Wednesday, October 17, 2012
MKK jangan makan elaun buta !!!
Friday, October 12, 2012
Pelantikan MKK dilanjutkan ke September 2013
Sunday, January 29, 2012
Kelaku MKK sama ja macam JKKK...!!!
ini ja yg patut bagi kat MKK kelaku hebiaq tuu..
Dulu, UMNO menyalurkan bantuan melalui JKKK n.k.a JKKKP kepada rakyat jelata. Kini, PAS (khusus di Kedah shj yea), menyalurkan bantuan melalui MKK-nya. Apa beza? Ya, ada beza. Pertama, pada namanya (semua org tau). Kedua, pada pelaksanaannya. Aku guna analogi la senang. Kalo dulu, ikan besar 'makan' makanan, akan tinggal jua sedikit habuan utk ikan yg kecil (rakyat marhaen). Kini, ikan-ikan besar tu 'makan' semua, x tinggal sehabok pun sisa utk ikan-ikan kecil, dgn harapan ikan kecil ini boleh cari makan sendiri.
Contoh sebenar, tanpa menyebut nama individu yg terbabit bagi menjaga kemaslahatan umum, dulu, waktu UMNO memerintah, sebahagian besar peruntukan di'makan' habis oleh kroni dan nepo masing2, yg tinggal sedikit habuan utk rakyat jelata (xpa la, ada jugak sikit - walau gula 1 kilo, kain pulicat 1 pasang). Namun, kini, habis, habis di'makan' di'ratah' oleh org2 besar yg bergelar pejuang islam, pejuang PAS, tanpa sedikit ditinggalkan utk rakyat jelata. Contoh lagi, pemberian rumah bantuan diagihkan kepada kroni2 terdekat walaupun pada masa yg sama masih ada rakyat jelata yg lebih memerlukan dan mengimpikan rumah selama ini. Pengagihan netbook juga diagihkan kepada kroni2, yg anaknya walaupun x bersekolah, padahal pada masa yg sama masih ramai yg bersekolah memerlukan netbook tersebut (mcmana daapt? wallahu 'alam). Seterusnya, skim kafalah. Skim yg baik, kerana zaman UMNO xdak skim ni. Baguslah diwujudkan satu skim yg boleh membantu rakyat. Menjadi bahan ceramah para pemidato politikus di atas pentas2 yg ribuan hadirin hadir tanpa diberi sebarang imbuhan, malah memberi untuk membantu, kata politikus PAS, di Kedah, sapa2 yg meninggal dunia, automatik dapat bantuan (kafalah). Nak habaq kata, kerajaan Kedah kini baguih. Apa berlaku? Impelementasinya (Pelaksaannya) yang sedikit 'haprak' iaitu hanya diberikan kepada kroni2 jugak. Bagaimana? Kata MKK kepada seorang tua yg miskin yg kematian waris, isi borang eSinar tak? Org tua tu kata, tak isi. MKK tu kata, so mintak maaflah, x dapat. Maka, berkonyong-konyong org tua tu balik ke rumah tanpa sebarang kata. Jirannya hadir, menanyakan status, kata org tua itu, x dapat. Jiran terkejut, kerana baru saja jirannya yg kaya, tanah berpuloh relong, duit berpuloh ribu dlm TH, pun dapat bantuan kafalah tu, drp MKK yg sama (x ke kroni namanya tuh?).
Ada banyak lagi, tapi, cukop dulu setakat ini untuk contoh2 sebenar yang berlaku di tempat aku. Nanti aku bgtau lebih lagi sekiranya keadaan masih tidak berubah, agar dengan pengalaman sedikit ini, para juak2 PAS lebih insof dan sedar. Org atasan (tok-tok guru) berhempas pulas menegakkan yg haq, menumbangkan yg baathil, hgpa kat bawah2 ni (esp MKK yg x ketahuan), syok2 ja memusnahkan harapan rakyat marhaen.
*p/s: "Antara perompak yang merogol org, dgn seorang ustaz yg merogol org jugak, yg mana anda lebih gerrraaammm???" -kwn aku tanya, sekian.
Thursday, January 12, 2012
MKK punca K'jaan Azizan kalah...!!!
laniee dah dok dengaq rakyat bawah dok merepek apa yg depa boleh dapat dari apa yg kjaan kedah memerintah lanie....tengok mcm tak ada apa.... depa dok merungut kat kedai kopi jaaa benda nie.....dan dlm masa yg sama puak sana dok main jarum cucuk bagi dalam lagi...last cerita nie tersebaq merata cerok kg.....yang apa depa dapat bila azizan memerintah...
masalah disini apa yg dok tengok puak yg jadi mata telinga kjaan negeri tak jalankan kerja depa elok2.... depa nie makan elaun buta jaaa jika dilihatnya....dan depa nie mcm tak tau nak buat apa.....
sebenaqnya jika dilihat mcm2 dah dibaginya.... spt skim kafalah... bantuan repair rumah... bantuan mini tar... bantuan one off rm100 utk anak sekolah.... bantuan nak buat pertanian... bantuan tanam nenas... bantuan anak cerdik.... macam-macam dah ada laa kalau nak dikiranya...
masalahnya puak yang dinamakan MKK nie masih tak ketahuan hala apa kerja depa.. dulu masa kerja sorg2 kerajaan negeri tambah lantik setiausaha kat depa nak bagi kerja jalan elok tapi serupa yaa jgk... tak jalan macam tuu juga....
nampaknya MKK nie kena gertok kepala sikit bagi depa ligat buat kerja.... jika depa dok macam wau putuih ekoq jaaa sampai bila mandat dan gerak jerja buat k'jaan negeri tak sampai kebawah... Jika nak kalah pon salah satu punca dia MKK lah...sebab rakyat dok tanya apa depa dapat sedangkan k'jaan negeri dah lunggok macam2 dah bantuannya....
Entah laaa kalau macam nie punya puak 'MATA & TELINGA' k'jaan negeri buat kerja hangpa tunggu kalah meruyup laaa negeri Kedah nie.... tak caya hangpa tunggu laa.....
http://www.depakata.co.cc/
Wednesday, December 28, 2011
Ada MKK tak tau buat kerja..??
Nie dia list nama MKK kawasan hangpa yang kami ambik dari WARTA KEDAH - KLIK SINI dan untuk pengetahuan semua setiap MKK nie kerajaan negeri dah lantik seorang setiausaha untuk melancarkan kerja depa.... dan yang best lagi depa nie ada elaun setiap bulan bukan buat kerja free.... MKK dibayaq RM300 manakala setiausaha dia di bayaq RM200......
Kami bukan apa dok cerita semua nie..sebab ada depa dok kata... depa tak kenai MKK kawasan depa.... sampai ada yg kata MKK nie menatang apa... jadi kalau dipikiaqnya masalah nie memang terok...sampai ketua satu kampung pun rakyat tak tau sapa.... jadi nampak sangat MKK dan s/u yang dilantik tak reti nak promote diri sendiri sambil membawa jenama Kerajaan Negeri Kedah....
MKK dan s/u nie kena ingat depa nie menjadi mata dan telinga kepada kerajaan negeri.... hangpa kena ada list nama rakyat kawasan hangpa... berapa jantan berapa betina... mana yang kaya mana yang miskin.... berapa ibu tunggal.. berapa bapak tunggal.... dan hangpa kena tau selok belok jalan kawasan hangpa.... ini semua memain peranan untuk melancarkan kerja buat hangpa..... kalau hangpa ada semua tuuu ianya akan memudahkan kerja buat hangpa.....
Contoh kata ada rakyat perlu bantuan jalan kampung... itu tugas hangpa laa buat surat permohonan mintak jalan tu kat pihak yang terlibat... MKK tak tau buat surat s/u dah ada suruh la dia buat surat...kalau tak reti buat apa jadi s/u... nak bagi makan elaun buta kaaa...... nanti bila siap surat tu pie bagi kat PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT atau PIHAK AHLI MAJLIS atau AHLI DUN anda...suruh depa follow up permohonan rakyat kawasan hangpa.... bab dapat tak dapat itu biaq depa sana uruskan... kerja hangpa buat surat permohonan.... susah ka nak buat benda nie....
Contoh lagi jika ada rakyat rumah dia bocoq dan nak zink 2,3 keping.... jadi hangpa buat saja surat permohonan.. pie mintak kat pihak berkenaan... pihak2 berkenaan tu mcm tadi laaa...dan jugak boleh juga di pohon kepada JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT... PUSAT ZAKAT....dan sewaktu dengannya..... rakyat tak akan pertikai rasanya jika hangpa dah buat semua tuuu....
Contoh lagi sewaktu YB kita turun kawasan... kompom rakyat akan mengadu masalah punya.... dan kompom depa akan mintak serba sikit bantuan punya.... mintak cermin nako laa... mintak bola laa... mintak nak repair jamban laa... mintak ganti zink dapoq bocoq laa.... benda nie semua kompom YB tersebut akan kata... Insya'allah nanti kita tengok ada bantuan tak... tak pon nak nampak macho dan cover.. terus kata takpa esok kita mai ganti..... jadi sekarang satu pengharapan dah terletak kepada rakyat tersebut utk terima bantuan tuuu.... jadi skrg inilah tukas MKK tadi... buatkan surat permohonan apa yg depa mintak tuuu...lepas tu pia la rembas kat pejabat YB suruh depa pie mintak kat pihak berkenaan..... benda nie semua kecik ja kalau di tengoknya... tapi ayaq muka akan jatuh kalau nak perbai zink bocoq 2 keping kita semua tak dapat bantu....malu Kerajaan negeri nak habaq kat hangpa semua.....
masalah skrg depa kata MKK tak buat kerja..dok melangut saja...lalu JKKKP mai masuk mencelah....dan puak tu buat semua kerja nie... usung rakyat pie PEJABAT ZAKAT... JKM... tolong isi borang....dapat tak dapat depa peduli apa janji depa dah tolong sampai terra tuuu...nanti depa akan kata bukan salah UMNO dah tak bagi...PEJABAT ZAKAT yg tak bagi.... jika baginya depa dengan muka tebai mai pakat sua sumbangan tersebut.... hahhh sekarang sapa dapat nama...
Itu laa tadi kami kata....MKK nie peranan dia penting...ia sebagai mata & telinga kepada Kerajaan Negeri Kedah... kalau hangpa dok lengai dan tak buat kerja dan asyik dok makan elaun buta... baik hangpa semua pakat letak jawatan saja...buat perabih duit rakyat jaa bayaq elaun hangpa....
note - kamai katakan benda nie kepada MKK yang makan elaun buta.... tetapi kepada MKK yang komited dengan amanah yang diberikan teruskan kerja mulia anda....
Saturday, September 10, 2011
Penduduk sumbang tenaga
Pelbagai pihak iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), orang perseorangan termasuk Majlis Ketua Kampung (MKK) menyumbang pelbagai bentuk bantuan kepada Minah Ahmad, 53, termasuk wang ringgit dan barangan keperluan.
Minah yang hanya bekerja sebagai penoreh getah itu berkata, perhatian dari pihak terbabit sememangnya dihargai.
“Saya bersyukur kerana masalah saya mendapat perhatian banyak pihak seterusnya dapat menamatkan penderitaan saya selama ini.
“Sebelum ini, saya terpaksa tidur dalam keadaan sejuk apabila air hujan sering melimpah dan masuk ke dalam rumah saya,” katanya.
Menurutnya, pendapatannya yang hanya sebagai penoreh getah dan masih mempunyai tanggungan itu tidak mampu membaiki kawasan rumahnya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Lanai, Ghazali Purad, 53, berkata, bantuan berkenaan melibatkan kos meninggikan tanah, dan baik pulih rumah.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu dalam menyelesaikan masalah Minah,” katanya.
Katanya, pembaikpulihan rumah ini dilakukan secara bergotong royong oleh penduduk setempat.
“Rumah Minah mungkin lewat disiapkan sekiranya tidak dibantu oleh penduduk setempat yang turut menyumbang tenaga untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Mengikut perancangan rumahnya mungkin akan siap sepenuhnya dalam masa beberapa hari lagi.
“Sehubungan itu, saya berharap Minah dan keluarga dapat menikmati kehidupan dengan lebih sempurna selepas ini,” katanya.
Thursday, August 18, 2011
Tuesday, July 12, 2011
MKK kena prihatin setiap aduan rakyat
GUAR CHEMPEDAK: Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) perlulah memainkan peranan penting dalam menerima setiap aduan daripada rakyat terutama melibatkan golongan miskin dan ibu tunggal untuk dikemukakan kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah, MKK juga perlulah menggerakkan tanggungjawab dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan di bawah seliaan Penghulu Mukim dan pengetahuan Pegawai Daerah.
Beliau berkata demikian pada Program Pemantapan Institusi MKK/Ketua Komuniti Peringkat Daerah Yan Tahun 2011 di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini.
Amiruddin memberitahu, MKK juga perlu mengambil maklum atau melaporkan sebarang masalah yang berkaitan di peringkat kampung/komuniti kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah untuk tindakan selanjutnya.
Tambahnya, MKK perlu mengumpul dan menyediakan profil kampung/komuniti untuk dikemukakan kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah,” katanya.
“MKK juga berperanan dalam membantu Penghulu Mukim dalam proses daftar Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Negeri Kedah Darul Aman (e-Sinar) dan lain-lain program pembasmian kemiskinan,” jelasnya.
Beliau berkata, MKK juga perlulah memainkan peranan dalam usaha membantu meningkatkan kemajuan kampung/komuniti.
“Tanggungjawab MKK amat penting dalam bersama-sama menjayakan setiap program atau aktiviti yang dijalankan di setiap kampung atau komuniti,” ujarnya.
Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Yan, Encik Zahari Ismail.
Tuesday, June 28, 2011
MKK perlu serah profil kampung
Pegawai Daerah Pendang, Helwi Harun berkata, pada tahun lalu pihak Unit Perancangan Ekonomi Kerajaan Negeri (Upen) merencanakan penghasilan profil kampung untuk setiap MKK di daerah ini.
“Berdasarkan rekod, masih terdapat pengerusi-pengerusi yang belum menyerahkan profil itu, jadi saya berharap kerjasama semua untuk menyerahkan fail berkenaan untuk diambil tindakan lanjut oleh pejabat daerah dan Upen seterusnya Kerajaan Negeri.
“Saya difahamkan bahawa pada November 2010 pentadbiran daerah menyerahkan buku profil itu kepada semua pengerusi MKK untuk diambil tindakan dan saya rasa masa yang diberikan lebih lapan bulan serta yakin tugasan itu berjaya dilaksanakan,” katanya kepada Sinar Harian pada Majlis Penyerahan Tauliah MKK.
Beliau berkata, sejajar dengan program Bandar Selamat, terdapat isu yang berkaitan maklumat profil kampung ini diserahkan kepada pihak polis untuk diambil maklumat untuk program profil keselamatan kampung.
Sementara itu, beliau difahamkan banyak pihak yang gusar sekiranya maklumat terperinci dalam profil kampung itu disalahgunakan, namun beliau yakin semua pihak tidak perlu takut kerana peratusan salah guna ini hanya sedikit.
Saturday, June 25, 2011
MKK dah ada S/USAHA...jadi buat kerja bagi elok nooooo...
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Agama dan Koperasi Kedah, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul memaklumkan Kerajaan Negeri bersetuju melantik setiausaha bagi membantu MKK dalam menjalan pentadbiran kampung mereka.
“Setiap setiausaha yang dilantik akan menerima elaun RM200 sebulan yang dianggap lebih kepada pemberian sumbangan atas tugas dan khidmat yang diberikan mereka dalam kampung masing-masing.
“Dengan lantikan itu, saya berharap setiausaha dan MKK akan bekerjasama memainkan peranan masing-masing dan mengetahui kedudukan mereka,” katanya ketika majlis penyerahan elaun kepada MKK di Pendang Lake Resort baru-baru ini.
Sementara itu, dalam majlis yang sama Pegawai Daerah Pendang, Helwi Harun berkata, pentadbiran daerah berhasrat untuk mengadakan latihan dan kursus pengendalian mesyuarat kepada semua MKK dengan jawatankuasa yang dilantik.
“Tahun lalu, Unit Perancangan Ekonomi Kerajaan Negeri (Upen) merencanakan penghasilan profil kampung untuk setiap MKK agar dapat membantu pihak pentadbiran daerah dan negeri untuk lebih mudah untuk mendapatkan maklumat untuk kegunaan semasa kejadian banjir.
“Saya juga percaya bahawa jumlah elaun yang diberikan Kerajaan Negeri bukan menjadi keutamaan semua pengerusi dan MKK, namun yang penting adalah komitmen dan minat serta kesungguhan untuk menabur khidmat dan bakti kepada orang kampung masing-masing,” katanya.
Wednesday, June 22, 2011
Tiga beranak dapat rumah baru
Hassan Awang, 50, berkata, dia menghargai dan berterima kasih kepada Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Jefri Md Zain yang berusaha mendapatkan sebuah rumah baru untuk mereka tiga beranak.
Menurutnya, pendapatan diperoleh tidak menentu dan mengakibatkan rumah lamanya tidak dapat dibaik pulih akibat banjir. Selain itu dalam usianya semakin meningkat tidak banyak pekerjaan dapat dilakukannya untuk menambahkan pendapatan keluarga.
Jefri berkata, RM10,000 berjaya dikutip daripada orang ramai dan pejabat penghulu.
Menurutnya, sikap saling membantu di antara satu sama lain memudahkan setiap masalah penduduk diatasi.
“Kami mengambil inisiatif memberikan bantuan kepadanya memandangkan Hassan tidak berkemampuan. Alhamdulillah rumah itu dapat disiapkan dalam masa singkat.
“Selain sumbangan masyarakat kampung, badan korporat, Pejabat Daerah, dan Pejabat Penghulu Sidam Kanan turut menghulurkan bantuan. Saya berharap kerjasama ini dapat diteruskan untuk membantu penduduk memerlukan, ” katanya.
Monday, June 13, 2011
MKK diingat pertahankan imej kerajaan negeri
SUNGAI PETANI – Ketua kampung membawa imej dan menjadi cermin kerajaan negeri kepada masyarakat. Ketua kampung perlu faham tugas-tugas mereka dan berfungsi menjadi lidah rasmi kerajaan kepada penduduk kampung mereka.
Peringatan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, YB Siti Ashah Ghazali dalam ucapan perasmian sempena Seminar Ketua Kampung/Komuniti Daerah Kulim di sini.
“Kita menjamin kualiti kerja kita sendiri. MKK merupakan jawatan lantikan politik dan kena kerja bersungguh-sungguh untuk membawa imej kerajaan negeri kita sendiri.
“Ketua kampung kena segera mengenal pasti masalah penduduk kampungnya. Ambil tindakan dan berhubung dengan pegawai-pegawai berkenaan untuk menyelesaikan masalah penduduk kampung dengan segera,” ujarnya.
Beliau berkata lagi, sebanyak RM2.7 juta telah diperuntukan untuk MKK dan Setiausaha MKK demi kelicinan pentadbiran dan memastikan penduduk kampung tidak terlepas dari pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri kepada mereka.
“Ketua kampung mesti menjadi mata telinga kepada projek-projek kerajaan negeri yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk kampung.
“Projek pertanian merupakan projek yang membawa keuntungan kepada penduduk kampung. Ketua kampung mesti memastikan penduduk kampungnya tidak ketinggalan dalam projek berkenaan. Sekurang-kurangnya dapat membantu mengeluarkan masyarakat kampung dari kemiskinan,” tambahnya lagi.
Beliau juga berharap, ketua kampung dapat mengadakan ‘Program Kampung’ kerana banyak faedah yang boleh diperolehi dari program tersebut. Data-data berkenaan ibu tunggal, orang-orang kurang berkemampuan, OKU, pendatang asing dan lain-lain dapat dikemaskini melalui program tersebut.
“Ketua kampung perlu tahu dan pantau kedudukan penduduk kampungnya. Berapa rumah yang perlu diperbaiki, berapa rumah yang telah diperbaiki, begitu juga dengan surau-surau dan lain-lain keperluan berkenaan.
“Ketua kampung kena kenal penduduk kampungnya, sebab itulah kita mengharapkan ketua kampung mesti dari penduduk tempatan di situ.
“Pastikan sumbangan kerajaan negeri seperti untuk pelajar IPT, guru-guru Al-Quran serta bidan-bidan, perlu diambil perhatian oleh ketua kampung. Pastikan mereka yang layak menerima di kampung kita merasai sumbangan tersebut,” tambahnya lagi.
Beliau turut mengingatkan hadirin mengenai aduan yang diterimanya mengenai sebilangan kecil ketua-ketua kampung yang tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya.
“Saya terima maklumat ada yang berfungsi dan ada yang tidak. Sekiranya yang benar-benar tidak berfungsi, cukup tempoh nanti kita akan gugurkan.
“Kita kena ingat, amanah ini akan disoal oleh Allah nanti. Apakah kita telah menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaiknya? Kita menerima elaun yang juga merupakan duit rakyat, adakah kita benar-benar menjalankan tugas kita kepada rakyat?.
“Walau bagaimana pun kepada yang menjalankan tugas dengan baik, saya ucapkan tahniah, seperti yang telah ditunjukkan oleh MKK Sidam Kanan. Mereka telah menunjukkan contoh yang terbaik dan sangat ke hadapan dalam menangani masalah penduduk kampung,” ujarnya.
Beliau juga mengucapkan tahniah pejabat daerah, MKK yang dilantik semula dan lantikan baru dan mengharapkan dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.
Beliau seterusnya menyampaikan tauliah dan elaun bermula Januari hingga Mac kepada 140 MKK daerah Kulim.
Turut bersama dalam majlis tersebut termasuklah, Pegawai Perhubungan SADA Kedah, Dato’ Pegawai Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah dan ADUN Kulim.
Seminar tersebut diadakan di Pantai Merdeka Beach Resort.
Thursday, May 26, 2011
Jika boleh biaq MKK buat kelaku macam nie..!!
Program julung kali ini diadakan di Pasar Pagi Tandop dan telah dirancang sebulan yang lalu.
Menurut Setiausaha MKK Tandop, Abdul Latif Shafie, antara agensi yang terlibat termasuklah Syarikat Air Darul Aman (SADA), Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Pejabat Pos, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan syarikat telekomunikasi.
“Sambutan dari penduduk setempat amat menggalakkan terutamanya golongan warga emas. Lokasi yang kita pilih juga sangat strategik kerana ia menjadi tumpuan penduduk terutama diwaktu pagi,” terangnya.
Selain di Tandop, beliau juga memaklumkan aktiviti sedemikian akan diperluaskan di seluruh mukim di Pengkalan Kundor.
“Mungkin di masa akan datang, selain dari memberi khidmat untuk pembayaran bil-bil setempat, ruang pameran turut dirancang untuk membolehkan penduduk kampung mendapat lebih banyak maklumat dan maklum balas,” ujarnya lagi.
Tambahnya, program sedemikian selain memberi kemudahan kepada penduduk setempat ianya juga memberi peluang kepada MKK mendekatkan diri dengan penduduk.
MKK adakan hari Bertemu PelangganMonday, April 18, 2011
Minta komisen borang zakat
Majlis Ketua Kampung (MKK) Sungai Rotan, Surani Hamid berkata, beliau terkilan apabila ada sesetengah pihak mengambil kesempatan terhadap seorang wanita yang memerlukan bantuan.
“Jabatan Agama Islam memberikan borang zakat ini kepada imam masjid dan imam masjid mengamanahkan beberapa wakil untuk menyampaikan borang zakat ini kepada golongan memerlukan.
Menurutnya, apa yang mengecewakannya, wakil yang diamanahkan itu tidak bertanggungjawab.
"Wakil itu menyampaikan borang kepada seorang wanita dan apa yang paling membuatkan saya terkilan ialah dia (wakil) meminta kepada wanita itu komisen sebagai balasan memberikannya borang itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, perkara itu sangat memalukan kerana sepatutnya pihak berkenaan meringankan beban golongan memerlukan tetapi sebaliknya pula berlaku.
“Bukan itu sahaja, keadaan ini juga berlaku kepada seorang penduduk yang mempunyai seramai lapan anak.
“Setelah diisi borang zakat itu, beliau memberikan borang kepada wakil yang diamanahkan, namun keputusan yang diberikan sangat mengecewakan apabila borang itu ditolak sebelum sampai ke tangan pihak yang sepatutnya,” katanya .
Surani berkata, perkara itu sepatutnya di pandang serius kerana ia boleh dikatakan menindas golongan memerlukan.
“Sepatutnya kita membantu golongan yang miskin, bukan menindas mereka dan perkara ini haruslah diselesaikan secepat mungkin sebelum ianya mengundang pelbagai masalah yang lebih besar.
“Saya mohon kepada pihak yang berkenaan supaya membuat pantauan terhadap masalah yang dihadapi penduduk sekitar dan pengagihan borang diberikan kepada pihak yang mempunyai jawatan dalam masjid dan bukannya sebarang orang,” katanya.
Surani berkata, tugas pengagihan borang zakat seharusnya diberikan kepada individu yang terlibat dengan masjid seperti pegawai masjid, bilal dan sebagainya bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan.
Sunday, February 6, 2011
Tu dia RUMAH nak reban sampai macam nie MKK & JKKKP lena kaa??
Wan Chik mohon baiki rumah
pengarang@utusan.com.my
| |
| Wan Chik Wan Salleh dan Chik Nen Awang Yik menujukkan sebahagian atas dinding rumah mereka roboh dan memerlukan bantuan untuk membaikinya di Kampung Hutan Setali, Kubang Pasu, semalam. |
KUBANG PASU 6 Feb. - Setiap malam, tidur 12 sekeluarga di sebuah rumah di Kampung Hutan Setali, Mukim Padang Perahu di sini sering terganggu kerana bimbang keadaan rumah mereka yang hanya menunggu masa menyembah bumi.
Bahagian tingkat atas rumah milik Wan Chik Wan Salleh, 61, itu sudah reput dimakan anai-anai serta mulai roboh sedikit demi sedikit sejak awal Januari lalu.
Tambah memburukkan keadaan, cuaca berangin di kawasan utara membuatkan rumah tersebut tidak selamat didiami kerana jika angin bertiup kencang, habuk-habuk kayu yang reput terjatuh ke ruang tamu yang juga menjadi ruang tidur separuh daripada ahli keluarga tersebut.
Wan Chik berkata, sebagai ketua keluarga, dia memang ingin menyediakan kediaman yang lebih selesa buat isteri, tujuh anak, tiga cucunya serta bapa mertua yang tinggal di rumah itu namun pendapatannya sebagai pengawal keselamatan tidak mengizinkan.
"Rumah yang saya duduk sekarang adalah rumah pusaka dan saya tinggal di rumah ini sejak kecil lagi.
"Kami semua memang tidak berani naik ke tingkat atas kerana lantai kayunya reput dan apabila angin kuat, kami gerun kerana mungkin kayu-kayu di tingkat atas ini boleh tercabut," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini.
Menurutnya, tiga anaknya berusia antara 12 hingga 17 tahun masih bersekolah dan dia mengharapkan anak-anaknya itu dapat mengulang kaji pelajaran dalam keadaan rumah yang lebih selesa.
"Saya sudah mohon kepada pihak berwajib untuk membantu membina semula rumah saya, namun sehingga kini masih tiada jawapan.
"Ada beberapa pihak datang mengambil gambar rumah saya dan mereka kata akan baiki rumah ini selepas Aidilfitri tahun lalu tetapi rumah saya tetap tidak dibaiki," katanya.
Dalam pada itu, isterinya, Chik Nen Awang Yik, 56, berkata, dia berada di rumah bersama bapanya yang sedang uzur sewaktu dinding tingkat atas rumahnya tercabut kerana ditiup angin, awal Januari lalu.
"Bunyi kayu-kayu dinding jatuh memang menakutkan dan jika musim hujan pula air memasuki rumah ini.
"Saya berharap rumah saya dibaiki segera kerana setiap malam saya tidak dapat tidur nyenyak memikirkan keselamatan anak-anak yang tidur di ruang tamu rumah ini," katanya.
Monday, January 31, 2011
Bukit Raya : Tudia nie Kubu Kuat PAS nie.. Takan MKK lena kot..??
Berikutan kesempitan hidup, pendidikan anaknya terganggu. Sehingga kini Che Siti Kalsom Don, 45, dan suaminya masih gagal menjelaskan yuran dan membeli buku sekolah buat anak kesayangan mereka.
Che Siti Kalsom berkata, anaknya, Nor Atikah Md Rafi merupakan pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang.
Keadaan itu bermula sejak suaminya jatuh sakit akibat mengalami pendarahan di bahagian dubur.
“Disebabkan tiada buku, anak saya tidak mahu ke sekolah.
“Saya sedih dengan keadaannya. Dia juga malu untuk berterus-terang kepada guru mengenai hal itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, dia bimbang pelajaran anaknya itu terjejas.
“Keadaan ini, memaksa suami saya bekerja beberapa bulan lalu. Dia pula terpaksa memakai lampin pakai buang kerana pendarahan yang banyak.
“Masalah ini telah dirujuk kepada pihak berkenaan, namun mereka meminta kami melakukan pekerjaan. Mereka mengatakan kami masih mampu dan kuat. Sedangkan mereka tidak tahu keadaan yang dihadapi keluarga kami,” katanya.
Sinar Harian juga dimaklumkan, lantai rumah keluarga itu masih lagi tidak disimen dan mereka terpaksa tidur di atas tanah dengan beralaskan tikar sahaja.
