KUALA LUMPUR, 28 Julai — Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) akan mempunyai tema kemerdekaan sendiri yang bersifat patriotik dan tidak mempunyai unsur kepartian.
Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengadakan tema Hari Kebangsaan ke-55 "Janji Ditepati" hanya melibatkan politik mereka dan tidak melibatkan rakyat secara keseluruhan.
"Kami (PR) merasakan tema ini hanya untuk jelajah parti BN dan langsung tidak bersifat patriotik maka kami merasakan perlu untuk ada tema baru.
"Insya-Allah dalam beberapa hari lagi kita akan mula membuat pertandingan mereka logo dan tema yang bersifatkan patriotik dan cintakan negara," kata beliau (gambar) dalam sidang akhbarnya di ibu pejabat PAS hari ini.
"Kami akan mengalu-alukan penyertaan dari mereka yang kreatif, dan dalam beberapa hari kami akan mulai mempromosikannya di Facebook dan Twitter, kerana kami rasa penglibatan rakyat untuk memilih tema dan logo lebih cepat dengan media sosial ini," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS, hari ini.
Tema Hari Kebangsaan ke-55, "Janji Ditepati" telah dikritik hebat oleh orang ramai sebagai "logo paling buruk" dan "bermotifkan politik", dipertahankan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian, Penerangan dan Komunikasi Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Dalam Twitternya beliau berkata apa jua akan dilihat sebagai buruk sekiranya mindanya tertutup.
"Malaysia telah merdeka selama 55 tahun, kenapa kita tidak boleh berkata tentang "janji ditepati?", katanya lagi.
Pun begitu, lebih ramai tampil dengan logo dan tema alternatif untuk Hari Kebangsaan tahun ini di laman sosial, terutamanya di laman Facebook "Kami Bantah Logo Kemerdekaan Malaysia ke 55".
Ramai yang mempertikaikan kenapa Putrajaya tidak mengadakan pertandingan mencipta logo seperti tahun-tahun terdahulu.
Tema Hari Kebangsaan sebelum ini ialah "1 Malaysia: Rakyat Diutamakan, Pencapaian Didahulukan", "1 Malaysia Menjana Transformasi", dan pada tahun 2008 "Perpaduan Teras Kejayaan".

No comments:
Post a Comment