KUPANG - Seorang warga emas di Perumahan Keda Kampung Sadek, Sufiah Awang, 74, teringin berjumpa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang didakwa mempunyai pertalian persaudaraan.
Sufiah berkata, datuknya dengan datuk Azizan adalah sepupu dan dia pernah tinggal di rumah Azizan di Sungai Limau, Yan sehingga bernikah seterusnya berpindah ke Kupang.
“Azizan panggil saya Mak Lang. Saya tinggal di rumah mereka untuk membantu keluarganya menyediakan makanan.
“Bila teringat, saya akan tersenyum dan bangga kerana anak kecil yang panggil saya Mak Lang kini dah jadi Menteri Besar,” katanya penuh bangga.
Menurutnya, hubungannya dengan Azizan semakin renggang setelah dia berkahwin dan berpindah ke rumah sendiri.
“Sebelum ini, Azizan pernah datang ke kawasan kampung ini untuk majlis pecah tanah. Saya memang mahu jumpa beliau, tetapi terdapat beberapa faktor yang membuatkan saya gagal,” katanya.
Menurutnya, setiap kali orang bertanya mengenai Azizan, dia tidak bosan untuk menceritakan gelagatnya sewaktu kecil.
“Saya akui, saya memang berbangga terhadap Azizan, tetapi saya bukanlah berniat untuk mengambil kesempatan terhadap kejayaannya,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, sebelum dia menghembuskan nafas, ingin sekali bertemu dengan Azizan secara bersemuka.
“Saya nak cakap yang saya bangga dengan dia dan akan sentiasa mendoakan kejayaannya,” katanya.
Menurutnya, beberapa ahli keluarganya pernah merancang pertemuannya dengan Azizan, tetapi masih gagal sehingga kini.
Sofiah berharap agar orang ramai tidak salah anggap dengan permintaannya untuk berjumpa dengan Azizan.
“Secara jujurnya, saya hanya ingin bertemu dengannya dan meluahkan perasaan bangga kepadanya yang kini menjadi seorang pemimpin yang disegani,” katanya.

No comments:
Post a Comment