Showing posts with label MPSPK. Show all posts
Showing posts with label MPSPK. Show all posts

Friday, August 26, 2011

3 Ahli Parlimen dari kawasan Sungai Petani, Merbok dan Jerai berjumpa 3 jam dengan YDP MPSPK

Ahli majlis diminta henti boikot



SUNGAI PETANI – Seramai 17 Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) yang memboikot untuk tidak menghadiri kesemua mesyuarat sejak 29 Mei lalu diminta supaya tidak lagi berbuat demikian setelah perundingan dilakukan bersama Yang Dipertua (YDP) MPSPK, Rozaina Datuk Radzi kelmarin.



Keputusan itu diambil berkuat kuasa pada 25 Ogos setelah tiga Ahli Parlimen dari kawasan Sungai Petani, Merbok dan Jerai melakukan perbincangan khas bersama YDP petang kelmarin di sini, sebelum mempersetujui supaya masalah yang berlaku boleh diselesaikan secara baik sekiranya kedua-dua pihak bertoleransi.



Tiga Ahli Parlimen berkenaan termasuk Datuk Johari Abdul (Sungai Petani), Datuk Rashid Din (Merbok) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) membuat arahan berkenaan setelah kata putus dicapai menerusi perbincangan yang dilakukan selama dua jam.



Johari berkata, YDP bersedia berhadapan dengan permasalahan yang berlaku dan bersetuju akan memberikan perhatian terhadap apa yang diluahkan ahli majlis menerusi memorandum yang sudah diserahkan kepada beliau.



“YDP bersedia ingin memulihkan keadaan dan berharap ahli majlis juga bersedia untuk berbincang dan masuk semula mesyuarat supaya tugasan yang tergendala berjalan lancar.



“Kita juga tidak mahu ada rungutan daripada rakyat bahawa tiada tempat mahu mengadu masalah setelah 17 ahli majlis boikot untuk tidak mahu masuk mesyuarat,” katanya semasa sidang media diadakan.



Bagaimanapun, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar tidak dapat bersama media kerana ada urusan lain di kawasannya.



Johari berkata, tindakan ahli majlis juga dijadikan alasan kepada kakitangan lain dengan menyatakan mereka tidak boleh buat kerja apabila ahli majlis tiada.



Katanya, mana-mana ahli majlis yang tidak dapat mengikut arahan berkenaan akan dikenakan tindakan.



“Kami akan memantau pergerakan mesyuarat bagi memastikan kelancaran yang baik selain mahu tugasan berjalan seperti biasa kerana tidak mahu hak rakyat yang menjelaskan cukai terabai,” katanya.



Selain itu, apabila ditanya beliau menafikan keputusan yang dibuat menyebabkan ketiga-tiga Ahli Parlimen itu berpihak kepada YDP tetapi lebih memikirkan kepentingan rakyat yang menanggung kesan akibat pergolakan itu.



Sinar Harian pada 30 Mei lalu menyiarkan laporan berhubung tindakan 17 ahli majlis yang memboikot dari menghadiri kesemua mesyuarat setelah tidak berpuas hati dengan pentadbiran YDP.



Sementara itu, usaha wartawan menghubungi Ketua Whip Ahli Majlis Ishak Man, enggan mengulas lanjut perkara itu.



“Kita tunggu masa lain, saya sendiri akan panggil media berhubung perkara ini,” katanya.

Thursday, August 4, 2011

Bila nak buat penguatkuasaan kegiatan haram ‘hilang’

Ditulis oleh SARINA ISMAIL

SUNGAI PETANI, 4 Ogos 2011 – Setakat ini Bahagian Perlesenan Majlis Perbandaran (MPSP) Sungai Petani tidak mengeluarkan sebarang lesen pusat hiburan atau menyambung semula lesen-lesen yang telah tamat tempoh.

Menurut sumber bahagian perlesenan MPSP juga memaklumkan, pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen rumah urut tetapi hanya mengeluarkan lesen-lesen untuk premis kecantikan dan persolekan. Walau bagaimanapun mungkin terdapat pihak pengusaha premis kecantikan menyalahgunakan lesen terbabit untuk aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral.

Setakat ini pihak MPSP tidak menyambung semula lesen-lesen premis terbabit yang telah tamat tempoh tetapi kebanyakan mereka masih menjalankan operasi perniagaan secara haram.

Sementara itu pihak penguatkuasa MPSP memantau serta membuat pemeriksaan dan mengambil tindakan sama ada dikenakan kompaun atau keluarkan notis undang-undang kepada premis-premis yang tidak mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Seorang Ahli Majlis MPSPK memberitahu mereka pernah melakukan operasi terhadap premis yang menjalankan kegiatan haram tersebut tetapi gagal menemuinya kerana premis yang disyaki ditutup sewaktu operasi.

“Masalah yang sering berlaku di mana-mana PBT pun ialah apabila kita melakukan kerjasama dengan pihak polis, maka kegiatam haram mereka pun terhenti pada masa itu… mungkin ia berlaku ‘secara kebetulan’,” ujar seorang Ahli Majlis.

Thursday, July 28, 2011

Ahli Majlis TAK SUKA, YB pun TAK SUKA tapi mai tang MB awat dia suka pompuan nie tak tau..???

Mohon MB nilai semula YDP

SUNGAI PETANI – Tiga Ahli Parlimen dari kawasan Sungai Petani, Merbok dan Jerai memohon Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat penilaian semula keputusan mengekalkan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Rozaina Datuk Radzi.

Tiga Ahli Parlimen berkenaan termasuk Datuk Johari Abdul (Sungai Petani), Datuk Rashid Din (Merbok) dan Mohd Firdaus Jaafar (Jerai) memohon pertimbangan Menteri Besar supaya membuat penilaian semula terhadap YDP yang menerima bantahan majoriti Ahli Majlis.

Johari berkata, beliau yakin Menteri Besar tidak diberi maklumat tepat berhubung tindakan 17 Ahli Majlis yang memboikot YDP atas sebab tertentu yang telah disenaraikan melalui memorandum mengandungi 10 sebab mengapa YDP perlu ditukar yang dihantar 30 Mei lalu.

“Kami mahukan MB buat penilaian semula apa yang terkandung dalam memorandum di mana Ahli Majlis mahukan YDP ditukarkan jika tidak 17 Ahli Majlis tidak akan menghadiri mesyuarat sekiranya YDP sedia ada masih menjawat jawatan,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, tindakan YDP yang tidak pernah berunding permasalahan yang berlaku adalah tidak patut kerana langsung tiada memberi peluang wakil rakyat bertemu dengannya walaupun ingin membuat temu janji beberapa kali.

Selain itu, Mohd Firdaus berkata, perkara yang dinyatakan dalam memorandum adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang mengatur perjalanan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana Bandar Sungai Petani adalah bandar contoh yang pesat membangun dengan pelbagai aktiviti.

“Sekiranya YDP dibiarkan dengan keputusannya, manakala Ahli Majlis tidak juga masuk ke mesyuarat, masalah rakyat terus-terusan tidak dapat diselesaikan dan pelaksanaan beberapa agenda juga akan terganggu.

“Rakyat terbeban dengan pelbagai masalah, tiada tempat mengadu dan akhirnya masalah berhubung soal sampah, jalan berlubang, longkang bocor dan sebagainya tergendala.

“Kita tidak mahu perkara ini berlanjutan dan mahukan setiap Ahli Majlis kembali bertugas seperti biasa namun permintaan Ahli Majlis yang mahukan YDP ditukarkan perlu dilaksanakan terlebih dahulu,” katanya.

Selain itu, Rashid menjelaskan, memorandum itu menunjukkan kewibawaan YDP yang lemah selain terkilan dengan sikap pemimpin tersebut yang seolah-olah tidak prihatin dengan masalah berkenaan.

Beliau mengharapkan Kerajaan Negeri mendengar dan memahami permintaan Ahli Majlis supaya mengambil langkah terbaik dalam menyelesaikan perkara berkenaan agar Ahli Majlis dapat meneruskan kembali tugas dan berkhidmat kepada rakyat.

Menurutnya, desas-desus yang mengatakan bahawa Ahli Majlis mempunyai kepentingan mendapat tender sehingga diabaikan YDP menyebabkan mereka memboikot adalah tidak benar dan sekiranya berlaku, perkara itu boleh dipanjangkan ke siasatan terperinci berserta bukti kukuh.

“Kami tidak akan membiarkan sekiranya ada Ahli Majlis yang ada kepentingan masing-masing dan tindakan akan diambil kepada mereka sekiranya didapati bersalah,” katanya.

Monday, June 27, 2011

Ada Ahli Majlis MPSPK lapaq elaun.. langgaq perjanjian bersama untuk boikot mesyorat majlis..!!

Assalamualaikum,

http://www.mpspk.gov.my/image/image_gallery?uuid=ff76cbf4-5eb8-4cc2-9abc-ca702221ceb7&groupId=21839&t=1301996296077

Aduhai nie mai bangjoe nak habaq kat hangpa pasai isu ahli majlis lapaq elaun... hangpa ingat dak lagi pasai ahli majlis MPSPK yg mana depa seblom nie dah berpakat nak pulau mesyorat majlis... so far alhamdulillah.. laa kata sepakat depa tu menjadi.. namun sejak dua menjak nie dah ada yg nak ngelat dah dok tebiang pie jugak mesyorat majlis tuu... depa nie 2 org sorang PKR sorang PAS... lanie kira depa dah mungkiaq janji laa..

So far mesyuarat penoh ahli majlis skrg nie tak dapat dijalankan kerna semua ahli majlis masih lagi dok boikot...dan YDP serta SU memang tengah dok musing pikiaq benda nie.. org suruh letak jawatan haram tak mau letak... namun bila 2 org ahli majlis nie dok terhegeh pie sua kepala jugak hadir mesyorat ahli majlis kira depa 2 org ja lah kupang tembaga dalam mesyorat tuu..

Sehari dua nie MPSPK dah keluaq notis untuk roboh gerai kot area bukit makmur ... tapi tak dapat dijalankan kerana melanggari perintah mesyorat EXCO NEGERI dimana setiap operasi pemutihan nak kena ambik kata putus dalam mesyorat penuh... nasib baik mesyorat tak cukup korom jika tidak jadi macam gerai cinta sayang dulu laa.. tapi yang herannya mesyorat penoh tak dapat buat tapi mai kot mana pulak notis roboh tuuu....

jadi dengan ini BangJoe harap parti PAS & PKR kena ambik tindakan atas kelaku ahli majlis hangpa nie...dah kebuloq sangat kaa duit elaun tuu.. kalau lapaq habaq la mai sini kami rakyat nak kumpoi derma bagi kat hangpa 2 ekoq...jadi sebelum merebak lagi busok kelaku nie baik ambik tindakan segera...tu baru jadi ahli majlis macamana kalau jadi ADUN kaa MP kaaa dah kira dalam ketegori 'melompat katak' dah nie.....

BangJoe Merbok

Wednesday, June 8, 2011

Pakatan Rakyat dihadiahkan dengan isu ‘periuk nasi’, gunakan sebaiknya

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

http://norafidahbpsrt.files.wordpress.com/2011/03/periuk-nasi.jpgTidak boleh berlaku; tarif elektrik, gula dan minyak naik tetapi harga barang dan kos perkhidmatan tidak naik. Jaminan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa inflasi tidak akan berlaku dengan kenaikan tarif elektrik adalah karut, justeru Pakatan Rakyat kini dihadiahkan dengan isu ‘periuk nasi’ merupakan isu yang paling efisien merobek hati nurani rakyat.

kenaikan tarif elektrik akan menyebabkan kos barangan atau perkhidmatan akan meningkat dan dengan sendirinya inflasi atau kenaikan harga barang akan berlaku


Memang tarif lektrik dikenakan pada pengeluar, tetapi bila keadaan ini berlaku, barangan keluaran mereka terpaksa dinaikkan harganya sehingga ianya akan membebankan rakyat seluruhnya khususnya yang berpendapatan rendah.

Menurut anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah, walaupun tarif tidak dinaikkan untuk pengguna yang bilnya RM77 ke bawah sebulan, golongan berpendapatan rendah akan terus terbeban dengan cara ini.

Ini kerana, pengguna elektrik yang besar iaitu pekilang akan tetap terbeban dan kos mereka akan meningkat. Apabila ini berlaku, mereka akan menutup kenaikan kos itu dengan menaikkan harga barangan mereka dan ini akan membebankan golongan bawahan secara tidak langsung apabila mereka terpaksa membeli barangan itu.

Sepatutnya kerajaan mengurangkan atau menghentikan pampasan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) dan syarikat konsesi tol setiap tahun kerana ia mampu menjimatkan wang negara. Ia ibarat kera di hutan disusukan, anak dipangkuan dibiar kebuluran.

Semua pihak dalam PAS amat sedar sukarnya memainkan isu di kalangan masyarakat Melayu yang berdekad-dekad dikhayalkan dengan candu ‘kuasa Melayu’ oleh UMNO. Maka satu-satu isu yang boleh memecahkan kebuntuan itu ialah yang berkaitan dengan periuk nasi dan susah senang kehidupan seharian mereka. Ada kelompok manusia yang sukar untuk marah bagi pihak orang lain tetapi setelah kesusahan itu menimpa batang hidung sendiri, maka proses pengubahan persepsi mereka menjadi lebih mudah.

Jangan lupa, PRU ke 12 lalu, selain faktor pengundi Bukan Melayu, faktor kenaikan harga barangan akibat kenaikan harga minyak menjadi penyebab sebahagian undi Melayu berpihak pada pembangkang. Soalnya bagaimana pengembelingan harus dilakukan supaya isu periuk nasi ini tidak terpinggir malah diutamakan dalam seluruh sesi penerangan kepada rakyat di semua peringkat. Percayalah isu ini akan jadi sangat efisien untuk menumbangkan BN. Ia telah terbukti di banyak negara.

Panas isu ahli majlis bantah YDP MPSPK

Keluaran yang lalu saya menulis mengenai tindakan pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) yang diketuai oleh Setiausaha MPSPK merobohkan gerai-gerai haram di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang Sungai Petani. Ia menimbulkan bantahan peniaga, orang ramai dan Exco Kerajaan Negeri yang juga merupakan ADUN Kawasan terbabit, S. Manikumar. Bantahan tidak diendahkan dan gerai tetap dirobohkan.

Episod perobohan itu rupanya tidak berakhir di situ.Seramai 17 Ahli MPSPK lantikan politik mendesak Yang Dipertuanya (YDP), Rozaina Radzi ditukarkan ke jabatan lain setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Ketua Whip, Ishak Man mahu Kerajaan Negeri membuat siasatan terhadap Rozaina dan Setiausaha, Radzuan Osman kerana didakwa tidak efisien dalam beberapa perkara berbangkit.

Selagi tuntutan mereka tidak diberi perhatian sama ada siasatan dibuat atau kedua-duanya ditukarkan ke jabatan lain, selagi itu ahli majlis lantikan politik seramai 17 orang akan memboikot mesyuarat MPSPK.

Namun peranan sebagai ahli majlis tetap diteruskan seperti biasa,17 ahli majlis itu membuat sidang media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya di Wisma Darulaman.

Menurutnya, rasa tidak puas hati terhadap tindakan merobohkan gerai di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang 26 Mei lalu antara punca mereka menyerahkan memorandum agar Menteri Besar campur tangan menyelesaikan kemelut dihadapi.

Keputusan merobohkan gerai berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat bersama ahli majlis. Tindakan tersebut jelas membelakangi ahli majlis sebagai pembuat dasar dalam pentadbiran.

Rupanya isu roboh gerai bukanlah satu-satunya isu yang membangkitkan kemarahan ahli MPSPK tetapi beberapa isu lain seperti YDP sering berada di luar kawasan dan ini menyusahkan kakitangan untuk berbincang masalah berbangkit.

Antara kenyataan yang terkandung dalam memorandum itu ialah perancangan MPSPK sering tertangguh khususnya melibatkan kepentingan rakyat seperti cadangan membina stesen bas yang diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada 28 Februari lalu.

Pecah tanah pembinaan stesen bas dibuat 5 Mac 2008 dan isu ini sering diketengahkan agar diberi keutamaan kerana mendapat rungutan penduduk yang mahu projek itu disegerakan,namun sehingga kini belum terlaksana.

Antara projek yang masih tertangguh sehingga kini ialah pembinaan pasar awam yang bajetnya sudah diluluskan pada penghujung tahun lalu tetapi belum dilaksanakan.

Isu lain yang turut menjadi perhatian ialah penguatkuasaan yang lemah terhadap rumah urut yang sebahagiannya menjalankan aktiviti tidak bermoral, termasuk premis judi.

Apa yang berlaku di MPSPK bukanlah isu politik kepartian, ia cuma isu pentadbiran. Namun apabila ia melibatkan kepentingan rakyat, ahli-ahli politik mestilah bingkas bangun mempertahankan kepentingan dan kebajikan rakyat. Tindakan mereka betul.

Bayangkan jika ahli-ahli politik membisu terhadap isu tersebut, maka pasti semua media talibarut BN akan mengeksploitnya habis-habisan. Berita itu akan disensasikan oleh media mereka selama berhari-hari. Perkasa dijangka akan cepat-cepat melompat mengadakan demonstrasi haram, menaikkan sepanduk ‘Kerajaan PAS Kedah tindas peniaga Melayu’. Pegawai yang buat operasi boleh tidur lena, tetapi ahli politik yang terpaksa berhempas pulas menjawab dengan rakyat, walhal sebelum operasi meroboh orang politik langsung tidak diberitahu. Inilah yang mahu dielakkan.

Tuesday, May 31, 2011

Roboh gerai di Sungai Petani: Ada tangan-tangan ghaib Umno?

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Belum selesai isu perobohan gerai pulut udang di Stadium Darul Aman oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, muncul cerita baru mengenai roboh gerai di Sungai Petani. Kali ini 12 buah gerai yang berderetan di hadapan Kelab Cinta Sayang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Gerai tersebut bukan gerai roda tiga atau pemegang lesen penjaja mudah alih yang hanya bertenggek di situ pada waktu tertentu, tetapi gerai yang dibina seolah-olah mahu berniaga kekal di situ. Sebahagian gerai makanan itu sudah beroperasi lebih 10 tahun.

Ia memang menyalahi peraturan dan para peniaga juga sedar mereka telah melakukan kesalahan. Tetapi dalam dunia ini ‘kesalahan’ disahkan hanya apabila terdapat penguatkuasaan terhadap peraturan atau undang-undang.

Terdapat di kalangan rakyat negara ini yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal namun mereka tidak dianggap melakukan kesalahan sehingga polis menahan dan mengeluarkan notis saman.

Dalam suasana yang tidak ada penguatkuasaan, ramai yang tidak ambil peduli tentang kesalahan. Apatah lagi jika apa yang hendak dilakukan itu adalah perkara baik; berniaga barang yang halal untuk menyara keluarga.

Timbul persoalan mengapa penguatkuasaan tidak dibuat sewaktu tiang mula dipacak oleh peniaga untuk mendirikan gerai? Selepas mereka berniaga dengan maju, sehingga berbelas tahun baru MPSPK berfikir untuk bertindak.

Para penguatkuasa MPSPK dikatakan datang ‘ala gengstar’ beroperasi sewaktu pelanggan sedang menjamu selera di waktu pagi, sewaktu hidangan lauk pauk tersusun rapi di atas meja. Adakah ini cara bertindak yang rasional?

ADUN kawasan terbabit yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, S. Manikumar berkejar ke tempat kejadian. Beliau cuba mempertahankan peniaga, menghalang gerai dari dirobohkan. Tapi pihak penguatkuasa tidak hiraukan Exco kerana kononnya hanya mahu mengikut arahan ‘dari atas’. Siapakah yang lebih atas dari Exco itu? Manikumar tidak berputus asa terus cuba menghalang tetapi dia ditolak ke tepi macam polis bertindak terhadap peserta demonstrasi. Sungguh biadap.

Akhirnya gerai-gerai tersebut dirobohkan. Para peniaga mula menghala persoalan kepada kerajaan negeri yang sedang giat memperkasa visi ‘Kedah Sejahtera’. Rupanya ahli-ahli MPSPK juga tidak tahu menahu mengenai operasi tersebut. Menteri Besar, Exco dan ADUN jauh sekali dari diberitahu. Tindakan penguatkuasa lebih sudu dari garpu, menggambarkan seolah-olah ada dalang di belakang mereka.

Ahli-ahli MPSPK menjelaskan bahawa mereka telah membuat satu ketetapan dalam mesyuarat kerajaan tempatan iaitu tindakan pencegahan atau perobohan hanyalah untuk geri-gerai baru yang sedang dibina.

Manakala bagi gerai-gerai yang sudah lama beroperasi, ruang niaga alternatif mesti disediakan terlebih dahulu kepada mereka sebelum bertindak. Itu cara berfikir dan bertindak orang politik. Sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya.

Kerajaan yang memerintah harus mengambil langkah terbaik untuk mengelak kontroversi. Meroboh dan mengusir adalah istilah yang sangat buruk di mata rakyat terhadap sesebuah kerajaan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana negeri pun terpaksa berhadapan dengan manipulasi media.
Kekuatan BN masih pada penguasaan media-media utama. Mereka hanya mengambil aspek yang ‘nampak zalim’ untuk dimomokkan kepada rakyat, sedangkan scenario asal terhadap tindakan tidak diceritakan. Inilah yang mahu dielakkan oleh kerajaan PR.

Malangnya ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli majlis tersebut dicabul oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah dipaksa untuk mendengar satu arahan lain. Ia memberi dua andaian; pertama pegawai yang berkuasa yang mengarahkan kepada tindakan betul-betul bertindak secara professional berdasarkan peraturan.

Aspek lain, selain peraturan, bukan menjadi kriteria langsung untuk dipertimbangkan termasuklah aspek untung rugi politik.

“Kerana kami pentadbir, bukan orang politik,” mungkin hujah mereka.

Andaian kedua, ialah terdapat ‘grand design’ untuk mencipta isu-isu yang boleh boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Kita berharap semoga apa yang berlaku bukannya kerana andaian yang kedua tersebut kerana di Kedah, zahirnya para pegawai tiada yang menikam kerajaan dari belakang. Justeru kepimpinan kerajaan negeri perlu berbincang dan membuat keputusan terbaik dengan para pegawai yang merancang penguatkuasaan. Jangan beri ruang langsung pada musuh mengeksploit isu.

Mohon ganti YDP, Setiausaha bagi MPSPK


ALOR SETAR - Seramai 17 Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mendesak Yang Dipertuanya (YDP), Rozaina Radzi ditukarkan ke jabatan lain setelah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinannya.

Ketua Whip, Ishak Man mahu Kerajaan Negeri membuat siasatan terhadap Rozaina dan Setiausaha, Radzuan Osman kerana didakwa tidak efisien dalam beberapa perkara berbangkit.

“Selagi tuntutan kami tidak diberi perhatian sama ada siasatan dibuat atau kedua-duanya ditukarkan ke jabatan lain, selagi itu ahli majlis lantikan politik seramai 17 orang akan memboikot mesyuarat MPSPK.

“Namun peranan sebagai ahli majlis tetap diteruskan seperti biasa,” katanya pada media selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya di Wisma Darulaman, semalam.

Menurutnya, rasa tidak puas hati terhadap tindakan merobohkan gerai di sepanjang Jalan Kelab Cinta Sayang 26 Mei lalu antara punca mereka menyerahkan memorandum agar Menteri Besar campur tangan menyelesaikan kemelut dihadapi.

“Kami kesal kerana keputusan merobohkan gerai berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat bersama ahli majlis. Tindakan ini seolah-olah membelakangkan kami sebagai pembuat dasar dan polisi,” katanya.

Ishak berkata, rentetan peristiwa itu, 17 ahli majlis lantikan politik kecewa dan hilang keyakinan kepada Rozaina dan Radzuan, dan memutuskan untuk tidak hadir pada sebarang mesyuarat MPSPK bermula kelmarin sehingga digantikan dengan YDP baru.

“Keputusan kami ini bukan hanya disebabkan isu perobohan gerai, tetapi beberapa isu lain seperti beliau sering berada di luar kawasan dan ini menyusahkan kakitangan untuk berbincang masalah berbangkit,” katanya.

Antara kenyataan dalam memorandum itu ialah perancangan sering tertangguh khususnya melibatkan kepentingan rakyat seperti cadangan membina stesen bas yang diputuskan dalam mesyuarat penuh majlis pada 28 Februari lalu.

“Pecah tanah pembinaan stesen bas dibuat 5 Mac 2008 dan isu ini sering diketengahkan agar diberi keutamaan kerana mendapat rungutan penduduk yang mahu projek itu disegerakan,” katanya.

Antara projek yang masih tertangguh sehingga kini ialah pembinaan pasar awam yang bajetnya sudah diluluskan pada penghujung tahun lalu tetapi belum dilaksanakan.

“Isu lain yang turut menjadi perhatian ialah penguatkuasaan yang lemah terhadap rumah urut yang sebahagiannya menjalankan aktiviti tidak bermoral, termasuk premis judi,” katanya.

Memorandum turut membangkitkan rasa tidak puas hati keputusan dalam mesyuarat tidak dilaksanakan seperti yang dipersetujui selain membelakangkan ahli majlis dalam beberapa perkara.

Ishak berkata, mereka mahu campur tangan segera Kerajaan Negeri supaya kepentingan rakyat terpelihara.

Sunday, May 29, 2011

Siapa dalang di sebalik peristiwa roboh gerai di Sungai Petani?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Belum selesai isu perobohan gerai pulut udang di Stadium Darul Aman oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, muncul cerita baru mengenai roboh gerai di Sungai Petani. Kali ini 12 buah gerai yang berderetan di hadapan Kelab Cinta Sayang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Gerai tersebut bukan gerai roda tiga atau pemegang lesen penjaja mudah alih yang hanya bertenggek di situ pada waktu tertentu, tetapi gerai yang dibina seolah-olah mahu berniaga kekal di situ. Sebahagian gerai makanan itu sudah beroperasi lebih 10 tahun.

Ia memang menyalahi peraturan dan para peniaga juga sedar mereka telah melakukan kesalahan. Tetapi dalam dunia ini ‘kesalahan’ disahkan hanya apabila terdapat penguatkuasaan terhadap peraturan atau undang-undang. Terdapat di kalangan rakyat negara ini yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal namun mereka tidak dianggap melakukan kesalahan sehingga polis menahan dan mengeluarkan notis saman.

Dalam suasana yang tidak ada penguatkuasaan, ramai yang tidak ambil peduli tentang kesalahan. Apatah lagi jika apa yang hendak dilakukan itu adalah perkara baik; berniaga barang yang halal untuk menyara keluarga. Timbul persoalan mengapa penguatkuasaan tidak dibuat sewaktu tiang mula dipacak oleh peniaga untuk mendirikan gerai? Selepas mereka berniaga dengan maju, sehingga berbelas tahun baru MPSPK berfikir untuk bertindak.

Para penguatkuasa MPSPK dikatakan datang ‘ala gengstar’ beroperasi sewaktu pelanggan sedang menjamu selera di waktu pagi, sewaktu hidangan lauk pauk tersusun rapi di atas meja. Adakah ini cara bertindak yang rasional?

ADUN kawasan terbabit yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, S. Manikumar berkejar ke tempat kejadian. Beliau cuba mempertahankan peniaga, menghalang gerai dari dirobohkan. Tapi pihak penguatkuasa tidak hiraukan Exco kerana kononnya hanya mahu mengikut arahan ‘dari atas’. Siapakah yang lebih atas dari Exco itu? Manikumar tidak berputus asa terus cuba menghalang tetapi dia ditolak ke tepi macam polis bertindak terhadap peserta demonstrasi. Sungguh biadap.

Akhirnya gerai-gerai tersebut dirobohkan. Para peniaga mula menghala persoalan kepadakerajaan negeri yang sedang giat memperkasa visi ‘Kedah Sejahtera’. Rupanya ahli-ahli MPSPK juga tidak tahu menahu mengenai operasi tersebut. Menteri Besar, Exco dan ADUN jauh sekali dari diberitahu. Tindakan penguatkuasa lebih sudu dari garpu, menggambarkan seolah-olah ada dalang di belakang mereka.

Ahli-ahli MPSPK menjelaskan bahawa mereka telah membuat satu ketetapan dalam mesyuarat kerajaan tempatan iaitu tindakan pencegahan atau perobohan hanyalah untuk geri-gerai baru yang sedang dibina. Manakala bagi gerai-gerai yang sudah lama beroperasi, ruang niaga alternatif mesti disediakan terlebih dahulu kepada mereka sebelum bertindak. Itu cara berfikir dan bertindak orang politik. Sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya. Kerajaan yang memerintah harus mengambil langkah terbaik untuk mengelak kontroversi. Meroboh dan mengusir adalah istilah yang sangat buruk di mata rakyat terhadap sesebuah kerajaan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana negeri pun terpaksa berhadapan dengan manipulasi media. Kekuatan BN masih pada penguasaan media-media utama. Mereka hanya mengambil aspek yang ‘nampak zalim’ untuk dimomokkan kepada rakyat, sedangkan scenario asal terhadap tindakan tidak diceritakan. Inilah yang mahu dielakkan oleh kerajaan PR.

Malangnya ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli majlis tersebut dicabul oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah dipaksa untuk mendengar satu arahan lain. Ia memberi dua andaian; pertama pegawai yang berkuasa yang mengarahkan kepada tindakan betul-betul bertindak secara professional berdasarkan peraturan. Aspek lain, selain peraturan, bukan menjadi kriteria langsung untuk dipertimbangkan termasuklah aspek untung rugi politik. “Kerana kami pentadbir, bukan orang politik,” mungkin hujah mereka.

Andaian kedua, ialah terdapat ‘grand design’ untuk mencipta isu-isu yang boleh boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Kita berharap semoga apa yang berlaku bukannya kerana andaian yang kedua tersebut kerana di Kedah, zahirnya para pegawai tiada yang menikam kerajaan dari belakang. Justeru kepimpinan kerajaan negeri perlu berbincang dan membuat keputusan terbaik dengan para pegawai yang merancang penguatkuasaan. Jangan beri ruang langsung pada musuh mengeksploit isu.

note : Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani hari ini mengambil keputusan memboikot semua mesyuarat majlis ekoran dari tindakan tidak cermat Yang Dipertua dan Setiausaha MPSPK merobohkan gerai-gerai di Jalan Kelab Cinta Sayang, Khamis lalu.



ADMIN KLN : Rasanya YDP MPSPK & SU dia nie lebih sudu dari kuah .. takpon ada tangan ajaib kat atas sana dok jaga beliau...itu yg belagak semacam jaa...!!

Wednesday, May 25, 2011

MPSPK Roboh Gerai depan Kelab Cinta Sayang - Siapa Berkuasa & Dimana Budi bicara @ adakah udang dalam mee..




MPSPK telah bertindak meroboh gerai di depan KELAB CINTA SAYANG pada pagi ini. Siapakah yang terlibat dalam arahan merobohkan gerai-gerai ini dan di maklumkan YB Manikumar serta MP Merbok juga berada di tempat kejadian bersama pegawai MP Jerai Sdr Shubihi untuk cuba berbincang dengan pegawai-pegawai MPSPK supaya tidak merobohkan gerai-gerai tersebut.

Namun operasi perobohan tetap dijalankan.

maklumat lanjut kami akan maklumkan kemudian...

Thursday, March 24, 2011

Jalan Kampung Baru di hadapan Hotel D’Vista sedang dilakukan penambahbaikan

RM20,00 baiki jalan bahaya

JALAN KAMPUNG BARU – Keadaan Jalan Kampung Baru yang sentiasa sesak di kedua arah terutama di hadapan Hotel D’Vista sering berlaku kemalangan, membahayakan dan mendatangkan risiko kepada pengguna.

Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani, P Sritharan berkata, laluan itu juga sebenarnya menjadi jalan utama pengguna yang datang dari arah Butterworth dan Alor Setar untuk ke Sungai Petani.

Menurutnya, di lokasi berkenaan, jalan menjadi agak sempit memandangkan dipenuhi dengan bangunan rumah kedai di kiri dan kanan jalan di samping wujudnya sebuah jambatan menyukarkan pergerakan pengguna jalan raya terutama penduduk luar.

“Jalan di sini banyak selekoh, selain terdapat simpang tiga berdekatan yang sering sesak kerana terdapat lampu isyarat di hadapan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sritharan berkata, kebanyakkan pengguna yang ingin membelok dan sebagainya menyebabkan kesesakan sehingga sering berlaku kemalangan.

“Oleh kerana mengambil kira masalah dan keselesaan orang ramai yang melalui kawasan ini, Majlis Perbandaran Sungai Petani kini sedang melakukan penambahbaikan yang melibatkan kos sebanyak RM20,000.

“Satu laluan tambahan dibina bagi melebarkan jalan di kiri dan kanan laluan seterusnya memberi lebih ruang untuk pengguna menjarakkan kenderaan antara satu sama lain,” katanya.

Menurutnya, kerja-kerja naik taraf sedang dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya dalam dua minggu lagi.

Friday, March 4, 2011

MPSPK - MANA dia GAMBAQ MB KAMI..??

http://www.depakata.co.cc


Perghhhh depa kata lawa laa laman web baru MPSPK... siap ada GAMBAQ NAJIB tuuu... OK tak kesah sebab NAJIB PM MALAYSIA dan KEDAH dok DALAM MALAYSIA... tapi dok tengok jugak gambaq dok gerak2 tu kot ada gambaq MB KEDAH.... mana dia MPSPK oiii takan gambaq MB hangpa tak ada kot... MPSPK nie dok kat JOHOR kaaa...

p/s: http://www.mpspk.gov.my/


Thursday, February 24, 2011

7 Tahun meniaga tepi jalan tanpa lesen..eish eish eish sebelum nie majlis bandaran lena kaa..???

20 peniaga hilang pendapatan


PARA peniaga kecil berhimpun selepas gerai mereka dirobohkan oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, semalam.



SUNGAI PETANI 24 Feb. - Lebih 20 penjaja kecil di Seksyen 1 dan Seksyen 3 Bandar Puteri Jaya dekat sini mendakwa hilang sumber pendapatan berikutan tidak lagi dibenarkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) menjalankan perniagaan di bahu jalan.

Menurut mereka, perniagaan yang dijalankan di bahu jalan tidak mengganggu lalu lintas kerana hanya beroperasi antara pukul 7 hingga 11 pagi serta pukul 2 hingga 6 petang setiap hari.

Wakil peniaga, Azmi Salleh, 54, berkata larangan yang dikeluarkan Isnin lalu dilakukan secara drastik dan menutup 'periuk nasi' mereka kerana ia satu-satunya punca pendapatan sejak tujuh tahun lalu.

"Kami terkilan kerana perintah larangan berniaga dibuat dalam tempoh cukup singkat. Lebih kecewa, tiada tapak alternatif disediakan untuk kami yang kesemuanya merupakan peniaga kecil bumiputera," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Azmi, para peniaga terbabit hanya dimaklumkan secara lisan oleh penguat kuasa MPSPK atas beberapa alasan.

"Antara alasan yang diberikan ialah rungutan pengguna jalan raya berhubung kesesakan lalu lintas serta aduan daripada peniaga premis tetap yang mengatakan mereka terjejas kerana kami berniaga di sini," katanya.

Tambahnya, kebanyakan penjaja tersebut menjalankan operasi mereka sejak 2004 iaitu semasa perumahan berkenaan baru dibuka.

"Kami berharap MPSPK boleh beri sedikit pertimbangan kerana sebelum ini peniaga telah memohon tapak di Arked Medan Selera Bandar Puteri Jaya tetapi gagal," katanya.

Sementara itu Ahli Majlis MPSPK, Ishak Man ketika ditemui berkata, pihaknya bersimpati dengan peniaga berkenaan dan sedang berusaha mencari jalan penyelesaian masalah itu.

"Kita akan berusaha menempatkan peniaga terbabit di tapak baru selepas membawa masalah mereka untuk diberi perhatian dalam mesyuarat MPSPK tidak lama lagi," katanya.

Selain itu jelasnya, pihaknya juga akan melakukan bancian terperinci serta mengeluarkan lesen peniagaan kepada penjaja terbabit agar mereka boleh beroperasi secara sah pada masa akan datang.