Sunday, July 29, 2012

Kedah guna tema 'Terus Berbakti' untuk sambutan kemerdekaan

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah menggunakan tema yang berlainan dari Kerajaan Pusat untuk sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 55 iaitu '55 Tahun Merdeka Terus Berbakti'.

Demikian diberitahu oleh YB Ustaz Abdul Ghani Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Kedah sebagai mengulas cadangan pihak tertentu supaya semua negeri Pakatan Rakyat tidak menggunakan tema 'Janji Ditepati' kerana menyifatkan tema tersebut mempunyai mesej politik kepartian yang jelas.

"Kita telah menggunakan tema Terus Berbakti secara rasmi mulai 17 Julai lalu sewaktu majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang di Dataran Balai Besar yang turut dihadiri oleh wakil kerajaan Persekutuan, YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom," katanya.



Tema Terus Berbakti, katanya, telah dicadangkan oleh jawatankuasa induk Sambutan Hari Kemerdekaan. "Tema tersebut telah dikemukakan kepada YAB Menteri Besar dan beliau telah mempersetujuinya," ujar Abdul Ghani. Tambahnya, tema tersebut kemudian dibawa ke pengetahuan Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan sekali lagi ia dipersetujui sebulat suara.

No comments:

Post a Comment