Tuesday, July 24, 2012

Saham FGV: Kerajaan Kedah kini seperti wain lama, botol lama, label ja baru

OLEH Penarik Beca


Ada kawan sms. Lebih kurang dia tanya, awat lama tak tulis? Dia kata lagi, kalau saya tak dak idea, dia nak bagi idea.

Saya malas nak jawab sms dia. Saya kol dia. Saya habaq kat dia, saya memang nak idea - kalau dia nak bagi.

Saya juga beritahu dia saya memang nak tulis. Nak tulis fasal penjelasan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengenai tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Mula-mula saya tengok penjelasan tu dalam berita Sinar Harian 22/7/12 "MB Kedah anggap isu saham selesai". Lepas tu, pada tarikh yang sama, Harakah juga siar berita bertajuk "Isu saham FGVH selesai bila PKNK jual - Azizan".

Sebelum saya tulis, saya nak bagi tau yang saya tak pernah lupa jasa Azizan memberi saya peluang menjadi pemberita sambilan di Harakah ketika beliau menjadi Pengarah Urusan Harakah dulu. Semoga Allah membalas budi baiknya itu dengan kebaikan yang melimpah-limpah.
Balik kepada jawapan Azizan. Saya petik di bawah laporan Sinar Harian yang diulangsiar oleh Harakah itu:
Mengulas dakwaan Mahdzir bahawa setiap cek melebihi RM1 juta perlu mendapatkan tandatangan Pengerusi, dan mustahil perkara itu di luar pengetahuan Azizan ekoran cek yang dikeluarkan berjumlah RM2,275,000, Azizan berkata, beliau menandatangani sejumlah cek untuk urus niaga PKNK supaya pihak bank meluluskan pengeluaran wang.

“Saya tandatangan banyak cek untuk PKNK, untuk pelbagai kegunaan termasuk saham. Ada yang butirannya tidak perlu dimaklumkan. Pihak bank bertindak mengeluarkan wang melalui cek untuk dibayar kepada saham terbabit, seterusnya dikendalikan unit terbabit,” katanya.

Menurutnya, sekiranya beliau terlepas pandang, ianya bukan sesuatu yang disengajakan kerana sebelum ini, permohonan Permodalan Kedah Berhad (PKB) untuk membeli saham FGVH ditolak.

“Cek untuk beli saham bukan macam kita keluarkan cek beli lembu Raya. Bukan semudah itu. Mungkin ketika Mahdzir jadi Menteri Besar dan Pengerusi PKNK, dia tidak terlibat dalam urusan jual beli saham dan tidak tahu prosedur PKNK,” katanya.
Kepada pak yet-pak yet Azizan, mungkin depa rasa terer sungguh Azizan patahkan hujah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid. Siap sebut fasal lembu Raya.

Mungkin depa rasa Det Khalid kena paku habis dengan jawapan Azizan. Saya tak tau apa terjadi kepada Det Khalid - sama ada dia terkucil terkudik-kudik dengan jawapan Azizan itu atau tidak, mana aku tau.

Sebaik sahaja saya membaca jawapan Azizan itu, saya terus tulis seperti berikut dalam laman Facebook saya (boleh subscribe di bahagian bawah tulisan atau posting ini jika anda sudi):
Wah, hebatnya cara mentadbir! Teringat Orang Putih kata, it is too high a price for a leader to make mistake. Kalaulah pemimpin Umno BN bagi alasan tahap jamban macam ni, dah tentu kita pakat2 kendurikan depa.
Ramai orang buat salah. Tak pulak depa telanjangkan kesalahan depa. Tetapi Azizan baik, dia telanjangkan kesalahan dia.

Semua orang tahu, duit PKNK adalah duit rakyat. Dan, semua orang tahu juga, duit rakyat mesti ditadbir dan dijaga dengan amanah. Amanah bukan sahaja tak rembat duit tu, tetapi mesti juga bersifat prudent (berhemah) mentadbir dan menjaga duit tu.

Mana boleh terlepas pandang dalam bab duit rakyat. Itu tak prudent. Dan lebih tak prudent lagi bila senang-senang jawab "Cek untuk beli saham bukan macam kita keluarkan cek beli lembu Raya".

Dalam undang-undang, ada sebut fasal law of negligence. Ada juga sebut fasal breach of duty. Saya rasa hampa semua faham. Tak payahlah saya nak tambah perasa lagi..

http://penarikbeca.blogspot.com/2012/07/saham-fgv-kerajaan-kedah-kini-seperti.html

No comments:

Post a Comment