Friday, October 12, 2012

Pelantikan MKK dilanjutkan ke September 2013


ALOR SETAR – Kerajaan Negeri melanjutkan tempoh pelantikan Majlis Ketua Kampung (MKK) selama setahun sehingga 30 September 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Usahawan dan Pembangunan Insan, YB. Abdul Ghani Ahmad berkata, lanjutan itu dilakukan berikutan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin hampir dan bertujuan mengelak sebarang kekeliruan yang mungkin berlaku di kawasan perkampungan.

Menurutnya, tempoh memegang jawatan MKK tamat pada bulan September tetapi dilanjutkan setahun lagi untuk memudahkan pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Seperti yang kita tahu, pelantikan MKK hanya dilakukan dua tahun sekali. Jadi selepas ini baru diadakan pelantikan baru,” katanya sebagai mengulas keluhan beberapa penduduk yang tidak mengenali MKK kawasan masing-masing.


Tambahnya, masalah tidak mengenali MKK kawasan masing-masing adalah berpunca daripada hubungan dua hala antara penduduk dengan MKK.

Beliau menjelaskan, MKK sepatutnya mengadakan program bersama penduduk atau menziarahi rumah penduduk di kawasannya agar lebih dikenali.

“Penduduk kawasan mesti nak tahu siapa ketua kampung mereka. Mungkin masalah ini berpunca MKK tidak main peranan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment