KEDAH akan mendapatkan khidmat jurulatih dari Croatia untuk menggantikan Wan Jamak Wan Hassan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang bermula pertengahan bulan depan.
Pengurus pasukan, Datuk Khazali Din bagaimanpun enggan mendedahkan nama jurulatih itu buat masa ini.
Menurutnya, perkara itu masih di peringkat perbincangan antara Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dengan jurulatih itu yang dijangka berada di Alor Setar bulan depan.
“Kita akan umumkan nama jurulatih itu selepas persetujuan dicapai,” katanya.
Khazali berkata, jurulatih itu pernah mengendalikan beberapa pasukan ternama di Croatia.
Katanya, kedudukan Wan Jamak akan diputus sama ada gugur atau terus dikekal.
Wan Jamak dilantik sebagai ketua jurulatih Kedah menggantikan Ahmad Yusof bagi mengembalikan semula kebangkitan pasukan Kenari yang mengalami kemerosotan ketika itu.
Bagaimanapun di bawah bimbingannya, Kedah masih tidak dapat melonjakkan kedudukan dan akhirnya terpaksa bersaing di Liga Perdana musim depan.
sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/WanJamakterancam/Article (31/07/2012)
No comments:
Post a Comment