Thursday, July 26, 2012

Wakil Rakyat UMNO di Kedah rupa-rupa miskin dah.. itu baru sepenggal kalah..!!!

Wakil rakyat Umno Kedah tiada wang

 
Mereka mendakwa tidak mendapat sumbangan dari korporat dan individu.

ALOR SETAR: Umno Kedah kini berdepan masalah baru dalam usaha merampas semula negeri itu dari kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13.

Pemimpin-pemimpin di bahagian termasuk wakil rakyat mendakwa mereka tidak mempunyai wang untuk melaksanakan aktiviti.

Ketua Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad yang juga ADUN Kuah mengakui kebenaran ini.

“Kalau tidak ada wang, kami tidak boleh menemui rakyat. Kami perlu lakukan aktiviti terutama menjelang PRU 13.

“Seorang ADUN perlukan RM500, 000 kerana Kedah negeri yang kita kalah, kena buat banyak program dan aktiviti untuk rampas semula negeri ini.“Setakat ini sumber kewangan kami ialah dari Umno Pusat dan Umno negeri tetapi jumlahnya tidak banyak. Sumbangan korporat dan individu tidak ada langsung.
“Kalau wang sedikit, program pun sedikit. Saya difahamkan seorang ADUN di Melaka mendapat peruntukan RM350, 000 setahun manakala di Terengganu RM400, 000,” kata beliau.

Bagaimanapun, Nawawi tidak memberitahu jumlah peruntukan yang diperolehi dari Umno Pusat dan negeri.

Beritahu Najib

Menurut Nawawi, beliau pergi menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan memberitahu Perdana Menteri bahawa pemimpin Umno di Kedah tidak mempunyai wang. “Saya beritahu Datuk Najib, jika mahu merampas semula Kedah, kena beri bajet,” tambahnya.ADUN Umno Ayer Hangat, Mohd Rawi Abdul Hamid turut mengakui dakwaan tersebut.Beliau berkata, pemimpin Umno negeri susah mendapat wang untuk membolehkan mereka melaksanakan program rakyat.

Katanya, pemimpin Umno di Selangor lebih beruntung kerana mempunyai wang yang banyak.
“PAS sudah membuat program, bermakna mereka ada wang,” tambahnya.Kedah dan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum 12 tahun 2008. Manakala Kelantan diperintah Kelantan sejak 1999.

Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/27/wakil-rakyat-umno-tiada-wang/#ixzz21nFuigyI

No comments:

Post a Comment