Showing posts with label Merdeka Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Merdeka Rakyat. Show all posts

Sunday, November 4, 2012

[Gempar] Pengerusi PTPTN berada di Jelajah Merdeka Rakyat Pahang


Pengerusi PTPTN, Ismail Said pun hadir majlis Merdeka Rakyat.
macam nie la baguihnya....mcm nie kita nak bukannya mai bawak tentera lempaq cat lempaq batu....mcm tu yg kita tak mau...ini baru dinamakan meraikan perbezaan pandangan politik...

DSAnwar Ibrahim berucap di Kuala Krau, Pahang

Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi berucap depan ratusan rakyat.
Unik bukan? Penyokong tegar nih. Cayalah, Reformasi!

Saturday, September 15, 2012

Petanda jelas BN sudah nak jatuh, apa dia

TEMERLOH: Sesebuah kerajaan yang bakal jatuh akan memberi petanda jelas yang berlaku seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Syria.


“Apakah petanda itu?

“Lihat apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Libya dan Syria kini, antara beberapa petanda awal kejatuhan bermula tindakan ganas penyokong parti pemerintah,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu tulisan di Facebook.

Tuan Ibrahim berkata tindakan ganas para penyokong BN ke atas pimpinan PR adalah jalan mencari kebencian rakyat kepada BN.

“Tindakan ini adalah beberapa tanda kejatuhan sesebuah kerajaan,” tambah beliau.

Hari ini, dilaporkan pejabat DAP di Pulau Pinang diserang buat kali ketiga dalam masa 13 bulan dengan pintu depannya disimbah cat merah.

Bas jelajah PKR hari ini disimbah cat merah juga untuk kali ketiga di Tangkak, Johor.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahamg berkata PAS mengecam tindakan ganas dan tidak bermoral sedemikian.


“Di waktu yang sama, PAS melihat ini antara tanda kejatuhan sesebuah kerajaan,” tegas beliau lagi.

Kata Tuan Ibrahim, Rasulullah S.A.W pernah bersabda maksudnya "Sesungguhnya Allah akan menolong agamanya melalui tangan-tangan yang jahat di kalangan kamu.”

“Kejahatan ini memberi ruang kepada rakyat untuk menilai, menghalusi dan meneliti apakah layak golongan samseng ini diberi mandat untuk meneruskan pemerintahan negara. Inilah akibat golongan yang hanya mengenali syaitan tetapi tidak mengenali malaikat,” tambah beliau.

Tuesday, September 11, 2012

Macamana la pulak kes nya kalau depa baling teloq buruk kat keta Najib..ada bukti pun duk siasat lagi..????

Penghulu Mukim, JKKK Dan AJK Umno Jasin Antara Terlibat Serangan Ke Atas Bas Jelajah Merdeka Rakyat 


SEREMBAN - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa walaupun beliau telah memberikan bukti yang kukuh kepada pihak polis berhubung serangan sekumpulan lelaki ke atas bas yang membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Rim, Jasin, Melaka Sabtu lepas tetapi sehingga ke hari ini (semalam) polis masih belum menahan atau menangkap mereka yang terlibat.

Bercakap di sebuah program ceramah PAS di Ampangan, Seremban malam tadi, Shamsul berkata beliau turut berada di dalam bas bersama Anwar dan mengenali sekurang- kurangnya dua individu di dalam kumpulan yang melakukan serangan dengan membaling batu, botol minuman dan cat ke atas bas yang membawa Anwar dan kepimpinan PKR.

“Pada 9 September saya membuat empat laporan polis dan dalam laporan-laporan itu saya menyebut dua penjawat awam turut terlibat di dalam serangan itu.

“Mereka ialah Jezlee Pit, seorang penghulu mukim dan Ahmad Baharuddin yang merupakan seorang Pengerusi JKKK dan Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin.

“Pada 8 September saya juga ada membuat satu laporan polis dengan memberikan foto, alamat dan nombor telefon salah seorang individu yang membaling objek ke arah bas.

“Tetapi sehingga hari ini polis masih belum menangkap sesiapa pun yang terlibat di dalam serangan itu. Saya difahamkan esok (11 September) polis akan melakukan proses kawad cam dan pemandu bas serta dua kakitangan PKR Pusat iaitu Maisuri dan Hadi yang turut berada di dalam bas dan melihat insiden itu akan hadir untuk mengecam individu-individu tersebut,” kata Shamsul Iskandar.

Tidak puas hati

Bagaimanapun Shamsul Iskandar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka berkata beliau tidak puas hati dengan tindakan polis yang lambat ambil tindakan.

“Apabila saya tanya kenapa polis masih belum menahan individu-individu yang saya nyatakan tadi, mereka (polis) berkata mereka masih menyiasat kes tersebut.

“Saya nak tanya katalah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak atau pemimpin Umno lain membuat lawatan ke Melaka dan cukuplah saya cuma baling botol atau telur busuk pada kenderaan mereka, saya rasa masa itu juga saya ditangkap.

“Mungkin saya tidak dapat hadir ceramah pada malam ini kerana mungkin saya telah ditahan di lokap kerana membaling objek ke atas kenderaan pemimpin Umno.

“Amat malang apabila polis mengambil pendekatan ‘double standard’ ketika mengambil tindakan,’ katanya.

Samsul Iskandar turut melahirkan rasa kesal apabila polis yang tidak memakai uniform dan gagal mengambil tindakan atau menangkap individu-individu yang membaling objek ke arah bas walaupun polis turut berada di lokasi kejadian.

“Polis turut berada di dalam ‘crowd’ tetapi kenapa mereka (polis) tidak membuat tangkapan
terhadap individu yang membuat provokasi dengan membaling objek ke atas bas?

“Hanya ketika mereka menahan pengawal Anwar barulah kami tahu memang ada beberapa anggota polis berpakaian preman di dalam ‘crowd’.

“Tuan-tuan boleh melihat visual di dalam berita NTV7, bagaimana individu-individu ini membaling cat ke atas bas secara terbuka. Kalau polis nak tangkap memang boleh. Malangnya mereka (polis) tidak berbuat demikian.

“Saya mendesak pihak polis tangkap individu yang menyerang bas Anwar dan dakwa mereka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,’ ujar Shamsul Iskandar. ~fmt

Sunday, September 9, 2012

Apa kata DSAI Upah Pengawal Keselamatan macam PM TURKI nie..!!

  

Baru hari nie gua tahu bahawa selama nie gua dok ingat POLIS sahaja boleh bawa senjata atas muka bumi nie tapi gua lupa tok wan gua yg ada senapang patah dok tembak tupai tu boleh juga bawa senapang untuk pertahankan diri dia bila ada orang ganggu keselamatan dia..tapi dengan SYARAT ADA LESEN laaa....

jadi sekarang gua cadangkan DSAI upah satu pasukan pengawal keselamatan lengkap dengan senjata spt senapang berkawal bersama rombongan beliau...naik 4x4 sambil pegang senapang dan iring BAS MERDEKA RAKYAT.. kita tengok puak2 samseng tu nak buat apa pulak.... ini gua ambik dari contoh BAS PM TURKI...[kedahlanie.info]

[SAKSIKAN] Video & Gambar Pencacai baling cat kearah bas jelajah Merdeka Rakyat di Melaka tersebar..!!





Jika dibaca apa yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam mengenai insiden Pengawal Peribadi DS Anwar Ibrahim mengeluarkan pistol semalam antaran petikannya adalah seperti berikut..

Pemimpin belia 4B Jasin yang diacukan pistol, berkata beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau provokasi.

“Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah.

"Namun, secara tiba-tiba pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk' (jika berani).

"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar," katanya ..


Tiada provokasi kepala bapak dia!!

Dalam video dibawah korang akan melihat sendiri apa yang dimaksudkan dengan tiada provokasi oleh pemimpin Belia 4B... err 4B ni bermaksud 4X Bodoh ke?..

Persoalannya disini ialah mengapa anggota Polis yang berpakaian preman yang berada ditempat kejadian tidak menahan pencacai UMNO yang melontarkan cat kearah bas Jelajah Merdeka Rakyat itu tetapi sangat pantas bertindak terhadap Pengawal Peribadi DS Anwar????????

VIDEO YANG TERSEBAR



masalah sekarang mamat baling cat tu POLIS tak tangkap pun tapi PENGAWAL PERIBADI DSAI boleh pulak dia kalut pie tahan kereta tu dan tangkapnya...

sedangkan mamat baling CAT tu melakukan balingan lebih daripada sekali mungkin kali pertama KITA tak tahu siapa tapi bagaimana balingan kedua dan ketiga... sudah laa tak payah jadi pencacai UMNO BN.. ini negara DEMOKRASI ada UNDANG-UNDANG.. buat kerja bagi betul siapa salah tangkap tak kira PENGAWAL ANWAR ka MAMAT BALING CAT tu kaa...

 itu yang RAKYAT NAK LIHAT SEKARANG...