Wednesday, July 25, 2012

Gunung Inas Gondol : Salah Siapa.. Orang Politik.. Azizan.. Jabatan Hutan.. Istana Atau dot dot dot.....!!!

Gunung Inas gondol pun salah Ust Azizan jugak?


Lokasi: Pondok Tiris, Gunung Inas. 
Malaysiakini melaporkan:
Kerajaan Kedah diminta berhenti daripada terus berdolak-dalik mengenai kesan pembersihan hutan di Gunung Inas yang menjejaskan sumber air penduduk di kawasan sekitar.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah juga meminta kerajaan negeri pimpinan PAS itu berhenti berselindung di sebalik ladang rakyat.


"Kalau Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak kata nak buang pokok-pokok yang tua sahaja ia tidak masuk akal kerana untuk buat ladang rakyat kena tebang 100 peratus pokok yang ada di kawasan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa, di Alor Setar malam tadi.


Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata akibat pembersihan kawasan seluas lapan hektar itu, penduduk di daerah Sik dan Baling kini berdepan masalah bekalan air bersih.


Minggu lepas, JAS mengeluarkan arahan agar kerja pembalakan di kawasan hutan itu dihentikan bagi membolehkan jabatan tersebut membuat penilaian mengenai kesan ke atas alam sekitar. -
Mkini.
Sefaham aku ada 2 isu utama dalam isu alam sekitar Gunung Inas ni. Yang pertama pembalakan untuk buat Ladang Rakyat dan yang kedua kesannya kepada sumbar air penduduk.

Dalam hal ni ada betulnya apa kata Ahmad Bashah pasai memang untuk ujudkan Ladang Rakyat memang kena tebang 100 peratus. Tapi yang Ust Azizan kata pun betui jugak pasai syarikat balak yang buat kerja sekarang ni sepatutnya cuma tebang pokok balak bukannya bersihkan kawasan.

Kalau tak silap aku kerja-kerja untuk bersihkan dan buat lereng untuk projek Ladang Rakyat belum pun bermula dan tentunya yang buat tu bukannya syarikat pembalakan.

Jadinya, isu sekarang ni bukan isu Ladang Rakyat tapi isu pembalakan.

Kesan pembalakan ke atas alam sekitar ni sepatutnya ada kaedah pengawasan terutamanya dari Jabatan Hutan. Sepatutnya Jabatan Hutan kena betul-betul memantau dalam kawasan pembalakan tu bukannya hanya memantau dari pejabat Jabatan Hutan.

Aku tak berapa tau sangat berkenaan undang-undang dan peraturan pembalakan ni, tapi pada aku kalau macam gambar kat bawah ni pun Jabatan Hutan tak ambik tindakan, memang la akan bagi kesan ke atas alam sekitar, ke atas sungai. Ni bukan gambar baru tapi gambar awal tahun 2012 dulu.

Pembalakan Gunung Inas Sumber: LensaHp
Takkan kut boleh lori balak lintas sungai macam tu saja, patutnya buat la titi atau jambatan, baru la ada harapan air sungai tak tercemar. Benda macam ni orang tak sekolah bab alam sekitar pun tau.

Sama jugak macam gambar kat atas tu, sepatutnya mesti ada buffer zone antara kawasan pembalakan dengan sungai. Takkan sampai ke gigi sungai pun boleh tebang pokok jugak, tentu punya la sungai tercemar teruk.

Dengar katanya, Jabatan Hutan ada masalah sikit nak ambik tindakan dengan syarikat pembalakan ni pasai syarikat-syarikat tu guna kabel 'orang istana' dan katanya konsesi balak di Gunung Inas tu pun milik 'orang istana'.

Nak harap orang Jabatan Hutan nak pandai-pandai ambik tindakan bila melibatkan 'orang istana' ni payah la sikit, kecuali la kalau ada arahan khusus dari orang politik. Masalahnya orang politik ni sama ja di mana-mana pun di Malaysia ni, kalau melibatkan 'orang istana' memang payah dan 'cukup bertoleransi' dan banyak sangat tapinya.

Kalau Jabatan Hutan betul-betul buat kerja dan main peranan ikut undang-undang, takkan berlaku pencemaran air sekitar Gunung Inas tu. Kalau ada pun cuma pada tahap yang sangat minima yang tak sepatutnya boleh bagi penduduk kampung tak selesa.

Isu yang kedua adalah isu sumber air penduduk sekitar Gunung Inas tu. Masalah ni timbul pasai kebanyakkan penduduk kawasan tu masih bergantung kepada paip sumber 'Air Masyarakat' yang ambil dari air sungai Gunung Inas, bila sungai tercemar tentulah air paip pun tercemar.

Ada 2 jalan penyelesaian untuk masalah air ni. Yang pertama ubah kawasan sumber bekalan 'Air Masyarakat' tu lebih tinggi dari kawasan pembalakan, jadinya sumbar air yang digunakan takkan terganggu dengan aktiviti pembalakan. Perlu disediakan peruntukan yang cukup untuk sambung paip sediada atau bubuh paip baru dan peruntukan untuk bina kawasan tadahan yang baru ataupun mungkin sesuai kalau bina tangki besar sama kat atas sana.

Jalan penyelesaian yang kedua adalah sediakan bekalan air paip dari SADA ke setiap rumah. Dah tak berapa nak relevan rasanya kalau masih guna sumber 'Air Masyarakat' yang TIDAK DIRAWAT tu. 


Dari segi kos memang la murah kalau guna 'Air Masyarakat' ni, mungkin kena bayar beberapa ringgit saja untuk setahun. Tapi apa jaminan kepada penduduk kampung yang guna air ni. Macama kalau sumbar air tu tercemar contohnya dengan virus kencing tikus macam kes PKLN yang terpaksa ditutup di Sungai Siput tu. 

Kalau takmau berlaku pencemaran alam sekitar di sekitar Gunung Inas, takdak cara lain melainkan diharamkan pembalakan. Selagi ada pembalakan selagi itulah akan ada pencemaran alam sekitar. Tak banyak sikit tentu ada punya.

Tapi masalahnya mampukah untuk Kerajaan Negeri Kedah mengharamkan pembalakan.

No comments:

Post a Comment