Monday, July 30, 2012

Azizan umum bonos raya untuk kakitangan Kjaan Negeri Kedah

Kakitangan Kerajaan Negeri Kedah dapat bonus Aidilfitri
30 Julai 2012 

ALOR SETAR - Lebih 6,000 warga kerja kerajaan negeri Kedah akan turut menikmati bayaran bonus setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM500 sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
 
Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri akan mengikut langkah yang diambil kerajaan pusat dalam pemberian bonus berkenaan.
 
"Kita dah setuju nak bagi (bonus) dan serah kepada Pegawai Kewangan negeri untuk urus," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan duit raya RM100 kepada pelajar Sekolah Agama Rakyat, di sini hari ini.
 
Beliau bagaimanapun tidak memaklumkan tarikh bayaran bonus berkenaan. - Bernama

No comments:

Post a Comment