Saturday, July 28, 2012

PAS dan Pakatan Rakyat patut memperjuangkan agar umur bersara kakitangan kerajaan 55 tahun sahaja.

Ramai sokong umur persaraan 55 sahaja

KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat patut memperjuangkan agar umur bersara kakitangan kerajaan 55 tahun sahaja.

Ini kerana, banyak manafaat yang boleh diperolehi dengan umur persaraan ini berbandingnya masalah yang ditimbulkan darinya.

Lagipun, penetapan umur persaraan ini sangat sesuai dengan sambutan 55 tahun kemerdekaan negara.

"Apabila pegawai kanan bersara, ramailah pegawai bawahan boleh naik pangkat.

"Ia juga akan membolehkan banyak jawatan akan kosong dan memberikan peluang kepada graduan yang belum mendapat pekerjaan untuk bekerja pula," kata salah seorang dari 31,836 pembaca facebook Harakahdaily.

Harakahdaily telah memasukkan satu soalan ke dalam facebooknya dan meminta pendapat orang ramai mengenainya.

"55 tahun bersara yang wajar bagi seseorang. Tahun ini pula kita menyambut hari Kemerdekaan ke 55..." ditulis pada wall Harakahdaily dan hampir semua pemberi komennya termasuk cyber trooper Umno menyokong cadangan ini.

Kerajaan sebelum ini telah menetapkan umur bersara kakitangan swasta kepada 60 tahun namun kakitangan kerajaan kepada 57 sahaja.



Selain umur persaraan, cadangan agar umur untuk mengeluarkan KWSP kepada 60 tahun sebagaimana yang dicadangkan KWSP sebelum ini telah mendapat bantahan yang menyeluruh.

Kerajaan dianggap mahu menggunakan duit rakyat jika melanjutkan umur untuk membolehkan pencarum mengeluarkan kesemua wangnya.

"Sepatutnya 50 tahun pun dah ok.. boleh bagi peluang pada yang lain untuk bekerja," kata seorang pelayar dengan identiti AEp Kdh.

Zarina Baharin pula menulis, "Bagi yang faham, terima kasih.....sebab dah lanjut usia ni, kita nak tumpu pada ibadah.....bukan duniawi lagi dah...tetapi adakah si PEMBUAT DASAR itu prihatin?"

Fuad Ishak pula menulis: "Kepada yang berkesempatan cubalah cari Research Paper oleh Dr Sing Ling (Chinese Institute Engineers-New York Chapter) bertajuk "Optimum Strategies for Creativity and Longevity".

"Semakin bertambah umur persaraan, semakin singkat umur seseorang. (Hidup mati ketentuan Allah, namun kita boleh gunakan sebagai rujukan & bantuan untuk masa depan sejagat)."

Bagaimanapun, Mohd Faisal Alias mempunyai pandangan berbeza. Beliau mencadangkan umur persaraan dibuat pilihan.

"Jangan sempitkan pandangan, ramai lagi pekerja kerajaan memerlukan masa menyelesaikan hutang piutang.

"Siapa yang tak memerlukan bolehlah bersara awal," tulisnya.

No comments:

Post a Comment