Sunday, May 29, 2011

kami memerlukan 'DARAH ANDA'

HSB kini kurang darah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilbmrQY7CkYNWN8y4rkjV-CXOKi1BQV5krSP_EgTnSZgfgUL_OPHmAU-DxqOHhbhP8lUulLUVOxovDFnS-AnUue5-pNIDb_3Bx7w9AehIRLPvJaz4oduwSe989t5oYKuQyT5jDKZ7fUWk/s320/derma-darah.pnghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilbmrQY7CkYNWN8y4rkjV-CXOKi1BQV5krSP_EgTnSZgfgUL_OPHmAU-DxqOHhbhP8lUulLUVOxovDFnS-AnUue5-pNIDb_3Bx7w9AehIRLPvJaz4oduwSe989t5oYKuQyT5jDKZ7fUWk/s320/derma-darah.png

ALOR SETAR 29 Mei - Jabatan Perubatan Transfusi Pusat Darah Wilayah Utara Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) menyeru orang ramai menderma darah membantu jabatan itu yang mengalami kekurangan bekalan darah.

Pakar Perunding Transfusi dan Hematologi, Dr. Abdul Rashid Mohd. Ibrahim berkata, kekurangan serius melibatkan jenis A dan AB.

"Orang ramai boleh datang ke jabatan kami Ahad hingga Rabu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang manakala Khamis dari pukul 8 pagi hingga pukul 3.30 petang," katanya dalam satu kenyataan di sini, baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment