Showing posts with label AmenoWorld. Show all posts
Showing posts with label AmenoWorld. Show all posts

Tuesday, January 8, 2013

Aduhai Fathul Bari Pakailah serban tebal mana pun, rakyat tahu Umno parti rasuah...!!

Bantuan dua buah bas pun masih gagal penuhkan kerusi di ceramah Fathul Bari

DIFAHAMKAN malam tadi, Umno Selangor telah menganjurkan satu majlis ceramah politik yang disampaikan oleh Fathul Bari Mat Jahya, yang mereka gelar sebagai Ulama Muda Umno.

Majlis ceramah politik tersebut turut dilengkapi dengan persembahan kumpulan Nasyid Rabbani untuk menarik penyertaan orang ramai.



Difahamkan, dua buah bas digunakan untuk membawa hadirin dari Pekan Sungai Buluh untuk memenuhkan majlis tersebut. Di bawah ini gambar bas yang dimaksudkan.


Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati meskipun dua buah bas yang memuatkan hampir seratus orang telah dibawa ke majlis ceramah tersebut, nampaknya kehadiran masih juga tidak memuaskan.

Masih banyak kerusi-kerusi kosong yang turut sama mendengar ceramah Fathul Bari.



Di bawah ini gambar dari sebelah kanan pentas ketika Fathul Bari sedang berucap.



Ceramah Umno di Selangor memang diketahui umum tidak mendapat sambutan berdasarkan jumlah kehadiran orang ramai dalam ceramah-ceramah mereka sebelum ini.

Mereka cuba pula membawa imej Islamik bagi menarik hadirin ke ceramah politik mereka lantaran itu this so called Ulama Muda Umno dan kumpulan Rabbani digunakan.

Namun, anda lihat sendiri, sambutan orang ramai masih juga tidak berubah. Ini tandanya rakyat Selangor tidak berminat untuk menghadiri ceramah Umno. Jadi rasanya tak perlulah Umno sibuk buat ceramah lagi, orang tak minat nak dengar.

ReJaM "Pakailah serban tebal mana pun, rakyat tahu Umno parti rasuah..."

Monday, January 7, 2013

Tarian Lucah di Majlis Polis Selangor sama Seperti K.POP Bertam Nite.. Jadi mana yang salah tu ambiklah tindakan...!!

Tarian lucah Wujud, Polis Selangor nafi terlibat.

Pengakuan di petik dari laman peribadi Tun Hisan. 

Rujuk bawah ;


Aku dah check facebook peribadi Tun Hisan memang tak jumpa langsung komen di atas. Agaknya dia set sebagai private kot. So orang2 yang tak friend dengan dia macam aku tak dapat akses. Apa pun info ini di petik dari rakan blogger. Rujuk sini.

Bagi aku kalau betul dah amek tindakan baguslah. Insiden neh sama seperti insiden kpop anjuran PKR bersama PAS dan DAP. PR taktahu menahu ada aktiviti tarian lucah dan sebagainya. Walaupun dah beritahu garis panduan tarian bagaimana yang patut dipersembahkan namun masih ada pihak yang langgar arahan.

Perkara yang sama boleh terpakai dalam situasi PDRM. Jika sedar bahawa itu satu kesalahan, bagus. Ini yang kita mahukan. Amek langkah2 yang sewajarnya. Hukum pihak yang terlibat dan dalam masa yang sama minta mereka ganti balik wang rakyat jika penari2 tersebut dibayar menggunakan wang pembayar cukai.



Apa pun kita ucapkan terima kasih atas respon yang cepat dari ketua polis selangor. Namun, acara di stadium merdeka pada 12/1 neh, jangan bantai rakyat oke. Hehe. Bai. 

Facebook Tun Hisan : https://www.facebook.com/tun.hisan?ref=ts&fref=ts

Thursday, December 20, 2012

Polis kah yang tikam petugas PR di Gombak?

Dorang cakap bekas polis. Aku tak pasti mana dorang dapat info tue tetapi kalau ko rujuk facebook dia, tak nampak macam dia tue bekas polis pun. Dia still menggunakan nama sebagai inspektor dan masih lagi mengakui kerja di bukit aman. 

Lihat facebook dia disini ;




Paling terbaru dia update ialah 10 december. Kalau ikut info yang tersebar ;
Nama dia Herry. duduk berhampiran dengan kawasan kejadian. baru berusia dalam 22-23 tahun. budak lagi. pernah kerja polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. abang dia pula org kuat kepada ketua pemuda UMNO gombak, megat zulkarnain omardin.
Sumber : sini.

Pemuda Gombak kata dia bekas polis. Sebab dah dibuang akibat salah laku dan rasuah. Betul ke? Tah aku tatau. Bukti tak disertakan pula. Pepandai la lue orang fikir sendiri. Tapi kalau dia dah dibuang maka apa rasionalnya dia masih lagi berlagak seperti seorang polis? Tidak kah itu merupakan satu kesalahan? 

Bab dia dibayar rm1,000 sebulan ke apa ke aku pun tak pasti. Menurut pemuda gombak dia dibayar rm1,000 untuk berbuat kekecohan. Bagi aku elok la kita sertakan bukti kalau sungguh dia dibayar rm1,000 untuk berbuat kekecohan. Cakap2 yang takde bukti itu bermaksudnya apa? Maksudnya cakap2 je la. So kalau dah cakap2 je payah la juga nak teruskan cakap2 seperti itu lagi.
Apa yang pasti ialah wajah dia memang seiras dengan yang individu yang dipercayai melakukan tikaman.  Lihat bawah neh ;





Agak lama juga la kes neh berlalu tetapi takde pula polis mendedahkan apa2 hasil siasatan melalui sidang media. Jika dia masih lagi seorang anggota polis, adakah pdrm melindungi dia? Jika dia ex polis adakah ada cubaan melindungi dia oleh ketua2 umno di kawasan situ? Dengar citer dia ada link kekeluargaan dengan seseorang yang bekerja dengan ketua umno gombak.


Jadi minta tolong polis proceed kes neh dengan segera. Jangan tambahkan persepsi negatif masyarakat ke atas pdrm. Mangsa tikaman tue sepatutnya diberikan pengadilan. Yang masuk tv ialah lelaki yang berdrama swasta bagai. Yang benar2 ditikam oleh pentaksub politik media buat bangang jek. Adil ka?

Ka nak suruh kami bertindak sendiri? Sudah la masyarakat yang siasat, masyarakat hebahkan bukti, takan lue nak suruh masyarakat hukum sendiri gak? Kalau ya cakap terus terang. Senang kami nak bertindak. Takde la banyak bunyi lagi.

kah kah kah

Tuesday, December 18, 2012

Menjawab Hujah Penceramah UMNO bantai KEDAH..!!

Pergi ceramah UMNO dapat gula-gula. [VIdeo Inside] 


Isu di Kedah.

PAS mengeluarkan larangan kepada mana2 premis perniagaan seperti kasino berlesen, mesin judi berlesen, kelab malam dan sebagainya JANGAN membenarkan umat islam masuk ke dalam premis tersebut. Jika itu berlaku pas akan mengenakan tindakan terhadap mereka. Karpal singh meroyan? Aku tak ingat. Sorry. Tetapi dap memang ada keluarkan statement balas.
Namun PAS selepas itu nyatakan ia terpakai untuk umat islam je. Larangan khusus untuk umat islam dan tidak terpakai ke atas mana2 umat bukan islam. Isu neh jadi kecoh sebab pemberitaan yang salah oleh sesetengah pihak yang mengatakan PAS KEDAH mengarahkan semua premis hiburan ditutup sebulan bagi menghormati bulan ramadhan.
Aku tak pasti kesalahan ini dipihak siapa tetapi keputusan terakhir yang di ambil adalah seperti di atas. Yang aku nyatakan tue. Dengan penambahan.. masa operasi bagi premis2 tersebut dikurangkan. Ini bagi menghormati kedatangan bulan ramadhan. Nak tutup benda yang umno bagi lesen? Kang dengan umno2 menyamar sebagai mca dan mic meroyan depan pejabat mb. Bukan boleh percaya pun mangkok2 ayun tersebut. Dorang kan suka belit dan tikam belakang.

Heh. So apa isunya lagi? Pakcik2.. lainkali kalau nak ikuti satu2 isu, sila ikuti sampai habis. Jangan sekerat2 je. Nanti jadi fitnah. Ko taknak cakap pasal nama konon sebab sesama bangsa tapi tak fikir plak ko fitnah umat islam yang lain. %^*^y$%&% !! Nasib baikla orang tua. BAPAK sapa la neh kan. Info neh aku dapat direct dari muslimah kedah. So takyah nak merepek tak tentu hala.
Lagi satu wahai pakcik, at least PAS Kedah ada usaha untuk kurangkan operasi kelab malam yang jelas merepek tempatnya. Berbanding umno yang tak buat apa2. Korang jangan layan bebelan pakcik neh sampai habis. Cukup perhatikan individu yang edarkan gula2 [kot la] kepada mereka2 yang hadir ke ceramah tersebut. Muka masing2 boring.
Jenis tak tumpu pada bebelan pakcik tersebut. So kalau ada gula untuk hilangkan rasa boring pun oke juga. Aku pun mengantok siot dengar ceramah di atas. Itu baru versi online. Belum depan2. Aku dah mula taip artikel sambil bantal kat sebelah dok lambai2.. meh la meh la.. kalau kat situ mao aku berdengkur sekali kot. kah kah kah BTW.. apa ending pakcik neh ek?
Korang faham tak? Aku tak dengar sampai habisla.
BOSAN. KAH KAH KAH
Read more: 
http://amenoworld.blogspot.com/2012/12/pergi-ceramah-umno-dapat-gula-gula.html#ixzz2FO0Kkqpc

Monday, December 10, 2012

Patut la kena doa KO UMNO.. kerja pemerintah dia asyik dok cakap 'BOHONG' memanjang..!!!

UMNO pembohong!

Ini yang gua marah neh. Cakap pasal peraturan cakap pasal AUKU cakap pasal undang2 cakap pasal mahasiswa patut tumpu kepada pelajaran tetapi lue buat boleh pula?

Puiiii


Korang tengok gambar bawah neh sat ;


Sumber gambar : sini


Tubuh kelab penyokong parti IPT?


Cuba lue orang baca statement khaled bengong kat atas neh. Sorry la khaled. Gua bengongkan lue pasal lue memang bengong. Lue sedar tak lue merepek apa hah?


Lue cakap ;


Yang ditegah ialah politik kepartian dalam IPT. Ini kerana universiti memerlukan persekitaran yang stabil blablablabal untuk proses pembelajaran balbalbalbala.. 


Baru2 ini UMNO melancarkan kelab penyokong bn [IPT] blablabla.. 


Seiringan dengan pindaan AUKU 2012 kerajaan mahu IPT kekal sebagai gelangang yang neutral daripada parti politik.. blblblablablablabla..


Mahasiswa yang tetap membawa politik kepartian masuk ke dalam kampus.. blablablablaba akan dikenakan tindakan tegas.. blalablabla..


Penubuhan kelab penyokong BN balbalbala.. mendedahkan dengan isu semasa balbalbala bergerak seiringan dengan institusi kepartian blablabla.. menjadi penghubung blablablabal dengan pemimpin umno dan bn.. 


Khaled, gua nak bagitau lue. Lue memang bengong dan bebal. 


Kenapa?


1. Tak boleh politik kepartian dalam kampus sebab kampus kena bebas = neutral dalam sebarang pengaruh politik.


2. Tapi lue punya visi = kelab penyokong BN tue apa maksudnya?


3. Kelab penyokong BN yang ditubuhkan di IPT2 tue bukan kah bermaksud dalam campus?


4. Adakah lue nak cakap ketika bebudak neh tubuhkan kelab penyokong BN dorang seme berada di luar IPT? Then dorang masuk IPT untuk belajar then keluar balik hai saya ahli kelab penyokong BN IPT yang register di luar IPT?


5. Gua tahu lidah lue sendiri pun tergeliat nak membelit tapi lue tak perlu berbuat demikian la bangang. Lue punya belitan tue tak guna pasal in the end lue tetap kena bangang juga. So buat apa lue membelit? Orang membelit sebab nak menipu. Lue membelit tapi tetap tak berjaya menipu. So takyah arh belit2 lagi. Direct je cakap ini malaysia bn yang punya kami nak tubuhkan kelab penyokong bn di setiap ipt dan pr boleh pergi mampos.


6. At least orang bangang kan lue sebab double standard je. Tapi ini tidak. Lue kena bangang di setiap penjuru. Bangang sebab double standard. Bangang sebab membelit. Bangang sebab menipu. Bangang sebab keluarkan statement bodoh. Macam2 bangang lue dapat khaled.


Tapi oleh kerana yang dapat bangang tue lue, bukan gua so gua takde nak heran apa. Gua cuma tolong titikkan je tang mana lue layak dapat bangang. Gua cuma tak puas ahti sebab adam adli dan lain2 yang sokong pr tak boleh bebas menyatakan sokongan kepada pr tetapi mahasiswa yang 100% dipaksa sokong bn bebas menyatakan sokongan.


100% = dipaksa sokong bn.


Gua berani cakap 100% beb. Pasal apa? Memang takde pun 1 mahasiswa yang ikhlas sokong bn. Gua tak cakap benda tipu. Dorang sokong bn mesti bersebab. Tak pernah nya dorang sokong bn sebab bn itu sendiri sebaliknya mesti ada sebab. 


Tak caya? Kalau lue mahasiswa yang sokong bn dan lue baru baca posting neh lue tanya la diri lue sendiri. Pernah kah lue sokong bn kerana bn or kerana sebab2 tertentu? Jangan tipu2 oke. Allah swt dengar tue.

Wednesday, December 5, 2012

Pembohongan UMNO BN Gombak dalam isu 'samseng' di bongkar...!!!

Video dan gambar penyokong BN kena serang pula tersebar.

Wow.

Lelaki ini ialah penyokong bn. Lelaki ini mendakwa penyokong pr baling batu kat dia. Jap. Korang tengok gambar dia sat.



Lelaki ini mendakwa tetiba2 je ada orang baling batu kat dia. Kalau korang baca di wall penyokong bn dorang cakap provokasi dicetuskan oleh orang pr. Tetapi jangan nak temberang la. Lelaki di atas dah menafikan kata2 pembohongan korang. Padan muka beb.

Konon nak menipu. Last2 member sendiri kantoikan.

kah kah kah

Lihat video kat bawah neh sat ;



Apa yang penyokong umno di atas nyatakan ;

1. Mereka berkumpul di kawasan ceramah PR.. untuk melihat apa yang berlaku. <== perbuatan yang menimbulkan provokasi awal sehingga meleret kepada pertelingkahan di akui sendiri oleh penyokong umno.


2. Mereka kata mereka ada buat program juga. Tapi bila dsai datang, dorang berkumpul untuk melihat suasana..

3. Lepas tue dalam suasana kelam kabut.. tetiba ada batu..

4. Saya dengar ada 2,3 orang yang kena... tapi tak seriyus la.. memang ramai yang kena batu..

Jap.

Lue ada program. Tapi lue tak proceed program lue. Lue tetiba pergi menyemak program orang lain. Maknanya program lue tak penting la kan? Kalau penting apasal lue tinggalkan program lue dan lue pergi menyemak kat program orang lain? Hehe.

Lepas tue dalam keadaan yang kelam kabut.. ada batu terkena kat kepala lue. Keadaan kelam kabut? Worr.. lue kata nak lue p tengok suasana je. So sepatutnya keadaan tue aman damai. 

Tapi kenapa pula kelam kabut der? Aku turun banyak dah program2 ceramah pr. Memang kalau setakat orang bn nak mai dengar ceramah, dorang memang alu2kan la. Pintu terbuka orang kata. Kalau mai provoke dorang akan buat benteng.

Dan biasa bila buat benteng tue la orang2 umno suka jadi panas. Alasan buat benteng tue sebab nak melindungi keselamatan orang2 pr dan bn juga. Jadi ini membuktikan bahawa suasana memang aman sehingga la lue orang sendiri yang kelam kabutkan keadaan ceramah di gombak malam tadi.

Saya dengar ada 2,3 orang kena batu tapi tak berapa seriyus arh.... lepas tue ramai plak yang kena batu. Der. Ramai ke atau 2,3 orang? Cuba la bagi komen tanpa melakukan pembohongan. Boleh tak?

Apa pun jika seriyus yang baling batu tue dari puak pr aku nasihatkan jangan buat benda bodoh. Biar je penyokong2 bn nak buat keganasan. Dorang akan rugi akhirnya. Dan kepada penyokong bn yang cedera, lue cedera itu satu hal.

Tapi lue jangan nak reka citer plak. Gua faham lue sakit tapi jangan gunakan alasan tue untuk melakukan penipuan depan tv3 malam tadi. Gua percaya lue mesti masuk tv punyalah malam kang. Citer yang benar sudah. Kalau lue berani le.

Lagi satu video dari side bn mengenai insiden malam tadi ;

 


Apa yang Datuk Megat Zulkarnain sebutkan di atas ;

1. UMNO ada program sendiri.. program taklimat pilihanraya.. kita buat di cawangan dan dalam masa yang sama bertentangan dengan program pr. Tak alu2kan dsai datang ke situ. Dan ceramah tersebut takde permit polis.

2. Datuk megat cakap dsai takde sokongan. Berceramah tempat kecik. Rakyat dah mula menyampah dan bosan dengan pr. Rakyat nak dengar apa yang boleh dibuat kepada rakyat. Bukan janji palsu. Bukan dogengan.

3. Provokasi awal dan serangan dicetuskan oleh penyokong pr.

4. Ucapan dsai berkisar pasal fitnah. Mengadu domba pemikiran rakyat di kampung tradisi. 

Jawapan.

Ko ada program sendiri ek? Oke. Orang yang ada program sendiri agak2nya dan tak nak buat banner kat bawah neh?



Faham tak?  Takpe. Meh aku ulang balik soalan aku. 

Ko ada program ko sendiri kan? Oke. Bagusla. PR mulakan provokasi kan? Oke. Aku anggap je la ko bercakap benar [pfftt]. Jadi banner di atas yang menulis kami warga kampung tradisi gombak balbalbala... menolak anwar ibrahim..blablabla.. tue buatnya bila datuk?

5 minit selepas penyokong2 pr cetuskan provokasi ek?

Ataupun 5 minit selepas program taklimat datuk tamat?

Ataupun 5 minit selepas penyokong bn berdarah dibaling batu?

Heh.

Ada program sendiri. Hadir disitu sebab ada program sendiri. Tapi sempat buat banner untuk kutuk program orang lain? Kelakar bhai, penafian lue. Nasib baik gua jenis teliti hujah lue. Buatnya gua terima bulat2 jadi la gua penyokong umno yang bebal.

Provokasi awalnya datang dari pr? Aik. Lue yang berkumpul depan tapak ceramah orang. Dan itupun orang lue sendiri mengaku. Lue yang menjerit2 macam hapa. Siap ada wanita dok menjerit2 di awal video di atas.. lue kata pr plak yang cetuskan provokasi? Kelakar la you all neh. Buat i tergelak je tau.

kah kah kah 

Jika dsai takde sokongan, takde kepercayaan orang ramai, lue akan serang dia kah? Contoh mudah. Lue buat ceramah. Tapi ceramah lue 2,3 kerat je yang hadir. Agak2 lue, lue akan serang tak ceramah orang yang takde orang nak dengar ceramah nya?

Gua ingat lue sendiri pun akan fikir sejuta kali. Buang masa je kot serang ceramah tak laku. Bukan kontroversi pun. Dapat penat dengan kutuk je. Setakat 3 orang dan kerusi je yang ada, apa bestnya serang ceramah seperti ini?

So lue faham kan gua nak sampaikan apa neh?

Tempat kecik ka tempat besar ka tempat sedang ka tempat begitu ka begini ka asalkan ia tempat asalkan ia boleh berceramah takde hal kat mana2 pun dsai nak masuk berceramah. Yang penting bukan jumlah / kuantiti / bilangan penduduk yang wujud disitu. 

Tetapi sejauh mana kempen kita boleh sampai kepada rakyat. Jika perlu masuk lubuk, masuk. Walaupun mungkin tak sampai seratus orang tinggal kat situ sekalipun asalkan kempen kita sampai kepada sasaran, kita kena pergi. Satu undi membawa perubahan besar. Apatah lagi seratus undi.

Jika bn rasa alamak aiiii tempat kecik pun dsai sibuk nak masuk. Confirm takde sokongan. Takpela. Lue bebas persendakan dan perkecikkan kemampuan pr. Gua takde hal. Orang2 pr pun takde hal. Sebab kita orang nya pegangan berbeza. Kita orang kalau boleh sampai ke dalam rumah orang nak masuk berkempen dan terangkan secara terperinci kenapa kena tolak bn. Tapi masa takde, kos lagi, kemampuan terhad tue pasal tak buat.

Jadi bn boleh teruskan strategi dorang menyerang ceramah orang, jika korang rasa itu boleh membawa undi masuk untuk korang silakanlah, kita orang akan teruskan dengan strategi kita orang berceramah kat mana2 tak kira tempat dan takde double standard sebab kerajaan yang adil itu memang dambaan seme orang tak kira la ko datang dari tempat kecik or besar, dari bandar or kampung. Bila sebut pasal adil seme orang mesti suka. Oke? Bai. 

Monday, November 12, 2012

Sanggup jadi pelakon hina DSAI GAY semata nak cari rezeki bela nak bini..!!!

Hadoiiii

Kesian plak aku baca komen terakhir si Nazs Sirap Limau. Sapa Nazs Sirap Limau neh? Owh individu yang cakap dsai gay tue. Kemain kaw. Beria2 kutuk dsai gay. Tak boleh blah betul. Video tue kat bawah neh hah


Korang dengar kan? Jelas kan? 

Dia cakap Anwar gay kan? Oke. Korang baca dan dengar alasan dia kat bawah neh pula ;



Komen terakhir dia sebelum dia hilang disebabkan kena serang bertubi2 di media sosial. Dia dah tak larat nak jawab apabila kena terjah tak henti2. Itupun sendiri cari sebab berani fitnah orang. 

Dia bagi alasan dia kerja. Bukan politik. Aku nak cakap sikit kat ko nazs. In case ko or sedara mara ko baca neh la kan. Ko cakap ko kerja kan? Oke, aku pun faham ko kerja. Ko perlukan duit untuk hidup. Aku faham. Tapi tak semestinya ko kena setuju utk berlakon iklan di atas. Terang2 iklan bermotifkan politik lepas tue ko sembang cakap ko bukan politik mana pun?


Mana orang peduli seme tue. Bila ko berlakon mana2 iklan politik automatik orang assume ko sokong parti tersebut. Bukan atas alasan kerja lagi dah. Contoh kalau ko tak sokong umno apa kejadahnya ko nak kempen suruh orang undi umno dan benci pr? So sama la seperti apa yang ko buat dalam video tue.

Memang ko sendiri sokong umno. Sebenarnya tak kisah la ko nak sokong umno or berlakon dalam video propaganda apa sekalipun. Hak masing2 oke. Tapi ko berani fitnah kan? So berani la jawab kalau kena serang. Apa nak lari2.

Boleh je buat video propaganda. Tak payah selit unsur2 fitnah la. Just tonjolkan apa yang bn boleh buat or bakal buat. Tak payah nak heret isu tuan guru sokong gay la dsai gay la apa la. Benda tue bukan boleh selesaikan masalah rakyat pun. Ko cakap dsai gay itu neh lepas tue harga barang turun ka? Harga kereta murah ka?

Apa pun takde. Serang tak fikir. Main sembur jek. Buat video kos mahal2 tapi isi takde. Hujah takde. Haprak dan sampah jek. Kalau aku diberikan bajet aku boleh buat video propaganda yang mendorong penyokong sesama sendiri berhujah cara baik. 

Bukan macam korang. Bazirkan duit pembayar cukai jek. Takyah cakap korang buat guna dana parti sendiri la. Memang sah2 korang seme dibayar guna wang kerajaan. Wang kami seme. Sebab tue kami seme ada hak nak rasa marah oke.

Itulah, lainkali berhati2lah nak berlakon pun. Kalau boleh tutup muka. Kalau benda tue bukan fitnah takde hal sangat. Orang pun tak marah apa. Rekod, seme pelakon2 sembang rakyat mana ada fb. Masing2 takut kena serang. 

So jikalau ada di antara korang berniat nak berlakon sembang rakyat pastikan takde media sosial, kalau ada sekalipun set privacy sebaik mungkin, pastikan seme kekawan umno jek so takde la kena serang.. nak buat macam mana.. masyarakat internet celik maklumat bukan macam orang yang takde internet. Buta2 kena tipu jek..

Monday, October 29, 2012

Imam Muda sahut cabaran Soi Lek untuk debat..!!!

Imam muda sahut debat hudud dengan Chua Soi Lek !

 
Jangan debat pasal hudud dengan CSL. Dia bukan faham islam pun. Dia nak menghina jek. Buang masa je la layan dia tue.

Setuju sangat. CSL tue dikira menghina islam. Dia bukan muslim buat apa la debat dengan dia? Tak payah la nak layan.

Tak penting pun debat hudud dengan CSL. Takde faedah. Bukan boleh tukar pemikiran dia. Lepas debat dia still hina hudud juga. Dah tak payah la layan la. Bagi free publisiti jek kat dia tue.

Debat yang tiada hujung pangkal dan buang masa. Merosakkan nama baik islam je la. 

Ramai tau orang komen2 begini. Aku pun pelik bin ajaib. Kenapa pula tak boleh debat dengan CSL? Bukan kah tujuan debat itu kita boleh anggap sebagai penjelasan dan penerangan kepada non muslim apa itu hukum hudud?

CSL itu kita kena baca sebagai icon non muslim. Bukan icon mca. Jauh sekali icon bn. Baca ia sebagai icon non muslim. Suara2 CSL tue pun sebenarnya suara2 ahti non muslim di malaysia juga. Mungkin bukan semua. Tetapi still boleh consider as suara non muslim malaysia.
Jadi suara2 seperti ini harus kita fahami. Bagaimana nak faham? Kena dengar la luahan mereka. Bagaimana nak dengar? Kena la buat forum dan perdebatan terbuka. Biarlah kita dengar suara ikhlas mereka mengenai hudud. Apa yang mereka faham. Sejauh mana mereka menilai hudud. Sebesar mana penolakkan mereka terhadap hudud. Ini perlu difahamkan in order kita umat islam boleh merangka strategi terbaik untuk memahamkan mereka.

Siasat masalah sebenar.

Satu2 masalah tidak boleh diselesaikan dengan tepat kalau kita gagal memahami permasalahan tersebut. Nak menyelesaikan masalah dengan cekap ialah kita kena faham masalah itu terlebih dahulu. 

Sama juga kes nya dengan hudud. Untuk faham kenapa CSL menentang, untuk memahami kenapa ada non muslim menentang, untuk memahami kenapa ada muslim menentang, untuk memahami kenapa karpal dan dap menentang, kita kena face it la masalah tue terlebih dahulu.

Bagaimana nak face it? Melalui akhbar? Melalui tv? Melalui forum2 politik mca? Sudah semestinya tidak. Kena bersemuka dan biarkan non muslim berbicara apa sebab mereka tolak hudud. Berikan mereka ruang, peluang dan pentas untuk cakap apa benda yang mereka anti dan jaki sangat bab hudud neh.

Lepas kita dah faham owhh begini rupanya penerimaan mereka terhadap hudud. Owhh begini rupanya mereka anti hudud.. so boleh la kita bagi jawapan kepada salah faham mereka. Memang tak mungkin nak ubah persepsi CSL selepas satu dua forum. Bahkan ia mungkin tidak boleh dilakukan sebab tujuan MCA ialah nak meraih sokongan politik jek.

Tetapi apa yang kita boleh buat ialah kita amek keuntungan daripada penentangan CSL terhadap hudud. Caranya kita biarkan sahaja CSL meluahkan apa benda yang dia tak puas ahti kat hudud ini kerana pemikiran dia tue pemikiran sebahagian non muslim juga.  Dari situ kita kaji patern dan kita jawab persoalan mereka.

Ubah persepsi.

Perdebatan ini akan mendapat liputan dan orang akan alert. Jadi acara tahunan pun oke sehingga seme orang faham hudud. 

Owhhh rupanya kita tak boleh suka2 potong tangan orang. 

Owhh rupanya i kerja di kasino satusen pun tak effect itu hudud. 

Cisss.. i non muslim minum arak itu hudud law takde kaitan dengan i punya. 

Aiyaa baru i tahu kalau u tak boleh bagi saksi takpe punya. U ada bukti sainstifik sokong u punya kes pun boleh. Itu hudud bukan pasal saksi sahaja maa.

Rupanya hudud bukan mengenai rejam, potong tangan jauh sekali bunuh orang. Baru aku nampak faedah dan kebesaran hudud. 

Penerangan2 mengenai hudud jika dilakukan secara berkala dan tidak menekankan aspek hukuman semata2 lama kelamaan pasti boleh mengubah persepsi orang khususnya non muslim. Ko tak hadap buat penerangan satu dua kali lepas tue terus non muslim owhh oke i mesti terima itu hudud. 

Ia perlukan masa. So tak salah pun debat hudud antara CSL dan jamil khir. Ia bukan bertujuan nak ubah persepsi CSL sebaliknya ia bertujuan menyebarkan benih2 penerangan hudud kesan daripada perdebatan tersebut. Oleh itu jika jamil khir tidak mahu maka berikan sahaja tempat itu kepada imam muda kerana mereka telah menyahuti cabaran itu. Rujuk bawah.


Amacam? 

Umat islam ada berani ka selangkah ke hadapan untuk berunding dan berbincang tentang hudud secara terbuka dengan non muslim pula? 

Thursday, October 18, 2012

Laporan Audit Isu Claim - Adakah itu bukti kelemahan pentadbiran PAS di Kedah..?

 MB Kedah ko mai sini kejap. 


Yup.

Gambar blur. Aku pun tatau macam mana nak cam dia neh. Kalau gambar macam neh ko bagi kat aku silap2 seme orang bermisai aku suspect sebagai dia.

kah kah kah

Aku tertarik dengan penerangan yang diletakkan oleh blogger kedahlanie.

3) Dia adalah KCS yang memegang jawatan penting di bahagian Perumahan Pejabat SUK dan pembuat keputusan dalam banyak perkara penting di bahagian tersebut.

4) Dia adalah orang kanan, rakan rapat dan kroni kepada Dato' Rasli Basir SUK Kedah yang didesak meletakkan jawatan.

Aku ada kedai.


Aku ada pekerja. Pekerja aku buat salah. Engkar. Takmo dengar cakap. Melawan. Mencurik. Biadap. Songlap. Apa yang aku boleh buat untuk menyelamatkan kedai aku daripada hancur?

Pecat la dia.

Berambos ko dari kedai aku oii mangkok ayun.

Ko takan desak pekerja ko letak jawatan. Tapi ko akan nyahkan dia by any means. Ini kedai aku bukan kedai dia. Kuasa atas aku bukan atas dia. Pasai apa aku kena desak dia lepaskan jawatan plak?

Aku heran. Jika dia dipecat dari awal akan berlaku kah penyelewengan2 tersebut? Yang terlibat bukan makan 1 atau 2 ringgit. Tapi makan juta beb.

Bila kita gagal pecat orang jangan kita salahkan orang kerana kita gagal pecat dia. Tapi salahkan diri kita sebab kita tak pecat dia. Dia bersalah sebab songlap tetapi yang tak pecat dia lebih bersalah lagi sebab membiarkan si pengyonglap wujud di jabatan tersebut.

Membiarkan si penyonglap duduk kat situ bererti kita sokong segala aktiviti2 penyonglapan tersebut. Kita pihak yang ada kuasa untuk memecat sebab kita yang bayar gaji guna wang pembayar cukai. Takan perkara sekecik2 neh pun tak boleh fikir?

Yang aku heran tue..benda tue seme berkaitan rapat dengan kelulusan pembayaran yang direct kena apply dari jabatan lain. Contohnya bahagian perumahan dah dispot ada penyonglap. So pas kedah boleh berkerjasama dengan pihak yang uruskan baucar pembayaran. Maksudnya kat sini pantau / spy aktiviti dia.. spy tatakerja dia. Faham tak?

Dorang boleh hold payment. RM2.55juta bukan payment kecik. Dorang boleh masuk campur dalam pentadbiran atas nama siasatan. Nampak tak betapa lemah, lembik dan teruknya hujah mereka mempertahankan pas kedah?

Sorry la der. Sorry. Akal aku tak boleh terima alasan neh. Konar tang mana sekalipun jelas terbukti terang lagi confirm ini kelemahan pentadbiran pas di kedah.   

Wednesday, October 17, 2012

Dalam Laporan Audit 2011 kali nie ada Isu yang perlu Kjaan Negeri Kedah jelaskan kenapa ada "kebocoran"

Lagi butiran terperinci kegagalan pentadbiran negeri kedah - Laporan Audit.

Ada yang minta bukti. So kat bawah neh adalah serba sedikit laporan yang berkaitan. Ini bukan tuduhan dan rekaan dari barisan nasional la. Ini laporan yang terdapat dalam laporan audit bagi negeri kedah untuk tahun 2011. 

Ada pula yang tuduh2 cakap benda neh adalah fitnah dan propaganda. Hak eney. Benda dah tertulis dan direkodkan. Time mendedahkan kepincangan diri sendiri mula la meraban cakap orang fitnah. Time audit dedahkan kepincangan bn laju je p sebar satu fb. 

Yang neh nak sebarkan ke tak? Harakah yang islamik + adil + telus + tak selindung2 maklumat, tak masukkan perkara neh dalam news. Sama cam isu dap kedah balon pas kedah atas isu iklan sopan. Takdak dalam harakah. Yang pongpang2 pasal gerakan aje. Siap report polis wa cakap lue. 

Korang la p sebarkan. Bleh










Negeri paling tak islamik iaitu dap penang paling terbaik. Negeri yang anjurkan ceramah agama tak henti2 tapi tak nampak cam islamik pun iaitu selangor kedua terbaik. Negeri yang paling islamik di bawah era pentadbiran pakatan rakyat 2008 [kecuali kelantan] mencatatkan prestasi terburuk.

Apa yang silap disini? Nak salahkan kakitangan awam? Selangor dan penang takde kakitangan awam pro bn? Ia bukan masalah kakitangan awam kalau kita sendiri tak sediakan tata cara kerja yang betul.

Jika selangor dan penang boleh mengawal, boleh memastikan, boleh mencari dan boleh memantau bagaimana kakitangan awam di bawah pentadbiran mereka buat kerja, mengapa pula kedah tak boleh?

Kalau ini ko boleh nak konar sana sini salahkan kakitangan awam, tak heran juga bn boleh bagi alasan yang sama. Dan bila bn bagi alasan yang sama ko kena terima la.

Jangan salahkan persepsi umum terhadap pas. Bagi mereka pas tue pandai dalam bab2 agama jek. Selain dari bab agama, bab pentadbiran mereka memang hancur. Sebenarnya ada banyak mereka2 yang berkelayakkan dan boleh buat kerja. Tapi mereka2 tue dipinggirkan.

Kita kena faham. Arif bab agama bab hukum belum tentu meletakkan diri kita arif bab pentadbiran juga. Setiap dari kita memiliki kepakaran, bakat, pengalaman dan ilmu yang berbeza2. Kalau kita sedar yang neh, kita akan tahu kat mana sepatutnya posisi sebenar kita.

Apa yang berlaku di kedah ialah mereka tak faham posisi sebenar mereka sebab mereka degil nak kan posisi yang mereka tahu mereka tak layak pegang disebabkan kekurangan ilmu dan bakat. Ketua yang baik kena pandai pilih orang kanan yang baik. Tak guna juga ketua baik orang kanan tak baik. Sebab resultnya tetap tak baik. Last2 yang rugi rakyat kedah juga.

Rujuk gambar. Terdapat beberapa kepincangan. Sebenarnya ada banyak. Kita review beberapa kes secara kasar dulu.

1. Isu projek di PNG tue. Rupanya KCB tak ikut tatakerja yang betul. Kat situ dah rugi berjuta2 satu hal. Lepas tue bayaran demi bayaran yang dibuat tidak mempunyai statement ataupun pernyataan yang jelas. Senang cakap bukti sokongan takde yang menyokong kepada pembayaran tersebut le.

2. Ada orang cakap ala riban2 jek bhai. Kalau bn mao juta2. Aku gelak je. Benda neh kalau bn yang buat mao satu malaysia dia marathon untuk kecohkan. Tapi sebab kena kat muka dia sendiri, dia bagi la alasan dayus. Tue paling cerdik dia boleh buat sebab takley nak selamatkan kegagalan kerajaan kedah dalam pelaburan di PNG.

3. Isu rumah halimunan. 5 syarikat dilantik secara rundingan terus tidak memenuhi protokol yang ditetapkan. BN suka amalkan rundingan terus. Dan setiap kali bn berbuat demikian memang kena kutuk kaw2 sebab kroni. Bila dah PR kutuk bn kaw2 kita fikir pr takan tiru perkara tersebut.. paling kita tak sangka akan buat ialah PAS. Tapi dalam audit 2011, PAS kedah buat apa yang dap penang dan pkr selangor tak buat. Rekod, PAS parti paling islamik dalam PR oke. Paling islamik.

4.5 syarikat tue pula paling tak boleh blah ada kaitan antara satu sama lain. Senang cakap ada hubungan kekeluargaan.

5. Tuntutan bertindih atas kerja yang sama. Double and triple bayaran dilakukan ke atas kerja yang sama. Hah. Ini bukan satu dua orang punya kerja. Ini dah jadi macam satu kumpulan. Daripada buka tender kepada buka baucar bayaran seme neh berkaitan rapat. Sebab tue penting untuk kita letakkan orang2 yang amanah dan jujur dalam pentadbiran. 

PAS kedah tak pernah terfikir ka bahawa mereka kena lantik mereka2 yang berwibawa untuk laksanakan visi dan misi mereka? Dah 4 tahun. Dalam masa 4 tahun paling koman orang2 yang jaga kewangan mesti lah ko dah bersihkan dan letak muka2 yang amanah dan berintergriti kan? Ka ko letak kroni?

6. Lepas tue pula rumah yang didakwa telah dibaiki tidak pula dibaiki. Kesian rakyat yang ditipu hidup2. Susah sangat ke nak pasang spy or lantik satu badan khas untuk review dan siasat seme kerja2 yang dilakukan oleh kakitangan awam dan laporkan terus segala penyelewengan kepada MB supaya mereka2 yang menyeleweng boleh dipecat sebab tak amanah? Kalau ini mereka buat, berpeluang ka audit nak letak laporan2 seperti neh di dalam laporan mereka?

7. Pegawai kerajaan yang ada rumah pun sibuk duduk rumah kerajaan. Rakyat masih takde rumah. Ramai. Dah la tak bayar sewa, duduk free padahal kalau ada rumah kena bayar sewa.. 

Dalam isu neh nak salahkan menyalahkan memang senang. Tapi sejauh mana pas kedah bertindak membaiki apa yang telah rosak itu yang paling penting. Kita nak tengok sejauh mana kerajaan negeri kedah akan buang/pecat/hukum mereka2 yang terlibat dalam salahlaku dan penyelewengan tersebut.

Kita juga berharap pegawai2 tertinggi KCB bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerugian pelaburan di PNG.  Bertanggungjawabla. Kalau ko ada perasan malu + fikir betapa duit2 tersebut boleh bantu berapa ramai rakyat yang memerlukan mesti ko dah lama berambos. Jangan sesekali bandingkan diri ko dengan setan sebab ko akan sentiasa merasakan diri ko lebih baik. Bandingkan diri ko dengan malaikat supaya ko rasa malu apabila melakukan kesalahan. Bai

Rujukan ;

http://www.audit.gov.my/images/stories/LKAN2011/NEGERI/AKTIVITI/AKTIVITI%20KEDAH_05.11.12.pdf