Sunday, July 15, 2012

Azizan - Idea dan corak pemerintahan beliau seringkali bercanggah dengan dasar PR..

FGV: Patutnya orang PAS Kedah demonstrasi depan pejabat MB depa

Tentu ramai ahli PAS Kedah yang turut memeriahkan Perhimpunan Oren Selamatkan Felda semalam. Tahniah dan mudah-mudahan amalan yang baik mendapat pahala dari Allah s.w.t.

Dan, tentu ramai juga dari mereka yang tak terjumpa berita bertajuk "PKNK sahkan miliki 500,000 saham Felda Global". Kalau tidak, mungkin ada dari mereka yang berhimpun beramai-ramai dalam demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah.

Mengapa saya kata demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah? Laa, Menteri Besar Kedah juga adalah Pengerusi PKNK (lihat sini).

Saya difahamkan kerajaan Kelantan membuat keputusan supaya negeri itu dan agensi-agensi di bawah negeri itu tidak membeli saham FGV. Dan, kita juga tidak menerima khabar bahawa Selangor dan Pulau Pinang atau agensi-agensi kedua-kedua kerajaan negeri tersebut melakukan apa yang dilakukan oleh PKNK.

Apa-apa pun, jangan risau, sama seperti ketika Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengaku menggunakan undang-undang taghut Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dulu - malah dengan berlagaknya mengaku dia anak AUKU - Presiden PAS dijangka akan mengeluarkan kenyataan seperti kenyataan pro AUKU beliau dahulu.

Sama seperti kenyataan pro undang-undang taghut hari tu, mungkin Presiden PAS akan kata:
"Namun Ustaz Azizan tentunya lebih tahu dengan apa yang berlaku, sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Besar Kedah.

"Jadi tindakan Ustaz Azizan mengenainya tentu lebih tepat dan wajar dijadikan rujukan oleh pihak-pihak lain termasuk kepimpinan PAS Pusat sendiri".
Berita berkaitan:
PKNK sahkan miliki 500,000 saham Felda Global

No comments:

Post a Comment