Showing posts with label Samseng. Show all posts
Showing posts with label Samseng. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

[VIDEO] Anda saksikan sambutan ADUN Pulau Manis & UMNO Pekan dengan MAHASISWA yang dikatakan ganas dan kurang ajar....



Mari Saksikan Kurang ajarnya ADUN Pulau Manis YB ENCIK KHAIRUDDIN BIN MAHMUD dan Kurang ajarnya Pakcik Tua ni Kpd Mahasiswa Kpd Mahasiswa Di pekan.

Bayangkan sambutan ganas pemimpin Umno terhadap mahasiswa. Suara yang didengar kuat itu ialah Adun Pulau Manis YB Khairuddin Mahmud, Pekan. Beliau memaki hamun dengan penuh emosional dan mengugut, tak padan jika digelarkan beliau pemimpin, apa lagi di kawasan Perdana Menteri Najib Razak.

Bayangkan beliau boleh menengking mahasiswa: “Binatang budak2 ni... tampar muka tu karang... mampus”.

“SB dah beritahu saya gerakan mahasiswa”.
“Bayangkan kalau Pemuda Umno datang karang, dibantainya awak....”

Hairan kita bagaimana dengan adab seorang pemimpin Umno di hadapan pelajar-pelajar yang datang meluahkan hasrat mereka. Mereka sepatutnya dijadika tetamu, tetapi Umno Pekan datang untuk menghambat mereka.

Kalau dah pemimpin Umno seperti Khairuddin sendiri bersikap seperti samseng sasau, patutlah ada mahasiswa yang kena belasah, kena tampar dan dilibas parang oleh samseng-samseng Umno!

Sepatutnya kawasan Pekan menjadi wilayah yang paling selamat termasuk menyuburkan demokrasi? Kenapa sambut pelajar-pelajar universiti dengan samseng dan keganasan? Adakah tragedi ini dalam pengetahuan Najib?

Boleh dengar video yang dirakam mangsa ini, dapat didengari lagi perkataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut orang Pekan.

https://www.facebook.com/photo.php?v=302938426495310

UMNO parlimen NAJIB "Geng Samseng"

Kenyataan Media Untuk Hebahan Segera
Angkatan Muda Keadilan Selangor
13 Februari 2013

Pukul Mahasiswa Berkempen: Bukti Najib Razak Gagal Transformasi Budaya Kasar Umno

Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini membidas tindakan pengecut ahli Umno di Kampung Datuk Keramat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Manis.dalam Parlimen Pekan yang bertindak ganas dengan memukul mahasiswa Ekhsan Bukhari ,bekas Timbalan Presiden Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) ketika selesai mengedarkan risalah 'Harapan Malaysia' semalam.

AMK Selangor melihat insiden keganasan terbaru ini sebagai satu lagi siri kegagalan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri , dan juga Ketua Umno Bahagian Pekan yang tidak mampu melakukan transformasi terhadap ahli parti di bahagian sendiri. Kegagalan Najib Razak ini juga dilihat sebagai satu simbol kelemahan pentadbiran beliau yang semakin ditolak oleh rakyat Malaysia

AMK Selangor mempersoalkan sekiranya benar Najib Razak diterima oleh majoriti mahasiswa seperti yang didakwa dalam satu kajian, mustahil Perdana Menteri itu goyang apabila berhadapan dengan kempen demokrasi yang dilakukan oleh lima orang mahasiswa sahaja? Jelas ada kegusaran sebenar yang disembunyikan Najib Razak selaku orang nombor satu Umno yang bukan sahaja goyah di peringkat Nasional, tetapi juga mungkin merasa bahang dibenci di bahagian sendiri.


Najib Razak Perlu Minta Maaf Atas Kekasaran Ahli Umno Bahagian Pekan

Najib Razak seharusnya bersikap positif dalam isu ini dan meminta maaf secara terbuka kepada kumpulan mahasiswa ini khasnya dan rakyat Malaysia umumnya atas insiden yang tercetus dalam kawasan Parlimen beliau.

AMK Selangor menuntut Perdana Menteri itu bertanggungjawab sebagai Ketua Bahagian dan Perdana Menteri untuk mengelakkan kejadian seumpama ini berulang lagi. AMK Selangor percaya sekiranya kawasan Parlimen yang diwakili Perdana Menteri sendiri tidak selamat untuk satu kempen demokrasi yang bebas, apakah nasib individu atau kumpulan lain yang cuba menjual idea dan hujah terutama ketika bahang PRU 13 semakin hampir.

Atau menurut pemikiran AMK Selangor, adakah ini isyarat penolakan dan sabotaj ahli Umno Bahagian Pekan sendiri terhadap Najib Razak, kerana mustahil mereka yang melakukannya tidak sedar akan impak negatif yang akan terpalit pada imej Najib Razak berikutan insiden ini. Najib Razak harus segera menyiasat apakah wujud 'gunting dalam lipatan' di bahagian Umno Pekan sendiri.

Namun yang jelas, AMK Selangor bertegas kejadian ganas terbaru ini sama sekali tidak seharusnya berlaku ketika Umno Barisan Nasional mencanang mereka berada pada tahap terbaik untuk menang 2/3 majoriti kerusi di Parlimen dan berada di tahap paling kuat sejak 2008.

AMK Selangor memberikan sokongan padu kepada mana-mana inidvidu dan kumpulan yang ingin terus melibatkan diri dalam proses demokrasi demi masa depan negara yang lebih baik. AMK Selangor juga memberi jaminan tidak akan wujud kekasaran dan provokasi terhadap mana-mana kumpulan pembangkang dan Umno di Selangor yang turun berkempen, sama seperti kebebasan yang mereka kecapi sejak 2008 kerana Keadilan wujud atas citra anak muda bebas dan cintakan keamanan


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Tuesday, February 12, 2013

Samseng BN merosakkan sistem demokrasi berpilihan raya

Beberapa insiden keganasan yang berlaku mutakhir ini, mencemar kedaulatan undang-undang dan merosakkan sistem demokrasi berpilihan raya di Malaysia.

Dalam mana-mana negara yang mengamalkan demokrasi, semua rakyat diberikan kesaksamaan dan semua parti politik yang terbabit, harus mengawal kegiatannya mengikut lunas-lunas yang ditetapkan.

Sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan dalam negara kita, seharusnya memberi ruang yang saksama kepada mana-mana pihak untuk berkempen, berceramah, menyampaikan risalah dan sebagainya, bagi mendekati serta mendapatkan sokongan pengundi.

Begitu juga di negara-negara lain. Mereka mengamalkan demokrasi, memberi ruang kepada semua parti sama ada kerajaan atau pembangkang, mendapat ruang yang saksama dalam televisyen, radio dan akhbar.

Malangnya demokrasi cara ini tidak dibenarkan di Malaysia. Kerajaan Umno-BN yang memerintah lebih 55 tahun, tidak sama sekali membuka ruang walau seminit pun kepada parti-parti pembangkang.

Jika pun disiarkan berita, rencana atau pun fokus mengenai parti pembangkang, semuanya yang buruk dan hodoh-hodoh belaka.

Keadilan sebegini memang tidak wujud. Umno-BN menutup segenap ruang demokrasi kepada parti pembangkang, khususnya Pakatan Rakyat untuk bersuara.


Umno-BN tidak membenarkan pemimpin Pakatan Rakyat diberi ruang dalam televisyen, radio dan akhbar milik atau pro kerajaan. Ada akhbar terbitan PAS, KeADILan dan DAP, tetapi ia dihadkan permit dan dikawal pengedarannya.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat difitnah dan diburuk-burukkan saban hari media pro Umno-BN ini, sedangkan ruang untuk mereka menjawab tidak diberikan.

Amalan yang dilakukan Umno-BN ini, jauh lebih buruk daripada yang dilakukan pemerintah di Indonesia, Thailand, Filipina dan beberapa negara serantau.

Justeru Pakatan Rakyat tidak ada pilihan. Pemimpinnya harus dipertahankan, dasar dan programnya harus dikemukakan dan segala salah laku yang dilakukan BN, harus dibentangkan kepada rakyat.

Oleh itu, dalam keadaan ruang bersuara secara adil sudah ditutup, maka tidak ada pilihan lain selain mendekati terus kepada rakyat melalui medium ceramah.

Ceramah tertakluk kepada akta yang dibenarkan kepada mana-mana parti politik untuk berhimpun dan menyampaikan program mereka.

Tetapi mutakhir ini ceramah-ceramah Pakatan Rakyat sudah dicemari. Dicemari dengan gangguan, balingan objek keras, membuat bising, menyekat dan menghalau penceramah Pakatan Rakyat.

Ia berikutan beberapa kejadian, halangan dan sehingga ada yang menyebabkan kecederaan di Jalan Kebun, Gombak, Felda Kampung Awah, Felda Bukit Rotan, Felda Kota Gelanggi dan Felda Sungai Tengi.

Secara jelas pihak yang terbabit dalam keganasan ini, terdiri dari anak-anak muda Umno, pemuda dari Perkasa dan lebih malang lagi, anggota polis yang bertugas di tempat kejadian, seolah-olahnya membiarkan sahaja keganasan tersebut berlaku.

Demokrasi apakah ini? Apakah kerana Umno-BN sudah menghidu mereka akan tumbang, mereka terlalu takut dengan kekalahan, maka mereka menaja keganasan untuk mengendurkan aktiviti Pakatan Rakyat?

Lebih-lebih lagi kawasan Felda yang menjadi kubu kuat BN. Nampaknya Umno terpaksa mengerah seluruh keringat untuk membentengi Felda, walaupun ianya bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Nampaknya keluhuran demokrasi sudah 'dipersetankan' oleh Umno-BN, demi menegakkan kerajaan yang semakin reput.

Kita mendapati undang-undang diketepikan, kita menggesa polis supaya menjaga keamanan dengan saksama dan mengambil tindakan 'tanpa memilih bulu'

Kita mahu keganasan Umno-BN ini dihentikan serta merta, sebelum ia mencetuskan suasana yang lebih buruk pada Pilihan Raya Umum akan datang.Editorial Harakah

Thursday, December 20, 2012

Polis kah yang tikam petugas PR di Gombak?

Dorang cakap bekas polis. Aku tak pasti mana dorang dapat info tue tetapi kalau ko rujuk facebook dia, tak nampak macam dia tue bekas polis pun. Dia still menggunakan nama sebagai inspektor dan masih lagi mengakui kerja di bukit aman. 

Lihat facebook dia disini ;




Paling terbaru dia update ialah 10 december. Kalau ikut info yang tersebar ;
Nama dia Herry. duduk berhampiran dengan kawasan kejadian. baru berusia dalam 22-23 tahun. budak lagi. pernah kerja polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. abang dia pula org kuat kepada ketua pemuda UMNO gombak, megat zulkarnain omardin.
Sumber : sini.

Pemuda Gombak kata dia bekas polis. Sebab dah dibuang akibat salah laku dan rasuah. Betul ke? Tah aku tatau. Bukti tak disertakan pula. Pepandai la lue orang fikir sendiri. Tapi kalau dia dah dibuang maka apa rasionalnya dia masih lagi berlagak seperti seorang polis? Tidak kah itu merupakan satu kesalahan? 

Bab dia dibayar rm1,000 sebulan ke apa ke aku pun tak pasti. Menurut pemuda gombak dia dibayar rm1,000 untuk berbuat kekecohan. Bagi aku elok la kita sertakan bukti kalau sungguh dia dibayar rm1,000 untuk berbuat kekecohan. Cakap2 yang takde bukti itu bermaksudnya apa? Maksudnya cakap2 je la. So kalau dah cakap2 je payah la juga nak teruskan cakap2 seperti itu lagi.
Apa yang pasti ialah wajah dia memang seiras dengan yang individu yang dipercayai melakukan tikaman.  Lihat bawah neh ;





Agak lama juga la kes neh berlalu tetapi takde pula polis mendedahkan apa2 hasil siasatan melalui sidang media. Jika dia masih lagi seorang anggota polis, adakah pdrm melindungi dia? Jika dia ex polis adakah ada cubaan melindungi dia oleh ketua2 umno di kawasan situ? Dengar citer dia ada link kekeluargaan dengan seseorang yang bekerja dengan ketua umno gombak.


Jadi minta tolong polis proceed kes neh dengan segera. Jangan tambahkan persepsi negatif masyarakat ke atas pdrm. Mangsa tikaman tue sepatutnya diberikan pengadilan. Yang masuk tv ialah lelaki yang berdrama swasta bagai. Yang benar2 ditikam oleh pentaksub politik media buat bangang jek. Adil ka?

Ka nak suruh kami bertindak sendiri? Sudah la masyarakat yang siasat, masyarakat hebahkan bukti, takan lue nak suruh masyarakat hukum sendiri gak? Kalau ya cakap terus terang. Senang kami nak bertindak. Takde la banyak bunyi lagi.

kah kah kah

Thursday, December 6, 2012

Isu SAMSENG di Gombak - bila Buat ceramah tak laku, orang ceramah ko nak ganggu..

Catatan Mohamed Hadi Al-Majwi,


Sepanjang ingatan aku yang bermastautin kat area sini, sudah beberapa kali Pakatan buat ceramah kat masjid Zakaria tu, takde hal pun..

Cawangan Umno yang depan masjid Zakaria pun adalah sekali dua buat ceramah kelompok panggil tokoh-tokoh sendu ex-Pakatan, tapi biasalah kerusi lagi ramai dari pendengar.

Semuanya berlaku tanpa sebarang kekecohan..yang terdekat, kat Sungai Chinchin pun Pakatan biasa buat ceramah, takde kecoh pun

Punca kecohnya satu je, sebab first time Anwar turun situ..tu yang habis menggeletar jadi paranoid..sebab kalau nak kira Anwar turun Gombak, kat area Gombak ni banyak kali dah Anwar turun, kat AU, kat Pinggiran, tapi tak kecoh pun..


Kenapa bila Anwar turun kat kawasan kampung (benteng pertahanan terakhir Umno), Umno jadi takut? Sebab kawasan kampung ni jelah harapan terakhir Umno untuk spin orang2 kampung..

Tapi PAS/PKR pun pandai, ceramah kat kampung dah pakai power point dah, terkedu orang kampung..

Kalau Pakatan berceramah mestilah isinya menentang Umno, takkan nak bagi puji-pujian kat Umno pulak, kenapa paranoid?

Dan yang hadir semalam pun bukan orang kampung je, orang-orang UIA, UniKl pun ramai, diorang boleh tengok macam mana hodohnya perangai Umno..

Ada ke "kami tak provok cuma kami buat bantahan aman", tapi ko tau ceramah tengah berjalan, yang ko berdiri tepi jalan sambil menjerit apa pasal? Itu provoklah namanya.

Sepanjang pemerhatian aku, Umno Gombak khususnya DUN Gombak Setia sudah tidak ada apa-apa yang nak ditawarkan kepada rakyat, mereka tiada kekuatan..nak harap BR1M sekali hari tu jelah, lepas tu orang lupa (ni tahun depan ni start baliklah).

Kalau nak kira Umno DUN Hulu Kelang dah lama bungkus sebab orang sana cerdik-cerdik belaka, Umno DUN Batu Caves pulak macam tak berfungsi sebab kat situ MIC yang bertanding.

Kot nak mengharap kat Gombak Setia ni ialah saki-baki Melayu perkampungan dari Batu 6 sampai ke batu entah berapa belas sampai ke perkampungan Orang Asli tu..itu pun tak ramai, sebab orang-orang cerdik pun ramai kat sini..

Umno Gombak Setia cuma bernafas sekejap bila Hasan Ali kata "saya ada phd kena pecat dari PAS", yang tu siap semua banner Hasan Ali digantung kat pejabat Umno..tapi sekejap jela.

Ni dah masuk setahun kena pecat muka Hasan Ali pun dah tak nampak kat Gombak Setia..dan orang Gombak Setia pun tak rasa kehilangan dia sebab selama ni pun dia sibuk kat Shah Alam, maklumlah, bak kata dia "sultan nak jumpa, mufti nak jumpa"

Bab banjir, sepanjang ingatan aku jugak, kawasan area masjid Zakaria tu mana pernah banjir, walau selebat mana pun hujan..yg pernah banjir pun kawasan Batu 10 dekat apartmen UIA, tapi tak kena penempatan penduduk.

Itu berpunca dari mereka yg mendirikan gerai betul-betul kat tebing sungai (kalau ikutkan, tebing sungai ialah tanah rizab yg tak boleh diusik), tapi kalau sodok kesianlah pulak.

Mungkin aku silap, tapi sebagai pemastautin kat area-area situ, nak jugaklah tau, banjirnya celah mana?

Satu lagi anak Omardin ni, toksah nak menipu la..dia ada kat tempat kejadian tapi dia tak nak bertanggungjawab atas apa yang juak-juak dia buat..bosanlah Pemuda Umno macam ni, macam mana aku nak sokong?

Buat ceramah tak laku, orang ceramah ko nak ganggu..


* Adaptasi dari tulisan penulis dalam Facebooknya.

Wednesday, December 5, 2012

Pembohongan UMNO BN Gombak dalam isu 'samseng' di bongkar...!!!

Video dan gambar penyokong BN kena serang pula tersebar.

Wow.

Lelaki ini ialah penyokong bn. Lelaki ini mendakwa penyokong pr baling batu kat dia. Jap. Korang tengok gambar dia sat.



Lelaki ini mendakwa tetiba2 je ada orang baling batu kat dia. Kalau korang baca di wall penyokong bn dorang cakap provokasi dicetuskan oleh orang pr. Tetapi jangan nak temberang la. Lelaki di atas dah menafikan kata2 pembohongan korang. Padan muka beb.

Konon nak menipu. Last2 member sendiri kantoikan.

kah kah kah

Lihat video kat bawah neh sat ;



Apa yang penyokong umno di atas nyatakan ;

1. Mereka berkumpul di kawasan ceramah PR.. untuk melihat apa yang berlaku. <== perbuatan yang menimbulkan provokasi awal sehingga meleret kepada pertelingkahan di akui sendiri oleh penyokong umno.


2. Mereka kata mereka ada buat program juga. Tapi bila dsai datang, dorang berkumpul untuk melihat suasana..

3. Lepas tue dalam suasana kelam kabut.. tetiba ada batu..

4. Saya dengar ada 2,3 orang yang kena... tapi tak seriyus la.. memang ramai yang kena batu..

Jap.

Lue ada program. Tapi lue tak proceed program lue. Lue tetiba pergi menyemak program orang lain. Maknanya program lue tak penting la kan? Kalau penting apasal lue tinggalkan program lue dan lue pergi menyemak kat program orang lain? Hehe.

Lepas tue dalam keadaan yang kelam kabut.. ada batu terkena kat kepala lue. Keadaan kelam kabut? Worr.. lue kata nak lue p tengok suasana je. So sepatutnya keadaan tue aman damai. 

Tapi kenapa pula kelam kabut der? Aku turun banyak dah program2 ceramah pr. Memang kalau setakat orang bn nak mai dengar ceramah, dorang memang alu2kan la. Pintu terbuka orang kata. Kalau mai provoke dorang akan buat benteng.

Dan biasa bila buat benteng tue la orang2 umno suka jadi panas. Alasan buat benteng tue sebab nak melindungi keselamatan orang2 pr dan bn juga. Jadi ini membuktikan bahawa suasana memang aman sehingga la lue orang sendiri yang kelam kabutkan keadaan ceramah di gombak malam tadi.

Saya dengar ada 2,3 orang kena batu tapi tak berapa seriyus arh.... lepas tue ramai plak yang kena batu. Der. Ramai ke atau 2,3 orang? Cuba la bagi komen tanpa melakukan pembohongan. Boleh tak?

Apa pun jika seriyus yang baling batu tue dari puak pr aku nasihatkan jangan buat benda bodoh. Biar je penyokong2 bn nak buat keganasan. Dorang akan rugi akhirnya. Dan kepada penyokong bn yang cedera, lue cedera itu satu hal.

Tapi lue jangan nak reka citer plak. Gua faham lue sakit tapi jangan gunakan alasan tue untuk melakukan penipuan depan tv3 malam tadi. Gua percaya lue mesti masuk tv punyalah malam kang. Citer yang benar sudah. Kalau lue berani le.

Lagi satu video dari side bn mengenai insiden malam tadi ;

 


Apa yang Datuk Megat Zulkarnain sebutkan di atas ;

1. UMNO ada program sendiri.. program taklimat pilihanraya.. kita buat di cawangan dan dalam masa yang sama bertentangan dengan program pr. Tak alu2kan dsai datang ke situ. Dan ceramah tersebut takde permit polis.

2. Datuk megat cakap dsai takde sokongan. Berceramah tempat kecik. Rakyat dah mula menyampah dan bosan dengan pr. Rakyat nak dengar apa yang boleh dibuat kepada rakyat. Bukan janji palsu. Bukan dogengan.

3. Provokasi awal dan serangan dicetuskan oleh penyokong pr.

4. Ucapan dsai berkisar pasal fitnah. Mengadu domba pemikiran rakyat di kampung tradisi. 

Jawapan.

Ko ada program sendiri ek? Oke. Orang yang ada program sendiri agak2nya dan tak nak buat banner kat bawah neh?



Faham tak?  Takpe. Meh aku ulang balik soalan aku. 

Ko ada program ko sendiri kan? Oke. Bagusla. PR mulakan provokasi kan? Oke. Aku anggap je la ko bercakap benar [pfftt]. Jadi banner di atas yang menulis kami warga kampung tradisi gombak balbalbala... menolak anwar ibrahim..blablabla.. tue buatnya bila datuk?

5 minit selepas penyokong2 pr cetuskan provokasi ek?

Ataupun 5 minit selepas program taklimat datuk tamat?

Ataupun 5 minit selepas penyokong bn berdarah dibaling batu?

Heh.

Ada program sendiri. Hadir disitu sebab ada program sendiri. Tapi sempat buat banner untuk kutuk program orang lain? Kelakar bhai, penafian lue. Nasib baik gua jenis teliti hujah lue. Buatnya gua terima bulat2 jadi la gua penyokong umno yang bebal.

Provokasi awalnya datang dari pr? Aik. Lue yang berkumpul depan tapak ceramah orang. Dan itupun orang lue sendiri mengaku. Lue yang menjerit2 macam hapa. Siap ada wanita dok menjerit2 di awal video di atas.. lue kata pr plak yang cetuskan provokasi? Kelakar la you all neh. Buat i tergelak je tau.

kah kah kah 

Jika dsai takde sokongan, takde kepercayaan orang ramai, lue akan serang dia kah? Contoh mudah. Lue buat ceramah. Tapi ceramah lue 2,3 kerat je yang hadir. Agak2 lue, lue akan serang tak ceramah orang yang takde orang nak dengar ceramah nya?

Gua ingat lue sendiri pun akan fikir sejuta kali. Buang masa je kot serang ceramah tak laku. Bukan kontroversi pun. Dapat penat dengan kutuk je. Setakat 3 orang dan kerusi je yang ada, apa bestnya serang ceramah seperti ini?

So lue faham kan gua nak sampaikan apa neh?

Tempat kecik ka tempat besar ka tempat sedang ka tempat begitu ka begini ka asalkan ia tempat asalkan ia boleh berceramah takde hal kat mana2 pun dsai nak masuk berceramah. Yang penting bukan jumlah / kuantiti / bilangan penduduk yang wujud disitu. 

Tetapi sejauh mana kempen kita boleh sampai kepada rakyat. Jika perlu masuk lubuk, masuk. Walaupun mungkin tak sampai seratus orang tinggal kat situ sekalipun asalkan kempen kita sampai kepada sasaran, kita kena pergi. Satu undi membawa perubahan besar. Apatah lagi seratus undi.

Jika bn rasa alamak aiiii tempat kecik pun dsai sibuk nak masuk. Confirm takde sokongan. Takpela. Lue bebas persendakan dan perkecikkan kemampuan pr. Gua takde hal. Orang2 pr pun takde hal. Sebab kita orang nya pegangan berbeza. Kita orang kalau boleh sampai ke dalam rumah orang nak masuk berkempen dan terangkan secara terperinci kenapa kena tolak bn. Tapi masa takde, kos lagi, kemampuan terhad tue pasal tak buat.

Jadi bn boleh teruskan strategi dorang menyerang ceramah orang, jika korang rasa itu boleh membawa undi masuk untuk korang silakanlah, kita orang akan teruskan dengan strategi kita orang berceramah kat mana2 tak kira tempat dan takde double standard sebab kerajaan yang adil itu memang dambaan seme orang tak kira la ko datang dari tempat kecik or besar, dari bandar or kampung. Bila sebut pasal adil seme orang mesti suka. Oke? Bai. 

Himpunan Kebangkitan Rakyat = Himpunan Rosak Akhlak


oleh TAUFIK


Prologue

"Dengan rasa takjub dan bangga diri aku ingin menyeru, kepada segenap susuk dan se-angkasa jiwa penyokong-penyokong UMNO, baik yang tegar mahupun longgar, WAJIB-kan diri anda menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat yang amat keji ini.

Datanglah wahai pemuda pemudi, putera puteri, makcik pakcik yang mendokong Parti UMNO ini ke majlis yang bakal menghidangkan anda dengan keserakahan nafsu manusia yang bernanah hatinya.

Lihatlah, dengan mata kepala anda, kemaksiatan yang dilaungkan bahkan penzinaan nilai kemanusiaan yang bakal dilakukan oleh pencacai parti PAS, PKR dan DAP. Saksikanlah sendiri gadis-gadis seksi yang bakal menyerikan majlis berhawa syaitan ini.

Ketahuilah wahai jiwa-jiwa yang tenang, betapa bobroknya Pakatan Rakyat menternak haiwan yang kerjanya hanya menganjing-anjing isu, menggonggong cebisan-cebisan kepala lembu ke sana ke mari.

Lihatlah, bagaimana pemuda pemudi menyembah pemimpin-pemimpin dewata mereka yang berbinikan ratu cincin, handbag, rantai yang berjuta ringgit tanda harganya.

Saksikanlah, muslimah-muslimah yang berjoget kaget bertepuk tampar menghilai tawa di simpang dan kaki lima jalanan bersama yang bukan mahramnya."


Keterbukaan

Intro yang pedas lagi kejang sebagai pemula bicara. Terasa lama sudah aku tinggalkan penulisan politik.

Food for thought, berdosakah hadir ke ceramah dan aktiviti parti lawan?

Apa yang kita jangkakan dari layanan dan akhlak penyokong parti, jika mereka dapat tahu kita (dari parti lawan) datang ke majlis-majlis mereka?

Inilah yang cuba dianjurkan. Penyokong atau pemimpin UMNO hadir ke Himpunan Kebangkitan Rakyat tanpa sebarang anonymity (bukan sebagai anon) dan membawa imej/label UMNO.

Ketidak-mampu-an mana-mana penyokong/pemimpin menghadirkan diri ke majlis parti lawan akan menyumbang kepada ke-tidak-ketahu-an yang mendalam terhadap parti ingin ditentang.

Macam mana nak lawan PAS? Kalau tak kenal PAS dari dalam? Tak kenal PAS/PKR/DAP dari dalam majlis mereka sendiri. Bagaimana akhlak mereka, akhlak pemimpin mereka, apa yang pemuda pemudi mereka mahukan, apa yang membuatkan majlis mereka "kerusi lagi ramai dari orang".

Membawa masuk label UMNO ke dalam ceramah/majlis PAS secara tidak langsung turut mengiklankan parti sendiri. Sebagai penyokong UMNO yang matang dan berkarisma, pasti ramai muslimah tudung labuh PAS akan terpikat oleh keterampilan anda.

Begitu juga PAS, ketawadhukan dan kesolehan yang dipancarkan oleh pemuda PAS secara tidak langsung mencairkan hati gadis-gadis puteri UMNO yang dilayan dengan penuh hemah dan kehormatan.

Kejadian ganas serangan semalam itu mohon jangan dijadikan teladan. Itu bukan salah UMNO gagal memberi makanan yang punyai vitamin otak kepada haiwan ternakan, tetapi salah penyokong pembangkang yang terlalu rendah diri dan bertoleransi hingga berlaku pertumpahan darah.

Ceramah Syaitan

Pemimpin politik sekarang amat rakus berbicara di pentas ceramah. Syaitan sana, syaitan sini, murtad sana murtad sini. Rakus kerana hadirin mereka sekadar satu warna sahaja.

Cuba bayangkan, barisan kerusi yang paling depan menghadap pentas ceramah PAS itu dihuni oleh majoriti penyokong UMNO. Takkan mungkin terkeluar syaitan sana sini itu.

Bahkan ayat berbunga, berbau teh herba diungkap menghujani kehormatan hadirin yang datang dari berlainan parti. Jaga hati, takkan nak tunjuk kelaku tak elok depan mata mereka?

Barisan parti lawan ini sebagai duta. Mereka akan bawa balik segala macam rencah yang berlaku di majlis/aktiviti parti untuk dijadikan habuan putar belit media.

Jangan pandang UMNO sahaja, PAS pun serupa. Mudahnya berpolitik dengan akhlak. Bukan setakat politik, itu dakwah namanya. Serampang dua mata.

Memberi penerangan tentang perjuangan parti sambil menghormati/menghargai kehadiran penyokong parti lawan. Hati mana yang tak tertawan? Jiwa mana yang tak terasa?

Kalau mereka tak convert masuk PAS sekalipun, paling kurang mereka akan hormati dan hargai penghormatan yang diberi. Hormatilah orang lain jika mahukan diri sendiri dihormati.

Kontradiksi Politik

Berlawanan dengan teori tahyul politik Malaysia, seseorang penyokong/pemimpin parti akan mendapat dosa besar jika menghadirkan diri ke majlis parti lawan. Dosa yang tertulis di dalam buku log kepartian.

Ringkasnya mudah sahaja, hadirkanlah diri ke majlis dan aktiviti parti lawan. Bawa bersama brand dan label kepartian. Turut serta menjunjung adap dan ketertiban sebagai seorang penggiat politik yang matang. Tak akan rugi walau se-saat.

Tak kira siapa kamu, penyokong tegar, penyokong liplap, ketua cawangan, ketua bahagian, bendahari peringkat negeri, setiausaha kehormat, pengerusi atau apa sekalipun, berlumba-lumbalah hadirkan diri ke majlis dan keramaian parti lawan.

Tak akan sia-sia kehadiran-mu itu walaupun ianya menggenapkan jumlah kehadiran yang ke-sejuta orang. Lagi ramai lagi bagus. Lagi nampak betapa terbukanya parti itu.

Kepada tuan punya majlis, anggaplah kehadiran segerombolan mahupun sehelai jiwa dari parti lawan itu sebagai satu bonus. Bonus untuk mempamerkan keberadaban parti dan ketamadunan penyokong anda. Sekaligus meruntun jiwanya untuk cenderung ke parti anda.

Politik Malaysia perlukan perubahan, bukan sekadar perubahan kerajaan semata-mata. Sekian mohon mencadang.

http://www.taufiking.com/2012/12/himpunan-kebangkitan-rakyat-himpunan.html

Apa MELAYU dapat dengan wujudnya POLITIK SAMSENG seperti MALAM TADI...!!!!

Provokasi Orang Belum Tamadun Di Gombak

oleh Mohd Sayuti Omar,

Persoalan dan pertanyaan terus menampal-nampal tebing minda saya sehinggakan ia terbawa-bawa ke alam halimunasi (mimpi) mengenai peristiwa di Batu 9, Gombak malam tadi. Malam tadi berlaku kekecohan dan sedikit huruhara di tempat ceramah Jelajah Merdeka Pakatan Rakyat. Apa yang saya soal, dan sukar untuk menjawabnya, ialah untuk apakah sekumpulan orang dikatakan terdiri anak-anak muda dari sebuah persatuan silat bertindak demikian?
Beginilah suasana gangguan oleh samseng Umno.
Mereka menganggu majlis berkenaan sehingga ada titisan darah merah mengalir ke bumi. Untuk apa dan mengapa? Apakah kerana mempertahankan hak atau sekadar menguji kekebalan ilmu yang mereka tuntut? Begitukah? Ingtatlah tidak ada sesiapa yang kebal di dalam dunia maya ini kecuali Allah s.w.t. Zaman ini orang tidak takut kepada kekuatan fizikal seseorang tetapi akan tunduk dengan budi pekerti dan keimanannya kepada Allah.

Kumpulan itu terdiri anak-anak remaja termasuk yang belum baligh membuat provokasi dengan tujuan menganggu majlis ceramah berkenaan. Selain bersorak dan memaki hamun serta mencerca pihak Pakatan Rakyat terutamanya bakal PM baru Malaysia, Anwar Ibrahim; batu-batu, kayu juga dilonntar, ada yang tersasar dan ada yang mengenai kepala mereka yang hadir. Beberapa orang dilaporkan mengalami kelukaan serius, berdarah dan bengkak bengkil.

Hari ini kalau anda selak blog dan Fb akan dipenuhi dengan persitiwa malam tadi. Satu gambaran menyedih dan mengecewakan. Siapakah yang bertanggungjawab memimpin anak-anak remaja berkenaan? Orang itu harus memikir kembali apakah perbuatan mereka itu benar, atau menempati aspirasi parti mereka dalam usaha mendapatkan kuasa.
Yang pastinya kerana masing-masing memegang panji-panji dacing mereka sahihlah orang BN dari Umno. Orang yang berada di belakang remaja itu harus tampil menunjukkan muka dan memperkenalkan diri. Adalah pengecut kalau kepala kumpulan itu tidak tampil ke hadapan dan hanya membiarkan remaja tidak berdosa memperagakan kejahatan dan kebangsatan budi mereka. Perbuatan menyerang orang dalam gelap sambil menyembunyikan kepala adalah satu tindakan bacul dan dayus. Haiwan atau binatang pun tidak berbuat begitu.

Di sini saya tidak mahu mencatat kronologi apa yanhg berlaku semalam. Tetapi cukup kalau menyebut peristiwa semalam sesuatu yang malang dan amat menyedihkan dan tidak wajar berlaku. Malang kerana ia berlaku di kalangan sesama Melayu. Pilu dan menyedihkan kerana apa direbut itu bukan syurga atau jannah, ia hanya merebut kuasa dan kedudukan politik semata-mata. Kedua-dua pihak yang diserang dan menyerang melakukan itu untuk mendapatkan kuasa yang belum tentu kuasa itu akan membawa ke syurga dan menjadikan mereka selamat di dunia dan akhirat.

Jelasnya kekalutan malam tadi memalu dan mendukacitakan kita orang Melayu kerana kaum lain akan memerhati dari jauh apa yang berlaku. Mereka akan tersenyum sendiri melihat kebodohan Melayu dalam berpolitik. Bukan Melayu di pihak Pakatan Rakyat akan memberi semangat.. teruskan pertahankan diri, manakala bukan Melayu di pihak BN akan mengucapkan syabas dan tahniah atas keberanian dan kebiadapan itu.  Mereka merestui Melayu 'berbabak' sesama Melayu. (Berbabak tahu apa ertinya, maksudnya gila).

Kenyatannya selalu memberikan natijah bahawa orang Melayu bodoh dalam politik. Bangsa separuh masak Melayu ini ini sukar untuk didisiplinkan kerana masing-masing merasa benar dengan tindakan bodoh mereka. Bangsa Melayu adalah bangsa yang bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh ditumpangi. Saya khususkan kepada Melayu yang berpolitik sikit-sikit termasuk juga kepada golongan mengaku cendekiwan dan ulama.

Umno Gombak perlu bertanggungjawab

Secara umum atas apa yang berlaku semalam Umno Gombak kena bertanggungjawab sebab ianya berlaku dalam kawasan Gombak. Bukan saja 'kepala halian' yang diselindungkan yang bertanggungjaab dengan kejadian itu tetapi seluruh kepimnpinan Umno Gombak. Itu paling utamanya.

Lanjutan itu juga Umno Malaysia kena mengambil risikonya. Apakah itu aspirasi dan kemahuan Umno Malaysia untuk dilakukan ahlinya selepas selesai mengadakan perhimpunan agung? Kalau benar begitu harapan yang perlu dijelmakan selepas perhimpunan agung ia sesuatu yang sungguh malang sekali. Tindakan dan kemahuan itu mencerminkan bahawa Umno bukan lagi sebuah parti bertamadun, tetapi parti kolok, usang, lembu tanpa tanduk... dan boleh disamakan dengan kelakuan haiwanan di dalam hutan rimba. Tindakan semalam tidak mencerminkan yang usia Umno sudah 66 tahun.
Salah seorang mangsa terkena balingan batu.
Zaman ini bukan zaman purbakala lagi di mana manusia bersaing menggunakan kekuatan fizikal dan siong serta taring di mulut. Zaman ini bukan lagi keris dan tombak menjadi lambang keberanian dan kercerdikan. Zaman ini bukan lagi berbalah menggunakan fizikal atau tubuh besar dan kecil. Zaman ini zaman IT di mana manusia berperang menggunakan akal dan kercerdikan tanpa memperagakan dada dan menghanyungkan penumbuk, sebaliknya duduk berasingan dari sekian-sekian jarak. Zaman ini kebijaksanaan dan kecerdikan manusia diukur sejauh mana kebolehannya memanfaatkan IT untuk kepentingan agama, bangsa dan tanahairnya.

Zaman memaki hamun, menyorak dan menganggu ruang demokrasi orang lain sudah tidak berlaku lagi. Kes-kes seperti itu adalah kes terpencil yang dilakukan oleh si bebal dan si bodoh. Apakah apa yang berlaku di Gombak itu kes terpencil dan melambangkang attituded sebenar Umno di situ? Kalau itu, ini bermakna kesalahan dan kemalangan semalam bukan tanggungjawab Umno Malaysia, tetapi Umno Gombak yang perlu dipantau.

Sama-sama kita tanya apakah tujuan gangguna itu dan berjayakah ia mencapai matlamat? Atau ia sekadar suka-suka kerana ahli Umno Gombak sudah tidak ada aktiviti lain disebabkan Umno sudah tidak menyalurkan peruntukan? Dan sekiranya benar remaja itu terdiri kumpulan pesilat apakah itu ikrar dan sumpah perguruan mereka, mengacau orang yang tidak bersalah mengkhianti orang tidak berdosa. Kalau begitulah caranya ternyata mahaguru berkenaan sudah sesat kerana memberi petunjuk dan pengajaran yang salah.

Apakah tujuan gangguna itu untuk menghentikan majlis berkenaan? Apakah balingan batu, kayu, buah kelapa kering dan sampai ada yang menitiskan darah ia bertujuan menghalang orang ramai menghadirinya. Dalam masa sama Umno Gombak ingin menunjukkan mereka hero dan samseng. Begitukah?

Kalau itulah tujuannya ternyata ia gagal kerana majlis itu diteruskan juga sampai jam 12:00 tengah malan. Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Tamrin Ghafar dan Salahuddin Nasir boleh juga berceramah menyampaikan maklumat kepada rakyat? Tindakan itu memberi dua kali laba kepda Pakatan Rakyat, dapat memberi maklumat kepada rakyat kedua orang atas pagar makin mencemuhi Umno.

Manakala kalau hendak menakut-nakutkan orang ramai dari menghadiri majlis itu ia juga gagal kerana lebih 10,000 yang hadir. Kejadian dan kekecohan itu tidak sedikit pun menakutkan orang ramai. Orang ramai tidak pun mempedulikannya, terus berjujutan memasuki ke halaman tempat ceramah itu di perkarangan Masjid Zakaria melewati hadapan kumpulan pengacau itu penuh kejengkilan dan kekebencian.

Jadi apakah matlamat dan tujuan sebenarnya. Kesan dari tindakan remaja Umno itu, yang barang kali atas arahan pemimpin Umno Gombak tidak memberi apa-apa bekas yang menguntungkan. Sebaliknya apa yang berlaku semalam menyebabkan dunia akan menyuluh ke atas muka Umno Gombak sebagai sebuah kumpulan politik yang belum menerima tamadun sepenuhnya dan tidak bertamadun.

Umno Gombak tidak mempunyai tatabudi dan tatabudaya dari kalangan ahlinya. Dengan kejadian itu malanglah nasib Umno yang diagung dan dimuliakan oleh sebilangan Melayu sejak 66 tahun lalu. Saya percaya orang Umno veteran yang menangis terisak-isak kerana bimbang parti itu akan hilang kuasa, sedih melihat aksi anak cucu cicit mereka malam tadi dalam melayani musuh politiknya.

Justeru eloklah Umno Malaysia memantau dan mengkaji apa yang berlaku semalam. Anggota jawatankuasa disiplin parti berkenana atau pengarah pilihan rayanya perlu mengarah satu kajian dibuat ke atas apa yang berlaku itu. Muhyiddin Yassin yang menjadi pengarah pilihan raya perlu meneliti dari seluruh aspek sejauh mana untung dan ruginya aksi dan keganasan seperti itu kepada Umno. Jangan pula Umno boleh bangga dengan keberanian ahlinya tetapi perbuatan itu mengalahkan parti dalam pilihan raya. Tidak ada guna walaupun setengah sen.

Kalau perbuatan kacau ganggu malam tadi bertujuan agar pihak Pakatan Rakyat undur dan lari dari situ, ia adalah jauh panggang dari api. Suatu harapan yang sia-sia. Puak Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan kecut perut untuk berhadapan dengan situasi sebegitu. Sebaliknya apa yang terjadi puak Pakatan Rakyat juga akan membuat persiapan lebih rapi untuk masa-masa akan datang bagi berhadapan dengan kekerasan demi menentang kekerasan. Terdengar soksek-soksek malam tadi ada kalangan yang hadir sedia menyerang balas kalau ada arahan. Petanda-petanda ini memberi gambaran buruk kepada ketika.

Selain Umno polis atau pihak keselamatan juga perlu mengkaji dan mengambil iktibar atas apa yang berlaku semalam. Tidak mustahil kalau soal keselamatan dan kawalan terhadap majlis atau himpunan sebegitu longgar atau lus... kejadian lebih buruk akan berlaku. Manusia bila sudah naik 'syeikh' akan lupa segala-galanya. Bila ada yang bergendang maka adalah yang akan bangkit menari mengikut irama paluan gendang. Hari ini hanya darah yang mengalir, entah-entah esok mana tahu jasad pula akan gugur di bumi.

Politik negara kita sudah ada sejarah yang sangat sedih dan ngeri untuk diulangi. Demi memastikan tidak berlaku petaka lebih besar pasukan keselamatan dan polis perlu bertindak awal. Ketua polis negara Ismail Omar kalau tidak ada kuasa dan tangan untuk memastikan ini, undur saja dari kedudukan istimewa dan berprestaj itu. Tidak ada guna tuan duduk di situ menjabat sebagai ketua polis negara tetapi tuan tidak mempunyai kuasa membentuk keamanan massa.

Melihat kepada tindakan polis malam tadi yang membiar dan memerhati saja sekumpulan remaja bonbon itu memaki hamun dan bertindak agresif ia mengesahkan apa didedah oleh bekas IGP Musa Hasan; bahawa berlaku campur tangan menteri didalam urusan polis. Pasti ketua polis tahu dan mengerti tanggungjawabnya, tetapi kerana ada kuasa lain yang menganggui kuasanya, ada individu lain memberi arahan dan keizinan kepada polis Gombak, maka polis lembab... bahkan tidak bertindak langsung menyuraikan kumpulan yang menyorak dan melaungkan mencaci orang dengan pembesar suara itu. Situasi ini amat-amat dikesalkan dan wibawa polis dipertikaikan.

Untuk semua, sebelum kita menangis ke atas apa yang kita lakukan, insaf dan berfikirlah untuk kebaikan kita bersama. Jangan kita menyesal dikemudian hari kerana ia tidak berguna. Menangis sampai keluar air mata darah sekalipun tidak ada ertinya lagi. Bangsa Melayu boleh diperbetulkan .. politik kita boleh ditenteramkan, asal saja kita semua waras dan tidak terpengaruh begitu jauh dengan syaitan dikenali.  Marilah kita berdoa penuh beradat untuk kebaikan bersama.

Saya akhir catatan ini dengan serangkap pantun tiga kerat; 

Yang bercahaya adalah mentari,
Yang berkecai kaca bukan suasa, 
Yang kerdil di dalam kain;
Yang dicerca saudara sendiri,
Yang dilukai waris sebangsa,
Yang mengambil menang orang lain.

http://msomelayu.blogspot.com/2012/12/provokasi-orang-belum-tamadun-yang-sia.html

Saturday, September 15, 2012

Hai Hisham Sapa yg kena tahan tu..?? Nak tau jgk la..!!


Sapa yg kena tahan tu?? Nak tau jgk la.. Kalu org lain kena tahan.. Siap sebut nama, anak sapa, tinggai di mana, kerja apa, ahli parti mana.... Mai yg ni diam ja??

Hisham dah mula start gelabah lihat sambutan orang Johor..lalu hari nie ambik U turn..!!!

Hisham dakwa kenyataan diputar belit
 
NONEMenteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mendakwa kenyataannya berhubung keselamatan program pembangkang semalam telah diputar belit.

Menulis di dalam Twitter, Hishammuddin menegaskan, keselamatan rakyat tetap diutamakan tanpa favoritisme atau pilih kasih.

"Malaysiakini spin - saya kata kedudukan pembangkang di Johor tak terjamin. Mereka spin: Saya kata keselamatan pembangkang tak boleh saya jamin," tulisnya di laman blog mikro itu pagi tadi.

Malaysiakini semalam melaporkan Hishammuddin sebagai berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

Merujuk kepada insiden khianat terbaru terhadap bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tangkak, Hishammuddin berkata, penerimaan terhadap PKR akan ditentukan orang Johor itu sendiri

Berikut transkrip kenyataan Hishammuddin kepada Malaysiakini semalam untuk penilaian pembaca:

Wartawan: Johor kubu kuat Umno dan nampaknya rakyat Johor tolak PKR dengan insiden bas disimbah cat. Apa sebab penolakan terhadap PKR?
Hishammuddin: Itu kena tanya orang Johor sendiri.

Ada apa-apa mesej untuk orang Johor?

Tak ada. Orang Johor semuanya seperti biasa sahaja.

Kali ini kali ketiga (insiden simbah cat), adakah Datuk Seri boleh bagi jaminan... (dipotong)

Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri.

Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Tanya orang Johorlah.

Maknanya mereka pergi dengan tahu penuh risiko? They know the risks of where they are going...
This is politics. Politics is all about the risks.

If they take the risks, calculated. Kalau calculated tak berjalan, maknanya tiada tempatlah dia. Akhirnya orang Johor yang akan menentukan. Tetapi jelas apa yang berlaku.


(Rakaman penuh kenyataan itu boleh didengar dan dimuat turun di akaun Soundcloud Malaysiakini - pengarang)


http://soundcloud.com/malaysiakini/hishammuddin-vr


Merah ang-ang!

Oleh Izmil Amri



Saya suka warna merah. Warna ini garang dan agresif. Mungkin sebab itu maka dipilih menjadi warna pergerakan pemuda United Malays National Organisation sebagai warna kemeja-t mereka sewaktu mahu ‘bertembung’ kononnya dengan perhimpunan Bersih 2.0 tahun lalu. Tahun ini kelibat mereka tidak kelihatan pula. Mungkin baju merah mereka itu sudah luntur.

Tetapi pokoknya warna merah ini adalah warna yang memberi seribu makna. Selain UMNO, sebuah partai politik berteraskan kaum, yang turut memilih warna merah sebagai warna pegerakan mereka ialah parti-parti sosialis di seluruh dunia.

Merah sebagai simbol

Bendera berwarna merah adalah lambang pergerakan-pergerakan politik sayap kiri sejak Revolusi Perancis, dan telah menjadi identiti partai politik sosialis sejak sekian lama.

Parti Buruh British menggunakan bendera berwarna merah sebagai lambangnya sejak awal penubuhan parti itu sehinggalah lambang itu digantikan dengan ‘sekuntum mawar merah’ sewaktu persidangan Parti Buruh pada tahun 1986.



Di Itali, bendera berwarna merah menjadi simbol pergerakan buruh Itali, serta simbol pergelutan politik rakyat sehingga diabadikan simbol itu di dalam lagu yang diberi nama Bandiera Rossa. Ya, bunyi macam bendera ros.

Demikian kedudukan warna merah dalam pergerakan politik dunia. Lebih menarik lagi sebenarnya jika kita mengkaji kedudukan warna merah dalam budaya masyarakat Cina. Warna ini digunakan secara meluas oleh orang Cina dalam kehidupan mereka sehari-hari, Dari seawal kelahiran sehinggalah ke upacara perkahwinan dan kematian.

Merah simbol budaya


Warna merah, dikatakan berhubung langsung dengan unsur api, adalah simbol kepada kemakmuran dan kegembiraan. Maka kita lihat dalam setiap keramaian masyarakat Cina, warna merah menjadi warna dominan. Jika kita menghadiri majlis perkahwinan sebagai contoh, tetamu amatlah digalakkan memakai pakaian berwarna merah, dan membawa hadiah dalam bungkusan berwarna merah juga.

Terus, apabila lahir seorang anak daripada perkahwinan itu, orang yang melawat juga disarankan membawa hadiah-hadiah dalam bungkusan merah. Perkara serupa juga kedapatan sewaktu sambutan tahun baru Cina. Mana mungkin kita melupakan sampul berwarna merah berisi wang yang sering diberikan kepada orang ramai oleh para ahli politik.

Mungkin hanya Perkasa yang kurang arif tentang hal ini dan memberi wang dalam sampul berwarna putih sewaktu ia cuba mendekati masyarakat Cina awal tahun ini. Bodoh budaya barangkali, tidak mengetahui yang sampul putih adalah untuk upacara kematian.

Pokoknya, warna merah adalah warna yang membawa tuah. Warna yang menghalau semangat jahat.

Justeru apabila ibu pejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat merah sebanyak enam das, Pusat Khidmat DUN Datuk Keramat kena enam das, DUN Air Putih dapat empat das, Pulau Tikus dapat dua; semua sekali 18 bungkus cat dibaling kepada pejabat-pejabat DAP di Pulau Pinang; tiada lain yang dapat dikatakan selain terima kasih banyak-banyak atas ucap selamat yang diberikan.

Malah tidak hairan jika ada yang pergi membeli nombor 6642 di kedai nombor ekor terdekat di kejiranan masing-masing.

Itu belum kira bas kempen PKR yang dibaling cat merah sampai pecah cermin.

Betul-betul ‘ong’! – Roketkini.com


Print Friendly

Wednesday, September 12, 2012

Nak lari mana..kan dah kantoi.. tu laa syok sangat dok baling cat tu..lanie dah kantoi..suruh la UMNO bela hang skrg nie..??

Identiti Lengkap Pembaling Cat Bas Jelajah Merdeka Rakyat Di Dedahkan
 

Inilah wajah antara pembaling cat bas Jelajah Merdeka Rakyat yang di kenal pasti. Kawad cam untuk mengenalpasti samseng Umno telah dilakukan di IPD Jasin semalam.

Antara yang dipanggil oleh mengenal pasti samseng-samseng Umno ini ialah wartawan, jurugambar Suara Keadilan serta kakitangan pejabat Keadilan.
Jikalau mengikut bukti, ramai lagi yang terlibat dalam serangan tersebut. Di katakan seramai 30 orang yang terlibat termasuklah Penghulu Mukim, Pengerusi JKKK dan AJK Umno Jasin. (baca sini.)


Dikatakan samseng Umno nih  menetap di Batu Gajah Pasir, Merlimau. Berikut biodata penuh samseng Umno nih :-
Nama : Sharidan bin Shaharan
Umur : 29 tahun
Tarikh lahir : 25 Mei 1983
No. Kad Pengenalan : 830525-04-5395
Alamat : JA 5819, Jalan Salim, Batu Gajah Pasir, 77300 Merlimau, Melaka.

Mengikut sumber blog nih, mamat ni adalah pengendali blog Jiwa Paradox. Blogger pro Umno nih dikatakan sering melemparkan fitnah ke atas Pakatan Rakyat  melalui tulisannya.

Jadi tidak hairanlah, jikalau mamat nih boleh bertindak ekstrem sebegini. Jikalau inilah produk modal insan yang dihasilkan oleh Umno untuk diangkat sebagai pemimpin.. jahanam negara!!
Sumber di sini dan sini.

Tuesday, September 11, 2012

Video terbaru semakin panas di Alor Setar

Ramai-ramai pakat dok kerumun apa tuu??? Jom terjah!...


Oleh Saiburi Sudin

Pakat dok kerumun ramai-ramai tengok apa tu? Pertunjukan ulag sawa orang juai ubat?  Atau video lucah China Doll dengan pelakon Siam berwajah Anwar part II?

Mai kita tengok dari arah tepi pulak.. Haa, baru nampak jelas.

Yang sebenaqnya kecik besaq tua muda tu pakat kerumun tengok video Serangan Ke Atas Masjid Pumpong oleh Geng UMNO Perkasam. Lepas tengok keseluruhan video 20 minit tu barulah masing-masing tau apa yang sebenarnya berlaku di masjid Pumpong tempohari.. maka pakat maki phiu phiu akan puak yang menyerang masjid tu. Baguih kalau pertunjukan video ini diadakan di seluruh negeri Kedah, UMNO boleh hilang deposit PRU nanti.

Jahat-jahat orang Melayu tertentu pun, hak tikam ekoq ka, hak tak posa ka, tak semayang ka... tapi kalau tengok puak pi dok serang masjid, maki hamun tak ketahuan kat masjid, buat kacau bilau kat masjid... puak-puak tak pijak tikaq semayang pun marahh!!!

GASAK tayang video kekecohan di Masjid Pumpong

Alor Setar - Kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gabungan Anti Syaitan Dikenali (GASAK) akan mengadakan tayangan video mengenai kekecohan yang berlaku di Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong tempohari ke seluruh Daerah Kota Setar.

Menurut pengerusi penaja GASAK, Encik Mat Zohir Abu Seman 'road show' tayangan video itu bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat di sekitar Alor Setar peristiwa sebenar yang berlaku supaya mereka tidak terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang memutarbelitkan cerita sebenar.

"Apa yang disiarkan ialah rakaman sebenar peristiwa tanpa disunting dan tanpa ulasan, biar rakyat saksikan sendiri siapa sebenarnya yang melakukan kebiadapan terhadap masjid.

"Jika ada yang percaya bahawa Datuk Seri Anwar menyalahgunakan masjid untuk kempen politik, maka mereka boleh mendengar sendiri setiap butiran kuliah yang disampaikan Anwar di mana 'ungkapan politik' beliau, dengan itu rakyat dapat menilai siapa sebenarnya yang bersalah dalam peristiwa itu," ujar Zohir.

Mengenai dakwaan bahawa insiden membaling kasut ke dalam masjid adalah tidak benar, beliau menjelaskan bahawa pihak GASAK tidak terbabit dengan tuduhan itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat.

"Kita menyiarkan apa yang terakam dalam video itu, saya rasa tanpa isu kasut pun orang ramai sudah cukup marah dengan kebiadapan kumpulan yang membuat kacau di masjid itu," terangnya.

Tujuan video itu ditayangkan, katanya, bukanlah untuk menyemarakkan permusuhan sesama Muslim tetapi untuk mendedahkan sikap biadap pihak terbabit terhadap 'Rumah Allah' yang wajib ditentang habis-habisan oleh semua pihak.

Setakat ini GASAK telah menganjurkan lima siri pertunjukan video tersebut di tempat awam dan akan meneruskan di seluruh Daerah Kota Setar, sebelum melebarkan pertunjukan ke kawasan lain jika terdapat permintaan.

"Kami rasa membuat pertujukan secara terbuka begini lebih berkesan berbanding menyebarkan VCD kepada orang ramai, kerana belum pasti mereka akan menontonnya di rumah," ujar Zohir.

Macamana la pulak kes nya kalau depa baling teloq buruk kat keta Najib..ada bukti pun duk siasat lagi..????

Penghulu Mukim, JKKK Dan AJK Umno Jasin Antara Terlibat Serangan Ke Atas Bas Jelajah Merdeka Rakyat 


SEREMBAN - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa walaupun beliau telah memberikan bukti yang kukuh kepada pihak polis berhubung serangan sekumpulan lelaki ke atas bas yang membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Rim, Jasin, Melaka Sabtu lepas tetapi sehingga ke hari ini (semalam) polis masih belum menahan atau menangkap mereka yang terlibat.

Bercakap di sebuah program ceramah PAS di Ampangan, Seremban malam tadi, Shamsul berkata beliau turut berada di dalam bas bersama Anwar dan mengenali sekurang- kurangnya dua individu di dalam kumpulan yang melakukan serangan dengan membaling batu, botol minuman dan cat ke atas bas yang membawa Anwar dan kepimpinan PKR.

“Pada 9 September saya membuat empat laporan polis dan dalam laporan-laporan itu saya menyebut dua penjawat awam turut terlibat di dalam serangan itu.

“Mereka ialah Jezlee Pit, seorang penghulu mukim dan Ahmad Baharuddin yang merupakan seorang Pengerusi JKKK dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin.

“Pada 8 September saya juga ada membuat satu laporan polis dengan memberikan foto, alamat dan nombor telefon salah seorang individu yang membaling objek ke arah bas.

“Tetapi sehingga hari ini polis masih belum menangkap sesiapa pun yang terlibat di dalam serangan itu. Saya difahamkan esok (11 September) polis akan melakukan proses kawad cam dan pemandu bas serta dua kakitangan PKR Pusat iaitu Maisuri dan Hadi yang turut berada di dalam bas dan melihat insiden itu akan hadir untuk mengecam individu-individu tersebut,” kata Shamsul Iskandar.

Tidak puas hati

Bagaimanapun Shamsul Iskandar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka berkata beliau tidak puas hati dengan tindakan polis yang lambat ambil tindakan.

“Apabila saya tanya kenapa polis masih belum menahan individu-individu yang saya nyatakan tadi, mereka (polis) berkata mereka masih menyiasat kes tersebut.

“Saya nak tanya katalah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak atau pemimpin Umno lain membuat lawatan ke Melaka dan cukuplah saya cuma baling botol atau telur busuk pada kenderaan mereka, saya rasa masa itu juga saya ditangkap.

“Mungkin saya tidak dapat hadir ceramah pada malam ini kerana mungkin saya telah ditahan di lokap kerana membaling objek ke atas kenderaan pemimpin Umno.

“Amat malang apabila polis mengambil pendekatan ‘double standard’ ketika mengambil tindakan,’ katanya.

Samsul Iskandar turut melahirkan rasa kesal apabila polis yang tidak memakai uniform dan gagal mengambil tindakan atau menangkap individu-individu yang membaling objek ke arah bas walaupun polis turut berada di lokasi kejadian.

“Polis turut berada di dalam ‘crowd’ tetapi kenapa mereka (polis) tidak membuat tangkapan
terhadap individu yang membuat provokasi dengan membaling objek ke atas bas?

“Hanya ketika mereka menahan pengawal Anwar barulah kami tahu memang ada beberapa anggota polis berpakaian preman di dalam ‘crowd’.

“Tuan-tuan boleh melihat visual di dalam berita NTV7, bagaimana individu-individu ini membaling cat ke atas bas secara terbuka. Kalau polis nak tangkap memang boleh. Malangnya mereka (polis) tidak berbuat demikian.

“Saya mendesak pihak polis tangkap individu yang menyerang bas Anwar dan dakwa mereka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,’ ujar Shamsul Iskandar. ~fmt

Sunday, September 9, 2012

[Isu Baling Kasut] Mahfuz suruh PERKASA saman dia hari nie jugak

Tidak perlu 7 hari, hari ini boleh - Mahfuz

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bertegas tidak akan meminta maaf kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid.
(Aksi segolongan aktivis yang dikatakan ahli Perkasa di Masjid Al - Hussain baru-baru ini)

Beliau berkata demikian setelah diberitahu bahawa Perkasa memberi tempoh selama tujuh hari kepadanya untuk meminta maaf berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid ketika serangan mereka ke atas Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar baru-baru ini.

"Saya tidak perlu meminta maaf atas perbuatan yang memang dilakukan oleh Perkasa.

"Apa yang saya nyatakan memang berasas dan saya ada saksi-saksi," tegas Mahfuz (gambar).

Beliau juga berkata, Perkasa tidak perlu tunggu tujuh hari untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

"Apa perlu tunggu begitu lama? Hari ini juga Perkasa boleh failkan kes mereka ke mahkamah.

"Mereka banyak duit dan mereka tidak ada masalah untuk melakukan perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz sebelum ini menegaskan, tidak ada gambar dan tidak ada rakaman yang disiarkan dalam Youtube tidak boleh menjadi bukti bahawa peristiwa itu tidak berlaku kerana ramai yang menyaksikan kasut dibaling ke dalam rumah Allah itu ketika serangan Perkasa ke atas masjid itu.

"Kalau tak ada rakaman sekalipun, kenyataan saksi-saksi juga diiktiraf oleh undang-undang," kata Mahfuz sambil mengulangi penegasan bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada Perkasa.

Ketua Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail sebelum itu memberi tempoh selama tujuh hari kepada Mahfuz untuk meminta maaf berikutan kenyataanya bahawa Perkasa membaling kasut ke dalam masjid tersebut.

Beliau juga menuntut tiga akhbar termasuk Harakah menarik balik laporan mengenai perbuatan itu.

Mohd Yusof yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Mahfuz dan tiga akhbar berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian.

Beliau mengulangi dakwaannya sebelum ini kononnya apa yang dinyatakan itu tidak berasas sama sekali semata-mata kerana tidak ada rakaman video yang menunjukkan perbuatan membaling kasut itu berlaku.

HALAL kah serangan PERKASA di Masjid tempohari..???

Peristiwa Perkasa menyerang Anwar di masjid
Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Perkasa buat kecoh lagi di Alor Setar. Kali ini mereka cuba menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menyampaikan tazkiroh di Masjid Al-Husin, Seberang Pumpong. Punca kontroversi yang tercetus tentulah kerana penyampai tazkirohnya adalah Anwar. Jika yang berceramah itu Presiden Umno, Perkasa atau mana-mana yang sefikrah dengannya tidak akan peduli.

Anwar yang berada di Kedah adalah dalam siri lawatan ke seluruh negara dalam program Jelajah Merdeka Rakyat. Dari awal pihak penganjur membuat tentatif supaya Anwar menyampaikan kuliah di masjid Al-Husin. Pihak khariah berbelah bahagi untuk membenarkan Anwar bertazkiroh atau tidak.

Pihak yang tidak bersetuju bukan kerana menentang Anwar PR tetapi kerana mahu mengelak dari tercetusnya kontroversi di masjid maklumlah sepanjang pengalaman Anwar beliau akan diganggu gugat di mana sahaja berucap. Bagaimanapun imam masjid dilaporkan bersetuju membenarkan Anwar menyampaikan tazkiroh, mungkin kerana tahu bekas Timbalan Perdana Menteri itu tahu batasan apabila berucap dalam masjid.



Rupanya kumpulan Perkasa telah bersedia dari awal untuk menghalang. Dari petang mereka sudah mengangkat sepanduk menentang program tazkiroh Anwar. Selepas Maghrib, sebaik beliau mula memegang mikrofon kumpulan Perkasa pun bertindak agresif. Bagai dirasuk syaitan kumpulan ini menyerbu masjid untuk memaksa Anwar berhenti memberikan tazkiroh. Biadapnya pengikut mereka menerjah masuk ke rumah Allah macam samseng, memekik dan melolong. Mereka menutup pembesar suara dan memadamkan lampu berulangkali.

Pelbagai kata kesat dihamburkan, semuanya terakam dalam video yang telah tersebar ke seluruh dunia melalui You Tube. Mereka menghalakan pembesar suara (loud hailer) ke dalam masjid mengherdik Anwar dan membunyikan siren dengan kuat. Lebih liar lagi kasut dibaling masuk ke dalam masjid. Hampir saja kasut itu mengena Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yang turut berada di situ.

Gelaran untuk masjid ialah Rumah Allah tempat yang dianggap paling mulia dalam Islam. Hanya duduk beriktikaf dalam masjid tanpa berbuat apa-apa sudah diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah SWT apatah lagi memakmurkannya dengan amal ibadah.

Orang yang tidak bersuci dari hadas besar diharamkan memasukinya, walaupun ada khilaf membenarkan bukan Muslim memasukinya tanpa niat jahat. Setiap orang Islam yang ingin masuk ke masjid dituntut supaya memulakan dengan bersolat Tahiyatulmasjid. Membaca Al-Quran dengan kuat di dalam masjid sehingga mengganggu orang yang sedang bersolat sekalipun tidak dibenarkan apatah lagi menguatkan suara terhadap orang lain.

Jika berlaku peperangan, musuh Islam yang berlindung dalam masjid haram diserang atau dibunuh. Demikianlah Rumah Allah dimuliakan. Tetapi Perkasa (yang sering dianggap Sayap samseng Umno) berperangai macam orang yang tidak kenal Rumah Allah dan tidak tahu adab bila berada di masjid.

Mengapa kumpulan itu bertindak bagai orang hilang akal? Alasan yang mereka berikan ialah Anwar tidak bertauliah. Mereka mahu menghalang masjid dari disalahgunakan untuk tazkiroh politik oleh individu tidak bertauliah. Sewaktu diserang Anwar baru memulakan ucapan. Kata-katanya belum pun difahami dengan jelas, bagaimana pula beliau sudah dihukum kerana memberi ucapan politik? Anwar dihalang kerana tidak bertauliah sedangkan mereka sendiri pun tidak ada tauliah untuk bertindak.

Alasan kedua yang diberikan untuk menghalal keganasan yang mereka lakukan ialah kerana kononnya Anwar seorang tidak bermoral dan tidak layak untuk memberi tazkiroh dalam masjid. Soalnya siapa Perkasa yang ingin menilai kelayakan seseorang, mereka ambil alih tugas Jabatan Agama sebagai penilai dan mengambil alih tugas polis sebagai penguatkuasa.

Masjid Al-Husin terkenal dengan qiyamullail. Sewaktu masjid menganjurkan program qiyamullail sepuluh malam terakhir tiada seorang pun dari kumpulan penyerang itu dilaporkan hadir mengambil bahagian. Solat berjemaah pun hampir tidak nampak muka. Tiba-tiba tahu pula jalan ke masjid apabila mahu menghalang program tazkiroh yang diadakan.

Apapun, isu yang paling besar ialah apabila masjid dicerobohi. Sekalipun andainya yang berucap dalam masjid itu Ummi Hafilda, maka tidak wajar Rumah Allah dicemari ala barbarian. Kalau nak tunjuk samseng sangat pun, biarlah bertindak terhadap sasaran di luar kawasan masjid.

 
sebelum
 
selepas
Ini bukanlah kali pertama kumpulan tersebut bertindak sendiri dalam menguatkuasakan undang-undang. Mereka pernah mengoyak iklan gergasi imej surau baru Madrasah Salihiah yang dicadangkan di Kompleks Aman Central. Sebabnya gambaran kehebatan surau tersebut berjaya mempengaruhi rakyat negeri ini bahawa surau Salihiah lama wajar diroboh untuk diganti dengan surau baru yang lebih hebat. Alasan tindakan ganas mereka ialah kerana kononnya iklan gergasi tersebut tidak mendapat kelulusan dari Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS). Jika benar ia melanggar peraturan iklan yang berhak bertindak ialah MBAS tapi nampaknya kumpulan tersebut boleh berfungsi di semua tempat. Mereka ‘adalah’ MBAS, Pejabat Agama, polis, ahli majlis kerajaan tempatan serta serta berkuasa di mana saja atas apa isu jua.

gambar hiasan sahaja nie..
Kumpulan yang sama pernah berdemonstrasi mendesak kerajaan negeri bertindak terhadap pusat hiburan yang tidak mengikut peraturan. Kononnya maksiat banyak berlaku di pusat hiburan. Nah, jika kemungkaran sudah bermaharajalela di pusat hiburan mengapa kumpulan mereka tidak bertindak menyerang mungkar dan maksiat di pusat hiburan macam mereka menyerang Anwar dalam masjid.

Mengapa hanya berani bertindak di masjid, ketika orang sedang bertazkiroh?

Tindakan mencemarkan masjid oleh Perkasa tersebut jauh lebih dahsyat dari tindakan segelintir individu memijak gambar Perdana Menteri. Tindakan memijak gambar Najib sama saja dengan tindakan penyokong Umno kencing pada gambar Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz dan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang. Mereka hanya biadab terhadap manusia tetapi golongan yang membuat huru hara di masjid hakikatnya berlaku biadab terhadap Pencipta Manusia.

Peristiwa serangan terhadap masjid itu berlaku selepas tercetusnya isu 'syaitan dikenali lebih baik dari malaikat tidak dikenali' dipolemikkan. Agaknya inilah bahananya apabila syaitan dan malaikat sudah tidak dikenali; kebatilan dan kebenaran sudah tidak dapat dibezakan.

http://www.wartautara.com/