Saturday, July 28, 2012

Ada ka patut depa dok sembang kata ada ADUN pun turut beli Ijazah Palsu nie..!!!

oleh depakata

Depa dok kata takan kalut dengan penjawat awam saja kot.. nuuu Adun yang juga beli Ijazah palsu nie tak mau ambik tindakan kaa...he he he

Bukan apa ada dok dengaq kata Adun di sebuah negeri tu depa pon terlibat sama dengan dok beli benda macam nie... negeri mana tu tak payah dok habaq laaa sebab takut benda tak betoi satgie depa kata fitnah pula....

Tapi kami harapkan tak ada laa kot benda2 macam nie nooo....hat mana dok ada tu semua original punya....
28 Julai 2012
KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan dikenakan terhadap  penjawat awam yang didapati membeli ijazah palsu, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata polis masih menyiasat perkara itu dan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang memilih jalan mudah tanpa perlu menghadiri kuliah, mengambil ujian dan menghantar kertas kerja untuk memperolehi ijazah.


"Setakat ini tiada kes melibatkan penjawat awam yang terlibat di dalam pembelian ijazah palsu. Jika hasil siasatan mendapati ada di antara penjawat awam yang terlibat, tindakan tegas akan diambil serta merta," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Program Transformasi Pegawai ke Luar Negara di sini, hari ini.

No comments:

Post a Comment