Thursday, May 26, 2011

Jika boleh biaq MKK buat kelaku macam nie..!!

MKK adakan hari Bertemu Pelanggan
Oleh SARINA ISMAIL

TANDOP, 24 Mei 2011 – Majlis Ketua Kampung (MKK) Tandop mengadakan Hari Bertemu Pelanggan yang memberi kemudahan kepada penduduk sekitar menjelaskan bil-bil semasa selain merapatkan hubungan dengan agensi kerajaan serta swasta.

Program julung kali ini diadakan di Pasar Pagi Tandop dan telah dirancang sebulan yang lalu.

Menurut Setiausaha MKK Tandop, Abdul Latif Shafie, antara agensi yang terlibat termasuklah Syarikat Air Darul Aman (SADA), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Pejabat Pos, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan syarikat telekomunikasi.

“Sambutan dari penduduk setempat amat menggalakkan terutamanya golongan warga emas. Lokasi yang kita pilih juga sangat strategik kerana ia menjadi tumpuan penduduk terutama diwaktu pagi,” terangnya.

Selain di Tandop, beliau juga memaklumkan aktiviti sedemikian akan diperluaskan di seluruh mukim di Pengkalan Kundor.

“Mungkin di masa akan datang, selain dari memberi khidmat untuk pembayaran bil-bil setempat, ruang pameran turut dirancang untuk membolehkan penduduk kampung mendapat lebih banyak maklumat dan maklum balas,” ujarnya lagi.

Tambahnya, program sedemikian selain memberi kemudahan kepada penduduk setempat ianya juga memberi peluang kepada MKK mendekatkan diri dengan penduduk.

MKK adakan hari Bertemu Pelanggan

No comments:

Post a Comment