Friday, August 24, 2012
Thursday, August 2, 2012
Insya Allah.. nak merasa harga kereta murah undilah Pakatan Rakyat
Salah satunya ialah menerusi pengurusan permit diluluskan (AP), kata Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.
Jelas beliau, pengurusan AP kereta dengan baik mampu menambah pendapatan negara kerana langkah itu akan memastikan pendapatan negara tidak terjejas secara mendadak jika penghapusan cukai eksais secara berperingkat dilakukan.
Rafizi mengingatkan Umno mungkir janji dengan rakyat untuk menghapuskan AP menjelang 31 Disember 2010 tidak ditepati seperti yang diumumkan dalam Dasar Automatif Negara berkuat kuasa 25 Oktober 2005, sebaliknya sasaran kini ia ditangguhkan sehingga 31 Disember 2015.
"Oleh itu, kami mencadangkan supaya kerajaan akan kekal dengan komitmen untuk menghapuskan AP menjelang 2015 supaya tidak melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) dan Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) yang dipersetujui," kata Rafizi pada sidang media hari ini.
Sebelum ini, PKR menyenaraikan janji menghapuskan cukai eksais bagi kereta yang dijual di Malaysia sebagai salah satu agenda utama dalam manifesto PR pada PRU13.
Justeru kata beliau, dalam tempoh tiga tahun antara 2013 hingga 2015, PKR mencadangkan empat langkah wajar dilaksanakan bagi mendapatkan nilai terbaik dari AP yang dikeluarkan.
"Pertama, penjualan AP akan dibuka kepada bidaan umum bermula dgn harga-harga tertentu mengikut kategori kereta dan penggunaan bahan api demi menggalakkan lebih banyak kereta yg menjimatkan bahan api diperkenalkan," katanya.
Seterusnya, langkah kedua ialah harga permulaan bidaan ditetapkan bermula pada RM10,000 bagi kategori jimat bahan api, RM20,000 bagi kategori kenderaan biasa dan RM30,000 bagi kenderaan berkuasa tinggi.
"PKR percaya harga purata bagi setiap AP yang dikeluarkan boleh mencecah RM40,000 apabila penjualan AP dibuka kepada proses bidaan," jelasnya.
Oleh itu, dengan anggaran sebanyak 70,000 AP dikeluarkan setiap tahun bermakna hasil sebanyak RM2.8 bilion kepada kerajaan.
"Walaupun harga AP ditentukan oleh proses bidaan untuk mendapatkan hasil terbaik kepada negara, penghapusan cukai eksais secara berperingkat bermakna harga kereta secara purata akan tetap turun," katanya.
Sehubungan itu, tambahan daripada hasil AP yang dirombak dianggarkan akan memastikan perbendaharaan negara kekal mendapat di antara RM2 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun bagi mengimbangi penurunan kutipan cukai eksais.
"Pada masa yang sama, hasil kutipan cukai yang lain juga akan dijangka meningkat apabila perbelanjaan rakyat berikutan suntikan RM8 bilion merancakkan ekonomi negara," jelas beliau. [SH]
Sunday, December 4, 2011
Hari ini menang , esok saya umum harga minyak di seluruh negara turun....
BATANG KALI – Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi janji beliau akan menurunkan harga petrol sebaik sahaja PR mengambil alih pemerintahan negara.
Anwar, yang juga Penasihat Ekonomi Selangor berkata, beliau akan memanfaatkan sepenuhnya keuntungan hasil minyak negara yang dianggar berjumlah RM90 juta setahun untuk melaksanakan janji tersebut.
“Jangan kata Anwar bodoh ekonomi, Anwar tak reti, Anwar pembohong. Saya nak sebut di sini saya sanggup lakukan kerana bila harga minyak turun harga pengangkutan awam turun, jadi boleh kawal (harga barang),” katanya.
Beliau berucap pada program Ceramah Perdana Malaysia Tanpa Umno yang turut dihadiri Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Khalid Jaafar, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Mohamed Nazar Yakin dan Pengerusi Jentera Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Batang Kali, Mat Rahat Ibrahim.
Anwar berkata, sekiranya PR menang pada PRU13, Parlimen Hulu Selangor akan diambil kembali dan Dun PR akan menjadi lebih kuat.
“Mereka (Umno) akan guna habis kuasa Melayu. Itu saja modalnya,” katanya.
Beliau mendakwa, Umno akan menggunakan apa sahaja cara untuk memusnahkan pengaruh politiknya dan tidak mustahil beliau akan dipenjarakan sekali lagi.
Katanya, jika beliau dimasukkan ke penjara, kemenangan lebih besar akan berlaku (untuk PR).
“Kalau ditakdirkan rakyat sedar, Anwar di luar pun insya-Allah kita menang, Anwar di dalam (penjara) lagi besar kita menang,” katanya, disambut dengan sorakan hadirin.
Terdahulu, Anwar menghadiri Majlis Makan Malam Mesra Rakyat bersama kira-kira 1,000 masyarakat Tiung Hua di Hulu Yam.
Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Anwar mengajak penyokongnya menentang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Beliau mengajak rakyat supaya menyelamatkan Selangor dan Malaysia dan sekali lagi melahirkan keyakinan untuk menawan Putrajaya pada PRU13.
Beliau optimis untuk meningkatkan sokongan rakyat daripada 51 peratus pada PRU 2008 kepada sekurang-kurangnya 55 peratus pada PRU13.
Saturday, October 15, 2011
Kesal harga barangan runcit melambung
KULIM - Kenaikan harga ayam dan barang keperluan yang mendadak meresahkan pengguna terutamanya mereka yang berpedapatan rendah sekitar daerah ini.Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim meminta Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kulim memantau harga ayam dan barangan keperluan yang melambung tinggi.
Menurutnya, walaupun harga siling telah dikeluarkan tetapi masih ada dalam kalangan peniaga yang tidak mengendahkan sehingga membebankan pengguna.
“PPDNKK seharusnya membuat pemeriksaan di sekitar pasar awam dan pasar malam dan sekiranya harga yang dipamerkan penjual tidak mengikut garis panduan diletakkan oleh kerajaan, pihak kementerian boleh mengambil tindakan sepertimana yang dilakukan di Terengganu baru-baru ini,” katanya.
Beliau berkata, kita terlalu sibuk memberikan bantuan ke negara luar yang terlibat dengan bencana alam dan kebuluran tetapi harga barangan di negara sendiri terlalu mahal.
“Bayangkan pengguna memperoleh pendapatan di bawah RM700 sebulan. Apakah mereka mampu membeli ikan dengan kadar harga melebihi RM5 manakala ayam dijual melebihi RM10 sekilogram.
“Jangan dianaktirikan rakyat sendiri. Saya minta agensi kerajaan terlibat turun padang dan memantau permasalahan ini. Tidak munasabah sekiranya ada pegawai di kementerian pengguna yang tidak tahu permasalahan ini sedangkan mereka juga seorang pengguna,” katanya.[Sinar Harian]
Saturday, October 1, 2011
Monday, September 19, 2011
Perhebat isu harga barang
Oleh Zulkifli Yahya
Ia ditiru oleh semua pakatan ketenteraan hingga ke hari ini. Amerika Syarikat, setiap kali menyerang musuh akan bergabung dengan rakan-rakan sealiran membentuk Tentera Bersekutu. Apa perlunya pakatan, walhal Amerika Syarikat sendiri sudah cukup kuat kalau setakat untuk membelasah Iraq. Ia mahu menunjukkan kepada dunia bahawa tindakannya disokong ramai pihak. Itulah yang dikatakan perang saraf, ia mengiringi perang persenjataan.
Dalam perang propaganda juga begitu. Sejak Umno menjadikan perunding Yahudi sebagai penasihat, kita dapat melihat keseragaman modus operandi mereka dalam perang saraf.
Setiap isu yang dilonjakkan akan dimainkan oleh semua media dan melalui semua medium. Ia akan diikuti oleh Perhebat isu harga barang pihak. Akan terbit kenyataan demi kenyataan oleh pelbagai NGO (yang kesemuanya adalah rangkaian satelit Umno).
Diikuti pula dengan laporan polis yang bercambah di seluruh negara. Cuba perhatikan rentetan isu yang berlaku dalam negara; isu liwat, video seks Dato’ Eskay, pembinaan kuil di Shah Alam, kandang babi di Selangor, penggunaan kalimah Allah, Himpunan Bersih 2.0, serbuan Jabatan Agama Islam (Jais) terhadap gereja, roboh gerai di Pulau Pinang dan terbaru, Mat Indera - modus operandi mereka sama sahaja. Ia tidak berlaku secara spontan melainkan perancangan dan arahan.
Mereka mahu merperlihatkan kepada rakyat jelata bahawa ia adalah suatu kebangkitan atau gelombang penolakan terhadap pihak tertentu.
Kelebihan mereka ialah mempunyai peruntukan untuk mengupah ‘pelakon-pelakon opera politik’ itu dan mereka menguasai media utama negara.
Adakah dalam isu yang disensasikan dari kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera ini ia akan menjejaskan PAS? Setakat ini belum ada kaji selidik dibuat terhadap responden berhubung isu tersebut. Tapi kalau penulis diajukan dengan soalan itu, saya berani mengatakan, ia tidak menjejaskan undi PAS!
Pertama, mengaitkan PAS dengan keganasan dan komunis bukan isu baru. Lebih dua dekad lalu para pemimpin Umno silih berganti menyerang PAS dengan tuduhan ‘PAS sebarkan ideologi komunis’ dan ‘PAS lebih bahaya daripada komunis’. Antara yang mengeluarkan kenyataan celupar itu ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Tapi PAS tidak berkubur dengan pencemaran imej melalui tuduhan komunis. PAS adalah parti Islam yang menolak semua ideologi ciptaan manusia serta menolak semua akidah yang salah. Justeru, menuduh PAS sokong murtad, Kristian dan komunis tidak akan berbekas.
Kedua, serangan ala Ahzab hari ini berbeza dengan serangan ala Ahzab lebih 1,400 tahun yang lalu. Meskipun PAS tetap belum menguasai media utama negara, PAS berpeluang menggunakan media kedua atau media maya.
Dalam media utama dilaporkan Mat Sabu menyokong komunis tapi dalam media maya Mat Sabu cuma menyokong Mat Indera bukannya komunis. Dalam media utama Mat Indera adalah pengkhianat tetapi dalam media maya orang boleh meneliti biodata lengkap Mat Indera siap dengan bukti-bukti perjuangannya. Golongan cerdik, pengingin tahu dan anak-anak muda menjadikan media kedua sebagai sumber maklumat. Golongan ini adalah majoriti senyap yang mencorak pemikiran masyarakat terbesar di luar sana.
Ketiga, hakikatnya rakyat sudah biasa sangat dengan serangan ala Ahzab terhadap pembangkang. Ia nampak macam gah tapi tak mampu merubah apaapa melainkan (mungkin) memantapkan keyakinan ahli-ahli dan penyokong mereka sendiri sahaja, terhadap isu yang dibawa.
Contohnya serangan ala Ahzab terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau bertanding pilihan raya kecil Permatang Pauh. Majoritinya tidak merosot, malah bertambah. Teorinya mudah, kesan besar akan tidak terasa apabila orang menganggap ia perkara biasa.
Keempat, isu tersebut tidak menyentuh hati nurani rakyat yang tidak terbabit. Tidak sampai berapa kerat pihak yang kena mengena dengan Peristiwa Bukit Kepong masih hidup. Ahli keluarga mereka sebaliknya berterima kasih kepada Mat Sabu kerana akibat kenyataan beliau, tak semena-mena balu polis yang terbabit dapat pencen arwah suaminya.
Berpuluh tahun mereka tidak dipedulikan, kerana Mat Sabu, mereka mendapat perhatian. Pihak yang tiada kena mengena dengan peristiwa itu pula tidak akan berasa sensitif apa-apa. Pihak yang mengangkat sepanduk dan membuat laporan polis terhadap Mat Sabu adalah orang Umno. Mat Sabu tidak buka mulut untuk berkata apa-apa pun memang mereka dah marah dekat PAS. Itu biasa.
Bersama isu Mat Sabu ada satu isu besar dalam negara yang menyentuh hati nurani setiap rakyat Malaysia iaitu peningkatan kos sara hidup atau kenaikan mendadak harga barang. Semua orang terasa sebab semua rakyat Malaysia berbelanja. Merdeka Centre yang melakukan kaji selidik mendapati sokongan terhadap Perdana Menteri susut enam peratus, faktor utamanya isu kenaikan harga barang. AJK PAS Pusat, Dr Hatta Ramli membayangkan pilihan raya umum tidak akan diadakan pada tahun ini kerana kemelesetan ekonomi yang memberi kesan mengakibatkan kenaikan kos sara hidup.
Hampir semua kerajaan di dunia tumbang sama ada melalui demokrasi atau demonstrasi jalanan apabila rakyat dihimpit tekanan ekonomi.
Semua pihak dalam Pakatan Rakyat perlu gerakkan gelombang kebangkitan rakyat dengan mengeksploit sepenuhnya isu kenaikan kos sara hidup. Beri penumpuan terhadap isu ini. Lebih berkesan menumpukan isu daripada memperbagaikan isu.
Gunakan kaedah yang digunakan oleh BN selama ini; bantahan seluruh negara, angkat sepanduk, hantar memo, gerakkan penerangan besar-besaran dari pentas ceramah hingga ke kedai kopi, guna sepenuhnya media maya dan asak bertubi-tubi macam yang dibuat oleh mereka terhadap Mat Sabu - Insya-Allah BN akan tumbang di Pusat kerana isu kenaikan harga barang ini.
Thursday, September 15, 2011
Hadiah NAJIB untuk Hari Malaysia - Harga ayam terus naik
Kenaikan harga berterusan selepas sambutan perayaan tidak dijangka peniaga dan pembeli memandangkan harga pelbagai jenis barang lain naik ketika musim perayaan.
Peniaga, Nor Shahidan Mansor, 34, berkata, jualan ayam kini semakin merosot sejak kenaikan harga ayam yang berturut-turut iaitu sebanyak 90 sen selepas sambutan hari raya.
“Peniaga terpaksa menjual ayam dengan harga RM9 sekilo apabila harga ayam terus naik iaitu harga ayam naik selepas raya sebanyak 40 sen dan kelmarin harga ayam naik pula sebanyak 50 sen.
“Kami terpaksa menjual dengan harga tinggi memandangkan harga yang diambil kepada pemborong turut tinggi iaitu RM7.50 sekilo tidak termasuk kos memproses ayam, plastik dan gaji pekerja setiap hari,” katanya.
Menurutnya, selepas ditolak dengan semua kos terbabit keuntungan yang diperoleh peniaga adalah begitu tipis memandangkan dia terpaksa mengurangkan kuantiti jualan sejak jualan ayam merosot kebelakangan ini.
Seorang lagi peniaga, Abdullah Sani Abdul Razak, 44, berkata, peniaga tidak mengambil ayam dengan jumlah yang banyak daripada pemborong kerana sambutan terhadap jualan ayam semakin berkurangan sedangkan peniaga terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi.
“Jumlah ayam yang diambil berkurangan sebanyak 50 peratus menyebabkan keuntungan setiap hari adalah tipis kerana pembeli akan membeli ayam dengan kuantiti yang sedikit contohnya sebelum ini mereka (pembeli) membeli seekor tapi sejak harga naik mereka hanya membeli sebelah ayam sahaja.
“Pengunjung membeli ayam tetapi membeli pada kuantiti yang sedikit sejak harga ayam naik kerana harga ayam yang tinggi bukan sahaja membebankan peniaga untuk mengeluarkan modal tinggi tapi turut membebankan pembeli,” katanya.
Abdullah berkata keuntungan bagi sekilo ayam diperoleh peniaga adalah tidak sampai 70 sen selepas ditolak semua kos dan kenaikan harga ayam ini tidak boleh berterusan memandangkan kenaikan ini turut tidak dimaklumkan kepada peniaga dan orang ramai.
Sementara itu, seorang pembeli, Nor Hasyimah Ibrahim, 33, berkata, kenaikan harga ayam membebankan pengguna kerana ayam merupakan bahan mentah yang sering dibeli.
“Saya tetap juga membeli ayam walaupun mengetahui harganya terlalu tinggi kerana anak-anak gemar makan ayam berbanding ikan namun terpaksa mengehadkan kuantiti pembelian daripada sebelum ini.
“Kenaikan harga ayam tidak sepatutnya berlaku kerana ia turut membebankan golongan berpendapatan rendah dan mungkin mereka terpaksa membeli ikan,” katanya.
Wednesday, August 17, 2011
BN..Barang Naik..!!
Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Julai meningkat sebanyak 3.4 peratus kepada 103.4, daripada 100.0 yang dicatatkan dalam bulan yang sama tahun lalu, dan berbanding Jun 2011, ia meningkat 0.2 peratus.
Bagi tempoh Januari-Julai 2011, IHP mencatatkan kenaikan sebanyak 3.1 peratus kepada 102.7 berbanding 99.6 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Berbanding bulan sebelumnya, indeks bagi Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan masing-masing meningkat sebanyak 0.4 peratus dan 0.1 peratus.
Bagi tempoh Januari-Julai 2011, indeks bagi Makanan & Minuman Bukan Alkohol dan indeks Bukan Makanan meningkat sebanyak 4.6 peratus dan 2.5 peratus berbanding tempoh yang sama sebelumnya.
Kenaikan IHP bagi tempoh Januari-Julai sebanyak 3.1 peratus itu adalah disebabkan oleh kenaikan pada indeks semua kumpulan utama kecuali indeks Pakaian & Kasut (-0.4 peratus) dan Komunikasi (-0.1 peratus).
Kenaikan ketara bagi kumpulan utama berwajaran tinggi ialah indeks Pengangkutan (+5.0 peratus), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+4.6 peratus) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+1.6 peratus), katanya.
Antara barangan makanan yang mencatatkan kenaikan indeks ketara dalam bulan Julai 2011 berbanding bulan sebelumnya ialah cili merah, susu tepung bayi, ayam, sotong, telur, ikan bawal hitam dan ikan merah.
Bagaimanapun, indeks beberapa barangan turun pada bulan Julai berbanding Jun. Antaranya ialah bawang putih, sawi, bayam, terung, bawang merah, timun dan kai lan.
KDNK - 4 peratus
Sementara itu, di Kuala Lumpur Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengumumkan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.0 peratus pada suku kedua tahun ini daripada pertumbuhan yang disemak semula iaitu 4.9 peratus pada suku pertama berikutan keadaan luaran yang lemah dan perbelanjaan sektor awam yang rendah, kata hari ini.Beliau berkata gangguan dalam rantaian bekalan pembuatan global yang tercetus hasil daripada bencana di Jepun dan kelemahan secara keseluruhan dalam permintaan di negara-negara maju yang menyebabkan kelembapan dalam pembuatan, yang hanya meningkat 2.1 peratus.
Bergerak ke hadapan, beliau berkata yang ekonomi mampu mengekalkan unjurannya iaitu 5-6 peratus tahun ini, disokong oleh asas-asas kukuh ekonomi serta projek-projek daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Sumber utama pertumbuhan dalam suku kedua terus dirangsang oleh pengembangan mampan permintaan domestik swasta/persendirian dan perdagangan intra serantau yang disokong oleh eksport komoditi dan produk berasaskan sumber ke rantau ini," kata beliau dalam persidangan akhbar untuk mengumumkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2011.
"Sehubungan itu, permintaan domestiklah yang menyokong pertumbuhan kita dalam suku kedua tahun ini," kata beliau.
KDNK dalam suku kedua mengembang sebanyak 8.9 peratus sementara ia meningkat 4.4 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Ditanya sama ada unjuran pertumbuhan 5-6 peratus akan dikekalkan, beliau berkata, "Buat masa sekarang, penilaian kita tidak mungkin ekoran prestasi separuh pertama dan pertumbuhan tahun sepenuhnya akan hampir kepada 5.0 peratus.""Justeru itu, tiada semakan semula pada peringkat ini tetapi kita akan membuat penilaian yang teliti apabila Bajet 2012 dibentangkan Oktober ini dan jika terdapat sebarang semakan perlu dibuat, ia akan dilakukan ketika itu.
"Bagaimanapun, jika kita mempunyai situasi di mana Amerika Syarikat dan Eropah tergelincir memasuki kemelesetan atau apa-apa sahaja faktor pencetus yang menjurus kepada kebinasaan dalam pasaran kewangan antarabangsa, maka, kita perlulah membuat penilaian semula."
"Tetapi sekiranya itu tidak berlaku, penilaian kita ialah kita boleh mencapai sekurang-kurangnya 5.0 peratus pertumbuhan kerana ekonomi kita masih kekal dengan pertumbuhan kukuh dan pelaburan sektor persendirian swasta yang menggalakkan.
"Kita tahu dalam separuh kedua tahun ini, banyak lagi pelaksanaan agresif Rancangan Malaysia Kesepuluh dan projek-projek ETP," katanya.
- Bernama
Saturday, July 30, 2011
Dekat Pilihanraya, Baru Sedar Barang Keperluan Mahal
Oleh Ustaz Idris Ahmad
Di antara tanda pilihanraya ialah setiap h hari ahli Pas masuk umno. Tanda kedua apabila pemimpin BN bercakap untuk membela rakyat kerana kenaikan harga barang. Hari ini pula media mengumumkan Datuk Seri Najib mengumumkan kerajaan akan memerangi kos kehidupan rakyat.
Beliau dengan penuh bangga menyatakan bahawa kerajaan akan menambahkan lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Perangi Kos Kehidupan Yang Kian Meningkat sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat ekoran kenaikan kos harga barang makanan.
Malang rakyat Malaysia mendapat pemimpin yang reaktif, bukan pro aktif ketika merangka dasar pembangunan ekonomi rakyat. Kenapa sekarang baru hendak memikirkan untuk menjana tanah di negara ini supaya harga makanan tidak naik. Sudah berapa lama pemimpin pembangkang menasihat kerajaan supaya jangan tinggal industri pertanian, kerana ia melibatkan keselamatan makanan.
Malaysia sepatutnya tidak terkesan dengan iklim ekonomi dunia jika negara mempunyai asas kuat dalam sektor pengeluaran makanan. Sebaliknya Malaysia suka mengimport makanan supaya memberi peluang kepada suku sakat umno Bn, biar pun rakyat yang terbeban. Contohnya pada tahun 1996, import makanan (termasuk makanan ternakan) dan import pertanian adalah RM10.5 bilion berbanding dengan RM4.6 bilion pada tahun 1990. Pada tahun 2010 jumlah import makanan telah mencecah RM26.7 bilion.
Apabila dekat pilihanraya baru hendak berlakon kononnya pemimpin negara ini menyelami penderitaan rakyat. Kita menyeru rakyat Malaysia supaya menukar kerajaan yang lebih adil dan bijak mengurus. Ini telah dibuktikan di Kelantan walau pun dengan kekangan kewangan namun pemimpin yang diberi taufik oleh Allah memfokuskan kepada usaha untuk menyenangkan rakyat
Sunday, June 12, 2011
Kerajaan Barisan Nasional tak akan layan tuntutan Nelayan di Pahang, Johor & Perlis
Tuntutan nelayan tidak dilayan
TANJONG KARANG - Kerajaan tidak akan melayan tuntutan kira-kira 1,000 pengusaha bot pukat tunda di Pahang, Johor dan Perlis yang melancarkan mogok sejak kelmarin untuk menuntut pemberian subsidi super diesel kepada mereka.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.
"Kita bukan tarik (terus) subsidi, kerajaan masih beri subsidi kira-kira RM1 untuk satu liter dengan harga diesel biasa, jadi tidak ada sebab mereka ingin ugut kerajaan untuk boikot dan sebagainya.
"Kalau kita betul-betul tak nak beri subsidi, kita samakan mereka dengan harga industri, tetapi ini masih jauh lebih rendah daripada harga industri,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di sini semalam.
Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar yang juga Ketua UMNO bahagian itu.
Kelmarin, pengusaha bot pukat tunda berkenaan mengancam untuk mogok selama tiga hari dan akan meneruskannya selagi kerajaan tidak mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.
Kerajaan sebelum ini memutuskan pengusaha bot pukat tunda berkenaan perlu membeli diesel pada kadar RM1.80 seliter, dan bukan pada harga subsidi super RM1.25 seliter yang layak mereka nikmati sebelum ini.
Ismail Sabri berkata, langkah itu diambil kerana golongan terbabit merupakan pengusaha bot laut dalam yang berpendapatan lumayan berbanding nelayan pantai atau Zon A, B dan C.
"Kalau mereka nak bincang, kita tidak ada masalah, tetapi kalau ugut dan beri tempoh tiga hari, saya kata teruskanlah (mogok), dan kita tidak berminat untuk berbincang dengan orang seperti ini,'' katanya yang tidak menolak kemungkinan terdapat campur tangan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik dalam memainkan isu berkenaan.
Saturday, June 11, 2011
UMNO pun dah pandai bantah isu TOL...ingatkan setuju TOL mahal...!!!
SHAH ALAM, 11 Jun – UMNO Shah Alam hari ini meminta kerajaan memansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan di sini,yang dilihat semakin membebankan pengguna terutama yang berpendapatan rendah.
Perkara itu terkandung dalam memorandum yang diserahkan Ketuanya, Datuk AhmadNawawi M. Zin kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor menerusi Setiausaha Politiknya, Datuk As’ari Ibrahim, untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebanyak 23 badan bukan kerajaan turut menyokong memorandum yang diserahkan selepas perasmian persidangan perwakilan bahagian itu.
Antara lain, memorandum itu menyatakan warga Shah Alam khususnya, telah lama terbeban dengan kadar tol sebanyak RM1.10 sehala di Plaza Tol Batu Tiga menuju ke Kuala Lumpur dan RM1 di Plaza Tol Sungai Rasau untuk ke Klang.[ lagi ]
Wednesday, June 8, 2011
Pakatan Rakyat dihadiahkan dengan isu ‘periuk nasi’, gunakan sebaiknya
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Tidak boleh berlaku; tarif elektrik, gula dan minyak naik tetapi harga barang dan kos perkhidmatan tidak naik. Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa inflasi tidak akan berlaku dengan kenaikan tarif elektrik adalah karut, justeru Pakatan Rakyat kini dihadiahkan dengan isu ‘periuk nasi’ merupakan isu yang paling efisien merobek hati nurani rakyat.
Menurut anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah, walaupun tarif tidak dinaikkan untuk pengguna yang bilnya RM77 ke bawah sebulan, golongan berpendapatan rendah akan terus terbeban dengan cara ini.
Ini kerana, pengguna elektrik yang besar iaitu pekilang akan tetap terbeban dan kos mereka akan meningkat. Apabila ini berlaku, mereka akan menutup kenaikan kos itu dengan menaikkan harga barangan mereka dan ini akan membebankan golongan bawahan secara tidak langsung apabila mereka terpaksa membeli barangan itu.
Sepatutnya kerajaan mengurangkan atau menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol setiap tahun kerana ia mampu menjimatkan wang negara. Ia ibarat kera di hutan disusukan, anak dipangkuan dibiar kebuluran.
Semua pihak dalam PAS amat sedar sukarnya memainkan isu di kalangan masyarakat Melayu yang berdekad-dekad dikhayalkan dengan candu ‘kuasa Melayu’ oleh UMNO. Maka satu-satu isu yang boleh memecahkan kebuntuan itu ialah yang berkaitan dengan periuk nasi dan susah senang kehidupan seharian mereka. Ada kelompok manusia yang sukar untuk marah bagi pihak orang lain tetapi setelah kesusahan itu menimpa batang hidung sendiri, maka proses pengubahan persepsi mereka menjadi lebih mudah.
Jangan lupa, PRU ke 12 lalu, selain faktor pengundi Bukan Melayu, faktor kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak menjadi penyebab sebahagian undi Melayu berpihak pada pembangkang. Soalnya bagaimana pengembelingan harus dilakukan supaya isu periuk nasi ini tidak terpinggir malah diutamakan dalam seluruh sesi penerangan kepada rakyat di semua peringkat. Percayalah isu ini akan jadi sangat efisien untuk menumbangkan BN. Ia telah terbukti di banyak negara.
Panas isu ahli majlis bantah YDP MPSPK
Keluaran yang lalu saya menulis mengenai tindakan pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) yang diketuai oleh Setiausaha MPSPK merobohkan gerai-gerai haram di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang Sungai Petani. Ia menimbulkan bantahan peniaga, orang ramai dan Exco Kerajaan Negeri yang juga merupakan ADUN Kawasan terbabit, S. Manikumar. Bantahan tidak diendahkan dan gerai tetap dirobohkan.
Episod perobohan itu rupanya tidak berakhir di situ.Seramai 17 Ahli MPSPK lantikan politik mendesak Yang Dipertuanya (YDP), Rozaina Radzi ditukarkan ke jabatan lain setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinannya.
Ketua Whip, Ishak Man mahu Kerajaan Negeri membuat siasatan terhadap Rozaina dan Setiausaha, Radzuan Osman kerana didakwa tidak efisien dalam beberapa perkara berbangkit.
Selagi tuntutan mereka tidak diberi perhatian sama ada siasatan dibuat atau kedua-duanya ditukarkan ke jabatan lain, selagi itu ahli majlis lantikan politik seramai 17 orang akan memboikot mesyuarat MPSPK.
Namun peranan sebagai ahli majlis tetap diteruskan seperti biasa,17 ahli majlis itu membuat sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya di Wisma Darulaman.
Menurutnya, rasa tidak puas hati terhadap tindakan merobohkan gerai di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang 26 Mei lalu antara punca mereka menyerahkan memorandum agar Menteri Besar campur tangan menyelesaikan kemelut dihadapi.
Keputusan merobohkan gerai berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat bersama ahli majlis. Tindakan tersebut jelas membelakangi ahli majlis sebagai pembuat dasar dalam pentadbiran.
Rupanya isu roboh gerai bukanlah satu-satunya isu yang membangkitkan kemarahan ahli MPSPK tetapi beberapa isu lain seperti YDP sering berada di luar kawasan dan ini menyusahkan kakitangan untuk berbincang masalah berbangkit.
Antara kenyataan yang terkandung dalam memorandum itu ialah perancangan MPSPK sering tertangguh khususnya melibatkan kepentingan rakyat seperti cadangan membina stesen bas yang diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada 28 Februari lalu.
Pecah tanah pembinaan stesen bas dibuat 5 Mac 2008 dan isu ini sering diketengahkan agar diberi keutamaan kerana mendapat rungutan penduduk yang mahu projek itu disegerakan,namun sehingga kini belum terlaksana.
Antara projek yang masih tertangguh sehingga kini ialah pembinaan pasar awam yang bajetnya sudah diluluskan pada penghujung tahun lalu tetapi belum dilaksanakan.
Isu lain yang turut menjadi perhatian ialah penguatkuasaan yang lemah terhadap rumah urut yang sebahagiannya menjalankan aktiviti tidak bermoral, termasuk premis judi.
Apa yang berlaku di MPSPK bukanlah isu politik kepartian, ia cuma isu pentadbiran. Namun apabila ia melibatkan kepentingan rakyat, ahli-ahli politik mestilah bingkas bangun mempertahankan kepentingan dan kebajikan rakyat. Tindakan mereka betul.
Bayangkan jika ahli-ahli politik membisu terhadap isu tersebut, maka pasti semua media talibarut BN akan mengeksploitnya habis-habisan. Berita itu akan disensasikan oleh media mereka selama berhari-hari. Perkasa dijangka akan cepat-cepat melompat mengadakan demonstrasi haram, menaikkan sepanduk ‘Kerajaan PAS Kedah tindas peniaga Melayu’. Pegawai yang buat operasi boleh tidur lena, tetapi ahli politik yang terpaksa berhempas pulas menjawab dengan rakyat, walhal sebelum operasi meroboh orang politik langsung tidak diberitahu. Inilah yang mahu dielakkan.
Tuesday, June 7, 2011
TNB ada 40% xtra power sendiri tapi kenapa dok kena beli banyak kat IPP pulak ??
Harga naik: Rakyat mula mengeluh
“Makanan mahal, kena belanja (lain) lagi. (Kami) kurangkan perbelanjaan makanan, kurang makan,” kata pelajar Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) N Mahesh Nanthakumar.
“Saya akan sertai demonstrasi,” kata Mahesh (kanan) ketika ditanya kesediaannya itu ketika ditemui di KL Sentral di ibu negara, semalam.
Daripada tujuh orang yang ditemubual Malaysiakini secara rambang semalam, semua mereka mempunyai pandangan berbeza-beza berhubung kenaikan harga barang yang dikritik hebat pembangkang.
Kerja sambilan
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, harga subsidi barangan keperluan dikurangkan. Antaranya, petrol RON97 kini mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.
Menurut sesetengah ahli ekonomi, kenaikan itu, terutamanya tarif elektrik, secara tidak langsung akan membebankan pengguna apabila pengeluar memindakah kos yang lebih tinggi kepada golongan itu.
Sementara itu, seorang penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) Syazana Shah Lan, 21, memberitahu, beliau kini terpaksa berfikir terlebih dahulu sebelum membeli makanan.
“Terasalah (peningkatan harga), yang itu memang terasalah. Sebab (saya) duduk universiti, duduk asrama, hendak makan kena fikir. Makanan memang mahal, makan sekali, dua kali (sehari) macam itulah,” katanya.
Mahasiswa sebuah kolej swasta di Sungai Buloh itu, bagaimanapun, mengakui beliau masih tidak puas hati kerana keluarganya kini merasai tempiasnya.
Mahu tukar kerajaan
“Kalau waktu cuti, saya bantu ayah (kerja sambilan),” katanya lagi.
Justeru, Alvin, 22 berharap agar kerajaan dapat menggalakkan lagi pelaburan asing ke dalam negara bagi menstabilkan semula kenaikan harga barang.Keadaan ini hampir sama dengan nasib seorang pelajar German Malaysian Institute (GMI) Mohd Amiruddin Roslan yang masih tinggal bersama keluarganya.
“Saya tak rasa mana, saya tinggal dengan mak ayah,” kata Mohd Amiruddin, 18, sambil memberitahu orang tuanya merupakan seorang guru.
Bagi Harzuki Ismail – pegawai teknikal di sebuah pengeluar minyak terkemuka – pula, kenaikan harga petrol tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia merupakan negara pengeluar komoditi itu.
Harzuki, 53, berpendapat, keadaan sekarang amat merungsingkan kerana ia memberi kesan kepada kenaikan harga barang dalam keadaan nilai pendapatan makin menurun.
Lebih drastik lagi, beliau merasakan sistem pemerintahan negara perlu ditukar.
“(Tetapi) demonstrasi tak perlu, cuma tukar pimpinan negara. Tak payah (ada) pertumpahan darah. Pemikiran orang kita (harus) tukar, itu lebih penting,” katanya.
'Kerjaaan juga perlu berjimat'
Bagi Alan Tan – seorang orang kurang upaya (OKU) – pula, walaupun beliau tidak bersetuju dengan kenaikan yang berlaku, beliau berharap tujuan kerajaan melakukannya dapat diselami terlebih dahulu.
“Mereka juga ada komitmen (pada rakyat), ada (beri) subsidi,” katanya yang diberhentikan kerja setelah lumpuh sebelah badan akibat serangan angin ahmar sebelum ini.
Manakala seorang jurujual Norjamilah Mohd Halim juga mengaku turut terkesan dengan kenaikan harga barang-barang tersebut kerana gaji orang kebanyakan “tak sebesar mana”.“Dari segi makanan tidak berbaloi, ambil sikit (pun) harga mahal,” katanya wanita berusian 29 tahun itu.
“Kalau boleh turunkan harga barang,” katanya lagi.
Sebahagian besar mereka juga berkata selain subsidi rakyat yang dikurangkan, kerajaan juga harus membuktikan kesungguhan dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan menghentikan projek mewah serta tidak membawa manfaat kepada orang ramai.
Monday, June 6, 2011
Pakej Astro Naik Sehingga RM15 Mulai 11 Julai
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Astro di sini hari ini, bergantung kepada pakej pilihan pelanggan, sesetengah pelanggan mungkin akan mengalami kenaikkan harga sekitar RM1 hingga RM15.00 sebulan.
“Terdapat penjimatan dari RM4 hingga RM14.95 sebulan dalam yuran langganan mereka. Pelarasan berkenaan adalah seiring dengan komitmen Astro untuk terus menawarkan nilai, pilihan dan perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelanggan,” jelas kenyataan tersebut.
Tambah kenyataan itu, pelanggan Astro kini boleh menikmati nilai wang yang lebih baik dengan pelancaran Super Packs yang telah direka khas bagi menawarkan pakej Astro yang terbaik termasuk perkhidmatan HD dan PVR.
“Untuk hanya RM125, para pelanggan boleh memanfaatkan perkhidmatan HD dan rakaman, 3 pilihan pek mini, sukan, movies, Mustika dan Astro Tayangan Hebat sambil membuat penjimatan yang hebat sehingga RM45.85,” katanya.
Para pelanggan boleh menikmati lebih banyak program hiburan yang menarik pada masa akan datang, seperti acara sukan ditawarkan dalam HD termasuk Rugby World Cup 2011, London Olympics 2012, Barclays Premier League, EURO 2012 dan Copa America Argentina 2011 dalam teknologi definisi tinggi.
Saluran baru melibatkan saluran HD pula adalah Discovery World HD, Sundance HD, sebuah saluran sukan sukan HD dan lebih banyak filem-filem dalam bentuk HD.
Program-program tempatan yang lain adalah Salih Yaacob….I Follow, MasterChef Malaysia, Ustazah Pilihan, Tutor TV dan banyak lagi program pembelajaran.
Para pelanggan juga akan menikmati Personal Video Recording (PVR) serta Remote Recording yang membolehkan program kegemaran pelanggan dirakam dengan hanya menggunakan telefon bimbit walau di mana sahaja anda berada. – Mynewshub.my
Friday, June 3, 2011
Rakyat atau Kerajaan yang perlu berjimat?
Oleh Mohd Yusof Hadhari
Sekarang kita semua perlu terus sedar bahawa penjimatan kini sudah menjadi wajib. Ia patut menjadi kata kunci kepada semua orang, bukan lagi kepada yang berpendapatan rendah sahaja.
Kanapa saya berkata begitu. Harga gula sudah naik, harga minyak sudah berapa kali naik. Untuk harga barang yang lain harap tidak di naikan lagi, sekurang-kurangnya tidak dirasionalisasikan dalam masa terdekat. Harga petrol Ron95, diesel dan gas masih lagi bertahan, entah sampai bila subsidinya dapat diteruskan! Kita tunggu dan lihat.
Thursday, June 2, 2011
Patut Pengarah TNB suka sangat takrif naik..nak buat bayaq gaji dia yg RM1.2juta tu laa kot..??
Pada bulan Ogos 2010, Pengarah Eksekutif Che Khalib Mohamad Noh menerima satu gaji pokok tahunan sebanyak RM1.2 juta, jumlah sekali ganda berbanding yang diterimanya pada 2009.
Untuk caruman KWSP, bonus RM302,500 dan elaun-elaun lain, jumlah gaji yang diterimanya pada 2010 ialah sehingga RM1,806,664.
Pengarah Eksekutif Kedua TNB Azwan Mohd, yang telah dilantik pada 15 April 2010, menerima satu imbuhan berjumlah RM755,320.22 termasuk gaji pokok RM457,440.
Syarikat tenaga ini juga menunjukkan peningkatan kecil gaji untuk kebanyakan pengarah-pengarah bukan eksekutifnya.
Bekas ahli politik Sarawak, Leo Moggie menerima RM313,791.15 pada 2010 berbanding gaji RM299,190.20 yang diterimanya pada 2009.
Rakan sejawatnya, Mohammad Zainal Shaari, membawa pulang RM134,056.95 tahun ini berbanding RM127,797.85 pada 2009.
Pengarah-pengarah bukan eksekutif lain, termasuk Puteh Rukiah Abd Majid and Hari Narayanan Govindasamy, menerima gaji yang lebih kecil pada 2010.
Pinjaman-pinjaman dan liabiliti
Pada 2010, TNB Group memperolehi RM30,320.1 juta dalam pendapatan; hampir RM10 bilion lebih berbanding 2006, dan RM1.5 bilion lebih daripada yang perolehi pada 2009.
Ia juga menerima RM4,182.7 juta dalam keuntungan menjalankan operasi, kedua tertinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak RM5,542.7 juta.
TNB Group mendapat keuntungan RM4,022.1 juta sebelum potongan pencukaian dan zakat, lebih daripada dua kali ganda berbanding 2009 (RM1,543.1 juta).
Keuntungan bersih pada 2010 kepada pemegang-pemegang ekuiti syarikat juga tiga kali (RM3,201.9 juta) lebih tinggi daripada 2009 (RM917.9 juta).
Jumlah aset TNB Group pada tahun 2010 meningkat kepada RM74, 081.100.000, dengan penurunan berbanding pada (2009) daripada jumlah pinjaman dan liabiliti RM21, 263.600.000 dan RM45, 266.600.000.
Kredit : FMT
Bubarlah sekarang kalau Najib berani
BIAR pun Harakah edisi cetak keluaran Isnin lepas menggunakan tajuk ‘PRU Julai’, namun Perdana Menteri nampaknya masih teragak-agak. Kenaikan tarif elektrik menjadi bebanan baru buat Datuk Seri Najib Razak.
Kenaikan sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen bagi kilowat jam (kwj) menyebabkan bil sebelumnya tentu bertambah lagi. Cuma bil elektrik tidak berubah apabila rumah tidak ada penghuni.
Paling minima disebut RM20 bagi pengguaan elektrik 91.7 kwj. Itu pun hanya terpakai setakat 31 Disember depan. Selepas itu mungkin kerajaan akan mengkaji balik kadar terbabit.
Namun, pada pengumuman 31 Mei lalu, kerajaan tidak menyebut kajian akan dibuat dalam tempoh setiap enam bulan, seperti didakwa banyak pihak sebelum ini.
Aneh juga berdasar iklan disiar media 1 Jun lalu, TNB menyifatkan sumber tenaga boleh baharu seperti hidro, biomass dan solar disifatkan tidak berdaya saing.
TNB juga menyebut sumber tenaga konvensional iaitu penjanaan elektrik berskala besar lebih berdaya saing.
Nampak sangatlah tenaga boleh baru yang mampu menjimatkan wang rakyat bukan pilihan utama kerajaan BN. Betullah seperti didakwa bekas akauntan Petronas, Mohd Rafizi Ramli kewujudan penjana tenaga bebas (IPP) hanya projek menguntungkan kroni.
Dan apabila kroni laba tentunya untung akan mengalir juga kepada pemimpin politik.
Maka tidak hairanlah awal-awal lagi Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan meminta jangan dipolitikkan kenaikan tarif baru.
Nada itu samalah seperti acap kali diulang-ulang sebelum ini. Menteri tidak mahu harga barangan dinaikkan, sedangkan harga bahan api bertambah. Ini seperti cerita pak pandir.
Teori lama itu tidak mampu diguna pakai lagi. Apa yang rakyat hendak tahu Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan pemilik IPP.
Malangnya Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin awal-awal lagi memberitahu kerajaan tidak boleh memaksa didedahkan kepada umum PPA yang dimeterai.
PPA ditandatangani antara beberapa IPP dan TNB. "Siapa kita untuk beritahu mereka supaya mendedahkannya” kata Peter kepada kepada sebuah laman berita baru-baru ini.
PPA ialah kontrak undang-undang antara pengeluar dan pembeli tenaga. Sekarang perjanjian itu diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Rafizi ketika berceramah di Kampung Kubur Kuda di Kota Bharu malam Sabtu lalu mendedahkan kewujudan IPP berpangkal kisah di sebalik gangguan bekalan elektrik di seluruh negara pada 1996.
Ketika itu gangguan disebabkan sistem penghantaran (transmission line) terjadi tripping. Hanya berasas masalah teknikal tiba-tiba Tun Dr Mahathir Mohamad mencetus idea besar melahirkan IPP.
Ani Arope jadi mangsa
Alasan diberi Dr Mahathir kerana TNB tidak mampu membekal elektrik mencukupi.
Pengerusi TNB yang cukup dikenali ketika itu, Tan Sri Ani Arope dijadikan mangsa. Beliau dihentam Perdana Menteri, akhirnya meletak jawatan.
Rafizi juga mendakwa TNB menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga dibekal IPP dengan harga mahal. Kesannya kerajaan terpaksa menanggung subsidi antara RM19 hingga RM21 bilion.
“Kerajaan memilih untuk menghukum pengguna dan pemilik industri tanpa menghiraukan keuntungan dikecapi IPP,” katanya.
Sedangkan harga gas di Malaysia 1 Jun lalu masih murah berbanding di negara ASEAN lain. Di negara kita ialah RM13.70 mmBtu, sedangkan di Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04).
Berpandu kepada kedudukan harga gas tersebut Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) menyifatkan kenaikan tarif elektrik tidak adil.
Pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah.
Presiden FMM, Mustafa Mansur dalam kenyataannya berkata, walaupun pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini.
Hairannya biar pun harga gas lebih tinggi di Thailand, namun bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektriknya lebih rendah. Bagaimanapun tarif elektrik komersil di Thailand hanya 0.4 peratus lebih tinggi daripada RM37.85 kw/j di Malaysia.
Berasas kepada perkiraan itu ramai mendakwa IPP meraih keuntungan lumayan daripada kontrak yang cuba dirahsiakan kerajaan.
IPP menikmati subsidi gas sedangkan sebahagian besar mereka disenaraikan orang paling kaya di Malaysia. Dalam senarai billionaire 2011 ada nama mereka. Malangnya kerajaan BN masih bermurah hati sedekahkan subsidi kepada billionaire.
Berpangkal kepada kemelut yang dicipta Najib 1 Jun lalu, maka petanda pilihan raya umum ke-13 kini menjadi semakin samar.
Umno belum tempah poster
Hujah itu disokong pula dengan dakwaan sumber, ibu pejabat Umno di PWTC belum lagi menempah material kempen daripada luar negara sebagaimana lazim dilakukan.
Kata sumber itu biasanya segala peralatan kempen termasuk poster ditempah dari China. Andaian itu ada asasnya.
Sebaliknya seorang pegawai jabatan pusat pula memberitahu ada arahan daripada ibu pejabat supaya jabatannya mendekati kelompok penduduk.
”Perjumpaan dengan mereka perlu diadakan bagi mengetahui apa yang kehendaki daripada kerajaan,” ujar pegawai terbabit.
Pegawai lain pula memberitahu penjawat awam yang berminat bertugas sebagai pembantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari mengundi sudah disenaraikan.
Tindak tanduk tersebut seperti menggambarkan SPR sudah bersiap sedia menghadapi pengisytiharan PRU-13 pada bila-bila masa. Cuma Najib sahaja nampak gelabah.
Malah agenda setting Umno memperkudakan Utusan sudah rapat ke siling.
Utusan hari ini benar-benar mempraktikkan teori yang digunapakai bekas Menteri Penerangan Itali zaman Hitler iaitu Joseff Goeble.
Joseff menyebut ”kerajaan hendaklah berbohong kepda rakyat dan pembohongan itu hendaklah diulang-ulang supaya rakyat percaya. Jangan sama sekali rakyat tahu kebenaran. Kebenaran adalah musuh negara.”
Inilah yang sedang berlaku di hadapan kita sekarang. Video seks adalah bukti Umno menggunapakai teori Hitler bagi menghalang kebangkitan Pakatan Rakyat.
Biar pun Wata Hawari disingkir, Umno lupa masih ramai lagi refomis journalist berada di bawah bumbung Utusan Melayu.
Sekarang siapa yang terjerat dalam isu tarif baru elektrik. Dendam rakyat pastinya akan dizahirkan pada kertas undi. Bubarlah parlimen sekarang kalau Najib berani.
Tuesday, May 31, 2011
Rakyat pendapatan rendah tidak selamat
Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd Khairun Aseh berkata, kenaikan tersebut bakal membebankan rakyat termasuklah golongan peniaga dan industri.
Katanya, walaupun kenaikan tarif elektrik itu tidak melibatkan pengguna domestik yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj sebulan atau kurang, kesan kenaikan tersebut tetap akan dirasai rakyat berpendapatan rendah.
“Sudah pasti peniaga dan industri akan menghadapi peningkatan tarif elektrik yang diumumkan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui dan mereka dikhuatiri akan mengembalikannya semula kepada pengguna.
“Oleh itu, rakyat berpendapatan rendah tetap tidak akan selamat dengan kenaikan tarif yang katanya dikecualikan daripada mereka apabila peniaga dan industri yang memberi perkhidmatan mengembalikannya semula kepada pengguna,” katanya.
Khairun cadangkan kerajaan mengenakan cukai kepada pengeluar tenaga elektrik persendirian dan pengeluar-pengeluar tenaga bebas (IPP).
Cadangan itu, katanya, antara alternatif lain yang boleh diberi perhatian serius oleh kerajaan agar tidak melibatkan rakyat berpendapatan rendah.
“Mungkin juga kerajaan boleh melaksana Akta Pencatutan 2010 sebagai jalan lain, selain meningkatkan kos barangan domestik,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda MIC, T Mohan berkata, kenaikan itu tidak patut dilakukan pada waktu ini.
Katanya, ia adalah disebabkan rakyat masih berada pada takuk pendapatan yang sederhana, sedangkan kos sara hidup semakin meningkat.
“Jangan sentuh nadi rakyat. Kerajaan perlu mencari jalan yang lebih sesuai bagi menampung kos subsidi, itu tidak dinafikan, namun tidak perlu melibatkan kenaikan harga barang kegunaan domestik.
“Saya percaya masih banyak pembaziran elektrik akan berlaku sekalipun kenaikan tarif elektrik dilakukan. Namun sekiranya peningkatan itu alasan kepada peningkatan taraf ekonomi negara, ia mungkin boleh diterima,” katanya kepada Sinar Harian.
Semalam, kerajaan mengumumkan kenaikan tarif elektrik melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, dan turut mengumumkan pemberian bekalan elektrik percuma kepada pengguna berpendapatan rendah yang menggunakan elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember tahun ini.
Pemberian bekalan elektrik percuma itu dijangka melibatkan kos sebanyak RM122 juta setahun bagi membiayai kegunaan 900,000 pengguna di Semenanjung.
Kenaikan tersebut juga bagi membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mempertingkatkan pelaburan dalam penyediaan infrastruktur pembekalan elektrik yang lebih baik termasuk pengukuhan sistem penghantaran dan pengagihan.
Monday, May 30, 2011
OK laa tu Susut.. Nak untung berapa juta langsung..!?
Pendapatan TNB dijangka susut
KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) menjangkakan pendapatannya bagi tahun kewangan 2011 lebih rendah berbanding tahun sebelumnya meskipun tarif elektrik dinaikkan sebanyak 7.12 peratus berkuat kuasa 1 Jun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh (gambar) berkata, ini kerana pihaknya masih perlu membeli arang batu pada harga pasaran yang lebih tinggi iaitu AS$120 (RM362.20) per tan metrik pada masa sekarang.
"Harga arang batu kekal pada paras AS$85 (RM256.57), pada hal harga semasanya ialah pada AS$120. Oleh itu, secara asasnya terdapat jurang sebanyak AS$35 (RM105.64) bagi setiap tan penggunaan yang kami perlu serapkan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Admin KLN - Ok laa tu susut yang ko dok bangga untung banyak2 buat apa kejadahnya.. ko biz atas hak rakyat seperti AIR & TELEFON...benda nie benda asas yang kerajaan patut bagi servis pada rakyat..dan sepatutnya ko org untung sekadar RM1 shj setiap tahun selepas ditplak dengan kos maintenance dan gaji kakitangan serta bonos....dan pulangan keuntungan yg selebihnya tu bagi semula kepada rakyat...



