Kami mampu perintah Pusat, PR jawab KJ
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mengakui perbezaan pendapat memang berlaku dalam perikatan empat tahun itu, seperti didakwa pemimpin Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin, namun itu bukan halangan bagi mereka menerajui Kerajaan Pusat dengan baik jika menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pemimpin-pemimpin PR yang dihubungi menegaskan, pihaknya sudah berada di peringkat untuk memerintah Kerajaan Pusat, bukan lagi hanya menjadi pembangkang - peranan yang dimainkan sejak lima dekad lalu.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, perbezaan pendapat memang sering berlaku antara parti pembangkang, namun PR telah berjaya membuktikan pentadbiran negeri yang menjadi milik pakatan berjaya dilaksanakan dengan sempurna.
Menurutnya, empat negeri PR termasuk Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan berjaya ditadbir bersama oleh parti pembangkang walaupun ideologi yang diperjuangkan berbeza.
"Tengok empat negeri PR, itu sudah cukup membuktikan kami mampu mentadbir dengan baik.
"Memang dalam semua parti ada perbezaan pendapat, tapi kami tetap bersama," kata beliau kepada Sinar Harian Online.Pemimpin-pemimpin PR yang dihubungi menegaskan, pihaknya sudah berada di peringkat untuk memerintah Kerajaan Pusat, bukan lagi hanya menjadi pembangkang - peranan yang dimainkan sejak lima dekad lalu.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, perbezaan pendapat memang sering berlaku antara parti pembangkang, namun PR telah berjaya membuktikan pentadbiran negeri yang menjadi milik pakatan berjaya dilaksanakan dengan sempurna.
Menurutnya, empat negeri PR termasuk Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan berjaya ditadbir bersama oleh parti pembangkang walaupun ideologi yang diperjuangkan berbeza.
"Tengok empat negeri PR, itu sudah cukup membuktikan kami mampu mentadbir dengan baik.
Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, perbezaan pendapat dalam parti sering diatasi dengan menggunakan jalan penyelesaian secara aman dan saksama.
"Kita tak pernah berbalah, kita selesaikan secara aman dan saksama.
"Tak ada penipuan digunakan, kita tak nak terjadi seperti di negara-negara Arab," katanya.
Beliau menegaskan, walaupun berlaku perbezaan pendapat dalam pakatan berusia empat tahun itu, namun parti-parti pembangkang sentiasa bersatu dan mencari jalan penyelesaiannya secara aman dalam proses menjadi pemerintah kelak.
Kelmarin, Khairy menyifatkan perbezaan pendirian antara PAS dan DAP dalam pakatan pembangkang memberi mesej ketidakmampuan mereka mentadbir negara sekiranya mendapat peluang itu ekoran isu perlembagaan sering dipertikaikan.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, N. Surendran mengakui perkara yang sama.
Namun PR, menurut beliau, menggunakan platform bersama dalam menyelesaikan perbezaan pendapat.
Katanya, perbezaan pendapat yang berlaku bukan menjadi halangan kepada PR untuk mengemudi negara.
"Pendapat yang berbeza kami hormati, tapi manifesto yang dipersetujui telah menjadi platform," katanya lagi.
Surendran berkata, segala isu yang timbul dalam parti dibincangkan secara terbuka supaya rakyat boleh menilai dan menjadi hakimnya.
"Kita tak akan sembunyi isu-isu yang timbul, kita bincang secara tebuka kepada rakyat," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu turut mengakui perbezaan pendapat berlaku, tetapi beliau yakin PR mampu memerintah sekiranya PR bukan lagi pembangkang.
Menurutnya, isu tersebut bukan memberi masalah kepada pembangkang untuk tadbir negara dan telah terbukti PR mampu tadbir empat negeri di bawah jajahan mereka.
"Memang pembangkang tak boleh memerintah, tapi pemerintah boleh memerintah.
"Kami yakin akan jadi pemerintah yang boleh memerintah, bukannya pembangkang," katanya.
No comments:
Post a Comment