakwa sokongan hadirin telah meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lalu.

Lokman menambah, bilangan ceramah akan ditambah bermula bulan depan sebagai pendekatan Pemuda BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata kursus yang diadakan menyentuh bagaimana untuk menarik sokongan rakyat dengan pendekatan yang berbeza termasuk daripada ceramah, majlis makan malam, debat dan demonstrasi.

“Kami juga akan memberikan latihan asas seperti bagaimana untuk menghasilkan sepanduk dan kain rentang yang berkesan, di mana maklumat penting seperti penceramah, masa dan tempat boleh dilihat dalam lima saat.

“Kadang-kadang ahli kami tidak mempunyai imaginasi atau IQ yang rendah dan tidak mampu melakukan kerja-kerja publisiti,” katanya.