Azizan: Semua Adun Pas layak jadi MB
ALOR SETAR - Fokus Pas Kedah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) adalah untuk memantapkan strategi mempertahan kuasa bukannya menyenaraikan pemimpin yang layak dilantik sebagai Menteri Besar.
Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, soal siapa layak menjadi Menteri Besar selepas beliau adalah perkara kedua, yang lebih penting adalah untuk kekalkan kemenangan.
“Pemimpin Pas tidak bercakap soal itu. Kita bukan seperti Umno, belum pegang kuasa sudah sibuk senaraikan calon MB,” katanya.
Azizan yang juga Menteri Besar berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas sedia ada layak dilantik sebagai Menteri Besar, namun pemilihan ditentukan di peringkat Pusat.
“Saya tidak kisah siapa ganti saya selepas ini, nama yang disebut itu semuanya layak jadi MB termasuk semua Adun Pas.
"Itu soal kedua, saya tak marah siapa yang dicanang sebab pengkaji itu berhak letak nama sesiapa sahaja yang disukai,” katanya.
Baru-baru ini Ahli Panel Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM), menunjukkan nama Azizan kekal di hadapan dengan 40 peratus, diikuti Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (12 peratus), Datuk Ir Amiruddin Hamzah (tujuh peratus) dan Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul (tiga peratus).
Kajian itu berdasarkan senarai calon MB Kedah sekiranya Pas berjaya mengekalkan kuasa di Kedah dalam PRU13 akan datang.
Kajian membabitkan 10,800 responden meliputi rakyat Kedah berumur 21 tahun ke atas melibatkan kawasan bandar dan kampung.
Azizan berkata, sebelum ini, beliau juga dikatakan tidak layak menerajui Kedah ketika masih menjadi pembangkang, namun kini selepas empat tahun menerajui sudah membuktikan mampu mentadbir dengan baik.

No comments:
Post a Comment